Mesin Ringkas
Mesin Ringkas
Mesin Ringkas
1 MESIN RINGKAS
1. Mesin ialah sebarang alat yang memudahkan kita melakukan kerja. 2. Penggunaan mesin dapat meringankan kerja dan membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cepat. 3. Mesin terbahagi kepada dua jenis iaitu: (a) mesin ringkas (b) mesin kompleks
MESIN RINGKAS
1. Setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis mesin ringkas. 2. Contoh-contoh mesin ringkas ialah (a) tuas (b) roda dan gandar (c) takal (d) gear (e) baji (f) satah condong (g) skru
A.TUAS 1.Tuas memudahkan kita untuk mengangkat beban yang berat. 2. Tuas terdiri daripada sebatang rod yang boleh berputar pada satu titik tetap. 3 Titik tetap ini dinamakan fulkrum 4. Secara umumnya tuas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu (a) daya (b) fulkrum (c) beban
5. Daya diperlukan untuk mengangkat atau menggerakkan beban. 6. Beban ialah objek yang hendak diangkat atau digerakkan. 7. Kedudukan fulkrum menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat atau menggerakkan beban.
(a) Apabila fulkrum berada lebih dekat dengan beban, jumlah daya yang diperlukan adalah kecil.
(b) Apabila fulkrum berada lebih jauh dari beban, jumlah daya yang diperlukan adalah besar.
4. Saiz roda biasanya lebih besar daripada gandar. 5. Ini dapat mengurangkan daya yang diperlukan semasa melakukan kerja. 6. Oleh itu, kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat.
TAKAL
1.Takal digunakan untuk mengangkat barang secara menegak. 2. Takal terdiri daripada roda pada gandar. Roda diputarkan oleh tali yang dililit pada lurah roda.
3. Tarikan pada hujung tali yang bebas akan mengangkat beban pada hujung tali yang lain.
4. Roda pada takal dapat mengurangkan geseran.
5. Terdapat dua jenis takal, iaitu takal tetap dan takal bergerak.
Takal tetap 6. Takal tetap ialah takal yang dipasang tetap pada suatu tempat. Hanya beban yang akan bergerak.
(a)Arah tarikan daya adalah bertentangan dengan arah gerakan beban. (b)(b) Jarak tarikan daya adalah sama dengan jarak gerakan beban.
Takal bergerak
7. Takal bergerak pula ialah takal yang sama-sama bergerak dengan beban.Takal ini mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: (a)Arah tarikan daya adalah sama dengan arah gerakan beban. (b)(b) Jarak tarikan daya adalah dua kali ganda jarak gerakan beban.
GEAR 1.Gear terdiri daripada roda-roda bergerigi. 2. Roda-roda ini dipasang dengan cara tertentu supaya geriginya bersentuhan. 3. Gear digunakan untuk menukar laju atau menukar arah gerakan.
4. apabila salah satu gear diputar, gear yang lain akan turut berputar. (a) Biasanya arah putaran gear adalah berlawanan. Apabila satu gear berputar mengikut arah jam, gear yang satu lagi akan berputar mengikut lawan arah jam. (b) Bagaimanapun terdapat juga gear yang berputar mengikut arah yang sama seperti gear pada basikal.
5. Gear terdiri daripada saiz yang berbeza iaitu gear besar dan gear kecil. 6. Gear besar mempunyai bilangan gerigi yang lebih banyak daripada gear kecil. (a)Oleh itu, apabila gear besar berputar satu kali, gear kecil akan berputar banyak kali.
BAJI 1.Baji adalah mesin ringkas yang mempunyai permukaan condong. 2. Baji berbentuk tirus dan tajam di salah satu hujungnya. 3. Baji digunakan untuk memisahkan objek kepada dua bahagian.
SATAH CONDONG 1.Satah condong terdiri daripada satu permukaan rata yang condong. 2.Satah condong memudahkan objek dinaikkan ke satu aras yang lebih tinggi.
3.Penggunaan satah condong mengurangkan jumlah daya yang diperlukan untuk menaikkan objek berbanding mengangkat objek secara menegak.
4. Semakin curam satah condong , semakin besar jumlah daya yang diperlukan untuk menaikkan objek.
SKRU
1.Skru merupakan sejenis satah condong.
2.Skru berbentuk silinder dan mempunyai benang skru di sekelilingnya. 3.Skru digunakan untuk mencantumkan objek.
4. Semasa mencantum dua keping papan, kepala skru diputarkan beberapa kali dengan menggunakan pemutar skru. 5. Skru akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam papan mengikut benang skru. 6. Hanya daya yang kecil diperlukan untuk memasukkan skru ke dalam papan. 7. Skru juga boleh digunakan untuk mengangkat objek.
MESIN KOMPLEKS
1.Mesin kompleks terdiri daripada gabungan beberapa mesin ringkas. 2. Penggunaan mesin kompleks membolehkan kerja-kerja yang sukar dilakukan dengan lebih mudah dan cekap.
3. Contoh mesin kompleks ialah basikal, kereta sorong, jam tangan, gerudi tangan dan pemukul telur.
Penggunaan Mesin dalam Kehidupan 1.Setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis mesin. 2. Mesin membantu kita melakukan kerja. Ini bermakna mesin sangat penting dalam kehidupan kita. 3.Tanpa mesin, kita mungkin tidak boleh melakukan kerja atau memerlukan banyak tenaga untuk melakukan kerja.
Pencemaran alam
(a)Kilang membebaskan banyak gas-gas beracun ke udara dan sisa-sisa toksik ke dalam sumber air. (b) Kenderaan bermotor membebaskan banyak gas-gas beracun ke udara. (c) Racun-racun yang disembur di kawasan pertanian meresap ke dalam tanah.
(d) Kesemua ini menyebabkan pencemaran alam. (e) Pencemaran boleh menjejaskan kesihatan manusia. (f) Dalam keadaan yang serius, pencemaran boleh menyebabkan manusia dan hidupan lain mati.
Kepupusan hidupan (a) Pokok-pokok hutan ditebang untuk tujuan pembalakan, pembinaan dan pertanian. (b) Penggunaan alat dan jentera moden mempercepatkan kerjakerja penebangan pokok.
(c) Akibatnya, banyak habitat haiwan dan tumbuhan musnah. (d) Keadaan ini meyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan dan mungkin akan pupus pada suatu masa nanti.
(a) Kemajuan industri menyebabkan permintaan untuk sumber-sumber alam seperti logam, petroleum dan kayu balak meningkat. (b) Jika aktiviti cari gali, perlombongan dan pembalakan berterusan, ini akan menyebabkan sumber-sumber alam semakin menyusut dan mungkin akan kehabisan.
Peperangan
(a) Penciptaan pelbagai jenis senjata, bom nuklear, meriam, pesawat dan peluru berpandu menyebabkan peperangan yang hebat berlaku. (b) Peperangan mengorbankan banyak nyawa manusia dan memusnahkan harta benda.
Pengangguran
(a) Penciptaan alat-alat moden seperti komputer, mesin, jentera dan robot berupaya menggantikan tenaga manusia untuk melakukan kerja.
(b) Alat-alat ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang. (c) Keadaan ini menyebabkan peluang pekerjaan berkurang dan pengangguran meningkat.