Oumh1103 BM PDF
Oumh1103 BM PDF
Oumh1103 BM PDF
OUMH1103
Kemahiran Belajar Jarak Jauh
PENGENALAN
OUMH1103 Kemahiran Belajar Jarak Jauh merupakan salah satu kursus yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia
(OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh
masa 8 hingga 15 minggu.
Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami 3
secara ringkas kandungan kursus
Memahami modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Penyertaan dalam talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120
OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada sembilan topik. Sinopsis bagi setiap topik
dinyatakan seperti yang berikut:
Topik 1 memperkenalkan kepada anda teknik dan kaedah yang anda boleh
gunakan untuk mengurus pembelajaran dalam mod pengajian jarak jauh. Topik
ini memberikan anda gambaran keseluruhan teknik yang dinyatakan dan
memberikan anda idea yang bermanfaat dalam menangani kekangan dan
tuntutan pembelajaran anda.
Topik 4 mengajar anda teknik untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui
kedua-dua pembelajaran dalam talian dan luar talian. Ini akan menjadi penting
apabila anda mula bekerja dengan idea baharu dan bila anda perlu
menghasilkan kerja anda sendiri seperti menyiapkan tugasan anda.
Topik 7 menawarkan petua untuk anda membuat nota bagi perkara yang telah
anda pelajari atau maklumat yang telah diperoleh. Kemahiran mengambil nota
merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran.
Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.
Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.
Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda digalakkan membaca
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.
PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.
KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.
PENGENALAN
Selamat datang ke topik pertama modul Kemahiran Belajar Jarak Jauh. Mari kita
mulakan pembelajaran kita dengan melihat kembali pengalaman pembelajaran
kita ketika menjadi pelajar di sekolah. Anda mungkin masih ingat kelas yang
telah diatur jadualnya dan deringan loceng yang menandakan berakhirnya
setiap kelas. Anda juga mempunyai guru yang mengajar anda dan memberi
panduan agar anda dapat belajar secara sistematik.
Sebagai pembekal pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh, OUM dapat
menyediakan semua keperluan anda. Kaedah pembelajaran fleksibel disediakan
untuk anda dengan tiga kaedah pembelajaran pembelajaran kendiri, interaksi
secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian.
Oleh itu dalam topik pertama ini, anda akan diperkenalkan kepada cara untuk
menguruskan pembelajaran anda, terutamanya dengan tiga pendekatan yang
diterapkan di OUM bagi membekalkan anda dengan pengalaman pembelajaran
terbaik sebagai pelajar jarak jauh. Matlamat kami adalah untuk menyokong anda
menjadi seorang yang lebih berdikari dalam berfikir dan mampu membuat
keputusan agar anda dapat meneruskan pembelajaran di sepanjang hayat.
Ketiga-tiga kaedah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.1.
Kaedah Deskripsi
Pembelajaran Ia memerlukan anda agar belajar sendiri secara berdikari pada masa
kendiri yang anda tetapkan sendiri. Modul ini berfungsi sebagai sumber
utama pembelajaran. Ia disokong dengan bahan bacaan lain, kedua-
duanya bercetak dan digital.
Selain itu, pembelajaran juga berlaku melalui mod audio/video.
Rajah 1.2 menunjukkan bagaimanakah cara anda boleh menjadi
pelajar kendiri yang baik.
Rajah 1.2: Apa yang anda perlu buat untuk menjadi pelajar kendiri
yang baik
Interaksi Ini merupakan sesi tutorial yang dijalankan dalam kelas sebenar oleh
secara tutor di pusat pembelajaran OUM yang ada di seluruh negara. Isu
bersemuka berkaitan bahan kursus, tugasan dan isu lain berkenaan
(kelas sebenar) dibincangkan semasa sesi tutorial ini. Sesi ini biasanya dijalankan
setiap dua minggu, iaitu pada hujung minggu ataupun selepas
waktu pejabat, sekurang-kurangnya tiga kali setiap semester. Nisbah
tutor kepada pelajar dipastikan rendah agar kualiti sesi tersebut
terjamin.
Metodologi Dalam kelas maya, alat komunikasi elektronik seperti e-mel, forum
pembelajaran perbincangan dan bilik sembang disediakan untuk memudahkan
dalam talian interaksi antara pelajar, tutor dan fasilitator.
(kelas maya)
Selain itu, bahan pembelajaran elektronik (seperti e-buku dan objek
pembelajaran multimedia) sentiasa dibangunkan untuk
meningkatkan hasil pembelajaran. Alat komunikasi dan bahan e-
pembelajaran disediakan menggunakan Internet melalui platform
penyampaian dalam talian OUM yang dikenali sebagai myINSPIRE.
AKTIVITI 1.1
Teknik Huraian
Merancang dan Teknik merancang dan mengurus akan dibincangkan di sepanjang
mengurus topik ini. Dengan mengaplikasikan teknik merancang dan
dengan cara bijak mengurus pembelajaran yang dicadangkan dalam modul ini,
sudah tentu anda akan dapat memastikan pembelajaran di OUM
ini membuahkan hasil.
Mengamalkan Ia adalah penting untuk anda mengurus masa anda dengan baik.
pengurusan masa Pengurusan masa akan dibincangkan dengan lebih mendalam
yang bijak dalam Subtopik 1.2.4.
Memotivasikan Untuk proses pembelajaran yang lancar, anda juga perlu
diri sendiri mempelajari teknik motivasi diri. Strategi untuk motivasi diri ini
akan dibincangkan dalam Subtopik 1.2.3.
Memupuk Anda perlu memupuk gaya pembelajaran peribadi dengan
strategi mengenal pasti gaya belajar anda dan menyesuaikannya dengan
pembelajaran mana-mana daripada tiga teknik tadi. Contohnya, sekiranya anda
mempunyai gaya pembelajaran visual, anda perlu merekodkan/
menulis kandungan pelajaran anda secara visual dalam bentuk
nota pendek, peta minda atau carta (rujuk Subtopik 1.3 untuk
maklumat lebih lanjut tentang gaya pembelajaran).
Selain daripada teknik yang dibincangkan dalam Jadual 1.2, anda perlu
mempunyai kemahiran penting yang lain untuk membantu anda sebagai pelajar
kendiri. Ini termasuklah kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT
information and communication technology), dan maklumat yang akan
dibincangkan kemudian dalam modul ini.
Anda perlu mengambil tahu akan semua sumber yang telah tersedia untuk
anda bagi membantu pembelajaran anda. Cuba fikirkan sejenak tentang
bagaimanakah agaknya pelajar OUM yang tinggal di kawasan pedalaman dapat
mengambil peluang sepenuhnya sepanjang belajar di OUM.
Setelah anda mempelajari kaedah yang diguna pakai di OUM, sekarang mari kita
teruskan ke bahagian penting yang berikutnya menghadapi pembelajaran.
Rajah 1.4: Menguruskan pelbagai perkara boleh menyebabkan tekanan, sama seperti
anda sebagai pelajar dewasa; anda perlu menyeimbangkan antara urusan rumah, kerja
dan belajar
Kita mencapai apa yang telah kita tetapkan untuk dilakukan pada hari atau
minggu tersebut dengan sedikit tekanan. Semasa menghadapi tekanan, kedua-
dua badan dan minda kita akan terjejas. Tekanan boleh menjadi positif dan
negatif. Badan kita direka untuk bertindak balas dengan kedua-dua jenis
tekanan. Kita mesti mempelajari tentang tekanan bagi membantu badan kita
kembali kepada keadaan yang lebih tenang.
Walaupun begitu, tekanan tidak harus diendahkan. Tanda awal seperti sebarang
perubahan yang ketara dalam corak tingkah laku anda dapat menunjukkan
sesuatu itu bermasalah. Apakah simptom tekanan? Mari kita lihat Rajah 1.5
untuk mengenal pasti beberapa simptom tekanan.
Antara penyebab biasa tekanan yang anda mungkin hadapi sebagai pelajar
kendiri adalah berkaitan prestasi akademik, perubahan gaya hidup, kewangan,
kesihatan, hubungan sosial, keluarga dan rakan.
Sebagai pelajar kendiri, anda perlu menguasai sesetengah strategi dalam cara
yang lebih realistik dan munasabah untuk mengatasi sebarang situasi yang
tertekan. Bahagian berikutnya membincangkan strategi bagi mengurus tekanan
dan menangani masalah setiap hari yang menyebabkan kebimbangan.
Strategi Deskripsi
Mulakan pengurusan Anda harus mengawal cara anda menggunakan masa
diri yang teratur dan tenaga anda agar anda boleh menguruskan tekanan
dengan lebih efektif. Contohnya, jika anda bekerja
secara sepenuh masa, anda mungkin mahu belajar pada
waktu malam apabila semua orang sedang tidur atau
bangun awal dan memulakan hari anda antara satu atau
dua jam lebih awal.
Mengawal persekitaran Melalui cara ini, anda boleh sama ada menghapuskan
anda dengan tekanan atau mendapatkan sokongan untuk diri anda.
mengawal siapa dan Cuma berada dalam kumpulan rakan pembelajaran
apa yang berada di anda supaya anda dapat memaksimumkan masa lapang
sekeliling anda anda atau masa yang tidak dirancang.
Beri maklum balas Selalu isi minda separa sedar anda dengan ingatan yang
positif kepada diri positif. Contohnya, beritahu diri anda yang anda akan
anda lulus peperiksaan semester ini dengan jayanya. Jika
anda sentiasa memikirkannya dan bekerja keras, anda
mungkin dapat mencapai apa yang anda mahukan.
Memberi ganjaran Ia amat membantu jika anda mempunyai sesuatu
kepada diri anda aktiviti yang amat anda nantikan. Lakukan aktiviti yang
merehatkan minda atau rancang aktiviti riadah yang
kerap selepas anda sudah mencapai objektif anda.
Senaman untuk badan Kesihatan dan produktiviti anda bergantung pada
anda keupayaan badan anda untuk membekalkan oksigen
dan makanan kepada sel. Oleh itu, lakukan senaman
untuk jantung dan paru-paru anda dengan kerap,
sekurang-kurangnya tiga hari seminggu selama 15 hingga
30 minit. Ia mungkin dalam bentuk aktiviti seperti
berjalan, berlari, berbasikal, berenang atau aerobik.
Cara Huraian
Mengenali sumber Menilai kekuatan dan kelemahan anda boleh membantu
anda anda melihat apa yang anda ada untuk membantu anda
bertahan. Contohnya, ketahui di mana anda boleh
mendapatkan buku rujukan. Tanya diri anda, Adakah ia
hanya terdapat di perpustakaan yang berdekatan dengan
saya atau bolehkah saya mendapatkannya dalam talian?
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku dalam talian
ini?
Anda tidak perlu Bercerita kepada keluarga dan kawan mungkin membantu
menghadapinya anda mengatasi masa sukar dalam pembelajaran anda. Di
berseorangan OUM, kami mempunyai Pusat Pengurusan Pelajar yang
boleh membantu anda mengatasi sebahagian masalah anda.
Kami mempunyai kaunselor pelajar yang terlatih untuk
membantu anda menghadapi situasi yang sukar dan penuh
tekanan.
Menjadi realistik Tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Jika anda
mempunyai tiga tugasan untuk disiapkan pada semester
itu, periksa tarikh akhir dan peruntukan masa yang
mencukupi untuk setiap tugasan.
Anda tidak boleh Untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda perlu
mengawal bekerjasama dan kolaborasi dengan orang lain. Ingat, anda
sepenuhnya tidak boleh melakukannya berseorangan. Rakan dan tutor
anda memainkan peranan penting dan anda akan mendapat
manfaat dengan menyertai kumpulan belajar dan kekal
berhubung dengan tutor anda.
Belajar untuk Jangan terlalu sedih jika keputusan penilaian pertama anda
menerima adalah teruk. Perbaiki diri anda boleh menjadi proses yang
kegagalan berperingkat. Berbincanglah dengan tutor anda jika anda
tidak berpuas hati dengan keputusan anda dan ketahui cara
untuk anda perbaikinya.
(c) Kebimbangan
Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh kebimbangan. Sebagai pelajar
OUM, anda mungkin berasa bimbang apabila anda hendak menduduki
peperiksaan atau menyerahkan tugasan, sama seperti gambar dalam
Rajah 1.6. Kebanyakan kebimbangan datang daripada perasaan takut anda
mungkin akan gagal atau tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Rajah 1.6: Ia adalah perkara biasa untuk anda merasa cemas apabila anda ingin
menduduki peperiksaan
Perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengawal tahap
kebimbangan anda adalah dengan belajar dan mengenali bahan dengan
baik supaya anda boleh mengingat dengan jelas walaupun berada di
bawah tekanan. Selain itu, cara lain untuk mengawal kebimbangan ialah
tetapkan matlamat, motivasikan diri anda, amalkan pengurusan masa yang
baik dan elakkan perasaan malas, bertangguh atau berangan.
AKTIVITI 1.2
Anda ada peperiksaan dalam masa tiga hari lagi. Walau
bagaimanapun, akibat komitmen kerja dan komitmen peribadi, anda
tidak dapat meluangkan masa untuk belajar bagi menghadapi
peperiksaan ini. Apabila panik menyerang, apakah reaksi anda?
Berikan jawapan anda dalam forum perbincangan maya. Anda boleh
menceritakan pengalaman peribadi anda dalam jawapan anda.
Oleh itu, matlamat adalah penting bagi pelajar jarak jauh seperti anda kerana ia
membantu memotivasikan anda untuk melakukan kerja, hadir ke kelas dan
belajar untuk menghadapi peperiksaan. Ini akan meningkatkan peluang anda
untuk berjaya.
Ciri Deskripsi
Pilihan sendiri Anda perlu menentukan matlamat anda sendiri.
Relevan Ia mesti relevan dan sesuai dengan misi dan nilai teras
anda.
Mencabar Matlamat perlu lebih daripada apa yang anda telah capai
sebelum ini tetapi tidak sampai memberikan tekanan
yang tidak perlu untuk pencapaian.
Realistik atau boleh Untuk menetapkan matlamat yang realistik, anda harus
dicapai menilai peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Pastikan anda mempunyai pengetahuan, kemahiran,
bakat atau sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan
matlamat anda.
Khusus Matlamat khusus adalah perlu untuk mengukur
perkembangan dan memastikan pencapaiannya. Lebih
khusus matlamat anda, lebih banyak anda akan terdorong
untuk mencapainya.
Boleh diukur Matlamat boleh diukur jika anda boleh tentukan sama ada
anda boleh mencapainya atau tidak.
Terikat dengan Jika matlamat tidak terikat dengan masa, anda akan
masa melengahkan tindakan untuk mencapainya. Tarikh akhir
juga penting dalam mendorong anda untuk mencapai
matlamat anda.
Positif Apabila bekerja ke arah sesuatu, ia membantu untuk
mempunyai sikap yang positif.
Bertulis Matlamat perlu ditulis dan diletakkan di tempat yang
selalu anda lihat. Tulis idea dengan jelas agar dapat
mendorong tindakan anda.
Langkah Contoh
Langkah 1: Tulis apa yang anda Saya mahu membaca modul
mahu capai. Kemahiran Belajar Jarak Jauh
(muka surat 22 hingga 40) sebelum
jam 4 petang.
Langkah 2: Senaraikan sebarang Saya selalu mengantuk selepas
halangan. makan tengah hari.
Ada perlawanan bola sepak di
televisyen pada jam 3 petang.
Langkah 3: Tulis sebarang sumber Saya ada modul Kemahiran Belajar
yang ada dengan anda. Jarak Jauh bersama saya.
Internet ada di rumah jika saya
perlu melayari laman web untuk
melakukan aktiviti yang
dicadangkan dalam modul.
Langkah 4: Kaji dan semak semula
pernyataan matlamat
tentatif anda (rujuk
Langkah 1). Ambil
tindakan pembetulan dan
ubah suai matlamat anda
jika perlu.
Langkah 5: Perbaiki penyataan
matlamat anda.
AKTIVITI 1.3
4. Buat satu senarai sumber yang ada yang boleh anda gunakan di
OUM, tempat kerja atau di rumah.
Jadual 1.9: Tujuh Strategi Motivasi untuk Menjadi Pelajar Kendiri yang Cemerlang
Strategi Deskripsi
Tetapkan matlamat Sebelum anda memulakan tugas anda, tentukan fakta,
pembelajaran yang konsep atau idea yang anda mahu pelajari. Tetapkan diri
mencabar tetapi anda matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya anda
realistik lebih bermotivasi untuk mencapainya.
Bahagikan tugas besar Jadikan tugas lebih senang diurus dengan membahagikannya
yang ada kepada kepada bahagian yang lebih kecil dan senang diurus supaya
bahagian kecil anda tidak akan merasa gentar atau takut.
Kekalkan sikap positif Mengekalkan sikap yang positif adalah sangat penting.
Fikirkan kesusahan sebagai cabaran. Jika ada sesuatu
yang perlu anda pelajari kelihatan seperti ancaman,
pertimbangkannya sebagai peluang untuk melakukan
sesuatu yang baharu.
Sasar puncak yang Paksa diri anda untuk lebih kuat bila anda telah capai satu
lebih tinggi set matlamat. Sediakan set matlamat yang berikutnya agar ia
sedikit lebih mencabar.
Gunakan strategi Gunakan strategi pembelajaran aktif dan bukannya
pembelajaran yang pembelajaran pasif. Ambil inisiatif untuk mencari sumber
aktif dengan pergi ke perpustakaan, melayari laman web,
bercakap dengan tutor anda dan bersemuka atau berbincang
dalam talian dengan rakan anda.
Belajar daripada Jangan berkecil hati dengan kesilapan yang anda buat
kesilapan semasa belajar. Sebaliknya, dapatkan seseorang atau sumber
baharu untuk membantu pembelajaran anda. Cari bantuan
daripada tutor anda, rakan atau sesiapa sahaja yang boleh
membantu anda. Lihat kembali pendekatan anda untuk
belajar. Tanya diri anda, Adakah terdapat cara yang lebih
baik dalam melakukan sesuatu?
Pantau pembelajaran Untuk motivasi diri anda, gambarkan perkembangan anda
anda semasa belajar. Dapatkan maklum balas daripada tutor anda
tentang ujian dan tugasan anda. Bincangkan gred anda
dengan pihak yang berkaitan.
AKTIVITI 1.4
Ia adalah penting untuk mengetahui bahawa jika anda tidak berjaya dalam
pembelajaran seperti yang anda harapkan, ini tidak bermakna bahawa anda
telah gagal. Kejayaan dalam pembelajaran ditentukan oleh penilaian proses
pembelajaran anda dan apa yang anda telah belajar daripada proses ini.
Pengurusan masa ialah cara anda mengatur atau menjadualkan masa anda.
Yang berikut ialah beberapa garis panduan dalam mengenal pasti masa
belajar:
(i) Kenal pasti pada waktu bila pada setiap hari anda berasa segar dan
dapat memberi tumpuan;
(iv) Belajar apabila mental anda berada pada keadaan paling waspada!
AKTIVITI 1.5
Contoh:
Susunan Keutamaan/
No. Senarai Perkara yang Perlu Dilakukan
Tarikh Akhir
1 Menghantar anak untuk menghadiri 3
janji temu dengan doktor gigi pada
jam 3 petang.
