Kopi TENOM PDF

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

Siri Pengetahuan Am

KOPI
Pemangkin Pembangunan Ekonomi Daerah Tenom
ditulis oleh : Zuraidah Ahmad rekabentuk : Gregory Chai Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka fotografi oleh : Mohd. Nasrie Tapisil

Siri Pengetahuan Am

PENDAHULUAN
Penyediaan Buku Kecil ini adalah wadah bagi memaparkan usaha kerajaan untuk memperkasakan sektor pertanian dan sekaligus memajukan sektor pembuatan di daerah Tenom, yang sinonim dengan penanaman dan perusahaan Kopi Tenom. Ini selaras dengan hasrat Ketua Menteri Sabah yang terkandung dalam Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah. Kopi atau nama saintifiknya Coffea sp dari famili Rubiaceae ini terdiri daripada tiga spesis utama. Bagaimanapun, kopi yang ditanam di daerah Tenom adalah spesis Coffea Canephora atau Kopi Robusta. Ia telah menjadi trade mark kepada daerah Tenom, sebuah daerah yang terpencil di Bahagian Pedalaman Atas di Negeri Sabah. Buku ini mengandungi proses-proses penanaman kopi yang diharap dapat menarik minat khususnya golongan muda untuk menceburi industri kopi. Malah, kerajaan melalui Jabatan Pertanian Negeri Sabah kini sedang giat memainkan peranannya untuk menggalakkan penanaman kopi. Pengusaha industri ataupun kilang kopi turut memainkan peranan penting dalam memastikan daerah Tenom mendapat manfaat daripada produk tempatan yang berpotensi besar ini. Kupasan utama dalam buku ini ialah aktiviti penanaman kopi di daerah Tenom di samping melihat bagaimana daerah Tenom memperolehi limpahan ekonomi iaitu pembangunan dan kemajuan hasil daripada industri kopi. Persoalan pokok yang cuba dijawab ialah sejauh mana kopi menjadi pemangkin ekonomi bagi jangka panjang atau sekadar sebagai trade mark sahaja.

PROFIL DAERAH TENOM


Daerah Tenom mencakupi keluasan kira-kira 2,238 km atau 932 batu persegi. Ia terletak di dalam Kawasan Parlimen P.181 Tenom dan ia terbahagi kepada dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N.31 Melalap dan N.32 Kemabong. Menurut Banci Penduduk pada tahun 2004, jumlah penduduk daerah Tenom adalah seramai 51,000 orang dengan purata pertumbuhan sebanyak 6% setahun. Daerah Tenom terletak di bawah dua pentadbiran iaitu pentadbiran Pejabat Daerah Tenom dan juga Pejabat Daerah Kecil Kemabong. Ia juga bersempadanan dengan daerah Sipitang, Keningau, Nabawan dan Kalimantan, Indonesia. Menurut fakta sejarah, daerah Tenom telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1990-an. Pegawai Daerah yang pertama bernama M.C.M. Weedon. Pembukaan daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate. Pada mulanya nama daerah Tenom adalah Port Brich, iaitu sempena nama Gabenor E.W. Brich (1901-1904) yang pernah bertugas di sini. Namun begitu, penduduk Daerah Tenom tidak menggemari nama tersebut dan kemudiannya menamakan daerah ini sebagai 'tanam' kerana kesuburan tanahnya untuk sebarang tanaman. Nama daerah ini dikukuhkan lagi dengan kemunculan Pahlawan Murut di Rundum, di Selatan Daerah Kecil Kemabong yang bernama 'Antanom' atau 'Ontoros' pada tahun 1915. Nama 'tenom' kekal hingga ke hari ini.

