0% found this document useful (1 vote)
4K views23 pages

Assignment Pengajian Am 2013 STPM

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1/ 23

940307-12-6151

KANDUNGAN Halaman SINOPSIS PENGHARGAAN PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN LOKASI KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN RUMUSAN BILBIOGRAFI LAMPIRAN

940307-12-6151

PERSEPSI PENIAGA TEMPATAN TERHADAP PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT DI KAWASAN LUAR BANDAR DAERAH PITAS, SABAH SINOPSIS Perniagaan merupakan tunggak utama Negara dalam memacu bidang ekonomi yang kini mula bersaing sehingga ke peringkat global.Kajian yang telah dilakukan ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi dan kesungguhan masyarakat terhadap kegiatan yang melibatkan dengan perniagaan ekonomi.Kajian ini ditumpukan sepenuhnya terhadap penilaian masyarakat dalam membantu memajukan lagi perniagaan yang melibatkan pelbagai pihak.Kedai runcit telah dipilih sebagai subjek utama kajian kerana lokasinya yang strategik dan sinonim dengan perniagaan.Soal selidik yang melibatkan mengenai pandangan masyarakat tempatan terhadap perusahaan kedai runcit juga telah digunakan.Secara keseluruhannya, subjek kajian mendapati sebilangan kecil penduduk di kawasan luar Bandar Daerah Pitas, Sabah bergantung hidup dengan membuka perusahaan kedai runcit masingmasing.

940307-12-6151

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Siti Farhana binti Ismail dan cikgu Norbaya Rasick selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi serba sedikit tunjuk ajar dan bimbingan dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini.Segala nasihat beliau amat saya hargai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan,Pitas yang telah membimbing, memberi tunjuk ajar dan input-input yang berguna sepanjang saya berada di sekolah ini. Tidak lupa juga kepada ibu dan ayah saya iaitu Encik Mazlan bin Madharun dan Puan Rohani binti Musa yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan kepada saya.Begitu juga buat adik-beradik yang dikasihi, Nur Sherlinah, Nur Farahain, Nur Shamsharun, dan Nur Ain Shameera, terima kasih kerana memberi inspirasi kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga khas buat sahabat-sahabat yang disayangi, Noralina binti Osman, Norhasmidah binti Madhasim, Sharifah Sarmilah binti Sani, Nichloas Johny dan sahabatsahabat seperjuangan di Pra Universiti Satu, terima kasih atas keikhlasan anda semua selama ini membantu saya. Sekian, Terima Kasih kepada semua.

940307-12-6151

PENGENALAN Kedai runcit didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh pengguna untuk membantu orang ramai memperoleh barang keperluan kepada pengguna dengan harga yang berpatutan tanpa perlu melalui bantuan orang tengah.Perusahaan kedai runcit memerlukan usaha yang berterusan dan kesungguhan dalam meningkatkan hasil pulangan yang lumayan kepada si pemiliknya.Pengurusan adalah satu elemen penting di dalam mengendalikan sebarang organisasi, baik organisasi perniagaan atau pun organisasi bukan perniagaan. Jatuh bangun sesebuah organisasi, cemerlang ataupun tidak adalah bergantung kepada pengurusan yang cekap dan berkesan. Pada asasnya, pengurus organisasi adalah serupa dengan pengurus rumah tangga juga serupa dengan pengurusan untuk pembangunan negara. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen penting yang hendak diuruskan iaitu manusia, organisasi dan matlamat atau tujuan kewujudan organisasi tersebut ( Sabri Hussin, 2005). Menurut Shahidan Kassim dalam Chamhuri Siwar (1992). Berdasarkan kepada prestasi usahawan Bumiputera dalam jangka masa DEB, secara umumnya masalah baru akan tetap timbul kerana dunia ekonomi ataudunia perniagaan bukanlah statik. Ianya berubah mengikut keadaan masa dan bergerak mengikut arah aliran pasaran tempatan mahupun luar. Ia juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi yang disebut oleh Adam Smith the invisible hands. Menurut Abu Bakar Hamed (1998), terdapatlima pengkhususan pengurusan di dalam sesuatu organisasi perniagaan. Di dalam organisasi besar mungkin terdapat banyak bidang yang lebih khusus. Pengkhususan yang dimaksudkan beliau adalah pengurusan kewangan, pengurusan operasi dan pengeluaran, pengurusan sumber manusia, pemgurusan pemasaran dan pengurusan maklumat. Di samping itu, pengurusan sumber manusia tidak kurang pentingnya dalam melaksanakan perniagaan. Pengurus sumber manusia terlibat dalam kegiatan yang berhubung dengan pekerja dalam organisasi. Antara kegiatan pengurus ini adalah merancang sumber manusia untuk organisasi, membentuk deskripsi kerja, mewujudkan sistem pengrekrutan dan pemilihan pekerja, mewujudkan program orientasi dan latihan serta pembangunan kerjaya. Selain itu, ia juga bertanggungjawab mewujudkan dan melaksanakan program pampasan dan kebajikan pekerja, mewujudkan program penilaian prestasi serta memastikan peraturan kerajaan berhubung dengan pekerja diikuti. Dalam perkembangan dunia perniagaan yang semakin mencabar, pengurus bagi semua fungsi dan peringkat pengurusan perlu menyediakan sistem maklumat pengurusan yang lebih baik. Penggunaan komputer amatlah
4

