KPD 3026 Pengajaran, Teknologi Dan Pentaksiran 2
KPD 3026 Pengajaran, Teknologi Dan Pentaksiran 2
KPD 3026 Pengajaran, Teknologi Dan Pentaksiran 2
Kajian Tindakan
Kajian Tindakan
Persamaan
Mengenalpasti pemasalahan Cara/kaedah untuk lebih mengetahui mengetahu Bermatlamat untuk mendapatkan hasil Mempunyai subjek kajian dalam membuat kajian Pelaporan yang disediakan dijadikan rujukan Mencari alternatif penyelesaian Perbezaan
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 muka surat 1
Kajian Tindakan
Memperbaiki amalan sendiri dan membentuk teori praktis Boleh ubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar
Aspek
Objektif
Kajian Konvesional
Menguji teori, membuat generalisasi dan menjelaskan prinsip
Penyelidik sebahagian daripada subjek Subjek Kajian Merupakan sampel yang dipilih kajian Dijalankan dalam situasi sebenar dan memerlukan tindakan dan penilaian ke atas tindakan Menggunakan bahasa yang mudah di fahami Bergantung kepada teknik persampelan Kaedah dan analisis statistik yang canggih, tidak semestinya dalam situasi sebenar Laporan Lebih bersifat teknikal dan memerlukan Kajian pengetahuan yang khusus untuk memahaminya
Trlibat Rumusan perbandingan : Rumusan perbandingan antara kedua-dua kajian ini ialah kajian tindakan dijalankan untuk menjawab masalah praktikal khusus yang menghasilkan tindakan. Fokus kajian tindakan banyak bergantung kepada kerelevannya kepada konteks khusus di mana ia berlaku. Dapatan adalah dikongsi dengan mereka yang terlibat atau menerima kesan secara langsung, supaya mereka boleh mengambil tindakan berasaskan kepada dapatan. Manakala kajian konvesional pula tindakan biasanya bergantung kepada tujuan. Selain itu kajian konvesional juga dijalankan terhadap isu dan masalah orang lain bagi mencari jalan penyelesaian 1.0sesuai. Pengenalan yang Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) kajian bermaksud kegiatan atau usaha dalam mengkaji tentang sesuatu isu berdasarkan data, maklumat terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu. Kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki dan
muka surat 2
meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian juga memberi kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Dalam esei ilmiah ini akan membincangkan sejauh mana kajian tindakan merupakan metodologi yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan semasa kajian dijalankan. Profesion dalam pendidikanm sangat berkait rapat dengan penyelidikan yang hendak dilakukan haruslah merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan menggunakan pelbagai sumber untuk mencari maklumat semasa bagi melakukan aktiviti-aktiviti baru di dalam kelas, memantau perkembangan murid serta mencari sebab atau jalan penyelesaian apabila berlaku sifat dan kelakuan tertentu dan menganalisis untuk penilaian semula.
2.0
Definisi Kajian tindakan ialah istilah bagi mengisahkan penyelidik yang menyiasat amalan sendiri
untuk menambah baik. Dalam konteks pendidikan, seseorang guru akan mengumpul data dan menginterpretasikannya untuk memahami aspek pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tumpuan utamanya atau bidang yang menarik perha.tian guru itu. Kajian tindakan juga merupakan satu alternatif bagi guru-guru untuk menambah baik pengajaran mereka melalui tindakan sendiri dan bukannya bergantung kepada pihak lain untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan tindakan dalam bilik darjah. Menurut Elliot (1991) kajian tindakan merujuk kepada proses apabila guru-guru bertindak secara kolaborasi untuk sama-sama menilai amalan mereka. Beliau juga menegaskan bahawa melalui tindakan ini guru-guru akan memperoleh faedah-faedah berikut: i. ii. iii. Guru menyedari tentang teori peribadi mereka, Guru dapat melahirkan konsep nilai yang dikongsi bersama, Guru akan mencuba strategi baru supaya dapat merealisasikan nilai yang dipegang dalam amalan,
muka surat 3
iv.
Guru mendokumentasikan amalan mereka supaya mudah diakses dan difahami oleh guru lain, dan
v.
Guru membina teori pengajaran yang boleh dikongsi melalui usaha penyelidikan Definisi di atas menyatakan focus kepada kaedah penyelidikan. Kajian tindakan dilihat
sebagai tindakan informal, kualitatif dan subjektif. Menurut Hopkins (1993), beliau menegaskan bahawa kajian tindakan akan membolehkan semua yang terlibat akan menjadi peserta yang berpengetahuan dan memberi sumbangan yang aktif. Beliau juga menjelaskan bahawa tujuan utama kajian tindakan sebagai paradigma kualitatif akan membolehkan guru-guru meneroka situasi bilik darjah yang kompleks.
3.0
Tujuan Kajian Tindakan Tujuan kajian tindakan dilakukan adalah untuk membantu guru menangani cabaran
berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kajian tindakan, ia juga dapat memperkembangkan profesionalisme guru khususnya dalam mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan serta mengukuhkan lagi asas pengetahuan professional guru. Sehubungan itu, kajian tindakan juga dapat menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa bantuan luar dan ia dapat membebaskan guru daripada kongkongan amalan-amalan rutin. Ia juga mengupayakan guru sebagai seorang professional. Dengan itu, guru menpunyai hak milik dalam memperkenalkan amalan yang berkesan dan berkuasa untuk membuat keputusan. Disamping itu, kajian tindakan boleh membawa pembaharuan dan kemajuan kepada amalan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri. Selain itu, tujuan kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk menigkatkan daya keyakinan diri melalui usaha kolaborasi dan secara tidak langsung ia boleh menambah baik prestasi dan kepuasan kerja dan menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan serta kelemahan diri.
