Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio
Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio
Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio
6.0 Pengenalan 6.1 Apa itu Pemerhatian? 6.2 Mentaksir Perlakuan Melalui Pemerhatian 6.3 Mentaksir Pelajar Melalui Persembahan Lisan 6.4 Contoh 1: Persembahan Lisan Dalam Sains Sekolah Rendah 6.5 Contoh 2: Persembahan Lisan Dalam Ekonomi 6.6 Pentaksiran Portfolio 6.7 Ringkasan Istilah Penting Rujukan
Bab 1: Pengenalan Bab 2: Memutuskan apa yang akan ditaksir Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Objectif Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Karangan Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Projek dan Amali Bab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Pencerapan, Ujian Lisan, dan Portfolio Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan Kaedah Pentaksiran Bab 8: Analisis Item Bab 9: Analisis Pemarkahan Ujian dan Melaporkan Pentaksiran Pelajar
Dalam bab lepas kita membincangkan projek dan amali dalam pentaksiran pembelajaran pelajar. Dalam bab ini, kita akan memperincikan tiga lagi jenis alat mentaksiran yang biasa digunakan untuk mentaksir pembelajaran pelajara dalam mata-mata pelajaran tertentu. Alat-alat pentaksiran itu adalah senarai semak pemerhatian, ujian lisan dan pentaksiran portfolio. Pendidik selaltu memerhati perlakuan dalam bilik darjah dan membuat keputusan berdasarkan pemerhatian mereka. Ujian Lisan yang selalu digunakan dalam seni bahasa merupakan teknik penilaian yang semakin terkenal dalam mata-mata pelajaran lain. Juga, pentaksiran portfolio semakin bertambah penting sebagai strategi pentaksiran yang cuba mempersembahkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang pembelajaran pelajar.
2 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio 6.1 APA ITU PEMERHATIAN? Apa itu pemerhatian? Umumnya, ia merujuk kepada proses mendapatkan maklumat melalui salah satu deria, terutama daripada melihat dan mendengar. Pemerhatian perlakuan merujuk kepada pemerhatian tingkahlaku selain daripada apa yang diperolehi daripada ujian kertas-dan-pensil (seperti sebuah ujian sains atau suatu skala sikap). Terdapat dua pendekatan utama kepada pemerhatian kualitatif dan kuantitatif. Pemerhatian kualitatif pada asasnya adalah deskriptif. Pemerhati bermula tanpa suatu idea yang dibina terlebih dahulu tentang apa yang diperhatikan dan menjelaskan perlakuan yang nampak penting. Pemerhati boleh terlibat secara aktif (i.e. pemerhati aktif) dan menyertai kumpulan yang sedang diperhatikan dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktivinya. Selain itu, pemerhati sekadar melihat apa yang sedang berlaku. Tidak kira yang mana satu, teknik ini memerlukan waktu yang panjang untuk pemerhatian. Pemerhatian kualitatif mungkin dapat menyerlahkan pemahaman yang mendalam tentang subjek pemerhatian tetapi ianya sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan pemerhati yang canggih dan terlatih, analisis data yang dikumpul mengambil masa yang lama; nota yang disimpan oleh pemerhati mungkin susah untuk diinterpretasi dan diringkaskan; serta yang lebih penting adalah sukar untuk memastikan objektiviti dan kebolehpercayaannya (Suen dan Ary, 1989). Pemerhatian Kuantitatif melibatkan penentuan perlakuan yang akan diperhatikan. Masa dan tempat untuk pemerhatian dipilih dengan cermat dan ditentukan. Selalunya, kekerapan berlakunya sesuatu perlakuan direkod menggunakan suatu rubric yang dibina terlebih dahulu. Kritikan utama terhadap pendekatan kuantitatif ialah bahawa, ia mungkin meremehkan makna dan interpretasi sesuatu perlakuan. Walaupun terdapat kritikan tersebut, analisis perlakuan secara kuantitatif telah terbukti berguna untuk membina teori dan amalan yang berkaitan bagi mengubah perlakuan manusia.
Sebagai manusia, kita selalu memantau perlakuan orang lain. Berapa kerap kita menerangkan perlakuan seorang rakan sekerja sebagai tidak munasabah, temperamental atau menjijikkan berdasarkan pemerhatian kita! Guru sentiasa memantau pelajar mereka. Kadang kala mereka sekadar meninjau apa yang berlaku untuk memastikan bilik darjah teratur atau sekadar mengikuti apa yang berlaku. Selalunya mereka akan perasan perlakuan atau situasi yang nampak penting dan memerlukan perhatian mereka. Sebagai contoh, Radzi sedang berkeliaran dalam bilik darjah, Kumar sedang tidur, Chee Seng sedang merenung ke luar tingkap dan sebagainya. Dalam situasi-situasi lain, guru mencari perlakuan yang khusus untuk diperhatikan seperti tingkahlaku sosial yang harus diperkukuhkan (e.g. untuk mengatakantolong), memberi tumpuan kepada tugasan (e.g. lihat peta di dinding),
3 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio perlakuan suatu kemahiran dan sebagainya. Maklumat yang diterima daripada pemerhatian boleh digunakan untuk membuat keputusan akademik dan pengajaran sebagai contoh, merancang pengajaran untuk pelajar yang Nampak kurang berminat dalam matematik. Terdapat dua sistem pemerhatian: obtrusif dan tidak obtrusif. Pemerhatian Obtrusif: Dalam jenis pemerhatian ini, pelajar sedar mereka diperhatikan. Contohnya, guru mempunyai sebuah senarai semak pemerhatian dan memerhati bagaimana pelajar bertindak semasa menjalankan aktiviti kumpulan atau dalam makmal sains. Dengan jenis pemerhatian ini, pelajar yang sedar mereka diperhatikan mungkin berkelakuan baik dan merespon dengan penuh minat untuk mengambil hati guru. Pemerhatian Tidak Obtrusif: Dalam jenis pemerhatian ini, pelajar tidak sedar mereka diperhatikan. Contohnya, pemerhati boleh duduk di belakang atau di tepi bilik darjah, dan mereka dapat mengelak bertentang mata serta interaksi lisan dengan pelajar. Lama kelamaan, semua pelajar menjadi kurang peka kepada pemerhati apabila pemerhati menjadi sebahagian daripada persekitaran mereka.
DIMENSI PERLAKUAN Perlakuan dapat diperhatikan dan perlakuan boleh diukur daripada segi ciriciri yang boleh diperhatikan. Salvia dan Ysseldyke (1995) mencadangkan bahawa perlakuan boleh diukur berdasarkan empat dimensi: jangka waktu, kelambatan, kekerapan dan kekuatan (lihat Gambarajah 6.1).