940307-12-6151

diperlukan bagi mewujudkan sistem pengurusan maklumat tersebut. Dengan cara ini pengurus akan dapat membuat keputusan, merancang dan mengawal kerja dengan lebih cekap dan berkesan. Sesungguhnya pengurusan perniagaan ini adalahperlu dititik beratkan oleh mana-mana organisasi perniagaan yang wujud sama ada berorientasikan untuk mendapatkan keuntungan atau tidak. Melalui pengurusan yang cekap, ia dapat membantu dalam membuat perancangan, penilaian, kawalan barang dagangan serta menilai prestasi jualan barang dagangan yang diniagakan. Oleh itu, ramalan permintaan pelanggan terhadap sesuatu barang dapat dipenuhi tanpa perlu menanggung kos operasi yang tinggi. Dengan itu, menunjukkan bahawa aspek pengurusan perniagaan yang tersusun, sistematik dan dapat mengenal pasti keperluan-keperluan utama dalam operasi perniagaan. Sekaligus dapat menentukan penerusan jangka hayat sesebuah perniagaan pada masa akan datang di samping meningkatkan keuntungan.

OBJEKTIF KAJIAN Kerja kursus ini disediakan untuk menilai pandangan masyarakat terhadap perusahaan kedai runcit: 1) Mengenal pasti dan menghuraikan masalah yang berkaitan dengan perusahaan kedai runcit. 2)Mengenal pasti pengetahuan am masyarakat terhadap perniagaan kedai runcit yang telah dijalankan. 3) Mengenal pasti penilaian masyarakat terhadap perniagaan kedai runcit yang telah dijalankan 4) Mengenal pasti amalan pengurusan perniagaan kedai runcit

940307-12-6151

LOKASI KAJIAN Kajian yang telah dijalankan telah memilih kawasan luar Bandar Daerah Pitas, Sabah sebagai subjek utama bagi tumpuan kajian ini. Dalam membuat kajian ini, kawasan kajian merupakan salah satu daripada elemen yang sangat penting. Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan luar Bandar Daerah Pitas, Sabah. Daerah Pitas ini terletak di antara Paitan dengan Kota Marudu, lebih kurang tiga puluh minit perjalanan dari kawasan kajian ke Kota Marudu dan satu jam lebih perjalanan ke Daerah Paitan. Daerah Pitas ini telah dipilih sebagai lokasi kajian berdasarkan kepada maklumat yang telah dikenalpasti.

