Contoh Kerja Kursus Pengajian Am 2018
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am 2018
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am 2018
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah,
Dungun, Terengganu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca-punca krisis
bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu dan mengkaji kesan krisis bekalan air
bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu. Lokasi kajian ini ialah di Taman Zaharah,
Dungun, Terengganu. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk setempat
Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu telah dipilih. Metodologi kajian ini ialah kaedah
soal selidik, pemerhatian dan rujukan arkib. Dapatan kajian menujukkan bahawa terdapat banyak
punca dan kesan krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu seperti yang
terdapat di dalam objektif kajian. Kajian ini merumuskan bahawa krisis bekalan air bersih di
Taman Zaharah memberi impak yang besar terhadap penduduk sekitar kawasan kajian.
No K/P : 67…
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pihak pentadbiran
sekolah SMK Tengku Intan Zaharah khasnya Pengetua iaitu Encik Kamari bin Ibrahim dan
Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu Puan Che Ros binti Maulud kerana memberi sokongan
dan keizinan kepada saya untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Siti Rohaya binti Zakaria yang juga
selaku guru Pengajian Am saya. Beliau sanggup mengorbankan diri dengan meluangkan banyak
masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus
ini. Seterusnya, saya juga dalam kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-
guru lain yang memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk ibu bapa tercinta iaitu Encik Adnan bin Mohd Noor dan Puan Haliza binti
Mahmud Kamaruddin jutaan terima kasih diucapkan kerana memberi sokongan moral dan
kewangan kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini.
Tidak dilupakan kepada rakan baik saya iaitu Noor Syahira binti Mat Yusoff dan semua
rakan lain atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Saya juga ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada para responden saya kerana sudi meluangkan masa dan memberikan
kerjasama menjawab soal selidik.
Akhir kata, seikhlas tulus terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
No K/P : 67…
1.0 PENGENALAN
Kertas projek ini merupakan tugasan penting bagi setiap pelajar yang mengambil
peperiksaan STPM. Tema kajian yang dipilih ialah Prasarana : Air. Tajuk kertas projek ini ialah
‘Krisis Bekalan Air Bersih Dalam Kalangan Penduduk Di Taman Zaharah, Dungun Terengganu.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat menjelaskan prasana
merupakan keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan dan
perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan sebagainya) yg perlu bagi pembangunan (pertumbuhan)
dan kemajuan, infrastruktur. (sumber: http://prpm.dbp.gov.my). Air bersih pula merupakan air
yang digunakan untuk keperluan keluarga atau rumah tangga . Air bersih merupakan salah satu
kepeluan manusia untuk memenuhi kegunaan domestik secara sihat. Keperluan air yang bersih
menjadi bahagian terpenting bagi setiap individu baik yang tinggal di bandar mahupun di luar
bandar. (sumber: https://www.scribd.com/Prasarana-Air-Bersih)
Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air. Namun demikian, dewasa
ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin
meningkat selari dengan peningkatan jumlah populasi penduduk. Mungkin timbul persoalan
dalam kalangan kita mengapa situasi sedemikian boleh berlaku sedangkan kita mempunyai
sumber air yang banyak di sekeliling kita. Sebenarnya, keadaan ini timbul adalah ekoran
daripada peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, selain pelbagai kegiatan
berkaitan yang mengakibatkan berlakunya pencemaran ke atas sumber air yang ada. Ia sekali gus
meletakkan kita di dalam krisis yang meruncing untuk mendapatkan bekalan air bersih yang
mencukupi bagi menampung seharian.(sumber: http://www.ikim.gov.my)
Baru-baru ini, pada 2018 seluruh rakyat Malaysia telah digemparkan dengan krisis
gangguan bekalan air yang berlaku di Selangor. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(SYABAS) mengumumkan empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat
dan kawasan sekitarnya mengalami masalah gangguan air selama 72 jam bermula 9 hingga 11
Oktober 2018. Gangguan air itu menjejaskan 476 kawasan dan 342,000 pengguna di kawasan
yang disenaraikan. Difahamkan, gangguan air itu disebabkan beberapa kerja penggantian
peralatan di Loji Rawatan air Sungai Semenyih). Beberapa kawasan di Lembah Klang juga
mengalami gangguan bekalan air bermula Selasa, 6 Mac sehingga 9 Mac, berikutan kerja-kerja
pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3),
lapor The Star. Dalam laporan Utusan Malaysia, sebanyak 427 kawasan yang akan terjejas
termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala
No K/P : 67…
Langat. Isu ini melibatkan lebih 707,759 akaun atau 3,892,641 pengguna yang menghadapi
gangguan bekalan air, susulan kerja-kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di
Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.
Bhd. (Syabas) berkata, kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh Pengeluar Air Sungai Sdn.
Bhd. itu mengambil masa selama 10 jam bermula jam 8 pagi hingga 6 petang bermula Selasa
depan menyebabkan operasi loji dihentikan sepenuhnya."Ketika ini, loji menghasilkan 800 hinga
820 juta liter air sehari. Dengan jumlah sebesar ini, tempoh pemulihan bekalan air kepada
pelanggan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan
altitud premis pelanggan," menurut kenyataan Syabas semalam.
Untuk Mac 2018 pula, Beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau telah
mengalami gangguan bekalan air selama dua hari bermula pada 27 Mac, berikutan kerja-kerja
menggantikan 'line motive pump' serta menguji 'butterfly valve' di Lori Rawatan Air (LRA)
Linggi. Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains),
Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air di kawasan berkenaan adalah selama 24 jam mulai
8 pagi esok (27 Mac). "Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam
menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada
masa hadapan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Katanya di Seremban, kawasan terlibat
ialah Taman (Tmn.) Pinggiran Senawang, Sekolah (Sek.) Datuk Abdul Razak, Radio Televisyen
Malaysia (RTM), Ladang Batu (Bt.) 11, Kilang GMP, Hentian Rehat dan Rawat (R&R)
Senawang, Senawang Perdana, Tmn. Ulu Lalang, Kampung (Kg.) Solok, Kg. Ribu, Kg. Sega
Ulu, Kg. Sega Hilir dan Jalan (Jln.) Kuala Sawah. Di Port Dickson, ia melibatkan kawasan Golf
& Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-Kem Batu 5 Jln. Pantai, Selesa Beach
Resort, Kem-Kem Batu 4 Jln. Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang
Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji
Abdul Samad (SDASA) dan Petron Refinery. Di Rembau pula, kawasan terlibat ialah Ladang
Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kg. Pedas Batu 4 (Kanan & Kiri), Tmn.