PROSES PENANAMAN KOPI


DESKRIPSI BOTANI Nama saintifik bagi kopi ialah Coffea sp berasal dari famili Rubiaceae. Terdapat tiga jenis kopi yang ditanam secara meluas iaitu Coffea Arabica (kopi Arabica), Coffea Canephora (kopi Robusta) dan Coffea Liberica (kopi Liberica). Kopi dipercayai berasal dari kawasan tropika di Benua Afrika. Kopi jenis Arabica pertama kali dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779, kemudian kopi jenis Liberica pada tahun 1875 dan kopi Robusta pada tahun 1900. Menurut Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tenom, Cik Irene Gosibin, kopi yang ditanam di daerah Tenom adalah dari spesis Robusta . Berdasarkan kepada statistik tahun 2004, keluasan tanah yang diusahakan dengan tanaman komersil ini adalah seluas 1,060 hektar. S u m b e r d a r i l a m a n we b , www.agrolink.moa.my menyebut, Cik Irene Gosibin, kopi Robusta adalah variasi utama Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tenom yang ditanam di Sabah. Walau bagaimanapun, di beberapa tempat di bahagian Pantai timur seperti di Tawau ditanami dengan kopi Liberica. Berikut merupakan ciri-ciri ketiga-tiga jenis kopi secara ringkas: i) KOPI ROBUSTA Kopi Robusta tumbuh menegak dengan pokok berbentuk payung dan dahan yang panjang, melentur ke bawah hingga mencecah tanah. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Daun Robusta berukuran 15-30 cm x 5-15 cm dan permukaan kelihatan berkedut atau beralur-alur. Ia berwarna 3

hijau cerah. Buah kopi Robusta tidak mudah gugur malahan bertukar menjadi hitam apabila terlalu masak. ii) KOPI ARABICA Kopi Arabica tumbuh dengan cepat dan menegak, paling kecil di antara ketiga-tiga jenis kopi. Dahan berbentuk separa tegak pada mulanya dan kemudian melentur ke bawah. Ia hanya boleh mencapai ketinggian 5-6 meter. Daun Arabica berukuran 10-15 cm x 16 cm dan mempunyai tepi daun yang kadangkala berombak. Ia berwarna hijau tua. Buah kopi Arabica yang masak akan mudah gugur jika lewat dipetik. iii) KOPI LEBERICA Kopi Liberica juga tumbuh menegak dan adalah yang terbesar di antara ketiga-tiga jenis kopi dan juga mempunyai pokok yang agak keras. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Daun Liberica berukuran 15-30 cm x 5-15 cm dan lebih tebal dari Robusta. Permukaan daun kelihatan bergelembung oleh sebab terdapat rongga-rongga kecil di bahagian bawah daun. Ia berwarna hijau tua. AMALAN KULTURA Keperluan Agroklimatik bagi kopi adalah keadaan tanah yang bersaliran baik, tanah 'loam' dengan kandungan bahan organik yang tinggi. Kandungan pH adalah 5.0-7.8. Kecerunan tanah yang diperlukan hendaklah tidak melebihi 180. Altitud penanaman berbeza-beza mengikut variasi. Altitud bagi Robusta ialah di bawah 1000 meter dari paras laut. Hujan bagi tanaman kopi jenis ini ialah 2000 mm, taburan hujan yang sekata serta mempunyai jangkamasa kering yang ketara selama 1-2 bulan, adalah diperlukan untuk pembungaan. Robusta memerlukan suhu yang agak panas iaitu antara 27 hingga 33 darjah Celsius. Bagi tanaman di bawah seliaan Jabatan Pertanian Daerah Tenom, pihaknya akan membekalkan biji benih yang bermutu tinggi dari Stesen Penyelidikan Pertanian di Lagut Seberang, Tenom. Biji benih akan mulai bercambah dalam masa tiga hingga lapan minggu dan sedia untuk 4

(atas) Ladang Kopi mini yang terletak di belakang bangunan kilang Syarikat Fatt Choi Sdn. Bhd. (kanan)Tapak semaian Kopi Robusta di Stesen Penyelidikan Pertanian, Lagud Seberang, Tenom.

