Badan Berkanun - Peranan & Kepentingannya DLM Pentadbiran
Badan Berkanun - Peranan & Kepentingannya DLM Pentadbiran
Badan Berkanun - Peranan & Kepentingannya DLM Pentadbiran
1.0
PENGENALAN
Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia mempunyai tiga peringkat yang penting iaitu peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat daerah yang dinamakan sebagai kerajaan tempatan. Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara.
Secara amnya, sistem pemerintahan kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga kuasa utama yang penting iaitu kuasa eksekutif, kuasa perundangan dan kuasa kehakiman. Badan pemerintahan atau eksekutif mempunyai peranan yang penting dalam pentadbiran. Mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara 39), kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan kuasa ini boleh dijalankan oleh Baginda sendiri ataupun oleh Jemaah Menteri. Jemaah menteri akan diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu ahli Dewan Rakyat. Untuk menjalankan tugas-tugas pemerintahan negara, beberapa kementerian dan jabatan telah dibentuk oleh kerajaan. Kementerian dan jabatan atau badan-badan berkanun ini merupakan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab memainkan peranan penting ke arah kelicinan pentadbiran negara (INTAN, 1994).
Kewujudan badan berkanun adalah untuk memastikan sesuatu dasar dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Badan berkanun dapat berjalan dengan lebih cekap dan dinamik kerana keputusan dapat dibuat dengan lebih cepat. Selain itu, kewujudan badan berkanun juga adalah sebagai percubaan untuk mengatasi kelembapan birokrasi kerajaan. Dalam erti kata lain, badan berkanun membolehkan keputusan-keputusan dasar dapat dibuat dengan lebih cepat, lebih menyeluruh dan lebih cekap untuk kepentingan pencapaian matlamat.
2.0
Menurut Ahmad Atory Hussain (2001), perusahaan awam boleh ditakrifkan sebagai badan-badan kerajaan atau badan-badan berkanun yang terlibat dengan aktiviti ekonomi dan perniagaan termasuk juga syarikat-syarikat yang memegang amanah untuk Bumiputera mengikut Dasar Ekonomi Baru dalam negara ini. Di Malaysia, terdapat dua jenis perbadanan awam iaitu badanbadan berkanun dan badan-badan bukan berkanun.
Badan berkanun ialah agensi atau organisasi kerajaan yang ditubuhkan di bawah undangundang sama ada yang dibuat melalui Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri. Didapati badan-badan berkanun adalah lebih terikat kepada dasar-dasar kerajaan sebab semuanya adalah ditubuhkan di bawah undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Contoh badan-badan berkanun ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan lain-lain lagi.
Badan berkanun mempunyai badan Lembaga Pengarah yang terdiri daripada beberapa orang yang dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap badan tersebut. Badan berkanun juga terikat dengan dasar kerajaan. Secara tidak langsung, segala aktiviti ahli Lembaga Pengarah adalah sejajar dengan tindakan kerajaan (INTAN, 1991).
3.0
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah sebuah institusi kewangan yang terpenting di Malaysia. Ia ditubuhkan untuk menyediakan faedah kumpulan wang kepada
individu yang bekerja dalam sektor pekerjaan tertentu. Penggubalan polisi pada masa itu seharusnya dipuji kerana mempunyai wawasan untuk mewujudkan sebuah institusi seperti KWSP yang hanya merupakan badan berkanun yang ke-6 ditubuhkan oleh kerajaan pada masa tersebut. KWSP merupakan sebuah institusi kumpulan wang yang pertama ditubuhkan di rantau ini dan merupakan yang tertua di dunia serta sebagai sebuah institusi printis kumpulan wang ini di kalangan negara membangun. Pertumbuhan KWSP adalah begitu signifikan dan memberangsangkan serta ia menjadi begitu popular sebagai jaminan sosial dan juga penggerak kepada simpanan nasional (Ahmad Atory Hussain, 1998).
3.1
Di Awal Penubuhan
Di awal penubuhannya, operasi KWSP adalah mudah selaras dengan jumlah ahlinya yang kecil. Semasa KWSP mula beroperasi pada Julai 1952, bilangan anggotanya hanya 46 orang yang terdiri daripada pegawai buruh dan 20 orang kerani serta jurutaip. Peraturan KWSP diwartakan dan menggariskan prosedur untuk mendaftarkan majikan dan pekerja. Kadar caruman untuk kedua-dua pekerja dan majikan ditetapkan sebanyak 5% masing-masing daripada gaji bulanan pekerja.
