Teori Pembelajaran Gagne (Kognitif)

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE (KOGNITIF) Teori Pembelajaran Gagne memperkenalkan 5 jenis atau peringkat pembelajaran.

Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan yang berlainan. Faktor luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat /jenis pembelajaran. Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi melengkapkan pembelajaran peringkat tersebut. Lima Peringkat Pembelajaran Gagne Maklumat lisan Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam pembelajaran. Kemahiran Intelek Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pemikiran. 3. Strategi Kognitif Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan masalah(menguasai prosesnya 4. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal eg: menulis ,berenang . 5. Sikap mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepada role model dan perbincangan yang berhemah dan menarik, Lapan Syarat Pembelajaran Gagne 1. Pembelajaran Isyarat berlaku secara semulajadi . Contoh : bunyi loceng menandakan murid rehat 2. Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu proses peneguhan. Contoh : Pujian diberikan bagi memotivasikan murid 3. Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa rangsangan. Contoh : permainan bola jaring 4. Pertalian Bahasa , iaitu gabungan lebih daripada satu rangsangan,murid dapat kaitkan yg dilihat dengan yang disebut (menulismenyebut) 5. Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang dapat membezakan pelbagai rangsangan walaupun kecil . Contoh : Bezakan haiwan,kenal ciri-ciri. 6. Pembelajaran Konsep Membina dan membentuk konsep melalui contoh yang jelas. Contoh : mengenal ciri-ciri haiwan mamalia 7. Pembelajaran hukum Gabungan dua atau lebih konsep untuk membentuk hukum . Melibatkan rumus,prinsip,teori dan generalisasi (Contoh: Matematik) 8. Pembelajaran penyelesaian masalah Melibatkan prinsip dan rumus untuk menyelesaikan masalah situasi baru. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P&P Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang

pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanakkanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanakkanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanakkanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah. Rumusan Teori Gagne Pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan

You might also like