Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan membenarkan murid menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami, dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Konsep Seni Dalam Pendidikan Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting kearah perkembangan kanakkanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistic dan menyeluruh.
Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam Pendidikan memberi manfaat dalam tempoh jangka masa panjang.
1. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. 2. Teori Kecerdasan Manusia (Howard Gardner, 1983) mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya
sekolah. Teori ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat membantu menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain itu, ia juga dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tambah Howard gardner (1983) lagi, jika hanya satu sahaja pendekatan yang diguunakan dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. 3. Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kiri dan kanan menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. 4. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak.
Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika, holistic, analitik, emosional, fizikal dan intelektual. 5. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Beliau merupakan seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk
Seni dalam Pendidikan mempunyai banyak kelebihan jika diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran harian di sekolah. Seni dalam Pendidikan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran disekolah lebih seronok. Ia juga dapat membantu perkembangan intelek murid terutamanya dari aspek penyelesaian masalah. Selain daripada itu, Seni dalam Pendidikan juga membantu dalam memotivasikan diri kita menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai personaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
Seni dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan seni visual, muzik dan pergerakan. Guru dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, Seni dalam Pendidikan mendedahkan guru kepada ilmu seni visual, muzik dan pendidikan jasmani yang meliputi tiga cabang seni utama iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Selain daripada pendedahan ilmu tersebut, Seni dalam Pendidikan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu baru yang diperolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kanak-kanak dan Seni Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistic bagi kanak-kanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia sekeliling mereka. pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea berhubungkait di atas satu sama lain. Mereka boleh mencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubungkait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-Kanak Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, ia dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.
Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak. Jika diteliti berdasarkan teori pembelajaran Maslow (sila rujuk Rajah 2.1), pendidikan boleh diumpamakan berada di dalam tahap fisiologi, iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Keperluan asas untuk pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu, untuk mencapai objektif guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
1. Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. 2. Pastikan suasana bilik darjah kondusif untuk pembelajaran. 3. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang. 4. Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai. 5. Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar. 6. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.
Selain daripada itu, kanak-kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut: 1. Jasmani dan fizikal yang sihat Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi. Perubahan berlaku dari segi rupa (wajah) dan fizikal. Contohnya, bayi yang baru lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur satu tahun, kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentuk fizikal atau jasmani kanak-kanak. Semakin kanak-kanak meningkat usianya, pergerakan koordinasi otot kasar dan halus dan perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut usianya. Kanak-kanak pada peringkat 6 - 12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif. Kanakkanak pada tahap ini perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan pergerakan sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak kerja yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan, misalnya pendidikan seni visual. Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah ini mempunyai otot-otot yang belum matang. Untuk itu, latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan ototnya. Contohnya, memegang pensel dengan baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap.
Kebanyakan perkembangan motor di bahagian tangan lebih penting dan ketara daripada perkembangan di bahagian kaki. Penggunaan tangan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
2. Emosi yang stabil Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan, maka terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu. Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan semasa di peringkat prasekolah. Jika dahulu daya pengawalan emosinya lemah, kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah kerana semakin usia meningkat, semakin matang pengawalan emosinya. Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni juga, dia akan dapat memahami dan meluahkan perasaan. Jika emosinya stabil ketika melukis dalam seni visual, lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Begitu juga dalam permainan muzik: cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat muzik, mungkin terdapat gangguan emosi. Tetapi jika pukulan stabil, besar kemungkinan emosinya baik. Pada peringkat ini juga, guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini dan tidak diingini.
3. Kerohanian yang membanggakan Melalui seni dalam pendidikan, aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral seperti memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan-amalan kerohanian dan moral. Antaranya ialah: Penggunaan senikata lagu; Pengucapan seperti terima kasih, budak baik, dan tahniah hendaklah disampaikan seberapa kerap yang boleh; Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji; dan Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak. Sebaliknya, perbanyakkan kata-kata memuji dan menghormati kanak-kanak.
4. Kefahaman intelek yang tinggi Pada peringkat ini, kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana mereka mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar. Pada peringkat ini juga, mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca. Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran melalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu, situasi yang dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajari antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri. Pada peringkat 11 ke 12 tahun, berlaku perubahan daripada pengolahan secara konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini, kanak-kanak masih terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. Maka wujudnya suasana yang boleh menimbulkan pertanyaan murid serta memberi peluang kepada mereka menerangkan pemikiran mereka.