4.0
muka surat 4
Dalam satu kitaran kajian tindakan melibatkan lima fasa iaitu dari fasa 1 sehingga fasa 5. Dalam satu-satu fasa itu, terdapat beberapa langkah dalam mengenal pasti isu, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpul dan menganalisis data, membuat refleksi dan penilaian. Fasa-fasa dalam satu kitaran kajian tindakan adalah seperti berikut:
Mengenal pasti pemasalahan isu dan masalah serta situasi untuk mencari Fasa 1 : Mengenal pasti isu dan masalah serta situasi untuk mencari fokus kajian fokus kajian
Fasa ini melibatkan proses meneliti atau meneroka kebimbangan dan keprihatinan terhadap amalan diri penyelidik. Penyelidik akan mengkaji tentang isu terlebih dahulu. Kemudian penyelidik akan memilih fokus kajian dan seterusnya akan bergerak ke fasa 2 iaitu merancang tindakan.
Merancang Tindakan
Dalam fasa 2 ini setelah mendapat fokus kajian, penyelidik akan merancang tindakan yang akan diambil berdasarkan fokus kajian yang telah dipilih. Dalam merancang tindakan, penyelidik boleh merujuk kepada amalan sedia ada atau melaksanakan rancangan baru. Selepas itu, penyelidik merancang bagaimana cara untuk mengumpul data bagi menilai tindakan.
Fasa 4 : Mengumpul dan Menganalisis Data Fasa ini melibatkan aktiviti mengumpul data yang sesuai terhadap tindakan yang dilaksanakan. Data yang sesuai bermaksud data yang mencukupi dan relevan untuk menyokong dakwaan kajian. Selain itu, data yang dikumpul perlu dianalisis untuk dibuat interpretasi data dan kesimpulan terhadap dapatan kajian.
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 Fasa 5 : Membuat Refleksi dan Kajian Tindakan Dalam fasa ini penyelidik akan membuat refleksi terhadap dapatan kajian.
muka surat 5
Menurut Elliot, kajian tindakan adalah adalah mengulang (literative) dan berbentuk kitaran untuk mendalami pemahaman ke atas sesuatu situasi, bermula dengan mengkonsepsi dan menjelaskan masalah serta bertindak melalui beberapa intervensi dan penilaian.
5.0
Metodologi Kajian Metodologi kajian dalam penyelidikan adalah amat penting bagi memberi panduan kepada
penyelidik bagaimana data dikutip dan dikumpul. Terdapat beberapa jenis kajian yang boleh dilakukan oleh guru untuk menangani masalah amalan yang me reka hadapi. Setiap jenis kajian mempunyai matlamat dan kaedahnya tersendiri. Penjelasan tentang metodologi kajian yang digunakan akan lebih memudahkan penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan secara lebih sistematik dan menjimatkan masa. Metodologi kajian ini terbahagi kepada dua iaitu Kajian Kuantitatif dan Kajian Kualitatif.
5.1
Kajian Kuantitatif
muka surat 6
Kajian kuantitatif adalah satu kajian yang secara umumnya menggunakan analisis statistik. Kajian ini lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah kuantiti ia membawa maksud berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti ini merujuk kepada bilangan yang diskrit,yang dinyatakan dengan tepat. Berdasarkan kepada istilah kuantiti ini maka penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Ia berdasarkan kepada kaedah penyelidikan inkuiri positivis dimana penyelidikan ini dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dikutip dan dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan ini maka dengan itu masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis. Kajian kuantitatif ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu : i) Kajian Deskriptif ii) Kajian Korelasi iii) Causal Comparative iv) Kajian Eksperimental Menurut John W. Cresswell (2008), Kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisa nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias. Ciri-ciri Kajian Kuantitatif adalah seperti berikut:
Instrumen ditentukan
Ciri-ciri
muka surat 7
5.2
Kajian Kualitatif Kajian Kualitatif pula lebih menekankan kepada penghasilan makna sebagaimana yang
dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998). Kajian ini berlainan daripada hanya bergantung kepada fakta dan rahah, ujian dan juga persampelan seting dan subjek kajian. Kajian ini mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kuantitatif, iaitu pandangan subjektif sesseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang dan sebagainya. Kajian Kualitatif ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu : i) Kajian Tindakan ii) Kajian Kes iii) Kajian Lapangan iv) Analisis Dokumen Kajian Kualitatif adalah kajian semulajadi yang tidak mematuhi spesifikasi statistic. Seterusnya dapatan kajian yang diperoleh ini adalah tidak boleh digeneralisasikan. Walau bagaimanapun kajian kualitatif ini menyumbang sesuatu kepada kajian berstatistik. Sesuatu di sini membawa maksud yang bermakna dan tidak boleh diukur (Schostak, John F. ,2002) Ciri-ciri Kajian Kualitatif adalah seperti berikut : Merupakan kajian exploratori atau memahami fenomena utama PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 Mempunyai tujuan yang umum dan luas, serta berdasarkan pengalaman peserta muka surat 8
Ciri-ciri
6.0
Kajian tindakan ini adalah merupakan satu aktiviti yang sistematik. Ianya dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Kajian yang sistematik dan terperinci ini membolehkan seseorang guru itu memahami sesuatu masalah atau fenomena yang biasa wujud. Selain itu, melalui kajian tindakan, seseorang itu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui proses kajian. Dalam proses kajian ini ia mementingkan proses tindakan dan refleks. Maka aktiviti kajian tindakan ini merupakan suatu proses yang aktif yang melibautkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta renungan terhadap tindakan serta kesannya ke atas murid. Secara jelasnya, kajian tindakan ini merupakan satu kepentingan bagi guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk mengubah dan meningkatkan amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru ini adalah amat penting kerana ia merupakan kunci kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran yang bermutu tinggi dalam bidang pendidikan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menjalankan kajian tindakan kerana tugas guru di dalam kajian tindakan ini sebagai seorang penyelidik. Antara kebaikan-kebaikan kajian tindakan untuk seorang guru adalah seperti berikut ; Dapat merancang huraian sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, memudahkan pencapaian pemahaman pelajar dan sekaligus memperbaiki amalan sendiri
