Pembiakan Seks Dalam Tumbuhan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PEMBIAKAN SEKS DALAM TUMBUHAN ANGIOSPERMOFITA ( TUMBUHAN BERBUNGA ) 1.

Bunga adalah satu organ pembiakan aseksual ( menghasilkan spora ) dan pembiakan seks ( menghasilkan gamet ). 2. Bunga terdiri daripada empat bahagian iaitu sepal, petal, stamen dan pistil. 3. Stamen adalah organ jantan manakala pistil adalah organ betina. 4. Stamen terdiri daripada anter dan filamen. 5. Pistil terdiri daripada stigma, stil, dan ovari. 6. Bunga boleh mempunyai kedua-duanya ( biseks ) atau salah satunya ( uniseks ). STRUKTUR BUNGA

anter

stigma
filamen

stamen

stil pistil petal

ovari

ovul sepal

pedisel

reseptakel

Bahagian bunga Pedisel Reseptakel Sepal

Struktur dan fungsi Tangkai bunga yang menyokong bunga. Bahagian bengkak pedisel yang menyokong ovari. merupakan struktur hijau berbentuk daun yang merupakan linkaran terluar kuntum bunga. sepal-sepal ini membina kaliks. fungsinya adalah untuk melindungi semua bahagian bunga ketika bunga masih kudup.

Kaliks

adalah lingkaran terluar yang merangkumi sepal.

Korola

adalah lingkaran kedua yang terdiri daripada petal.

Petal

Merupakan bahagian yang berwarna cerah untuk menarik perhatian serangga dan burung bagi memastikan proses pendebungaan bunga berlaku.

melindungi stamen dan pistil pada peringkat awal perkembangannya. juga dikenali sebagai ranggi, dan beberapa petal bersama membina korola.

Andresium

merupakan lingkaran ketiga. terdiri daripada stamen, iaitu organ pembiakan jantan. merupakan organ pembiakan jantan bunga. terdiri daripada anter dan filamen. sekumpulan stamen membentuk androesium. Terdiri daripada pundi debunga. menghasilkan butir debunga yang haploid.

Stamen

Anter

Filamen

disokong oleh filamen. tangkai yang panjang dan lentur. menyokong anter. mempunyai tisu vaskular untuk membekalkan makanan kepada butir-butir debunga dalam anter.

Ginesium

lingkaran dalaman. juga dikenali sebagai pistil.

Pistil / Karpel

merupakan organ pembiakan betina bunga. terdiri daripada stigma, stil, ovari dan ovul. juga dikenali sebagai karpel. sekumpulan pistil membentuk ginesium. merupakan bahagian hujung pistil dan berbulu. mempunyai ciri melekit bagi memudahkan proses pendebungaan.

Stigma

Stil

tangkai yang berhujung dengan stigma. menyokong stigma supaya posisi stigma sesuai untuk menerima debunga.

Ovari Ovul

struktur yang melindungi ovul. mempunyai ovum. ovum merupakan gamet betina atau sel telur. tempat di mana perkembangan telur dan biji benih berlaku.

Funikel Nuselus

tangkai ovul. adalah tisu utama dalam ovul di mana salah satu tisu akan dipilih untuk perkembangan pundi embrio.

Integumen Mikropil

lapisan yang menutupi dan melindungi nuselus. Adalah satu liang yang terdapat pada hujung ovul bagi membenarkan kemasukan gamet jantan ke dalam pundi embrio.

Pundi embrio

bahagian tengah embrio yang mengandungi gamet betina.

PERKEMBANGAN DEBUNGA 1. Setiap anter mempunyai empat pundi debunga di mana setiap pundi mempunyai sel induk ( mikrospora ) diploid yang dikenali sebagai sel-sel induk debunga. 2. Setiap sel induk kemudiannya mengalami meiosis untuk membentuk satu tetrad yang terdiri daripada empat sel haploid. 3. Di dalam setiap debunga itu pula, nukleus haploidnya akan mengalami mitosis untuk membentuk dua nukleus haploid iaitu nukleus generatif / nukleus penjana dan nukleus tiub. 4. Nukleus tiub lebih besar daripada nukleus generatif. 5. Semasa percambahan debunga di atas sesuatu stigma, nukleus tiub ini mengambil kedudukan pada hujung tiub debunga yang sedang bertumbuh. 6. Nukleus generatif membahagi selanjutnya secara mitosis menjadi dua nukleus jantan. 7. Dua lapisan dinding terbentuk mengelilingi setiap debunga. 8. Dinding terluar, eksin adalah tebal dan terukir secara rumit. 9. Dinding dalamnya, intin adalah nipis dan licin.