Pada tahun 1952, apabila KWSP mula mendaftarkan pekerja sebagai ahli, jumlah keahlian ialah 518,948 yang mana kebanyakkannya terdiri daripada mereka yang bekerja di sektor pertanian, perlombongan dan perikanan. Keahliannya mula meningkat sedikit demi sedikit dan pada 1955, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan rang undang-undang yang membolehkan pertambahan 70,000 sehingga 100,000 pekerja sebagai ahli KWSP. Di awal penubuhannya, skim pengeluaran KWSP adalah terhad. Ahli dibenarkan mengeluarkan semua simpanan apabila ia mencapai umur 55 tahun, hilang upaya fizikal atau mental dan meninggalkan negara tanpa berniat untuk kembali semula. Manakala jika ahli meninggal dunia, semua simpanan akan dibayar kepada penama atau waris terdekatnya.
Pada tahun 60-an, liputan skim KWSP diperluaskan ke pelbagai sektor. Tahun 1968 adalah tahun yang begitu bermakna kepada KWSP, apabila KWSP membenarkan ahlinya mengeluarkan satu pertiga daripada simpanan mereka apabila mencapai umur 50 tahun bagi membolehkan mereka membeli rumah. Skim pengeluaran ini terus diadakan sehingga ke hari ini. Pada tahun 70-an liputan skim semakin meluas. Semua pekerja layak untuk mencarum pada than 1970 manakala pekerja warganegara asing dan pembantu rumah pula boleh mencarum jika mereka ingin berbuat demikian. Di samping itu, satu lagi ciri perkembangan KWSP iaitu peningkatan kadar caruman pada tahun 1975. Kadar caruman telah dinaikkan kepada 6% bagi pekerja dan 7% bagi majikan daripada 5% masing-masing sebelum ini (Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman, 2005).
Ahli KWSP menerima banyak manfaat pada tahun 80-an. Kadar caruman telah dinaikkan kepada 9% bagi pekerja dan 11% bagi majikan pada thun 1981. KWSP terus berkembang pesat dengan peningkatan keahlian dan juga caruman. Pada tahun 90-an pula, manfaat kepada ahli terus ditingkatkan, pentadbiran KWSP diperkemaskan termasuk mengagihkan proses membuat keputusan operasi ke peringkat negeri dan pengkomputeran yang meyeluruh, menambah bilangan anggota dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada ahli.
3.2
(Sumber : www.kwsp.gov.my)
3.3
Walaupun kedudukan KWSP sebagai skim persaraan, begitu kukuh berbanding kumpulan wang lain di dunia, tetapi perdebatan global mengenai keselamatan sosial mengiktiraf bahawa masalah penuaan semakin meningkat dan bakal meninbulkan krisis kepada kebanyakan negara.
Laporan Penyelidikan Dasar Bank Dunia pada tahun 1994, menunjukkan bahawa sistem yang menyediakan jaminan kewangan untuk warga tua di seluruh dunia semakin mengalami tekanan. Dengan jangka hayat bertambah panjang dan tahap kesuburan menurun menyebabkan sebahagian besar penduduk terdiri daripada warga tua. Kajian tersebut mendapati kebanyakan sistem yang sedia ada gagal memberikan perlindungan yang mencukupi kepada warga tua. Laporan ini mencadangkan jaminan kewangan kepada warga tua akan lebih berkesan jika kerajaan dengan penyertaan wajib, sistem tabungan wajib yang diuruskan oleh pihak swasta dan sistem tabungan sukarela. Sistem penyediaan jaminan hari tua sedang dikaji semula di seluruh dunia. Jaminan hari tua sememangnya memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi, pekerjaan, inflasi dan kemiskinan. Masyarakat di mana-mana sahaja akan menghadapi masalah penjagaan penduduk yang menua yang semakin rumit (Ramanathan, K, 2002).
Malaysia juga tidak terkecuali daripada masalah ini. KWSP adalah skim yang telah berjaya menempuh pelbagai cabaran selama ini. Ia melambangkan harapan sumber kewangan untuk persaraan. Bagaimanapun, dengan usia pesara yang lebih panjang dan sistem keluarga luas serta sistem penjagaan tidak formal yang semakin runtuh, tabung persaraan tidak lagi dapat menyediakan jaminan jangka panjang yang diharapkan oleh masyarakat. Jelasnya berdasarkan arah aliran yang berubah ini, KWSP seperti organisasi lain yang serupa di seluruh dunia perlu mengkaji semula objektifnya dan membentuk polisi baru berlatarbelakangkan tren yang berubah ini bagi menghadapinya. Ini mungkin melibatkan pengenalan produk baru seperti penjagaan kesihatan, skim insuran, anuiti dan pencen.