2 Makan tengah hari dengan rakan anda. 5
3 Menghantar surat kepada Dekan. 1
4 Menghantar jawapan ke forum dalam 4
talian.
5 Mula membaca Topik 4. 3
2. Buat jadual mingguan anda sendiri. Ini ialah jadual untuk aktiviti
mingguan anda seperti kelas, waktu belajar, janji temu, kerja
dan kegiatan sosial. Setelah selesai, anda boleh membandingkan
jadual mingguan anda dengan rakan anda. Pelajar yang berbeza
akan mempunyai set jadual mingguan yang berlainan.
10 pagi
Hari/ 24 46 9 malam
810 pagi Tengah
Masa petang petang ke atas
hari
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
Punca Deskripsi
Gangguan Ini termasuk televisyen, kerusi yang terlalu selesa,
persekitaran makanan ringan, orang lain dan sebagainya. Alihkan atau
susun semula persekitaran yang mengganggu. Pergi ke
perpustakaan atau kelas apabila anda berniat untuk belajar
dengan serius.
Bunyi bising Muzik, lagu dan perbualan ialah contoh bunyi bising. Latih
diri anda untuk belajar jauh daripada orang lain dan dalam
keadaan senyap.
Gangguan fizikal Contohnya, rasa lapar, mengantuk dan keletihan. Belajar
apabila anda berkeadaan paling cergas. Makan snek
berprotein tinggi. Lakukan senaman ringan selama lima
minit untuk menyegarkan diri.
Kebosanan, tidak Cari penyebab anda mengambil sesuatu kelas dengan
suka, tidak bertanyakan tutor dan pelajar lain. Wujudkan rasa minat
berminat yang sebenar.
Bimbang tentang Ketahui cara untuk belajar secara efektif. Letakkan kursus
pembelajaran dalam perspektif yang tepat. Pelajari kemahiran yang
penting.
Tugasan Pecahkan tugasan yang besar kepada tugasan yang lebih
pembelajaran yang kecil dan boleh dilaksanakan. Lakukan tugasan yang paling
menggerunkan sukar dahulu. Berikan ganjaran atas kemajuan anda dan
denda apabila anda malas.
Mengelamun Elakkan mengelamun sambil belajar. Apabila anda mula
mengelamun, tuliskan apa yang mengganggu anda dan
teruskan belajar. Sebagai alternatif, ingat perkara penting,
alih perhatian anda daripada buku anda dan teruskan
berangan-angan. Apabila anda sudah bersedia untuk
membaca semula, teruskan. Strateginya adalah tidak
berangan-angan dan membaca pada masa yang sama.
Kebimbangan Kenal pasti dan definisikan masalah dan membangunkan
bersifat peribadi pelan konkrit dan khusus untuk mengatasi kebimbangan
peribadi. Berbicaralah dengan seseorang yang boleh
membantu seperti rakan, kaunselor atau pakar.
Langkah Deskripsi
Kenal pasti punca Kenal pasti puncanya yang berkaitan dengan anda. Jika
daya tumpuan yang anda ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak yang
rendah bersekolah, anda mungkin menghadapi masalah
memberi tumpuan kepada pembelajaran dan gangguan
daripada anak anda.
Mengambil langkah Anda boleh merancang dan mengatur jadual anda untuk
sewajarnya untuk mempertimbangkan keperluan anda sendiri bagi
mengawal faktor ini menumpukan perhatian kepada pembelajaran anda
tanpa menjejaskan keperluan anak yang memerlukan
perhatian anda.
Menjadikan kawalan Sentiasa tegaskan bahawa anda memberi tumpuan
anda sebagai amalan menggunakan kawalan ini sehinggalah anda secara
rutinnya anda dapat memberi tumpuan dengan baik
dalam pembelajaran anda.
Satu soalan yang sering ditanya ialah Di manakah tempat untuk belajar?
Cadangan kami ialah sediakan ruang belajar yang sesuai dan kerap anda
gunakan. Namun, kadangkala anda boleh memilih tempat yang berbeza, ia
bergantung pada angin (mood) anda.
(i) Menyediakan satu ruang di dalam bilik atau rumah anda khas untuk
belajar dan membiasakan diri untuk hanya belajar di tempat itu.
(iii) Memilih lokasi yang baik untuk ruang belajar anda. Gangguan
haruslah dielakkan. Tempat belajar anda haruslah dapat diakses
dengan mudah. Pastikan ia mempunyai pintu untuk mengurangkan
bunyi bising dan gangguan.
Untuk makluman, terdapat banyak jenis gaya pembelajaran yang berbeza. Gaya
pembelajaran anda adalah unik untuk anda sahaja. Gaya pembelajaran anda
mentakrifkan bagaimana anda memperoleh dan memproses maklumat dan tidak
ada kena mengena dengan menjadi bijak! Dengan memahami gaya belajar
anda, anda boleh menyusun strategi pembelajaran anda sendiri. Akhirnya, anda
boleh menyesuaikan tabiat belajar anda dengan keperluan anda sendiri.
Ingat, orang yang berlainan cenderung ke arah gaya belajar yang berbeza, iaitu
sama ada kita lebih kepada visual, auditori atau kinestetik. Namun, ada juga cara
lain untuk menentukan jenis gaya pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam
Apendiks 1.1 dan 1.2.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, ingat bahawa tiada sebarang
kelebihan umum bagi satu gaya ke atas gaya lain. Walau bagaimanapun, dengan
mengetahui gaya belajar anda, terdapat beberapa kelebihannya, iaitu:
AKTIVITI 1.6
Layari laman web berikut. Jawab soalan dalam talian dan bincangkan
dengan rakan sekuliah anda.
http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html
Sebagai pelajar kendiri, anda perlu menguasai beberapa strategi secara lebih
realistik dan wajar untuk mengatasi sebarang situasi yang memberi tekanan.
Antara strategi yang boleh digunakan ialah mengambil tindakan untuk
menguruskan diri sendiri, beri diri anda maklum balas positif, beri ganjaran
terhadap diri sendiri, bersenam, berehat dan sebagainya.
Lihat semula dan semak matlamat tentatif anda dalam Langkah 1; dan
APENDIKS 1.1
INDEKS GAYA PEMBELAJARAN*
Arahan
Masukkan jawapan untuk setiap soalan pada Lembaran Pemarkahan ILS (lihat
Apendiks 1.2). Sila pilih hanya satu jawapan untuk setiap soalan. Jika kedua-dua
a dan b kelihatan berlaku kepada anda, pilih salah satu yang lebih kerap
terjadi.
3. Apabila saya berfikir tentang apa yang saya buat semalam, saya mungkin
mendapat
(a) gambaran.
(b) kata-kata.
* Hak cipta 1991, 1994 oleh North Carolina State University (Dikarang oleh Richard M. Felder
dan Barbara A. Soloman). Untuk maklumat tentang penggunaan yang sesuai dan tidak sesuai
bagi Indeks Gaya Pembelajaran dan kajian kebolehpercayaan dan kesahannya, lihat
<http://www.ncsu.edu/felder-public/ILSpage.html>.
9. Dalam sesi belajar secara berkumpulan yang melibatkan bahan yang susah,
saya lebih cenderung untuk
11. Dalam buku yang mengandungi banyak gambar dan carta, saya mungkin
14. Apabila saya membaca bahan bukan fiksyen, saya lebih suka
(a) sesuatu yang mengajar saya fakta baharu atau memberitahu saya cara
untuk melakukan sesuatu.
(b) saya hanya tahu apa temanya apabila saya selesai membaca,
kemudian saya perlu kembali dan mencari kejadian yang berkaitan
dengannya.
17. Apabila saya mula menyelesaikan masalah dalam tugasan, saya lebih
cenderung untuk
(a) kepastian.
(b) teori.
(b) bersendirian.
23. Apabila saya diberi arah panduan ke tempat baharu, saya lebih suka dalam
bentuk
(a) peta.
(a) pada kadar yang biasa. Jika saya belajar bersungguh-sungguh, saya
akan mendapatnya.
(b) sekali-sekala. Saya akan berada dalam keadaan sangat keliru dan
kemudian tiba-tiba ia semuanya berhubung kait.
26. Apabila saya membaca untuk keseronokan, saya suka penulis yang
27. Apabila saya melihat diagram atau lakaran di dalam kelas, saya akan
mengingati
30. Apabila saya perlu melakukan sesuatu tugas, saya lebih suka
31. Apabila seseorang menunjukkan data kepada saya, saya lebih suka
33. Apabila saya perlu melakukan projek berkumpulan, mula-mula saya mahu
35. Apabila saya berjumpa dengan seseorang di sesuatu pesta, saya cenderung
untuk mengingati
36. Apabila saya sedang belajar subjek baharu, saya lebih suka
(a) fokus pada subjek, belajar sebanyak yang mungkin tentang perkara
tersebut.
(b) cuba mengaitkan antara subjek tersebut dan subjek yang berkaitan
dengannya.
(a) peramah.
(b) pendiam.
41. Idea untuk melakukan tugasan secara berkumpulan dengan diberi satu
gred kepada seluruh ahli kumpulan
(b) saya dapati menyemak semula kerja saya adalah meletihkan dan saya
terpaksa melakukannya.
APENDIKS 1.2
LEMBARAN SKOR ILS
1. Letakkan 1 dalam ruang yang bersesuaian dalam jadual yang diberi
(contohnya, jika anda jawab a kepada Soalan 3, letakkan 1 dalam Lajur
a pada Soalan 3).
2. Jumlahkan lajur dan tulis jumlah besar dalam ruangan yang telah
disediakan.
3. Untuk setiap satu daripada empat skala, tolak jumlah yang lebih kecil
daripada jumlah yang lebih besar. Tuliskan perbezaan (dari 1 hingga 11)
dan huruf (a atau b) bagi jumlah yang lebih besar daripada garisan bawah.
4. Pada halaman berikutnya, tandakan X atas skor anda pada setiap satu
daripada empat skala.
Jika skor anda pada skala ialah 1 hingga 3, anda cukup seimbang pada kedua-
dua dimensi skala itu.
Jika skor anda pada skala ialah 5 atau 7, anda mempunyai keutamaan yang
sederhana untuk satu dimensi skala dan akan belajar dengan lebih mudah dalam
persekitaran pengajaran yang memihak pada dimensi tersebut.
Jika skor anda pada skala ialah 9 atau 11, anda mempunyai pilihan yang sangat
kuat untuk satu dimensi skala itu. Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk
belajar dalam persekitaran yang tidak menyokong keutamaan itu.
Lihat Gaya Pembelajaran dan Strategi oleh Richard Felder dan Barbara Soloman
untuk penerangan keutamaan anda pada skala individu itu.
APENDIKS 1.3
GAYA PEMBELAJARAN DAN STRATEGI1
Richard M. Felder
Hoechst Celanese, Prof Kejuruteraan Kimia
North Carolina State University
Barbara A. Soloman
Koordinator bagi Penasihat, First Year College
North Carolina State University
1 Hak cipta 1993 oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon. Berdasarkan bahan dalam
Felder, R. M., & Silverman, L. K. (1988). Learning and teaching styles in engineering education.
Engineering Education, 78(7), 674681. [Dalam talian]. Dicapai dari:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/LS-1988.pdf [2008, Mac 14].
2 Lihat Felder, R. (1994). Meet your students: 5. Edward and Irving. Chemical Engineering
Education, 28(1), 3637. [Dalam talian]. Dicapai dari:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Edirv.html [2008, Mac
14]. Edward ialah seorang yang aktif dan Irving ialah seorang yang pendiam, ciri yang berkaitan
dengan pelajar aktif dan reflektif walaupun tidak serupa seperti mereka.
3 Lihat Felder, R. (1989). Meet your students: 1. Stan dan Nathan. Chemical Engineering Education,
23(2), 6869. [Dalam talian]. Dicapai dari:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Stannathan.html [2008,
Mac 14]. Pengesan dan intuisi ialah mod persepsi yang berasal daripada Teori Carl Jung jenis
psikologi.
Pelajar sensori lebih praktikal dan teliti berbanding pelajar intuitif; pelajar
intuitif boleh membuat sesuatu kerja dengan lebih pantas dan lebih inovatif
daripada pelajar sensori.
Pelajar sensori tidak suka kursus yang tidak mempunyai kaitan yang jelas
dengan dunia nyata; pelajar intuitif tidak suka kursus yang memerlukan
banyak penghafalan dan pengiraan yang rutin.
Ramai orang yang membaca huraian ini mungkin akan tersilap dengan
menyimpulkan bahawa mereka pelajar global kerana semua orang pasti pernah
mengalami rasa bingung dan tiba-tiba boleh faham tentang sesuatu. Sebenarnya,
apa yang menentukan sama ada anda pelajar global atau tidak ialah proses yang
berlaku sebelum anda berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Pelajar
sekuensial mungkin tidak benar-benar memahami permasalahan itu, namun
mereka tetap boleh melakukan sesuatu dengannya (seperti menyelesaikan
masalah dalam tugasan atau lulus ujian) memandangkan maklumat yang
difahami oleh mereka dapat dihubungkan secara logik. Sebaliknya, bagi pelajar
global yang kurang kemampuan untuk berfikir secara sekuensial, mungkin
mempunyai masalah yang serius sehinggalah mereka mendapat gambaran
keseluruhannya. Walaupun setelah mereka nampak gambaran keseluruhannya,
mereka mungkin masih kabur tentang perincian masalah tersebut. Manakala
pelajar sekuensial pula mungkin tahu dengan terperinci tentang sesuatu subjek
tetapi mungkin mereka mempunyai masalah untuk mengaitkannya dengan
aspek lain subjek yang sama atau subjek yang berbeza.
4 Lihat Felder, R. (1990). Meet your students: 2. Susan and Glenda. Chemical Engineering
Education, 24(1), 78. [Dalam talian]. Dicapai dari:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Susanglenda.html
[2008, Mac 14].
PENGENALAN
Dalam topik kedua ini, anda akan diperkenalkan dengan komputer peribadi (PC
personal computer) dan diajar cara untuk melayari Internet. Ia diikuti dengan
subtopik tentang bagaimana menggunakan Microsoft Internet Explorer (IE) dan
bagaimana membaca dokumen dalam Format Dokumen Mudah Alih (PDF
Portable Document Format).
Rajah 2.1: Komponen perkakasan komputer peribadi dan peranti yang berkaitan
Apakah yang dilakukan oleh setiap komponen dan peranti ini? Mari kita lihat
fungsinya dalam Jadual 2.1.
Komponen/Peranti Fungsi
Unit pemprosesan Ia memproses data input (daripada papan kekunci, tetikus)
pusat (CPU central dan menyalurkannya kepada komponen output komputer.
processing unit) Ia juga dikenali sebagai otak komputer.
Unit paparan video Ia menunjukkan kepada anda paparan visual maklumat
(VDU video display yang anda masukkan. Ia dikenali umum sebagai monitor.
unit)
Papan kekunci Ini ialah peranti input untuk menaip maklumat berasaskan
teks. Anda boleh berkomunikasi dengan komputer melalui
alat ini.
Tetikus Ini ialah peranti input yang digunakan terutamanya untuk
menunjuk dan memilih item.
Pemacu kilat USB (flash Ini ialah peranti storan data termasuk memori kilat (flash
drive USB) memory) dengan antara muka bas bersiri sejagat (USB
Universal Serial Bus) bersepadu.
Pencetak Ia membolehkan anda untuk mencetak di atas kertas. Ia
menyalin maklumat yang diambil dari CPU yang juga boleh
dibaca di skrin.
Modem Ia ialah peranti atau program yang membenarkan komputer
untuk menghantar data melalui wayar telefon atau kabel.
Port USB Ia merupakan standard antara muka sambungan kabel
dalam PC dan barangan elektronik pengguna. Ia
membenarkan peranti elektronik untuk disambungkan
kepada komputer menggunakan kabel.
Pemacu CD-R/DVD-R Peranti yang membaca data dalam cakera padat yang telah
dikodkan secara digital.
2.2.1 Internet
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Internet ialah rangkaian besar komputer
yang menghubungkan jaringan yang lebih kecil di seluruh dunia. Komputer
berkomunikasi melalui protokol komunikasi yang disebut Protokol Kawalan
Penghantaran/Protokol Internet (TCP/IP Transmission Control Protocol/
Internet Protocol ).
Untuk lebih memahami rangkaian LAN berwayar, mari kita lihat Rajah 2.2.
Peralatan Deskripsi
Kad rangkaian Sekeping kad yang digunakan khas untuk menyambung
(jika berkenaan) komputer anda ke Internet menggunakan kabel rangkaian
melalui LAN.
Modem Peranti komputer yang berfungsi sebagai antara muka antara
komputer dan talian telefon.
Perisian Untuk sambungan ke Internet, anda perlu memasang
perisian yang berkaitan, iaitu e-mel dan perisian pelayar
web.
Nombor akaun Sebelum sambungan ke Internet, anda perlu mendapatkan
akaun sambungan Internet daripada Pembekal Perkhidmatan
Internet (ISP Internet Service Provider). Di Malaysia, kita
mempunyai dua ISP utama, iaitu Telekom Malaysia yang
memberikan sambungan seperti UniFi dan Streamyx, dan
Maxis Communications yang menawarkan MaxisNet.
Terdapat juga ISP lain seperti Celcom Broadband dan
TimeNet. Setiap ISP memerlukan semua penggunanya
mendaftar dahulu. Sebagai pengguna, anda akan mempunyai
ID dan kata laluan yang akan digunakan setiap kali anda
membuat sambungan ke Internet.
Senarai tadi hanyalah sebahagian kecil daripada kegunaan Internet. Kami pasti
anda boleh mengenal pastinya lebih banyak manfaatnya dan menambah senarai
tersebut.
http://www.oum.edu.my/newsletter.html
AKTIVITI 2.1
(a) bbc.co.uk
(b) library.athabascau.ca
(c) www.pelanduk.com
(d) www.pnm.my
(i) Cara paling mudah untuk membuka Internet Explorer (IE) adalah
dengan mengikuti langkah berikut:
Home Pada bila-bila masa anda melayari laman web dan ingin
kembali ke halaman mula, hanya tekan ikon Home dan ia akan
membawa anda ke sana semula.
(ii) Dalam kotak teks Open, masukkan alamat untuk dokumen atau fail
yang anda mahu buka, menggunakan salah satu daripada kaedah
berikut:
Taip nama dokumen atau fail ke dalam kotak teks Open. Klik
OK; atau
Untuk membuka dokumen atau fail yang baru anda akses, klik
butang panah bawah di hujung kanan kotak teks Open dan
pilih fail daripada senarai ke bawah (drop-down list). Klik OK.
(i) Untuk mencetak halaman web yang sedang anda lihat, klik butang
Print pada bar alat. Internet Explorer mencetak halaman tanpa
menampilkan kotak dialog Print.
(ii) Untuk memaparkan kotak dialog Print supaya anda boleh memilih
pilihan percetakan, pilih File Print. Internet Explorer
memaparkan kotak dialog Print seperti dalam Rajah 2.9. Anda boleh
menggunakan ciri di dalam kotak dialog (contohnya, saiz, sumber,
membaca) untuk mengubah suai output mengikut gaya pilihan anda.
