Tugasan Individu Pedagogi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TUGASAN INDIVIDU i. Menulis sebuah esei yang menjelaskan maksud model pengajaran.

Merujuk kepada konteks kurikulum, model dikatakan sebagai satu entiti yang mengandungi beberapa komponen bagi membantu mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan. (dipetik daripada artikel Model Pengajaran) Pengajaran pula ditakrifkan sebagai penyampaian maklumat dalam pelbagai situasi pendidikan. Secara amnya, model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Model-model pengajaran juga

sebenarnya merupakan model pembelajaran. (dipetik daripada artikel Model Pengajaran) Dengan lebih jelas lagi, model pembelajaran merupakan satu perihalan yang dijadikan panduan oleh guru untuk merancang kurikulum khususnya selain merangka kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berpandukan komputer, lembaranlembaran kerja dan sebagainya. Namun begitu, model ini haruslah bersesuaian dengan pelbagai situasi pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi. (dipetik daripada artikel Model Pengajaran) Selain itu, model ini juga haruslah bersesuaian atau harus diubahsuai dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan. Terdapat empat kumpulan model pengajaran yang seringkali dijadikan panduan guru iaitu Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model Personal. (dipetik daripada artikel Model Pengajaran) Di dalam Modul EDM2204 Pedagogi (17:2013), model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid kita. Ini bermaksud model pengajaran merupakan blueprint pengajaran. Model ini adalah strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. (dipetik daripada modul EDM2204 Pedagogi 17:2013) Lanjutan daripada itu, selepas menggunakannya sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran, model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balas
1

tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan. (dipetik daripada modul EDM2204 Pedagogi 17:2013) Selain daripada itu, menurut Haryanto, model pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai prosedur sistematis dalam mengorganisasikan pengalaman belajar untuk mencapai tujuan belajar. Ia juga dapat juga diertikan suatu pendekatan yang digunakan dalam kegiatan pembelajaran. (dipetik daripada artikel Pengertian Model Pembelajaran) Maka, sebenarnya model pembelajaran memiliki erti yang sama dengan pendekatan, strategi atau kaedah pembelajaran. Ini adalah kerana ia telah dikembangkan menjadi pelbagai model pembelajaran, dari yang sederhana sampai model yang agak kompleks dan rumit karena memerlukan banyak alat bantu dalam penerapannya. (dipetik daripada artikel Pengertian Model Pembelajaran)

ii.

Pilih salah satu daripada model-model pengajaran dan pembelajaran dan bincangkan implikasi model tersebut ke atas proses pengajaran dan pembelajaran dalam kontek sekolah di Malaysia.

PENDAHULUAN Model pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang

menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja secara produktif dalam masyarakat. (dipetik daripada modul EDM2204 Pedagogi 27:2013) Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah bertujuan untuk membantu pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain , itu, model ini juga dapat membantu memperkembangkan perspektif individu dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan. (dipetik daripada artikel Analisis SWOT Model Pengajaran Sosial) Menurut Joyce et al. (2001), Model sosial melatih pelajar menggunakan

kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat


2

serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. Ini bermakna model sosial

mementingkan unsur interaksi sosial sambil pelajar-pelajar bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti, mengumpul maklumat, mengkaji dan menganalisis maklumat, menilai dan mentafsir serta membuat kesimpulan. (dipetik daripada modul EDM2204 Pedagogi 27:2013 )

CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA (dipetik daripada modul EDC 2103: Psikologi Pendidikan 86:2013) Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. a) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain lain. b) Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. c) Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. d) Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