Pinggiran Pedas, Kg. Minching Baru, Sg. Ibor Batu 3, Kg. Minching Lama, Tmn. Pedas Indah
dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas. Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri
Sembilan Sdn Bhd (Sains) juga akan menghantar 62 tangki air ke kawasan terjejas dan 10 tangki
besar akan ditempatkan di beberapa lokasi yang ditetapkan. Di samping itu, sekitar 20,000 botol
air minuman lima liter juga akan diberikan semasa gangguan bekalan air.(sumber:
http://www.thereporter.my)
No K/P : 67…
Di Terengganu pula, Pengguna bekalan air di dua daerah iaitu Kuala Terenggau dan
Marang menghadapi gangguan bekalan air mulai dari hari Rabu 14 Januari 2015 diseababkan
kerosakan Penapis Loji Air Kepong 2, di kampung Kepong, Kuala Terengganu. Seramai kira-
kira 65,000 pengguna di dua daerah tersebut akan terjejas berikutan masalah gangguan bekalan
air berkenaan, di daerah Kuala Terengganu kawasan yang terlibat ialah Bukit Wan, Bukit
Nenasi, Bukit Sudu, Jalan Kelantan dan sebahagian Gong badak. Di daerah Marang ; Bandar
Marang, Kijing, Rhu Rengeh, RHU rendang, Seberang Marang dan Medan Jaya. Berikutan
kerosak Penapis Loji Air Kepong 2, beberapa kawasan lain turut dijangka mengalami tekanan air
rendah. Tindakan penyelesaian jangka pendek dan segera dalam tempoh gangguan bekalan air
ini, pihka Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) akan menggunakan lori-lori tangki dan
tangki-tangki statik bagi membekalkan air di kawasan yang terlibat.Manakala penyelesaian
jangka panjang pula ialah menukarkan penapis loji tersebut bagi memastikan ia kembali kepada
keupayaan bekalan sedia ada. Pihak pengurusan SATU telah membuka Bilik Gerakan bagi
menangani masalah-masalah pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air di kawasan-
kawasan yang terlibat. Pihak SATU sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah ini
dan para pengguna diminta bersabar menghadapi masalah di luar jangkaan.
Melalui beberapa contoh krisis bekalan air bersih di atas, pengkaji ingin memfokuskan
mengenai kawasan terpencil yang juga pernah berlaku bencana banjir pada tahun 2014. Kawasan
kajian yang pengkaji maksudkan itu ialah Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu.
Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu terletak di antara Pulau Serai dan Kuala Abang.
Jarak antara Kampung Batu Tiong dengan bandar hanya sebanyak 27 km sahaja. Kawasan ini
masih terpencil kerana baharu dibangunkan dengan pembinaan rumah-rumah di atas tanah
persendirian penduduk di sana.
No K/P : 67…
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi dua objektif berikut:
ii. Mengkaji kesan banjir terhadap alam sekitar di Kampung Batu Tiong, Dungun,
Terengganu.
No K/P : 67…
sumber: https://www.google.com.my.maps/
Peta 1 menunjukkan negeri Terengganu. Sejarah awal Terengganu adalah tidak jelas. Namun
begitu, terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225
yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang. Dalam Negarakartagama, tulisan Prapanca
No K/P : 67…
dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan
Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di
Gunung Bewah terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 tahun sebelum Masihi. Pada Batu
Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah
Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.
Terengganu amat terkenal dengan destinasi pelancongan berasaskan makanan dan pantai. Hal ini
dapat dibuktikan dengan pelbagai hidangan tempatan yang menarik seperti keropok lekor dan
nasi dagang. Terengganu juga menjanjikan pemandangan yang indah kerana adanya Pantai Batu
Buruk yang amat terkenal di Malaysia. Keluasan negeri Terengganu adalah 13,035 km2. Kini
selaras dengan kemajuan yang dikecapi oleh negara Malaysia, negeri Terengganu telah
dilengkapi dengan pelbagai prasarana dan kemudahan seperti hospital, institusi pengajian tinggi,
stadium sukan dan perkhidmatan bas bergerak serta lapangan terbang domestik. Jumlah
penduduk negeri Terengganu pada tahun 2015 adalah seramai 1.152 juta orang penduduk.
Bangsa Melayu merupakan majoriti kerana daripada keseluruhan jumlah penduduk negeri
Terengganu, 94.6% adalah bangsa Melayu manakala Cina sebanyak 2.5% diikuti India sebanyak
0.3%. (www.terengganu.gov.my)
No K/P : 67…
Peta 2: Dungun
sumber: https://google.com.my.maps/
Peta 2 menunjukkan daerah Dungun. Sejarah awal daerah Dungun adalah kabur tetapi
terdapat sesetengah pendapat mengatakan nama ‘Dungun’ dipercayai diambil daripada nama
pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar). Daerah Dungun
juga didapati telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera. Daerah Dungun
No K/P : 67…
berkeluasan seluas 2735.04 kilometer. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan negeri
Terengganu dan merupakan daerah ke-2 terbesar di negeri Terengganu. Sebahagian kawasannya
bertanah rendah dan guna tanah memperlihatkan bahawa lebih 50% kawasan telah dibangunkan
untuk pelbagai kegunaan. Kira-kira 21.1% kegunaan tanah telah dibangunkan untuk kediaman,
dan diikuti pertanian 11.7%. Kawasan hutan belukar dan berpaya masing-masing 20.1% dan
21.1%. Pusat utama pentadbiran daerah Dungun adalah di Bandar Dungun.
(pdtdungun.terengganu.gov.my)
sumber: https//www.google.com.my.maps/
Peta 3 menunjukkan lokasi Kampung Batu Tiong. Kedudukan Kampung Batu Tiong amat
berdekatan dengan kawasan Pulau Serai. Jadi tidak haiaranlah jika kebanyakan anak-anak
penduduk di sana bersekolah di SMK Pulau Serai yang merupakan antara sekolah kebangsaan
No K/P : 67…
terdekat di sana. Pada asalnya, corak atau pola perumahan di Kampung Batu Tiong adalah
berselerak yang terdiri daripada rumah yang diperbuat daripada kayu tetapi lama kelamaan pola
itu berubah. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan tersebut semakin mendapat perhatian
penduduk luar untuk membina rumah di sana seterusnya menjadi pola tertumpu. Jarak antara
Kampung Batu Tiong dengan Bandar Dungun adalah 27 km. Kegiatan ekonomi penduduk di
sana adalah menternak binatang dan bercucuk tanam. Sejajar dengan kemajuan kawasan itu yang
giat dibangunkan, terdapat juga penduduk yang berkhidmat dalam sektor awam dan
perkhidmatan seperti guru, pensyarah, polis, jurutera dan pekerja Majlis Perbandaran Dungun.