Kelambatan
Kekuatan
Gambarajah 6.1 Dimensi Pentaksiran Perlakuan Dalam Bilik Darjah Jangka Waktu: Jangka waktu sesuatu perlakuan dapat ditaksir sekiranya ia mempunyai permulaan dan penyudah yang jelas. Contohnya, dalam sebuah aktiviti selama 30 minit, Shalin berjalan-jalan selama 10 minit.
4 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio
Kekerapan: Sama juga, kekerapan sesuatu perlakuan dapat ditaksir sekiranya ia mempunyai permulaan dan penyudah yang jelas. Ia merujuk kepada kejadian berlakunya sesuatu jenis perlakuan. Contohnya, dalam suatu pengajaran 45 minit, Kumar berjalan ke belakang kelas sebanyak empat kali. Kelambatan: Istilah kelambatan merujuk kepada jangka waktu di antara suatu arahan diberi dan permulaan perlakuan itu. Sebagai contoh, seorang guru mungkin meminta pelajar mengeluarkan buku teks sejarah. Latency Teik Leong untuk tugasan itu adalah jangka waktu di antara arahan guru itu dan Teik Leong meletakkan buku di atas meja. Amplitude: Istilah kekuatan merujuk kepada kekuatan sesuatu perlakuan.
a) Apakah perbezaan di antara pemerhatian perlakuan dalam bilik darjah obtrusif dan tidak obtrusif? b) Bincangkan EMPAT dimensi mentaksir perlakuan melalui pemerhatian.
KENAPA MENGGUNAKAN PEMERHATIAN? Teknik-teknik pemerhatian selalu digunakan untuk mentaksir perlakuan, sikap, konsep atau proses pelajar secara informal. Nota perceritaan, senarai semak, video, rakaman audio atau gambar mungkin digunakan untuk memformulasi dan mendokumen pemerhatian yang telah dibuat. Pemerhatian digunakan untuk: Mengumpul data tentang perlakuan yang sukar ditaksir dengan kaedah-kaedah lain (e.g., sikap terhadap penyelesaian masalah, pemilihan dan penggunaan strategi dalam cara tertentu, merumus suatu konsep dengan kemahiran manipulatif, keupayaan bekerja dalam kumpulan dengan berkesan, kecekalan, tumpuan dan sebagainya). Memerhati dan merekod cara seorang pelajar menyelesaikan masalah dan menyelesaikan tugasan. Menentukan samada pelajar (dalam kumpulan atau secara individual) mencapai objektif-objektif yang diinginkan dengan alat pemerhatian (Adakah saya perlu mengajar semula? Adakah pelajar bersedia untuk meneruskan pembelajaran?). BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN PEMERHATIAN UNTUK MENTAKSIR PELAJAR? Rekod dan catatkan tarikh pemerhatian semasa dan sejurus selepas pemerhatian. Bina suatu sistem trengkas dan berhati-hati supaya jangan membuat
5 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio inferens atau pertimbangan tetapi sekadar merekod apa yang anda lihat. Adalah terbaik untuk memerhati dalam keadaan kelas yang asli supaya anda dapat melihat bagaimana pelajar respon dalam keadaan yang normal. Adalah lebih mudah untuk memerhati perlakuan pelajar sekiranya mereka sedang bekerja dalam kumpulan kecil berbanding berseorangan. Buatkan suatu pelan pemerhatian, tetapi ia biarlah cukup fleksibel untuk dapat memasukkan perlakuan lain yang penting. Anda mungkiin mendapati berguna untuk merekod samada banyak perlakuan untuk seorang pelajar atau satu perlakuan untuk banyak pelajar.
Pelajar A KRITERIA Perlakuan yang ditunjukkan: Membuat pemerhatian terperinci Boleh membuat inferens daripada pemerhatian Menggunakan unit-unit ukuran yang betul Mengukur dengan tepat Mendengar dengan teliti Berkomunikasi dengan jelas Dapat mengenal pasti corak Mengawal variable Menginterpret dapatan dengan cermat Membuat ramalan berasaskan data
Pelajar B
Pelajar C
Sikap: Yakin menggunakan sains Fleksibel dalam menjalani sains Refleksi diri dalam pemikiran saintifik Cekal membuat tugasan sains Jadual 6.1 Senarai Semak Pemerhatian Untuk Kemahiran dan Sikap Proses Sains [sumber: Alaska Department of Education & Early Development. Curriculum Framework. June. 1996] Jadual 6.1 merupakan suatu contoh Senarai Semak Pemerhatian yang mungkin digunakan dalam mentaksir perlakuan dalam makmal sains. Perhatikan bahawa DUA jenis perlakuan pelajar diperhatikan, iaitu; perlakuan sebenar yang ditunjukkan dan sikap mereka (yang diinferens daripada perlakuan mereka).
6 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio
SENARAI SEMAK UMUM UNTUK PERLAKUAN PELAJAR Ini adalah sebuah senarai semak yang mungkin digunakan untuk memerhati perlakuan pelajar dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, bukan semua pernyataan yang disenaraikan akan berlaku.
1. Pelajar yang manakah nampaknya menjadi pemimpin? Catitkan perlakuan yang menunjukkan ini. 2. Pelajar yang mana yang pertama menghabiskan kerjanya? Apa mungkin menyumbang kepada perlakuan ini dan apakah nampaknya hasilnya? 3. Pelajar yang manakah menghabiskan kerjanya terkemudian? Apa yang mungkin menyumbang kepada perlakuan ini dan apakah nampaknya hasilnya? 4. Apakah pelajar buat dengan masa lapang mereka? Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini distruktur? 5. Apakah perlakuan yang menunjukkan tahap penyertaan pelajar dalam kerja yang diberi aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur? 6. Pelajar yang manakah selalu dengan mudah terlepas daripada membuat tugasan? Dalam keadaan apakah perlakuan ini diperhatikan? 7. Pelajar yang manakah yang selalu menyertai dalam aktiviti-aktiviti kumpulan? Dalam keadaan apakah perlakuan ini diperhatikan? 8. Pelajar yang manakah nampak teragak-agak menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan? Dalam keadaan apakah perlakuan ini diperhatikan? 9. Pelajar yang manakah nampak bergantung kepada masa dan tumpuan guru? Perlakuan apakah yang menunjukkan ini?
