Pelarasan Akhir Tempoh 2

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pelarasan Akhir Tempoh 2

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M),BAcc (Hons) UUM, MBA (UK)

Soalan Latihan Percubaan Pahang 2011 a) Apakah yang dimaksudkan dengan asas akruan dan asas tunai? Jelaskan mengapa asas tunai selalu dikatakan tidak selaras dengan prinsip perakaunan yang diterima umum. [ 3 markah ] b) Nyatakan perbezaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai. [ 2 markah ] c) Penyata kewangan terdiri daripada Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira dan disediakan pada akhir tempoh perakaunan berdasarkan maklumat dalam Imbangan Duga. a. Nyatakan besertakan contoh tujuan Penyata Kewangan disediakan b. Berikan maksud Akaun Penamat [ 2 markah ] Soalan Percubaan Kedah 2011
a) Berikan dua sebab mengapa catatan pelarasan perlu dibuat pada akaun perniagaan. [2m] b) Nyatakan tiga kesilapan yang tidak menjejaskan imbangan duga [3m] c) Cik Qistina pemilik Perniagaan Perabot Qistina mendapati draf akaun untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 menunjukkan untung bersih sebanyak RM21,250. Beliau memaklumkan bahawa beliau sendiri yang mengimbang dan menutup akaun kerana kerani akaun syarikat telah meletakkan jawatan pada penghujung tempoh perakaunan syarikat. Setelah siasatan dilakukan untuk mengesan ketidakseimbangan tersebut, perkara yang berikut ditemui: i. Belanja utiliti sebanyak RM1,400 yang dibayar telah didebitkan ke dalam Akaun Belanja Utiliti walaupun 50% daripada jumlah ini adalah merupakan kegunaan keluarga. ii. Seorang pelanggan Cik Qistina yang berhutang sebanyak RM1,600 telah meninggal dunia. Hutang itu masih tercatat dalam buku akaun. Cik Qistina memutuskan untuk melupuskan hutang itu tetapi masih belum berbuat demikian. Peruntukan hutang ragu bagi tahun berkenaan sebanyak RM1,250 juga belum direkodkan. iii. Belian alat tulis sebanyak RM300 telah didebitkan ke dalam Akaun Belian. Semua alat tulis yang dibeli telah digunakan. iv. Sebuah kenderaan lama yang telah dibeli dengan kos RM10,000 (susutnilai terkumpul ialah RM7,000) telah dijual pada akhir 30 Jun 2010 pada harga RM1,000. Amaun yang diterima telah didebitkan ke dalam Buku Tunai dan dikreditkan ke dalam Akaun Jualan. Tiada catatan dibuat ke dalam akaun-akaun lain mengenai jualan kenderaan. v. Barang niaga yang biasanya dijual dengan harga RM1,300 iaitu selepas ditokok 30% telah diambil dan didermakan ke rumah anak yatim. vi. Insurans kebakaran bangunan sebanyak RM1,600 yang diambil pada 1 Oktober 2010 bagi tempoh setahun telah dibayar pada tarikh tersebut dan didebitkan ke dalam akaun insurans prabayar. vii. Premis kedai telah diubahsuai dengan kos RM25,000. Buku catatan menunjukkan bahawa amaun RM25,000 dicatat dalam Akaun Premis. Kos ini meliputi kos 1

Pelarasan Akhir Tempoh 2


Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M),BAcc (Hons) UUM, MBA (UK)

mengecat seluruh premis lama dan papan iklan yang menelan belanja sebanyak RM3,500. Susut nilai premis dikira pada kadar 10% atas kos. viii. Perabot berharga RM2,000 yang dibeli pada tahun ini telah dipamerkan di bilik pameran perniagaan. Pada 1 Julai 2010 perabot ini telah dipindahkan ke bilik pejabat untuk digunakan oleh kerani. Pemindahan ini telah tidak dicatat dalam buku. Caj susut nilai sebanyak 10% setahun atas kos dikenakan atas perabot ini. ix. Sekeping cek RM520 telah dikembalikan oleh bank sebagai cek tak layan. Tiada sebarang penyelarasan dibuat ke dalam buku perniagaan mengenai cek tak layan. Dikehendaki: a) Sediakan catatan jurnal pelarasan yang diperlukan untuk urus niaga di atas. [14m] b) Hitung untung bersih dengan mengambilkira pelarasan pada (a) [6m] Soalan Percubaan Melaka 2011 Berikan satu contoh beserta catatan pelarasan yang diperlukan. i. ii. iii. iv. v. Pelarasan bagi mengiktirafkan hasil terakru Pelarasan bagi mengiktirafkan belanja terakru Pelarasan bagi mengiktirafkan hasil daripada penerimaan terdahulu Pelarasan bagi mengiktirafkan belanja daripada bayaran terdahulu Pelarasan bagi peruntukan [5m]