(f) Favorites
Web terbukti merupakan sumber maklumat yang baik. Kebanyakan pelayar
yang anda gunakan untuk membaca kandungan web mempunyai sistem
bina dalam (built-in) untuk membolehkan anda menyimpan laman web
yang berguna supaya anda boleh kembali dan melihatnya lagi. Laman web
yang disimpan ini dikenali sebagai Favorites dalam Explorer.
Apabila anda menemui laman web yang anda yakin anda ingin kembali
melayarinya, anda boleh menambah jalan pintas untuk laman web itu ke
fail Favorites. Untuk kembali ke laman web yang digemari, anda boleh
pilih daripada Favorites. Yang berikut merupakan langkah untuk
menggunakan fail Favorites ini:
(iii) Sunting nama Favorite (ingat bahawa nama pendek adalah lebih
mudah untuk dicari di bar Favorites anda atau menu Favorites).
(iv) Pilih nama folder di mana ia harus berada (pilih sama ada Create in
atau New Folder jika folder yang anda inginkan belum wujud).
(vi) Jika New Folder dipilih, berikan nama kepada folder anda.
(a) Pengenalan
Ada banyak jenis format fail di dalam laman web, iaitu MS Word, MS
Excel, MS PowerPoint, PDF, HTML dan lain-lain. Oleh itu, ia adalah
penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengemudi fail atau
dokumen ini. Salah satu daripada format yang paling popular ialah Format
Dokumen Mudah Alih (PDF Portable Document Format). PDF telah
dibangunkan oleh Adobe Systems dan direka untuk menukar dokumen
antara komputer dan merentas pelantar komputer sambil mengekalkan
integriti fail. Ini bermakna kandungan fail tidak boleh diubah dengan
mudah. Nama sambungan failnya ialah .pdf. PDF ini telah menjadi piawai
format dokumen yang digunakan untuk pertukaran dokumen.
(i) Gunakan bar skrol (scroll bar) pada sebelah kanan skrin untuk
membaca halaman web.
(iv) Gunakan alat mencari (find) (teropong) untuk mencari kata kunci.
(i) Rujuk kembali Rajah 2.12. Untuk menyimpan fail, klik ikon itu.
Sebelum anda boleh mengakses myINSPIRE dari laman web OUM, anda perlu
mendaftar untuk membuka akaun dengan OUM. Sekiranya ini merupakan kali
pertama anda log masuk, klik pada perkataan First Time Login di laman web
OUM. Pastikan kata laluan anda adalah betul. Jika anda mempunyai masalah
untuk log masuk, anda perlu menghubungi pusat perkhidmatan pelajar OUM
untuk memastikan anda telah berdaftar sebagai pelajar OUM yang aktif.
Dalam Jadual 2.3 kita akan menunjukkan langkah demi langkah untuk
membantu anda mendaftar akaun OUM.
Langkah Deskripsi
Langkah 1 Apabila laman web OUM dipaparkan, klik butang First Time Login
(rujuk Rajah 2.16).
Langkah 2 Seterusnya di paparan yang baharu ini (lihat Rajah 2.17), taip nombor kad
pengenalan anda, tanpa sempang () dan klik butang Submit.
Rajah 2.24: Halaman utama myINSPIRE; subjek berdaftar anda dipaparkan di sini
Pada halaman utama myINSPIRE, anda akan dapat melihat semua subjek yang
telah anda daftarkan dalam semester yang terkini. Hanya klik salah satu subjek
tersebut untuk meneroka halaman kursus dalam myINSPIRE seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.25.
Rajah 2.25: Halaman kursus akan dipaparkan sebaik sahaja anda klik subjek yang telah
anda daftar
Selain memaparkan subjek yang telah anda daftarkan, halaman utama ini juga
mempunyai blok berikut di panel bahagian kanannya:
Anda sendiri dapat menyemak fungsi alat lain dengan melengkapkan Jadual 2.4
berikut.
Alat Fungsi
Pengumuman
Isi kandungan kursus
Sumber yang berguna
Kuiz
Soalan Kerap Ditanya (FAQ Frequently
Asked Questions)
Forum
(a) Level up!: Ia menunjukkan prestasi penglibatan anda dalam subjek tertentu
dalam myINSPIRE. Tahap maksimum ialah 10. Cabar diri anda untuk
memperoleh mata maksimum 10.
(c) Recent activity: Sebagai peringatan, semua aktiviti terkini daripada e-tutor
dan rakan anda akan dinyatakan di sini. Anda juga digalakkan sentiasa
memeriksa blok ini.
(d) Search forums: Untuk rujukan pantas, anda dapat mencari catatan forum
yang sedia ada daripada rakan anda dan e-tutor di sini.
Rajah 2.29: Klik pautan Course Announcement untuk melihat laman pengumuman
2.4.2 Tugasan
Anda dapat mengakses dan menghantar tugasan secara dalam talian
menggunakan Sistem Pengurusan Tugasan (Assignment Management System).
Hanya klik pautan Assignment di blok navigasi untuk mengakses Sistem
Pengurusan Tugasan ini melalui myINSPIRE (lihat Rajah 2.30).
Sekarang mari kita lihat Jadual 2.5 yang menunjukkan kita langkah untuk
memuat turun dan menghantar tugasan melalui Sistem Pengurusan Tugasan.
Jadual 2.5: Panduan Langkah Demi Langkah untuk Memuat Turun dan Menghantar
Tugasan Menggunakan Sistem Pengurusan Tugasan (Diakses melalui myINSPIRE)
Langkah Deskripsi
Langkah 1 Dalam myINSPIRE, klik Assignment seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.30. Satu halaman baharu akan dipaparkan. Pada halaman ini,
anda akan memperoleh pautan List of Assignment (berdasarkan
subjek yang anda telah daftarkan) yang telah dimuat naik ke dalam
Sistem Pengurusan Tugasan (lihat Rajah 2.31). Pilihlah subjek anda.
Langkah 2 Klik Download (lihat Rajah 2.32) untuk memuat turun soalan tugasan.
Langkah 3 Untuk menghantar tugasan, anda boleh mengikuti langkah yang sama.
Walau bagaimanapun, anda perlu klik pada tab Submission (lihat
Rajah 2.33).
Langkah 4 Klik OK untuk menghantar tugasan (rujuk Rajah 2.35) dan klik
Cancel untuk memuat naik semula.
Langkah 5 Satu mesej akan timbul (pop-up) apabila penghantaran tugasan telah
berjaya dibuat (lihat Rajah 2.36).
2.4.3 Kuiz
Anda dapat menilai sendiri pengetahuan pembelajaran anda menggunakan
soalan yang boleh didapati dalam Quiz. Alat ini membenarkan anda menguji
diri sendiri sebanyak mana dan sekerap mana yang anda ingini. Jadual 2.6
menerangkan langkah untuk mengakses alat ini.
Jadual 2.6: Langkah Demi Langkah untuk Mengakses Soalan Kuiz Penilaian Kendiri
Langkah Huraian
Langkah 1 Klik Quiz pada blok navigasi dalam myINSPIRE (lihat Rajah 2.38).
Langkah 2 Selesai langkah pertama, halaman kuiz akan dipaparkan seperti dalam
Rajah 2.39. Dapatlah anda mula menjawab soalan kuiz tersebut.
Rajah 2.40: Klik pautan Contents untuk melihat dan memuat turun modul berkaitan
subjek
Apabila anda klik pautan Contents, pautan itu akan diperluas seperti dalam
Rajah 2.41.
Rajah 2.42: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE
(dilihat menggunakan pelayar Mozilla)
Rajah 2.43: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE
(dilihat menggunakan Google Chrome)
Rajah 2.44: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE
(dilihat menggunakan Internet Explorer)
Rajah 2.45: Dalam myINSPIRE, modul disusun mengikut topik dan boleh dimuat turun
Rajah 2.46: Klik Video Lectures untuk melihat senarai video kuliah
Apabila anda klik pautan ini, video kuliah untuk subjek yang dikehendaki akan
dipaparkan seperti dalam Rajah 2.47.
Apabila anda memilih satu pautan video, keseluruhan video akan muncul (lihat
Rajah 2.48).
Rajah 2.48: Video kuliah akan dipaparkan sebaik sahaja anda klik topik yang
dikehendaki
2.4.6 FAQ
Bahagian FAQ (lihat Rajah 2.49) mengandungi semua soalan yang kerap ditanya
dan disusun mengikut turutan topik (lihat Rajah 2.50).
Rajah 2.51: Klik pautan Other Useful Resources untuk melihat sumber luaran kursus
Rajah 2.52: Klik Virtual Classroom untuk turut serta dalam pembelajaran kelas maya.
Kelas maya hanya wujud jika e-tutor anda telah menjadualkan sesi ini
Masa dan tarikh untuk kelas maya ini ditentukan oleh e-tutor anda. Pastikan
komputer peribadi atau komputer riba anda mempunyai kamera web (webcam)
dan sistem audio yang berfungsi untuk anda sertai kelas maya ini. Rajah 2.53
menunjukkan contoh kelas maya yang sedang berlangsung.
2.4.9 Forum
myINSPIRE membenarkan anda berinteraksi, berkomunikasi dan belajar
daripada tutor dan rakan anda di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Untuk menjayakan pembelajaran kolaboratif, anda disediakan kemudahan
forum. Forum perbincangan dalam talian adalah sebagai kelas maya di mana
perbincangan mengenai isu penting berkaitan dengan kandungan dalam modul
pembelajaran dibincangkan. Sebaik sahaja anda melihat topik perbincangan
muncul pada bahagian forum perbincangan, sila baca, fikirkan dan berikan
jawapan yang sewajarnya. Harus diingat bahawa anda bukan sahaja perlu
menjawab soalan daripada e-tutor anda, malah anda juga perlu membaca
jawapan yang diberi oleh rakan anda dan respons kepada mereka sambil
mengemukakan persoalan anda sendiri. Kini, kami ingin menekankan bahawa
soalan yang memerlukan jawapan yang telus tidak perlu dikemukakan dalam
forum perbincangan. Contoh soalan, Apakah gabungan pendekatan
pembelajaran yang terdapat di OUM? Soalan yang sebegini perlulah anda
sendiri mengambil inisiatif untuk mencari jawapannya.
Halaman forum ini adalah antara fungsi paling penting dalam myINSPIRE.
Apakah sebenarnya maksud forum? Forum secara keseluruhannya adalah
seperti ruang perbincangan/ruang sembang, bilik darjah dan pusat sumber. Di
sinilah anda boleh melibatkan rakan, tutor dan pakar rujuk bidang (SME
subject matter experts) dalam kursus yang anda ambil. Ia seperti kelas 24 jam di
mana anda akan memperoleh penjelasan terhadap setiap isu dan jawapan atas
setiap persoalan yang diutarakan dalam kursus anda.
Namun demikian, perlu diingatkan bahawa walaupun forum ini dibuka 24 jam
sehari, tujuh hari seminggu, tutor atau rakan anda tidak semestinya ada dalam
talian bersama anda. Mereka mungkin mempunyai hal dan komitmen lain. Oleh
itu mereka akan berada di halaman forum pada waktu lapang mereka sahaja.
Kadangkala, apabila terlalu ramai yang menggunakan forum, anda perlulah
menunggu seketika. Apa yang penting, anda adalah sebahagian daripada forum
dalam myINSPIRE. Di sinilah anda dapat berkongsi pendapat dan idea.
Berkongsi ilmu pengetahuan tidak akan merugikan malah ia akan
menambahkan ilmu yang kita ada. Oleh itu, berkongsilah ilmu yang anda ada
dan berkongsilah jawapan kepada soalan yang ditanya oleh rakan anda. Selain
itu, anda juga akan memperoleh perspektif yang berbeza dan pandangan yang
baharu mengenai isu atau soalan yang dikongsi bersama.
Rajah 2.54: Klik pautan Forum untuk menghantar pesanan kepada e-tutor atau/dan
rakan anda
Forum disusun mengikut topik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.55.
Rajah 2.55: Forum dibahagikan mengikut pelbagai folder; apabila menghantar pesanan
baru, pilih folder yang bersesuaian
Forum disusun mengikut perbincangan umum, topik dan sumber yang berguna
(lihat Rajah 2.55).
Sekiranya anda ingin menghantar soalan, pilihlah folder yang betul. Apabila
anda klik folder topik tertentu, halaman forum pada topik yang dipilih tadi akan
muncul (lihat Rajah 2.56). Ketika menghantar mesej, pastikan anda sertakan
nama subjek dan mesejnya (lihat Rajah 2.57).
Anda juga boleh melampirkan fail dalam kiriman anda. Rajah 2.56 menunjukkan
isi kandungan e-forum dalam satu folder. Pada halaman ini, anda dapatlah
berbincang dan bertukar idea, bekerjasama dan apa sahaja topik yang khusus
dalam kursus anda. Ini akan membantu anda memberi tumpuan kepada mana-
mana topik setiap kali anda memasuki halaman forum. Apa yang penting, anda
akan dapat melihat rangkaian perbualan yang telah anda sertai dan respons
daripada rakan anda. Semakin rancak perbualan dan soal jawab dalam e-forum
adalah lebih baik untuk pelajar individu. Aspek paling penting mengenai
konteks pembelajaran maya ini adalah untuk memberi anda perasaan belajar
bersama rakan seperjuangan. Ia mengingatkan anda bahawa anda tidaklah
keseorangan dalam menempuh sesi pembelajaran ini dan akan sentiasa ada
orang yang membantu. Oleh itu, bersama-samalah bantu-membantu antara
rakan anda agar dapat memberi manfaat kepada semua.
Nota: Anda perlu membuat carian di forum sebelum menghantar soalan kerana
mungkin soalan yang sama telah dihantar oleh rakan anda dan telah pun
dijawab oleh e-tutor. Search forums wujud pada bahagian kanan laman kursus
myINSPIRE (lihat Rajah 2.58).
Rajah 2.58: Anda boleh membuat carian bagi penghantaran soalan (posting)
menggunakan kata kunci yang sesuai
Rajah 2.59: Memilih subjek berdaftar anda yang lain dalam myINSPIRE
Sekiranya anda berada di halaman kursus namun tidak pasti sama ada ingin
bergerak ke halaman sebelumnya atau ke lokasi lain di halaman kursus, klik
pada lokasi kanan di laluan navigasi bahagian atas halaman kursus anda seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.60.
Rajah 2.60: Laluan navigasi pada bahagian atas membolehkan anda kembali ke halaman
yang sebenar dengan hanya satu klik
Selain itu, anda dapat memuat turun aplikasi mudah alih dari Play Store (telefon
Android) atau App Store (iPhone) dan dipasang ke dalam telefon anda. Terdapat
beberapa aplikasi mudah alih untuk Moodle. Sila muat turun aplikasi rasmi
daripada Syarikat Moodle (Moodle Pty Ltd) seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.62.
Langkah demi langkah untuk memuat turun aplikasi mudah alih ini diterangkan
dalam Jadual 2.7.
Langkah Deskripsi
Langkah 1 Pasang aplikasi mudah alih Moodle untuk myINSPIRE dari Google
Play/App Store (lihat Rajah 2.63).
Langkah 2 Tekan aplikasi mudah alih Moodle di telefon mudah alih anda (lihat
Rajah 2.64).
Rajah 2.66: Masukkan nama pengguna dan kata laluan OUM anda
Langkah 4 Subjek yang telah anda daftarkan akan muncul. Klik Contents di
mana-mana subjek tersebut untuk anda melayari ke halaman kursus
itu (lihat Rajah 2.67).
Langkah 4 Selesai sahaja, halaman kursus akan dipaparkan (lihat Rajah 2.68).
(Sambungan)
Rajah 2.70: Semak profil akademik anda dan status kewangan melalui ikon myProfile
(c) Bantuan
Sekiranya anda berhadapan dengan masalah ketika menggunakan portal
myOUM dan myINSPIRE, pembantu di HELPDESK boleh membantu
anda. Hantar e-mel kepada kami di [email protected] atau hubungi
kami di talian 03-2773 2325/2283.
Antara kebaikan yang diperoleh daripada Internet ialah e-mel kepada rakan
dan taulan, berinteraksi dalam forum perbincangan dalam talian, mencari
maklumat di jaringan sejagat, membuat tugasan dalam talian dan lain-lain.
Microsoft Internet Explorer ialah pelayar yang boleh anda gunakan sebagai
alat dalam konteks pembelajaran maya. Anda dapat menggunakan pelayar
ini untuk mengakses myINSPIRE di http://inspire.oum.edu.my.
Format Dokumen Mudah Alih (PDF) dibangunkan oleh Adobe Systems dan
direka bentuk untuk pertukaran dokumen antara komputer dan seluruh
platform komputer sambil mengekalkan integriti fail. Ini bermakna
kandungan dokumen fail tidak akan berubah.
Tambahan pula, myINSPIRE telah direka bentuk untuk diakses secara intuitif
ia dapat diakses dengan sedikit atau tanpa arahan daripada komputer atau
telefon mudah alih.
Penilaian kendiri;
Kuiz;
Video kuliah;
FAQ;
Persidangan video;
Forum; dan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengaplikasikan kemahiran dapatan semula maklumat (IRS
information retrieval skills) dan kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT information and communication technology);
2. Merumuskan konsep perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah
Sanusi (TSDAS) dan tiga komponennya;
3. Mengaplikasikan lima langkah jejak maklumat (information trail)
OUM; dan
4. Menggunakan Katalog Capaian Awam dalam Talian (OPAC
Online Public Access Catalogue), pangkalan data elektronik dan
Internet untuk mencari maklumat secara efisien dan efektif.
PENGENALAN
Dalam perpustakaan tradisional di mana pengguna menggunakan kad katalog
untuk dapatan semula bahan bacaan, pengumpulan maklumat boleh menjadi
proses yang rumit. Dengan adanya ICT dan pemasangan sistem komputer di
perpustakaan, pengumpulan maklumat telah menjadi lebih kompleks kerana
pengguna kini perlu belajar cara menggunakan sistem dahulu sebelum dapatan
semula maklumat, namun pengenalan ICT juga telah menjadikan prosesnya
lebih efisien. Inilah sebabnya mengapa program mendidik pengguna seperti
modul ini amat penting kerana tidak kira betapa canggih sistem perpustakaan
elektronik atau betapa tinggi nilai koleksi perpustakaan itu, ia tidak dapat
digunakan dengan berkesan jika pelajar tidak tahu cara untuk menggunakannya.
Walau bagaimanapun, topik ini akan memberi tumpuan kepada jenis maklumat
yang boleh anda gunakan untuk pembelajaran anda maklumat yang berkaitan
dengan kerja kursus dan tugasan anda.
Ledakan besar maklumat ini menyukarkan anda untuk mengesan dan mencari
kembali maklumat yang telah anda baca melainkan jika ia diatur dengan baik
menggunakan sistem yang membenarkan capaian mudah dan sistematik. Oleh
sebab yang sama, walaupun maklumat boleh didapati di mana-mana, tempat
yang paling mudah untuk mengumpul maklumat bagi pembelajaran adalah di
perpustakaan.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, oleh sebab ia perpustakaan digital,
anda boleh mengakses koleksi perpustakaan dan sistem tanpa menjejakkan kaki
ke perpustakaan itu. Dengan menggunakan perpustakaan digital, ia mempunyai
kelebihan, terutamanya kepada anda sebagai pelajar OUM. Dengan
menggunakan Perpustakaan Digital OUM, anda akan dapat membangunkan dan
meningkatkan dua kemahiran asas seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.1.