6.1 AKTIVITI
a) Dengan menggunakan Senarai Semak Pemerhatian umum di atas, perhatikan perlakuan pelajar dalam satu daripada kelas-kelas yang anda ajar. b) Bincangkan dapatan anda dengan rakan sekelas anda. c) Perubahan-perubahan apakah anda terpaksa buat kepada senarai semak itu untuk dapat digunakan dalam bidang anda? 6.3 MENTAKSIR PELAJAR MELALUI PERSEMBAHAN LISAN
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERCAKAP Pelajar selalu menggunakan bahasa lisan sebagai kenderaan utama untuk mereka menerangkan, menjelaskan (dengan bertanya soalan), memberi pendapat, meluahkan perasaan dan sebagainya. Ekspresi lisan merupakan proses teras dalam memformulasi dan berkongsi pengalaman manusia (Marzano, 1992, diterjemah). Ia merupakan kaedah pedagogi yang penting yang melaluinya pelajar membina makna dengan menyatakan dalam perkataan sendiri, apa yang telah mereka pelajari. Apabila
7 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio pelajar berbuat demikian, mereka mendemonstrasi keupayaan bercakap dengan jelas (daripada segi sebutan), keupayaan mengadaptasi bentuk-bentuk pertuturan bagi menyesuaikan dengan keadaan, keupayaan untuk mengekspresi idea tanpa teragakagak dan pemahaman yang mendalam tentang pengetahuan yang diperoleh. Keupayaan untuk mengekspresi diri secara lisan ini tidak dapat diteliti melalui ujian kertas-dan-pensil. PENTAKSIRAN LISAN DALAM MATA-MATA PELAJARAN BAHASA Kebanyakan orang sedar yang ujian lisan digunakan dengan meluas dalam bilik darjah bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab dan sebagainya) dengan menumpukan kepada keupayaan pelajar berkomunikasi idea dan mengungkapkan dengan jelas. Macintosh dan Hale (1976) mencadangkan agar pentaksiran lisan harus menumpu kepada tiga bahagian pentaksiran: Kecemerlangan Teknikal: Ini termasuk factor-faktor seperti kejelasan sebutan, kelancaran, mutu suara, sejauhmana dan kepelabgaian kosa kata, penekanan dan intonasi yang betul serta bebas daripada kesalahankesalahan nahu bahasa yang serius. Keupayaan berkomunikasi: Ini termasuk, misalnya, jeupayaan untuk mengikuti, membina dan mempertahankan sesuatu hujah, dan keupayaan untuk menyampaikan idea kepada seseorang dalam bentuk yang jelas dan koheren. Faktor Manusia: Ini termasuk misalnya, aliran idea yang alamiah, bukti boleh berjenaka, tanda-tanda keaslian dan keikhlasan, tanda-tanda minat kepada orang lain dan kepada dunia di sekeliling pelajar. Pentaksiran bahasa secara lisan boleh dibuat dengan berstruktur atau secara bandingan, kurang berstruktur. Apabila pentaksiran lisan terlalu berstruktur, ia mungkin akan hilang elemen ketulenan dan situasi ujian mungkin menjadi tidak asli. Ukuran keupayaan bertutur adalah sukar kerana anda perlu mengalihkan aktiviti harian yang biasa seperti bertutur, kepada konteks ujian. Cabarannya adalah untuk mendapatkan keseimbangan di antara ketulenan dan objektiviti. Sekiranya suatu situasi ujian adalah tidak berstruktur, ia mungkin tulen tetapi anda mungkin mengorbankan objektiviti dan sebaliknya. Menurut Frith dan Macintosh (1984), teknik yang paling selalu digunakan dalam pentaksiran bahasa berbentuk lisan adalah: o o o o o o Membaca sebuah prosa, puisi atau drama Membaca sebuah buku yang pelajar gemar Ujian berasaskan gambar Main peranan Sebuah ceramah pendek, berdasarkan pengalaman pelajar Menjawab soalan yang ditanya oleh pemeriksa, atau oleh pelajar lain dalam situasi kumpulan o Temubual individu yang masih menjadi teknik yang terkenal dalam kebanyakan situasi peperiksaan
8 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio PENTAKSIRAN LISAN DALAM MATA PELAJARAN LAIN Dalam bentuk yang paling mudah, bertutur boleh ditakrifkan sebagai menyatakan perkataan-perkataan. Walau bagaimanapun, apabila menggunakan pertuturan sebagai alat pentaksiran, kebanyakan guru akan menumpukan kepada takrifan takrif sempit, iaitu pidato yang mana pelajar bercakap dihadapan penonton. Dengan menggunakan takrifan yang lebih sempit ini, pentaksiran pertuturan menjadi lebih tertumpu hanya kepada mekaniks memberi ucapan seperti penyampaian, penyusunan, penonton, dan sebagainya. Di sini, kita ingin memperluaskan takrifan bercakap untuk memasukkan syarahan lisan. Syarahan lisan adalah lebih daripada bercakap tetapi termasuk juga bercakap tentang sesuatu kandungan (Marzano, 1988). Guru selalunya menumpukan kepada aspek-aspek bahasa dalam ujian lisan dan tidak menghiraukan aspek kandungan ujian. Sekiranya kandungan dimasukkan sebagai suatu komponen penting dalam ujian lisan, makan jenis penilaian ini mungkin dapat digunapakai dalam mata-mata pelajaran dalam kurikulum seperti Gambarajah 6.2 Pentaksiran Lisan sains, geografi, sejarah, pengajian dalam Sains Pada Tahap Rendah agama, pendidikan moral dan sebagainya (lihat Gambarajah 6.2). Satu daripada pendekatan-pendekatan yang digunapakai oleh ramai guru ialah untuk meminta pelajar bangun di depan kelas dan memberi sebuah laporan lisan tentang sesuatu perkara. Bagaimanakah tugasan laporan lisan menjadi suatu saluran bagi pelajar menunjukkan kefahaman kandungan mereka? Dua contoh berikut menunjukkan bagaimana pentaksiran lisan mungkin dapat digunakan dalam pentaksiran hasil pembelajaran sains dan ekonomi. 6.4 CONTOH 1: PENTAKSIRAN LISAN DALAM SAINS SEKOLAH RENDAH
Mungkin menghairankan untuk guru memasukkan pertaksiran lisan sebagai strategi pengajaranpembelajaran dalam sains. Mungkin lebih menghairankan untuk
9 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio menggunakannya sebagai suatu teknik pentaksiran. Secara tradisinya, ramai pendidik mengaitkan pentaksiran lisan dengan seni bahasa. Berikut adalah contoh bagaimana seorang guru telah memasukkan pentaksiran lisan dalam pengajaran sains [sumber: Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for Primary School Science]. Kelas ini terdiri daripada pelajar Tahun Tiga yang diberikan tugas mengumpul maklumat dalam perpustakaan tentang haiwan pilihan mereka (lihat Jadual 6.2). Pelajar diarahkan menulis nota-nota mereka atas kad tentang perkara-perkara asas tentang haiwan tersebut dan menyediakan sebuah syarahan lebih kurang 3-4 minit untuk dibentangkan di hadapan kelas. Penekanan utama tugasan ini ialah bagaimana berdiri di hadapan sebuah kumpulan, bertentang mata, dan melontarkan suara. Pelajar diberi sebuah senarai pendek soalan-soalan untuk dijawab yang juga menumpukan kepada kandungan syarahan tersebut.
