Faktor Baka Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 11

FAKTOR BAKA MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH : IZAM BIN A. BAKAR GOPALA RAO SIMANCHALAM HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN

DEFINISI
Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada kanak-kanak. Faktor baka kini dikenali sebagai gen yg terdiri daripada nukleoprotein yg menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina).

Kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masingmasing membawa gen-gen yang mengandungi sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan

kromosom.
Semasa proses persenyawaan, percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing.

Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan

Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.

Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Mendel (1822-1889) di Austria.

Seseorang kanak-kanak yang dilahirkan itu pasti mewarisi sifat-sifat ibu bapanya. Norman L.Munn : baka merupakan ciri-ciri yg diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui genetik.

Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan diantara ibu bapa dengan anak-anaknya dari segi kebolehan, minat, dan kawalan emosi.

J.A Thompson menyatakan bahawa baka merujuk kpd perkembangan genetik antara generasi manusia. Newman (1937) berpendapat bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yg berbeza.

Pengaruh Baka ke Atas Pertumbuhan dan Perkembangan Adalah Jelas Dilihat Daripada Ciri-ciri Berikut:

Ciri-ciri fizikal. :Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datuk nenek. Ciri Fisiologi. :Kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Kecacatan mental. :Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat

Sahsiah. :Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan. :bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya.

KESIMPULAN
Penjelasan dan huraian tentang baka menghasilkan beberapa ciri-ciri yang nyata seperti berikut iaitu baka diturunkan melalui gen ibu bapa kepada anak-anaknya. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh, paras rupa seperti warna mata, jenis rambut, kulit, saiz dan bentuk badan, ketinggian, tahap kecerdasan, sikap, minat dan sebagainya.

You might also like