Peta di atas ini menunjukkan kedudukan Daerah Pitas

940307-12-6151

DAERAH PITAS Pitas berasal daripada perkataan NOPITAS iaitu merupakan satu perkataan suku kaum sungai yang bererti terputus. Pada masa itu, Sungai Bengkoka telah dilanda banjir dan akibat arus banjir yang deras menyebabkan Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan NOPITAS yang bermaksud terputus diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas sehingga sekarang. (Pejabat Daerah Pitas) Dari segi latar belakang Daerah Pitas, Daerah pitas telah diiktiraf sebagai sebuah Daerah Penuh pada tahun 1975. Terletak kira-kira 195KM dari Kota Kinabalu dan 132KM dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebelah barat dan Beluran dan Paitan di sebelah timur. Keluasan Daerah Pitas ialah 141,935 hektar dan topografinya berbukit bukau dan tanah rata. Mengikut bancian pada tahun 1991, penduduk Daerah Pitas adalah berjumlah 24,143 orang dan kini dianggarkan meningkat kepada 30,000 orang. Pitas pada asalnya dipanggil sebagai Tupak yang bermakna seberang. Tupak ini merujuk kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu. Setelah berlakunya persengketaan sesama Momogun di Teluk Bandau, sebilangan penduduk Bandau meninggalkan kawasan Bandau kerana serangan ILMU HITAM SINDAAT MOGKORUDU yang dilancarkan oleh Aki Sook. Pitas adalah merujuk kepada petempatan di mana Sindaat Mogkorudu tidak lagi berkuasa ialah di sebelah Sungai Bengkoka. Sejak hari itu,kawasan tersebut yang dikenali sebagai Tupak turut dipanggil sebagai Pitas iaitu setelah menyeberangi kawasan tersebut orang-orang Teluk Bandau tidak lagi menjadi mangsa serangan Ilmu Hitam Sindaat Mogkorudu. Sebutan PITAS berasal daripada perkataan NOPITAS atau MINITAS iaitu selepas melalui kawasan itu maka orang-orang Bandau terlepas dari kuasa Sindaat Mogkorudu. Pada hari ini TUPAK tetap digunakan oleh sebilangan masyarakat Momogun Rungus sebagai kelembutan bahasa atau mengelakkan dari mengingatkan lagi kisah hitam yang pernah berlaku sesama Momogun pada zaman dahulu. Ini kerana pada zaman dahulu ramai yang mengelak untuk mengatakan PITAS untuk tidak menyinggungkan perasaan orang terhadap persengketaan dahulu. Namun sebutan PITAS ini kembali digunakan pada zaman ketua Syarif Osman dan zaman penjajahan untuk menghidupkan lagi sempadan-sempadan yang pernah dibuat oleh Aki Sook melalui ritual tertentu bagi tujuan upacara-upacara keagamaan Labus pada zaman itu. (Legenda Momogun Rungus, Legenda Pitas)
7

940307-12-6151

KAEDAH KAJIAN Reka bentuk kajian yang telah digunakan ini adalah berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal kaji selidik. Merujuk kepada kepada Azizi Yahya et al (2007), tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri populasi. Merujuk kepada Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) pula, penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan bermatlamat untuk menerangkan sesuatu gejala, peristiwa atau fenomena yang sedang berlaku pada masa kini. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik yang dijawab oleh peniaga-peniaga kedai runcit di sekitar kampong Seribudaya di daerah Pitas. Reka bentuk kajian ini mengkaji amalan-amalan pengurusan peniaga-peniaga di kawasan luar Bandar Daerah Pitas, Sabah dalam menjalankan perniagaan mereka. Istilah tinjauan dari segi makna membawa maksud melakukan kutipan data secara sepintas lalu yang menyamai kaedah mengambil gambar. Keputusan yang telah diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang agak tinggi kerana pola perlakuan masyarakat sukar berubah dengan mendadak ( Mohd Najib Abdul Ghafar, 2003). Kajian tinjauan ini sesuai digunakan dalam penyelidikan yang telah dilakukan kerana kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah. Selain itu, kajian ini juga dilakukan dengan mencari sumber bahan melalui buku-buku ilmiah yang mana hampir menyamai buku rujukan tetapi penggunaan buku-buku ilmiah lebih kompleks. Definisi Ilmiahmenurut tokoh ialah sehingga jauh dari sifat trial dan error atau sekadar mencuba-cuba ( Madsen, David 1983). Metode Ilmiah berlandaskan terdiri daripada tiga fasa utama iaitu untuk mencari jawapan secara ilmiah, dasar metodologi untuk membuktikan jawapan tersebut, dan guna menginterpretasikan hasil penelitian. ( Hadi, Sutrisno, 1980) Dengan melihat peniaga-peniaga kedai runcit di kawasan kajian sebagai subjek utama kajian, Justeru itu, sebanyak 20 set borang soal selidik telah disediakan untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga kedai runcit luar Bandar bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang, pengetahuan am dan pandangan umum peniaga-peniaga luar Bandar dalam menjalankan perniagaan mereka. Soal selidik merupakan salah satu alat atau instrument yang sering digunakan untuk mengukur tingkah laku responden, dan produk dalam penggunaan alat pengukur ini adalah
8

