Tamadun Dari Perspektif Islam

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BARAT MEMBERI TAKRIFAN TENTANG TAMADUN YANG BERBEZA

DENGAN MENEKANKAN KEPADA KONSEP TAMADUN MENURUT


PERSPEKTIF KEDUA-DUANYA.

Penggunaan istilah tamadun atau peradaban sering diutarakan sebagai satu istilah
yang sesuai bagi melambangkan sebuah kegemilangan. Ia membezakan manusia yang
bertamadun dengan kelompok manusia yang tidak bertamadun atau dikenali sebagai
barbarian(orang gasar). Dasawarsa ini, istilah tamadun digunakan secara meluas oleh
ahli akademik, ahli politik, ahli sejarah dan wartawan mengikut tafsiran dan citarasa
tersendiri. Hal ini kerana latar belakang, pencapain akademik dan budaya yang berlainan
membawa kepada penafsiran yang berbeza.

Perkataan tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan,


perubahan, kemajuan, dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di
dunia. Pelbagai definisi dan takrifan telah diberikan kepada perkataan tamadun mengikut
aliran dan bidang. Perkataan tamadun tidak boleh dipisahkan dengan perkataan
kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Begitu juga pengertian perkataan civilization
(tamadun) dalam bahasa inggeris digunakan juga dengan perkataan culture (kebudayaan)
atau digunakan dalam konteks yang sama. Keempat-empat perkataan itu saling kait
mengait dan mencakupi antara satu sama lain.

Perkataan tamadun yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang
berasal daripada istilah bahasa Arab. Hal ini adalah disebabkan fenomena peminjaman
istilah. Fenomena ini tidak dapat dielakkan lagi dalam teori antara bahasa. Peminjaman
istilah yang belaku pada perkataan tamadun ini dikenali sebagai peminjaman bulat-bulat.
Hal ini kerana, perkataan tamdun di pinjam daripada bahasa Arab tanpa sebarang
penambahan atau pengurangan pada perkataan tersebut..Banyak faktor yang
mempengaruhi fenomena peminjaman istilah ini,antaranya ialah faktor agama dan
penjajahan.

1
Daripada sudut semantik, tamadun adalah kata terbitan daripda kata kerja
maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan
membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. ( Ibrahim et al.
1960:873). Di samping itu, perkataan tamadun ini juga melahirkan beberapa perkataan
lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkan seperti madinah
(bandar) dan madani (keselesaan hidup dan ketinggian budi). Dalam konteks ini Madinah
beerti kebudayaan yang tinggi nilainya dan istilah tamadun sendiri memberi erti
civilization. Bahkan konsep bandar tersebut mempunyai pengertian yang lebih luas iaitu
merujuk kepada pembangunan manusia daripada aspek akhlak dan tatasusila
kemanusiaan dalam segenap lapangan hidup setelah mereka menerima Islam.

Menurut The oxford Dictionary (1995), salah satu makna modern ialah new and
up to date yang bermakna baru dan mutakhir. Berdasarkan perbandingan ini, konsep
moden dan modenisasi Barat mempunyai kaitan dengan takrif tamadun dan ada
kemungkinan Barat mengambil inspirasi daripada takrif tamadun daripada perspektif
Islam.

2
Konsep Tamadun Menurut Perspektif Islam.

Islam dikatakan sebuah kerajaan yang mempunyai sejarah ketamadunan yang


gemilang. Kerajaan Islam juga dikaitkan dengan pencetus kepada ketamadunan dunia.
Kejayaan Nabi Muhammad S.A.W. dikaitkan dengan kemujulan tamadun dunia yang
merubah kehidupan masyarakat jahiliyah. Beberapa tokoh islam memberi definisi
tersendiri berkaitan dengan tamadun. Profesor Syed Naquib Al-attas telah mendefinisikan
tamadun sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap
kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakat. Pada pandangan beliau, tatasusila ataupun tingkah laku merupakan simbol
kepada sesebuah tamadun. Sebagai contoh, kedatangan islam telah menghapuskan segala
amalan jahiliyah seperti menanam bayi perempuan, zina, minum arak dan sebagainya.
Amalan dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasullullah telah mempengaruhi masyarakat
arab pada masa dahulu untuk mengikut ajaran islam dan patuh kepada segala hukum
islam serta meninggalkan amalan jahiliyah. Mereka dengan penuh tawaduk
mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian dan senario inilah
menggambarkan tentang definisi tamadun yang diutarakan oleh Profesor Syed Naquib
Al-attas. Selain beliau, terdapat beberapa lagi tokoh islam yang tampil dengan definisi
yang tersendiri. Antaranya,.

