10 Soalan Tugasan Individu Perakaunan Awalan
10 Soalan Tugasan Individu Perakaunan Awalan
10 Soalan Tugasan Individu Perakaunan Awalan
Nyatakan apakah prinsip perakaunan berkaitan. i. Syarikat TDE membeli sebidang tanah lima tahun lalu dengan harga RM200,000. Sekarang nilai tanah tersebut telah meningkat kepada RM300,000. Pemilik perniagan ini melaporkan nilai tanah tersebut pada harga pasaran RM300,000 di dalam kunci kira-kira. Kunci kira-kira Perniagaan Jadi melaporkan aset komputer yang berada di rumah pemiliknya, walaupun komputer tersebut digunakan untuk urusan peribadi sahaja. Syarikat ZTOO membeli sebuah tong sampah yang bernilai RM25 dan dijangkakan akan dapat digunakan selama 10 tahun. Pembelian tong sampah ini dilaporkan sebagai belanja di dalam penyata pendapatan. Agensi Hartanah EXP telah memberi perkhidmatan secara kredit kepada pelanggan berjumlah RM1,000 dalam bulan Disember 20X1 dan merekodkan sebagai hasil perkhidmatan dalam bulan tersebut walaupun tunai hanya akan diterima pada bulan Januari 20X2. Syarikat SNA tidak menyediakan nota kepada penyata kewangan mengenai kaedah yang digunakan untuk penilaian inventori dan pengiraan susutnilai. Syarikat ANS telah membeli pengasah pensil bernilai RM12 yang dijangkakan boleh digunakan selama 3 tahun. Syarikat telah melaporkan ia sebagai aset di dalam kunci kira-kira. Perniagaan Khidmat Runding Nazif membeli sebatang pen yang berharga RM20 yang dianggarkan boleh digunakan dalam masa lima tahun. Akauntan merekodkan pembelian pen ini ke dalam akaun aset pen dan diperuntukkan susutnilai di sepanjang hayat pen tersebut. Farah, pemilik Pusat Kecantikan Warna, menggunakan akaun bank yang sama untuk urusan peribadi dan perniagaan. Pemaju Perumahan B menandatangani kontrak untuk membina sepuluh buah rumah teres berjumlah RM400,000. Pemaju tersebut merekodkan urusniaga ini sebagai hasil pada masa kontrak ditandatangani. Perniagaan EDFA melaporkan tanah pada harga RM20,000 iaitu harga belian dua tahun yang lalu walaupun nilai tanah itu sekarang adalah sebanyak RM50,000. En. Tajudin, seorang usahawan tidak merekodkan perbelanjaan cuti keluarganya didalam buku perakaunan kedainya.
ii.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii. ix.
x. xi.
Aset-aset kedai Muthu dinilaikan pada harga kos dan bukannya pada harga pasaran. Semua perbelanjaan kedai Ali dibandingkan dengan hasilnya pada tahun yang sama.
Soalan 2.8 Pada 1 Mei, Miss Lily Wong telah menubuhkan Agensi Pelancongan L. Wong. Transaksi-transaksi berikut telah berlaku dalam bulan Mei : i ii iii iv v vi vii viii ix x Melaburkan RM30,000 tunai dalam Bank Pertama atas nama Agensi Perlancongan L. Wong. Membayar tunai RM600 untuk sewa pejabat bagi bulan Mei. Membeli peralatan pejabat RM3,750 secara tunai. Melibatkan belanja pengiklanan sebanyak RM450 secara akaun. Membayar RM900 untuk bekalan pejabat secara tunai. Memperolehi RM13,500 untuk perkhidmatan yang telah diberi: tunai RM1,500 diterima dari pelanggan dan baki RM12,000 dibilkan kepada pelanggan secara akaun. Mengambil tunai RM300 untuk kegunaan sendiri. Membayar si pemiutang untuk belanja pengiklanan seperti di (iv). Gaji kakitangan dibayar secara tunai RM1,800. Menerima RM12,000 tunai dari pelanggan yang telah dibilkan dalam transaksi (vi).