940307-12-6151

data ( Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003). Kajian ini telah menggunakan instrument soal selidik untuk memudahkan pengumpulan maklumat ini dapat dijalankan berjalan dengan lebih baik. Ia juga merupakan instrument kajian yang lazim digunakan dalam kajian deskriptif. Soal selidik tersebut terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah berkaitan dengan demografi atau maklumat latar belakang responden. Manakala Bahagian B pula menyentuh tentang pengetahuan am peniaga-peniaga luar Bandar Daerah Pitas, Sabah. Bahagian C pula berkenaan tentang pandangan umum peniaga-peniaga kawasan kajian terhadap perniagaan kedai runcit di kawasan sekitar mereka. Pemilihan item serta borang soal selidik yang dibuat dalam kajian ini, sebagai instrumen kajian adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang berikut: 1) Memudahkan penyelidikan terutama bagi analisis data-data yang telah diperolehi. 2) Membantu memudahkan penyelidikan kajian bagi memperolehi data yang lebih tepat daripada responden terhadap aspek utama yang ingin dikaji. 3) Memudahkan penyelidik dalam mentadbir responden yang ramai semasa kajian ini dijalankan. 4) Respondan yang dikaji melibatkan jumlah bilangan yang agak ramai. 5) Dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga penyelidik. Bahagian A merangkumi soalan-soalan yang berkisar tentang latar belakang diri responden atau maklumat demografi responden. Maklumat-maklumat dalam bahagian ini memainkan peranan yang penting kerana saling berkait rapat dengan jawapan yang akan diberikan oleh responden dalam Bahagian B dan Bahagian C. Dalam bahagian ini mempunyai 11 item iaitu: 1) Umur 2) Jantina 3) Status perkahwinan 4) Bangsa 5) Tahap pendidikan 6) Agama 7) Asal 8) Bilangan isi rumah 9) Jumlah pendapatan 10) Pekerjaan 11) Tempoh masa menetap

940307-12-6151

Bahagian B pula mengandungi tiga soalan utama yang berkisar tentang pengetahuan am masyarakat. Maklumat-maklumat ini juga memainkan peranan penting kerana saling berkaitan dengan objektif kajian yang telah dikemukakan.Antara bentuk soalan-soalan yang telah dikemukakan ialah: 1) Maksud perniagaan kedai runcit 2) Sumber pengetahuan kedai runcit 3) Modal pembukaan kedai runcit Manakala Bahagian C pula turut mengandungi sebanyak tiga bentuk soalan yang dikelaskan mengikut relevan objektif kajian. Secara keseluruhannya, bahagian ini terdiri daripada tiga item berikut: 1) Jaminan hidup 2) Pandangan terhadap persaingan 3) Sambutan atau penerimaan masyarakat

10

940307-12-6151

DAPATAN KAJIAN/PERBINCANGAN Bahagian ini membincangkan tentang analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti peratusan, taburan kekerapan dan purata.

Demografi responden Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden yang telah ditemu bual melibatkan item-item seperti umur, jantina, dan modal perniagaan runcittelah dipersembahkan dalam bentuk rajah di sebelah.

Umur

UMUR
6% 39% 40% 18-39 40-49 50-59 60-69 15%

Rajah 1 Umur responden Sumber : Kajian lapangan (Tahun)

11

940307-12-6151

Berdasarkan kepada hasil kajian, daripada 20 orang responden yang ditemubual, seramai 8 orang adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 18 hingga 39 tahun. Manakala responden yang berumur antara 40 hingga 49 adalah sejumlah tiga orang. Seterusnya adalah responden yang berumur diantara 50 hingga 59 adalah turut terdiri daripada 8 orang. Selebihnya adalah responden yang berumur diantara 60-69 adalah terdiri daripada satu orang.Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Jantina

JANTINA

45% 55% LELAKI PEREMPUAN

Rajah 2 Jantina responden Sumber : Kajian lapangan (Tahun) Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 20 orang responden, seramai 11 orang (55 peratus) adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya sebanyak 9 orang (45 peratus) adalah responden lelaki. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 4.2. Kajian ini adalah melihat persepsi penduduk, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.