Sains Sekolah Rendah: Arahan untuk Persembahan Lisan Ini tugasan anda: Pilih suatu haiwan daripada senarai berikut. Pilih haiwan yang anda rasa menarik dan yang anda ingin tahu lebih lagi.
Katak, Labah-labah, Beruang, Harimau, Kupu-kupu, Kucing, Ikan Paus, Ikan Lumba, Burung Enggang, Ular Tedung, Burung Pipit, Burung Gagak, Kerbau, Anjing.
Cari sebanyak mungkin tentang haiwan yang anda telah pilih. Cari maklumat daripada buku, majalah, orang lain dan internet. Pakar media akan juga dapat membantu anda menggunakan Internet bagi mencapai lebih maklumat.
Tumpukan kepada yang berikut: o Bagaimana rupa haiwan ini berubah daripada ia bayi sehingga ia menjadi dewasa? o Di manakah habitat haiwan ini? Bagaimana rupa rumah haiwan ini? o Apakah yang dimakan oleh haiwan ini semasa ia bayi? Semasa ia muda? Semasa ia dewasa? o Apakah yang dibuat oleh haiwan ini dalam musim-musim berbeza (musim bunga, musim panas, musim sejuk, dan musim luruh)? Bagaimanakah haiwan ini berubah berdasarkan cuaca?
Sambil anda mencari maklumat tentang haiwan anda, tuliskan nota tentang apa yang anda telah pelajari di atas kad-kad nota.
10 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio
Sediakan sebuah syarahan tentang haiwan anda. Syarahan itu haruslah lebih kurang 34 minit panjangnya. Gunakan maklumat pada kad-kad nota anda untuk menyediakan syarahan itu.
Jadual 6.2 Garispanduan Tentang Apa Pelajar Diminta Buat Pelajar diberitahu yang mereka boleh menggunakan alat bantuan untuk membantu mereka semasa mereka membuat persembahan lisan. Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan gambar haiwan yang mereka ingin terangkan. Mereka boleh merujuk kepada nota-nota pada kad-kad nota tetapi mereka harus cuba untuk tidak membaca daripada nota-nota tersebut. Pelajar juga diberitahu bahawa mereka boleh meminta seorang lain untuk mendengar mereka berlatih memberi syarahan serta memberikan maklumbalas tentang bagaimana dia boleh memperbaiki syarahannya. Kemahiran apakah anda rasa sedang dikembangkan oleh arahan-arahan ini kepada pelajar?
Saya telah Untuk membuat yang terbaik dalam bahagian ini Saya Saya perlu membuat memperbaiki OK dalam bahagian ini bahagian ini
Pengetahuan Tentang Haiwan Saya Saya memberitahu bagaimana rupa haiwan saya semasa dewasa. Saya memberitahu bagaimana rupa haiwan saya semasa bayi bagi menunjukkan perubahan yang dialaminya. Saya memberitahu di mana haiwan saya tinggal dan bagaimana rupa rumahnya. Saya memberitahu apa yang haiwan saya makan semasa ia bayi, semasa ia muda dan semasa ia dewasa. Saya memberitahu apa haiwan saya buat dalam musim-musim berlainan (musim bunga, musim panas, musim sejuk, dan musim luruh) dan bagaimana ia berubah mengikut cuaca. Saya telah menjawab soalan daripada penonton.
11 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio
Penyampaian Saya bertentang mata dengan penonton. Saya bercakap dengan cukup kuat sehingga semua mendengar saya. Saya bercakap dengan jelas. Saya bercakap pada kadar yang sesuai, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.
Penyusunan Saya telah memulakan syarahan saya dengan baik. Idea-idea saya munasabah dan mempunyai aliran yang baik. Saya telah menamatkan syarahan saya dengan baik.
Jadual 6.3 Kriteria Pemarkahan untuk Persembahan Lisan Perhatikan yang pelajar juga diberitahu tentang bagaimana persembahan lisan mereka akan ditaksir (lihat Jadual 6.3), Tumpuan adalah kepada penyampaian, penyusunan dan pengetahuan kandungan; dan pelajar diberitahu bahawa syarahan yang baik mempunyai permulaan, pertengahan dan penyudah yang baik.
6.2 AKTIVITI
a) Adakah persembahan lisan digunakan dengan meluas di sebagai alat pentaksiran di sekolah atau institusi anda? b) Adakah anda merasakan ujian lisan adalah sesuai sebagai suatu teknik pentaksiran dalam bidang anda? Jelaskan.
12 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio 6.5 CONTOH 2: PENTAKSIRAN LISAN EKONOMI DI SEKOLAH MENENGAH
Berikut adalah suatu contoh menggunakan persembahan lisan sebagai kaedah pentaksiran mata pelajaran di sekolah menengah [sumber: Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for Secondary School]. Di dalam kelas ekonomi bersama pelajar berumur 15 tahun, pelajar menganalisis sebuah topic tentang Tanggungjawab Sosial dan Persekitaran dalam Perniagaan. Strategi pengajaran yang digunapakai adalah berlainan dengan dalam Contoh 1. Berbanding dengan membuat persembahan berdasarkan kajian mereka, pelajar membuat kajian, menulis sebuah laporan dan berdebat. Di dalam kumpulan empat sehingga lima orang, Gambarajah 6.3 Persembahan pelajar mengkaji sebuah syarikat yang dipilih Lisan Digunakan Dengan Meluas oleh guru seperti syarikat mengeluarkan Sebagai Tenik Pentaksiran di minuman ringan atau peralatan sukan (lihat Sekolah di Amerika Syarikat Jadual 6.4). Di dalam tugasan untuk persembahan lisan, dua kumpulan yang mengkaji syarikat yang sama berhujah menyokong atau menentang rekod sosial dan persekitaran syarikat itu (lihat Gambarajah 6.3). Ekonomi Sekolah Menengah: Garispanduan untuk Topik Tentang Tanggungjawab Sosial dan Persekitaran Nama _______________________ Tarikh ________________ Ahli-ahli kumpulan saya adalah __________________________________ Kumpulan saya akan mengkaji syarikat ini _________________________________ Kajian Setiap orang dalam kumpulan akan mengkaji syarikat ini untuk menjawab soalan-soalan berikut: 1. Apakah yang kita maksudkan apabila menyebut tanggungjawab sosial? Tanggungjawab persekitaran? 2. Apakah yang syarikat ini buat dan pasarkan?