i. Sayyid Qutb.
Bagi beliau, tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan politik,
ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan
nilai-nilai moral islam.
Dalam islam, sesebuah tamadun memerlukan sebuah sistem
pemerintahan yang mapan dan mampu memberi kesan kepada semua
masyrakat. Hal ini kerana pemimpin sesebuah sistem sosial yang akan
menentukan hala tuju organisasi tersebut. Di samping itu, segala aspek
kehidupan perlulah berteraskan kepada ajaran islam kerana islam adalah
ad-din iaitu satu cara hidup yang sempurna.

3
ii. Muhammad al-Bahiy
Beliau tampil mengatakan bahawa tamadun ialah keseluruhan
penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian
manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik,
kesusasteraan dan lain-lain.

iii. Muhammad Rasyid Redha.


Agama adalah asas tamadun. Hal ini kerana peningkatan unsur maknawi
(spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua
tamdun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.
Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada
keteguhan pegangan agama atau sebaliknya

Kejayaan empayar islam pada masa lampau adalah disebabkan


oleh ketaatan dan sikap tawaduk para sahabat dan mujahidin pada masa
itu. Mareka mampu mencipta tamadun yang gemilang kerana ketaatan
kepada Allah walaupun tanpa peralatan yang canggih. Perjuangan dan
kehidupan mereka pada masa itu berpandu kepada ajaran islam melalui
Al-quran dan As-sunnah. Hal ini menjadikan kehidupan mereka lebih
bertamadun dan dikagumi oleh generasi pada hari ini. Selain, kejayaan
umat islam terdahulu dalam mencipta tamadun juga dipengaruhi oleh
kepimpinan Rasullulah. Akhlak dan tingkah laku baginda tidak dapat
dinafikan oleh sekalian umat. Sesungguhnya, sesebuah tamadun itu akan
lebih sempurna dengan kehadiran pemimpin yang berkaliber dan
berkomitmen tiggi.

4
iv. Umar Audah al-Khatib
Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi
dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak,
politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam
sesuatu sejarah.
Hal ini kerana ia merupakan landasan yang sempurna dalam
membangunkan segenap aspek kehidupan manusia. Jika Aqidah Islam
merupakan nadi pembangunan sesebuah tamadun yang sempurna, maka
Syariat Islam pula ialah acuan binaan tersebut. Sesiapa yang mahu
menjadikan dirinya sseeorang yang mulia, acuannya ialah Syariat Islam.

v. Ibn Khaldun.
Tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi
kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan
penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.
Disamping itu, bagi beliau, tamadun ialah kemuncak pembangunan yang
berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat
kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya

vi. Mahmood Taib an-Najmi (1971)


Beliau menerangkan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat
membantu manusia untuk menambahkan hasil pengeluaran sama ada dari
segi pemikiran atau kebendaan.

5
Konsep Tamadun Menurut Perspektif Barat.

Selain daripada tokoh atau sarjana islam, tokoh barat juga tampil untuk
menerangkan konsep tamadun pada perspektif mereka. Orang barat mengakui bahawa
mereka adalah bangsa yang bertamadun tinggi berbanding bangsa lain. Mereka
menggunakan alasan menyebarkan tamadun untuk menjajah negara yang mereka anggap
tidak bertamadun. Secara mudahnya, sarjana barat berpendapat tamadun ialah satu
pencapaian tinggi yang diperoleh oleh manusia dalam semua aspek kehidupan. Tamadun
barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi
menentukan sesuatu bangsa itu bertamadun ataupun tidak. Bagi barat, tamadun membawa
dua makna iaitu nilai moral dan material. Bagi Karl Marx, tamadun dibahagikan kepada
infrastruktur (material) dan superstructure (spiritual). Bagi Marcel Mauss, tamadun
adalah semua pencapaian manusia. Jelaslah di sini bahawa barat mementingkan
pembangunan lahiriah untuk mengukur sesebuah tamadun. Antara sarjana barat yang
mengemukakan pendapat mengenai tamadun ialah ;

I. E.B.taylor
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek
keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi,
bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

II. Arnold Toynbee


Beliau mendefinisikan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang
dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti
dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sisitem
politik , pengetahuan dan seni.