muka surat 9
Meningkatkan penggunaan bahan pengajaran dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
Menyediakan guru sebagai seorang penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan cabaran serta membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
Membentuk budaya penyelidikan sebagai salah satu asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan
Secara amnya kita mengetahui bahawa kajian tindakan ini amat penting dan perlu dijalankan di sekolah bagi menangani masalah yang dihadapi. Dalam kajian tindakan ini ada kebaikan yang diperolehi namun keburukannya pun tetap ada. Tetapi ia hanya merangkumi dalam bentuk kumpulan yang kecil. Kajian yang fleksibel atau yang boleh berubah ini tidak dapat dielakkan kerana sesetengah kajian ia lebih bersifat dinamik dan bukan statik. Perubahan juga merupakan sesuatu yang kompleks dan ia boleh dikaitkan dengan proses Evolusi dan Resolusi. Proses Evolusi ialah perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh masa yang panjang. Manakala proses Resolusi pula perubahan yang berlaku akan meninggalkan kesan buruk dan membinasakan. Keburukan yang berlaku di dalam perubahan ini ialah ianya dilakukan secara drastik. Selain itu bila berlakunya perubahan ia tidak menunjukkan matlamat atau objektif yang jelas. Apabila sering berlakunya perubahan juga sesuatu yang dikaji tidak konsisten dan ia tidak dapat menunjukkan berlakunya penambahbaikan di dalam sesuatu kajian. Tetapi sebarang keputusan yang diambil untuk melakukan perubahan ia melibatkan pelbagai pertimbangan. Namun pertimbangan ini adalah untuk mengenal pasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.
7.0
Kesimpulan Secara umumnya, tujuan kajian tindakan ini adalah untuk penambahbaikan yang
berterusan. Ini bermakna untuk melihat keberkesanan penambahbaikan yang dibuat, kajian
muka surat 10
tindakan tidak terhenti pada satu kitaran sahaja tetapi ia perlu diteruskan sekurang-kurangnya kepada dua kitaran bagi membentuk satu gelungan. Secara teori dan praktiknya kajian tindakan memang serasi dengan tugas guru yang sentiasa berhadapan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran serta tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya. Selain itu proses dan prosedur kajian tindakan sebenarnya juga boleh dianggap sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan meningkatkan amalan mereka. Dengan ertikata lain, kajian tindakan boleh merupakan pedagogi atau sebahagian daripada pedagogi guru memandangkan proses dan prosedurnya adalah bersesuaian sekali dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru yang baik seperti juga pengamal reflektif dalam profesion lain, sentiasa menguji, mengubahsuai dan merangka semula model mereka berdasarkan pengalaman dan murereka dengan mengkaji apa yang mereka buat. Dengan itu guru akan mencipta pengetahuan baru untuk amalan yang lebih berkesan.
muka surat 11
Author 750603135450
Topic: KPD3026/PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 1/KIC SIBU KPD3026/PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 1/KIC SIBU
Created at: Today, 16:42
1. Bincangkan tentang definisi kajian tindakan serta perkaitannya dengan amalan guru.
Menurut Elliot (1981), mendefinisikan bahawa kajian tindakan sebagai kerangka untuk suatu penilaian kendiri di sekolah. Pendekatan dalam kajian tindakan itu lebih mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki serta mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial. Berdasarkan definisi, kajian tindakan dapat disimpulkan sebagai suatu refleksi seorang pendidik terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam bilik darjah. Ia bertujuan untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran guru dapat tercapai dengan jayanya. Melalui tindakan kajian itu, guru dapat mencari penyelesaian yang terbaik untuk sendiri dan memahami situasi sosial yang berlaku dengan sebaiknya. Oleh itu, kajian tindakan yang dijalankan dapat membolehkan guru melakukan perubahan dan peningkatan amalan guru dalam usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di sekolah serta profesionalisme perguruan. Sehubungan dengan itu, tugas pendidik bukan tertumpu kepada tugas rutin mengajar sahaja, tetapi perlu bertindak menjadikan tugas mengajar itu menarik dan dapat mendatangkan kepuasan dalam merangsang dan memotivasikan minat pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari. Selain itu, kajian tindakan juga bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri dan meningkatkan tahap pencapaian ke tahap yang lebih baik. Kajian tindakan juga praktikal untuk
muka surat 12
penyelesaian pelbagai jenis masalah. Kesimpulannya, kajian tindakan dilaksanakan oleh pendidik secara kolaboratif dengan tujuan untuk mengubah sesuatu amalan sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia bertujuan supaya guru lebih berkesan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 1/ SIBU KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 1/ SIBU
Created at: Today, 16:52
Saya setuju dengan pendapat cikgu. Definisi kajian tindakan bermaksud sesuatu yang berorientasikan kepada perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui prosesproses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri. (Bassey, 1990). Kajian tindakan juga adalah merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masingmasing. Kesimpulannya, kajian tindakan bagi seorang guru ialah satu proses tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan kepada sesuatu perkara untuk melakukan perubahan di persekitarannya kepada keadaan yang lebih baik.
