Konsep Asas
Konsep Asas
Konsep Asas
cukup lama jidup bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri dan meletkkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu. :ucy Mair (1965) pula menyatakan masyarakat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling berhubungan secara kolektif dengan mempunyai hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusa ya ng hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubungan danbekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan. Masyarakat sebenarnya bermula dari satu tahap ke satu tahap yang lain di mana ia bermula dengan masyarakat primitive, masyarakat berubah kepada masyarakat menternak, masyarakat holtikultur dan tani. Keempat-empat tahap ini dikenali sebagai masyarakat tradisonal. Masyarakat terus berkembang daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat sains dan teknologi. Perkembangannya adalah berbentuk sehala dan berterusan
Kebudayaan A.L Kroeber dan Clyde Kluckhohn (1952) pula mentakrif kebudayaan sebagai pola tingkah laku dan idea yang bersifat implicit dan eksplisit. Impilist ialah pola tingkahlaku yang tidak dapat dilihat dengan nyata dan jelas serta memerlukan tafsiran lanjut untuk memahaminya seperti ideologi, adat resan dan lain-lain. Eksplisit pula ialah perlakuan yang boleh dilihat secara langsung seperti cara makan dan cara berpakaian. Kebudayaan adalah semua hasil ciptaan manusia yang terdiri daripada budaya material dan bukan material. Budaya material adalah budaya yagn boleh dilihat, disentuk, dirasa dan mempunyai bentuk fizikal seperti komputer, telefin bimbit dan lain-lain lagi. Manakala budaya bukan material merupakan budaya yang terhasil dalam bentuk abstrak seperti teori, ideology, formula dan falsafah.
Ras Ras adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang memiliki cirri-ciri fizikal yang diwarisi secara genetic. Terdapat tiga ras yang dominan iaitu Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam dan Mongoloid (kulit kuning). Warna kulit merupakan cirri utama bagi menentukan ras seseorang. Rupa bentuk fizikal seperti rambut, paras wajah, bentuk kepala dan kumpulan darah juga digunakan untuk menentukan ras. Walau bagaimanapun hasil daripada evolusi manusia telah menyebabkan wujudnya pertindihan sebahagian criteria antara ras. Oleh itu sangat sukar untuk membuat perbezaan yang tepat. Sebagai contoh, kumpulan Plynesian memiliki rupa paras yang mengelirukan. Mitos ras ini telah digunakan bagi menentuk perasaan keagungan sesebuah kumpulan ras.
Etnik Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.
Etnisiti Etnisiti merujuk kepada gabungan pelbagai sifat dan komponen yang kebiasaannya dimiliki oleh kumpulan etnik (Smelser, 1988). Etnisiti merangkumi perkongsian kepercayaan, norma, nilai, keutamaan di dalam kumpulan, ketaatan dan menyenangi kelompoknya sendiri. Etnosentrisme Satu tanggapan bahawa kumpulannya adalah yang terbaik berbanding dengan kumpulan yang lain. Ini mengakibatkan kegagalan untuk menerima pandangan orang daripada kumpulan lain. Contohnya seperti dalam sistem kasta, golongan Brahmin menganggap diri mereka adalah suci dan mulia. Oleh itu mereka tidak boleh bergaul dengan kasta lain, sebagai contoh, individu yang datang daripada kasta Sudra
Jarak Sosial Jarak sosial merujuk kepada pengasingan secara fizikal atau emosi antara individu yang mempunyai perbezaan tanggapan. Jarak sosial boleh wujud akibat sikap negatif terhadap kelompok lain. Kewujudan jarak sosial disebabkan oleh ketiadaan interaksi sosial di antara kelompok kerana perbezaan tempat tinggal, pekerjaan, bahasa, agama, adat resam dan perbezaan etnik.
Intergrasi Integrasi ialah penyatuan antara kelompok yang berbeza tetapi hidup di bawah sistem pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup bersama secara aman tanpa mengira latar belakang dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Integrasi boleh berlaku melalui proses akomodasi, akulturasi dan asimilasi.
Akomodasi Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Dalam perkataaan lain, akomodasi juga dikenali sebagai situasi menang-menang (win-win situation) di mana kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat atau matlamat akan memperoleh faedah daripada satu matlamat baru yang telah dibina secara bersama dan kolektif.
Asimilasi Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan masyarakat yang berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yang baru. Asimilasi boleh mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza. Pertama, kelompok masyarakat yang diasimilasikan akan berubah menjadi satu kelompok yang baru dengan menghilangkan kebudayaan serta identiti asalnya. Kedua, kelompok yang diasimilasikan akan mengamalkan kebudayaan baru yang dicipta hasil daripada percantuman budaya antara kelompok dengan kebudayaan asalnya. Proses asimilasi boleh berlaku apabila golongan minoriti bersedia untuk
menyerap budaya golongan majoriti dan golongan majoriti bersedia menerima golongan minoriti tersebut.