PEMBELAJARAN KOPERATIF Di dalam model sosial juga terdapat pembelajaran koperatif. Slavin (2005) menyatakan bahawa pembelajaran aktif berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamik serta berpusatkan pelajar. Menurut Hemich et al. (2005), murid dapat belajar dalam satu pasukan yang hetrogen, saling bergantung, tidak bersaing sesama mereka, tetapi sama-sama menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan. (dipetik daripada modul EDM2204 Pedagogi 27:2013) Aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran yang demokratik, dimana pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan cara pencapaian pembelajaran mereka, manakala guru memainkan peranan dalam menstrukturkan kumpulan dan prosedur. (dipetik daripada modul EDM2204 Pedagogi 28:2013) Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang menerangkan tentang bagaimana seorang murid dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan dan cara
3

untuk memperoleh kerjasama. Oleh itu, murid akan dapat mempelajari cara belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan, iaitu selain dapat mengeratkan silaturahim, ia juga dapat memperoleh cadangan yang berlainan dengan adanya perbincangan. Sebab itulah ia dikatakan belajar secara berkumpulan dapat memperoleh kebolehan. Kebolehan yang diterangkan ialah kebolehan berfikir murid tersebut. (dipetik daripada Model Pengajaran Sosial) Selain itu, murid juga berlajar cara untuk berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Perkara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pelajar dan akan memperolehi kerjasama yang kuat. Selain itu, pembelajaran ini juga bertujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Tambahan pula, dengan membuat kerja dalam berkumpulan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan, murid juga bertanggungjawab terhadap diri dan kumpulan. (dipetik daripada Model Pengajaran Sosial)

IMPLIKASI MODEL PEMBELAJARAN

SOSIAL

DALAM

PROSES

PENGAJARAN

DAN

Albert Bandura memperkenalkan prinsip asas model sosial iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau secara ringkasnya ialah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian maklumat yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang diajar. Berdasarkan model sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh pemerhati.

Sebagai seorang guru, kita sewajarnya turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama, di antara implikasi yang berkait rapat dengan model sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar normanorma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi, manipulasi dan sebagainya. Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada muridmurid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini. Ketiga, persembahan pengajaran seseorang guru atau demontrasi guru seharusnya jelas, tersusun dan menarik. Ini adalah kerana, demontrasi guru yang jelas dan menarik membolehkan murid meniru dengan mudah dan berkesan berdasarkan konsep pemerhatian atau peniruan. Seterusnya, guru mestilah sentiasa bersedia dengan kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demontrasi pembelajaran di dalam kelas jelas,dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara mudah. Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contohcontoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat melihat secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh gurunya. Kemudian, guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model untuk ditiru berdasarkan kepada hasil kerjanya yang bagus ataupun menjemput seorang murid yang cemerlang untuk membuat demontrasi bagaimana dia boleh menghasilkan hasil kerja yang cemerlang.
5

Selain itu, guru juga boleh mengajar nilai-nilai murni dan watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Implikasi penggunaan model ini dalam mengajar nilai-nilai murni ialah guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dan cintakan sejarah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Di dalam model sosial juga, guru perlu memaparkan hasil kerja terbaik murid untuk membolehkan murid berkenaan terus berusaha dan dapat merangsang murid lain berusaha seperti yang mereka lakukan. Melalui model sosial murid dapat dibentuk ke arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz, teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar minda kepada murid agar kemahiran kognitif mereka dapat berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan tahap mereka. Peneguhan juga harus diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Peneguhan bersifat memberi motivasi kepada murid untuk terus menunjukkan akhlak dan prestasi yang baik semasa guru mengajar di dalam kelas. Selain daripada itu, peneguhan juga dapat menimbulkan sikap suka bersaing dalam kalangan murid untuk membuat yang terbaik semasa berada di dalam kelas.