muka surat 13
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 1/ SIBU KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 1/ SIBU
Created at: Today, 16:57
Saya menyokong pendapat rakan yang mengatakan bahawa kajian tindakan bermula dengan wujudnya sesuatu masalah dalam proses Pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru. Masalah ini perlu diselesaikan dengan melakukan perancangan dalam kajian tindakan untuk mengatasinya mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian serta diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan kajian itu. Kajian tindakan perlu dilakukan melalui empat langkah utama semasa melaksanakan kajian tindakan, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek semula akan diulang sehingga objektifnya tercapai. Sehubungan dengan itu, kajian tindakan juga merupakan satu orientasi kepada penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan akan menggabungkan siasatan dengan tindakan dalam satu cara perubahan merangsang serta menyokong sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu. Dengan adanya langkah tersebut, guru dapat mencari penyelesaian untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya, kajian tindakan perlu dilaksanakan oleh guru atau pendidik secara individu atau kolaboratif bersama guru lain dengan tujuan untuk mengubah sesuatu amalan sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
muka surat 14
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 1/ SIBU KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 1/ SIBU
Created at: Today, 17:03
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya setuju dengan pandangan saudara. Kajian Tindakan juga memberi impak yang besar terutamanya dalam bidang pendidikan dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan. Ia juga dapat memberikan perubahan kepada amalan guru. Kajian tindakan merupakan metodologi tindak balas situasi yang fleksibel, menawarkan secara terperinci , suasana sebenar dan suara pendidik, pengamal dan pelajar (Cohen et.Al, 2000). Kajian tindakan berfokuskan kepada penyelesaian masalah dalam kehidupan sebenar. Pengetahuan tidak dapat diperolehi tanpa mengambil kira keseluruhan situasi. Melalui kajian tindakan, satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi lebih kritis terhadap amalanamalan dan bersedia melakukan perubahan amalan mereka. Untuk itu, guru perlu melaksanakan inkuiri penemuan secara individu ataupun melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. Melalui amalan kajian tindakan ini, setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya dan seterusnya penambahbaikan dapat dilakukan. Dengan ini, dapat mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan amalan guru sendiri.
muka surat 15
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 2/ SIBU KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 2/ SIBU
Created at: Today, 17:17
2. Sebagai seorang guru, nyatakan dua masalah pengajaran yang dihadapi dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.
Dalam proses P&P pelbagai masalah yang sering dihadapi sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Masalah yang berlaku adalah bergantung dengan situasi persekitaran sekolah, latar belakang keluarga dan persepsi masyarakat terhadap penyampaian sesuatu pengajaran. Di sini saya akan utarakan dua masalah dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Masalah pertama ialah murid belum pandai membaca. Walaupun guru mengajar dengan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran, namun murid tersebut belum dapat menerima penyampaian pengajaran dengan berkesan. Seperti yang kita sedia maklum murid-murid mempunyai pelbagai aras kebolehan pembelajaran iaitu murid cergas, sederhana dan lemah. Murid lemah sering kali ketinggalan dalam P&P disebabkan mereka mempunyai kelemahan dalam penerimaan ilmu yang disampaikan. Masalah ini timbul disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya, kurang perhatian atau fokus semasa guru mengajar, tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan ada masalah lain. Masalah kedua ialah murid tidak hafal sifir. Setiap murid mpunyai kemampuan untuk mengingat yang berbeza-beza. Ada yang boleh mengingat dalam tempoh yang lama dan kebanyakannya tidak dapat mengingat selepas aktiviti P&P dijalankan. Punca utama yang menyebabkan hal ini berlaku ialah kurangnya ulangkaji di rumah, ibu bapa yang kurang menitikberatkan pelajaran anak-anak dan sikap murid itu sendiri. Apabila keadaan ini tidak diatasi masalah berkenaan akan terus menjadi keadaan murid keciciran dalam pembelajaran mereka. Situasi permasalahan ini akan menjejaskan proses P&P mata pelajaran seperti matematik yang memerlukan daya ingatan yang kuat dalam penguasaan kemahirannya.
muka surat 16
Author 750603135450
Salam 1 Malaysia. Saya setuju dengan pandangan saudari. Profesion keguruan ada masa kini sangat mencabar kewibawaan guru dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran. Ini berlaku disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam menyampaikan ilmu kepada muridnya. Di sini saya akan kemukakan dua masalah yang telah berlaku di sekolah saya. Masalah yang saya hadapi ialah masalah disiplin murid dan penguasaan murid yang berbeza dalam sesuatu topik pelajaran yang diajar. Masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pembelajaran dan pengajaran ialah murid yang melawan dan tidak menghormati guru. Murid membaca bahan-bahan lain,membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilk darjah ,bergaduh,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan,ponteng kelas dan tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh guru.Hal ini menyebabkan guru tidak dapat memberi tumpuan dalam menyampaikan pengajaran kepada murid. Ini menyebabkan pembelajaran tidak akan tercapai secara keseluruhannya. Masalah yang kedua yang sering berlaku di dalam kelas ialah masalah penguasaan murid yang berbeza dalam sesuatu tajuk pelajaran yang diajar.Ada segelintir murid mempunyai kecerdasan yang baik yang memudahkan memahami apa yang telah di ajar oleh guru dan sesetengahnya pula kurang atau lambat memahami pengajaran guru.Masalah ini akan menimbulkan dua kemungkinan aiatu pelajar yang sudah menguasai terpaksa menunggu rakannya untuk memahami tajuk yang dijar oleh guru dan mereka akan merasa bosan kerana tidak diberi eprhatian yang sepenuhnya oleh guru berbanding dengan pelajar yang lemah.Bagi menangani masalah ini,guru perlulah menyediakan lebih banyak bahan seperti lembaran kerja yang berbeza mengikut tahap kecerdasan murid.