(atas) Proses mengeringkan buah kopi. (kanan bawah) Pokok Kopi mengeluarkan bunga dan berbau harum (kiri bawah) Mesin ini boleh menghasilkan 50 paket kopi dalam seminit.

dipindah ke polibeg bersaiz 15 cm x 22 cm. Pada awal pertumbuhan anak benih ini, ia memerlukan tanaman pelindung. Gliricidia sp disyorkan sebagai pokok pelindung. Ia ditanam dengan jarak 6.10 meter x 6.10 meter. Anak benih sedia ditanam selepas berumur enam bulan. Jarak tanamannya biasanya 10 x 10 kaki. Semasa penanaman, tanah dicampur dengan 100gm baja CIRP (Christuras Island Rock Phosphate) bagi menggalakkan pengakaran. Setelah itu, baja NPK Yellow yang merupakan baja sebatian digunakan untuk menggalakkan pengakaran dan kesuburan anak pokok. Pemangkasan kopi adalah sangat penting untuk melatih pertumbuhan kepada ketinggian yang diingini. Selain itu, merumput diperlukan untuk menjaga kesuburan tanaman dengan menggunakan racun rumpai. Sementara itu, merumpai keliling pokok juga perlu dilakukan terutama pada pokok yang masih muda manakala rejuvenasi ialah pemotongan pokok yang sudah tidak produktif. Ini menggalakkan sulur baru tumbuh dan membesar. Jangkamasa rejuvenasi yang disyorkan adalah selepas lima hingga enam tahun pengeluaran hasil. Lazimnya, pokok muda memerlukan lebih nitrogen dan fosforus untuk perkembangan akar dan pertumbuhan vegetatif seperti baja NPK Blue. Pada peringkat pertumbuhan vegetatif setiap hektar memerlukan 8 - 20 kg baja N, P205 dan K20. Manakala, pokok matang memerlukan 100-150 kg sehektar baja N, P205 dan K20. Pembajaan disyorkan dibuat sebanyak empat bulan sekali.

PEMPROSESAN KOPI
Menurut Cik Irene, hasil pertama tanaman kopi boleh dituai dalam masa tiga tahun. Kebiasaannya, buah kopi yang telah dituai sebaik-baiknya diproses secepat mungkin pada hari yang sama supaya kualiti tidak terjejas. Terdapat dua cara pengeringan kopi iaitu cara kering (Non wash) dan cara basah (Wash). Cara basah dilakukan dengan merendamkan semalaman buah yang telah dituai dan memisahkan biji dari kulit sebelum dijemur. Cara kering dilakukan dengan menjemur buah yang telah dituai sehingga kering kemudian kulit dipisahkan dari biji. Pemprosesan kopi biasanya akan melalui beberapa peringkat. Bagi Syarikat Fatt Choi Sdn Bhd, kilangnya memproses kopi menerusi enam peringkat bagi memastikan kualiti berada di tahap yang tinggi di samping menitik beratkan aspek kebersihan di premisnya. Peringkat yang pertama ialah proses pengeringan. Bagi syarikat yang telah beroperasi selama lebih 18 tahun ini, kilangnya menggunakan teknik pengeringan semi-wash dan dijemur di bawah cahaya matahari dalam tray yang direka khas bagi tujuan pengudaraan dan mencegah biji kopi daripada berkulat. Biji kopi ini diratakan dalam tray dengan permukaan yang nipis. Peringkat kedua ialah pemilihan buah kopi yang terbaik sahaja dengan menggunakan saringan. Ini kerana lazimnya, terdapat sisa kotoran seperti pasir, tali dan batu kecil. Kemudian, buah kopi yang kurang masak dan diserang serangga atau penyakit dan sebagainya akan diasingkan. Buah kopi terpilih akan diklasifikasikan mengikut gred tertentu. Peringkat ketiga iaitu proses menggoreng kopi. Syarikat ini menjalankan operasi menggoreng pada jam 3.00 pagi bagi mengelak tiupan angin pada siang hari. Kemudian, pada jam 10.00 pagi, kawasan ini akan dibersihkan setiap hari. Dalam Bilik Menggoreng (Roasting Room), terdapat beberapa peralatan dengan fungsi khas masing-masing. Antaranya, peralatan untuk menggoreng kopi O, dan mesin khas memproses kopi perisa Capuccino dan Expresso yang beroperasi secara automatik.