12

940307-12-6151

Modal

MODAL

5% 25% Modal Sendiri 60% 10% MARA Amanah Ikhtiar Malaysia lain-lain

Rajah 3 Jenis Modal responden Sumber : Kajian lapangan (Tahun) Kebanyakan responden yang menggunakan modal sendiri ialah sebanyak 12 orang (60 peratus), diikuti dengan MARA iaitu sebanyak 2 orang (10 peratus), serta Amanah Ikhtiar Malaysia yang sebanyak 5 orang (25 peratus) dan selebihnya adalah lain-lain bentuk modal iaitu satu(5 peratus). Data yang lebih terperinci dapat dilihat pada rajah 3 tersebut.

ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP IMPAK PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KEDAI RUNCIT DI KAWASAN DAERAH PITAS, SABAH

Pembangunan perusahaan kedai runcit yang dijalankan akan meninggalkan impak yang positif mahupun negatif terhadap tiga komponen utama iaitu impak dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar.

13

940307-12-6151

Impak ekonomi Analisis yang dijalankan melibatkan kepada tiga bentuk elemen iaitu dari segi ekonomi, sosial dan juga alam sekitar. Justeru, analisis ini akan membincangkan tentang persepsi peniaga-peniaga tempatan terhadap impak yang terjadi dan bakal berlaku dengan adanya pemesatan ekonomi melalui perusahaan kedai runcit ini. Wujudnya pelbagai persepsi yang berbeza daripada peniaga-peniaga tersebut terhadap impak ekonomi. Masing-masing peniaga kedai runcit tersebut memberikan pandangan dan pendapat yang berbeza. Carta pai yang ditunjukkan pada jadual di atas menunjukkan kekerapan dan piawaian yang mencerminkan pandangan masyarakat peniaga kedai runcit tersebut. Sebanyak 60 peratus responden iaitu sebanyak 12 orang daripada 20 orang responden menggunakan modal sendiri pada permulaan perniagaan kedai runcit mereka. Menurut responden yang telah menggunakan modal sendiri, taraf hidup mereka dijangka meningkat dan kehidupan mereka pada masa hadapan lebih terjamin. Manakala sebanyak 25 peratus iaitu sebanyak 5 orang responden yang mendapatkan bantuan daripada AIM(Amanah Ikhtiar Malaysia) turut bersetuju pembukaan kedai runcit lebih menguntungkan dan mereka dapat meningkatkan taraf hidup. Selebihnya manakala selebihnya pula menyatakan tidak pasti terhadap peningkatan taraf hidup. Hal ini menunjukkan separuh daripada bilangan keseluruhan peniaga-peniaga kedai runcit menyatakan mereka bersetuju peningkatan taraf dan kualiti hidup mereka mereka melalui perniagaan kedai runcit ini. Buktinya menurut Azahan Awang et al (2006), kualiti hidup sukar untuk ditafsirkan kerana kualiti hidup adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap individu mempunyai kehendak yang berbeza-beza. Justeru itu, taraf hidup yang ditafsirkan oleh responden adalah mengikut keselesaan mereka. Impak sosial Dari segi sosial pula, analisis yang dijalankan telah mendapati bahawa perpaduan kaum dalam segenap lapisan masyarakat di kawasan Daerah Pitas bertambah erat dan baik dengan wujudnya perlaksanaan perkhidmatan kedai runcit di kawasan daerah ini. Hal ini demikian, komunikasi yang sopan dan baik antara peniaga dengan pembeli mampu untuk mewujudkan toleransi yang baik dan sikap menghormati antara satu sama yang lain. Dengan ini, sesuatu hubungan yang baik itu memudahkan peniaga dengan pembeli menjalankan urusan jual beli dan perkhidmatan kedai runcit berada pada tahap yang lebih konsisten.
14

