Aktiviti Karnival Sains

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

AKTIVITI KARNIVAL SAINS

DEMONSTRASI SAINS

Bebola api

Memasukkan telur dlm kelalang kon. 1. gunakan kertas yg dibakar- spy kurang oksigen jd telur ditarik masuk 2. atau tuang air panas kedlm kelalang kon spy kelalang panas dan buang air panas.Cepat2 letak telur atas kelalang. Telur akan ditarik kedlm.(proses pengembangan dan pengecutan udara) 3. utk keluarkan telur dr kelalang, panaskan semula kelalang spy udara di dlm kelalang panas dan mengembang. Telur akan tertolak keluar.

MENCERAP MATAHARI
- Jemput Mr Lim dari Pembekal Teleskop dari Bukit Jambul, Penang.

KUIZ PETI POS

Cara perlaksanaan

1. Guru menyediakan 10 soalan mengikut tahap dan dipamerkan di papan kenyataan yang mudah dilihat oleh murid. 2. Murid perlu menjawab 10 soalan pada kertas jawapan yang dibeli dengan harga 10 sen (guna untuk beli hadiah). 3. Setelah murid mencari jawapan dan mengisi jawapan di dalam kertas jawapan, murid memasukkan kertas jawapan di dalam peti pos. 4. Pada akhir tempoh masa di beri, guru mengutip kertas jawapan dan menilai serta mencari pemenang.

SOALAN KUIZ PETI POS


TAHUN 4, 5 dan 6

1. _________________merupakan kepingan batuan atau logam yang terapung di ruang angkasa. 2. Bintang yang paling hampir dengan Bumi. 3. Faktor yang menyebabkan pengaratan ialah kehadiran _____________ dan ____________. 4. Planet yang berputar secara sisi. 5. Sumber elektrik yang terdapat pada basikal yang digunakan untuk menyalakan mentol. 6. Bumi beredar mengelilingi Matahari mengambil masa _____________ hari. 7. Fasa Bulan yang tidak kelihatan di langit. 8. Miligram(mg) ialah unit yang digunakan untuk mengukur _________________. 9. Cara pembiakan bagi pokok setawar. 10.Organ pernafasan bagi rama-rama.

JAWAPAN SOALAN KUIZ PETI POS

NAMA : _____________________________

TAHUN : __________

No. 1.

Jawapan

No 6.

Jawapan

2.

7.

3.

8.

4.

9.

5.

10.

JAWAPAN SOALAN KUIZ PETI POS

NAMA : _____________________________

TAHUN : __________

No. 1.

Jawapan

No 6.

Jawapan

2.

7.

3.

8.

4.

9.

5.

10.

KENALI DINASOUR

SELAMATKAN TELUR

KERETAKU LAJU

JUALAN JUMPING BEAN

Cantumkan di bahagian dasar dengan double sided putih

Lipat mengikut garisan dengan double sided putih

Setelah masukkan gulitutup di bahagian atas dengan lekatkan dengan double sided putih

DOMINOS Cara pelaksanaan 1. Setiap kumpulan disediakan 10 keratan ayat(cikgu potong satu2 dulu dan masukkan dlm sampul surat terpakai baru bg murid), kertas sebak(mahjung), gam. 2. Setiap kumpulan menyusun 10 keratan untuk membentuk ayat sains. Ayat tersebut hendaklah bersambung dan tidak terputus. 3. Murid boleh mereka bentuk daripada binaan ayat sains tersebut seperti bentuk kapal, kereta, rumah dll. contoh (Cuma bg gambaran)
proses tumbuhan membuat makanan dan memerlukan gas fotosintesis Karbon dioksida Ialah gas yang dibebaskan semasa proses pernafasan. Proses ini melibatkan organ

peparu

P/s : xnmpk gambaran blh Tanya ye..

SAINS DAN MAGIK / MAGIC SCIENCE / KEAJAIBAN SAINS Cara perlaksanaan : 1. guru arahkan murid cari apa2 magik sains samada dr internet atau buku. 2. tunjukkan pada guru, magik yg menarik dan tak memerlukan belanja yg banyak blh diterima. 3. pada hari yg ditetapkan, biasanya saya buat khas satu hari tanpa aktiviti lain. 4. guru menyediakan beberapa stesen mengikut bilangan penyertaan. 5. pada hari tersebut murid-murid yg handle aktiviti. Guru hanya mengawal keadaan aje. AKTIVITI YANG DICADANGKAN : -sumbangan dr Puan The Maliha (harap2 kak the halalkan ye)
STESEN 1

AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN


TELUR TENGGELAM DAN TIMBUL

ALAT DAN BAHAN 2 bikar 2 biji telur Air paip Air garam

KAEDAH Bikar pertama diisi air paip dan masukkan telur. Bikar kedua diisi air garam dan masukkan telur. Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 2 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

TELEFON MAKLUMAT

ALAT DAN BAHAN 2 cawan kertas benang 2 anak mancis

KAEDAH 1. 2. 3. 4. 5. Ikatkan hujung benang dengan anak mancis. Masukkan ke lubang bahagian bawah cawan kertas. Gunakan benang yang panjang dan hujung benang yang satu lagi diikatkan dengan anak mancis. Tegangkan benang dan pegang cawan kertas oleh dua orang. Seorang boleh bercakap melalui mulut cawan kertas menghantar maklumat dan seorang lagi mendengar maklumat yang disampaikan.
STESEN 3 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

CERMIN MATA X-RAY

ALAT DAN BAHAN Kad manila Bulu ayam Masking tape Gunting

KAEDAH 1. 2. 3. 4. Bina satu lubang di bahagian tengah kad manila. Letakkan sehelai bulu ayam dan tampal dengan masking tape pada pangkal dan hujung bulu ayam. Pegang kad manila dan lihat melalui lubang yang dipasang dengan bulu ayam itu ke arah cahaya. Letakkan tangan di hadapan dan perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 4 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

MENARA KAD

ALAT DAN BAHAN Satu set kad Permukaan lantai atau meja yang rata

KAEDAH 1. 2. 3. Sediakan satu pasukan seramai 3 orang. Gunakan satu set kad bagi membina satu menara yang paling tinggi dan kukuh dalam masa 3 minit sahaja. Lakukan pemerhatian terhadap hasil binaan tersebut.

