Ppik 1
Ppik 1
Ppik 1
KERJA DAN MESIN Untuk membina sebuah mesin ringkas dan mesin kompleks
Bahan-bahan : Satah condong, beban, takal, dan blok kayu Aktiviti 1: Membina mesin mudah dan kompaun. Kaedah : 1) 2 set satah condong disediakan seperti yang ditunjukkan di bawah
a)
b)
Beban yang sama telah ditolak ke atas kedua-dua satah condong. Yang manakah lebih mudah?
Apabila panjang satah condong itu digandakan, anda telah meningkatkan kecekapan mekanikal.
Keputusan Aktiviti 1:
Perbincangan 1 Berdasarkan eksperimen 1, bacaan neraca spring bagi satah condong yang lebih panjang adalah lebih sedikit berbanding menggunakan satah condong yang lebih pendek. Bacaan neraca spring bagi satah condong pendek ialah 2 N manakala bagi satah condong yang panjang ialah 1N. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa penggunaan satah condong yang panjang menggunakan daya yang lebih kurang untuk menolak beban berbanding menggunakan satah yang mempunyai jarak yang pendek. Hal ini disebabkan satah condong yang panjang memberikan keupayaan mekanikal yang tinggi berbanding satah yang pendek. Oleh itu, kurang daya diperlukan unuk menolak beban pada satah condong yang panjang. Bagi mengira kecekapan mekanikal bagi sesuatu satah condong formula yang berikut digunakan:
ma=
ma= =5
ma= =10
Nilai kecekapan mekanikal bagi satah condong (b) lebih besar berbanding satah condong (a). oleh itu, daya yang diperlukan bagi menolak bongkah kayu bagi satah condong yang panjang adalah lebih kecil berbanding satah condong yang pendek.
Kesimpulan: Semakin bertambah panjang satah condong, semakin berkurang daya diperlukan untuk menolak beban. Hipotesis diterima. yang
Pengenalpastian masalah: Bagaimanakah bilangan takal yang digunakan dalam satu set mempengaruhi daya yang digunakan untuk mengangkat beban?
Hipotesis
Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban.
Prosedur : 1) Sebanyak 4 set takal dibina dengan beban yang sama diletakkan dalam rajah di bawah.
Gambar rajah
Set takal yang manakah yang memerlukan sedikit daya untuk mengangkat beban tersebut? Terangkan.
Bagi eksperimen 2 pula, takal D merupakan takal yang memerlukan daya yang sedikit untuk mengangkat beban berbanding takal A,B dan C. Hal ini kerana takal D menggunakan dua takal iaitu takal kompound yang menyebabkan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah lebih kecil berbanding takal A dan B yang menggunakan 1 takal sahaja. Walaubagaimana pun set takal D lebih mudah untuk mengangkat beban berbanding set takal C walau kedua-duanya mempunyai dua takal kerana nilai kecekapan mekanikal pada takal D lebih besar berbanding takal c.
Nilai kecekapan mekanikal bagi setiap takal dikira menggunakan formula berikut:
ma=
keupayaan mekanikal bagi takal D ialah 3 di mana kecekapan mekanikal pada takal D lebih besar berbanding takal A,B, dan C. oleh itu, daya yang diperlukan bagi takal D untuk mengangkat beban adalah sedikit iaitu sebanyak 0.3 N. Oleh itu, susunan takal yang paling mudah ialah D>C>B>A.
Kesimpulan : Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Hipotesis diterima.
Aktiviti 3: Penyelesaian masalah menggunakan mesin ringkas Kenal pasti masalah, contohnya: bagaimana memetik buah daripada sebatang pokok yang tinggi. Rancang dan reka bentuk model yang menggabungkan mesin ringkas untuk mengatasi masalah. Hipotesis : Kerja memetik buah dari pohon yang lebih mudah jika menggunakan sistem mesin ringkas seperti. 1) satu mesin ringkas dibentuk menggunakan sistem takal yang menggabungkan takal dan tali dalam rajah 2. Hal ini untuk memastikan buah tidak jatuh dan rosak dari ketinggian yang tidak dapat dicapai oleh tangan.
Perbincangan aktiviti 3 Model alat memetik buah ini menggunakan konsep mesin ringkas iaitu takal. Takal digunakan untuk mengurangkan daya yang digunakan semasa alat ini digunakan. Ini menjadikan alat ini memudahkan seseorang untuk memetik buah tanpa rasa penat semasa menarik tali untuk memotong tangkai buah. Selain itu, alat ini menggunakan mesin ringkas iaitu baji. Gunting merupakan alatan baji di mana alat ini digunakan untuk memotong tangkai buah. Spring juga dilekatkan pada gunting bagi memudahkan gunting untuk sentiasa berada dalam keadaan terbuka selepas tali ditarik untuk memotong buah. Selain itu, jaring juga diikat pada batang kayu bagi mengelakkan buah rosak apabila jatuh ke tanah sejurus selepas tangkai buah dipotong.