muka surat 17
Author 750603135450
Salam sejahtera. Saya menyokong pendapat-pendapat yang dikemukakan. Di sini saya nak nyatakan dua masalah yang saya hadapi di dalam kelas. Saya merupakan guru Matematik Tahun 2. Masalah pertama yang saya hadapi ialah murid belum dapat menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula. Pelbagai kaedah yang telah saya tunjukkan. Apabila diberi kerja rumah tentang topik yang dibincangkan ini, murid tersebut akan menyuruh kakak atau emaknya menyiapkan kerja rumah. Masalah yang kedua ialah murid tidak dapat menghafal sifir 3 dan 4. Saya akan mengambil masa lima minit sebelum p&p dijalankan untuk murid membaca sifir. Tetapi malangnya murid masih tidak dapat menghafal sifir sehingga sekarang. Apabila berlakunya masalah seperti ini ia akan menyukarkan p&p guru untuk meneruskan topik yang seterusnya. Sekiranya masalah seperti ini tidak diselesaikan maka akan berlaku masalah keciciran dalam p&p.
Author
muka surat 18
750603135450
Salam sejahtera. Saya yakin semua guru akan menghadapi masalah semasa mereka mengajar dalam bilik darjah. Masalah yang saya hadapi semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu adalah murid tidak menumpukan perhatian, ada yang membaca buku cerita, ada yang membuat bising. Ini boleh berlaku kemungkinan disebabkan oleh faktor kawalan kelas, lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan murid. Ada murid yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan. Saya memang tidak dapat melayan semua karenah murid di dalam kelas. Jadi, murid yang tertinggal ataupun murid yang sudah pandai akan membuat bising ataupun membaca buku cerita. Masalah kedua yang saya hadapi ialah murid tidak membuat kerja seperti yang diarahkan. Kerja rumah seringkali ditangguhkan. Akhirnya saya terpaksa mengambil tindakan untuk memberikan hukuman kepada individu yang terlibat. Kesannya nanti sudah pasti mereka yang terlibat akan berkecil hati. Timbul pula masalah lain, bukan hanya dua masalah, tapi tiga, empat dan seterusnya. Pendek kata guru kena pandai mengendalikan dan menyelesaikan masalah. Barulah boleh bergelar sebagai guru yang profesional.
Author
muka surat 19
2/SOALAN 3/ SIBU 750603135450 KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2/SOALAN 3/ SIBU
Created at: Today, 18:07
3. Perlukah kajian tindakan dilaksanakan oleh guru di sekolah. Berikan hujah anda.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Setiap guru perlu membuat kajian tindakan apabila timbulnya masalah yang berkaitan dengan p&p. Guru yang membuat kajian tindakan merupakan guru yang efektif dan inovatif. Contohnya, melalui kajian tindakan, guru akan dapat mengesan bahawa teknik pengajaran adalah perlu berbeza kerana tahap kecerdasan murid juga berbeza. Tidak semua murid boleh diajar dengan teknik dan strategi yang sama. Oleh yang demikian jelaslah bahawa guru sememangnya perlu melaksanakan kajian tindakan agar proses P&P lebih berkesan dan berkualiti. Melalui kajian tindakan guru dapat mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan dalam amalan P&P sebelumnya seterusnya guru dapat bertindak untuk memperbaiki kelemahan dan mengolah teknik-teknik baru yang lebih sesuai dan efisien. Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk penambahbaikan atau meningkatkan kualiti amalan guru. Di samping meningkatkan kefahaman guru tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan proses merancang, melaksana,memerhati dan mereflek. Oleh sebab itu, saya sebagai guru menyaran agar kita bersama-sama melaksanakan kajian tindakan untuk kebaikan kita dan anak didik kita. Setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya.
Author
muka surat 20
750603135450
Salam sejahtera. Saya setuju dengan pandangan anda. Tugas guru adalah untuk menyampaikan ilmu kepada anak bangsa agar menjadi insan yang berguna dan prihatin terhadap negara, agama dan bangsa. Guru diamanahkan menjadi ibu bapa kepada anak-anak tersebut apabila berada di kawasan sekolah. Dengan itu, guru perlu membentuk disiplin kepada pelajar supaya bijak dalam melaksanakan kerja dan menguruskan masa dengan sebaiknya. Oleh itu antara sebab mengapa guru perlu melaksanakan kajian tindakan ialah untuk mendapatkan sumber maklumat penting dalam memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan suasana di dalam bilik darjah. Dengan adanya kajian tindakan, ia dapat memperbaiki dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan mendapat tindak balas positif daripada pelajarpelajar. Selain itu, guru juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki kelemahan amalan kendiri. Di samping itu, guru dapat meningkatkan akademik pelajar di dalam bilik darjah. Sebagai kesimpulannya amalan melakukan kajian tindakan sekiranya dijalankan dengan baik akan memberi manfaat dan faedah kepada guru dan juga murid.