Peringkat mengisar biji kopi berlangsung dalam Bilik Kisar (Grinding Room) yang juga menempatkan beberapa perkakasan dan mesin pengisar automatik. Kopi yang telah digoreng akan dihancurkan dalam mesin pengisar dan kemudiannya dijadikan serbuk dalam mesin yang lain. Bagi kopi O, ia dihancurkan dalam satu mesin sahaja, sama ada kasar ataupun halus. Setelah dikisar, serbuk berkenaan akan diuji kualitinya dalam Bilik Kawalan Kualiti (Quality Control Room). Peringkat ini melibatkan beberapa orang yang pakar dalam menentukan rasa dan kadar kepekatan kopi mengikut standard atau piawaian yang ditetapkan oleh syarikat. Bagi Syarikat Fatt Choi Sdn Bhd, identiti produknya adalah tahap kepekatan yang agak tinggi berbanding produk keluaran para pesaingnya. Peringkat terakhir ialah pembungkusan dalam Bilik Pembungkusan (Automatic Packing Room). Mesin pembungkusan ini boleh menghasilkan 50 paket dalam satu minit, sama ada produk tersebut menggunakan gula, krimer ataupun uncang. Bagimanapun, ia masih memerlukan pengawasan dan pengendalian oleh tenaga pekerja. Sehingga hari ini, kilang Kopi Fatt Choi ini membuka peluang pekerjaan kepada 40 orang penduduk di daerah Tenom. Kilang yang mengusahakan produk tempatan sejak 1986 ini, kini muncul dalam pelbagai produk seperti 3 in 1 Coffee Mixture Bags dan 3 in 1 Instant Coffee Mix yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Februari 1999. Antara produk popular keluarannya ialah Borneo Black Coffee yang digunakan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di Golden Lounge. Mempelbagaikan flavour atau perisa serta sentiasa mengikuti perkembangan kopi di Asia Tenggara, merupakan strategi paling bijak. Contohnya, Iced Mocha, Expresso, Iced Coffee Float, Iced Blended Cuppuccino, Cappuccino dan Mocha. Oleh yang demikian, tidak hairan lah produk keluarannya digunakan di beberapa buah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. 9

Walau bagaimanapun, permasalahan yang timbul bagi pengusaha kilang adalah bekalan buah kopi di kalangan para pekebun kecil yang agak terhad. Bimbang akan keadaan tersebut, Pengarah Urusan Kilang Kopi Fatt Choi Sdn. Bhd., Encik Foong Choon Song telah menanam kopi di ladang milik peribadi seluas 40 ekar.

(kiri) Sentiasa kreatif dalam mempelbagaikan perisa produknya contohnya, Iced Coffee Float dan Iced Mocha. (bawah) Encik Foong Choon Sang, Pengarah Urusan Kilang Kopi Fatt Choi Sdn. Bhd.

10

PENGURUSAN HASIL PROFIL PELABURAN KOPI Pelaburan (jangka hayat 27 tahun) Keluasan Jangka masa Projek Prestasi Penghasilan maksimum Jumlah Kos Jumlah Pendapatan Kasar Jumlah Pendapatan Bersih NPV @ 10% (Nilai Kini Bersih) IRR (Kadar Pulangan Dalam) Nisbah B:C (@10%) (Faedah/Kos) : : : : : : : : : : RM44juta (purata setahun = RM 1.6 juta) 1,060 hektar 27 tahun 1.25 metrik tan/hektar RM 69 juta (purata setahun = RM 2.5 juta) RM 81 juta (purata setahun = RM 3 juta) RM 12 juta (purata setahun = RM400 ribu) RM 2,363,779 18.22% 1.45

Maklumat ini diperolehi dari Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Profil pelaburan di atas merupakan sinopsis daripada Analisis Kewangan di muka surat 9. Merujuk kepada IRR (Kadar Pulangan Dalam) iaitu 18.22%, tanaman kopi di negeri Sabah mempunyai potensi yang besar. Analisis kewangan yang dibuat adalah berdasarkan tempoh jangka hayat tanaman kopi iaitu selama 27 tahun, yang penunasan semula dilakukan pada setiap lima tahun. Analisis juga bersandarkan kepada harga pasaran kopi iaitu RM5.00/kg.