13 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio 3. Apakah jualan keseluruhan dan keuntungan bagi lima tahun yang lepas? 4. Berapa ramai pekerjakah yang syarikat ini gajikan? 5. Bagaimanakah syarikat ini beroperasi (franchais, korporat awam, etc.)? 6. Siapakah memiliki syarikat ini? Syarikat-syarikat lain manakah yang syarikat ini miliki? 7. Dimanakah lokasi syarikat ini, dan adakah ia sebuah syarikat tempatan, daerah, kebangsaan, multinational? 8. Adakah syarikat ini mempunyai tanggungjawab sosial? Kenapa atau kenapa tidak? 9. Adakah syarikat ini bertanggungjawab kepada persekitaran? Kenapa atau kenapa tidak? Setelah menyiapkan kajian individu anda, anda boleh bekerjasama sebagai sebuah kumpulan untuk menggabung dan memperkuatkan idea-idea anda untuk debat kumpulan tentang syarikat ini yang akan diadakan. Anda perlu bersedia member syarahan samada menyokong atau menentang rekod sosial dan persekitaran syarikat ini. Anda akan perlu merujuk sekurang-kurangnya lima sumber bagi menyokong pendirian anda. Anda juga akan perlu merujuk kepada sekurang-kurangnya lima sumber untuk menolak atau menyangkal pendirian itu. Persembahan Lisan Sehari sebelum persembahan, kumpulan yang akan bersyarah dahulu akan dipilih secara rawak, menyokong usul tersebut dan kumpulan kedua akan menentang usul tersebut. Format persembahan adalah seperti berikut: Kedua-dua kumpulan: Merespon dengan ringkas kepada soalan 1 hingga 7 bagi memperkenalkan kumpulan anda kepada kelas (67) minit. Kumpulan Satu: Persembahkan kes anda dengan merujuk kepada sumber bagi menunjukkan bahawa syarikat ini adalah bertanggungjawab dengan persekitarannya dan dengan secara sosial (5 minit). Kumpulan 2: Persembahkan kes anda dengan merujuk kepada sumber bagi menunjukkan bahawa syarikat ini adalah tidak bertanggungjawab dengan persekitarannya dan dengan secara sosial (5 minit). Kumpulan Satu: Cabar hujah kumpulan 2 dan perkukuhkan pendirian anda (3 minit). Kumpulan Dua: Cabar hujah kumpulan 1 dan perkukuhkan pendirian anda (3 minit). Kumpulan Satu: Nyatakan rumusan anda (35 minit).
14 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio Kumpulan Dua: Nyatakan rumusan anda (35 minit). Kedua-dua Kumpulan: Respon kepada soalan yang ditanya oleh penonton (67 minit). Menyiapkan Kerja Tersebut Anda akan menyiapkan tugasan ini dalam tiga minggu mendatang, dengan bekerja di dalam dan di luar kelas. Semua orang di dalam kumpulan anda mesti menyertai debat ini dengan mempersembahkan sekurang-kurangnya satu hujah menyokong atau hujah menentang. Anda akan juga diminta merespon kepada soalan daripada guru tentang sumber-sumber anda: di mana anda mendapatkannya, samada ianya sumber primer atau sekunder, dan samada anda menganggapnya boleh dipercayai. Anda akan diberi waktu untuk bekerja dalam perpustakaan. Anda akan juga berpeluang mencari maklumat di World Wide Web. Kumpulan anda mesti membuat perancangan untuk menggunakan waktu kumpulan dan untuk merekod serta menyusun data.
[sumber: Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for Secondary School]. Jadual 6.4 Panduan Tentang Apa Pelajar Perlu Buat
MEMBERI MARKAH UNTUK PERSEMBAHAN LISAN Pelajar diberi sebuah skema pemarkahan untuk persembahan lisan mereka (i.e. pelaksanaan debat mereka). Garispanduan untuk Pemarkahan persembahan ditunjukkan dalam Jadual 6.5.
Ekonomi Sekolah Menengah: Kriteria Pemarkahan untuk Persembahan Lisan Tentang Tanggungjawab Sosial dan Persekitaran
Nama _________________________ Tarikh _________________________
Tandakan lajur berkenaan: ya atau tidak. Suatu markah keseluruhan antara 6 hingga 1 akan diberi di bawah Kotak Markah Keseluruhan. Markah bernilai 6 adalah untuk persembahan yang kukuh; markah bernilai 1 mewakili persembahan yang lemah.
15 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio Kandungan
Ya
Tidak
Adakah lima sumber dikenal pasti bagi menyokong atau menentang isu tersebut?
Adakah terdapat tanda pelajar membuat kajian, ataupun adakah persembahan berdasar kepada pengalaman atau andaian peribadi?
Penyusunan
Ya
Tidak
16 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio untuk difahami oleh penonton?
Adakah butiran diberikan dalam syarahan bagi memberi impak yang optima?
Bahasa
Ya
Tidak
Adakah bahasa dipilih dengan teliti bagi member penekanan kepada hujah utama dan mengambil hati penonton?
Penyampaian
Ya
Tidak
17 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio Adakah temu mata diteruskan sepanjang persembahan?
Adakah penggunaan gerak isyarat, pergerakan, dan teknikteknik bukan verbal lain berkesan?
Adakah orang yang membuat persembahan bercakap dengan jelas dan fasih?
Jadual 6.5 Rubric Pemarkahan untuk Persembahan Lisan [sumber: a) Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for Secondary School b) R.J. Marzano, D. Pickering, and J. McTighe, (1993), Assessing student outcomes, Performance assessment using the Dimensions of Learning model (p. 30), Alexandria, VA: ASCD] Walaupun kaedah debat telah digunapakai, pentaksiran persembahan lisan masih menekankan EMPAT aspek, iaitu; Kandungan, Penyusunan, Bahasa dan Penyampaian. .