Author
muka surat 21
750603135450
Salam sejahtera. Saya menyokong pendapat saudara. Memandangkan kajian tindakan berperanan mengenalpasti segala kelemahan yang terdapat dalam proses P&P, sememangnya kajian tidakan harus dilaksanakan oleh guru di sekolah. Ini kerana setiap guru harus memastikan P&P yang dijalankan terhadap murid berkesan. Hanya melalui kajian tindakan yang dilakukan oleh guru dapat mengenalpasti kelemahan dan dapat memperbaikinya seterusnya meningkatkan keberkesanan sesuatu P&P. Guru dapat membina pelbagai teknik atau strategi yang lebih kreatif dalam melaksanakan proses P&P. Selain itu, sesuatu program yang dirancang juga boleh diperbaiki dari masa ke masa. Adalah satu kegagalan jika guru tidak dapat mencapai sesuatu objektif dalam P&P atau program yang dilaksanakan tetapi tidak dapat mengatasinya atau memperbaikinya. Ini adalah alasan yang sangat kukuh untuk kita melaksanakan kajian tindakan di sekolah kerana kita tidak mahu jadi guru yang gagal. Ini kerana hanya dengan melakukan kajian tindakan kita tahu kelemahan yang ada. Akhirnya kita boleh mencari jalan penyelesaiannya bagai mencapainya.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026/PTP 2/SOALAN 3/KIC SIBU KPD 3026/PTP 2/SOALAN 3/KIC SIBU
muka surat 22
Saya setuju dengan pandangan saudari. Kajian tindakan memang perlu dilaksanakan di sekolah kerana ianya dapat memberi manfaat dan faedah kepada guru dan juga murid. Dengan adanya kajian tindakan, ianya dapat menambahbaikkan atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing. Selain daripada itu, kajian tindakan perlu dijadikan sebagai asas membuat keputusan pengajaran berasaskan data. Dalam tugas seharian, guru akan membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang telah dan sedang dijalankan. Sama ada keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak, banyak bergantung kepada keupayaan guru menggunakan sumber dan maklumat yang ada sebagai asas membuat keputusan. Kajian dapat membantu guru dalam mengenalpasti keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang dibuat melalui keputusan yang dibuat berasaskan data. Oleh kerana sifat dan masalah pendidikan yang memerlukan tindakan yang pantas dan cepat dalam menyelesaikan masalah persekitaran, kaedah kajian tindakan adalah amat perlu dipraktikkan di sekolah dan dalam bidang pendidikan.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 4/ SIBU KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
muka surat 23
2,/SOALAN 4/ SIBU
Created at: Today, 20:18
Model kajian tindakan memudahkan guru sebagai penyelidik dengan cara menjalankan kajian mengikut tatacara yang betul. Model ini jugadijadikan sebagai satu bantuan dan panduan untuk guru dalam melaksanakan kajian tindakan. Sekiranya kajian tindakan yang dilaksanakan tidak berpandukan sesuatu model, maka ia tidak berfokus kepada masalah, tidak mempunyai langkahlangkah yang sistematik dan sukarnya mancapai matlamatnya. Misalnya model kitaran kajian tindakan Lewin(1946, in Cohen et.al 2000). Antara kitaran yang dipakaikan oleh Lewin ialah merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Sebelum menjalankan sesuatu kajian, isu utama yang menjadi fokus utama kajian perlu dikenal pasti supaya penambahbaikan ruang lingkup di mana mereka dapat memberi kesan perubahan dan mereka rasa bermotivasi untuk melakukan kajian. Seterusnya, jenis dan kaedah tindakan dipilih untuk melaksanakan kajian tindakan.Contoh-contoh model lain adalah seperti model kemmis dan Mc Taggard 1988, model Elliotts 1991, model Ebbutt 1985, model Mc Kernan 1996:29, model Someth(1989), model Stringer(2004) dan sebagainya. Sebagai kesimpulannya, setiap kajian yang dijalankan mesti ada langkah-langkah tertentu agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Langkah-langkah yang biasa untuk melaksanakan kajian tindakan ialah mengenalpasti isu dan masalah yang hendak dikaji, merancang tindakan, pelaksanaan langkah tindakan, meninjau dan mengumpul data kajian tindakan, menganalisis data dan merefleksi.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026/PTP 2/SOALAN 4/KIC SIBU KPD 3026/PTP 2/SOALAN 4/KIC SIBU
Created at: Today, 20:51
muka surat 24
Saya setuju dengan pandangan anda. Pengunaan model dalam kajian tindakan amat penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia bertujuan supaya model yang dipilih adalah bersesuaian dalam menyelesaikan dan memperbaiki masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibuat oleh para penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988) di mana ia mengandungi empat langkah seperti mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Sebagai guru, kita boleh menjalankan sesuatu kajian tindakan berpandukan model kajian tindakan kerana model dalam kajian tindakan mempunyai kebaikan sebagai satu rujukan dalam satu prosedur kerja yang terancang dan sistematik. Dengan berpandukan model kita juga dapat melakukan perubahan terhadap amalan kerja, memastikan kajian tindakan yang dilakukan mengikut langkah dan rancangan yang dibuat, meningkatkan kualiti kerja bagi mencapai hasil yang efektif dan meninjau sesuatu prosedur kerja dengan lebih terperinci dan dapat meningkatkan keberkesanan P&P. Sebagai kesimpulannya dengan berpandukan sesuatu model, guru dapat menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut proses dan prosedur yang lebih kemas dan hasil yang lebih berkesan. Dengan adanya kajian tindakan ini akan memudahkan guru untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sebagai seorang pendidik.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026/PTP 2/SOALAN 4/KIC SIBU KPD 3026/PTP 2/SOALAN 4/KIC SIBU