III. Will Durant


Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan
pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen,iaitu sumber
ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

6
Arnold Toynbee dan Will Durant mempunyai pemikiran yang agak sama
berkenaan konsep tamadun. Bagi mereka, tamadun ialah peningkatan kualiti hidup
ataupun pengeluaran hasil yang dipengaruhi oleh sumber ekonomi, sistem pemerintahan
atau politik dan tahap pencapaian akademik tanpa mengetepikan seni dan akhlak ataupun
tingkah laku masyarakat.

IV. J.K.Fiebleman
Beliau mempunyai pandangan tersendiri berkenaan konsep tamadun.
Beliau menganggap tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material
oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas
material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu
keperluan.
V. Oswarld Spengler.
Tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana kebendaan itu yang
membawa kepada kemajuan.

Kedua-dua tokoh ini menggunakan konsep kemajuan kebendaan atau material bagi
maksud tamadun. Bagi mereka, kayu ukur bagi sesebuah tamadun ialah penghasilan
barang-barang baru untuk kegunaan seharian dan material yang dihasilkan itu mestilah
lebih baik daripada sebelumnya.
VI. Robert J.Braidwood
Beliau merujuk tamadun ini kepada perbandaran. Tamadun juga haruslah
mempunyai satu struktur politik , undang-undang formal dan seterusnya
terdapat kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, anggota keselamatan,
pelabuhan dan terusan.
Kewujudan sistem jalan raya yang baik menjadi antara faktor yang
penting bagi sesuatu tamadun. Ini kerana anggota masyarakat akan dapat
berhubung dengan masyarakat luar bagi berkongsi pengetahuan dan
kemajuan. Hal ini akan meningkatkan produktiviti dan memajukan
kawasan mereka. Di samping itu, undang-undang yang kemas juga amat
perlu bagi mengawak tingkah laku manusia.

7
Intihanya, tamadun dalam konsep islam lebih luas skopnya yang meliputi
kemajuan dalam bidang kerohanian (rohaniah) dan kebendaan (lahiriah) yang
berlandaskan kepada wahyu, al-Sunnah dan akal fikiran. Tamadun menurut perspektif
islam dapat dijelaskan dengan ayat yang paling ringkas iaitu suatu pencapaian manusia
dalam bidang kebendaan (lahiriah) dan kerohanian (rohaniah) yang berpusat di bandar
meliputi kemajuan seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, undang-undang, politik
dan sebagainya yang meliputi muamalat, syariat, munakahat dan akidah yang berasaskan
kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tamadun menurut perspektif barat pula berlandaskan
kepada pemikiran dan akal semata-mata dalam menentukan corak ragam kehidupan
seharian. Mereka mengetepikan peranan agama dalam kehidupan mereka. Di samping
itu, sarjana barat lebih menumpukan kemajuan lahiriah dalam konsep yang diutarakan
oleh mereka sehingga melupakan pembangunan rohaniah.

8
MATLAMAT PEMBELAJARAN SUBJEK TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA.

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang agung di dunia ini.


Pembentukan tamadun ini merangkumi aspek rohani dan jasmani. Pembinaan tamadun
ini bersandarkan sumber wahyu iaitu Al-Quran serta As-sunnah. Tamadun islam bermula
daripada peristiwa kerasulan Nabi Muhammad sehinggalah hari ini. Baginda berjaya
membentuk empayar islam yang luas dan menjadikan islam satu kuasa besar dan digeruni
oleh musuh-musuh islam. Dalam pembentukan tamadun Islam, ia mementingkan
pembinaan dari segi aspek rohani dan jasmani dalam melahirkan sebuah masyarakat yang
hidup dalam keadaan aman dan makmur. Malah dalam pembentukan tamadun ini, ia
berpegang kepada tiga asas yang penting bagi umat Islam iaitu akidah, syariah dan
akhlak. Setiap umat islam perlu berpegang teguh kepada rukun iman, patuh kepada
suruhan dan larangan Allah serta sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan
seharian.