6.3 AKTIVITI
a) Komen tentang kesesuaian Senarai Semak Ujian Lisan di atas berkaitan bidang anda. b) Apakah kemahiran lisan yang anda akan uji dalam mata pelajaran anda? c) Cadangkan suatu Senarai Semak Ujian Lisan untuk menguji kemahiran lisan dalam mata pelajaran anda.
APAKAH ITU PORTFOLIO? Portfolio selalunya dikaitkan dengan seni, di mana pelajar menyimpan hasil kerjanya dalam sejenis fail untuk dipersembahkan untuk dinilai. Ada juga orang yang mengaitkan portfolio dengan
18 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio pasaran saham di mana seorang atau sebuah organisasi menyimpan portfolio saham yang dimiliki. Hart (1994) mentakrifkan portfolio sebagai suatu bekas yang mengandungi bukti kemahiran, idea, minat dan pencapaian individu. Sebuah portfolio merupakan koleksi bermatlamat tentang kerja yang dihasilkan oleh seorang pelajar yang mencerminkan usaha, kemajuan dan pencapaian mereka dalam berbagai bidang kurikulum. Menurut Paulson, Paulson and Meyer (1991), portfolio menawarkan suatu cara mentaksir pembelajaran pelajar yang berlainan daripada kaedah tradisional. Pentaksiran portfolio memberi guru dan pelajar suatu peluang untuk memerhati pelajar dalam konteks yang lebih luas: mengambil risiko, Membina penyelesaian kreatif, dan belajar membuat pertimbangan tentang prestasi mereka sendiri (p. 63 diterjemah).
Portfolio menyampaikan suatu cerita. Ianya merupakan cerita tentang mengetahui. Mengetahui tentang benda-benda... Mengetahui tentang diri sendiri... Mengetahui tentang penonton... Portfolio adalah cerita pelajar sendiri tentang apa yang mereka tahu, mengapa mereka yakin mereka mengetahuinya, dan mengapa orang lain harus juga bersependapat dengannya. Sebuah portfolio adalah pendapat yang disokong oleh fakta... Pelajar membuktikan apa yang mereka tahu dengan contohcontoh kerja mereka. (Paulson & Paulson, 1994, p.2 diterjemah)
APAKAH PENTAKSIRAN PORTFOLIO? Suatu koleksi kerja yang dibuat oleh pelajar ditaksir dan dengan itu digelar pentaksiran portfolio. Portfolio itu memberi pentaksiran berterusan (i.e. pentaksiran formatif) dan juga pentaksiran pada akhir semester atau tahun (i.e. pentaksiran sumatif). Penekanan adalah lebih kepada memantau kemajuan pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran suatu mata pelajar, kursus atau program yang khusus. Pentaksiran portfolio dijelaskan sebagai multidimensi sebab ia membenarkan pelajar memasukkan berbagai aspek kerja mereka seperti esei, laporan projek, pencapaian dalam ujian objektif, objek atau barang mereka telah hasilkan, puisi, laporan makmal dan sebagainya. Dalam erti kata lain, portfolio mengandungi contoh-contoh kerja yang dilaksanakan sepanjang semester, sesi atau tahun, dan bukan pada suatu ketika sahaja (seperti semasa minggu peperiksaan sahaja). Pentaksiran portfolio menjadi bukti penting perubahan pemikiran tentang peranan pentaksiran dalam pendidikan. Guru yang menggunakan strategi ini dalam bilik darjah telah beralih pegangan falsafah tentang pentaksiran daripada sekadar membandingkan pencapaian (berdasarkan gred, markah ujian, peratusan darjat) ke arah mempertingkatkan pencapaian pelajar melalui maklumbalas dan refleksi. MENGAPA PENTAKSIRAN PORTFOLIO? Sering dikatakan bahawa ujian kertas dan pensil (ujian objektif dan esei) tidak boleh mentaksir semua hasil pembelajaran dalam suatu bidang. Sebagai contoh, kebanyakan kemahiran kognitif tahap tinggi dan domain afektif (perasaan, emosi, sikap, nilai) tidak dapat ditaksir dengan secukupnya menggunakan kaedah pentaksiran
19 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio tradisional. Pentaksiran portfolio membenarkan penilaian kemahiran dan pengetahuan yang lebih pelbagai dan lebih penting lagi, ia memberikan peluang untuk guru mengikuti atau memantau perubahan dan perkembangan sepajang suatu jangka masa tertentu. Kerana pentaksiran portfolio merupakan proses berterusan, ia memberikan peluang untuk pelajar membuat refleksi tentang pembelajaran dan pemikiran mereka sendiri. Mereka berpeluang memantau pemahaman dan pendekatan mereka terhadap penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan (Paulson, Paulson dan Meyer, 1991). Setelah membuat refleksi, pelajar boleh mengenal pasti kesalahan mereka atau bagaimana mereka dapat memperbaiki diri. Epstein (2006), Introduction to Portfolios, Synapse Learning Design, disebut dalam Teachervision.com, berhujah bahawa pentaksiran portfolio: Membenarkan guru melihat pelajar sebagai seorang individu, setiapnya dengan ciri-ciri unik, keperluan dan kekuatannya sendiri. Menekankan peningkatan pencapaian pelajar dan bukan pendarjatan pelajar mengikut prestasi mereka dalam ujian. Membantu pelajar menjadi lebih bertanggungjawab ke atas kerja mereka sendiri Membenarkan adaptasi pengajaran kepada gaya pembelajaran pelajar Melibatkan pelajar dalam proses pentaksiran Mengajak pelajar membuat refleksi ke atas perkembangan dan prestasi diri mereka sebagai pelajar Walau bagaimanapun, Epstein (2006) juga menyenaraikan bebarapa masalah dengan pentaksiran portfolio. Pentaksiran portfolio mungkin mempunyai kurang kebolehpercayaan kerana mereka selalunya kualitatif dan bukan kuantitatif. Masyarakat masih berorientasi kepada gred dan markah ujian, dan tambahan lagi kebanyakan university dan kolej masih menggunakan Gambarajah 6.4 Guru mungkin markah ujian dan gred sebagai criteria utama meletakkan kriteria pada apa yang kemasukan. Dan juga, pentaksiran portfolio harus dimasukkan dalam portfolio mungkin mengambil masa yang lama untuk guru dan data daripada pentaksiran portfolio kadang kala sukar dianalisis.