Dikehendaki : a. Sediakan analisis berjadual untuk transaksi-transaksi diatas dengan menggunakan lajur seperti berikut: b. Tunai, akaun belum terima, bekalan, peralatan pejabat, akaun belum bayar dan Sediakan penyata pendapatan bagi bulan berakhir 31 Mei. modal L. Wong.
Soalan 3.8 Dr. Balkis membuka sebuah klinik perubatan yang diberi nama Klinik Balkis pada 1 November 20X1. Berikut diberikan urusniaga yang dilibatkan oleh kliniknya sepanjang bulan November.
Nov Dr. Balkis memulakan perniagaan dengan tunai RM27,000 dan peralatan perubatan 1 RM20,500. 1 Menyewa satu ruang dalam sebuah bangunan kedai sebagai tempat kliniknya beroperasi dan membayar sewa bagi bulan November RM1,600. 3 Membeli bekalan perubatan RM580 secara kredit. 9 Memberi rawatan kepada beberapa orang pesakit dan menerima tunai RM2,400. 13 Membuat bayaran bagi bekalan yang dibeli pada 3 November. 16 Memberi rawatan kepada beberapa orang pesakit secara kredit RM700. 23 Memberi rawatan kepada beberapa orang pesakit secara kredit RM200. 26 Menerima tunai sebagai bayaran sepenuhnya bagi rawatan yang diberikan pada 16 November. 28 Dr. Balkis membayar bil telefon rumahnya RM70 menggunakan wang tunai daripada klinik. 29 Membeli bekalan tambahan RM340 secara kredit. 30 Membayar tunai RM80 bagi menjelaskan bil telefon perniagaannya bagi bulan November. 30 Membayar tunai RM2,350 untuk gaji pekerja bagi bulan November. Dikehendaki : i. ii. iii. iv. Rekodkan setiap urusniaga di atas ke dalam jurnal am. Pindahcatatkan catatan daripada jurnal am ke lejar am. Imbangkan semua akaun yang mempunyai lebih daripada satu urusniaga. Sediakan Imbangan Duga Klinik Balkis pada 30 November 20X1.
Soalan 4.9 Berikut adalah Imbangan duga firma Perundingan Niaz pada 31 Disember 20X1.
Perundingan Niaz Imbangan Duga Pada 31 Disember 20X1 Akaun Tunai Akaun belum terima Bekalan Insuran prabayar Peralatan Susutnilai terkumpul Peralatan Akaun belum bayar Hasil belum terperoleh Modal Niaz Ambilan Niaz Hasil perkhidmatan Belanja sewa Belanja gaji Belanja utiliti Belanja pelbagai RM 30,000 3,500 5,000 2,000 40,000 RM
16,000 5,600 8,600 35,000 5,000 40,100 6,000 7,200 2,400 4,200 105,300 105,300
Maklumat tambahan : i. ii. iii. iv. Kiraan ke atas bekalan pada 31 Disember 20X1 menunjukkan bekalan yang masih ada di tangan RM2,300. Insurans prabayar merujuk kepada premium tahunan ke atas polisi insurans yang dibeli pada 1 Julai 20X1. Susutnilai tahunan bagi peralatan RM4,000. Akaun hasil belum terperoleh digunakan bagi merekod bayaran pendahuluan daripada pelanggan. Daripada jumlah tersebut, perkhidmatan RM7,400 telah disempurnakan sehingga 31 Disember 20X1. Gaji terakru pada akhir bulan Disember RM600 Hasil perkhidmatan RM1,000 masih belum dikutip dan juga belum direkod pada 31 Disember 20X1.
v. vi.
Dikehendaki : a. b. Sediakan catatan jurnal pelarasan yang perlu pada 31 Disember 20X1. Sediakan imbangan duga terlaras pada 31 Disember 20X1.
c. d.
Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X1. Sediakan kunci kira-kira pada 31 Disember 20X1.