Dalam Kamus Bahasa Melayu edisi 2008, responden membawa maksud orang yang
memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan) dalam sesuatu kajian
selidik. Dalam mendpatkan responden untuk memperoleh maklumat pengkaji haruslah
mempunyai kemahiran dalam komunikasi dengan para responden. (sumber: prpm.dbp.gov.my)
Dalam kajian ini, pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak yang
mensasarkan responden (penduduk) dalam kalangan masyarakat yang mendiami kawasan
Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden
di sekitar Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu. Pengkaji mensasarkan responden dalam
kategori umur 18 hingga 20, umur 21 hingga 30, 11 orang dalam kategori umur 31 hingga 49
seterusnya kategori umur 50 ke atas. Rasionalnya, adalah untuk melihat dan memudahkan kajian
data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Kesemua responden ini telah dipilih secara
random dari segi umur, jantina dan jenis pekerjaan.
Pengkaji menggunakan teknik KISS (Keep It Short And Simple) dalam menanyakan
responden mengenai kajian yang pengkaji lakukan. Melalui teknik ini, pengkaji mengemukakan
soalan yang ringkas dan mudah difahami bagi diamalkan dalam pembinaan boring soal selidik
untuk kajaian ini. Borang soala selidim yang sesuai telah dibuat untuk mendapatkan dan
No K/P : 67…
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedar
secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik yang diberikan kepada
responden terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden yang memerlukan responden mengisi
maklumat mengenai umur, status, status pendapatan, umur dan pekerjaan manakala untuk
Bahagian B dan C berkait dengan keputusan responden mengenai kejadian banjir di Kampung
Batu Tiong, Dungun, Terengganu yang merupakan kawasan kajian pengkaji. Kajian ini
menggunakan skala Likert 5 poin iaitu skala 1 – sangat tidak setuju, skala 2 – tidak setuju, skala
3 – tidak pasti, skala 4 – setuju dan skala 5 – sangat setuju. Dengan kaedah ini, secara tidak
langsung kajian yang dibuat akan menjadi lebih berkesan. Bahasa yang digunakan adalah bahasa
yang mudah difahami oleh semua responden. Hal ini supaya semua responden menjawab soalan
yang diajukan dan memberikan jawapan yang tidak benar. Borang soal selidik ini berbentuk
soalan tertutup. Rasionalnya adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan jawapan
mudah untuk diproses menerusi system pengkodan yang bersifat piawai serta mudah dianalisis. (
Dr Khairul Naem, 1996 )
Selepas data dikumpulkan, analisis secara deskriptif telah dijalankan. Analisis secara
kauntitif telah dijalankan atas data yang diperoleh melalui kaedah soal selidik ini telah diedarkan
kepada responden. Dalam menganalisis borang soal selidik, garis panduan skala likert (diasaskan
oleh Rensis Likert pada 1932) telah digunakan kepada setiap responden seramai 30 orang bagi
menngetahui pendapat mereka terhadap kejadian banjir di Kampung Batu Tiong, Dungun,
Terengganu. Dalam borang soal selidik, item yang menunjukkan indikator secara positif atau
negatif (skala 1 – sangat tidak setuju, skala 2 – tidak setuju, skala 3 – tidak pasti, skala 4 – setuju
dan skala 5 – sangat setuju) telah digunakan. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperoleh
dipastikan dan ditukar kepada angka, peratusan dan kekerapan (min). Seterusnya, data tersebut
akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual, gra atau carta pai. ( sumber:
www.academia.edu.my )
4.2 PEMERHATIAN
No K/P : 67…
Menurut Kamus Bahasa Melayu edisi 2008, kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah
yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. (sumber.prpm.dbp.gov.my)
Pemerhatian dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar atau secara langsung ke atas
perkara yang dikaji. Pemerhatian telah dilakukan dengan melawat kawasan kajian iaitu Kampung
Batu Tiong, Dungun, Terengganu. Dalam proses pemehatian, gambar-gambar relevan telah
diambil.
Selepas data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, analisis secara deskriptif telah
dijalankan. Gambar-gambar yang diambil sebagai bukti dan dimasukkan sebagai lampiran.
Menurut Kamus Bahasa Melayu edisi 2008, arkib membawa maksud tempat menyimpan
naskah-naskhah lama yang dianggap penting. Jadi boleh disimpulkan bahawa rujukan naskhah-
naskhah lama yang dianggap penting. (sumber: prpm.dbp.gov.my)
No K/P : 67…
Menurut Kamus Bahasa Melayu edisi 2008, arkib membawa maksud tempat
menyimpan naskhah-naskhah lama yang dianggap penting. Bagi melengkapkan lagi kajian,
kaedah rujukan dilakukan dengan menggunakan pelbagai sumber seperti internet dan bahan
ilmiah. Buku-buku pelajaran, majalah serta akhbar juga digunakan sebagai rujukan tambahan
untuk melengkapkan lagi hasil kajian. (sumber: prpm.dbp.gov.my).
Kamus Bahasa Melayu edisi 2008 digunakan untuk mencari definisi perkataan yang
sering digunakan di dalam kajian ini. Penggunaan buku-buku pelajaran, majalah serta akhbar
turut digunakan sebagai rujukan tambahan.
Selepas data dikumpulkan melaui kaedah rujukan, analisis secara deskriptif telah
dijalankan.
No K/P : 67…
5.1 PENGENALAN
Dalam kajian ini, pengakaji telah menganalisis data yang diterima daripada kajian soal
selidik ke dalam dapatan kajian melalui bentuk jadual dan carta pai tunggal. Pengkaji telah
mengemukakan tiga bahagian soalan iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A
terdiri daripada maklumat diri responden manakala untuk Bahagian B pula mengenai punca-
punca yang menyebabkan krisis bekalan air bersih dalam kalangan penduduk di Taman Zaharah
Dungun, Terengganu. Borang soal selidik Bahagian C mengenai kesan-kesan krisis bekalan air
bersih dalam kalangan penduduk di Taman Zaharah, Dungun Terengganu.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menyiapkan borang soal selidik dengan
mengemukakan 3 bahagian soalan. Bahagian A terdiri daripada maklumat asas responden
manakala Bahagian B terdiri punca-punca yang menyebabkan krisis bekalan air bersih dalam
kalangan penduduk di Taman Zaharah, Dungun Terengganu. Bahagian C pula mengenai kesan-
kesan krisis bekalan air bersih dalam kalangan penduduk di Taman Zaharah, Dungun
Terengganu. Untuk Bahagian B dan Bahagian C terdiri daripada 5 soalan serta jawapan diisi
No K/P : 67…
dalam Skala Likert dan memilih jawapan yang disediakan iaitu ‘ Sangat Tidak Setuju (1) ‘, ‘
Tidak Setuju (2) ‘, ‘ Tidak Pasti (3) ‘, ‘ Setuju (4) ‘ dan ‘ Sangat Setuju (5) ‘. Setiap tiga
bahagian itu telah dicetak sebanyak 30 helai untuk diedarkan kepada responden. Pengkaji telah
mengedar borang soal selidik tersebut pada tarikh 8 Februari 2019, bersamaan hari Jumaat, pada
hujung minggu di sekitar Taman Zaharah, Dungun, Terengganu yang juga merupakan kawasan
tempat tinggal responden.