Koleksi perpustakaan digital ini terdiri daripada pelbagai sumber bercetak dan
digital. Dari segi fizikal, perpustakaan digital mempunyai lebih daripada 45,000
jilid buku di seluruh sistem perpustakaan. Buku bercetak ini boleh dicari melalui
OPAC.
Selain dari perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi di kampus induk
OUM Kuala Lumpur, terdapat juga pusat sumber lain di pusat pembelajaran
OUM di Lembah Klang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Pusat sumber ini
menyimpan sejumlah buku teks bercetak dan bahan rujukan mengikut kursus
yang ditawarkan di pusat pembelajaran tersebut.
(a) Lebih daripada 127,398 judul e-buku dari 11 pangkalan data e-buku;
(b) Lebih daripada 54,265 judul jurnal dari 18 pangkalan data e-jurnal;
(c) Satu pangkalan data tesis yang terdiri daripada kira-kira 2.4 juta judul tesis;
Pangkalan data yang ada merangkumi semua kursus yang ditawarkan di OUM.
Proses yang dinyatakan dalam Jadual 3.3 menerangkan perkara yang berlaku
dalam carian OPAC selepas anda log masuk di portal OUM.
Langkah Deskripsi
Langkah 1 Klik ikon Digital Library di portal myOUM untuk melayari portal
perpustakaan. Klik pada ikon Search Library pada bar menu
perpustakaan untuk mendapatkan skrin carian OPAC (lihat Rajah 3.2).
Langkah 3 Taip istilah carian dalam kotak carian Anda boleh memilih sama ada
kata kunci, tajuk bahan, nama pengarang atau subjek. Pilih salah satu.
Seterusnya tekan <ENTER> untuk membuat carian.
Langkah 4 Imbas rekod bibliografi untuk bahan yang berkaitan. Klik atau pilih
item yang anda perlukan.
Langkah 5 Dapatkan nombor panggilan daripada rekod item yang dipaparkan.
Langkah 6 Cari item di rak berdasarkan nombor panggilan.
Rajah 3.4: Proses yang terlibat untuk mencari sumber menggunakan OPAC
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4, terdapat empat jenis carian, iaitu
carian pengarang, tajuk, subjek dan kata kunci. Yang berikut ialah langkah untuk
membuat carian menggunakan empat jenis carian itu:
Pengarang buku tadi ialah Kathleen R. Allen. Ikuti langkah berikut untuk
membuat carian menggunakan nama pengarang:
Rajah 3.5: Klik ikon Digital Library pada bar menu untuk membuka portal
perpustakaan
Rajah 3.8: Taip nama keluarga Allen, diikuti dengan Kathleen seterusnya pilih
Author daripada Search Term Limiter
Rajah 3.9: Apabila item ditemui, dapatkan nombor panggilan untuk mengesan lokasi
buku bercetak di rak
Sekarang, mari kita ikuti langkah berikut untuk carian menggunakan tajuk:
Rajah 3.10: Taip tajuk item dengan tepat dan pilih Title daripada Search Term
Limiter
Rajah 3.11: Rekod penuh item bibliografi bertajuk The ASTD e-Learning Handbook oleh
Allison Rossett
Rajah 3.12: Taip subjek yang diperlukan dalam kotak Search Terms, pilih Subject
dari Search Term Limiter dan kemudian klik butang Find
Namun, carian kata kunci bergantung pada strategi carian anda kerana jika
istilah yang anda gunakan terlalu luas atau umum seperti marketing,
anda mungkin memperoleh beribu-ribu judul. Untuk memastikan anda
mendapatkan rekod yang lebih khusus mengenai Web marketing, anda
perlu mengehadkan istilah carian anda untuk mendapatkan kata kunci
tertentu seperti electronic commerce, marketing strategies atau Web
marketing. Sebaliknya, jika istilah carian anda terlalu spesifik, anda
mungkin memperoleh rekod nombor yang sedikit.
Rajah 3.14: Taip kata kunci yang diperlukan dalam kotak Search Terms, pilih
Keyword Search daripada menu Search Term Limiter
Langkah 4: Skrin hasil carian akan muncul seperti dalam Rajah 3.15.
Anda boleh juga merujuk kepada panduan carian di portal perpustakaan untuk
mempelajari langkah demi langkah secara terperinci berkenaan panduan OPAC.
Langkah 3: Taip kata kunci seperti online learning pada kotak Search
Term. Pilih Printed Book pada Item Type Limiter. Klik
Find untuk membuat carian (lihat Rajah 3.16).
Rajah 3.16: Taip kata kunci dalam kotak Search Terms, klik Printed Books pada
Item Type Limiter dan klik butang Find
Rajah 3.17: Senarai buku bercetak berkaitan online learning. Dapatkan nombor
panggilan untuk memperoleh buku dari rak
Pangkalan data elektronik ialah koleksi maklumat yang tersusun yang boleh
dibuat carian melalui komputer menggunakan sistem rangkaian elektronik.
Setiap item di dalam pangkalan data dikenali sebagai rekod. Terdapat beberapa
jenis pangkalan data dan dua daripadanya yang utama di perpustakaan adalah
seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.4.
Subtopik berikut akan menunjukkan kepada anda cara untuk mencari e-buku
dan e-jurnal.
Langkah 1: Pada portal perpustakaan, klik pada ikon Search Database yang
terletak pada lajur kiri (lihat Rajah 3.18).
Rajah 3.18: Klik pada ikon Search Database untuk mendapatkan senarai pangkalan
data elektronik
Rajah 3.19: Senarai pangkalan data yang akan dipaparkan mengikut turutan abjad
Langkah 3: Klik pada huruf E untuk Ebrary dan klik pada Connect to
Database untuk mengakses pangkalan data (rujuk Rajah 3.20).
Rajah 3.20: Pilih huruf E untuk pangkalan data Ebrary Electronic Books dan klik pada
Connect to Database untuk mengakses pangkalan data
Sekarang kita akan melihat carian pengarang, tajuk, subjek dan kata kunci untuk
Ebrary. Yang berikut ialah contoh buku yang anda perlu membuat carian.
Rajah 3.23: Taip nama pengarang Sweeney dan pilih Author daripada kotak
Search in, seterusnya klik butang Search
Rajah 3.24: Senarai padanan rekod dan klik pada tajuk untuk membuka pilihan buku
Rajah 3.25: Taip mana-mana kata kunci berdasarkan tajuk buku, sebagai contoh,
Internet marketing, pilih Title daripada kotak Search in dan klik butang Search
Rajah 3.26: Senarai item yang diperoleh berdasarkan carian Title untuk Internet
marketing
Langkah 4: Untuk memaparkan buku itu, klik pada tajuk atau imej buku.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
146 TOPIK 3 PERPUSTAKAAN DIGITAL
Rajah 3.27: Taip mana-mana perkataan daripada tajuk buku, sebagai contoh, Internet
marketing, pilih Subject daripada kotak Search in dan klik butang Search
Rajah 3.28: Senarai item di bawah carian Subject untuk Internet marketing
Langkah 4: Untuk memaparkan buku, klik pada tajuk atau imej buku.
Rajah 3.29: Taip mana-mana kata kunci pada kotak carian, seterusnya klik butang Search
Rajah 3.30: Senarai item berdasarkan carian Keyword untuk Internet marketing
Langkah 4: Untuk memaparkan buku, klik pada tajuk atau imej buku.
Rajah 3.31: Klik butang Table of Contents untuk melihat isi kandungan
Pada paparan ini, hanya pilih topik yang anda hendak baca (lihat Rajah 3.32).
Rajah 3.32: Klik pada mana-mana bab untuk mendapatkan teks penuh; bab dalam huruf
tebal mengandungi lebih banyak maklumat tentang carian kata kunci
Apabila topik tertentu telah dipilih, anda boleh menggunakan alat pada bar
menu untuk membaca buku itu (lihat Rajah 3.33).
Rajah 3.35: Taip ebscohost dalam ruangan carian untuk mengakses pangkalan data
EBSCOhost
Rajah 3.36: Klik pautan Connect to Database untuk mengakses pangkalan data tersebut
Langkah 4: Taip kata kunci Web marketing dalam kotak carian dan
klik butang Search (lihat Rajah 3.37).
Rajah 3.37: Taip kata kunci dan pilih jenis carian yang bersesuaian
Rajah 3.38: Tandakan Academic Journals untuk mendapatkan senarai jurnal akademik
berkenaan pemasaran web (Web marketing)
Lan
ngkah 6: Pilih
P artikel yaang hendak dibaca
d dengann mengklik PPDF Full
Text
T atau H HTML Full Text
T (lihat Rajah
R 3.39). Klik
K ikon
Diskette
untuk meenyimpan arttikel dan paada ikon
Printer
untuk menceetak artikel.
Rajah 3.39:
3 Klik PDF
F Full Text ataau HTML Fulll Text untuk membuka
m teks penuh
artikel
Lan
ngkah 7: Anda
A mungk
kin perlu meemasang Adobe Acrobatt Reader
untuk
u olehkan anda melihat teks penuh PDF teersebut.
membo
Alat/Perkhidmatan Deskripsi
Enjin carian Membuat carian menggunakan enjin carian tunggal seperti
Google.
Enjin carian meta Membuat carian di pelbagai enjin carian tunggal pada masa
yang sama seperti Mamma atau Dogpile.
Direktori subjek/ Dalam direktori subjek, laman web disusun dalam pelbagai
get laluan kategori dengan setiap kategori mengandungi pautan ke
(gateways) subjek subkategori.
Pangkalan data Selain daripada pangkalan data yang dilanggan, terdapat juga
pangkalan data percuma untuk mendapatkan bahan rujukan
mengenai topik tertentu.
Dalam bahagian yang berikut, anda akan diperkenalkan kepada cara untuk
membuat carian bagi direktori subjek dan melalui enjin carian. Alat carian ini
sengaja kami pilih kerana ia lebih relevan kepada anda sebagai pelajar universiti
disebabkan sifat akademik dan kandungannya yang komprehensif. Sekarang
mari kita lihat dua cara untuk membuat carian di Internet.
Rajah 3.45: Salah satu sumber yang wujud tentang Economics melalui halaman WWW
Virtual Library
Langkah 4: Pilih dan klik pautan laman web yang dipilih (lihat
Rajah 3.48).
Rajah 3.48: Salah satu laman web yang berkaitan dengan advantages of web marketing
Sumber: www.eulor.com
Walau bagaimanapun, pengenalan ICT juga telah menjadikan proses ini lebih
efisien.
Ia penting untuk kita ketahui bahawa tidak kira betapa canggihnya sistem
perpustakaan elektronik atau betapa berharganya koleksi perpustakaan
tersebut, perpustakaan tidak akan dapat digunakan dengan efisien sekiranya
pelajar tidak tahu cara menggunakannya.
Infrastruktur teknikal;
Pendidikan pengguna.
Mencari maklumat;
Strategi carian;
Pembentangan.
OPAC atau Katalog Capaian Awam dalam Talian ialah katalog elektronik
atau dalam talian untuk bahan yang wujud di dalam perpustakaan. Semua
bahan bercetak dan bahan audio-visual dalam perpustakaan digital TSDAS
direkodkan dan carian dapat dibuat menggunakan OPAC.
PENGENALAN
Sedarkah anda bahawa bukan semua maklumat daripada buku, artikel jurnal,
kertas persidangan atau laman web relevan, atau sesuai untuk tugasan anda
dan kerja kursus lain? Oleh itu, anda perlu menilai maklumat yang diperoleh
daripada carian anda dan pilih mana yang anda fikirkan penting untuk tugasan
dan bahan bacaan seterusnya.
Waktu ideal untuk menilai bahan yang diperoleh ialah ketika membacanya,
berpandukan kriteria yang telah anda tetapkan sendiri sambil mengambil kira
topiknya. Skop, lingkungan dan perincian pembentangan anda akan bergantung
pada penilaian dan kriteria pemilihan yang telah anda tetapkan.
Terdapat lima kriteria penilaian dan pemilihan yang boleh anda gunakan untuk
menilai dan memilih maklumat yang telah anda kumpulkan. Lima kriteria
tersebut ialah kewibawaan (authority), keobjektifan (objectivity), ketepatan
(accuracy) dan kebolehpercayaan (reliability), kesemasaan (currency) dan skop
(scope). Kesemuanya merupakan fokus bagi topik keempat ini. Diharapkan pada
akhir topik ini, anda dapat menggunakannya dalam menyiapkan tugasan anda
dan kerja kursus lain.
4.1 KEWIBAWAAN
Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan kewibawaan? Sekiranya berkenaan
carian maklumat untuk tugasan anda dan kerja kursus lain, kewibawaan
membawa maksud penguasaan dalam perlaksanaan atau persembahan seperti
hasil seni atau sastera atau muzik (WordReference.com, 2016). Dalam menilai
maklumat bertujuan akademik, disarankan kita menggunakan maklumat
daripada pakar yang mempunyai latar belakang profesional.
Oleh itu, tanya diri anda jika pengarang (peribadi atau korporat) mempunyai
kewibawaan ke atas subjek yang ditulisnya. Yang terbaik adalah dengan melihat
kewibawaan pengarang pada muka surat belakang atau pada jaket buku itu.
Untuk bahan daripada Internet, hak karangan (authorship) haruslah dijadikan
kriteria utama dalam pemilihan bahan. Yang berikut ialah beberapa cadangan
tentang apa yang perlu anda lakukan bagi yang melibatkan bahan Internet:
(a) Periksa siapa yang meletakkan maklumat tersebut di web. Cari nama
pengarangnya. Adakah terdapat maklumat tentang latar belakang
profesionalnya?
(b) Periksa pautan daripada dokumen lain untuk mengesahkan kelayakan dan
kewibawaan pengarang ke atas topik tersebut.
(c) Semak URL tersebut untuk melihat pihak yang bertanggungjawab sama
ada ia direktori laman web peribadi atau laman web rasmi organisasi.
Untuk pengarang korporat, tanya diri anda sama ada syarikat itu mempunyai
hak secara langsung untuk menyiarkan kandungan tersebut. Jadilah penilai yang
baik dan belajar cara membezakan antara maklumat berwibawa dengan
maklumat komersial.
Mari kita lihat satu contoh kewibawaan bagi pengarang sebuah buku yang
bertajuk Net Market. Maklumat yang dipaparkan telah diimbas daripada jaket
buku tersebut. Untuk memeriksa kewibawaan penulis, kami sediakan panduan
untuk anda dalam bentuk soalan. Sambil anda membaca soalan itu, jangan lupa
untuk merujuk Rajah 4.1 bagi mendapatkan jawapannya.
(a) Adakah Tom Dagenais salah seorang penulis utama dalam bidang
pemasaran rangkaian?
(c) Adakah beliau telah menulis beberapa buku atau artikel dalam jurnal?
AKTIVITI 4.1
(b) Kenal pasti satu laman web yang mempunyai kewibawaan yang
tertinggi.
Ia mungkin benar malah jam yang sudah mati pun akan betul sebanyak dua
kali sehari dan kadangkala apa yang salah bagi seseorang boleh menjadi
betul kepada orang lain tetapi dari segi ketepatan dan kebolehpercayaan
dalam penulisan akademik, tiada komprominya. Oleh itu, setiap fakta haruslah
disahkan tepat dan boleh dipercayainya.
Untuk sumber daripada Internet, tanya diri anda soalan berikut untuk
mengesahkan fakta:
Mari kita guna soalan tadi dalam membandingkan dua laman web, iaitu A (lihat
Rajah 4.2) dan B (lihat Rajah 4.3), dan lihat apa yang membuatkan laman web A
lebih tepat dan boleh dipercayai.
Apakah yang anda boleh katakan mengenai maklumat dalam Rajah 4.2 dan
Rajah 4.3 tadi? Mari kita lihat jawapannya dalam Jadual 4.1.
4.3 KEOBJEKTIFAN
Dalam penulisan akademik, keobjektifan bermakna membentangkan maklumat
berdasarkan fakta. Dengan kata lain, ia tidak seharusnya menjadi bahan
propaganda ataupun berat sebelah dalam hal politik, agama, jantina, bangsa,
negara atau falsafah peribadi. Anda perlu bertanya soalan ini kepada diri sendiri
Adakah terdapat berat sebelah dalam penulisan tersebut?
AKTIVITI 4.2
Lihat kandungan laman web yang diberikan dan tanya diri anda soalan
berikut:
4.4 KESEMASAAN
Apakah yang dimaksudkan dengan kesemasaan maklumat?
Perlu diingat bahawa bukan semua maklumat perlu dalam keadaan terkini.
Terpulang pada anda untuk memilihnya berdasarkan budi bicara anda sendiri.
Apabila mencari maklumat, anda perlu tanya diri anda beberapa soalan seperti:
(b) Mengapakah kita membaca edisi kedua sedangkan edisi kelima sudah
berada di pasaran?
Rajah 4.4: Halaman hak cipta buku oleh Tom Dagenais dan David Gautschi, Net
Marketing: Driving Success in the B2B Networked Economy
Berdasarkan Rajah 4.4, anda perlu bertanya beberapa soalan berikut untuk
mengesahkan kesemasaan kandungannya:
4.5 SKOP
Akhir sekali, mari kita mempelajari skop. Apakah yang dimaksudkan dengan
skop?
(d) Adakah pembaca diharapkan untuk membaca beberapa buah buku hanya
untuk mengumpul maklumat mengenai satu aspek?
Skop perkara yang ditulis adalah penting kerana melainkan maklumat yang
diberi adalah menyeluruh, anda perlu membaca beberapa buah buku hanya
untuk mendapatkan maklumat yang sama. Mari lakukan Aktiviti 9.3 untuk
menggunakan konsep ini dalam skop.
AKTIVITI 4.3
(b) Adakah terdapat topik utama dan subtopik? Jika ya, adakah
liputannya mencukupi?
Terdapat banyak maklumat dalam bentuk media cetak dan elektronik untuk
pelajar OUM. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mempunyai
kebolehan menilai dan menggunakan hanya maklumat yang berkaitan.
Kebolehpercayaan Ketepatan
Keobjektifan Kewibawaan
Kesemasaan Skop
PENGENALAN
Tahukah anda bahawa menulis tugasan ialah sebahagian daripada pembelajaran
kendiri di OUM? Malah, tugasan merupakan salah satu kaedah penilaian yang
penting di OUM kerana ia secara langsung mempengaruhi pendekatan pelajar
untuk belajar. Perkara yang lebih penting ialah menulis tugasan merupakan proses
untuk membuktikan bahawa hasil pembelajaran kursus telah dapat dicapai
apabila anda telah berjaya menyelesaikan kursus ini. Oleh itu, topik ini akan
memfokuskan cara untuk anda menghadapi tugasan. Kami berharap pada akhir
topik ini, anda dapat menghasilkan dan menghantar tugasan yang berkualiti.
Perlu diingat bahawa tugasan adalah berbeza daripada esei dari segi
format. Kita menggunakan tajuk dan subtajuk untuk menunjukkan hubungan
atau kesinambungan isu. Selain itu, penulisan tugasan bukanlah hanya
pembentangan fakta semata-mata. Ia lebih kepada latihan akademik yang anda
perlu menyatakan pendirian terhadap isu tertentu, memberi hujah terhadap
sesuatu sebab dan memberi bukti sahih untuk menyokong hujah anda.
