Resepi Pemanggang Ajaib Sebenar
Resepi Pemanggang Ajaib Sebenar
Resepi Pemanggang Ajaib Sebenar
Kalau ikut suami saya, hampir tiap2 minggu mesti nak makan kambing. Tapi saya hadkan sebulan sekali je. Sama macam dia hadkan sy makan kfc. hehe.. Bukan apa, selain daging kambing ni mahal, risau gak tengok berat badan dia yang makin bertambah tu. huhu.. Memang betul kambing makanan sunnah Nabi kita. Namun xboleh la berlebih-lebihan jugak kan. Berjimat pun penting :) Bagi saya, nak buat bahan perapan untuk daging kambing ni pun simple je. Sebab nanti nak dipadankan dengan sos black papper, tu yang perap light2 je dah ok, hehe.. Ok.. Nah resepinya..
BAHAN BAHANYA : 2 keping daging kambing 1 inci halia 3 ulas bawang putih sedikit serbuk lada hitam sedikit garam sedikit kicap
1. Dengan menggunakan lesung batu, tumbuk hingga halus bahan-bahan perapan iaitu halia dan bawang putih ni 2. Lumurkan daging dengan bahan tumbuk, tambah lada hitam, garam dan kicap. Picit-picit dan tekan2 untuk sebatikan rasa. Saya perap semalam. Esok nak masak, harini di waktu yang sama dah buat. 3. Masukkan ke dalam Pemanggang Ajaib yang sudah dipanaskan dengan api sederhana besar. Saya guna bahagian yang rata, iaitu yang lebih nipis kerana sy taknak minyak yang keluar nanti akan bertakung di celahan bahagian bergrill. Sebab.. adalah sebabnya. tunggu 4. Bakar setiap bahagian kurang 10 minit atau sehingga masak yang dikehendaki. ( Saya akan masak sehingga half-cooked sebab kami x suka well-done) 5. Siap boleh dialihkan ke dalam pinggan.
Page | 1
SOS BLACK PEPPER Mari kita buat sos black peppernya pula. Kalau ikut resepi asal, guna kiub ayam tu tapi saya guna stok ayam yang dibuat sendiri. Jadi memang selamat dari MSG atau bahan pengawet yang lain :)
BAHAN BAHANYA 1/2 ulas bawang besar 1 cawan stok ayam 2 sudu tepung jagung yang dibancuh dalam 1/2 cawan air 1 sudu sos tiram 1 sudu kicap serbuk lada hitam secubit garam
1. Dalam bahagian Pemanggang Ajaib yang sama, tumisan bawang menggunakan minyak hasil dari panggang daging tadi 2. Bila dah naik bau, masukkan stok ayam. Biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram. 3. Bila dah cukup rasa, tuang 2 sudu tepung jagung yang dah dilarutkan dalam air utk pekatkan sos. Kacau perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan. 4. Dah siap, curah atas daging :)
Page | 2
BAHAN BAHAN AYAK BERSAMA BAHAN KERING - 1 cawan tepung gandum - 1 sudu kecil baking powder - 1/2 sudu kecil baking soda/soda bikarbonat - secubit garam - 2 sudu besar gula castor
BAHAN BASAH - 1 biji telur - 1 cawan susu dicampur dengan 1 sudu besar cuka atau jus lemon, biarkan selama 10 minit (untuk buat buttermilk)/ atau jika mahu boleh beli buttermilk, mahal sikit la ;p - 1 sudu kecil vanilla 3 sudu besar mentega dicairkan mentega untuk melengser kuali nangka dipotong kiub
Page | 3
CARA CARANYA 1) Gaul bersama telur, susu masam/buttermilk, vanilla. Campurkan kepada bahan kering dan kacau dengan handwhisk sehingga sebati (jangan terlebih pukul. kalau ada lump sikit2 tak apa). 2) Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kacau. Biar adunan seketika untuk rest 15minit 3) Gunakan pemanggang ajaib bahagian yang lebih nipis, panaskan ke suhu sederhana. Cairkan sedikit mentega. Dengan menggunakan senduk/ladle, tuangkan adunan ke dalam pan (bergantung kepada saiz pancake anda, boleh buat satu-satu atau 2,3 sekali) 4) Bila pancake mula untuk nampak rongga udara, taburkan/susun kiub nangka di atas pancake dan tekankan sedikit kedalam pancake. biarkan masak beberapa saat sebelum menterbalikkan pancake. 5) Ulang sehingga habis pancake batter. Selain nangka, buah-buahan lain yang bersesuaian boleh digunakan seperti pisang, mangga dan juga isi durian. Cubalah bereksperiment ya :)