.
No K/P : 67…
Jantina
47%
53%
Lelaki
Perempuan
Berdasarkan rajah di atas berkaitan maklumat asas responden dari kategori jantina. Melalui rajah
ini, jantina lelaki terdiri daripada 14 orang dan mengambil 47% carta pai manakala jantina
perempuan yang terdiri daripada 16 orang pula hanya merangkumi 53% peratus carta pai sahaja.
Pengkaji memilih responden daripada jantina perempuan kerana kebanyakan daripada mereka
memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan pendapat mengenai kajian ini. Mereka juga
mudah didapati di lokasi kajian iaitu Taman Zaharah, Dungun, Terengganu
No K/P : 67…
Umur
17%
20%
18 hingga 25
30% 26 hingga 35
36 hingga 40
41 ke atas
33%
Rajah di atas menunjukkan maklumat asas responden berdasarkan kategori umur. Melalui rajah
ini, kategori umur 18 hingga 25 tahun mencatat peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 33%
diikuti yang kedua tertinggi adalah dalam kategori umur 26 hingga 35 yang mencatatkan
peratusan sebanyak 30%. Ketiga tertinggi pula adalah dalam kategori umur 41 ke atas yang
meliputi 20% carta pai seterusnya diikuti peratus yang terendah dicatatkan dalam carta pai iaitu
sebanyak 17% yang merupakan milik kategori umur 36 hingga 40. Pengkaji memilih lebih ramai
responden dalam kategori umur 18 hingga 25 adalah kerana kebanyakan daripada mereka
merupakan pelajar yang menyewa di lokasi kajian. Mereka merupakan pelajar daripada UITM
No K/P : 67…
dan POLITEKNIK dan hal ini menjadi faktor kepada mereka memberikan kerjasama yang baik
mengenai kajian ini.
No K/P : 67…
Status
20%
47% Bujang
Berkahwin
Lain-lain
33%
Rajah di atas menunjukkan maklumat asas responden berdasarkan kategori status. Dalam borang
soal selidik responden yang diedarkan, terdapat 3 soalan yang perlu ditanda oleh responden
mengikut status masing-masing iaitu ‘ Bujang ‘, ‘ Berkahwin ‘ dan , ‘ Lain-lain ‘. Hasil daripada
keputusan edaran tersebut, kategori status ‘ Bujang ‘ mencatatkan peratusan yang tertinggi sekali
berbanding dengan kategori status ‘ Berkahwin ‘ dan ‘ Lain-lain ‘. Kategori status ‘ Bujang ‘
mencatatkan peratusan sebanyak 47%. Kedua tertinggi iaitu kategori status ‘ Berkahwin ‘
mencatat peratusan sebanyak 33% manakala yang terendah iaitu kategori status ‘ Lain-lain ‘
meliputi 20% carta pai. Walaupun ramai responden terdiri daripada golongan bujang, mereka
No K/P : 67…
juga berasa terbeban jika berlakunya krisis bekalan air bersih kerana mereka juga perlu berjimat-
cermat dalam mengatur perbelanjaan harian mereka. Hal ini amat tepat dengan diri mereka yang
kebanyakannya baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan dan mereka seharusnya bijak
memanfaatkan pendapatan mereka ditambah lagi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
No K/P : 67…
Status Pendidikan
30%
PMR/PT3
17% SPM
36% STPM/DIPLOMA
7%
IJAZAH/PHD
10%
Lain-lain
Berdasarkan rajah di atas berkaitan maklumat asas responden dari kategori status pendidikan.
Mealui rajah, kategori status pendidikan STPM/DIPLOMA mencatat peratusan yang tertinggi
iaitu sebanyak 36%. Peratusan kedua tertinggi adalah dalam kategori pendidikan IJAZAH/PHD
yang mencatatkan peratusan sebanyak 30%. Ketiga tertinggi pula adalah dalam kategori
pendidikan lain-lain ke atas yang meliputi 17% carta pai seterusnya diikuti peratus yang
No K/P : 67…
seterusnya dicatatkan dalam carta pai iaitu sebanyak 10% yang merupakan milik kategori
pendidikan SPM. Peratusan terendah dicatat oleh kategori pendidikan PMR iaitu sebanyak 7%.
Jumlah responden dalam golongan kategori status pendidikan PMR/PT3 ini hanya seramai 2
orang sahaja yang mencatat peratusan 7% meliputi carta pai ini.
No K/P : 67…
Pekerjaan
17%
26%
Pelajar
20% Awam
Swasta
17% kerja sendiri
tidak bekerja
20%
Rajah di atas menunjukkan maklumat asas responden berdasarkan kategori pekerjaan masing-
masing. Melalui rajah ini, kategori pekerjaan ‘ Pelajar ‘ mencatat peratusan yang tertinggi iaitu
sebanyak 26%. Hal ini demikian kerana seperti sudah diterangkan oleh pengkaji tadi,
kebanyakan penduduk di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu merupakan pelajar daripada
UITM dan POLITEKNIK yang menyewa di kawasan kajian. Hal ini juga kerana kawasan kajian
No K/P : 67…
terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah. Kedua
tertinggi adalah kategori pekerjaan ‘ Sendiri ‘ dan ‘ Swasta ’ dengan mencatat peratusan
sebanyak 20%. Responden yang terdiri daripada kategori pekerjaan ‘ Sendiri ’ ini
kebanyakannya adalah buruh dan peniaga manakala kategori pekerjaan ‘ Swasta ’ terdiri
daripada kakitangan PETRONAS. Peratusan yang terendah pula dicatat oleh kategori pekerjaan ‘
Awam ‘ dan ‘ Tidak bekerja ‘ yang mencatat peratusan sebanyak 17% meliputi carta pai ini.
Responden yang dalam kategori pekerjaan ‘ Awam ‘ ini kebanyakannya merupakan guru-guru di
Sekolah Kebangsaan Balai Besar dan Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah manakala
kategori ‘ Tidak bekerja ‘ merupakan warga pencen.