Created at: Today, 21:05
muka surat 25
Saya menyokong pendapat anda. Setiap sesuatu yang ingin dilakukan mesti mengikut panduan yang ditetapkan supaya ia tersusun dan mudah tercapai dengan apa yang diinginkan. Begitu juga dengan kajian tindakan perlu ada model untuk dijadikan panduan agar kajian yang dilaksanakan akan tercapai dan ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terdapat banyak model yang boleh digunakan oleh penyelidik. Model tersebut ialah Model Lewin (1946), Model Kemmis & McTaggart (1988),Medel McKernan (1991) dan banyak lagi. Penyelidik atau guru boleh memilih mana-mana model mengikut kesesuaian masalah yang hendak dikaji. Jelaslah disini bahawa model di dalam kajian tindakan amat penting untuk guru atau penyelidik dalam membuat rujukan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi di sekolah. Dengan adanya model-model yang dijadikan sebagai panduan dan rujukan, ini akan dapat membantu guru untuk memantapkan lagi tugas sebagai seorang pendidik.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026/PTP 2/SOALAN 4/KIC SIBU KPD 3026/PTP 2/SOALAN 4/KIC SIBU
Created at: Today, 21:20
muka surat 26
Saya setuju dengan pandangan anda. Sebagaimana yang kita ketahui, kajian tindakan merupakan proses mengumpul maklumat, membentuk pensampelan, menganalisis maklumat seterusnya menyediakan laporan kajian. Tanpa adanya model bagaimanakah proses-proses tersebut di atas akan dapat dilaksanakan. Sudah pasti kita mestilah menggunakan sesuatu model dalam membuat kajian tindakan agar kajian yang kita buat akan menjadi sesuatu yang terbaik seperti yang telah diperkatakan oleh rakan-rakan semua. Model dalam kajian tindakan adalah suatu panduan kepada guru untuk menjalankan sesuatu kajian. Model merupakan garis panduan kepada guru-guru dalam melaksanakan kajian tindakan dan membentuk budaya penyelidikan. Dengan berpandukan model penyelidik juga dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan serta dapat menambah kefahamaan baru seterusnya meningkatkan profesionalisme dalam profesion perguruan. Tanpa berpandukan dengan apa-apa model, maka agak sukar bagi penyelidik untuk membuat kajian.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2,/SOALAN 5/ SIBU KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
muka surat 27
2,/SOALAN 5/ SIBU
Created at: Today, 23:03
5. Mengapakah ramai guru tidak melibatkan diri dalam kajian tindakan? Bagaimana mengatasi masalah ini? Beri pandangan anda. Dari pemerhatian saya. memang benar ramai guru yang tidak melibatkan diri dengan kajian tindakan. Sebagaimana yang kita tahu bebanan tugas guru yang rencam menyebabkan guru tidak berkesempatan untuk tujuan itu. Di samping mengajar yang mana waktunya melebihi ratusan minit seminggu, kerja-kerja menanda buku-buku latihan untuk beberapa kelas dan beberapa puluh pelajar setiap kelas , buku-buku kerja dan tugas-tugas perkeranian sangat membelenggu waktu guru. Bertugas dari awal pagi hingga jam satu petang. Walaupun nampak tidak banyak kerja dan seperti boleh balik awal tapi sebenarnya tidak. Tugas sekolah sebenarnya dibawa balik ke rumah sehinggakan masa yang berharga untuk bersama keluarga sendiri terjejas. Contohnya dengan membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran untuk hari berikutnya dan penyediaaan alat bantu mengajar(ABM). Bebanan tugas yang banyak juga merupakan punca guru tidak dapat membuat kajian tindakan. Selain itu, ada juga di antara guru tidak mengendahkan langsung tentang masalah yang dihadapi oleh murid. Ada sebilangan guru hanya mementingkan prestasi sekolah dan markah murid tanpa memikirkan masalah yang dihadapi oleh murid. Murid yang lemah dan ketinggalan dalam pelajaran akan dibiarkan sahaja. Masalah yang ketiga ialah ada di antara guru hendak menghabiskan silibus dengan cepat tanpa menghiraukan penguasaan dan pemahaman murid dalam sesuatu topik. Masalah ini sering timbul kerana yang seperti ini hanya menjalankan tugas seperti melepaskan batuk di tangga. Pada pandangan saya, cara yang terbaik agar guru membuat kajian tindakan ialah guru besar haruslah sering membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Selain itu guru-guru di sekolah juga perlu bekerjasama dalam satu pasukan agar masalah murid dapat diatasi dengan cara yang betul.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 / PTP 2 / SOALAN 5 / KIC SIBU / SEM 2 KPD 3026 / PTP 2 / SOALAN 5 / KIC SIBU / SEM 2
Created at: Today, 23:23
muka surat 28