Page | 4
1. Dengan menggunakan blender kering, kisar halus atau boleh juga tumbuk dengan lesung batu bahan-bahan perapan iaitu serai, halia, bawang merah dan bawang putih 2. Perap ayam dengan bahan tumbuk seketika, tambah lada hitam, kunyit dan garam. Picit-picit dan tekan2 untuk sebatikan rasa. 3. Masukkan dalam Pemanggang Ajaib yang sudah dipanaskan dengan api sederhana besar. Jangan kecil sangat apinya nanti ayam masak perlahan akan menyebabkan air ayam akan keluar banyak, ayam lambat garing. 4. Bakar setiap bahagian 10 minit sehingga naik bau 5. Siap boleh dihidangkan dan dihias mengikut citarasa masing-masing
Makan dengan nasi panas-panas dan ulam-ulaman. Sambal belacan dah tak perlu sebab lauk ni dah cukup pedas bagi saya :)
Page | 5
BAHAN BAHANYA : 300g isi ayam dipotong dadu garam secukup rasa 2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 cawan tepung gandum 2 sudu tepung jagung 2 sudu tepung beras 1 biji telur dipukul sedikit
CARA CARANYA : 1. Perapkan dada ayam yang dipotong dadu bersama bahan perasa dan telur selama 30 minit. 2. Dalam bekas yang mempunyai penutup, campurkan ketiga-tiga jenis tepung, lada hitam dan sedikit garam. Tutup penutup dan goncang untuk sebatikan tepung. 2. Kemudian celupkan dan salutkan ayam ke dalam campuran tepung. Tekan2 dan sebatikan hingga rata. 3. Setelah itu, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Boleh juga goreng dalam pemanggang ajaib di bahagian yang lebih rata. Minyak diperlukan sedikit berbanding deep fry dalam kuali biasa. Lagipun minyak yang digunakan tidak elok direcycle lagi kan.
Page | 7
4. Angkat dan toskan di atas kitchen paper. Sedia untuk dihidangkan. Boleh makan begitu saja atau dengan nasi, mee atau balut dalam roti tortilla. Roti Tortilla sy beli di carefour di bahagian roti satu paket ada 5 keping. Sangat sesuai untuk sarapan mudah atau boleh juga masa minum petang. Sy cuma gunakan apa2 yang sesuai yang ada dalam peti seperti daun lettuce, sos cili n mayonis. Nak buat ni simple n senang je tapi sangat mengenyangkan. Mula-mula, layurkan dulu roti Tortilla di atas Slant Fry Pan supaya ianya agak lembut dan garing, susun salad atas roti n ayam berserta sos cili, mayonis..ikut kesukaan. Kemudian lipat bersegi tiga atau gulung bulat terus pun boleh..
Page | 8
BAHAN BAHANYA 5 ketul ayam (dibuang kulit dan lemak)1/2 sudu serbuk kunyit (bancuh dalam 1 cawan air) 1 cawan susu cair 1 keping asam 1 helai daun kunyit 2 biji ubi kentang dibelah 4 100g bunga kobis dihiris 1 biji lobak dihiris 8 ulas bawang merah 3 biji cili merah dikisar 5 biji cili padi diketuk 4 batang serai diketuk 2cm lengkuas diketuk CARANYA : 1. Campurkan ayam, ubi kentang, bahan yang diketuk, dikisar dan air kunyit ke dalam Pemanggang Ajaib 2. Tutup penutup, api sederhana besar, masak sehingga mendidih
Page | 9
3. Apabila ayam separuh masak, masukkan bunga kobis, lobak merah, asam kepung, daun kunyit dan garam 4. Akhir sekali masukkan susu cair 5. Setelah ayam masak, hias dan hidangkan
Page | 10
INTI 1 batang carot disagat 5 batang kacang panjang dipotong 1 cm sekeping, dua tauhu potong dadu 1cm 1/4 biji sengkuang disagat ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn. bawang merah panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu. masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang. masak denagn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat ketepikan.