11

ANALISIS KEWANGAN PENANAMAN KOPI BAGI SEHEKTAR DI TENOM, SABAH UNTUK KAWASAN SELUAS 1,060 HEKTAR
Dalam Ringgit Malaysia Tahun B B Tahun 1 0 2 0 3 6,545,500 4 3,927,300 5 3,275,400 6 2,618,200 7 0 8 6,545,500 9 3,927,300 10 3,275,400 11 2,618,200 12 0 13 6,545,500 14 3,927,300 15 3,275,400 16 2,618,200 17 0 18 6,545,500 19 3,927,300 20 3,275,400 21 2,618,200 22 0 23 6,545,500 24 3,927,300 25 3,275,400 26 2,618,200 27 0 JUMLAH 81,832,000 C C 3,828,467.72 1,188,525.80 3,089,433.60 2,863,812.60 3,119,458.10 2,886,258.10 1,493,471.10 2,722,143.60 2,805,512.60 2,682,208.10 2,558,612.10 1,567,861.9 2,862,063.60 2,805,512.60 2,682,208.10 2,558,612.10 1,983,191.10 2,862,063.60 2,805,512.60 2,682,208.10 2,558,612.10 1,567,861.90 2,772,143.60 2,805,512.60 2,682,208.10 2,558,612.10 2,099,791.10 69,041,879.00 NPV 8% NPV 10% NPV 15% B 8% B 10% B 15% C 8% C 10% C 15% N N -3,828,468 -1,188,526 3,456,066 1,063,487 155,942 -268,058 -1,493,471 3,823,356 1,121,787 593,192 59,588 -1,567,862 3,683,436 1,121,787 593,192 59,588 -1,983,191 3,683,436 1,121,787 593,192 59,588 -1,567,862 3,823,356 1,121,787 593,192 59,588 -2,099,791 12,790,121 3,428,704 2,363,779 647,769 31,980,680 26,607,211 17952209 28,551,976 24,243,432 17,304,440

= Faedah = Kos = Nilai Bersih = Nilai Kini Bersih = Kadar Pulangan Dalam B:C = Nisbah faedah/Kos

B C N NP IRR

IRR

18.22%

B:C ratio B:C ratio B:C ratio

1.551538 1.455299 1.220053

12

NPV (Nilai Kini Bersih) yang tertera ialah 8%, 10% dan 15% adalah anggaran berdasarkan kadar faedah pinjaman yang diandaikan berada pada paras minimum, sederhana dan maksimum. Bagaimanapun, melihat kepada situasi semasa, kadar 10% adalah sesuai dan dianggarkan NPV yang akan diperolehi adalah sebanyak RM2,363,779. Analisis Sensitiviti bertujuan menguji ketahanan daya maju sesuatu projek apabila berlaku perubahan harga dan kuantiti hasil. Analisis ini menunjukkan anggaran jumlah keuntungan dan kerugian berdasarkan kepada kadar faedah daripada pinjaman yang lazimnya pada kadar 10%. Pengiraan yang dibuat adalah mengikut formula dan mengandaikan B (faedah) dan C (kos) masing-masing meningkat 10% ataupun menurun pada kadar 10%. Anggaran IRR dalam analisis tersebut adalah positif dan masih mendapat keuntungan pada kadar 18.22% walaupun B dan C naik atau turun sebanyak 10%. Kesimpulan daripada analisis kewangan di atas ialah tanaman kopi ini mempunyai ruang keuntungan yang begitu luas yang belum diteroka secara optimum. Ini disebabkan oleh bilangan pengusaha tanaman kopi yang masih kurang sama ada di daerah Tenom khususnya mahupun di negeri ini.