No K/P : 67…
SANGAT
TIDAK TIDAK PASTI SANGAT
TIDAK SETUJU (4)
SETUJU (2) (3) SETUJU (5)
SETUJU (1) JUMLAH
PERKARA MIN
RESPONDEN
ƒ % ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %
Jadual 1 . Punca-Punca yang menyebabkan krisis bekalan air bersih dalam kalangan
penduduk di Taman Zaharah Dungun, Terengganu.
Punca yang seterusnya yang menyumbang kepada krisis bekalan air bersih ialah cuaca
seperti banjir dan kemarau. Seramai 14 orang memilih ‘ SETUJU ‘ bersamaan dengan 47% dan
seramai 7 orang memilih ‘SANGAT SETUJU’bersamaan dengan 23% bagi punca cuaca . Walau
No K/P : 67…
bagaimanapun, seramai 2 orang memilih ‘ TIDAK PASTI ‘ bersamaan dengan 7%. Keputusan
ini tidak dikira lagi dengan seramai 4 orang bersamaan 13% memilih ‘ TIDAK SETUJU ‘ dan 3
orang memilih ‘ SANGAT TIDAK SETUJU ‘ bersamaan 10%. Oleh itu, min keseluruhan bagi
pencemaran sumber air ialah 4 yang menunjukkan bahawa responden setuju bahawa gangguan
aktiviti penduduk merupakan kesan kepada kejadian krisis bekalan air bersih dalam kalangan
penduduk di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu. Hal ini dikatakan demikian kerana, kawasan
kajian; Taman Zaharah tidak menerima bekalan disebabkan oleh bekalan dan tekanan air yang
tidak mencukupi akan menjejaskan aktiviti harian penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana
air yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan kerana paras air semakin rendah dan
menyebabkan tekanan air rendah dan ia perlu diatasi dengan segera sebelum bertambah buruk.
5.3 Punca-Punca Krisis Bekalan Air Bersih Taman Zaharah, Dungun, Terengganu
10%
23%
13%
Sangat Tidak Setuju
7% Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
47%
Rajah 1 di atas menunjukkan keputusan kajian hasil pandangan responden mengenai gangguan
aktiviti penduduk yang merupakan kesan kepada krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah,
Dungun, Terengganu. Berdasarkan keputusan daripada responden, Seramai 14 orang memilih ‘
SETUJU ‘ bersamaan dengan 47% dan seramai 7 orang memilih ‘SANGAT SETUJU’bersamaan
dengan 23% bagi punca cuaca . Walau bagaimanapun, seramai 2 orang memilih ‘ TIDAK PASTI
‘ bersamaan dengan 7%. Keputusan ini tidak dikira lagi dengan seramai 4 orang bersamaan 13%
memilih ‘ TIDAK SETUJU ‘ dan 3 orang memilih ‘ SANGAT TIDAK SETUJU ‘ bersamaan
10%. Oleh itu, min keseluruhan bagi pencemaran sumber air ialah 4 yang menunjukkan bahawa
responden setuju bahawa gangguan aktiviti penduduk merupakan kesan kepada kejadian krisis
bekalan air bersih dalam kalangan penduduk di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kawasan kajian; Taman Zaharah tidak menerima bekalan disebabkan
oleh bekalan dan tekanan air yang tidak mencukupi akan menjejaskan aktiviti harian penduduk.
Hal ini dikatakan demikian kerana air yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan kerana
No K/P : 67…
paras air semakin rendah dan menyebabkan tekanan air rendah dan ia perlu diatasi dengan segera
sebelum bertambah buruk.
13%
34%
Sangat Tidak Setuju
23% Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
13%
17% Sangat Setuju
orang memilih ‘ SETUJU ‘ bersamaan dengan 13% dan seramai 10 orang memilih ‘ SANGAT
SETUJU ’ bersamaan dengan 34%. Walau bagaimanapun, seramai 5 orang memilih ‘ TIDAK
PASTI ‘ bersamaan dengan 17%. Keputusan ini tidak dikira lagi dengan seramai 7 orang
bersamaan 23% memilih ‘ TIDAK SETUJU ‘ dan 4 orang memilih ‘ SANGAT TIDAK SETUJU
‘ bersamaan 13%. Lantaran itu, min kesemuanya ialah 3 yang menunjukkan kebanyakan
responden memilih tidak pasti. Pencemaran air sememangnya membawa penyakit dan
menjejaskan kesihatan penduduk namun, majoriti penduduk di kawasan kajian iaitu Taman
Zaharah bersependapat bahawa bekalan air di kawasan kajian tidak tercemar.
3%
10%
Sangat Tidak Setuju
40% 13%
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
34%
Sangat Setuju
No K/P : 67…
Berdasarkan Rajah 3 di atas menunjukkan hasil kajian daripada responden mengenai kesan krisis
bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu iaitu mengganggu operasi perniagaan
berasaskan air. Bilangan responden yang memilih ‘ SETUJU ‘ berjumlah 12 orang yang
mencatatkan peratusan sebanyak 40% manakala ‘ SANGAT SETUJU’ mencatat 10 orang
dengan peratusan sebanyak 34%. Hal ini dapat dilihat bagi penduduk yang terlibat dengan
aktiviti perniagaan khususnya peniaga-peniaga air minuman. Keadaan ini boleh menjejaskan
sumber pendapatan mereka dan mengganggu pengurusan perbelanjaan harian mereka.
No K/P : 67…
3%
10%
27%
Sangat Tidak Ssetuju
17%
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Rajah 4 di atas menunjukkan kawasan krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun,
Terengganu. Min yang dicatatkan adalah 4 kerana seramai 12 orang responden memilih ‘
SETUJU ‘ yang bersamaan dengan 40% meliputi carta pai itu. Krisis bekalan air menyebakan
penduduk terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk membeli stok air mineral bagi kegunaan
No K/P : 67…
minuman dan memasak. Hal ini menyebabkan penduduk mengalami krisis kewangan disebabkan
oleh masalah bekalan air yang berlaku di Taman Zaharah, Dungun Terengganu.