Pengenalan subjek tamadun islam di Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk


dan memperkukuh identiti diri sebagai warganegara Malaysia yang baik. Melalui
pengetahuan dan penghayatan peradaban manusia, para pelajar akan dapat memahami
keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan dunia dalam usaha
mewujudkan perasaan bangga dan cinta terhadap tanah air, semangat kekitaan dan
perpaduan, dan persefahaman antarabangsa.

Di samping itu, pengenalan subjek tamadun islam juga bertujuan untuk


membekalkan pelajar dengan satu pemahaman komprehensif mengenai sejarah,
pandangan dunia serta prinsip, nilai dan aspek penting dalam tamadun Islam. Diharap
dengan pendedahan ilmiah mengenai agama, budaya dan pencapaian unggul di dalam
pelbagai aspek kehidupan tamadun islam, para pelajar yang bakal menjadi pemimpin,
pentadbir dan ahli profesional masyarakat Malaysia, akan lebih berpengetahuan dan peka
akan isu-isu ketamadunan yang boleh menyumbang kepada pemupukan dan penghayatan
budaya hormat dan toleransi antara agama dan bangsa, dan perpaduan negara.

9
Di samping itu, pengenalan subjek tamadun islam juga bertujuan untuk
mengangkat islam sebagai al-din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan
komprehensif.Para pelajar akan didedahkan dengan prinsip-prinsip islam yang
membentuk tamadun yang gemilang. Di samping itu juga, pendedahan ini penting agar
para pelajar dapat mengubah cara hidup mereka supaya menjadi lebih baik sama ada dari
aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek, dan berlainan dari cara hidup mereka sebelum
ini.
Matlamat subjek tamadun islam secara umumnya juga akan memaparkan keadilan
sistem pemeritahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.,
khulafa’ al-Rashidin dan zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Para pemerintah
terdahulu menggunakan sepenuhnya hukum Allah dan inilah yang menjadi faktor
wujudnya tamadun yang agung ini. Keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman
awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang telah
disepakati oleh sejarawan dan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Ciri-ciri
ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada
pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua generasi umat islam
khusunya dan bukan islam amnya. Oleh itu, dengan pengajaran subjek tamadun Islam ini,
maka para pelajar dapat mengambil iktibar serta cuba untuk meneruskan sistem
pemerintahan Islam pada masa hadapan demi menjaga keamanan di negara Malaysia ini.

Selain itu, subjek tamadun Islam juga bertujuan untuk memperkukuh jati diri
Malaysia sebagai negara majmuk yang mengamalkan toleransi yang tinggi dan
memantapkan penghayatan niali-nilai murni dikalangan rakyat Malaysia. Di samping
itu,subjek tamadun islam juga bertujuan untuk melengkapkan bakal pewaris kepimpinan
negara dengan ilmu yang membolehkan mereka memahami dan menghadapi pergolakan
dunia dan cabaran global semasa. Oleh hal demikian, Malaysia akan melahirkan insan
yang beretika dan berakhlak mulia di samping memajukan diri sendiri dan negara.

10
Matlamat khusus subjek tamadun Islam adalah untuk menjalinkan hubungan
manusia dengan Allah Pencipta Alam. Disamping itu, tamadun Islam juga mempunyai
matlamat khusus untuk mewujudkan hubungan manusia dengan alam sejagat. Ciri-ciri
yang bersifat alat Bantu yang diperlukan dan dilaksanakan akan dapat melahirkan
matlamat tamadun Islam dalam aspek-aspek berikut iaitu, pertama ialah hubungan
manusia dengan Allah Pencipta Alam, kedua ialah hubungan manusia dengan sesama
manusia, dan ketiga ialah hubungan manusia dengan alam sejagat. Dengan pemahaman
yang mendalam tentang subjek tamadun Islam, para pelajar akan dapat mengaplikasikan
apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka, seperti menjaga hubungan sesama
manusia supaya kehidupan lebih aman dan makmur tanpa pergaduhan. Selain itu, kita
juga akan menghargai alam ini dan cuba untuk menjaganya sebaik mungkin. Melalui
kesedaran dalam diri setiap insan setelah mempelajari subjek ini, akan terdetik di hati
untuk mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa taat dan patuh dalam melaksanakan
segala apa yang telah diperintahkan.