Cabaran yang relevan di masa hadapan juga bermakna KWSP mesti mengkaji peranannya berbanding dengan mekanisme keselamatan sosial yang lain di Malaysia atau di negara-negara lain, secara berterusan. Institusi sosial dan kesatuan sekerja utama serta agensi lain seharusnya membantu KWSP dengan memberikan idea dan cadangan yang strategik untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Kerjaan pula perlu mengkaji keperluan dan isu-isu sosial masyarakat serta mencari jalan untuk menanganinya. Mekanisme alternatif dan baru perlu dirangka untuk menyediakan jaminan pendapatan kepada warga tua sebagai sebahagian daripada jaringan keselamatan sosial bagi membasmi kemiskinan. Di masa yang sama, rakyat perlu digalakkan untuk memikirkan dan merancang persaraan dan hari tua mereka.
4.0
KWSP ialah sebuah organisasi keselamatan sosial yang memberikan manfaat persaraan, sebagai matlamat utamanya untuk warganegara Malaysia yang bekerja. Ia merupakan satu skim simpanan wajib yang mewajibkan majikan dan pekerjanya mencarum setiap bulan pada kadar yang berasaskan peratusan gaji pekerja. Caruman ini dipotong daripada gaji setiap pekerja oleh majikan dan disumbangkan bersama-sama dengan caruman majikan kepada KWSP. Caruman ini dilaburkan dan berserta dengan pendapatan daripada pelaburan menjadi sumber utama dana KWSP (INTAN, 1994). Simpanan ini disimpan di KWSP dan akan menerima dividen tahunan hingga ia dikeluarkan oleh ahli apabila syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan dipenuhi.
Menurut Ahmad Sarji Abdul Hamid (1994), sepanjang penubuhannya, KWSP telah membuktikan yang ia adalah pemegang amanah simpanan pekerja yang merupakan pelanggan utamanya. Ia juga bertanggungjawab menyenggara akaun ahli dengan betul dan cekap serta mengemaskinikannya setiap masa. Penyata tahunan dihantar kepada ahlinya yang semakin bertambah. KWSP juga memastikan semua pekerja yang wajib mencarum diliputi di bawah skim ini dengan menentukan majikan mematuhi Akta KWSP. Memastikan caruman dibayar setiap
bulan adalah satu daripada kativiti operasinya dan melaburkan caruman tersebut bagi memperolehi dividen yang berpatutan adalah satu lagi tugasnya. KWSP mempunyai strategi pelaburan yang menjadi panduan portfolio pelaburannya selain mematuhi peruntukan undangundang yang menentukan bidang pelaburan yang boleh diceburinya. Sejak penubuhannya, setiap tahun KWSP membayar dividen melebihi kadar berkanun 2.5% dan dividen ini dikreditkan terus ke dalam akaun ahli.
Ahli menikmati beberapa insentif cukai ke atas simpanan KWSP mereka. Pendapatan pelaburan KWSP, simpanan yang dikeluarkan oleh ahli sama ada sebelum atau selepas umur 55 tahun, tidak dikenakan cukai. Caruman pekerja bersama premium insurans hayat hingga RM5,000.00 dikecualikan daripada cukai, begitu juga caruman majikan hingga 19%.
Satu lagi tanggungjawab atau peranan KWSP ialah melunaskan bayaran semua pengeluaran simpanan ahli yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Selain daripada bayaran pengeluaran sekaligus atas sebab kematian, persaraan, hilang keupayaan dan meninggalkan negara, KWSP juga membayar bantuan tambahan bagi pengeluaran kematian dan hilang keupayaan. Bagi membantu ahli memiliki rumah, KWSP membenarkan ahli untuk mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk tujuan ini. Kebelakangan ini, KWSP juga menambah manfaat untuk ahli dan melonggarkan syarat pengeluaran. Kini, ahli boleh mengeluarkan simpanan, selain untuk perumahan apabila mencapai umur 50 tahun, untuk membeli komputer, membiayai kos rawatan kesihatan ahli dan keluarga serta untuk pendidikan mereka dan anak mereka (INTAN, 1994).