Page | 11
UNTUK KULIT POPIA 1) 1/2 kg tepung gandum 2) 1 biji kuning telur 3) 1 sd garam 4) 1 sd cuka masakan 5) air yg secukupnya. 1) bancuh semua bahan, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2. perap 3,4 jam. 2) setelah diperap, panaskan kuali non stick dgn api perlahan (boleh guna Pemanggang Ajaib) 3) sapu minyak dengan nipis atas kuali tu. guna tuala kecil @ tisu. jangan buh minyak banyak nanti adunan x nak lekat. 4) angkat kuali dari api, letak atas meja. dengan tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis. bawa/tarik adunan serata kuali. (benda ni kena praktis la..hehe.. tapi sebenarnya senang je..) 5) adunan yangg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk bersama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu. 6) lepas tu letakkan kembali kuali atas api, masa ni bleh jika nk kuat kan skit api.. skit je tau. biar beberapa minit, lalu boleh lah diangkat. buat sampai habis 7) ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya. jangan banyak2. isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2.. cubalah ya. kita tengok apa hasilnya. kalau menjadi nanti jangan lupa upload kat sini
Page | 12
BAHAN BAHANYA Daging kisar (daging ayam atau lembu) Bawang merah dipotong dadu sebanyak mana yang suka Sebiji telur ayam Sos BBQ Oregano Blackpaper (Tak kisah yang nak tumbuk ataupun blend) Whitepaper (seperti di atas) Garam Seasoning (terpulang pada pilihan masing-masing) Cheesedale Lobak merah (disagat) Salad (disagat)
CARA CARANYA Campur dan gaul sebati ke semua bahan di atas kecuali cheesedale, lobak merah dan salad Simpan di dalam peti lebih kurang 30 minit atau lebih Bentukkan burger mengikut kesukaan saiz
Page | 13
Bakar patty burger di dalam pemanggang ajaib sehingga masak kedua-dua bahagian Sediakan roti, sapu sedikit butter pd roti dan bakar bersama patty tadi di dalam pemanggang ajaib Dengan kreativiti masing2, lapisi burger anda mengikut citarasa sendiri dengan sayur-sayuran yang digemari Jangan lupa untuk tambah perasa seperti sos cili, mayonis dan sos lada hitam. Cuba lah! Selain jimat dapat makan sesuka hati sehingga puas. hehe.. Selain tu boleh simpan patty di dalam freezer untuk dibakar bila-bila masa
Page | 14
BAHAN BAHANYA 2 cawan tepung gandum * 1 sudu baking powder dan soda bikarbonat* 1 cawan serbuk koko * 3/4 cawan minyak atau margerin yang dicairkan 3/4 cawan susu pekat 1/2 cawan gula 3 biji telur
CARA CARANYA 1. Ayakkan bahan yang bertanda * 2. Dalam mangkuk yang lain, pukul minyak, susu pekat, gula dan telur dengan menggunakan mixer 3. Apabila bahan yang dipukul telah kembang, masukkan campuran tepung sambil dikacau sedikit demi sedikit 4. Apabila bahan dicampur jadi sebati, masukkan ke dalam pemanggang ajaib dan masak atas api yg kecil selama 10-15min. Check untuk pastikan kek cukup masak. 5. Bila dah masak, keluarkan dengan menekapkan kek ke atas pinggan dan terbalikkan. Hatihati.. Perlu seorang pembantu ketika ini. Selepas itu bolehla hiaskan kek anda dengan topping agar lebih menyelerakan. Yummy!