Soalan Pelarasan Imbangan Duga untuk menyediakan Penyata Pendapatan


Soalan 1 Ananda, pemilik Bersatu Enterprise telah meminta bantuan anda menyiapkan pelarasan dalam Lembaran Kerja pada 30 Jun 2012. Imbangan Duga Bersatu Enterprise pada 30 Jun 2012. Tajuk Akaun Bank Tunai Jualan Gaji Akaun Belum Terima Elektrik dan air terakru pada 1 Julai 2011 Bangunan Kelengkapan Insurans Sewa diterima Susut nilai terkumpul pada 1 Julai 2011 - Bangunan - Kelengkapan 2 Dt. (RM) 20800 7200 43400 29000 1500 180000 39710 2844 8000 65500 12500 Kt. (RM)

274800

Pelarasan Akhir Tempoh 2


Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M),BAcc (Hons) UUM, MBA (UK)

Elektrik dan Air Inventori pada 1 Julai 2011 Akaun Belum Bayar Modal Pulangan masuk Pulangan keluar Belanja Perjalanan Angkutan Masuk Belian Ambilan

26190 40200 10800 180330 3850 1930 7900 1820 135540 16906 555360

555360

Maklumat berikut telah diberikan oleh pemilik kepada anda 1. Pengiraan inventori fizikal pada tarikh akhir perniagaannya dinilai sebanyak RM15,400. 2. Pak Cik Ananda yang bekerja sambilan mendapat gaji RM500. Tetapi, gaji tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Ambilan. 3. Bayaran premium insurans kebakaran yang baru dibeli oleh Ananda telah dibayar untuk setahun sehingga 30 September 2012. 4. Ananda telah mengeluarkan wang tunai sebanyak RM200 selama setahun untuk kegunaan peribadinya. Tiada catatan dalam buku akaun perniagaannya. 5. Sebahagian daripada bangunannya disewakan kepada penyewa pada RM9,600 setahun. 6. Belanja perjalanan merangkumi RM210 untuk pembelian petrol kenderaan, di mana 1/5 dianggarkan sebagai kegunaan sendiri. 7. Susut nilai tahun semasa seperti berikut: 1. Bangunan RM3,600 2. Kelengkapan RM5,442 Anda dikehendaki: a. Menggunakan lembaran kerja untuk membuat pelarasan akaun yang berkenaan. b. Menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2012 dan Kunci Kirakira pada 30 Jun 2012.

Pelarasan Akhir Tempoh 2


Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M),BAcc (Hons) UUM, MBA (UK)

Soalan 2: Perkhidmatan mencuci Mahathir Imbangan Duga pada 31 Julai 2011 Debit (RM) Kredit (RM) Tunai 53 700 Insurans bayar dahulu 1 200 Tanah 20 000 Mesin 60 000 Kelengkapan pejabat 8 000 Bekalan Pejabat 3 200 Akaun belum Bayar 9 200 Gadai janji belum bayar 65 000 Hasil terima dahulu 5 000 Modal, En. Mahathir 50 000 Ambilan, En Mahathir 2 500 Hasil 20 000 Belanja Sewa 600 Jumlah 149 200 149 200

Maklumat Tambahan: 1. Polisi insurans yang dibeli pada 1 Julai 2011 oleh En Mahathir untuk tempoh 12 bulan bermula 1 Julai 2011 dan akan tamat pada 30 Jun 2012. Bayaran premium insurans tersebut berjumlah RM1,200. 2. Pada 12 Julai 2011, Mahathir membeli bekalan pejabat dengan kos RM3,200. Pada 31 Julai 2011, pengiraan inventori bekalan dilakukan dan didapati sebanyak RM1,200 bekalan masih belum digunakan. 3. Pada permulaan perniagaan, Mahathir telah membeli sebuah mesin bernilai RM60,000. Dijangkakan mesin ini mempunyai nilai bakiannya RM15,000. Mesin ini juga dijangka dapat digunakan selama 20 tahun. Kelengkapan pejabat pula dianggarkan mempunyai nilai sisa RM500 pada akhir usia penggunaan selama 5 tahun. 4. Didapati pada akhir tempoh perakaunan, jumlah hasil terima dahulu RM5,000 terdiri daripada kontrak yang ditandatangani bagi tempoh 15 Julai sehingga 15 Ogos dengan ABC Enterprise. 5. Pada akhir tempoh, gaji pekerja berjumlah RM1,500 masih belum dibayar kerana syarikat membayar gaji pada 3hb, bulan yang seterusnya. 6. Pada 6 Julai, syarikat Mahathir telah menandatangani gadai janji pinjaman RM65,000 untuk membeli Mesin. Gadai janji ini dikenakan bunga 12% setahun.Pokok dan bunga dibayar setiap tiga bulan sekali mulai daripada 1 Oktober 2011. 7. Dalam bulan Julai 2011, Mahathir telah menandatangani kontrak bernilai RM6,000 sebulan dengan Siti Enterprise untuk membersihkan ruang pejabat setiap hari. Dalam perjanjian, dinyatakan Siti Enterprise akan membayar perkhidmatan itu selepas dilaksanakan pada 7 hb pada bulan berikutnya. Dikehendaki: 1. Sediakan catatan pelarasan bagi maklumat yang diberikan. 2. Sediakan imbangan duga terlaras pada 31 Julai 2011 3. Sediakan Penyata Kewangan (Penyata Pendapatan, Penyata Ekuiti Pemilik dan Kunci Kira-kira) 4

You might also like