Gangguan Emosi
13%
7%
Sangat Tidak Setuju
47% 10% Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
23%
Sangat Setuju
Rajah 5 menunjukkan mengenai dapatan kajian daripada responden mengenai salah satu kesan
krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu iaitu gangguan emosi. Min
yang diperolehi ialah 4 yang menunjukkan peratusan bagi responden yang memilih ‘ SETUJU ‘
adalah 47% yang diperolehi daripada 14 orang responden manakala ‘SANGAT SETUJU’
memperoleh peratusan sebanyak 23% daripada 7 orang responden. Krisis bekalan air yang
berlaku telah menganggu aktviti penduduk menyebabkan penduduk berasa kecewa dan marah
kerana bekalan air terputus. Mereka terpaksa menangguhkan rutin harian mereka
No K/P : 67…
5.4 Kesan-Kesan Krisis Bekalan Air Bersih Dalam Kalangan Penduduk di Taman
Zaharah, Dungun, Terengganu
Perkara YA TIDAK
Bilangan (orang) 22 8
Peratus (%) 73 27
(sumber: Kajian Lapangan, 2018)
Pencemaran Bau
27%
YA
TIDAK
73%
Rajah di atas menunjukkan kesan daripada berlakunya banjir di Kampung Batu Tiong, Dungun,
Terengganu iaitu pencemaran bau. Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap
30 orang responden, majoriti daripada mereka memilih ‘ YA ‘ berbanding ‘ TIDAK ‘. Seramai
22 orang responden memilih ‘ YA ‘ yang mencatatkan peratusan sebanyak 73% manakala
seramai 8 orang responden pula memilih ‘ TIDAK ‘ yang mencatatkan peratusan sebanyak 27%.
No K/P : 67…
Hal ini dapat dibuktikan apabila pengkaji membuat tinjauan di lokasi kajian parit yang ditakungi
air berbau busuk dan mendatangkan ketidakselesaan untuk kawasan sekitar. Situasi ini tidak
hairan jika kelak terdapat penduduk mengadu mengenai bau busuk ini yang mengganggu
kehidupan seharian mereka. Air yang bertakung di dalam parit menjadi busuk kerana parit itu
juga menjadi tempat berkubang bagi haiwan seperti lembu dan babi hutan. Jadi apabila
berlakunya banjir, air banjir akan mengalir ke dalam parit dan bercampur dengan najis haiwan
seterusnya menyebabkan air itu berbau busuk.
Perkara YA TIDAK
Bilangan (orang) 16 14
Peratus (%) 53 47
(sumber: Kajian Lapangan, 2018)
Kerosakan Tanaman
YA
47% 53% TIDAK
Rajah 2 pula menunjukkan peratusan mengenai kerosakan tanaman yang diambil daripada
responden di Kampung Batu Tiong, dungun, Terengganu. Majoriti daripada 30 orang responden
yang diambil memilih ‘ YA ‘ berbanding ‘ TIDAK ‘. Seramai 16 orang responden bersamaan
53% memilih bersetuju dengan kerosakan tanaman akibat kejadian banjr kerana ada di antara
mereka mengusahakan tanaman sayur-sayuran untuk dijual di pasar tani. Terdapat juga
responden yang menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri. Antara sayur-sayuran yang
ditanam ialah kubis, terung dan bayam. Kerosakan tanaman tidak sahaja berfokus kepada sayur-
sayuran malahan juga melibatkan tanaman hiasan. Majoriti rumah responden di Kampung Batu
Tiong, Dungun, Terengganu menanam tanaman hiasan untuk dijadikan sebagai hiasan halaman
rumah dan hobi sampingan. Apabila berlakunya banjir, tanaman sayur-sayuran dan tanaman
hiasan mereka akan mudah rosak kerana tanaman itu akan ditenggelami oleh air seterusnya
merosakkan akar tanaman mereka. Jadi tidak haiaranlah jika majority responden memilih ‘ YA ‘
yang seramai 16 orang dan mencatatkan peratusan 53% meliputi carta pai manakala untuk ‘
TIDAK ‘ pula seramai 14 orang memilihnya yang mencatatkan peratusan sebanyak 47%.
No K/P : 67…
Perkara YA TIDAK
Bilangan (orang) 24 6
Peratus (%) 80 20
(sumber: Kajian Lapangan, 2018)
20%
YA
TIDAK
80%
Rajah 3 di atas menunjukkan kesan daripada kejadian banjir yang berlaku di Kampung Batu
Tiong, Dungun, Terengganu iaitu sistem perparitan yang tersumbat. Peratusan yang dicatatkan
untuk ‘ YA ‘ adalah sebanyak 80% yang diambil daripada 24 orang responden yang manakala
untuk ‘ TIDAK ‘ pula adalah sebanyak 20% yang diambil daripada 6 orang responden. Sistem
perparitan yang kurang efisien menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna ke dalam
parit apabila berlakunya banjir di lokasi kajian. Walaupun parit dibina sepanjang jalan tetapi
keluasannya adalah tidak mampu untuk menampung air dalam jumlah yang besar. Parit itu juga
diliputi oleh lumpur dan menyukarkan air untuk mengalir di dalamnya. Bukan itu sahaja, di
dalam parit juga ditumbuhi oleh semak-samun yang tebal seterusnya air tidak masuk ke dalam
parit kerana adanya halangan. Jadi tidak hairanlah jika keadaan parit sebegitu menyebabkan
Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu mudah dilanda banjir.
Perkara YA TIDAK
Bilangan (orang) 10 20
Peratus (%) 33 67
(sumber: Kajian Lapangan, 2018)
No K/P : 67…
33%
YA
TIDAK
67%
Rajah 4 di atas menunjukkan peratusan yang diambil daripada responden mengenai kelonggaran
struktur tanah berbukit hasil daripada kesan kejadian banjir di Kampung Batu Tiong, Dungun,
Terengganu. Majoriti responden yang pengkaji temui memilih ‘ TIDAK ‘ yang menunjukkan
peratusan untuk ‘ TIDAK ‘ adalah sebanyak 67% manakala untuk ‘ YA ‘ hanya mencatatkan
peratusan yang kecil berbanding ‘ TIDAK ‘ iaitu sebanyak 33%. Hal ini demikian kerana tidak
semua penduduk di Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu tinggal di lereng bukit walaupun
terdapat satu bukit yang telah ditarah oleh lori untuk diambil tanahnya bagi tujuan pembinaan.
Seramai 10 orang responden sahaja yang tinggal di lereng bukit dan mereka berasa risau jika
hujan lebat yang menyebabkan banjir di kawasan mereka juga boleh menyebabkan berlakunya
tanah runtuh akibat struktur tanah yang telah longgar. Hal ini seterusnya boleh mengancam
nyawa mereka.