Dalam subtopik ini, anda akan dibimbing tentang cara untuk menulis tugasan.
Secara umumnya, terdapat 10 langkah untuk menghasilkan tugasan bertulis
yang baik seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5.1.
Jadual 5.1: Sepuluh Langkah untuk Menghasilkan Tugasan Bertulis yang Baik
Langkah Tindakan
1. Memilih topik Pilih salah satu topik yang sesuai dengan anda yang anda
tahu sesuatu mengenainya. Kadangkala pensyarah atau tutor
akan memberikan topik kepada setiap individu.
2. Menganalisis Kenal pasti isu utama dan isu sokongan. Semak apa yang
topik perlu anda lakukan berkenaan topik itu; adakah perlu
menerangkan, memberi komen, menghuraikan, mengesahkan
atau menganalisis? Fahami maksud setiap istilah (rujuk
kamus untuk mendapatkan penjelasan).
3. Mencari Guna langkah jejak maklumat OUM (rujuk Topik 3). Guna
maklumat strategi pencarian yang anda paling mahir dan gunakannya
untuk mengakses: OPAC, pangkalan data e-buku, pangkalan
data e-jurnal dan Internet.
4. Menilai dan Adakah anda mempunyai maklumat yang mencukupi dan
memilih relevan dengan isu utama dan isu sokongan? (Gunakan
kriteria penilaian maklumat dalam Topik 4).
5. Mengambil nota Pastikan nota merangkumi semua aspek yang berkaitan
daripada sesuatu dengan isu utama dan isu sokongan.
sumber
AKTIVITI 5.1
Cari laman web yang dapat mengajar anda tentang cara menjadualkan
masa untuk menyiapkan tugasan. Berdasarkan laman web tersebut,
senaraikan pelan tindakan anda dan tarikh akhir dalam persediaan
menyiapkan tugasan.
5.2 STRUKTUR
Subtopik ini memfokuskan esei yang merupakan jenis tugasan yang paling biasa.
Esei mempunyai bahagian pengenalan, isi kandungan dan penutup. Mari kita
meneruskan pembelajaran dan melihat beberapa petua tentang cara memulakan
esei anda dengan komponen pertama, iaitu pengenalan, diikuti dengan isi
kandungan dan kesimpulan.
5.2.1 Pengenalan
Apabila menulis pengenalan, anda perlu:
(b) Mengatur rentetan kejadian (scene) atau menjelaskan isu utama; dan
Mari kita menganalisis pengenalan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1. Jika anda
perhatikan, penulis bermula dengan menghuraikan keperluan dan peranan
perpustakaan dalam perenggan pertama. Dalam perenggan kedua, penulis
meneruskan dengan menjelaskan peranan perpustakaan boleh ditentukan
dengan memahami konsep pendidikan, matlamat dan objektif pendidikan dan
lain-lain. Kemudian, penulis mengaitkan idea ini untuk menunjukkan bagaimana
perpustakaan digital OUM boleh menyokong konsep pendemokrasian
pendidikan tinggi (yang juga matlamat OUM), OUM dan aktiviti terasnya. Oleh
itu, penulis telah berjaya memperkenalkan topik kertas kerja Menyediakan
Peluang Sama Rata dalam Pembelajaran Jarak Jauh: Peranan Perpustakaan
Digital OUM.
Anda juga boleh menggunakan ilustrasi (gambar rajah, gambar dan lain-lain)
dalam isi kandungan jika ia membantu dalam menjelaskan sesuatu isu.
5.2.3 Kesimpulan
Sentiasalah rujuk kembali kepada topik apabila anda menulis bahagian ini.
Pastikan kesimpulan anda selari dengan pengenalan dan isi kandungan.
Kesimpulan yang baik seharusnya memberikan pembaca rasa lengkap atau
berkesudahan berakhirnya satu cerita.
Ingat, jangan ulangi apa yang telah anda nyatakan dalam bahagian pengenalan.
Kesimpulan mestilah menunjukkan kemajuan dalam pembangunan topik
daripada pengenalan dan seterusnya ke isi kandungan (lihat Rajah 5.3).
AKTIVITI 5.2
Berdasarkan pengalaman anda sebelum ini dalam menulis tugasan,
berapa banyakkah draf yang telah anda hasilkan? Adakah anda fikir
perlu untuk mempunyai lebih daripada satu draf? Hantarkan komen
anda dalam ruangan e-forum.
(a) Membolehkan tutor anda membuat susulan rujukan dan mencari sumber
yang dinyatakan;
(c) Membolehkan tutor anda memeriksa ketepatan maklumat yang telah anda
berikan;
(d) Rujukan yang baik akan membantu dalam mengelakkan tuduhan plagiat;
dan
(e) Anda akan kehilangan markah jika gagal menyatakan sumber yang
diambil.
Sekarang, mari kita lihat Jadual 5.3 yang menggambarkan jenis sumber atau
rujukan dengan gaya rujukan petikan APA.
Jadual 5.3: Jenis Sumber atau Rujukan dengan Gaya Rujukan Petikan APA
BUKU
KOMUNIKASI PERIBADI
(i) Kertas kerja rujukan sekunder ialah kertas kerja yang kerja pengarang
dipelajari daripada kerja penulis lain.
Petikan dalam Teks
Stake (seperti dipetik dalam Cano, 2012) menyatakan bahawa...
...dan sekolah rendah (Stake, seperti dipetik dalam Cano, 2012).
Senarai Rujukan
Cano, E. V. (2012). Mobile learning with Twitter to improve linguistic
competence at secondary schools.The Educational Review, 29(3), 134147.
PETIKAN SUMBER
(ii) Petikan bagi 40 atau lebih perkataan harus dipaparkan dalam blok bebas
daripada garisan ditaip dan tanda petikan mesti ditinggalkan. Mulakan
petikan blok sebegitu pada barisan baharu dan mengengsot blok kira-kira 0.5
inci (1.3cm atau lima ruang) dari jidar kiri. Seluruh petikan hendaklah
dilangkau dua baris.
Petikan dalam Teks
Sekaran dan Bougie (2009) menerangkan perkara berikut:
Matriks korelasi Pearson akan menunjukkan arah, kekuatan, kepentingan
hubungan bivariat antara semua pemboleh ubah yang diukur pada tahap
selang atau nisbah. Korelasi diperoleh dengan menilai perubahan dalam
satu pemboleh ubah kerana pemboleh ubah lain juga berbeza-beza
(hlmn. 321).
Senarai Rujukan
Sekaran, U., & Bougie, R. (2009). Research methods for business: A skill
building approach (5th ed.). West Sussex, England: John Wiley & Sons.
(i) Huruf kecil perlu digunakan untuk membezakan antara kertas kerja yang
diterbitkan pada tahun yang sama oleh pengarang ini.
Petikan dalam Teks
Parasuraman, Zeithaml dan Berry (1991a) dan Parasuraman, Zeithaml dan
Berry (1991b) mencadangkan model...
...kualiti perkhidmatan (Parasuraman, Zeithaml dan Berry, 1991a;
Parasuraman, Zeithaml dan Berry, 1991b).
Senarai Rujukan
Parasuraman, A., Zeithaml, V. A., & Berry, L. L. (1991a). Refinement and
reassessment of the SERVQUAL scale. Journal of Retailing, 67, 420450.
Parasuraman, A., Zeithaml, V. A., & Berry, L. L. (1991b). Understanding
customer expectations of service. Sloan Management Review, 32, 3948.
(i) PDF
Gunakan singkatan t. t. untuk tidak mempunyai tarikh apabila tarikh
tidak dinyatakan dalam sumber itu.
Petikan Dalam Teks
Hallam (t. t.) menyusun semula teori itu...
...bagi teori itu (Hallam, t. t.).
Senarai Rujukan
Nama pengarang (t. t.). Tajuk [Format PDF]. Dicapai dari URL
Hallam, A. (t. t.). Duality in consumer theory [PDF document].
Dicapai dari Laman Web Nota Syarahan dalam Talian:
http://www.econ.iastate.edu/classes/econ501/Hallam/index.pdf
WIKI
MENULIS DI BLOG
Tahukah anda bahawa perbuatan ini dianggap satu kesalahan yang serius dan
pesalah boleh dihukum dengan berat? Oleh itu, anda perlu menyenaraikan
kesemua sumber anda dalam setiap kertas kerja akademik yang anda hasilkan.
Walau bagaimanapun, ada beberapa peraturan dan konvensyen yang anda mesti
patuhi untuk memetik sumber anda dengan cara yang betul. Dalam konteks
ini, rujukan bermaksud mengakui semua sumber yang anda telah teliti dan
dianggap tepat bagi menggunakannya dalam tugasan anda.
Pakatan sulit (collusion) ialah perbuatan bersama dengan orang lain untuk
membuat sesuatu dengan niat untuk menipu.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelak pakatan sulit ini? Yang berikut
ialah panduan untuk anda ikuti bagi mengelak pakatan sulit:
(a) Anda tidak boleh meminjam satu atau dua perenggan daripada orang
lain. Pastikan anda tidak menggunakan mana-mana ayat atau perenggan
daripada kerja orang lain, jangan berkongsi kerja anda atau membenarkan
sesiapa untuk menyalin mana-mana bahagian daripadanya anda boleh
dipersoalkan tentang plagiat dan/atau pakatan sulit.
(b) Anda tidak boleh menghantar hasil kerja yang sama dengan pelajar lain
(kecuali kerja kumpulan) sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
Kadangkala, anda akan menulis topik yang sama dengan rakan yang
sedang belajar dalam kelas yang sama. Ini tidak bermakna tugasan anda
perlu atau akan menjadi sama.
(c) Anda tidak boleh menghantar hasil kerja seseorang yang belajar dalam
kelas yang sama sebelum ini walaupun beliau sendiri yang memberikan
kerjanya untuk dihantar menggunakan nama anda dan tidak kisah anda
berbuat sedemikian, walaupun ia adalah hasil kerja dari beberapa tahun
yang lalu atau walaupun anda telah mengubahnya sedikit.
(d) Anda tidak boleh menghantar hasil kerja pelajar lain dengan menggunakan
nama anda walaupun pelajar itu tidak kisah anda berbuat demikian. Anda
tidak boleh menghantar hasil kerja pelajar lain atau rakan dan berpura-
pura ia hasil kerja anda sendiri walaupun mereka tidak keberatan. Anda
juga tidak boleh menyuruh seseorang untuk menulis tugasan anda
walaupun anda boleh membayar mereka.
AKTIVITI 5.3
Nyatakan rujukan bagi petikan buku berikut menggunakan gaya
petikan OUM berdasarkan format APA.
4. Kurang kefasihan dan Gunakan bahasa yang mudah dan tepat, hubungkan
kesinambungan butiran dan perenggan serta semak ejaan dan tatabahasa.
5. Pengenalan yang Pastikan anda memperkenalkan topik dan jelaskan cara
lemah anda akan menghuraikan subjek. Letakkan topik dalam
perspektif.
6. Kesimpulan yang Pastikan anda membuat kesimpulan dengan memberikan
lemah jawapan atau penyelesaian kepada isu yang terlibat.
Rujuk kembali kepada topik dan pastikan kesimpulan
anda konsisten dengan pengenalan. Sudahkah anda
menjawab dalam kesimpulan soalan yang dibangkitkan
dalam isi kandungan?
7. Persembahan yang Jadilah kreatif dalam pendekatan anda, jangan terlalu
membosankan terperinci dari segi gaya. Jadilah seorang yang terbuka
pada pandangan dan idea orang lain. Jadilah pembaca
yang aktif; jangan hanya bersetuju dengan apa sahaja
yang ditulis tanpa menyelidikinya. Bertanyakan banyak
soalan!
8. Maklumat yang tidak Pastikan anda membaca dengan meluas dan mengumpul
relevan maklumat berkaitan yang cukup supaya anda tidak perlu
untuk menebalkan karangan anda dengan maklumat
yang tidak relevan. Gunakan kriteria penilaian dan
pemilihan untuk pembacaan dan pengumpulan
maklumat anda.
AKTIVITI 5.4
Bincangkan dalam e-forum bagaimana caranya untuk mengatasi
beberapa kesilapan biasa semasa menulis tugasan.
Etika ialah kajian falsafah tentang nilai moral tingkah laku manusia,
dan peraturan dan prinsip yang perlu untuk mentadbirnya.
Berdasarkan definisi ini, kita dapat lihat bahawa etika adalah berkenaan dengan
pilihan moral yang didasarkan kepada tingkah laku piawai yang menunjukkan
bagaimana seseorang itu harus berkelakuan berdasarkan tugas dan nilai moral.
Selain itu, ia bergantung pada pilihan peribadi, nilai yang diterima sejagat atau
tanggungjawab etika yang ditentukan oleh masyarakat.
Dalam konteks membuat tugasan, etika merujuk kepada set nilai dan piawaian
yang membimbing tindakan, pemikiran dan kata-kata anda ketika anda
menyediakan tugasan. Secara umumnya, terdapat pelbagai nilai yang berbeza
melibatkan tingkah laku yang betul atau salah ketika peperiksaan.
Terdapat beberapa etika yang tidak diterima secara umum berkaitan dengan
penulisan tugasan seperti yang berikut:
(c) Mempunyai nota, sumber maklumat tambahan atau bahan lain yang tidak
dibenarkan oleh institusi anda;
(d) Mengambil atau cuba untuk melakukan tugasan untuk pelajar lain atau
menyuruh orang lain untuk melakukan perkara tersebut untuk anda; dan
Yang berikut ialah beberapa garis panduan untuk tingkah laku yang beretika
dalam menulis tugasan:
(a) Merujuk sumber yang telah diterbitkan (termasuk jika berkaitan, yang
diterbitkan secara elektronik) untuk memperakui hasil kerja pencetus idea
asal yang anda gunakan untuk membina hasil kerja anda, dan membuat
rujukan terhadap petikan dengan menggunakan tanda petikan (quotation
marks).
(b) Merujuk kepada atau menggunakan bahan ilmiah yang belum diterbitkan
hanya dengan persetujuan penulis asal dan memperakui sumber bahan
tersebut jika persetujuan diberikan.
(c) Mengelakkan diri daripada plagiat, iaitu memasukkan karya orang lain ke
dalam karya anda tanpa kebenaran.
(e) Secara jujur menyatakan pandangan penulis yang dipetik dan tidak
memberi gambaran yang salah bagi pandangan penulis sama ada melalui
petikan separa atau ditapis, atau dengan memetiknya luar daripada
konteks atau dengan memberi ulasan yang mengelirukan.
(f) Mendapatkan akses hanya kepada bahan ilmiah yang anda tahu anda layak
atau dibenarkan. Jangan cuba mengakses bahan yang anda tahu anda tidak
berhak atau dibenarkan (contohnya, dengan menggodam komputer).
Pakatan sulit adalah ialah perbuatan bersama dengan orang lain untuk
membuat sesuatu dengan niat untuk menipu. Di universiti, ia boleh
bermaksud menghantar hasil kerja orang lain dengan pengetahuan dan
persetujuan mereka untuk mendapat kelebihan dalam tugasan anda.
Antara kesalahan biasa yang boleh dijumpai dalam tugasan ialah persediaan
yang tidak memberi fokus, kesimpulan yang lemah, persembahan yang
membosankan dan maklumat yang tidak relevan.
Dalam konteks membuat tugasan, etika merujuk kepada set nilai dan
piawaian yang membimbing tindakan, pemikiran dan kata-kata anda ketika
anda menyediakan tugasan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan lima tujuan membaca;
2. Membezakan antara dua teknik utama membaca; dan
3. Menggunakan teknik membaca ini untuk membaca modul OUM
dan teks elektronik.
PENGENALAN
Adakah anda sedar bahawa salah satu kemahiran penting untuk anda kuasai
ialah kemahiran membaca? Hal ini kerana ia membentuk asas pembelajaran.
Malah sebahagian besar daripada proses pembelajaran di universiti dapat
dicapai melalui pembacaan kerana umumnya, setiap kursus pada peringkat ini
memerlukan pembacaan. Perlu diingat bahawa anda akan perlu membaca
pelbagai jenis bahan untuk memenuhi keperluan yang berbeza bagi kursus. oleh
itu, anda akan perlu untuk membaca modul, nota tutorial, buku teks, artikel
jurnal (bercetak dan sumber elektronik), surat khabar, laporan dan lain-lain.
Diharapkan pada akhir topik ini, anda dapat meningkatkan kemahiran membaca
anda. Seterusnya, keupayaan membaca dengan baik akan membolehkan anda
mendapat faedah yang maksimum daripada pembacaan anda dan meningkatkan
kemahiran pembelajaran anda. Mari kita meneruskan pembelajaran!
Sesetengah buku adalah untuk dirasai, yang lain untuk ditelan dan ada sedikit untuk
dikunyah dan dicerna.
Apakah yang anda fahami daripada petikan tadi? Secara umumnya, tujuan
membaca adalah berbeza bagi satu individu dengan individu lain. Oleh itu,
untuk memaksimumkan produktiviti pembacaan anda dan keberkesanannya,
anda perlu mengetahui tujuan pembacaan anda dan apa yang anda harapkan
daripadanya. Mengetahui mengapa anda perlu membaca dan apa yang anda
akan dapat daripadanya akan menentukan gaya pembacaan anda dan bahan
yang dipilih. Secara umumnya, ada lima tujuan membaca seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 6.2.
Kelima-lima tujuan ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:
Maklumat Sumber
Makna perkataan Menggunakan kamus atau kamus subjek khas
jika ada.
Petikan tertentu Carian buku khas tentang petikan sahaja.
Butiran mengenai seseorang Merujuk kepada biografi berkaitan.
Lokasi sesuatu tempat Carian dalam peta.
Statistik Menyemak laporan statistik.
Pembaca yang analitik akan berhenti seketika dengan kerap untuk berfikir
tentang apa yang telah dibaca. Pada akhir bacaan, semua fakta utama dan
hujah yang disampaikan perlu diambil perhatian, dianalisis dan juga
diintegrasikan untuk menghayati dengan mendalam tentang apa yang
telah ditulis.
Bahan akademik yang disyorkan untuk bacaan asas (buku, artikel jurnal,
laporan dan tesis) memerlukan cara bacaan tertentu yang dikenali sebagai
membaca untuk kefahaman. Membaca secara sistematik untuk kefahaman
memerlukan kaedah membaca formal seperti teknik SQ3R yang popular
(akan dibincangkan dalam Subtopik 6.2.2).
Mari kita lihat Jadual 6.2 yang merumuskan sebab untuk membaca berdasarkan
jenis dan kelajuan.
Berdasarkan Rajah 6.3, kita dapat perhatikan ada dua jenis teknik membaca yang
utama, iaitu bacaan laju dan bacaan perlahan. Kedua-dua teknik ini diterangkan
dengan lebih lanjut pada subtopik seterusnya.
Berdasarkan Rajah 6.3 pula, kita tahu bahawa bacaan laju terdiri daripada
mengimbas dan membaca sepintas lalu. Teknik ini diterangkan seperti yang
berikut:
(a) Mengimbas
Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan mengimbas?