Assalammualikum dan salam 1 Malaysia. Saya setuju dengan pandangan anda. Pada masa kini, ramai guru yang tidak melibatkan diri dalam kajian tindakan bukan atas dasar tidak mahu tetapi lebih kepada tidak mampu untuk melaksanakannya walaupun sedar bahawa kajian tindakan merupakan satu prosedur yang baik untuk meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan. Ini berlaku kerana skop kerja guru sekarang bukan setakat mengajar sahaja bahkan meluas kepada aspek-aspek lain yang mencabar dan menuntut pengorbanan masa dan tenaga guru. Terlalu banyak kekangan yang dihadapi oleh setiap guru. Antara kekangan yang menyebabkan guru tidak dapat menjalankan kajian tindakan ialah menjalankan banyak aktiviti sekolah pada sebelah petang. Selain dari kelas tambahan dan mesyuarat yang mengambil masa yang berjam-jam guru juga terpaksa menyediakan kertas kerja untuk semua aktiviti dan program yang dijalankan contohnya seperti kerja-kerja on-line yang memakan masa kerana gangguan sistem dan sebagainya. Selain itu, ada di antara guru-guru yang aktif dengan kerja-kerja ko-kurikulum dan menyertai pelbagai aktiviti juga menghadapi masalah kekangan masa kerana ada kalanya mereka harus bertugas di luar sekolah untuk satu tempoh masa yang tertentu sama ada mengikuti kursus atau progam latihan khusus menyertai PSKPPS, melatih dan membawa murid-murid untuk menyertai pelbagai pertandingan, program dan sebagainya.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 / PTP 2 / SOALAN 5 / KIC SIBU / SEM 2 KPD 3026 / PTP 2 / SOALAN 5 / KIC SIBU / SEM 2
Created at: Yesterday, 23:23
muka surat 29
Assalammualikum dan salam 1 Malaysia. Saya setuju dengan pandangan anda. Pada masa kini, ramai guru yang tidak melibatkan diri dalam kajian tindakan bukan atas dasar tidak mahu tetapi lebih kepada tidak mampu untuk melaksanakannya walaupun sedar bahawa kajian tindakan merupakan satu prosedur yang baik untuk meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan. Ini berlaku kerana skop kerja guru sekarang bukan setakat mengajar sahaja bahkan meluas kepada aspek-aspek lain yang mencabar dan menuntut pengorbanan masa dan tenaga guru. Terlalu banyak kekangan yang dihadapi oleh setiap guru. Antara kekangan yang menyebabkan guru tidak dapat menjalankan kajian tindakan ialah menjalankan banyak aktiviti sekolah pada sebelah petang. Selain dari kelas tambahan dan mesyuarat yang mengambil masa yang berjam-jam guru juga terpaksa menyediakan kertas kerja untuk semua aktiviti dan program yang dijalankan contohnya seperti kerja-kerja on-line yang memakan masa kerana gangguan sistem dan sebagainya. Selain itu, ada di antara guru-guru yang aktif dengan kerja-kerja ko-kurikulum dan menyertai pelbagai aktiviti juga menghadapi masalah kekangan masa kerana ada kalanya mereka harus bertugas di luar sekolah untuk satu tempoh masa yang tertentu sama ada mengikuti kursus atau progam latihan khusus menyertai PSKPPS, melatih dan membawa murid-murid untuk menyertai pelbagai pertandingan, program dan sebagainya.
Author 750603135450
Topic: KPD 3026 / PTP 2 / SOALAN 5 / KIC SIBU / SEM 2 KPD 3026 / PTP 2 / SOALAN 5 / KIC SIBU / SEM 2
Created at: Yesterday, 23:23
muka surat 30
Assalammualikum dan salam 1 Malaysia. Saya setuju dengan pandangan anda. Pada masa kini, ramai guru yang tidak melibatkan diri dalam kajian tindakan bukan atas dasar tidak mahu tetapi lebih kepada tidak mampu untuk melaksanakannya walaupun sedar bahawa kajian tindakan merupakan satu prosedur yang baik untuk meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan. Ini berlaku kerana skop kerja guru sekarang bukan setakat mengajar sahaja bahkan meluas kepada aspek-aspek lain yang mencabar dan menuntut pengorbanan masa dan tenaga guru. Terlalu banyak kekangan yang dihadapi oleh setiap guru. Antara kekangan yang menyebabkan guru tidak dapat menjalankan kajian tindakan ialah menjalankan banyak aktiviti sekolah pada sebelah petang. Selain dari kelas tambahan dan mesyuarat yang mengambil masa yang berjam-jam guru juga terpaksa menyediakan kertas kerja untuk semua aktiviti dan program yang dijalankan contohnya seperti kerja-kerja on-line yang memakan masa kerana gangguan sistem dan sebagainya. Selain itu, ada di antara guru-guru yang aktif dengan kerja-kerja ko-kurikulum dan menyertai pelbagai aktiviti juga menghadapi masalah kekangan masa kerana ada kalanya mereka harus bertugas di luar sekolah untuk satu tempoh masa yang tertentu sama ada mengikuti kursus atau progam latihan khusus menyertai PSKPPS, melatih dan membawa murid-murid untuk menyertai pelbagai pertandingan, program dan sebagainya.
Rujukan
Othman Lebar et. al. (2011). Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2 KPD 3026: Penerbit UPSI
muka surat 31
David Lim Chong Lim et. al. (2010). HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan: Kuala Lumpur Chow Fook Meng et. al. (2012). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Snd. Bhd. Bahagian ini diolah dan dipetik daripada, http://www.cikgudahlia.com/2011/12/penyelidikan-kaedah-kualitatif.html Bahagian ini diolah dan dipetik daripada, http://g13-kajiantindakan.blogspot.com/2008/04/kajian-kualitatif-kuantitatif.html Bahagian ini diolah dan dipetik daripada, http://wannoorainiwmp51992.blogspot.com/
muka surat 32