IMPLIKASI PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran koperatif memberi implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar didedahkan dengan semangat berpasukan. Semangat berpasukan yang terbentuk dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu murid yang sederhana dan lemah untuk sama-sama memahami aktiviti yang dilakukan dengan bantuan murid yang cerdas. Selain daripada itu, murid juga didedahkan dengan kemahiran memberikan arahan, memperoleh perhatian murid, kemahiran menyoal serta peranan dalam memerhati dan membimbing kumpulan. Kemahiran-kemahiran ini dapat membentuk sifat kepimpinan yang terdapat di dalam diri murid.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru perlu memberikan tugasan yang memerlukan sumbangan daripada semua ahli kumpulan di mana murid yang lemah akan dibimbing oleh ahli-ahli yang lain untuk mencapai keseluruhan gred yang baik. Maka, guru perlu kreatif dalam membina aktiviti yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar yang berbeza. Nilai kerjasama dapat diterapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menerusi pembelajaran koperatif. Murid bekerjasama untuk menyelesaikan konflik dan masalah yang diberikan oleh guru melalui tugasan yang diberikan. Melalui tugasan ini juga, murid dapat membina kemahiran sosial merangkumi belajar melalui pemerhatian, pemodelan, main peranan, penerangan, peneguhan dan latihan atau amalan kemahiran sosial. Menurut Kagan, empat kaedah yang paling penting ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan main peranan,

penstrukturan dan refleksi.

KESIMPULAN Model sosial dan pembelajaran koperatif meninggalkan implikasi yang positif kepada murid terutamanya. Murid memperolehi banyak ilmu dan manfaat melalui prinsip pemerhatian atau pemodelan berdasarkan kepada teori Albert Bandura. Murid dapat bertingkahlaku seperti yang diingini oleh guru jika guru menerapkan model sosial dan pembelajaran koperatif dengan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid. Murid juga dapat membina sifat kepimpinan dan kemahiran sosial apabila wujudnya interaksi sosial apabila murid bekerjasama untuk menyiapkan tugasan seperti yang diterapkan oleh guru dalam pembelajaran koperatif. Implikasi-implikasi positif ini menguntungkan murid itu sendiri dan juga dapat meningkatkan prestasi sekolah serta dapat membuktikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang direncanakan oleh guru itu berhasil.

iii.

Berdasarkan kepada pengalaman anda di sekolah dalam subjek yang anda mengajar, nyatakan beserta dengan contoh bagaimana model pengajaran dan pembelajaran yang dipilih boleh memberi kesan positif kepada kecemerlangan akademik pelajar.

Model pengajaran yang saya aplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran salah satunya ialah daripada model sosial. Sebagai seorang guru yang memegang status sebagai ustazah ataupun guru agama saya perlu menjadi seorang yang berperwatakan qudwah hasanah atau contoh teladan yang baik kepada murid. Sebagai seorang pendidik, saya haruslah berusaha untuk menjadikan diri sebagai seorang insan contoh yang berilmu, berhemah tinggi dan mempunyai integrasi kerana tingkah laku dan pembawakan diri saya sentiasa terdedah kepada pengamatan murid-murid yang saya ajar. Melalui model pengajaran sosial, konsep pemerhatian atau pemodelan diutamakan. Oleh itu, murid yang telah memerhati guru akan mengambil contoh teladan yang baik untuk diikuti seterusnya secara tidak langsung membuatkan murid menjadi cemerlang baik dari segi akademik mahupun sahsiah. Seterusnya, saya juga menggunakan khidmat murid turus ataupun lebih dikenali sebagai murid pembimbing. Sebagai contoh, saya akan memilih murid ini dan tugas beliau adalah untuk membimbing rakannya yang lain seperti di dalam kelas Tasmik Al-Quran ataupun Iqra. Penggunaan murid turus bertepatan dengan konsep model pengajaran sosial apabila menggunakan rakan sebaya sebagai model untuk membimbing murid yang lemah sekaligus memberikan motivasi dan semangat kepada murid yang lemah untuk berjaya. Semasa mengajar Pendidikan Islam seperti di dalam tajuk Ibadah, saya menggunakan kaedah tunjuk cara dan juga simulasi. Sebagai contoh, di dalam amali wudhu, saya perlu menunjukkan cara kepada murid bagaimana untuk mengambil wudhu. Setelah murid mendapat maklumat ini melalui pemerhatian maka mereka dapat melakukannya dengan mudah. Guru menjadi model dan murid mendapat ilmu melalui proses pemerhatian bertepatan dengan teori yang dianjurkan oleh Albert Bandura di dalam model pengajaran sosial. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, saya juga meraikan murid dengan memberi peneguhan positif kepada mereka sama ada dalam bentuk pujian ataupun material. Peneguhan ini harus diberi untuk memberi mereka galakan dan motivasi agar mereka lebih cemerlang di dalam pelajaran. Melalui pemerhatian saya, murid yang diberi peneguhan positif mempunyai kekerapan untuk membuat sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya seperti apabila mereka boleh menjawab soalan yang
8