Kesimpulannya, pengenalan subjek Tamadun Islam ini mempunyai matlamat dan


objektif tersendiri. Pengajaran Tamadun Islam di Malaysia akan melahirkan semangat
kerjasama, saling menghormati dan bertoleransi dalam apa jua keadaan. Di samping itu,
subjek ini juga bermatlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang
beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai
hamba dan khalifah Allah bagi membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya,
merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam seperti
mana yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Subjek Tamadun Islam ini juga
seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi merealisasikan impian negara
pada masa kini dan hadapan.

11
REFLEKSI.

Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah di atas keizinannya saya dapat menyiapkan
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi matapelajaran Tamadun Islam Dan Tamadun
Asia tepat pada masanya. Sekalung ucapan terima kasih saya tujukan buat pensyarah
pembimbing, Ustaz Nik Abdullah Bin Nik Cob, pensyarah daripada jabatan Pengajian
Islam dan moral di atas tunjuk ajar dan teguran yang telah diberikan oleh beliau. Jutaan
terima kasih juga saya tujukan buat ibubapa saya di kampung di atas semangat dan
perangsang yang telah bonda berdua berikan. Buat sahabat seperjuanganku, saya ucapkan
ribuan terima kasih di atas sumbangan buah fikiran dan idea yang membantu saya dalam
proses menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian tidak dapat saya lupakan.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya tidak menghadapi sebarang


kesulitan kerana rujukan yang saya perolehi amat mencukupi bagi saya menyiapkan
tugasan ini. Saya meminjam beberapa buah buku di Perpustakaan Daerah Dungun yang
berkaitan dengan tamadun islam. Di samping itu saya juga mendapatkan maklumat
daripada laman web. Namun demikian, sistem jalur lebar institut yang lemah
melambatkan proses untuk mendapatkan maklumat daripada internet.

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya mendapat input-input yang berguna


berkaitan tamadun islam khususnya dan islam amnya. Kegemilangan tamadun islam pada
zaman dahulu menyebabkan saya berfikir bagaiman mereka mampu mencipta tamadun
yang agung sedangkan tiada peralatan canggih ketika itu. Di samping itu, semangat juang
umat terdahulu yang taat kepada suruhan dan larangan Allah membuatkan saya sedar
bahawa tamadun yang gemilang hanya boleh di capai oleh insan yang menghayati erti
islam yang sebenar. Kekuatan sesebuah tamadun bergantung kepada kekuatan akidah
anggota masyarakat itu.

12
Saya mengalami sesuatu yang pahit ketika menyiapkan tugasan ini. Kelalaian
saya menyebabkan tugasan yang hamper siap hilang daripada Komputer. Saya terpaksa
membuat semula tugasan ini buat kali kedua setelah tugasan yang pertama hilang
daripada computer. Berkat kesabaran dan dorongan daripada sahabat, saya berjaya
menyiapkan semula tugasan ini pada waktu yang ditetapkan. Peristiwa ini mengajar saya
supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Saya berharap tugasan KKBI ini dapat memberi input-input yang berguna kepada
pembacanya dan diri saya sendiri. Segala kekurangan dalam tugasan ini, saya memohon
maaf dan sebarang ilmu yang terdapat dalam tugasan ini, sebolehnya di kongsi bersama
oleh semua manusia yang bergelar insan. Sekian, terima kasih.

13
1) Mustafa Haji Daud,1999. Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & distributors Sdn. Bhd
2) Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
3) Mohd Liki Hamid, 2003. Pengajian Tamadun Islam edisi ke-2: Siri
Pendidikan Tinggi.
4) Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain
Abd.Rahman, 2000. TITAS Kertas 2. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

14

You might also like