No K/P : 67…
Perkara YA TIDAK
Bilangan (orang) 19 11
Peratus (%) 63 37
(sumber: Kajian Lapangan, 2018)
37%
YA
63%
TIDAK
Rajah 4 di atas menunjukkan peratusan yang diambil daripada responden mengenai pencemaran
alam (sampah sarap) kesan daripada berlakunya kejadian banjir di Kampung Batu Tiong,
Dungun, Terengganu. Masalah pembuangan sampah sarap sering menjadi masalah di Kampung
Batu Tiong, Dungun, Terengganu walaupun tedapat banyak tong sampah yang disediakan oleh
Majlis Pembandaran Dungun (MPD). Seramai 63% responden bersetuju dengan perkara ini
manakala 37% orang responden adalah sebaliknya. Sesetengah penduduk Kampung Batu Tiong,
No K/P : 67…
Dungun, Terengganu bersikap tidak bertanggungjawab dengan meletakkan sampah di luar tong
sampah, bukannya di dalam tong sampah. Sampah-sarap yang diletakkan di luar tong sampah itu
kebiasaannya akan dimakan oleh babi hutan seterusnya menyebabkan sampah-sarap itu menjadi
berterabur dan menjejaskan pemandangan sekitar. Apabila berlakunya banjir, sampah-sarap itu
akan dibawa sekali dan berterapung di atas air. Hal ini seterusnya boleh menjejaskan
pemandangan sekitar lokasi kajian kerana sampah-sarap itu akan berterabur di sekitar kawasan
apabila air banjir telah surut. Hal ini juga akan bertambah teruk apabila sampah-sarap itu juga
akan dihanyutkan ke dalam parit seterusnya menyebabkan parit tersumbat.
No K/P : 67…
6.0 RUMUSAN
Kajian ini telah menunjukkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji, punca-punca yang menyebabkan
krisis bekalan air bersih dalam kalangan penduduk di Taman Zaharah, Dungun Terengganu telah
dikenal pasti. Antara punca tersebut ialah pencemaran sumber air, gangguan cuaca, kebocoran
paip, alatan paip yang lama dan kerja penyelenggaraan.
Antara punca berlakunya krisis bekalan air bersih dalam kalangan penduduk di Taman
Zaharah, Dungun Terengganu adalah disebabkan oleh pencemaran sumber air. Punca
pencemaran sumber air ini lazimnya berlaku daripada pembuangan sampah sarap seperti plastik
dan pelbagai sisa makanan secara berleluasa. Sebahagian penduduk menyatakan bahawa
pencemaran sumber air merupakan salah satu punca krisis bekalan air bersih yang dialami di
kawasan kajian. Pembuangan sampah sarap dan pelbagai bahan lain berterusan ini menyebabkan
kawasan di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu berlaku pencemaran sumber air dan secara
tidak langsung kawasan yang dikaji mempunyai risiko yang besar untuk mengalami krisis
bekalan air bersih.
Selain itu, antara punca lain yang menyebabkan krisis bekalan air bersih dalam
kalangan penduduk di Taman Zaharah, Dungun Terengganu ialah gangguan cuaca. Hal ini
dikatakan demikian kerana fenomena cuaca seperti kemarau atau El-Nino menyebabkan
penyusutan aras air pada punca air. Impaknya, paras air yang rendah secara langsung
mempengaruhi tekanan air menyebabkan tekanan air turut rendah dan secara tidak langsung air
tidak dapat disalurkan dengan baik kepada penduduk setempat. Hal ini seterusnya menyebabkan
krisis bekalan air kerap berlaku.
Seterusnya, kebocoran paip juga merupakan salah satu punca berlakunya krisis bekalan
air bersih dalam kalangan penduduk di Taman Zaharah, Dungun Terengganu.. Kawasan tempat
tinggal penduduk ini mungkin dilengkapi dengan paip yang tidak berkualiti . Jadi apabila kualiti
No K/P : 67…
paip tidak mantap, kebocoran paip kerap berlaku di kawasan tersebut iaitu kawasan tempat
tinggal di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu. Hal ini akan menyebabkan kawasan yang
kebocoran paip ini terputus bekalan air terutamanya di kawasan paip yang sudah usang atau
reput. Justeru, kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan perlu dilaksanakan dengan lebih
berkesan agar masalah kebocoran paip yang boleh mendatangkan krisis bekalan air bersih tidak
berlaku dalam kalangan penduduk di kawasan Taman Zaharah, Dungun, Terengganu.
Selanjutnya, Taman Zaharah, Dungun, Terengganu dilanda krisis bekalan air bersih
disebabkan oleh penggunaan alatan paip yang lama. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengkaji
melakukan kajian soal selidik terhadap penduduk kawasan kajian, didapati bahawa majoriti
penduduk telah menyatakan bahawa masih terdapat banyak alatan paip di kawasan ini tidak
diganti dengan yang baru dan alatan paip yang digunakan buat masa sekarang sudah lama serta
berada dalam keadaan usang. Hal ini telah menjadi punca kepada masalah bekalan air dalam
kalangan penduduk. Pengkaji juga melihat kemudahan-kemudahan asas bagi setiap kawasan
perumahan tidak ditambah baik menyebabkan kemudahan-kemudahan asas mempengaruhi
saluran dan kualiti bekalan air bersih di kawasan tersebut. Contohnya, masalah saluran air dan
bekalan air berkarat. Pengkaji membuat andaian bahawa penggunaan alatan paip yang lama ini
tidak diambil endah dan mendatangkan kemudaratan kepada penduduk sekitar kawasan kajian
dan sehingga mengabaikan keselamatan penggunaan bekalan air bersih bagi penduduk yang
tinggal di sana.
Faktor terakhir yang menyebabkan berlakunya krisis bekalan air bersih di Taman
Zaharah, Dungun, Terengganu adalah disebabkan oleh kerja penyelenggaraan yang sering
dijalankan. Pengkaji dapat melihat bahawa kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan penukaran
sistem paip, pemeriksaan meter individu, kerja membaiki peralatan paip yang rosak atau kerja
menggantikan paip yang bocor. Hal ini menyebakan jika terdapat masalah-masalah seperti
kebocoran paip atau penambah baik pada sistem paip maka keseluruhan kawasan tesebut akan
mengalami gangguan bekalan air. Kesannya, kerja penyelenggaraan mengambil masa yang agak
lama maka, bekalan air di kawasan kajian akan terganggu . Jadi dapat dilihat dengan jelas
bahawa keadaan ini menampakkan bahawa kerja penyelenggaraan yang dijalankan memberi
kesan kepada krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu.
No K/P : 67…
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, persepsi atau pandangan
responden terhadap kesan-kesan krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun,
Terengganu telah dikaji. Antara kesan krisis bekalan air bersih ialah telah menganggu aktiviti
penduduk, memberi kemudaratan kepada penduduk, menganggu operasi perniagaan berasaskan
air, meningkatkan kos perbelanjaan keluarga dan gangguan emosi.