940307-12-6151

Analisis daripada kajian mendapati sebanyak 17 orang responden sangat bersetuju bahawa perkhidmatan perniagaan kedai runcit mampu untuk mengeratkan lagi hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Daerah Pitas. Manakala selebihnya pula didapati agak kurang pasti terhadap pandangan mereka. Hal ini menunjukkan hampir separuh daripada responden agak bersetuju terhadap perlaksanaan perniagaan kedai runcit yang ternyata memberikan kelebihan dan mannfaat terhadap aspek sosial masyarakat. Dijelaskan bahawa perpaduan adalah merupakan sebuah budaya hidup yang perlu sentiasa diamalkan dalam rutin harian sesebuah masyarakat. Pengertian perpaduan mengikut dimensi atau jurusan pertama adalah merujuk kepada kerukunan politik kerana mereka mempunyai kepentingan umum seperti menetap di Negara yang sama. Perpaduan adalah merupakan budaya hidup dalam kalangan masyarakat di daerah Pitas. Menurut Edward B.Taylor mengenai konsep kebudayaan ialah: ..Kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oelh semua manusia sebagai anggota mas yarakat. Selain itu, analisis borang soal selidik telah mendapati bahawa impak sosial yang diterima daripada perniagaan kedai runcit ini ialah lebih ramai anak-anak muda yang tidak menyambung pengajian mendapat peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh segelintir peniaga-peniaga kedai runcit. Daripada 20 orang responden, sebanyak 8 orang responden bersetuju menyatakan bahawa kewujudan perniagaan kedai runcit mampu mengurangkan masalah pengganguran yang berlaku dalam kalangan remaja terutamanya anak-anak muda yang tinggal menetap di kawasan daerah Pitas. Manakala selebihnya pula menyatakan bahawa mereka adalah tidak pasti. Hal ini menunjukkan bahawa tidak cuma terdapat segelintir sahaja peniaga-peniaga kedai runcit yang bersetuju perniagaan kedai runcit mampu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan terutamanya kepada golongan remaja. Malahan ada sesetengah peniagapeniaga kedai runcit menyatakan pendapat mereka bahawa dengan melibatkan diri dalam pengurusan perniagaan kedai runcit, golongan remaja pada masa kini boleh dijauhkan daripada terlibat dalam kegiatan jenayah seperti punk,black metal dan sebagainnya. Hal ini juga turut merujuk kepada gaya hidup yang diamalkan oleh golongan remaja kini yang lebih gemar membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri mereka sendiri.
15

940307-12-6151

Impak alam sekitar Berdasarkan hasil kajian, perniagaan kedai runcit dilihat turut memberikan impak kepada alam sekitar. Terdapat beberapa soalan yang telah ditanyakan kepada para responden mengenai impak perniagaan kedai runcit terhadap alam sekitar. Mengenai masalah

pencemaran yang akan timbul dalam masa beberapa tahun akan datang, kebanyakkan responden bersetuju dan sangat bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 5 orang daripada 20 orang responden yang iaitu sebanyak 28 peratus yang bersetuju masalah pencemaran akan berlaku dengan adanya pembangunan pelancongan yang berterusan tanpa mengambil kira faktor alam sekitar. Lapan peratus, iaitu seramai 2 orang tidak pasti dengan keadaan ini, Manakala sebanyak 57 peratus iaitu 13 orang yang sangat tidak bersetuju dalam masa beberapa tahun akan datang masalah pencemaran akan berlaku disebabkan aktiviti perniagaan kedai runcit yang dijalankan. Hal demikian perniagaan kedai runcit menggambarkan kepentingan alam sekitar turut perlu dijaga semasa proses membangunkannya. Purata yang menjawab soalan ini adalah tidak setuju. Pendapat mengenai pengguna akan menjaga kebersihan kawasan kedai runcit adalah sebanyak 10 yang bersetuju iaitu 62 peratus, 19 peratus yang sangat setuju, 12 peratus yang sangat tidak setuju dan selebihnya, lima peratus yang tidak pasti. Secara keseluruhan analisis ini mendapati kebanyakkan pembeli akan menjaga kebersihan kedai runcit. Responden yang di temu bual mengatakan pembeli mungkin tidak membuang sampah secara suka hati, tetapi mungkin angkara faktor persekitaran yang sememangnya kotor dengan masalah daripada binatang-binatang peliharaan penduduk kampung tidak terjaga yang sering membuang najis merata-rata,misalnya sapi dan kambing. Impak kepada alam sekitar yang seterusnya adalah berkaitan udara menjadi semakin panas kesan aktiviti manusia. Kebanyakkkan responden setuju dan sangat setuju. Seramai 15 orang responden (72 peratus) yang sangat setuju dengan penyataan ini. Hal ini adalah kerana, terdapat beberapa pembangunan kedai runcit yang melibatkan bangunan konkrit sedang giat dijalankan di daerah Pitas, dengan itu banyak hutan atau pokok-pokok ditebang untuk tujuan pembangunan tersebut. Manakala, 14 peratus iaitu seramai 3 orang yang setuju bahawa udara menjadi semakin panas. Bakinya sebanyak 7 peratus adalah masing-masing responden yang tidak pasti dan sangat tidak setuju mengenai isu ini. Purata yang menjawab soalan ini adalah responden yang bersetuju udara menjadi semakin panas ekoran daripada pemesatan pembangunan.