STESEN 5 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

CUCUK BELON TAK PECAH

ALAT DAN BAHAN Belon

Lidi satay

KAEDAH 1. 2. 3. Tiupkan belon sehingga ia besar dan ikatkan bahagian hujungnya supaya udara tidak keluar Cucukkan belon itu dengan lidi satay pada bahagian yang tajam dan seterusnya cucuk hingga menembusi permukaan sebelahnya. Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 6 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

ALAT PENGGANDA AIR

ALAT DAN BAHAN Bekas/botol air minuman yang besar Penyumbat getah Salur getah/plastik Tiub kaca Bikar

KAEDAH 1. 2. 3. 4. 5. Sediakan radas dengan memasang penyumbat getah bersama salur kaca di bahagian bawah bekas. Bahagian hujung salur kaca dalam bekas disambungkan salur getah dan lengkungkan salur getah dengan hujungnya menghala ke bawah. Isikan air ke dalam bekas dengan meninggalkan sebahagian atas salur getah. Seterusnya tuangkan air sehingga seluruh salur getah tenggelam. Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 7 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

MEMANCING KIUB AIS

ALAT DAN BAHAN Batang pancing/kayu/plastik Benang Kiub ais Bekas ais Serbuk garam

KAEDAH 1. 2. 3. 4. 5. Ikatkan benang pada bahagian hujung batang pancing. Sediakan kiub ais di dalam bekasnya. Pancing ketul ais itu hingga ia melekat pada hujung benang. Jika tidak boleh, gunakan sedikit serbuk garam. Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 8 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

GELAS TERBALIK AIR TAK TUMPAH

ALAT DAN BAHAN Gelas Air Kad manila

KAEDAH 1. Isikan air ke dalam gelas hampir penuh.

2. 3. 4. 5. 6.

Letakkan kad manila menutupi aaamulut gelas itu. Pegang kad manila itu dan terbalikkan gelas yang berisi air itu. Pastikan air tidak keluar dan lepaskan kad manila. Perhatikan apa yang berlaku. Edarkan gelas yang terbalik itu kepada rakan anda.

STESEN 9 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

KAPAL SELAM

ALAT DAN BAHAN Tutup pen Plastisin Air Botol air dan tutup

KAEDAH 1. 2. 3. 4. Isikan air ke dalam botol. Masukkan tutup pen yang telah dilekatkan plastisisn di bahagian hujung bawahnya. Pastikan tutup pen itu terapung. Pegang botol itu dan tekan dengan perlahan. Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 10 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

AIR MENDIDIH PADA SUHU 60C

ALAT DAN BAHAN Kelalang kon Termometer Penyumbat getah

Kiub ais Air panas

KAEDAH 1. 2. 3. 4. Pasangkan penyumbat getah dengan termometer pada mulut kelalang kun yang berisi air panas. Perhatikan termometer sehingga suhu turun ke 60C. Pada masa ini terbalikkan kelalang kon. Letakkan beberapa ketul ais di atas kelalang kon itu. Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 21 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

PENSEL BERAYUN

ALAT DAN BAHAN Pensel Plastisin Dawai

KAEDAH 1. 2. 3. 4. 5. Bengkokkan dawai supaya berbentuk C Lilitkan dawai pada kepada pensel dengan ketat Letakkan plastisin di hujung dawai. Diirikan pendel di tepi meja Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 22 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

MEMBUAT SUSU

ALAT DAN BAHAN Minyak masak Air sabun Bikar kecil atau tabung uji Penitis

KAEDAH 1. 2. 3. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam bikar atau tabung uji. Perhatikan warna minyak tersebut. Titiskan sedikit air sabun dan kacau. Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 23 AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN TRUMPET STADIUM

ALAT DAN BAHAN Bekas filem gambar Belon getah Salur paip air Pisau pemotong

KAEDAH

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Binakan satu lubang pada dasar bekas filem gambar sebesar salur paip air. Bina satu lubang kecil pada bahagian dinding bekas filem itu untuk tempat meniup trumpet tersebut. Biba satu lubang pada bahagian tutup bekas filem itu. Letakkan lapisan getah belon pada mulut bekas filem itu dan tutup dengan penutupnya. Masukkan salur paip air melalui lubang bahagian bawah bekas filem sehingga ia menyentuk permukaan belon. Tiup dan buat pemerhatian apa yang berlaku.

MIX AND MATCH

mm cm m km cm/s mm cm m km m/s mm cm m ml m/min l s min jam km/j kg g mg mg mm/s mm cm m km cm/s mm cm m km m/s mm cm m ml m/min

Jisim Panjang Luas Isipadu Kelajuan Masa


Cara perlaksanaan 1. gunting setiap satu perkataan. 2. beri pada setiap murid satu kad. 3. Kad yg besar dipegang oleh murid yg aktif. 4. Murid yg memegang kad besar akan menjerit memanggil kawan yg memegang unitnya dan mengumpulkan dalam satu kumpulan. 5. Kumpulan yg Berjaya dan cepat mengumpulkan ahli unit dikira pemenang. 6. Aktiviti ini sesuai untuk KPS mengelas.

You might also like