Antara kesan krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu ialah
mengganggu aktiviti penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan kajian, iaitu Taman
Zaharah tidak menerima bekalan air bersih disebabkan oleh bekalan dan tekanan air yang tidak
mencukupi dan secara tidak langsung menjejaskan aktivti harian penduduk. Jadi, air yang sedia
ada tidak dapat untuk menampung keperluan penduduk untuk kegunaan domestic mereka kerana
paras air semakin rendah dan menyebabkan tekanan air rendah. Hal ini perlu diatasi dengan
segera sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.
Selain itu, kemudaratan kepada kesihatan penduduk juga merupakan kesan apabila
krisis bekalan air bersih berlaku di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu Disebabkan gangguan
air berlaku maka penduduk akan merasai impak-impak apabila ia terputus. Penduduk akan
mudah dijangkiti penyakit seperti dehidrasi kerana kekurangan air dalam badan mereka.Malah,
penyakit juga mudah merebak dalam kalangan penduduk contohnya, penyakit kulit. Hal ini
dikatakan demikian kerana penduduk secara tidak langsung akan terdedah dengan sumber air
yang kurang bersih kerana tidak mendapat bekalan air yang mencukupi. Hal ini jelaslah
membuktikan bahawa krisis bekalan air bersih akan mempengaruhi dan memberi impak yang
besar kepada tahap kesihatan penduduk di kawasan kajian iaitu Taman Zaharah, Dungun,
Terengganu.
Selanjutnya, salah satu kesan yang terhasil apabila krisis bekalan air bersih berlaku di
Taman Zaharah, Dungun, Terengganu ialah mengganggu operasi perniagaan berasaskan air. Hal
ini dapat dilihat dengan beberapa pengusaha yang berniaga berasaskan air terpaksa menutup
perniagaan mereka sehingga bekalan air kembali pulih. Keadaan ini secara automatiknya
menyebabkan sumber pendapatan penduduk terganggu dan mengganggu pengurusan
perbelanjaan harian mereka.
No K/P : 67…
Seterusnya, peningkatan dalam kos perbelanjaan keluarga juga merupakan salah satu
kesan krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu. Masalah air di kawasan
kajian ini bukan sahaja menyusahkan penduduk dalam operasi perniagaan, ia juga mendatangkan
masalah yang serius dalam peningkatan kos perbelanjaan keluarga. Ini disebabkan sumber air
merupakan elemen penting untuk keguanaan domestic penduduk. Jadi apabila berlakunya
gangguan bekalan air, penduduk terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk stok air mineral bagi
kegunaan harian seperti minuman dan memasak. Hal ini dikhuatiri mengganggu kos
perbelanjaan penduduk yang secara tidak langsung menyebabkan penduduk mengalami krisis
kewangan oleh masalah bekalan air yang berlaku di Taman Zaharah, Dungun Terengganu.
Kesan krisis bekalan air bersih di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu yang terakhir
ialah gangguan emosi. Pengkaji membuat pemerhatian di kawasan Taman Zaharah, Dungun,
Terengganu dan hasil yang diperolehi ialah penduduk di sana menjadi tertekan dengan situasi
gangguan air yang berlaku di kawasan kajian. Hal ini kerana krisis air bersih telah menimbulkan
pelbagai masalah dari pelbagai aspek. Masalah kebersihan, pendedahan terhadap penyakit dan
gangguan terhadap urusan rumah tangga mempengaruhi emosi penduduk. Penduduk berasa
tertekan, kecewa dan marah apabila bekalan air terputus. Impaknya, mereka terpaksa
menangguhkan rutin harian mereka sehingga bekalan air kembali pulih.
Secara keseluruhannya, terbuktilah bahawa faktor-faktor krisis bekalan air bersih dan
kesan-kesan krisis bekalan air bersih yang dikemukakan oleh pengkaji adalah benar. Hal ini
dapat dilihat melalui data yang diperoleh iaitu majoriti responden yang merupakan penduduk di
Taman Zaharah, Dungun, Terengganu bersetuju dengan segala faktor-faktor krisis bekalan air
bersih dan kesan-kesan krisis bekalan air bersih yang dikemukakan kepada mereka. Sehubungan
dengan itu, krisis bekalan air bersih yang berlaku amat memberi impak yang amat besar kepada
penduduk di Taman Zaharah, Dungun, Terengganu. Krisis bekalan air juga turut membawa
kerugian kepada penduduk Taman Zaharah, Dungun, Terengganu kerana kos dalam menampung
keperluan air bersih ketika krisis bekalan air ialah tinggi. Selain itu juga, penduduk-penduduk
yang mengusahakan perniagaan berasaskan air akan menanggung kerugian yang besar kerana
jualan mereka terjejas apabila krisis bekalan air bersih berlaku. Hal ini boleh menutup punca
rezeki dan pendapatan mereka. Secara keseluruhannya dapat dilihat di sini dengan jelas bahawa
kedua-dua objektif dapatan kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu mengenal pasti faktor-
No K/P : 67…
faktor krisis bekalan air bersih dan mengkaji kesan-kesan krisis bekalan air bersih di Taman
Zaharah, Dungun, Terengganu adalah tercapai.
RUJUKAN
1. Kamus
No K/P : 67…
1.0 Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, 2008. Kuala Lumpur Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
1. Bahan Internet
2.1 Latar Belakang Negeri Terengganu, Dicapai pada 15 Januari 2019, dari
perbendaharaan.terengganu.gov.my
2.2 Peta Daerah Dungun, Dicapai pada 15 Februari 2018, dari http://www.google.com.my/maps/
2.3 Latar Belakang Daerah Dungun, Dicapai pada 15 Januari 2019, dari
pdtdungun.terengganu.gov.my
2.4 Peta Taman Zaharah, Dungun, Terengganu, Dicapai pada 16 Januari 2019, dari
http://www.google.com.my/maps/
2.5 http://www.ikim.gov.my
2.6 http://www.satuwater.com.my
2. Surat Khabar
3.0 Zaini Ujang, “ Krisis Air Di Selangor “ dalam Berita Harian, 11 Mac 2018
No K/P : 67…
LAMPIRAN
Gambar 1: Hakisan tanah berbukit yang tejadi di Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu
No K/P : 67…
Gambar 2: Sistem perparitan yang kurang efisien di Kampung Batu Tiong, Dungun, Terengganu
Abstrak i
Kandungan ii
Penghargaan iii
6.0 Rumusan 37 – 41
Rujukan 42 – 43
Lampiran
LAMPIRAN
No K/P : 67…
Gambar 1: Kampung Paya, Dungun, Terengganu yang merupakan lokasi kajian yang dipilih oleh
pengkaji
Gambar 2: Sistem perparitan yang kurang efisien di Kampung Paya, Dungun, Terengganu