16

940307-12-6151

RUMUSAN Rumusan kajian ini adalah berdasarkan keseluruhan kajian yang telah dijalankan dalam menilai amalan pengurusan yang mempengaruhi perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera luar Bandar Daerah Pitas, Sabah. Bagi menilai amalan pengurusan perniagaan kedai runcit luar Bandar Daerah Pitas, Sabah ini, aspek-aspek yang diambil ialah dari segi perngurusan kewangan, pengurusan operasi dan pengeluaran perniagaan, pengurusan sumber manusia serta pengurusan pemasaran. Kajian ini turut membincangkan tentang amalan pengurusan peniaga-peniaga kedai runcit luar Bandar Daerah Pitas, Sabah dalam menjalankan perniagaan mereka seiring dengan permintaan masyarakat setempat. Apa yang telah didapati amalan pengurusan perniagaan di kalangan peniaga-peniaga bumiputera masih terdapat kelemahan yang mempengaruhi dari segi kemajuan perniagaan mereka. Peniaga lebih menumpukan kepada aspek pengurusan pemasaran perniagaan dalam menjalankan perniagaan mereka. Walaupun pengurusan operasi dan pengeluaran dan pemasaran dapat dilakukan dengan lebih baik, namun terdapat pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan yang tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin kerana hasil analisis, amalan pengurusan ini telah berada pada skor sederhana sahaja. Ini menyebabkan pengurusan perniagaan mereka terdapat kelemahan yang perlu dibaiki. Kajian ini juga mengariskan beberapa objektif kajian supaya dapat memenuhi matlamat kajian. Persoalan kajian juga digariskan iaitu pengurusan kewangan, operasi dan pengeluaran, sumber manusia serta pemasaran. Batasan kajian ini hanya terhad kepada peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera Daerah Pitas, Sabah. Kepentingan kajian ini juga adalah untuk kepentingan peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera di luar Bandar, pengkaji masa depandan agensi-agensi yang berkaitan untuk meningkatkan perniagaan peniaga kedai runcit di luar Bandar serta definisi istilah juga turut dibincangkan. Kajian ini terbahagi kepada bahagian A, B dan bahagian C. Bahagian A iaitu berkaitan dengan latar belakang responden yang terdiri daripada beberapa soalan iaitu salah satunya umur, jantina, status perkahwinan, bangsa, tahap pendidikan, agama, asal, bilangan isi rumah, jumlah pendapatan, pekerjaan dan tempoh masa menetap di kawasan kajian. Manakala bahagian B ialah pengetahuan am responden tentang perniagaan kedai runcit yang terdiri daripada tiga soalan utama yang berkaitan iaitu maksud kedai runcit, modal perusahaan kedai runcit , dan dari mana masyarakat mengetahui maksud kedai runcit. Manakala bahagian C
17

940307-12-6151

pula berkaitan tentang penilaian masyarakat peniaga terhadap perniagaan kedai runcit yang mengandungi tiga soalan utama yang merangkumi tentang jaminan hidup masyarakat terhadap perniagaan kedai runcit, pandangan terhadap persaingan kedai runcit dan penerimaan atau sambutan masyarakat terhadap perniagaan kedai runcit yang telah dijalankan. Kepentingan kajian ini juga adalah untuk kepentingan peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera di luar Bandar, pengkaji masa depan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk meningkatkan perniagaan peniaga kedai runcit di luar Bandar serta definisi istilah juga turut dibincangkan.