ADAKAH TERDAPAT JENIS-JENIS PORTFOLIOS BERLAINAN? Terdapat dua jenis portfolio yang umum: portfolio berorientasikan proses dan berorientasikan produk. Portfolio Orientasikan Proses: Portfolio jenis ini menceritakan tentang pelajar dan bagaimana dia telah berkembang. Ia memasukkan deraf-deraf terdahulu dan bagaimana deraf-deraf ini telah diperbaiki. Sebagai contoh,
20 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio deraf pertama sepotong puisi dinukil oleh pelajar Tahun Tiga diperbaiki berdasarkan komen-komen guru dan refleksi pelajar itu tentang kerjanya. Semua deraf dan perubahan yang dibuat disimpan dalam portfolio. Dengan cara ini, kerja pelajar boleh dibandingkan, yang menyediakan bukti tentang bagaimana kemahiran pelajar telah berkembang. Portfolio Berorientasikan Produk: Portfolio jenis ini mengandungi kerjakerja pelajar yang dia rasakan adalah terbaik. Matlamatnya adalah untuk mendokumentasi dan membuat refleksi tentang mutu produk akhir dan bukan proses yang menghasilkannya. Pelajar dikehendaki mengumpul semua kerjanya pada akhir semester, dan memilih kerja-kerjanya yang paling bermutu. Pelajar mungkin dibiarkan membuat keputusan itu sendiri ataupun guru boleh meletakkan kriteria tentang apa yang portfolio harus ada dan mutu kerja yang harus disertakan (lihat Gambarajah 6.4).
BAGAIMANAKAH PORTFOLIO DIBANGUNKAN? Reka bentuk dan pembangunan sebuah portfolio melibatkan EMPAT langkah utama: Pengumpulan, Pemilihan, Refleksi dan Kaitan (Epstein, 2006. Introduction to Portfolios, Synapse Learning Design, disebut dalam Teachervision.com). Pengumpulan: Langkah ini memerlukan pelajar mengumpul dan menyimpan semua kerjanya. Pelajar perlu membiasakan diri dengan mendokumentasi dan menyimpan kerja mereka yang dahulunya mereka tidak lakukan. o Bagaimana harus kerja disusun? Mengikut mata pelajaran, mengikut tema? o Bagaimana kerja harus direkod dan disimpan? o Bagaimana mendapatkan pelajar membentuk tabiat mendokumentasi bukti? Pemilihan: Ini bergantung kepada samada ianya suatu portfolio proses atau produk dan kriteria yang ditentukan oleh guru. Pelajar akan mengimbas kerjakerja yang dikumpulkan dan memilih hanya beberapa kerja untuk portfolio. Ini mungkin termasuk: kertas peperiksaan dan kuiz, rakaman audio & video, laporan projek, jurnal, kerja komputer, esei, puisi, kerja seni dan sebagainya. o Bagaimana seseorang membuat pilihan? Apakah asas pemilihan? o Siapakah yang harus terlibat dalam proses pemilihan? o Apakah kesan kegagalan menyiapkan portfolio? Refleksi: Ini merupakan langkah yang paling penting dalam proses portfolio. Ia adalah membuat refleksi yang membezakan portfolio daripada sekadar sebuah koleksi kerja pelajar. Refleksi selalunya dibuat secara bertulis tetapi boleh juga dibuat secara lisan. Pelajar ditanya mengapa dia telah memilih produk atau kerja tertentu (e.g. esei); dan bagaimana dengan kerja-kerja lain, apa kemahiran dan pengetahuan khusus yang telah digunakan untuk menghasilkannya (e.g. esei tadi) dan bagaimana ia boleh diperbaiki lagi.
21 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio o Haruskah pelajar membuat refleksi tentang bagaimana dan mengapa mereka harus memilih kerja-kerja tertentu? o Bagaimanakah harus pelajar melakukan proses refleksi Kaitan: Hasil daripada refleksi, pelajar mula bertanya diri mereka, Mengapa kita membuat perkara ini?. Mereka digalakkan mengaitkan kerja sekolah mereka dengan nilai apa yang mereka pelajari. Mereka juga digalakkan mengaitkan kerja-kerja yang dimasukkan dalam portfolio mereka dengan dunia di luar bilik darjah. Mereka belajar menunjukkan kepada komuniti apa yang mereka telah lakukan. o Bagaimanakah kesan terkumpul portfolio dinilai? o Haruskah pelajar mempamerkan kerja mereka?
6.4 AKTIVITI
a) Sejauhmanakah pentaksiran portfolio assessment digunakan di institusi anda? b) Adakah anda berpendapat pentaksiran portfolio boleh digunakan sebagai teknik pentaksiran dalam bidang anda? Jelaskan. 6.7 PORTFOLIO ELEKTRONIK Dengan perkembangan pesat dalam teknologi digital dan internet, portfolio elektronik semakin popular di kebanyakan kolej dan universiti serta sistem-sistem sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaannya lebih meluas sekiranya guru dan pendidik mempunyai pemahaman yang lebih tentang bagaimana portfolio elektronik boleh digunakan untuk pentaksiran formatif bagi memperbaiki pembelajaran pelajar. Seperti yang dikatakan lebih awal, sebuah portfolio adalah koleksi kerja pelajar bagi menunjukkan pemahaman dan perkembangannya serta refleksi pelajar tentang kerja atau artefak individu. Apakah itu portfolio elektronik? Portfolio elektronik menggunakan teknologi elektronik sebagai bekas seperti CD, DVD atau web, membolehkan pelajar mengumpul dan menyusun artefak dalam berbagai jenis media (audio, video, grafik dan teks) dan menggunakan hubungan hypertext untuk menyusun bahan, mengaitkan bukti kepada hasil, matlamat dan standard yang berkenaan (Barrett, 2006, p.3 diterjemah). Bagaimanakah portfolio elektronik berbeza daripada portfolio tradisional? Menurut Barrett dan Wilkerson (2004), elektronik merupakan arkib digital kerja pelajar yang menggunakan suara tulen pelajar dan menjadi database bagi mengumpul pentaksiran keluaran guru berdasarkan tugasan dan rubrik. Ciri-ciri portfolio elektronik ini dapat berinteraksi di antara satu sama lain. PELAKSANAAN PORTFOLIO ELEKTRONIK Adalah penting semasa melaksanakan initiatif portfolio elektronik, untuk setiap sekolah atau daerah atau negeri menentukan daripada mula tujuan utama menyuruh pelajar membuat sebuah portfolio elektronik. Tujuan dan matlamat menggunakan portfolio akan menentukan kandungan untuk dimasukkan, proses