13

KOPI PEMANGKIN PEMBANGUNAN EKONOMI DAERAH TENOM


Menurut Pegawai Daerah Tenom, Encik Amat bin Mohd Yusof, sektor pertanian menyumbang sebanyak 90% kepada ekonomi daerah Tenom. Ini termasuk getah, kopi, koko dan buah-buahan seperti durian tenom, pisang tenom, betik, nenas, jagung dan sebagainya. Dengan keluasan 12,690 hektar, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah membelanjakan sebanyak RM 3.5 juta setiap bulan untuk membeli getah daripada pekebun-pekebun dari seluruh daerah ini. Sementara, tanaman kopi pula merupakan tanaman kedua penting yang menyumbang sebanyak RM3 juta setahun kepada ekonomi daerah Tenom. Dalam masa yang sama, daerah Tenom merupakan pengeluar kedua terbesar koko selepas daerah Tawau. Sungguhpun demikian, kopi menjadi 'trade mark" bagi daerah bertuah ini. Boleh dikatakan bahawa tanaman kopi ini adalah perusahaan tradisi masyarakat Murut dan Lundayeh sejak tahun 1960 dan jenis kopi yang ditanam adalah robusta. Kemudian bermula pada tahun 1970 hingga 1980an, tanaman kopi di daerah ini dikomersilkan. Kini, jumlah keluasan tanaman kopi di daerah Tenom kira-kira 1,100 hektar atau 2,600 ekar. Ini termasuklah mini estet di Kemabong, yang merangkumi kawasan tanaman kopi seluas 200 ekar kepunyaan masyarakat berbangsa cina dan diusahakan secara berkeluarga. Dengan keluasan yang sedemikian, daerah Tenom mampu menghasilkan di antara 60,000-75,000 kg setahun. Tanaman ini diusahakan oleh para pekebun kecil dan diproses oleh empat buah kilang yang beroperasi di situ. Kesemua kilang ini dipelopori oleh masyarakat Tiong Hua. Mereka terdiri daripada Syarikat Fatt Choi Sdn. Bhd., Syarikat Yit Foh Sdn. Bhd., Syarikat Tung Fah Sdn. Bhd. dan Nam Hing Sdn. Bhd. yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 60 orang penduduk tempatan. Manakala penduduk yang terlibat dalam sektor ini adalah seramai 900 orang yang terdiri daripada pekebun-pekebun kecil. 14

Mengulas pendapat yang mengatakan bahawa kopi Tenom adalah yang terbaik di Malaysia, Pegawai Daerah Tenom berkata,"sama ada kopi Tenom ini yang terbaik atau tidak, yang jelas kopi Tenom diminati oleh semua lapisan masyarakat bukan sahaja di daerah Tenom ini tetapi juga di daerahdaerah lain. Malah, di peringkat nasional ia telah dipromosikan oleh, pihak kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pemasaran kopi tersebut. Beliau berpendapat kopi Tenom ini mempunyai aroma yang amat berbeza daripada kopi yang ada di Malaysia. Bagaimanapun, menurut Cik Irene Gosibin, pihaknya masih menjalankan penyelidikan bagi mencari sebab mengapa kopi robusta tidak menghasilkan aroma yang sama apabila ditanam di luar daerah Tenom. Tidak dinafikan, kopi dijadikan lambang jolokan bagi daerah ini juga disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan. Contohnya, Jabatan Pertanian Negeri Sabah kini dalam usahanya untuk mempertingkatkan jumlah pengusaha tanaman kopi di daerah ini dari setahun ke setahun telah mengadakan kursus, latihan dan penyelidikan, selain membekalkan benih kopi yang bermutu tinggi, racun, baja dan sebagainya dari Stesen Penyelidikan Pertanian, Lagud Seberang. Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Program Pembangunan Kemiskinan telah membantu seramai 40 ketua isi rumah di kalangan rakyat termiskin untuk keluar dari kepompong kemiskinan melalui hasil penanaman kopi. Melihat kepada permasalahan dari segi penanaman dan perusahaan kopi di daerah ini yang dijalankan dalam bentuk monopoli beberapa syarikat, Pegawai daerah Tenom berkata, Ini akan membantutkan usaha para petani dan pekebun kecil meningkatkan hasil jualan mereka kerana pengusaha kilang mempunyai kuasa sepenuhnya bagi menentukan harga. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, kerajaan dalam Pelan Induk Pembangunan Daerah Tenom telah menjadikan sektor pertanian khususnya tanaman kopi sebagai pemangkin utama pembangunan ekonomi daerah Tenom. Ia dilaksanakan dengan memberi galakan kepada 15