Ketika mengimbas, anda akan menggerakkan mata anda dengan cepat dari
atas ke bawah halaman untuk melihat jika ia mengandungi kata kunci atau
frasa yang anda perlukan. Apabila anda mengenal pasti kata kunci sebelum
anda mula membaca, ia membolehkan anda mengimbas banyak teks
dengan laju. Bolehkah anda berikan satu contoh mengimbas? Mari kita
lihat Rajah 6.4 untuk mengetahui jawapannya.
Rajah 6.4: Apabila anda mencari nombor dalam direktori telefon, anda sebenarnya
mengimbas
Bilakah kita menggunakan teknik ini? Anda boleh menggunakan teknik ini
apabila anda membaca kebanyakan halaman web.
Langkah Arahan
Langkah 1 Perhatikan tajuk dan pengarang buku. Buka buku dan lihat senarai
isi kandungan. Analisis susunan kandungan. Halaman kandungan
biasanya mengandungi perkara berikut seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.5.
Membaca sepintas lalu ialah bacaan dalam bentuk bacaan selektif secara
laju. Ia merupakan teknik yang berkesan untuk mendapatkan gambaran
secara umum, tanpa membaca keseluruhan buku.
Bacaan sepintas lalu memerlukan anda melihat dari atas ke bawah bagi ciri
utama teks yang anda sedang baca (tajuk, subtajuk utama dan lain-lain)
dengan cepat, untuk mendapatkan gambaran secara umum yang baik
tentang bahan tersebut.
(ii) Mengenal pasti idea atau tema utama buku atau artikel tersebut.
Seterusnya cari dalam teks dengan cepat dengan membaca perenggan yang
pertama dan terakhir, dan perhatikan kata kunci yang terdapat di situ.
Mari kita lihat Rajah 6.7 yang menunjukkan cara bacaan sepintas lalu.
Rajah 6.7: Bacaan sepintas lalu untuk mencari kata kunci dengan kaedah zig-zag
AKTIVITI 6.1
Secara umumnya, terdapat dua pendekatan untuk bacaan perlahan seperti yang
diterangkan dalam Jadual 6.4. Anda boleh mempraktikkannya dalam bacaan
perlahan anda.
Teknik ini telah terbukti berguna untuk pelajar ketika membaca buku teks
dan bacaan penting yang lain. Kaedah SQ3R menggunakan lima prinsip
pembacaan yang baik yang juga lima langkah utama dalam pembelajaran
yang berkesan dan kefahaman, iaitu:
Lima prinsip ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.5.
(ii) Tanya diri sendiri mengenai apa yang anda hendak ketahui daripada
teks.
(iii) Baca teks secara analitik dan kritis untuk mencari jawapan kepada
soalan anda yang anda tanya.
(iv) Ingat kembali pemahaman anda dengan menyebut apa yang telah
anda baca. Ini dilakukan untuk setiap subbahagian bagi topik utama
atau bab.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, berikut ialah panduan apabila
menggunakan SQ3R:
(i) Baca dan baca semula nota anda secara berkala Kali pertama
hendaklah dalam masa 24 jam; dan
AKTIVITI 6.2
Pilih satu artikel dan gunakan langkah SQ3R semasa membaca.
Nyatakan sejauh mana teknik ini telah membantu anda membaca
dengan lebih bermakna.
(a) Pengenalan;
Ketika mula belajar, penting untuk anda mengetahui objektif kursus dan juga
jadual kursus. Sinopsis juga boleh dirujuk pada bila-bila masa apabila anda
merasa ragu-ragu tentang tujuan unit pembelajaran. Satu lagi bahagian penting
dalam Panduan Kursus yang paling berguna ialah bahagian Rujukan,
terutamanya apabila anda membuat persediaan untuk menulis tugasan anda.
Sambil anda membaca kandungan, anda akan menyedari ada beberapa ikon
yang digunakan dalam modul. Ikon ini mewakili pelbagai aktiviti yang
disertakan dalam modul pembelajaran anda dan tujuannya adalah menyokong
pemahaman anda, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menguasai
konsep penting. Dua ikon utama yang terdapat dalam modul anda ialah Semak
Kendiri dan Aktiviti. Kedua ikon ini ditunjukkan dalam Jadual 6.6.
AKTIVITI 6.3
Ingat, ketika membaca teks sama ada bercetak atau teks elektronik, pembaca
yang mahir perlu membuat perkara yang berikut:
Mendapatkan gambaran;
Terdapat dua teknik membaca yang utama, iaitu bacaan laju dan bacaan
perlahan.
Bacaan laju melibatkan proses pengimbasan dan membaca teks sepintas lalu.
SQ3R ialah cara sistematik di bawah bacaan perlahan yang melibatkan lima
langkah membuat tinjauan, soalan, membaca, menyebut dan menyemak.
PENGENALAN
Sepanjang kursus anda, anda akan dapati yang anda perlu membaca pelbagai
jenis sumber maklumat seperti modul kursus, nota edaran dan nota daripada
tutor anda serta pelbagai lagi bahan rujukan dalam bentuk bercetak dan
elektronik dari perpustakaan digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. Jadi,
bagaimanakah anda uruskan semua maklumat yang banyak ini? Cara terbaik
untuk menguruskan semua maklumat ini ialah dengan merumuskannya menjadi
nota.
Dalam konteks pembelajaran di OUM, anda akan dapati bahawa mengambil dan
membuat nota adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, baik daripada
modul, tutorial, buku, jurnal atau Internet. Walau bagaimanapun, anda harus
sedar bahawa mengambil dan membuat nota bukanlah bermakna anda perlu
menulis setiap perkataan yang diucapkan oleh tutor atau menyalin perkataan
demi perkataan yang terdapat dalam buku, jurnal dan laman web.
Apakah perkara yang perlu dicatatkan, berapa banyakkah yang perlu dicatatkan
dan bagaimana terperincikah nota harus dibuat merupakan kemahiran penting
yang perlu anda dipelajari?
Oleh itu, penting bagi anda untuk mengembangkan kemahiran asas dalam
mengambil dan membuat nota. Ini adalah kerana keupayaan untuk mengambil
nota yang baik akan menjimatkan masa dan usaha dari segi:
(b) Keperluan untuk melihat kembali nota yang banyak hanya bagi
mendapatkan maklumat khusus yang anda perlukan.
Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai teknik membuat dan
mengambil nota. Diharapkan pada akhir topik ini, anda berupaya menggunakan
kemahiran ini dalam pengalaman pembelajaran sepanjang hayat anda.
Terdapat lima cara yang berbeza dalam menulis nota seperti yang dinyatakan
dalam Rajah 7.1.
Lima kaedah ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.
7.1.1 Anotasi
Anotasi ialah kaedah yang sesuai untuk membuat nota daripada modul bercetak,
buku teks, artikel atau sebarang sumber lain. Anda boleh membuat nota dengan
menulis dalam margin, menggariskan fakta, menyerlahkan perkara utama,
menggunakan tanda soal, tanda rait (ticks) atau pangkah untuk menunjukkan
sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat
dalam teks seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.
Kaedah ini bukan hanya membantu anda untuk mengingati perkara utama tetapi
juga akan membolehkan anda untuk mengingati tanpa perlu berulang membaca
teks. Namun, jika anda tidak suka menulis dalam buku, anda mungkin mahu
menggunakan jalur kertas untuk menandakan muka surat dengan nota ditulis
pada jalur kertas tersebut.
Seperti yang anda lihat dalam Rajah 7.5, peta minda tidak mengikut urutan
linear.
Nota ringkasan ialah versi padat maklumat yang ditulis dalam bentuk
perenggan.
(a) Fahami objektif supaya nota lebih memberi fokus kepada apa yang penting
dalam topik.
(d) Baca semula topik dan tambah baik nota dengan menambah perincian.
(f) Jika anda menyalin perkataan demi perkataan, ayat atau frasa daripada
topik, jangan lupa untuk meletakkannya dalam koma bertindih untuk
menunjukkan bahawa ia dipetik daripada topik tersebut. Jangan lupa juga
untuk menulis sumber asal nota yang diambil (pengarang, tajuk, tahun
penerbitan dan nombor muka surat).
(g) Baca nota anda kembali untuk memastikan anda memahaminya. Jika ia
tidak masuk akal pada ketika itu, pasti ia tidak akan masuk akal juga pada
masa yang akan datang!
AKTIVITI 7.1
Bandingkan gaya anda membuat nota dengan cara menulis nota
yang diberikan dalam Subtopik 7.1. Adakah terdapat perbezaannya?
Tuliskan perbezaannya dan kongsi jawapan anda dengan rakan
sekuliah anda.
Oleh itu, yang berikut ialah cadangan bagaimana anda boleh menyediakan
diri anda dengan lebih baik untuk tutorial supaya lebih mudah untuk anda
mengambil nota dengan berkesan (lihat Rajah 7.7).
Rajah 7.7: Empat cadangan cara mengambil nota dengan efektif semasa tutorial
Empat cadangan ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya.
Ia akan membawa kepada pemahaman yang lebih baik terhadap bahan bacaan
anda dan seterusnya membina minat di dalam kelas. Bacaan secara kritikal
menggunakan pengalaman dan pendapat anda sendiri. Ini akan membantu anda
mengembangkan pengetahuan asas bagi subjek tersebut. Seterusnya, anda akan
dapat memikirkan konsep kandungan kursus yang dibincangkan dalam tutorial
serta meningkatkan pemahaman anda terhadap subjek.
Pada umumnya, untuk bersedia, anda mesti membaca! Anda telah belajar cara
untuk mengoptimumkan pembacaan anda dalam Topik 6 tetapi ingat, membaca
modul sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mendapatkan bahan atau sumber
sokongan untuk meningkatkan pengetahuan anda tentang kandungan kursus.
Walaupun anda tidak faham apa yang sedang dibentangkan, anda sekurang-
kurangnya akan memahami idea yang asas. Biasakan diri dengan isu yang
dibangkitkan semasa tutorial agar pengambilan nota menjadi lebih mudah dan
anda juga akan dapat menambah nota anda sendiri yang telah dibuat ketika
membaca.
AKTIVITI 7.2
Mendengar ialah aktiviti berfikir dan kaedah yang paling biasa digunakan
dalam pembelajaran.
(a) Elakkan gangguan yang boleh mengganggu tumpuan anda (jangan duduk
di sebelah rakan kursus yang banyak bercakap atau yang mempunyai
personaliti atau rupa yang akan mengganggu tumpuan anda, atau jangan
duduk berhampiran pintu atau tingkap yang mana terdapat banyak bunyi
atau pergerakan yang mengganggu).
(b) Dengar mesej yang diperkatakan, beri perhatian kepada penekanan yang
diberikan oleh tutor terhadap topik tersebut. Anda mesti ambil tahu apa
maklumat yang telah disampaikan di dalam kelas.
(d) Cari petunjuk daripada tutor yang mungkin memberikan sedikit maklumat
tentang apa yang boleh dianggap sebagai perkara penting. Jika tutor
menggunakan ilustrasi dan memberi tumpuan yang lebih lama mengenai
isu tertentu, ini boleh menjadi petunjuk yang dicari. Petunjuk boleh sama
ada dalam bentuk vokal atau visual.
(e) Ambil nota kerana beberapa maklumat mungkin tiada dalam modul dan
anda perlu merekodkan maklumat ini untuk rujukan pada masa hadapan.
Nota juga bertindak sebagai satu bentuk ingatan alternatif kerana ia adalah
mustahil untuk anda mengingati dengan tepat semua perkara yang telah
anda dengar. Simpan nota tersebut kerana ia akan membantu dalam
persediaan untuk penilaian anda.
(f) Kenal pasti bahan yang sesuai untuk dijadikan nota. Cuba belajar untuk
membezakan perkara yang anda perlu tulis dan perkara yang anda
boleh abaikan. JANGAN MENYALIN SEGALA-GALANYA YANG
DIPERKATAKAN OLEH TUTOR ANDA!
(h) Cuba kenal pasti isu utama, kata kunci dan frasa utama. Tuliskannya jika
anda tidak boleh mengambil nota secara sistematik. Tuliskannya dengan
serta-merta. Anda boleh menggunakan mana-mana daripada lima cara
membuat nota, iaitu anotasi, nota rangka, nota berbentuk jadual, peta
minda dan nota ringkasan mengikut keselesaan anda.
(i) Sediakan ruang semasa mengambil nota. Terdapat beberapa format yang
anda boleh gunakan ketika mengambil nota seperti ditunjukkan dalam
rajah sebelum ini.
Ingat, memang tidak mudah untuk mengambil nota ketika anda juga perlu
mendengar apa yang dikemukakan oleh tutor dan rakan sekuliah anda.
Selain itu, terdapat cabaran lain seperti tutor yang membosankan, slaid tidak
jelas dan projektor LCD rosak dan sebagainya. Ini merupakan sebahagian
daripada halangan dalam pengambilan nota yang berkesan.
AKTIVITI 7.3
(a) Semak nota anda dengan seberapa segera selepas tutorial kerana semakin
lama anda menunggu untuk menyemak, semakin kurang perkara yang
akan anda ingat.
(b) Tulis semula jika perlu dan isi kekosongan yang ada dengan menggunakan
nota orang lain atau membaca bahan dari perpustakaan.
(c) Sahkan ketepatan nota anda dengan membaca teks yang dicadangkan atau
rujukan lain, atau membandingkannya dengan nota yang diambil oleh
rakan sekuliah untuk memastikan bahawa fakta dan gambar rajah yang
disalin adalah betul.
(d) Tambah nota anda dengan pembacaan lanjut untuk menambahkan nilai
kepada pembelajaran anda.
(e) Baca dan baca semula nota anda supaya apabila tiba waktu peperiksaan,
anda sudah biasa dengan nota itu.
(f) Gunakan nota tersebut untuk menjawab kertas peperiksaan terdahulu. Ini
akan menjadi satu ujian kebolehpercayaan untuk nota anda.
(g) Pastikan nota anda selamat dan berada dalam sistem yang mudah untuk
diambil dan digunakan semula.
AKTIVITI 7.4
(a) Evernote
Evernote (lihat Rajah 7.10) ialah alat percuma untuk mengambil dan
membuat nota.
Anda boleh menggunakan antara muka web Evernote ini dan keratan
bookmarklet untuk menarik apa-apa nota ke dalam komputer riba anda.
Bookmarklet ialah alat untuk menandakan halaman buku dalam peranti
digital. Evernote adalah percuma dan menyediakan banyak ruangan
memori untuk anda gunakan secara maya.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, perlu diingat bahawa sama ada anda
memilih untuk mengambil nota secara elektronik atau menggunakan pen, proses
pengambilan nota haruslah membantu pemikiran anda untuk berfikir secara
aktif.
Nota yang baik akan membantu anda menjimatkan masa dan usaha (dan
mengelakkan kesengsaraan) apabila tiba masanya untuk anda menulis
tugasan atau menghadapi peperiksaan.
Terdapat lima cara menulis nota, iaitu anotasi, nota rangka, nota berbentuk
jadual, peta minda dan nota ringkasan.
Nota rangka hanya menggunakan kata kunci dan frasa. Nota ini biasanya
diletakkan nombor secara berurutan, menggunakan tajuk atau subtajuk.
Format berbentuk jadual dalam membuat nota adalah lebih sesuai untuk
kursus Matematik dan Sains. Nota berbentuk jadual amat berguna untuk
menyenaraikan langkah, penjelasan prosedur atau untuk perbandingan
antara item dan lain-lain.
Peta minda menunjukkan hubungan antara idea dan konsep, dengan garisan
bertindak sebagai penghubung. Topik utama membentuk nukleus, manakala
idea dan konsep utama bercambah daripadanya.
Nota ringkasan ialah versi padat maklumat yang ditulis dalam bentuk
perenggan.
Anda boleh menggunakan anotasi, nota rangka, nota berjadual, peta minda
dan nota ringkasan untuk menghasilkan nota yang efektif daripada bahan
bercetak. Antara cadangan dalam melakukannya ialah memahami objektif,
baca seluruh topik dan ringkaskannya, guna perkataan anda sendiri
berbanding menyalin daripada teks, baca semula nota anda untuk
memastikan anda memahaminya dan lain-lain lagi.
Mengambil nota ketika kuliah ialah perkara yang sukar kerana anda tidak
dapat mengawal kelajuan ucapan, tidak boleh mengharapkan tutor anda
untuk mengulang keseluruhan tutorial dan tidak boleh meminta tutor
memperlahankan ucapannya agar anda dapat mengambil nota secara efektif
ketika tutorial. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan yang
boleh anda gunakan seperti menyiapkan diri anda untuk tutorial, mendengar
semasa tutorial, menyemak selepas tutorial, dan mengambil dan membuat
nota elektronik.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Bersedia untuk menghadapi peperiksaan; dan
2. Berlatih cara yang berkesan untuk menjawab pelbagai jenis soalan
peperiksaan.
PENGENALAN
Dalam topik-topik sebelum ini, kita telah membincangkan bagaimana untuk
membaca dengan berkesan dan cara untuk mengambil dan membuat nota
daripada sumber serta membentangkan tugasan atau projek anda. Adakah anda
masih ingat? Tujuan topik tersebut adalah membantu anda mendapatkan
kemahiran yang diperlukan untuk memperoleh prestasi yang lebih baik sebagai
pelajar OUM.
Sekarang, anda berada dalam Topik 8 yang akan memperkenalkan kepada anda
cara untuk memaksimumkan prestasi anda dalam peperiksaan. Adakah anda
masih ingat bagaimana perasaan apabila menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)? Adakah anda berasa gelisah atau tenang? Sebagai pelajar OUM,
anda perlu memasuki semula dewan peperiksaan nanti. Adakah anda telah
bersedia untuk menghadapi perasaan berdebar-debar apabila menduduki
peperiksaan?
Atur dan letakkan nota dan bahan yang anda ada dalam susunan yang betul.
Anda boleh menulis semula bahan tersebut pada sehelai kertas, memasukkannya
ke dalam buku skrap atau memfailkannya. Susun nota anda secara sistematik
sebaik mungkin. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kertas berwarna
yang berlainan atau pen berwarna yang berbeza untuk setiap topik. Ada pelajar
menggunakan kad indeks untuk nota mereka. Yang paling penting, cuba untuk
hadir kesemua kelas agar anda tidak ketinggalan mengenai fakta yang penting.
Dengan kata lain, otak anda perlu bekerja mengumpul dan menganalisis konsep
dan idea utama, mendaftarkannya, dan menerapkannya pada situasi baharu.
Selain itu, ulang kaji turut menyemak sama ada anda faham sesuatu topik,
mencari hubung kait antara topik yang berbeza dan melihat bagaimana setiap
topik saling bertaut. Ia juga mengingatkan anda perkara yang anda sudah lupa
dan juga bertindak sebagai cara untuk mengukuhkan pembelajaran dan mengisi
jurang pengetahuan anda.
Ketika mengulang kaji, anda digalakkan untuk memahami topik dan mengingat
konsep, idea dan maklumat yang penting seperti yang digambarkan dalam
Rajah 8.1.
Dua langkah dalam mengulang kaji dan menghafal ini diterangkan seperti yang
berikut:
Petua Deskripsi
Mengetahui Mula-mula, lihat rangka kursus tersebut, sukatan
kandungan kursus pelajaran, tugasan, ujian dan komen daripada tutor
anda anda. Ia boleh memberi anda idea yang jelas di mana
anda harus memulakan ulang kaji anda.