18

940307-12-6151

BILBIOGRAFI Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Mengusai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Chamhuri Siwar, Mohd Yusof Kasim, Abdul Malik Ismail (1992). Ekonomi Bumiputera Selepas 1990. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. D.T. Williams dan Tee Kok Bin (1989). Ilmu Perdagangan. Petaling Jaya. Logman Sdn Bhd. Faudziah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail, Nurwati Ashikin, Ahmad Zaluki (2005). Pengurusan Kewangan Teori dan Aplikasi. Petaling Jaya. Pearson Prentice Hall. Faridah Mariani bt Johan. (2000) Profail, Trait Keusahawanandan Pengurusan Perniagaan Dalam Pembentukan Aspirasi Peniaganita di Negeri Terengganu. Projek Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Hasnah bt Haroon. (2003) Perbandingan Amalan Pengurusan Perniagaan di Kalangan Usahawan Perniagaan Kenderaan Terpakai di Kawasan Seberang Perai dan Sungai Petani. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; Jaafar Muhamad (2001). Asas Pengurusan Perniagaan. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd. Mahashim Bajuri (1984). Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. Maimunah Aminuddin (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn Bhd. Md Hazel Zali (1995). Panduan Barclays dalam mengurus pertumbuhan untuk perniagaan Kecil. Kuala Lumpur. Yayasan Panataran Ilmu.

19

940307-12-6151

Muhammad Ali Embi (2003). Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia. Utusan Kuala Lumpur. Publications & Distributors Sdn Bhd. Nurazirawati bt Osman. (2000). Pengurusan Barang Dagangan Bagi Peniaga Peruncitan Konvensional: Kajian Kes Perniagaan Runcit di Kawasan Pinggir Bandar Alor Setar. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Syed Amin Al-Jeffri (1998). Sekilas Pandang Gaya pengurusan Masa Kini. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Syed Arabi Idid (1998). Kaedah Penyelidikan komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharah Bakar (2003). Asas Pemasaran. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd. Zafir Mohd Makhbul, Mohd Rizal Palil dan Ahmad Khairy Ahmad Domil (2004). Mengurus Perniagaan. Pahang. Pts Publications& Distributors Sdn Bhd

20

940307-12-6151

BORANG KAJI SOAL SELIDIK BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN 1. Umur : 2. Status perkahwinan: Bujang Berkahwin Duda/Janda 3. Bil isi rumah: 4. Agama: Islam Budha Hindu Kristian 5. Pekerjaan: Sendiri Kerajaan Swasta Tidak bekerja Pencen Lain-lain Lain-lain 8.Pendapatan sebulan (RM): 9.Taraf pendidikan: PMR SPM STPM 10.Negeri Asal: 11.Tempoh menetap di daerah ini: tahun Diploma/Ijazah/PhD Lain-lain Orang 6. Jantina: Lelaki Perempuan 7.Bangsa: Melayu Cina India Lain-lain:

21

940307-12-6151

BAHAGIAN B: PENGETAHUAN AM 1. Adakah anda mengetahui maksud perniagaan runcit? YA 2 TIDAK

Dari manakah anda mengetahui mengenai perniagaan runcit? Televisyen Radio Internet Lain-lain Iklan Kempen Perundangan Agensi perlancongan NGO Kerajaan

Dari manakah anda mendapatkan modal untukmembuka perniagaan kedai

runcit? Modal sendiri Bank MARA Keluarga terdekat Kawan Lain-lain

22

940307-12-6151

BAHAGIAN C: PENILAIAN MASYARAKAT

1 Adakah kehidupan seharian anda lebih terjamin dengan perniagaan kedai runcit yang telah anda jalankan? YA TIDAK

2 Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan persaingan kedai runcit di kawasan kampong anda? Sihat Kurang sihat

3 Adakah perkhidmatan kedai runcit anda mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai? YA TIDAK

-KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI-

23

You might also like