KWSP bukan sahaja merupakan skim simpanan wajib untuk membolehkan pekerja merasa terjamin dan tidak bergantung dari segi kewangan kepada orang lain, tetapi juga merupakan mekanisme bagi rakyat Malaysia menabung secara sukarela. KWSP juga menggalakkan mereka yang layak mencarum melebihi kadar berkanun yang ditetapkan untuk menambah simpanan bagi tujuan persaraan. Tidak dapat dinafikan KWSP memainkan peranan
penting dalam peruntukan keselamatan sosial kepada sebilangan besar rakyat Malaysia atau waris mereka menerusi perlindungan kewangan untuk persaraan, kematian dan hilang upaya, menggalakkan pemilikan rumah dan menggerakkan simpanan jangka panjang untuk pembangunan ekonomi negara.
Sebagai penggerak simpanan terbesar di negara ini, KWSP merupakan sumber kewangan tanpa inflasi penting untuk sektor awam. KWSP merupakan sumber pembiayaan tunggal utama bagi program pembangunan negara, di tahun-tahun awal perancangan ekonomi negara. Sebagai contoh, di bawah Rancangan Malaysia Kedua dan Ketiga, KWSP bertanggungjawab membiayai sebanyak 43% dan 49.8% keperluan pinjaman bersih dalam negeri. Rancangan pembangunan negara ini, memerlukan transformasi ekonomi Malaysia daripada pertanian dan perlombongan kepada ekonomi moden yang berasaskan perkembangan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang dinamik. Perubahan ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sebuah skim tabungan nasional yang kukuh (Ahmad Atory Hussain, 2001).
Berikutan pindaan Akta KWSP 1991, KWSP telah memperluaskan peranannya sebagai pelabur institusi, pembiaya industri, penggalak pemilikan rumah, penyedia insuran sosial yang terhad dan penggalak penjimatan.
5.0
KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN BADAN BERKANUN (KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA KWSP)
Menurut Nurul Hasanah Mohamed Wazir (2013), KWSP perlu melaburkan dananya untuk memperolehi pendapatan bagi faedah ahlinya. Sebagai pemegang amanah kepada simpanan ahli, KWSP dikehendaki melaburkan simpanan ini berdasarkan peruntukan Akta KWSP 1991. Akta KWSP mengkehendaki KWSP melabur sekurang-kurangnya 70% pelaburannya dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia. Lebihan fiskal yang terdapat di tahun-tahun kebelakangan ini bermakna
kerajaan kurang menerbitkan sekuriti kerajaan. Ini telah memaksa KWSP mempelbagaikan portfolio pelaburannya dan mengambil tindakan yang agak agresif untuk melabur dalam instrumen lain yang memberi pulangan yang lebih tinggi tetapi selamat.
5.1
Selain daripada tanggungjawab hariannya, KWSP telah memainkan peranan yang lebih besar sebagai penggerak tabungan negara dan pembiaya pembangunan negara. Ahmad Sarji Abdul Hamid (1994) menyatakan beberapa sumbangan sosio-ekonomi KWSP boleh digambarkan seperti berikut :-
5.1.1
Sebagai Penyedia Manfaat Persaraan Di bawah skim ini, ahli KWSP menerima manfaat persaraan. Ini merupakan peranan utama KWSP untuk menyediakan jaminan kewangan asas kepada ahli semasa persaraan mereka. Pencarum boleh mengeluarkan kesemua simpanan mereka apabila mencapai umur 55 tahun bagi menikmati hidup yang selesa tanpa perlu risau kerana telah berhenti menerima pendapatan tetap. Sebagai manfaat sebelum bersara, ahli juga dibenarkan mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka untuk tujuan perumahan, pendidikan dan kesihatan. Secara tidak langsung, pengeluaran ini juga menyumbang kepada jaminan persaraan. Hari ini, KWSP telah melindungi semua tenaga kerja di sektor swasta dan pekerja tidak berpencen di sektor awam.
1 0
5.1.2
Sebagai Sumber Pinjaman Dalam Negeri dan Pembiaya Projek Pembangunan dan Prasarana Pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah berpandukan rancangan pembangunan lima tahun. Dari Rancangan Malaysia Pertama hingga Kelima (1966 1990), KWSP telah menyediakan purata 50% daripada pembiayaan dalam negara Kerajaan Persekutuan. Semua rancangan ini mengkhususkan peranan kerajaan sebagai peneraju projek pembangunan dan prasarana seperti pelabuhan, lapangan terbang, lebuhraya, rangkaian jalan keretapi, telekomunikasi, stesen janakuasa dan pembangunan luar bandar. Pembiayaan kebanyakan projek besar ini datangnya daripada KWSP secara langsung atau tidak langsung menerusi pelaburan dalam SKM. Hari ini, KWSP boleh dipuji kerana sumbangannya mengubah ekonomi Malaysia dan lanskapnya sejak zaman sebelum Merdeka.