ditanya oleh guru, mereka akan lebih kerap secara sukarela untuk menjawab kuiz yang diberi oleh guru. Memaparkan hasil kerja murid kepada murid lain ataupun memaparkan hasil kerja tersebut di papan kenyataan kelas merupakan satu usaha daripada saya untuk memastikan hasil kerja murid ini dihargai. Di dalam subjek Pendidikan Islam, sememangnya nilai-nilai murni sentiasa diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya akan sentiasa memastikan murid mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari dengan membuat banyak latih tubi ketika berada di dalam kelas. Sebagai contoh, di dalam adab keluar masuk rumah, saya akan memastikan murid juga mempraktiskan adabadab tersebut ketika mereka keluar dan juga masuk dari kelas. Saya juga menekankan pembelajaran secara koperatif iaitu murid diberi tugasan secara berkumpulan. Ahli dalam sesebuah kumpulan dibahagikan mengikut tahap kecerdasan yang berbeza iaitu cerdas, sederhana dan lemah. Ini

membolehkan murid saling membantu ketika menjalankan aktiviti. Melalui tugasan berkumpulan kemahiran sosial murid dapat dibina dan seterusnya dapat

meningkatkan prestasi pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, ketika sesi amali solat, murid dibahagikan mengikut kumpulan dan dicampurkan mengikut kelas yang berbeza. Murid dari kelas pertama atau kedua selalunya akan dilantik menjadi naqib atau naqibah (yakni ketua). Mereka yang dilantik ini akan membantu guru dalam menjalankan aktiviti amali solat. Ini membolehkan keseluruhan murid mencapai objektif yang ditetapkan iaitu

melaksanakan kesemua rukun solat dengan sempurna. Kesimpulannya, model pengajaran sosial dan pembelajaran koperatif memberikan kesan positif kepada prestasi murid. Murid dapat melihat contoh-contoh yang baik melalui pemerhatian kerana guru dan murid yang cemerlang telah dipilih menjadi model dalam kehidupan murid di sekolah. Kemahiran sosial seperti bekerjasama, sifat kepimpinan, tolong-menolong juga menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi murid dari sudut akademik dan juga sahsiah murid.

RUJUKAN

1) Boon Pong Ying et al. (2013). EDM 2204: Pedagogi. Modul DPLI-SR Komponen Wajib. IPG Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

2) Haryanto. 25/11/2013

(2011).

Pengertian

Model

Pembelajaran.

Diperoleh

pada

daripada

http://belajarpsikologi.com/pengertian-model-

pembelajaran/.

3) Wong Kiet Wah et al. (2013). EDC 2103: Psikologi Pendidikan. Modul DPLISR. IPG Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. 4) Analisis SWOT Model Pengajaran Sosial. Diperoleh pada 25/11/2013 daripada http://kaerulashraf90.blogspot.com/.

5) Model

Pengajaran

Sosial.

Diperoleh

pada

25/11/2013

daripada

http://wajip.blogspot.com/2012/09/model-pengajaran-sosial.html.

6) Model

Pengajaran.

Diperoleh

pada

01/12/2013

daripada

http://modelpersonal2c.blogspot.com/2010/09/model-pengajaran.html.

10

You might also like