22 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio pembuatan dan sistem pentaksiran (Barrett, 2006). Apabila matlamat dan tujuan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah untuk memilih alat-alat yang diperlukan dalam pembinaan dan pengurusan portfolio elektronik. Apakah alat-alat yang sedia ada? Pembangunan alat-alat yang selalu digunakan adalah perisian memproses kata (Microsoft Office, OpenOffice, Adobe Acrobat). Alat-alat ini membolehkan pelajar menerbitkan portfolio mereka dalam CD atau pelayan rangkaian kawasan setempat ataupun dalam Internet. Penerbitan pada web memerlukan pelajar menjadi pembina web seperti mempelajari HTML atau menggunakan perkakasan penulisan web seperti Dreamweaver, FrontPage dan lainlain. Institusi-institusi juga boleh membeli perisian portfolio elektronik dan kemudahan penyimpanan komersial. KEBAIKAN PORTFOLIO ELEKTRONIK Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasi dan menggalakkan pelajar membina portfolio secara elektronik atau digital. Generasi muda hari ini membesar dengan teknologi digital di sebelah katil mereka! Kita dapat melihat bagaimana pelajar dimotivasi dengan jaringan atas talian seperti MySpace, FaceBook dan laman web jaringan sosial yang lain. Portfolio elektronik boleh menangkap tahap motivasi dan kecenderungan yang tinggi dalam meneruskan matlamat pembelajaran dan refleksi yang mendalam. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyedari bahawa portfolio elektronik bukanlah replikasi atau versi digital artefak berasaskan kertas. Ia juga bukannya sistem portfolio berasaskan data yang membolehkan pelajar mengisi tempat kosong pada borang dalam web (Barrett, 2006). Portfolio The elektronik adalah lebih daripada itu! Bagaimana? Bagi betul-betul melibatkan pelajar, teknologi-teknologi baru harus digunakan untuk memotivasi dan melibatkan pelajar meluahkan suaranya sendiri dan mengukir identity mereka dalam portfolio mereka. Contohnya, pelajar diberi peluang menyampaikan sebuah cerita secara digital, membangunkan dan memuat naik artefak multimedia, menggunakan fail media digital dan blog serta mengekalkan jurnal reflektif atas talian untuk mempamerkan keperibadian, kreativiti dan pemilikan mereka (Barrett, 2006).
RINGKASAN
Pemerhatian secara umumnya merujuk kepada suatu proses mendapatkan maklumat melalui deria seseorang khususnya, daripada melihat dan mendengar. Dalam pemerhatian kualitatif, pemerhati bermula tanpa tanggapan awal tentang apa yang akan diperhatikan dan menerangkan perlakuan yang nampak penting. Dalam pemerhatian kuantitatif, perlakuan yang akan diperhatikan ditentukan melalui sebuah senarai semak.
23 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio Dalam pemerhatian obtrusif, pelajar sedar mereka sedang diperhatikan manakala dalam pemerhatian tidak obtrusif, pelajar tidak sedar mereka sedang diperhatikan. Perlakuan mungkin diperhatikan dan diukur berdasarkan empat dimensi: jangka masa, kelambatan, kekerapan dan kekuatan. Pemerhatian digunakan untuk mengumpul data tentang perlakuan yang sukar ditaksir menggunakan kaedah-kaedah lain, bagi memerhatikan dan merekod cara pelajar menyelesaikan masalah dan menyiapkan tugasan, dan bagi menentukan samada pelajar (secara individu atau dalam kumpulan) sedang mencapai objektif yang diinginkan menggunakan alat-alat pemerhatian. Ekspresi lisan merupakan proses utama dalam memformulasi dan berkongsi pengalaman manusia. Syarahan Lisan adalah lebih daripada sekadar bercakap tetapi juga termasuk bercakap tentang sesuatu kandungan. Pentaksiran lisan selalunya terbatas kepada seni bahasa. Takrif pentaksiran lisan telah diperluaskan bagi memasukkan pentaksiran kandungan. Pentaksiran lisan boleh dilaksanakan dalam pentaksiran mata-mata pelajaran seperti sains dan ekonomi. Sebuah portfolio merupakan suatu koleksi kerja-kerja yang dihasilkan oleh pelajar, yang mencerminkan usaha, kemajuan dan pencapaian mereka dalam bahagian-bahagian berlainan dalam kurikulum. Sebuah portfolio elektronik merupakan sebuah arkib digital tentang kerja pelajar dengan menggunakan suara tulen pelajar.
ISTILAH PENTING Pemerhatian Senarai semak pemerhatian Portfolio Pemerhatian kualitatif Pemerhatian perlakuan pentaksiran Pemerhatian kuantitatif Pentaksiran lisan Portfolio elektronik Pemerhatian obtrusive Bercakap Pemerhatian tidak obtrusif Pertuturan Lisan
24 Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan Portfolio RUJUKAN: Alaska Department of Education Curriculum Framework. June. 1996. & Early Development.
Barrett, H.C. (2006). The reflect initiative researching electronic portfolios: Learning, engagement and collaboration through technology. Connected Newsletter. Barrett, H. and Wilkerson, J. (2004). Conflicting Paradigms in Electronic Portfolio Approaches. [Retrieved April, 21, 2008 from: http://electronicportfolios.org/systems/paradigms.html] Hart, D. (1994). Authentic Assessment: A Handbook for Educators. Menlo Park.CA: Addison-Wesley Publishing Co. Epstein, J. (2006). Introduction to Portfolios, Synapse Learning Design, cited in Teachervision.com Macintosh H. and G. Firth (1986). A teachers guide to assessment. Nelson Thornes Ltd. Marzano, R. J. (1992). A different kind of classroom: Teaching with dimensions of learning. Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Marzano, R.J. and D. Pickering, and J. McTighe, (1993), Assessing student outcomes, Performance assessment using the Dimensions of Learning model (p. 30), Alexandria, VA: ASCD] Paulson, F.L. Paulson, P.R. and Meyer, CA. (1991), February. What Makes a Portfolio a Portfolio? Educational Leadership. 60-63. Paulson, F.L. & Paulson, P. (1994) Assessing Portfolios Using the Constructivist Paradigm in Fogarty, R. (ed.) Student Portfolios. Palatine: IRI Skylight Training & Publishing. 1-22. Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for Primary School Science. Young, J. (2002). Creating online portfolios can help students see 'Big Picture,' Colleges Say. February 21 Suen, H.K., & Ary, D. (1989). Analysing quantitative behavioural observation data. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum. Salvia, J and Ysseldyke, J. (1995). Assessment. New York: John Wiley.