Soalan 5.3 Imbangan duga bagi perkhidmatan Dobi Azura menunjukkan kedudukan yang tidak seimbang seperti berikut:
Dobi Azura Imbangan Duga 31 Mac 20X1 Akaun Tunai Akaun belum terima Insuran prabayar Peralatan Akaun belum bayar Nota belum bayar Modal Azura Hasil perkhidmatan Belanja gaji Belanja iklan Belanja pelbagai RM 5850 700 8,000 4,500 560 11,700 6,690 4,200 1,100 800 26,800 20,050 RM 2,750
Setelah siasatan dibuat, didapati baki-baki akaun di dalam lejar mempunyai baki normal. Didapati juga kesilapan berikut telah dilakukan: Jumlah bahagian debit bagi insurans prabayar, akaun belum bayar dan belanja pelbagai setiap satunya terkurang nyata RM100. ii. Kesalahan pindahcatat telah berlaku pada akaun belum terima dan hasil perkhidmatan. Baki sebenar akaun tersebut ialah RM2,570 dan RM6,960. iii. Pindahcatat bahagian debit pada akaun belanja gaji RM200 tidak dilakukan. iv. Ambilan tunai oleh pemilik RM900 telah didebitkan modal RM900 dan dikreditkan tunai RM900. v. Pembelian bekalan secara kredit RM420 telah didebitkan peralatan RM420 dan dikreditkan tunai RM420. vi. Pembayaran belanja iklan RM250 telah didebitkan belanja iklan RM25 dan dikreditkan tunai RM25. vii. Kutipan hutang daripada pelanggan RM210 telah didebitkan tunai RM210 dan dikreditkan akaun belum bayar RM210. Dikehendaki : Sediakan imbangan duga yang telah dibetulkan (catatan jurnal tidak diperlukan) i.
Soalan 6.6 Berikut adalah imbangan duga bagi Syarikat Express pada 31 Disember 20X1 :
Syarikat Ekspress Imbangan Duga Pada 31 Disember 20X1 Tunai Insurans prabayar Bekalan Tanah Kenderaan Perabot Hasil sewa belum terperoleh Nota belum bayar Modal Ambilan Hasil Sewa Belanja Gaji Belanja Utiliti Belanja Pembaikan RM 17,100 5,400 3,300 20,000 130,000 28,000 RM
272,800
272,800
Maklumat Tambahan : i ii iii iv Kiraan ke atas bekalan pada akhir tempoh menunjukkan baki yang tinggal ialah RM1,700. Insurans prabayar adalah untuk tempoh 18 bulan bermula pada 1 Jun 20X1. Susutnilai bagi kenderaan adalah RM5,800 setahun manakala perabot dianggarkan mempunyai usiaguna selama enam tahun dan nilai sisa RM4,000 (kaedah garis lurus). Hasil sewa belum terperoleh digunakan untuk merekod bayaran pendahuluan daripada pelanggan, daripada jumlah tersebut hasil sewa bernilai RM5,000 telah disempurnakan sehingga 31 Disember 1998. Gaji adalah berjumlah RM110 sehari dibayar setiap hari. Sehingga akhir tempoh perakaunan gaji hanya dibayar sehingga 26 Disember 20X1. Hasil sewa yang belum dibil dan direkodkan sehingga akhir tempoh berjumlah RM800. Faedah keatas nota belum bayar adalah sebanyak 12% setahun dan bermula pada 1 September 20X1. Sehingga 31 Disember 20X1, faedah ini masih belum dibayar.
v vi vii
Dikehendaki :
a. b. c.
Sediakan satu lembaran kerja yang lengkap. Sediakan catatan jurnal pelarasan yang perlu pada 31 Disember 20X1. Sediakan catatan jurnal penutupan yang perlu pada 31 Disember 20X1.
Soalan 7.12 Maklumat berikut dipetik dari buku akaun Syarikat Smart Sdn. Bhd pada 31 Disember 20X1.
Inventori Akaun belum terima Tunai Bekalan pejabat Aset tetap bersih Liabiliti jangka pendek Liabiliti jangka panjang Modal saham biasa Dividen Jualan Elaun dan pulangan jualan Diskaun jualan Belian Elaun dan pulangan belian Diskaun belian Belanja pengangkutan Belanja gaji jurujual Belanja sewa ruang jualan Belanja bekalan pejabat Belanja pengiklanan Belanja gaji pentadbiran Belanja susutnilai RM25,000 35,500 35,530 15,250 51,220 15,200 21,800 117,650 17,000 210,000 15,000 2,250 90,000 4,300 1,800 3,100 28,000 13,400 3,000 18,000 16,000 2,500
Dari pengiraan secara fizikal jumlah inventori pada 31 Disember 20X1 ialah RM27,000. Dikehendaki : i. ii. iii. Sediakan imbangan duga pada 31 Disember 20X1. Sediakan penyata pendapatan bagi tarikh berakhir 31 Disember 20X1. Sediakan lembaran imbangan pada 31 Disember 20X1.