Page | 15
UNTUK TOPPING HIASAN 1/2 bar coklat masakan 2 sudu butter 2 sudu susu pekat Masak guna kaedah double boiler bagi campuran di atas sehingga mencapai kelikatan yang dikehendaki, curahkan ke atas kek coklat. Boleh la dihiasi dengan badam atau coklat rice Selamat mencuba ya psst ; Membakar kek coklat menggunakan pemanggang ajaib jauh lebih cepat berbanding membakar di dalam oven. Hanya 15min kek anda boleh check kek anda menggunakan lidi atau garfu untuk pastikan siap dimasak. Kalau tak percaya, cubalah sendiri ^* -
Page | 16
CARA CARANYA : 1) roti dikerat2 kecik. 2) pukul telur, tambah susu, gula, garam. dan esen vanilla dan mentega, kemudian kacau sebati 3) susun roti dalam pemanggang ajaib dan selang selikan dengan tambah kismis/prune/kurma 4) tambahkan adunan telur tadi dengan menggunakan sudu. biarkan hingga roti kembang 5) bakar 5-10 min setiap bahagian/ hingga masak
BAHAN UNTUK SOS KASTARD 1 tin susu cair 1 tin air (guna tin susu cair tadi) 2 sudu besar tepung kastad 2 sudu besar gula
Page | 17
Campurkan ke dalam periuk dengan api kecil dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2) Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.
Page | 18
CARA CARANYA 1) Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. 2) Satukan bahan blend/tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati sebagai bahan rempah 3) Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes rempah cili, letak ikan dan lapiskan rempah cili sekali lagi. 4) Tutup daun pisang dan susun ke atas pemanggang ajaib.
Mudah saja kan? Bagi peminat ulam-ulaman, anda boleh letakkan pucuk2 ulam sebelum membungkus daun pisang. Terutama ulam2 yang pahit. Cubalah
Page | 19
RESEPI SATE
BAHAN BAHANYA daging ayam atau lembu 1 kg dipotong kecil2 *buah keras 6biji *halia seinci *serai 4 batang *kunyit hidup 2 inci *gula gabung secukupnya *garam *bawang putih 10 ulas lidi sate
CARA CARANYA - Kisar smua bahan yang bertanda * diatas - Perap isi ayam bersama bahan kisar selama 3 jam (lagi lama perap lagi sedap rasa yer) -Selepas perap cucuk isi ayam menggunakan lidi satey - Sedia dibakar. Guna bahagian pemanggang ajaib yang lebih nipis tu ya
Page | 20
CARA CARANYA 1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga kekuningan kemudian tutup api 2. Tumbuk halia hingga lumat, dan tambahkan lada hitam dan bawang putih goreng bersama dengan minyak tadi. Lenyek perlahan-lahan sehingga hancur 3. Masukkan sos cili, sos tiram dan gula. Satukan hingga sebati 4. Lumurkan bumbu tadi pada ayam dan perapkan selama sejam atau lebih lama lagi sedap 5. Panggang ayam tersebut selama 30minit. Jangan lupa pusing-pusingkan pemanggang ajaib sehingga ayam cukup masak
Cadangan masakan : Sedap dan sangat sesuai dihidangkan bersama-sama sos cili halia atau sos cili bawang putih dan nasi ayam. Ayam yang sesuai dipotong 4 dan diperap semalaman bagi menambahkan rasa menyerap ke dalam hidangan yang disediakan
Page | 21
CARA CARANYA 1. Gaul daging cincang dengan sedikit lada hitam dan garam. Ketepikan 2. Pukul telur, masukkan daging cincang, hirisan bawang besar, lada merah dan hijau serta daun ketumbar. Gaul rata 3. Roti dibelah dua 4. Titiskan sedikit minyak zaitun atau mentega di atas pemanggang ajaib. Curahkan adunan telur dan daging cincang kemudian tekapkan roti yang dibelah tadi. 5. Goreng sehingga masak. Letakkan sos dan lipat roti john sebelum dihidangkan.
Tips : Untuk menghasilkan Roti John yang sedikit berbeza, gaulkan adunan telur dan daging dengan sedikit parutan keju mozarella sebelum digoreng.
Page | 22