para petani melalui skim-skim disediakan oleh badan dan agensi-agensi kerajaan untuk memperbesarkan lagi tanaman kopi ini dari semasa ke semasa. Salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan daerah untuk menggalakkan perkembangan industri kopi, adalah menjadikan kopi bukan sahaja sebagai produk pertanian, tetapi juga sebagai produk pelancongan dengan menjadikan beberapa kilang kopi di Tenom ini sebagai destinasi pelancongan. Dalam pada itu, pihaknya telah menyediakan pakej pelancongan dengan konsep daripada pokok kopi sehingga ke cawan kopi. Maknanya, para pelancong akan dibawa melihat pokok kopi sehinggalah cara pemprosesan kopi dan akhirnya menikmati kopi di kilang berkenaan. Pengilang kopi seperti Syarikat Fatt Choi Sdn. Bhd. juga sentiasa komited dan bekerjasama dengan Kerajaan dalam usaha mempromosikan produk tempatan ini. Contohnya, mereka pernah menyertai Pameran Kopi di daerah Tenom pada 30 Januari 1999 yang dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Sungai Siput, Perak pada 11 Ogos 2001. Terkini, syarikat swasta ini telah dijemput menyertai pameran semasa Majlis Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan, di Kg Bayangan Keningau pada 12 Disember 2004, juga dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Sehubungan itu, langkah mempromosi Kopi Tenom oleh beberapa agensi lain seperti Sabah Tourism Promotion Corporation (STPC) adalah langkah yang tepat dan sesuai dengan peranannya mempromosikan negeri Sabah dan produk tempatan. Dalam masa yang sama, SugarBun Corporation Berhad, sebuah syarikat fast-food yang beroperasi di Sabah dan Sarawak milik bumiputera ini, berjaya mempromosikan kopi ini melalui menu Tenom break yang merangkumi set minum petang iaitu Kopi Tenom dan Roti Kahwin.

16

Bagaimanapun, Encik Amat Mohd Yusof secara peribadi mengatakan bahawa beliau masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian tanaman kopi ini. Ini kerana jika di bandingkan jumlah keluasan daerah Tenom dengan jumlah keluasan tanaman ladang kopi ini tidak sampai suku atau satu pertiga. Maknanya, tanaman komersil ini belum dimanfaatkan sepenuhnya. Harapan di peringkat pengurusan daerah ialah melihat p e m a s a r a n k o p i Te n o m i n i berkembang bukan sahaja di peringkat nasional bahkan ke peringkat antarabangsa.

Pakej pelancongan mengunakan konsep dari pokok kopi sehingga ke cawan kopi sebagai salah satu langkah mempromosikan Kopi Tenom sekaligus daerah Tenom Encik Amat Mohd. Yusof, Pegawai Daerah Tenom

Beliau juga menyeru kepada agensi-agensi kerajaan dan juga swasta supaya memperbanyakkan bantuan dari segi teknikal, kewangan dan sebagainya untuk membantu para petani menanam kopi secara komersil. Pihaknya mengalu-alukan para pelabur luar yang ingin menceburi industri ini di daerah Tenom. Antara kemudahan yang disediakan seperti kemudahan pelaburan, tanah dan kilang khususnya tanaman kopi bagi menjana perkembangan ekonomi daerah ini.