PERKEMBANGAN OVUL 1. setiap ovul dihubungkan dengan tangkai yang pendek yang dikenali sebagai funikel. 2. nuselus merupakan tisu utama dalam ovul di mana ia disaluti dan dilindungi oleh dua lapisan integumen luar dan integumen dalam. 3. integumen tidak menyaluti keseluruhan nuselus tetapi meninggalkan satu liang kecil iaitu mikropil. 4. mikropil membenarkan kemasukan tiub debunga. 5. megaspora akan membahagi secara meiosis untuk menghasilkan empat sel haploid. 6. tiga daripada empat sel haploid ini akan merosot meninggalkan satu sel yang akan berkembang untuk membentuk pundi embrio. 7. nukeus pundi embrio membahagi secara mitosis sebanyak tiga kali berturut-turut untuk menghasilkan lapan anak nukleus haploid. 8. setiap hujung pundi mengandungi empat anak nukleus. 9. salah satu daripada setiap nukleus bergerak ke pusat pundi embrio. 10. kedua-dua nukleus ini dikenali sebagai nukleus kutub. 11. satu pundi yang matang akan mengandungi nukleus yang haploid iaitu tiga nukleus di setiap hujungnya dan dua nukleus di tengah. 12. salah satu daripada tiga nukleus di satu hujung akan menjadi sel telur dan nukleus lain akan merosot. 13. hanya sel telur dan nukleus kutub terlibat dalam perkembangan embrio manakala sel-sel lain tidak berfungsi dan akhirnya terurai.

nuselus integumen dinding ovari 3 sel merosot 4 sel haploid pundi embrio (n) 8 nukleus haploid 3 sel antipodal mitosis 3 kali 2 sel sinergid 2 nukleus kutub sel telur sel telur (n) meiosis mikropil sel induk pundi embrio ( 2n ).

nukleus kutub (n)

PENDEBUNGAAN 1. pendebungaan ialah proses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga. 2. pendebungaan sendiri adalah proses pemindahan debunga dari anter ke stigma pada bunga yang sama atau bunga yang berlainan bagi pokok yang sama dengan spesies yang sama. 3. pendebungaan kacukan adalah proses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga yang lain atau bunga dari pokok yang lain dengan spesies yang sama.

PENYESUAIAN BUNGA BAGI PENDEBUNGAAN KACUK 1. Secara amnya, tumbuhan-tumbuhan mempunyai ciri-ciri penyesuaian bagi pendebungaan kacukan. Ini merangkumi : i. Tumbuhan dioesious mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok-pokok yang berasingan seperti terdapat pada pokok betik.

keadaan ini boleh mengelakkan berlakunya pendebungaan sendiri.

ii.

Dikogami

anter dan stigma mencapai kematangan pada masa yang berlainan. protandri, adalah satu situasi di mana anter mencapai kematangan sebelum stigma. protogini, adalah satu situasi di mana stigma mencapai kematangan lebih awalnya.

iii.

Ketidak suburan / inkompatibiliti

dalam beberapa spesies, butir-butir debunga gagal untuk berkembang jika pendubungaan sendiri berlaku.

iv.

Posisi stigma dan anter dalam bunga yang didebungakan oleh serangga, stigmanya menempati satu kedudukan yang lebih tinggi daripada stamen. ini akan mengelakkan butir-butir debunga daripada terjatuh pada permukaan stigma. dalam bunga yang didebungakan oleh angin, stamennya bergantung ke arah bawah bagi menyenangkan angin untuk membawa butir-butir debunga.

2. Bunga yang didebungakan oleh angin mempunyai patal yang kecil yang tidak berwarna cerah. 3. kedua-dua stigma dan stamen tergantung ke arah luar bunga. 4. bunga sebegini akan menghasilkan butir-butir debunga yang kecil dan ringan dengan kuantiti yang banyak. 5. bunga yang didebungakan oleh serangga akan mempunyai petal yang besar, berwarna cerah dan berwangi. 6. kedua-dua stigma dan anter biasanya berada dalam linkaran bunga.

7. bunga sebegini akan menghasilkan butir-butir debunga yang besar dan berat dengan kuantiti yang kecil. 8. butir-butir debunga juga berduri dan melekit. 9. ini memudahkan butir-butir debunga untuk melampirkan dirinya dengan badan serangga.

PERSENYAWAAN 1. apabila sesuatu butir debunga jatuh ke atats permukaan stigma, ia akan dirangsangkan untuk mencambahkan dan satu tiub debunga bertumbuh melalui salah satu liang yang terdapat di dinding luar debunga. 2. Perkembangan tiub debunga digalakkan oleh : i. ii. iii. iv. larutan gula yang dirembeskan sel-sel stigma. auksin yang dihasilkan oleh karpel. enzim yang dihasilkan oleh butir-butir debunga yang mencernakan tisu stil. dengan ini tiub debunga boleh menembusi stil dan sampai ke mikropil.

3. semasa perkembangan, nukleus generatif yang mengekori nukleus tiub membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus. 4. nuklues ini adalah gamet jantan. 5. apabila tiub debunga sampai ke pundi embrio, nukleus tiub terurai dan hujung tiub akan pecah untuk membebaskan gamet jantan. 6. kedua-dua gamet jantan mempunyai fungsinya : i. ii. saru gamet akan bercantum dengan sel telur untuk membentuk zigot. satu lagi gamet akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk endosperma triploid. 7. gabungan nukleus ini dikenali sebagai persenyawaan ganda dua. 8. selepas persenyawaan ovari berkembang menjadi buah dan ovul berkembang menjadi biji benih.

You might also like