UNIT 27 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya BK
UNIT 27 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya BK
UNIT 27 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya BK
Pendidikan Moral
UNIT 27: KEISTIMEWAAN YANG
MENYERLAH
NILAI: MENGHORMATI HAK GOLONGAN
KURANG BERUPAYA
Kota Bharu , Khamis – Meskipun dilahirkan cacat anggota namun itu tidak menghalang
Amin Suhaimi untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baru
diumumkan.
Kejayaan yang diperolehnya itu, membolehkan dia berdiri sebaris dengan lima orang
pelajar lain yang juga memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang sama.
“Saya mahu berjaya seperti orang lain walaupun cacat. Rakan-rakan,guru dan keluarga
banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya,”katanya.
Bagi Amin, kejayaan yang diperoleh itu menjadi penyuntik semangat untuk terus
melanjutkan pelajaran demi mencapai cita-citanya menjadi jurutera.
Amin juga aktif berpersatuan. Dia menjadi Presiden Kelab Komputer dan AJK
PERSATUAN Sains dan Matematik.
1.Apakah keistimewaan yang ada pada Amin berbanding dengan rakan-
rakannya yang lain?
Amin mempunyai semangat yang kuat dan dia juga mempunyai sikap
yang tidak mudah putus asa untuk mencapai kejayaannya.
3. Andaikan anda pengetua sekolah Amin. Bagaimanakah
anda mengiktiraf kejayaan Amin?
2. Andaikan anda jiran Encik Ambak. Dia meminta nasihat daripada anda
tentang cara terbaik untuk membantu anaknya hidup berdikari. Berikan
nasihat anda.
Tidak ,hal ini kerana walaupun Encik Leong cacat penglihatan dia
juga boleh mendapatkan haknya untuk bekerja.
Saya akan mengambil Encik Leong bekerja. Hal ini kerana, Encik
Leong mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan cacat
penglihatan bukanlah alasan untuk menolak Encik Leong bekerja.
4. Mengapakah masih terdapat syarikat yang tidak mahu mengambil
golongan kurang upaya untuk bekerja?
Hal ini masih berlaku kerana, pengarah syarikat akan berfikir bahawa
golongan kurang upaya tidak mempunyai pengalaman bekerja oleh
kerana kecacatan yang dialami oleh mereka. Tambahan pula, syarikat
juga akan berfikir bahawa golongan kurang upaya tidak akan
mendatang sebarang keuntungan malah akan mendatangkan masalah
kepada syarikat.
i) Kemudahan tandas.
ii) Kemudahan meletak kereta.
iii) Pengubahsuaian pejabat untuk pekerja kurang upaya.
iv) Kemudahan pendidikan melalui sekolah khas.