Mengenal pasti topik Anda boleh membaca keseluruhan modul tetapi
yang penting tumpukan perhatian pada topik yang anda rasa akan
masuk dalam peperiksaan. Ingat, bekerja keras dan
dengan bijak.
Merujuk kepada Rujuk semula nota yang anda sediakan semasa
bahan membaca modul dan sumber tambahan yang lain serta
nota daripada penyertaan atau perbincangan anda
dalam tutorial.
Menyediakan soalan Kemukakan soalan dengan bertanyakan kepada diri
sendiri apa yang anda perlu tahu tentang topik tersebut.
Cuba untuk menjawab soalan tersebut menggunakan
bahan yang anda ada.
Mengaitkan topik Uji kefahaman anda mengenai konsep utama kursus.
dengan idea Huraikan bahagian tertentu dengan menjelaskan
maksud bahagian yang sukar atau penting bagi kursus
itu. Tambah maklumat lanjut yang anda fikirkan
sesuai dan jelaskan perkaitan antara idea dan konsep
tersebut. Anda boleh menggunakan kaedah pemetaan
atau mana-mana kaedah lain untuk membantu anda
melakukannya. Kaedah ini boleh membantu anda
menggambarkan kandungan kursus dengan lebih
lengkap dan juga melihat perkaitan antara setiap
subtopik dan butirannya.
Belajar secara Belajar dengan sekumpulan orang yang anda rasa
berkumpulan selesa ialah cara yang paling berkesan untuk
mengulang kaji. Kumpulan ulang kaji suka sama suka
ini akan membantu anda dalam menjelaskan dan
menekankan konsep dan idea utama dengan rakan
anda. Ia juga akan memastikan anda berada pada
landasan yang betul. Jika sukar untuk anda menetapkan
masa pertemuan dengan ahli kumpulan anda, gunakan
forum perbincangan dalam talian di myINSPIRE untuk
perbincangan anda.
Petua Deskripsi
Memahami bahan Belajar konsep umum dahulu sebelum ke butiran.
Dengan memahami konsep umum, lebih mudah
untuk anda mengaitkan antara konsep utama
dengan butiran. Cuba menggunakan teknik SQ3R
untuk membaca bagi membantu anda menguasai
kandungan dengan lebih baik. SQ3R ialah
singkatan kepada Membuat Tinjauan (Survey),
Soalan (Question), Membaca (Read), Menyebut
(Recite) dan Menyemak (Review). Jadual 8.3
menerangkan teknik SQ3R dengan lebih lanjut.
Menghafal melalui Kaitkan bahan yang anda belajar dengan kejadian
hubung kait dengan dalam hidup anda. Ini memudahkan anda
pengalaman anda mengingatinya dan ia akan berada dalam memori
sendiri anda untuk jangka yang sangat panjang.
Hubung kait yang Selain mengaitkan idea utama dengan pengalaman
jelas anda sendiri, anda juga boleh mereka cerita
mengenai suatu fakta atau bahan tertentu. Cuba
menggandingkan fakta atau idea dengan muzik,
imej atau apa-apa yang anda sukai. Kisah yang
anda reka perlulah masuk akal tetapi ia boleh juga
menjadi kisah lucu dan mengarut (silly).
Langkah Tindakan
Membuat Membaca sepintas lalu teks untuk mengenal pasti tajuk, tajuk
tinjauan kecil dan mana-mana ciri utama lain dalam teks.
Soalan Bertanyakan soalan tentang kandungan teks (contohnya,
teks mengenai apa dan bagaimana maklumat ini
mempunyai hubung kait dengan topik).
Membaca Membaca teks dan cuba untuk menjawab soalan yang
dikemukakan dalam langkah Soalan tadi.
Menyebut Menyebut maklumat penting daripada teks untuk
menghantarnya kepada memori. Sebutan perlu dilakukan
menggunakan perkataan anda sendiri untuk menunjukkan
pemahaman anda.
Menyemak Baca maklumat sekali lagi untuk menyemak pemahaman
anda. Semakan kerap perlu dijadualkan untuk memastikan
apa yang diperoleh disimpan dalam memori jangka
panjang.
Rajah 8.2: Akronim HOMES yang terdiri dari lima tasik hebat di Amerika
Utara, iaitu Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superior
Oleh itu, anda boleh cuba membina ayat mnemonik. Satu contoh ialah
My Very Energetic Mother Just Served Us Nine Pizzas (Ibu saya
yang sangat bertenaga baru sahaja menghidangkan kami sembilan
keping piza). Tidakkah anda rasa kaedah ini lebih mudah untuk
mengingati fakta? Jika anda rasa ia mudah, cuba gunakan kaedah ini
untuk senarai yang sukar untuk diingati.
Gunakan kertas peperiksaan yang lepas. Kertas soalan peperiksaan yang lepas
akan memberikan anda idea tentang bagaimana soalan akan kelihatan dan apa
jenis soalan yang akan ditanya. Walaupun format soalan telah ditukar, kertas
peperiksaan yang lepas boleh berfungsi sebagai penilaian kendiri untuk
membina keyakinan sebelum peperiksaan.
Pastikan ia fleksibel dan cuba untuk capai beberapa jenis corak dan rutin. Ini
akan memberikan anda lebih kawalan tentang apa yang perlu dilakukan.
Agihkan masa ulang kaji anda ke dalam tempoh yang singkat, misalnya, 50 minit
bagi setiap sesi. Seterusnya berehat seketika selama 10 minit antara sesi.
Gantikan sesi anda dengan topik dan subjek berbeza untuk mengelakkan
kebosanan.
AKTIVITI 8.1
Mari kita melihat Jadual 8.4 yang memberikan anda beberapa petua untuk
menjawab soalan benar-palsu.
Petua Deskripsi
Andaikan ia Jika anda tidak pasti sama ada pernyataan itu benar atau palsu,
benar anggaplah ia benar. Ini kerana set soalan benar-palsu cenderung
memasukkan penyataan yang benar lebih banyak daripada yang
palsu.
Pengubah Penyataan yang memasukkan pengubah ekstrim seperti selalu,
(modifier) semua, hanya dan tidak pernah, biasanya ialah penyataan yang
ekstrim palsu. Ini kerana ia biasanya menjadikan penyataan tersebut
biasanya tiada pengecualian. Yang berikut ialah contoh pernyataan
palsu menggunakan pengubah ekstrim:
Mari kita perhatikan Rajah 8.5 yang memaparkan contoh dua MCQ.
Sekarang mari kita lihat Jadual 8.5 yang menyenaraikan beberapa petua
untuk menjawab MCQ:
Petua Deskripsi
Pilih jawapan Baca soalan dan semua pilihan yang diberikan sebelum
yang terbaik memilih jawapan. Ingat, dalam MCQ, anda perlu memilih
hanya satu jawapan yang terbaik. Semua jawapan mungkin
betul tetapi hanya ada satu jawapan yang terbaik. Mari kita
lihat contoh berikut:
AKTIVITI 8.2
Yang berikut ialah format lain soalan esei yang terdiri daripada ayat rangsangan
dan dua atau tiga soalan. Soalan esei jenis ini kadangkala dirujuk sebagai soalan
esei yang diubah suai.
Soalan aneka pilihan ialah item ujian popular digunakan untuk mengukur
tahap pembelajaran pelajar.
(a) Terangkan dengan contoh yang sesuai, format soalan aneka pilihan.
(8 markah)
(b) Sejauh manakah kesesuaian soalan aneka pilihan dalam ujian kemahiran
bahasa untuk pelajar? Bincangkan.
(12 markah)
Tidak seperti MCQ, soalan subjektif (terutamanya soalan esei) ialah item bekalan
yang anda dikehendaki untuk membekalkan jawapannya. Anda dikehendaki
mengarang jawapan anda yang biasanya lebih daripada satu ayat.
Petua Deskripsi
Membaca Baca arahan dengan teliti. Anda perlu jelas tentang berapa banyak
arahan soalan yang anda perlu jawab.
Mendapatkan Selepas membaca soalan, jangan takut untuk mendapatkan
penjelasan penjelasan jika anda masih tidak jelas pada bahagian tertentu soalan
itu.
Membahagikan Semak markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan dan
masa anda subsoalan. Tidak berbaloi untuk anda menulis jawapan sehingga
dengan bijak penuh satu halaman untuk soalan yang bernilai hanya 3 markah.
Memahami Pastikan anda menjawab soalan dengan tepat. Baca arahan pada
soalan soalan dengan teliti. Silap faham tentang soalan boleh menyebabkan
anda memberikan jawapan yang salah.
Mengikut Jika jawapan esei itu mempunyai format yang telah ditetapkan, ikut
format format atau anda akan kehilangan markah. Semak dengan tutor
anda sebelum peperiksaan.
Menyediakan Tulis jawapan yang teratur. Untuk menulis esei yang baik, anda
rangka dan perlu menstrukturkan esei anda supaya ia mempunyai pengenalan,
mencatatkan isi kandungan dan kesimpulan.
isu utama
Catatkan perkara, idea dan kata kunci utama serta butiran sokongan
dalam setiap satu daripada bahagian esei. Di sini anda boleh
menggunakan kaedah mnemonik, graf, peta minda dan lain-lain.
Tuliskan apa-apa perkara yang boleh anda fikirkan dan cuba
kaitkannya dengan idea utama. Sebagai contoh, jika topiknya ialah
Bincangkan Kelebihan Belajar Jarak Jauh, yang berikut mungkin
perkara utama (key points) dan perkara sampingan (sub-points)
(lihat Rajah 8.7).
(b) Bentuk imperatif: Jalankan analisis bagi punca Perang Dunia Kedua.
Untuk soalan pertama yang bermula dengan apakah, keperluannya agak jelas.
Namun soalan kedua yang bermula dengan perkataan arahan jalankan
analisis. Walaupun sukar untuk mentafsirkan perkataan itu bagi menentukan
kehendak soalan, kadangkala ia tugas yang berat untuk menentukan apa yang
diperlukan bagi soalan esei sebegini. Oleh itu, ia penting untuk anda mengetahui
makna perkataan arahan yang digunakan pada soalan esei. Jadual 8.7
menyenaraikan perkataan arahan biasa dengan maknanya dan contoh soalan
esei.
Jadual 8.7: Perkataan Arahan yang Biasa Digunakan dalam Soalan Esei
AKTIVITI 8.3
Salah satu cara yang terbaik untuk anda menggunakan konsep utama yang
telah difahami adalah dengan berlatih.
Beberapa petua untuk menjawab MCQ ialah pilih jawapan yang terbaik,
buang jawapan yang salah, menganggap setiap pilihan jawapan seperti
soalan benar-palsu, dan berhati-hati dengan semua di atas dan tiada
jawapan di atas.
Bagi soalan pengisian jurang, anda perlu memilih jawapan yang paling
sesuai dan tepat untuk mengisi tempat kosong dalam pernyataan soalan.
Soalan subjektif yang biasa ialah soalan esei yang memerlukan anda untuk
mengarang jawapan anda yang biasanya lebih daripada satu ayat.
Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis soalan dan gaya yang akan
digunakan untuk menjawabnya. Ingatlah, alah bisa tegal biasa (practice
makes perfect).
PENGENALAN
Untuk berjaya sebagai pelajar jarak jauh, anda memerlukan pengetahuan asas
cara menggunakan aplikasi Microsoft Office. Oleh itu, topik ini memfokus untuk
mengajar anda cara untuk menggunakannya. Aplikasi ini terkandung dalam
pakej perisian yang dipasang dalam kebanyakan komputer peribadi dan
komputer riba. Aplikasi ini merangkumi Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.
Seelok-eloknya, anda perlu mempunyai komputer peribadi di hadapan anda
semasa membaca topik ini kerana anda memerlukan latihan praktikal untuk
memahami kandungannya dengan lebih baik. Kami berharap pada akhir topik
ini, anda akan dapat menggunakannya untuk membuat tugasan dan kerja kursus
anda.
(a) Klik dua kali pada ikon Microsoft Office Word yang kelihatan
seperti ini. Biasanya ia ada di atas meja (desktop) skrin komputer;
atau
(b) Gunakan butang Start di bar tugas (taskbar). Ia dalam bentuk logo
Windows bulat pada sudut kiri bahagian bawah skrin (rujuk Rajah 9.1).
Klik Start (1) klik All Programs (2) Microsoft Office (3) Menu
akan mengembang Microsoft Office Word 2007 (4).
Rajah 9.1: Membuat dokumen baharu dalam MS Word menggunakan bar tugas
Dokumen baharu yang anda buat akan muncul di skrin sebagai kertas kosong
dalam tetingkap dokumen itu dengan tajuk Document 1 Microsoft Word
(rujuk Rajah 9.2).
Rajah 9.2: Rupa biasa dokumen Word baharu dengan lokasi biasa alat, butang dan ikon
Windows dan Office ditunjukkan
Jalur panjang pada bahagian atas skrin ialah bar tajuk (title bar) yang
menunjukkan nama dokumen yang dilihat diikuti dengan nama program ini,
iaitu Microsoft Word. Apabila anda membuka dokumen baharu, ia dinamakan
Document1 (atau Document2, Document3 dan lain-lain) secara lalai (default)
sehingga ia disimpan sebagai nama fail yang berbeza.
Pada kanan sekali bar tajuk ialah butang Windows generik yang
menggambarkan arahan untuk meminimumkan, memaksimumkan,
memulihkan (restore) dan menutup tetingkap.
Sebagai contoh, tab Home akan memaparkan reben alat yang biasa digunakan
seperti format teks, fon (font) dan gaya pilihan; tab Insert membolehkan anda
memasukkan perkara seperti pemisah halaman (page breaks), jadual (tables),
imej, dan pengapala (headers) dan pengaki (footers); Page Layout akan
mempunyai kawalan untuk menetapkan margin, orientasi halaman dan saiz
dokumen, antara lainnya; manakala tab Review mengandungi perintah untuk
memeriksa ejaan, mengesan perubahan dan jumlah perkataan.
Apabila anda klik buat kali pertama akan menyebabkan menu ke bawah
(dropdown menu) muncul. Ia mengandungi semua pilihan yang ada untuk
fungsi ikon ini. Klik pada yang terkemudian dan kotak dialog akan terbuka dan
memberikan lebih banyak pilihan untuk operasi yang anda ingin lakukan (rujuk
Rajah 9.3).
Rajah 9.3: Contoh tab alat Insert dan Home yang dapat dicapai dengan mengklik
penjuru kecil ikon (dibulatkan) pada reben
Ini bermakna ikon yang anda kerap gunakan boleh ditambah ke alat bar
ini, sekali gus mewujudkan jalan pintas yang boleh menjimatkan masa anda
daripada melayarinya melalui tab. Cuba tambah jalan pintas dengan melakukan
Aktiviti 9.1.
AKTIVITI 9.1
Buka MS Word dan cuba langkah berikut:
3. Klik Insert Picture from File pada kotak sebelah kiri, kemudian
klik butang Add>> di tengah-tengahnya (ikon akan bergerak ke
arah kanan).
4. Klik OK. Kini kelihatan ikon tambahan pada alat bar Quick
Access. Ia membolehkan anda menambah imej dan gambar
dengan pantas pada dokumen yang anda sedang gunakan.
Anda boleh menambah ikon lain pada alat bar ini seperti Print
Preview agar anda dapat mengakses fungsi ini hanya dengan satu klik
pada tetikus.
Rajah 9.6: Menu timbul yang muncul selepas mengklik pada sebelah kanan pada teks
yang diserlahkan
Klik pada arahan yang anda mahu (iaitu Cut, Copy, Paste, Fontdan lain-
lain) untuk melaksanakan operasi yang dikehendaki.
(c) Klik butang Office (dilabelkan dalam Rajah 9.2); pilih Save (kotak
dialog Save As akan muncul); dan
(d) Simpan dokumen anda di bawah nama fail OUMhist.doc dengan menaip
nama ini di dalam kotak teks yang sama pada bahagian bawah kotak
dialog, kemudian klik Save.
(ii) Klik pada tab Home (jika reben tidak memaparkan Home),
kemudian pilih arahan yang sesuai seperti jenis fon, saiz dan tebal
(rujuk Rajah 9.8).
(i) Klik pada kawasan dalam dokumen di mana anda mahu jadual
diletakkan. Kursor (garis menegak yang berkelip) akan muncul di situ
(rujuk Rajah 9.10).
(ii) Pilih tab Insert, kemudian klik pada ikon Table. Seterusnya menu
ke bawah akan muncul.
(iii) Berikan dimensi kepada jadual anda. Contohnya, lima lajur; dua
baris, dengan menuding tetikus anda ke atas bilangan kotak yang
sesuai dalam menu (rujuk Rajah 9.11).
(iv) Klik pada kotak sebelah kanan bawah dimensi yang telah anda pilih
dan jadual akan muncul pada dokumen anda seperti dilihat dalam
Rajah 9.12.
Rajah 9.12: Dokumen dengan jadual yang kosong; terdiri daripada lima lajur dan dua
baris
(ii) Kotak dialog pengurus fail akan muncul untuk membantu anda
mencari fail gambar yang anda mahu gunakan (rujuk Rajah 9.13).
(iii) Sebaik sahaja anda telah menjumpai dan memilih fail gambar, klik
butang Insert dan kotak dialog akan ditutup. Gambar ini kini
dimasukkan ke dalam dokumen anda (rujuk Rajah 9.14).
Rajah 9.14: Dokumen berserta gambar (fotograf dalam contoh ini); perhatikan tab dan
reben tambahan dengan pilihan yang berkaitan untuk memformatkan gambar yang
dipaparkan
Tuding penunjuk tetikus ke atas pilihan menu dan menu akan melata
(cascade) untuk mendedahkan pilihan yang lebih banyak bagi setiap
opsyen. Apabila anda telah memutuskan format nombor muka surat yang
anda mahu, klik pada salah satu yang anda pilih dan penomboran muka
surat dilakukan.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE 287
AKTIVITI 9.2
(a) Letakkan gaya Title untuk tajuk teks (dua baris pertama).
(d) Buat saiz fon pada tarikh 10 August 2000 lebih kecil dan
gariskannya.
Rajah 9.15: Kumpulan fungsi dalam panel Proofing (sebahagian daripada tab Review)
(a) Klik ikon Spelling & Grammar. Kotak dialog (rujuk Rajah 9.16) akan
muncul menunjukkan kesilapan pertama yang ditemui oleh MS Word.
(b) Anda boleh membuat keputusan sama ada untuk menukar atau
mengabaikan pembetulan yang disyorkan. Selepas setiap pembetulan (atau
mengabaikan perintah), program ini akan semak keseluruhan dokumen
secara berurutan dari halaman pertama hingga terakhir atau sehingga anda
meminta ia berhenti dengan menekan butang Cancel.
(a) Klik pada butang Office pilih Save (pada menu ke bawah, lihat
Rajah 9.17) untuk menyimpan fail dengan nama yang sama (ditunjukkan
pada bar tajuk); atau
(b) Pilih Save As untuk menyimpan fail dengan nama fail berbeza, dalam
folder berbeza atau jenis fail yang berbeza (seperti untuk versi lama MS
Word atau sebagai dokumen PDF).