5. Perhubungan sosial yang menggalakkan Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk identiti sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kita dapat menilai setakat mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan menilai kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan dan ibu bapa. Oleh itu, peranan guru adalah sangat penting membantu kanak-kanak menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan seharian. Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura, beliau menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada: Melihat; Meniru; dan memerhatikan tingkahlaku orang lain.
Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai teori pemerhatian atau teori peniruan. Mengikutnya, aspek yang penting dalam teorinya ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.
Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung o Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model semasa mengajar. o Proses ini berlaku secara tidak langsung semasa: melihat gambar melihat filem melihat video
Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan o Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaan yang tertentu, tetapi tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain. o Pada masa ini, individu akan menyekat tingkahlaku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi tertentu. o Dalam proses taksekatlakuan, seseorang individu akan terus
Peniruan Melalui Elistasi o Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut. o Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.
6. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik di mana mereka sudah boleh menilai konsep keindahan dan kecantikan. Untuk itu, latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan. Kanak-kanak akan dididik untuk memperolehi konsep hak kita adalah hak semua. Bermakna, konsep perkongsian hendaklah ditekankan. Apabila konsep ini dapat diterapkan ke dalam minda kanak-kanak, maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.
Seni Visual Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab AlIman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidaktidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.
Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.
Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).
Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilahistilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.
Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri. Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.
Unsur seni ialah perkara asas yang membentuk sesebuah karya seni. Antara yang dikatakan sebagai asas seni ialah:
1. Garisan Garisan merupakan sebarang tanda di atas permukaan yang membentuk rupa atau outline. Ianya boleh membentuk jalinan/texture dan mempunyai nilai tebal atau halus. Jenis-jenis garisan termasuk actual, implied, vertical, horizontal, diagonal dan contour lines. Tebal dan halus sesuatu garisan biasanya boleh mempengaruhi lukisan kita samada dari segi ruang (jauh dan dekat), saiz, titik tumpuan (focal point) dan lain-lain.
2. Jalinan Pemahaman terhadap jalinan penting kerana setiap objek mempunyai nilai jalinannya yang tersendiri samada halus atau kasar. Jalinan ni boleh dikatakan sebagai kualiti sesuatu permukaan samada dari segi tekstil (boleh dirasa dengan deria) atau visual (hanya boleh dinilai melalui penglihatan).
3. Warna Nama lain bagi warna dalam istilah seni ialah hue dan ia mempunyai tiga ciri utama iaitu, chroma, intensity dan value. Warna terbahagi kepada tiga bahagian iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertier. warna primer terdiri daripada warna merah, biru dan kuning. Warna sekunder pula merupakan gabungan dua warna primer iaitu warna jingga (merah + kuning), ungu (merah + biru) dan hijau (biru + kuning). Manakala warna tertier merupakan gabungan antara warna primer dan warna sekunder yang menghasilkan enam warna. Dalam catan atau apa-apa lukisan berwarna, kefahaman teori warna dan kepandaian menyesuaikan keadaan dalam menggunakan warna adalah yang paling penting untuk mewujudkan mood agar lukisan kelihatan natural dan hidup. Penggunaan nilai dan gubahan warna dalam lukisan juga memainkan peranan penting untuk menghidupkan lagi lukisan tersebut. Ton warna, kroma warna, sewarna, warna harmoni, warna penggenap, warna panas dan warna sejuk merupakan antara contoh nilai dan gubahan warna. Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahami berkenaan dengan suhu warna.
4. Rupa Bentuk/rupa ialah garisan 2 dimensi tanpa bentuk dan ketebalan. Ia bersifat rata dan boleh dikategorikan kepada geometric dan organic. biasanya pelajar akan mudah keliru antara rupa dengan bentuk.
5. Bentuk Bentuk ialah objek 3 dimensi yang mempunyai ruang dan ketebalan. Ia ialah ilusi terhadap efek 3D dan diimplikasikan berbantukan cahaya dan teknik bayangan.
6. Nilai Nilai merupakan istilah yang digunakan dalam mengukur terang gelap dalam sesuatu rekabentuk. Ianya merupakan kontras antara hitam dan putih dan semua ton yang berada di antaranya. Nilai boleh diaplikasikan pada warna dan juga pada warna hitam dan putih. Perbezaan yang jelas/ketara antara sesuatu nilai pula dikatakan sebagai kontras.
7. Saiz Merujuk kepada variasi dalam kadarbanding antara objek, garisan atau rupa. Sesetengah bahan rujukan juga menyenaraikan kadarbanding/proportion/scale juga salah satu dari elemen dalam seni.