Mempertingkatkan kelebihan model dan kecekapan mekanikal. 1) Menggunakan gear serta motor untuk melaraskan kabel yang mengawal pemotong pada hujung pemetik buah. Hal ini dapat mengurangkan daya yang digunakan untuk melaraskan alat pemotong. 2) Menggunakan alat pemotong yang bersudut lebih kecil supaya pemotong menjadi lebih tajam. Ini akan menjadikan buah lebih senang untuk dipetik. 3) Menggunakan takal untuk menggerakkan jaring yang berada pada hujung untuk mengutip buah yang terkumpul pada jaring.
Penguasaan Ilmu Pengetahuan Dan Soalan Kemahiran : 1) Pada akhir praktikal, jawab soalan-soalan berikut: a) Apakah yang telah anda pelajari daripada praktikal tersebut? Daripada kedua-dua aktiviti ini, saya dapat belajar beberapa perkara penting yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah: (i) Saya dapat mempelajari bahawa mesin membuatkan kerja manusia lebih mudah dan lebih efektif. (ii) Dapat menyedari bahawa mesin ringkas dapat meningkatkan kelebihan mekanikal. Apabila kita menggunakan mesin, kita dapat mengurangkan tenaga kita dan dapat membuat kerja dalam masa yang singkat. (iii) Saya dapat mengenal pasti jenis-jenis mesin ringkas seperti satah condong, baji, skru, takal, roda dan gandar. (iv) Dapat tahu cara untuk mengendalikan mesin ringkas. Sebelum aktiviti bermula, saya belajar cara untuk menyediakan dan menggunakan peralatan dengan betul. Dalam aktiviti ini, saya belajar cara untuk mengendalikan satah condong dan empat set takal yang berbeza. (v) Dapat mengetahui kepentingan menggunakan mesin serta kelebihan yang dimiliki oleh mesin tersebut.
b) Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik ini? Sains Tahap 2- Tahun 6, Tema 5: Menyiasat Teknologi Tajuk: Mesin, Sub-tajuk: 1.1 Memahami Mesin Ringkas, 1.2 Menganalisis Mesin Kompleks
c) Bincangkan bagaimana anda menggunakan dua aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran. (i) Guru memperkenalkan tajuk yang ingin diajar iaitu mesin. Guru boleh memulakan set induksi dengan memaparkan video. (ii) Selain itu, guru boleh meminta pelajar melakukan sendiri aktiviti yang menggunakan mesin ringkas. Sebagai contoh, guru menyediakan tin dan sudu. Guru meminta murid cuba untuk membuka penutup tin dengan menggunakan tangan dan menggunakan sudu. Murid membuat
perbandingan berdasarkan aktiviti tersebut. (iii) Guru juga boleh menggunakan kaedah simulasi dan demonstrasi dalam P&P. Sebagai contoh, guru mendemonstrasikan cara penggunaan 6 mesin ringkas iaitu satah condong, baji, skru, takal, roda dan gandar. Guru juga boleh meminta pelajar mensimulasikan suatu keadaan di mana membayangkan manusia hidup tanpa mesin. (iv) Guru juga boleh membawa pelajar ke luar kelas dan meminta pelajar mengenal pasti mesin ringkas dan mesin kompleks yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. (v) Guru juga boleh menerapkan dan menerangkan tentang kepentingan mesin dalam kehidupan seharian kita. Guru meminta pelajar memahami dan cuba untuk berfikir tentang kegunaan mesin yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
d) Apakah peranan guru dalam praktikal di atas? (i) Guru sebagai seorang fasilitator guru sebagai pengatur cara dalam melakukan aktiviti, menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan (ii) Guru sebagai seorang pembimbing guru membimbing pelajar
melakukan aktiviti dengan betul, memberi arahan yang mudah untuk difahami oleh murid untuk menjalankan aktiviti (iii) Guru sebagai pemerhati guru mendengar dan mengenal pasti idea yang dinyatakan oleh pelajar, memastikan pelajar melakukan aktiviti dengan teratur dan kemas
Rujukan
Hashim Awang. (2012). Mesin ringkas. http://panitiasainsskha.blogspot.com/2011/06/mesin-ringkas.html. Dilayari pada 26 Febuari 2013.