Apabila anda memilih Save As, kotak dialog akan dipaparkan untuk
membolehkan anda melakukan operasi yang anda kehendaki (rujuk
Rajah 9.18).
(c) Pada kotak dialog Save As, navigasi menggunakan anak tetingkap kiri
dan kanan untuk mencari folder My Documents. Ini adalah di mana
kebanyakan pengguna menyimpan fail mereka. Ia biasanya terdapat pada
lokasi yang ditunjukkan oleh bar lokasi ini:
(d) Berikan nama atau namakan semula fail mengikut pilihan anda
menggunakan kotak input teks yang terletak pada bahagian bawah kotak
dialog.
(e) Di bawah kotak teks ialah kotak senarai Save as type. Apabila diklik, ia
mendedahkan senarai jenis fail yang boleh anda pilih untuk menyimpan
dokumen anda. Pilih Word 97-2003 Document.
(f) Seterusnya klik Save. Sekarang anda akan mempunyai fail yang serasi
dengan versi terdahulu MS Word.
Menggunakan bar Search pada bahagian atas, cuba untuk mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai format dokumen dengan:
(a) Menaip formatting pada kotak carian. Kemudian klik ikon Search
(pembesar) dan tekan Enter.
(c) Anda boleh menggunakan ciri ini untuk mencari jawapan kepada
pertanyaan yang mungkin ada apabila menggunakan MS Word.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
294 TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE
9.1.9 Mencetak
Sebelum anda mencetak dokumen, lebih baik untuk anda melihat bagaimana
rupa bentuknya dahulu. Jadi, ikuti langkah berikut:
(a) Klik butang Office Tuding pada Print (menu akan diperluas untuk
menunjukkan lebih banyak pilihan) Pilih Print Preview (lihat Rajah
9.22).
Jika anda berpuas hati dengan rupanya, tutup tetingkap ini. Sekarang kita
boleh mencetaknya.
(b) Klik pada butang Office Pilih Print (kotak dialog Print akan keluar
(lihat Rajah 9.24).
(c) Pilih Printer (ia mesti disambungkan ke komputer anda sama ada secara
fizikal atau melalui rangkaian).
(d) Semak, pilih atau laraskan semua parameter cetakan lain (seperti Page
range dan Copies).
Salin: Mengklik butang ini akan membuat salinan teks yang diserlahkan
disimpan buat sementara di Papan Keratan (Clipboard) (iaitu memori
komputer).
Tampal: Klik pada butang ini untuk memasukkan apa sahaja teks (atau
grafik) yang disimpan di dalam Papan Keratan ke bahagian dalam
dokumen ini di mana terletaknya kursor.
Anda juga boleh berbalik kepada keadaan sebelum suntingan yang telah anda
buat pada dokumen, kembali semula jika anda mahu atau mengulangi tindakan
tertentu dengan satu klik, menggunakan ikon berikut pada alat bar Quick Access
(lihat Rajah 9.2):
Buat semula (redo): Klik ini jika anda hendak memanggil semula
tindakan yang telah diundurkan.
Petua: Untuk membuat pintas (shortcut) bagi MS Excel seperti ini ke atas
meja, klik kanan pada Microsoft Office Excel, kemudian pilih Send to
Desktop (create shortcut). Sekarang anda akan melihat ikon pada atas
meja.
Untuk keluar daripada MS Excel, klik butang Office pada sudut kiri atas
tetingkap (lihat Rajah 9.25), pilih Close atau Exit Excel; atau anda boleh
menekan butang yang bertanda X pada sudut kanan bar tajuk.
Reben ialah jalur ikon berhampiran bahagian atas tetingkap Excel yang berada di
bawah bar alat Quick Access dan bar tajuk. Begitu juga dengan MS Word, sistem
reben dan tab alat menggantikan sistem menu tradisional yang digunakan dalam
versi lama program Microsoft Office (lihat Subtopik 9.1.2).
Teks berikut merujuk kepada komponen yang unik untuk program hamparan,
khususnya MS Excel:
(a) Hamparan juga dikenali sebagai buku kerja (workbook) dan terdiri
daripada set lembaran kerja. Data pada hamparan disusun dalam format
jadual, iaitu pada grid dua dimensi.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
300 TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE
(b) Setiap segi empat tepat pada grid dipanggil sel. Sel dirujuk melalui
alamatnya yang terdiri daripada koordinat lajur dan baris. Alamat atau
koordinat sel aktif dipaparkan pada kotak nama (lihat contoh dalam
Rajah 9.26). Sel aktif ialah sel di mana kursor berada.
(c) Data yang dimasukkan ke dalam sel juga terdapat dalam bar formula
(rujuk Rajah 9.27).
Rajah 9.27: Contoh lembaran kerja dengan data yang ditaip di dalamnya
Anda juga boleh memasukkan formula matematik di sini (yang anda akan
lakukan kemudian dalam topik ini). Jika terdapat formula yang disimpan
dalam sel yang aktif, lokasi ini akan memaparkan formula itu.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOFT OFFICE 301
(a) Klik butang Office dan pilih New daripada menu ke bawah.
(b) Kotak dialog New Workbook dibuka dan ikon Blank Workbook
diserlahkan pada mulanya; jika tidak, pilihnya. Seterusnya klik Create
(berhampiran sudut kanan pada bahagian bawah) (lihat Rajah 9.28).
(c) Untuk memasukkan data ke dalam sel: Klik sel untuk memilihnya, taipkan
teks, nombor atau formula anda.
(d) Untuk mengedit atau memadam data: Klik untuk memilihnya, kemudian
tekan kekunci Backspace untuk menghapuskan data dan membuat
pembetulan; tekan Delete untuk memadam keseluruhan kandungan sel.
(ii) Tekan Tab untuk bergerak ke kanan sel yang sedang aktif;
(iii) Tekan dan tahan butang Shift, seterusnya tekan Tab untuk
bergerak ke kiri sel yang aktif; atau
(iv) Gunakan Page Up dan Page Down untuk bergerak ke atas dan ke
bawah baris dengan pantas.
AKTIVITI 9.3
1. Mulakan dengan lembaran kerja yang kosong dan input set data
dalam Rajah 9.29.
Rajah 9.29: Hamparan dengan data dan lebar lajur telah diselaraskan
Mari kita lihat Rajah 9.30 yang memaparkan contoh bagaimana untuk
menambah nilai Sel B2 dan B3, seterusnya menolak nilai dalam Sel C3 dan
memaparkan keputusan dalam D3.
Rajah 9.31 pula menunjukkan contoh serupa tetapi formula yang diubah
suai sedikit boleh menghasilkan keputusan yang berbeza disebabkan oleh
susunan keutamaan.
Mari kita cuba melakukan Aktiviti 9.4 dan 9.5 untuk membiasakan diri anda
dengan fungsi utama.
AKTIVITI 9.4
Mencari jumlah bagi nilai-nilai dalam pelbagai sel (rujuk Rajah 9.32
hingga 9.34):
1. Masukkan set data yang ditunjukkan dalam Rajah 9.32. Pilih sel
yang hasilnya akan dipaparkan.
3. Pilih SUM daripada senarai fungsi dan klik OK. Dialog Insert
Function akan ditutup dan diganti oleh kotak Function
Arguments (rujuk Rajah 9.33).
AKTIVITI 9.5
Menggunakan fail yang anda simpan daripada Aktiviti 9.3 (nama fail
StudentRec.xls) dan menggunakan kaedah pengiraan dipelajari setakat
ini, lakukan perkara berikut:
Petua:
(a) Apabila anda sudah biasa dengan fungsi, anda juga boleh menaipnya terus
ke dalam bar formula dengan menggunakan kotak dialog.
(b) MS Excel mempunyai beratus-ratus fungsi untuk anda supaya tidak perlu
menulis formula yang kompleks atau berulang-ulang. Ini boleh dicapai di
tab Formulas (lihat Rajah 9.36). Terokai dan jalankan eksperimen dengan
fungsi ini.
(a) Mengisih
Cara biasa untuk pengisihan data ialah mengikut turutan abjad (apabila ia
melibatkan rentetan huruf seperti nama) dan berangka (seperti nombor
pelajar, markah peperiksaan dan kos item) sama ada dalam urutan menaik
atau menurun. Mari kita berlatih cara untuk membuat pengisihan dalam
Aktiviti 9.6 dan 9.7.
AKTIVITI 9.6
AKTIVITI 9.7
3. Gunakan Sort & Filter tetapi pada kali ini, pilih Custom Sort.
Satu kotak dialog akan muncul (lihat Rajah 9.39).
(b) Menapis
Bilakah kita menggunakan fungsi menapis? Menapis berguna apabila anda
ingin memaparkan hanya beberapa pilihan data. Sebagai contoh, jika anda
mahu tunjukkan di StudentRec.xls rekod hanya pelajar yang mendapat
kurang daripada 70 dalam purata markah, anda boleh melakukan perkara
berikut:
(i) Pilih Sort & Filter Filter. Ikon ini akan muncul seperti dipaparkan
dalam Rajah 9.41.
(ii) Klik pada butang Average. Pilih Number Filters Less Than
(lihat Rajah 9.42).
(iii) Dalam kotak dialog (rujuk Rajah 9.43), masukkan 70 sebagai syarat
untuk is less than; seterusnya klik OK.
Pada lembaran kerja sekarang, hanya rekod pelajar yang purata skor
adalah kurang daripada 70 dipaparkan.
AKTIVITI 9.8
Setelah anda memasukkan carta, set baharu alat carta, disusun kepada tiga
tab akan muncul di atas reben. Tab ini (Design, Layout dan Format) akan
membenarkan anda menukar dan mengemas kini rupa carta anda seperti
menambah tajuk, dan menukar fon dan warna.
(i) Pastikan anda memilih carta anda. Di bawah tab Design, cari dan klik
Move Chart. Kotak dialog muncul.
(ii) Anda sama ada boleh memulakan lembaran kerja baharu (nama lalai
ialah Chart1) dan menyimpan carta di sana; atau
(iii) Pilih Object in: dan pilih dari kotak senarai, mana satu di lembaran
kerja sedia ada yang anda ingin letakkan carta. Klik OK.
Tahukah anda terdapat banyak kelebihan mempunyai carta pada kertas yang
berasingan? Antara kelebihannya ialah anda boleh menyalinnya dengan mudah
ke dalam dokumen Word atau persembahan PowerPoint; atau mencetak secara
berasingan.
Ambil perhatian bahawa cara mencetak dalam MS Excel adalah sama dengan
mencetak dalam MS Word. Pilihan ini boleh diakses melalui butang Office.
AKTIVITI 9.9
Cuba anda membina set sampel data anda sendiri dalam MS Excel
seperti purata suhu bagi hari-hari dalam minggu atau bulan; atau rekod
jualan beberapa barang yang dijual, harga, kategori dan sebagainya;
atau perlawanan tempat lawan dan sendiri pasukan bola sepak dalam
liga musim, berdasarkan perlawanan menang, kalah atau seri.
Seterusnya teroka semua opsyen di bawah tab Chart Tools, iaitu tab
Design, Layout dan Format. Cuba untuk wujudkan pelbagai carta dan
graf. Lihat jika anda boleh mencapai beberapa grafik yang menarik
dengan analisis set data anda.
Klik dua kali pada ikon PowerPoint pada atas meja (jika ada).
(iii) Klik opsyen menu New Slide (segi tiga kecil menunjuk ke bawah di
bawah ikon pada reben tab Home);
(iv) Pilih Slides from Outline (lihat Rajah 9.46); kotak dialog
pengurus fail Insert Outline akan dipaparkan; dan
(v) Tinjau dan pilih fail Word yang mengandungi rangka tersebut.
Seperti yang anda lihat dalam Rajah 9.46, slaid PowerPoint boleh dibuat
daripada beberapa susun atur praset (preset). Ia membolehkan anda untuk
memasukkan serta-merta teks anda tanpa perlu memformatkannya dahulu.
Untuk memasukkan teks, hanya pilih kotak teks (segi empat tepat garis putus-
putus) dan mula menaip.
Jika anda meneroka reben dan tab dengan teliti, anda akan melihat bahawa
banyak fungsi pemformatan teks dalam PowerPoint adalah sama seperti dalam
MS Word dan ia berfungsi dengan cara yang sama. Ini termasuk:
Petua: Kadangkala anda mungkin mahu untuk menukar saiz kotak teks untuk
membenarkan ruang untuk unsur lain yang akan ditambah dalam
persembahan anda. Untuk melakukannya, hanya pilih kotak teks dan
klik, tahan dan seret sudut dan sisi kotak teks kepada saiz yang
dikehendaki (lihat Rajah 9.47).
Anda akan diberi beberapa pilihan apabila menyimpan tetapi apa yang lebih
penting, anda harus mempertimbangkan bahawa anda mungkin perlu
menggunakan ciri Save As untuk:
(a) Menyimpan fail tersebut supaya ia boleh diakses dengan versi PowerPoint
terdahulu (yang tidak dapat membuka fail lalai PowerPoint 2007 yang
disimpan); atau
Jadual 9.2: Tiga Cara untuk Menambah Slaid Baharu ke dalam Persembahan PowerPoint
Kaedah Deskripsi
Tema Office Pilih slaid dengan segera SEBELUM titik di mana anda
kehendaki slaid baharu berada Klik menu anak panah ke
bawah New Slide (segi tiga kecil hitam yang menunjuk ke
bawah) pada reben tab Home Pilih daripada pilihan dalam
menu ke bawah, jenis slaid yang anda mahu masukkan.
Membuat pendua Pilih slaid untuk dijadikan pendua Klik menu New Slide
bagi slaid (pada reben Home) Pilih Duplicate Selected Slides daripada
menu itu (rujuk Rajah 9.49).
Rajah 9.49: Pilihan untuk membuat pendua slaid (lihat anak panah)
Membuat slaid (i) Pilih slaid dengan segera SEBELUM titik di mana anda
baharu daripada mahu slaid baru berada;
persembahan lain (ii) Klik New Slide Pilih Reuse Slides; Kotak Reuse
Slide akan muncul pada sebelah kanan tetingkap
PowerPoint anda;
(iii) Klik Browse Browse File untuk membuka kotak dialog
pengurus fail; dan
(iv) Cari fail slaid persembahan terdahulu dan klik padanya
untuk mengimportnya.
9.3.4 Tema
Apakah yang dimaksudkan dengan tema?
Tema ialah templat yang direka bentuk yang dapat digunakan kepada
keseluruhan persembahan bagi mewujudkan keseragaman pada persembahan.
(a) Klik tab Design di atas reben (lihat Rajah 9.50), pilih salah satu tema yang
dipaparkan.
(ii) Pilih set warna atau klik Create New Theme Colours jika anda
mahu menetapkan warna anda sendiri (kerana sesetengah syarikat
mungkin mengehendaki warna mereka sendiri).
(iii) Anda juga boleh memilih daripada pelbagai latar belakang dalam tab
ini (lihat Rajah 9.52).
Perhatikan dalam Rajah 9.55 bahawa anda juga boleh menambah kesan
bunyi dan mengawal kelajuan peralihan anda menggunakan pilihan
arahan dalam kumpulan (1) dan (2) yang sama.
Seperti aplikasi Office yang lain (Word dan Excel), tab baharu akan muncul
selepas anda telah masukkan video yang akan mengandungi perintah yang
akan membolehkan anda menyunting dan memformatkan video anda.
(c) Menambah Audio, Grafik, Bentuk dan Lukisan Klip (Clip Art)
Menggunakan cara yang sama untuk menambah video, anda juga dapat
memasukkan hampir semua jenis media (audio, grafik, gambar dan lain-
lain) ke dalam slaid anda melalui tab Insert Sound.
Apabila anda melakukan tindakan ini juga, anda akan mendapati tab
tambahan muncul pada reben yang akan membolehkan anda menggunakan
beberapa fungsi penyuntingan asas pada media anda seperti:
Rajah 9.57 hingga 9.61 menggambarkan beberapa pilihan yang ada pada
reben.
Rajah 9.59: Kotak pilihan Clip Art (kanan) muncul bila Insert Clip Art dipilih
Rajah 9.61: Pilihan Drawing Tools boleh diperoleh selepas anda memasukkan bentuk
atau lukisan dalam slaid anda
(b) Memilih ikon From Beginning dalam kumpulan Start Slide Show
(terletak pada reben tab Slide Show); atau
(c) Klik pada ikon yang sama pada sebelah kanan di bawah tetingkap
(sebelah bar zum).
Halaman pertama slaid anda akan muncul dalam mod skrin penuh. Di sekitar
bahagian bawah kiri skrin, anda akan mendapati butang navigasi muncul
apabila anda menggerakkan penunjuk tetikus ke atas kawasan itu. Juga dalam
kumpulan butang itu ialah pilihan alat (B dalam Rajah 9.62) yang akan
membolehkan anda membuat catatan dan memasukkan sorotan dalam slaid
anda semasa anda membuat persembahan anda (rujuk Rajah 9.62 dan Jadual 9.3).
Tugas Prosedur
Pergi ke slaid seterusnya Lakukan salah satu daripada perkara berikut:
Klik ikon next (D) dalam Rajah 9.62
Tekan kekunci anak panah kanan
Tekan kekunci Enter
Tekan kekunci Page Down
Klik pada slaid
Pergi ke slaid sebelumnya Lakukan salah satu daripada perkara berikut:
Klik ikon previous (A)
Tekan kekunci anak panah kiri
Tekan kekunci Backspace
Tekan kekunci Page Up
Untuk melompat ke slaid tertentu Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik ikon shortcut menu (C)
Klik kanan slaid dan pilih daripada
shortcut menu yang muncul
Menamatkan persembahan slaid dan Tekan kekunci Esc
kembali ke PowerPoint
Pengkomputeran awan atau dengan perkataan yang lebih singkat cloud ialah
satu lagi cara untuk mengakses sumber untuk berfungsi mengikut keperluan
yang berubah-ubah daripada pengguna. Ia melibatkan aktiviti pengkomputeran
melalui rangkaian yang program atau aplikasi berjalan serentak di komputer
yang disambungkan. Dalam cloud, peluang untuk kehilangan data akan berada
di tahap minimum. Data boleh disimpan atau disandarkan dalam simpanan
cloud. Pengkomputeran cloud juga akan menyimpan data anda selamat
daripada ancaman.
Rajah 9.63 memaparkan kepada anda beberapa contoh bagi penyimpanan cloud.
(iii) Selepas pendaftaran berjaya, klik butang Log In. Masukkan nama
pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk (seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 9.65);
Klik butang New (menu senarai) dan pilih New Folder (lihat
Rajah 9.66).
Pilih Upload Files untuk muat naik satu atau banyak fail atau
Upload Folders untuk muat naik satu atau banyak folder; dan
Selepas memuat naik fail, hasil daripada aktiviti ini adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 9.69.
Berkongsi folder
Untuk berkongsi folder, letakkan kursor anda pada folder anda dan
tandakan kotak tanda atau Share (lihat Rajah 9.70).
Klik butang Nota Kotak Baharu (lihat Rajah 9.71) dan taip nama
dokumen anda (lihat Rajah 9.72); dan
Aplikasi Pemformatan
Fungsi Pemproses kata (word processor)
Hamparan (spreadsheet) Pengkomputeran awan (cloud
computing)
Menyimpan fail
Slaid persembahan
Microsoft Office
Templat
OR
Thank you.