5.1.3
Sebagai Pelabur Institusi Di bawah Akta KWSP 1991, KWSP dibenarkan berperanan sebagai pelabur institusi yang aktif melabur dalam pasaran modal dan sekunder, serta sektor perbankan dan kewangan melalui pelaburannya dalam instrumen pasaran wang, ekuiti dan memberikan pinjaman kepada syarikat yang diluluskan.
5.1.4
Sebagai Pembiaya Industri KWSP dibenarkan melabur dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri di mana kerajaan mempunyai kepentingan. Secara tidak langsung, KWSP adalah pembiaya kepada industri terpilih yang penting.
1 1
5.1.5
Sebagai Penggalak Pemilikan Rumah KWSP memainkan peranan sebagai penggalak pemilikan rumah dalam pelbagai cara. Ia memberikan pinjaman kepada syarikat yang diluluskan yang matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan pemilikan rumah. Sehubungan dengan ini, ia pemegang saham terbesar dalam Malaysian Building Society Berhad (MBSB). KWSP juga memperkenalkan Skim Pengeluaran Perumahan yang memberikan pilihan kepada ahli sama ada mengeluarkan simpanan untuk membina rumah, menyelesaikan atau mengurangkan pinjaman perumahan dan membeli rumah kedua. Peranan KWSP dalam pemilikan rumah adalah selaras dengan matlamatnya untuk menyediakan jaminan selepas bersara. Skim Pengeluaran Perumahan ini bertujuan untuk menyediakan ahli tempat berlindung semasa dan sebelum persaraan.
5.1.6
Sebagai Penyedia Insurans Sosial Terhad Bantuan hilang upaya dan kematian yang dibayar daripada pendapatan KWSP kepada ahli yang hilang upaya atau kepada waris ahli yang meninggal dunia adalah serupa dengan faedah insurans sosial yang berasaskan prinsip perkongsian risiko dan pembiayaan luar jangka.
5.1.7
Sebagai Penggalak Tabungan Caruman kepada KWSP adalah wajib bagi semua pekerja dan majikan mereka pada kadar yang telah ditetapkan berdasarkan gaji pekerja. Jika tidak diwajibkan, besar kemungkinan pekerja yang berpendapatan rendah tidak dapat menyimpan bagi menghadapi keadaan luar jangka, apatah lagi untuk hari tua. Dengan memperkenalkan skim menabung semasa ahli masih menerima pendapatan, KWSP menggalakkan sifat menabung dan berjimat cermat di kalangan rakyat. Semua pekerja, sama ada mereka mempunyai kemampuan untuk menabung untuk masa hadapan atau tidak, akan diberi jaminan sosial melalui skim KWSP.
1 2
6.0
KESIMPULAN
Dalam sistem pentadbiran negara Malaysia, agensi-agensi kerajaan sama ada di peringkat kementerian, jabatan dan badan berkanun memainkan peranan yang amat penting ke arah pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Agensi-agensi ini merupakan nadi penggerak sistem pentadbiran kerajaan yang membantunya dalam penggubalan dasar, penguatkuasaan undangundang kerajaan dan lain aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan negara.
Tidak dinafikan bahawa KWSP telah dan akan terus memainkan peranan penting sebagai penggerak utama dalam bidang keselamatan sosial dan penjana pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun setiap agensi kerajaan mempunyai objektif korporat yang tersendiri, secara keseluruhannya agensi-agensi kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab serta aktivitiaktiviti yang sejajar dengan kehendak dan matlamat negara. Sikap kerjasama di antara pelbagai agensi kerajaan amatlah mustahak bagi memantapkan pentadbiran dan perkhidmatan kepada masyarakat.
1 3
7.0
RUJUKAN
Ahmad Atory Hussain. (1998). Reformasi Pentadbiran Di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Atory Hussain. (2001). Pengantar Pentadbiran Awam : Paradigma Baru. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1994). Wawasan Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Malaysia. (1994). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Nurul Hasanah Mohamed Wazir. (2013). Menjayakan Visi Institusi Dalam Kerajaan: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Selangor: Pustaka Aspirasi Cemerlang.
Ramanathan, K. (2002). Konsep Asas Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
1 4
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
1 5