17

RUMUSAN
Daerah Tenom yang terkenal dengan kopi Tenom sebagai trademark sehingga hari ini terus menikmati limpahan ekonomi dari segi pembangunan kemajuan di daerah ini hasil daripada aktiviti penanaman kopi. Industri kopi ini menyumbang sebanyak RM3 juta setahun kepada ekonomi daerah Tenom, seterusnya sebagai pengeluar utama kopi di negeri Sabah. Jenis tanah, cuaca dan taburan hujan di daerah bertuah ini amat sesuai untuk penanaman kopi dari spesis Coffea Canephora atau kopi Robusta. Belum ada kajian saintifik yang membuktikan faktor-faktor mengapa spesis kopi ini apabila ditanam di luar daerah Tenom, tidak menghasilkan aroma yang sama dengan kopi yang ditanam di daerah Tenom. Inilah keunikan daerah Tenom. Dengan jumlah tanaman kopi seluas 1,100 hektar atau 2,600 ekar itu, kini daerah Tenom berupaya menghasilkan di antara 60,000-75,000 kg setahun. Tanaman yang diusahakan oleh para pekebun kecil ini, diproses oleh empat buah kilang yang beroperasi di daerah tersebut, sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih kurang 900 orang penduduk setempat. Kopi tenom terus menjadi trademark bagi daerah ini juga disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan yang mensasarkan sektor pertanian, pembuatan serta pelancongan sebagai fokus hala tuju pembangunan negeri Sabah yang dicetuskan oleh Y.A.B Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah. Di peringkat pengurusan daerah Tenom, pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Daerah Tenom (PIP) kini memberi tumpuan khusus untuk menjadikan sektor pertanian terutamanya tanaman kopi sebagai pemangkin utama pembangunan ekonomi daerah Tenom. Sehubungan itu, kopi bukan sahaja bertindak sebagai produk pertanian, malah ia adalah produk pelancongan. Pihak Pejabat Daerah Kini menyediakan pelancongan

18

dengan konsep daripada pokok kopi sehingga ke cawan kopi. Ini bermakna, beberapa kilang kopi di daerah ini dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Selain itu, Program Pembangunan Kemiskinan di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah membantu seramai 40 Ketua isi rumah yang terdiri daripada rakyat termiskin dengan hasil programprogram penanaman kopi di daerah Tenom. Dalam pada itu, langkah beberapa agensi yang turut mempromosikan produk tempatan ini harus diteruskan dan dipergiatkan lagi, contohnya Sabah Tourism Promotion Center (STPC) dan SugarBun Corporation Berhad. Kerajaan dalam usahanya bagi memperkasakan sektor yang berpotensi besar ini telah menyediakan peluang pelaburan dari segi pinjaman kewangan, khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian, tapak dan sebagainya kepada para pelabur. Tambahan pula, pasaran kopi kini sedang berkembang dan pastinya peluang serta ruang untuk berjaya masih terbentang luas di peringkat nasional mahupun di peringkat global. Permintaan dunia terhadap produk ini juga amat tinggi. Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan dan saling membantu sama ada pihak kerajaan, swasta mahupun individu yang seharusnya berbangga dengan produk keluaran tempatan ini. Harapan kita sebagai rakyat Malaysia adalah untuk bersama-sama menyokong produk ini untuk bersaing di peringkat antarbangsa, di samping bertindak sebagai pemangkin pembangunan ekonomi daerah Tenom khususnya dan pembangunan negara secara amnya.

19

SEKALUNG BUDI
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan maklumat dan kerjasama dalam proses penerbitan buku ini. 1. Encik Amat Mohd. Yusof, Pegawai Daerah Tenom 2. Encik Osman bin Marjuki, Pegawai Pertanian, Daerah Tenom 3. Cik Irene Gosibin, Penolong Pegawai Pembangunan Pertanian, Pejabat Pertanian Daerah Tenom 4. Encik Foong Choon Sang, Pengarah Urusan Kilang Kopi Fatt Choi Sdn. Bhd. 5. Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Atas dan Pegawai Penerangan Daerah Keningau 6. Pegawai Penerangan Daerah Tenom dan semua staf Pejabat Penerangan Daerah Tenom 7. Puan Rusnani Ahmad dan Puan Juli Sulaiman, Pegawai Pertanian, Unit Pelaburan dan Khidmat, Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu 8. SugarBun Corporation Cawangan Keningau

TERIMA KASIH

20

diterbitkan oleh : Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah Tingkat 8-11, Wisma Dang Bandang, 88612 Kota Kinabalu. Tel : 088-280600, Fax: 088-238585 Laman Web: http://www.pensbh.gov.my e-mail : [email protected]

You might also like