Seni Muzik
Seni muzik ialah bunyi-bunyi indah yang disusun secara logik berdasarkan elemenelemen muzik misalnya irama, warna ton, mud, melodi, harmoni, tekstur dan format. Menurut Campbell (1995), Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 1. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda 2. Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang
didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri). 3. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan). 4. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik). 5. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep). 6. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.
Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 1. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. 2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity terhadap aspek-aspek muzik. 3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal. a. Imitasi (Mengajuk Balik) b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton. d. Creation (Mencipta) - penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa. e. Literasi menulis dan membaca nota muzik 4. Suzuki-menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat 5. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. 6. Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. 1. Kemahiran Muzikal Nyanyian 2. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan 3. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik. Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
Seni Pergerakan
Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara 1. Automatis 2. Spontan 3. Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal .
Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
Terdapat lima jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks iaitu; 1. Gerakan mengikut lirik lagu 2. Gerakan asas dengan muzik 3. Interpretasi muzik dengan gerakan 4. Gerakan bebas dengan muzik 5. Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema
Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran
matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau pengajaran diwujudkan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, Seni dalam Pendidikan juga bermatlamat untuk menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya.
Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Hal ini kerana, pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni yang mana ianya berbeza dari kaedah pengajaran yang turuntemurun berkonsepkan pengajaran meggunakan kapur dan papan tulis sebagai media menjadikan murid-murid merasa cepat merasa bosan. Sekiranya penyampaian maklumat misalnya kaedah nyanyian melalui seni muzik dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar.
Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Hal ini kerana, guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi pelajaran melalui nyanyian dan sebagainya. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang sentiasa wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat.
Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-
kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan
sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif.
Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya, matapelajaran sains guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar. Guru boleh membawa murid-murid ke ZOO Negara. Seterusnya murid-murid menjalani proses memerhati, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil yang diperolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif.
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni
Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanakkanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menggunakan seni muzik untuk mengajar subjek pengenalan kepada huruf. Penggunaan elemen muzik dalam pembelajaran subjek ini mampu membantu dalam membina daya ingatan yang kuat pada diri murid untuk mengingati huruf yang terdapat dalam system ejaan. Penggunaan elemen mizik juga dapat meransang minat pelajar untuk mempelajari apa yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris juga boleh diselitkan dengan elemen muzik dan pergerakan. Penggunaan lagu seperti lagu Twinkle Twinkle Little Star boleh digunakan untuk meransang deria pendengaran disamping meransang tubuh murid semasa melakukan pergerakan. Ini secara tidak lansung murid dapat mengaplikasikan unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya dalam pembelajaran. Guru juga dapat melatih pergerakan murid melalui konsep hubung kait motor-pendengaran apabila menggunakan muzik dan tarian.
Dalam mata pelajaran Matematik pula, guru boleh menggunakan elemen seni visual dalam pengajaran. Elemen sini visual boleh digunakan semasa mengajar topik ruang. Dalam topik ini murid dikehendaki mengenalpasti bentuk 3D dan 2D disamping menamakan bentuk-bentuk tersebut. Guru perlu memainkan peranan dalam
menerapkan elemen seni visual kepada pelajar. Guru boleh meminta murid melukiskan bentuk 3D atau 2D tersebut diatas sebuah kertas. Guru juga boleh meminta murid mereka bentuk objek 3D dan melukiskannya di atas sebuah kertas. Secara tidak lansung murid dapat meningkatkan tahap kekreatifannya disamping melatih motor tangan semasa melukis.
Contoh lain pula adalah dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam Pendidikan Jasmani, pergerakan merupakan elemen asas dalam pengajaran dan pembelajaran sesebuah topik. sebagai contoh, pembelajaran tentang Gimnastik dimana murid akan melakukan pergerakan asas dalam Gimnastik seperti meregang, memulas,
menghayun, berjalan, melompat dan sebagainya. Namun, sekiranya pembelajaran ini dilakukan dengan pergerakan semata-mata, murid akan cepat bosan. Justeru, elemen muzik boleh diselitkan dalam pembelajaran topik tersebut. Secara tidak lansung murid dapat mempelajari koordinasi pergerakan dengan muzik. Cara ini juga dapat mendisiplinkan murid dalam usaha untuk mendapatkan keselarasan muzik dengan pergerakan.
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Penghubungkaitan dan pautan boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti;
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran dimana ianya merupakan proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat.
2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran merupakan satu kaedah lain dimana dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada
pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan
dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
1. Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
2. Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
3. Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang
dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.
4. Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
5. Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.