Soalan 8.10 Berikut adalah butir-butir berkaitan dengan urusniaga-urusniaga tunai Syarikat Boom pada bulan Januari 20X1. Baki pada 1 Januari 1998 : Tunai RM125, Bank RM4,590. Urusniaga-urusniaga berikut telah berlaku pada bulan Januari 20X1 : Jan 2 5 10 13 16 20 22 23 30 31 Terima cek RM760 daripada Cot setelah tolak diskaun RM40. Jualan secara tunai RM220. Bayar Syarikat Lim dengan cek RM285 setelah tolak diskaun RM15. Bayar belanja am dengan tunai RM50. Terima cek RM390 sebagai komisen. Belian dibuat secara tunai RM250. Terima cek RM195 daripada Syarikat Jet setelah tolak diskaun RM5. Bayar Syarikat Not dengan cek RM190 setelah ditolak diskaun RM10. Bayar Syarikat Pot dengan cek RM475 setelah ditolak diskaun RM25. Terima tunai RM100 sebagai komisen.
Dikehendaki : a) b) Rekodkan semua urusniaga di atas ke dalam jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran Tunjukkan catatan-catatan yang perlu dibuat ke dalam buku tunai.
Soalan 9.8 Penyata bank Nurliena pada 31 Mac 20X1 di dapati berbeza daripada baki buku tunai. Berikut adalah buku tunai dan penyata bank pada 31 Mac 20X1
Buku Tunai (Ruangan Bank Sahaja)
20X1 Mac 1 5 10 15 25 28 30 Baki b/b Jualan Hup Seng Komisen Jualan Hema Zam
20X1 Mac 10 15 18 24 26 27 30 31 Gaji Belian Sya.Ali Insurans Adam Sally Belian Baki b/b
8,760
Mac
Tarikh 1 3 5 8 12 14 15 18 20 22 26 28 28 29 30
Butiran Baki b/b Cek Cek Deposit Cek Deposit Dividen Deposit Cek Auto debit (insurans) Cek Cek Caj bank Cek Cek penjelasan tempahan
Kredit
950 1,000 1,200 825 500 601 2,200 1,500 500 380 40 405 580
605 321
Baki RM5,450 4,750 4,200 5,150 4,150 5,350 6,175 6,675 4,475 2,975 2,475 2,095 2,055 1,650 2,230
Di kehendaki : i. ii. Mengemaskinikan buku tunai. Menyediakan penyata penyesuaian bank pada 31 Mac 20X1.
Soalan 10.7 Syarikat Delima adalah sebuah kilang yang mengeluarkan peralatan elektrik seperti lampu, fius, plag dan soket. Di bawah ini adalah maklumat kos yang telah dikumpulkan bagi bulan September 2001:
Item Bahan langsung digunakan Gaji: Penyelia Kilang Pengarah Urusan Kakitangan pejabat Pengurus Kilang Operator pengeluaran Komisen jurujual Sewa : 30% kilang, 70% pejabat Utiliti : 60% kilang, 40 % pejabat Bahan tidak langsung Insurans : 75% kilang, 25% pejabat Iklan dan pemasaran Susut nilai mesin kilang Kerja dalam proses awal Kerja dalam proses akhir Susut nilai peralatan pejabat Penyelenggaraan kilang Jumlah (RM) 50,000 10,000 20,500 45,000 15,000 30,000 15,600 40,000 45,500 5,100 20,000 16,000 35,000 24,000 16,800 10,000 18,500
Dikehendaki : Kirakan: a) b) c) d) e) Kos pengeluaran Kos prima Kos penukaran Kos tempoh Kos barang dikilang