Laporan Lawatan Penanda Aras Ke Bandung Indonesia 2013
Laporan Lawatan Penanda Aras Ke Bandung Indonesia 2013
Laporan Lawatan Penanda Aras Ke Bandung Indonesia 2013
PENGENALAN Usaha melonjakkan nama SMK Tebobon ke peringkat antarabangsa bukan hanya berfokus kepada bidang kebitaraan sahaja. Sesuai dengan misi sekolah iaitu menyediakan pendidikan holistik secara berterusan, pihak sekolah telah dan sedang berusaha giat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dalam pelbagai bidang akademik, ko-akademik dan kokurikulum yang melibatkan pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah ke peringkat antarabangsa, sesuai dengan visi sekolah sebagai peneraju keunggulan pendidikan berkualiti. Lawatan penanda aras yang telah diadakan pada 03 September 2013 hingga 07 September 2013 ini telah memberikan satu impak yang positif dalam mewujudkan hubungan kerjasama antara SMK Tebobon dengan dua buah sekolah menengah di Bandung iaitu SMAN 11 Bandung SMP 5 Bandung serta dengan sebuah institusi pengajian tinggi iaitu Universitas Pendidikan Indonesia Bandung. MISI Lawatan penanda aras ini diharapkan dapat menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua-dua sekolah dan institusi pengajian tinggi serta meningkatkan kualiti pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan pentadbiran melalui perkongsian idea dan pengalaman. OBJEKTIF i. ii. iii. iv. v. Menghasilkan satu penanda aras atau benchmark pentadbiran & pengurusan sekolah Mengeratkan hubungan silaturahim antara sekolah ini dengan sekolah dan IPT di Indonesia Mempelajari kemahiran pengurusan dan pentadbiran sekolah daripada sekolah di Indonesia Bertukar pandangan dan pendapat mengenai prestasi akademik dan pembangunan sahsiah pelajar Meninjau peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke IPT di Indonesia
KUMPULAN SASARAN Lawatan penanda aras ke Indonesia ini telah disertai oleh ahli-ahli School Planning Council yang terdiri dari Pengetua Sekolah, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum,
Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan Prauniversiti, Guru Kanan Vokasional & Teknik, Guru Kanan Sains Matematik dan Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling. JANGKAMASA Lawatan penanda aras ke Bandung ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 03 September 2013 hingga 07 September 2013. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Encik Loh Kok Cheang Tuan Pengetua Sekolah
Naib Pengerusi : Encik Harris Bin Suffian @ Bali Setiausaha Bendahari AJK Puan Oura Agang @ Azura Masleza Bt Abdullah Puan Khairun Nisaa Binti Hussin Encik Sudirman Bin Kananu Puan Raziah Binti Abdul Habi Puan Chin Lee Hah PERBELANJAAN
A : TAMBANG KAPAL TERBANG DAN HOTEL DI JAKARTA TARIKH PERKARA 20/5/2013 TAMBANG KAPAL TERBANG (5 ORANG) 21/5/2013 TAMBANG KAPALTERBANG (2 ORANG) 21/5/2013 TAMBANG KAPAL TERBANG (1 ORANG) 22/5/2013 TAMBANG KAPALTERBANG (1 ORANG) HOTEL TUNE (JAKARTA) JUMLAH B: PERBELANJAAN MAKAN DAN PENGANGKUTAN DI BANDUNG TARIKH PERKARA 03/09/2013 TAMBANG KERETAPI (9 ORANG)
KREDIT(RUPIAH) 810,000
MAKAN MALAM (NASI PADANG) AIR MINERAL (9 BOTOL) TAMBANG TEKSI (3 BUAH) MAKAN TENGAHARI (DALAM TRAIN) TAMBANG KERETA (COASTER) PENGINAPAN DI BANDUNG MAKAN MALAM (NASI PADANG) MAKAN MALAM (NASI AYAM PENYET) MAKAN MALAM (NASI AYAM PENYET) JUMLAH
400,000 16,500 90,000 259,000 3,000,000 4,500,000 676,000 217,000 289,000 10,257,500