Akulturasi Akulturasi boleh didefinisikan sebagai proses penerimaan unsur budaya dari satu kelompok kepada satu kelompok yang lain. Tahap penerimaan sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada sejauh mana kebudayaan asing tersebut mampu memberikan kelebihan dan manfaat kepada kelompok tersebut. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya yang positif sebagai contoh, pemakaian tali leher telah diterima oleh semua masyarakat dunia. Walau bagaimanapun penyerapan nilai negatif ada juga berlaku dan selalunya ditolak oleh masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat seperti pengaruh black metal di kalangan anak muda. Isu penolakan atau keengganan tersebut timbul ekoran wujudnya perasaan bahawa kebudayaan asing akan menghancurkan serta merosakkan kebudayaan asal mereka.
Diskriminasi Diskriminasi merupakan sikap pilih kasih sesebuah kelompok terhadap satu kelompok yang lain yang dirasakan tidak setaraf dengannya. Diskriminasi merupakan perbuatan yang dizahirkan melalui perasaaan yang telah dicipta iaitu memandang rendah terhadap standard kebudayaan kelompok lain. Sebagai contoh, krisis yang wujud di Barat yang memandang orang kulit hitam sebagai golongan masyarakat yang hina. Diskriminasi yang wujud itu dicipta oleh orang kulit putih untuk menghalang orang kulit hitam menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi.
Prasangka Prasangka merupakan kesimpulan yang dibuat berdasarkan perasaan dalaman individu terhadap individu lain atau antara kelompok dengan kelompok lain yang tidak berdasarkan sebarang bukti atau maklumat yang lengkap dan betul. Prasangka lazimnya timbul apabila wujudnya khabar angin yang bersifat negatif dalam sesebuah masyarakat terhadap kelompok
lain. Prasangka akan menyumbang kepada kesan yang negatif yang mengancam hubungan dan keharmonian sesebuah kelompok masyarakat. Kewujudan prasangka adalah disebabkan kurangnya interaksi serta keengganan menerima dan memahami budaya orang lain.
Stereotaip Stereotaip merupakan satu fahaman sesebuah kelompok dengan mengeneralisasikan kelompok yang lain berdasarkan sikap, perbuatan serta fahaman seseorang individu daripada kelompok tersebut. Sebagai contoh, dalam kajian Gallup yang dibuat terhadap 1,007 responden yang terdiri daripada orang dewasa Amerika mendapati mereka enggan berjiran dengan orang Islam. Ini kerana mereka berpendapat orang Islam bersifat ekstremis (Utusan Malaysia, 13 Ogos 2006).
Pluralistik Alam Melayu Pluralistik merupakan kepelbagaian bangsa,agama di suatu tempat pada satu masa yang dirancang atau dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan seperti pada era penjajahan British. Kemajmukan masyarakat yang berhijrah dan menetap di rantau Alam Melayu merupakan fakta dan bukti bersejarah yang menunjukkan bahawa interaksi antara etnik sudah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perhubungan tempatan dalam pelbagai aspek telah membawa kepada pluralit baharu dalam masyarakat tempatan. Antara kegiatan yang dilaksanakan termasuk pedagangan, penyebaran agama, pertanuan dan lainlain.
Ciri-ciri Masyarakat Pluralistik Menurut Furnivall, masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk atau dikenali sebagai plural society. Bagi John Rex, (1958) pula menyatakan bahawa setiap kelompok mempunyai agama, budaya, bahasa, idea serta cara yang tersendiri. Mereka bertemu sebagai individu, namun hanya di pasar-pasar, iaitu membeli atau menjual barang. Dengan ini, terwujudlah satu masyarakat majmuk dengan bahagian-bahagian komuniti yang berlainan dan hidup secara berdampingan. Namun begitu, mereka mempunyai pembahagian kerja yang mengikut ras dalam bidang ekonomi. Menurut Vender Zenden (2008), beliau telah mengatakan bahawa pluralism adalah satu proses di mana orang yang mempunyai latar belakang yang berlainan hidup secara harmonis, membenarkan ekspresi cara-cara hidup mereka yang disktrinktif di dalam suatu keadaan yang selaras dengan kebajikan sosial Pendek kata, masyarakat pluralistic merupakan masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai keturunan, bahasa, agama, adat resam, budaya dan amalan yang tersendiri. Sungguhpun masyarakat berbilang kaum hidup secara berasingan di bawah politik yang sama. 1. Budaya Aspek budaya atau cara hidup masyarakat tempatan telah banyak dipengaruhi oleh budaya asing yang dibawa masuk oleh golongan pedagang Arab ke rantau Alam Melayu. Adat masyarakat Melayu mula dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam. Antara adat yang patuh diwarisi adlaah menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah.
2. Bahasa Bahasa yang digunakan oleh masyarakat tempatan adalah berbeza. Masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur, manakala masyarakat Cina pula bertutur dalam Bahasa Cina. Bagi masyarakat India pula, mereka akan bertutur dalam bahasa Tamil. Menurut Sanjit Singh Ahmad Tarmizi dan Ruslan (2006), Bahasa Melayu merupakan lingua franca yang digunakan secara meluas seara zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum kedatangan Barat, tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi dalam sistem pentadbiran dan segala urusan hal ehwal kerajaan Melaka.
3. Agama Penduduk Melayu pada ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan yang tersendiri. Kemasukan buruh Cina dan India tidak menjejakan amalan masyarakat Melayu kerana tidak wujud percampuran yang ketara antara ketiga-tiga kaum. Pada peringkat awal, mereka mempunyai pemisahan yang ketara dari segi penempatan dan ekonomi masing-masing.