Model Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat
0 PENDAHULUAN Model Pengajaran satu perihalan persekitaran pembelajaran yang boleh dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran, seperti program multi-media,pengajaran
berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Model-model ini berdasarkan pengkategorian yang diutarakan oleh Bruce, Weil & Calhoun (2009)1.Setiap mazhab tersebut mengandungi beberapa jenis model pengajaran yang berkongsi orientasi yang sama terhadap manusia dan cara manusia belajar. Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada beberapa model pengajaran. Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid. Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah adalah: Bahagian 1: 2.0 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT (GAGNE) 2.1 Pengenalan Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer.2 Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Mengikut model
1 2
Bruce ,R.Joyce (2009), Model Of Teaching. University of California Azizi Yahaya, Asmah Suboh (2005), Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur, PTS
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria / sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang. 2.2 Konsep Teori: Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Teori ini melihat dari segi pembelajaran sebagai satu proses input-output3, yang dikenali dengan nama teori pemprosesan data atau maklumat. Gagne (1970)4 banyak membuat penyelidikan tentang fasa dan rangkaian pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Menurut Gagne juga,5 proses pembelajaran yang berkesan adalah melaluli tiga proses iaitu keadaan sebelum input, peristiwa penting ataupun proses semasa dan peristiwa menyusul ataupun aspek yang berkaitan dengan tindak balas. Hal ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat terdiri daripada:
2.2.1) Ingatan Deria Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah wujud pada deria. Masa simpanan maklumat yang mungkin berlaku ialah antara 1 hingga 3 saat. Malah, maklumat akan hilang serta merta sekiranya tidak diproses. 2.2.2) Ingatan Jangka Pendek Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka penjang untuk disimpan. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih iaitu selective attention. Selain itu, maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Sesuatu chunk tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf atau angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan,
3 4
Mohd Sharani Ahmad (2003), Tip Pandai Belajar. Kuala Lumpur, PTS Millennia Ibid 5 Mohd. Sharani Ahmad (2004), Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar. Kuala Lumpur,PTS Professional
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan ia berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak). 2.2.3) Ingatan Jangka panjang Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. Ingatan jangka panjang adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku. 2.3 Teori Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran.Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat.Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks. Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:
1. Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran. Cth: Dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan komputer ke dalam kelas. 2. Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuktajuk lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan dengan topik yang akan diajar. 3. Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan. Cth: Edarkan hand out, penyediaan slaid Powerpoint.
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] 4. Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer.
5.
Tunjukkan
pelajar
bagaimana
mengkategorikan
maklumat
yang
diterima
&
memahaminya.Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima.
6.
Pengulangan. Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan
jangka pendek).
7.
Menyediakan beberapa aktiviti atau latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas
2.4 Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Information in Long Term Memory) Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkodan'? Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang. Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972.
Prinsip penentuan pengkodan (encoding) Prinsip memori yang menunjukan perkaitan rapat antara encoding dan proses pemulihan memori yang menetapkan bahawa pencapaian dalam ujian memori secara tidak langsung berkait dengan jumlah persamaan antara praktis dan konteks ujian. Contohnya, lebih
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] banyak persamaan, lebih baik pencapaian dalam ujian tersebut. Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi).
Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama: 1. Pengetahuan Deklaratif a. Memori Semantik b. Memori Episodik. 2) Pengetahuan Prosedural 3) Imageri
Pengetahuan deklaratif Semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh : Memori semantik Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan Contoh : Memori episodic Saya tercedera semasa bermain hoki semalam Collins & Quillian (1969)6 mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.
6
Wolfgang Klimesch (1994), The Structure of Long- Term Memory: A Connectivity Model of Semantic Processing. Hillsdale,New Jersey.Lawrence Erlbaum Associates,Inc.
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] Pengetahuan Prosedural Semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu.
Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar. Imageri Perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? Secara tidak langsung seseorang itu akan cuba membayangkan dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat ke arah bola tersebut. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. Mengingat Kembali, apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti kita menambahkan maklumat dan kita meninggalkan maklumat. Terdapat 3 fenomena yang mendorong kita berbuat demikian: 1) Inferens Contohnya, seseorang penjaga gol cedera di kepala semasa perlawanan bola sepak. Dalam pada masa yang sama tidak pula dinyatakan bagaimana kepala penjaga itu boleh tercedera. Mungkin terkena kaki pemain lawan, mungkin juga terhantuk pada tiang gol atau sebagainya.
2) Stereotaip Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Bermaksud kita hanya mengandaikan sahaja mengenai orang itu. 3) Skema Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkara atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar. 4) Lupaan Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam 6
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik. 2.5 Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne
Rajah 1: Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalamanpengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.7
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad(2007).Pedagogi:Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan.Kuala Lumpur,PTS Professional
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] a) Fasa Motivasi- Jangkaan Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar. b) Fasa Tanggapan Perhatian Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain. c) Fasa Penyimpanan- Kod Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan
mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru. f) Fasa Generalisasi- Pindaan Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.
g) Fasa Prestasi- Gerak Balas Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.
h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.
Lapan jenis pembelajaran untuk memperolehi maklumat pada tahun 1977, Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks. Pembelajaran di aras yang tinggi bergantung pada pembelajaran di aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut : (a) Pembelajaran Isyarat Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Misalnya, apabila loceng berbunyi pada 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masingmasing. Apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan terus beridri untuk member penghormatan. Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal fikiran. Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamat sejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut. (b) Pembelajaran Gerak Balas Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran tingkah laku yang diingati. Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi 10
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] pujian, Bagus, Ali pandai !. Ali akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya. (c) Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyampaikan bola dalam permainan tenis, pemain hendaklah berdiri dengan posisi tubuh yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.
(d) Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Misalnya, ketika melihat sebiji bola, kanak-kanak itu akan menyebut bola. Pertalian berbahasa seperti ini hendaklah diulangi sehingga beberapa kali untuk menjamin peneguhan pertalian. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. (e) Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
(f) Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda
11
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] sebagai satu kelas atau kategori. Misalnya, muird yang mempelajari warna, saiz dan bentuk, akan menggolongkan kuning, merah, hitsm, putih dan hijau sebagai warna; bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai bentuk dan bola sepak, bola lisut, bola tenis, bola jaring sebagai bola. (g) Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. Ini merupakan pembelajaran yang kompleks kerana ia melibatkan
pembelajaran konsep rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, ketika murid mempelajari apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang perlu dipelajari ialah membeku;. isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan atau dikaitkan di antara satu sama lain untuk membentuk hukuman tersebut. Contoh yang lain ialah apabila seseorang mengaitkan konsep bulat dan bola ketika mempelajari hukum benda-benda bulat tergolek. (h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan. Penyelesaian masalah
merupakan pembelajaran paing kompleks. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutan-urutan penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey. Urutan langkah-langkah adalah seperti berikut : a) Mengenal masalah b) Mencari maklumat c) Membuat hipotesis (memilih cara menyelesaikan masalah) d) Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian) e) Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak) Pembelajaran penyelesaian masalah bergantung kepada jenis pembelajaran di peringkat yang rendah daripadanya (iaitu yang sebelumnya). Selagi jenis-jenis pembelajaran di bawah seperti pembelajaran hukum, pembelajaran konsep, diskriminasi, perkaitan berbahasa, rangkaian dan pembelajaran isyarat belum dicapai, maka penyelesaian masalah tidaklah dapat dijalankan.
12
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] 3.0 Implikasi Terhadap P&P Setiap teori mahupun model pengajaran mempunyai implikasinya yang tersendiri terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan model pengajaran pemprosesan maklumat Gagne ini. Antara implikasinya model ini adalah terhadap guru dan juga murid selain kepada proses pengaajran dan pembelajaran itu sendiri. Implikasi pertama, guru perlu menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa. Ini kerana dengan menggunakan bahan konkrit, murid akan lebih memahami pengajaran bahasa kerana murid memerlukan benda maujud untuk mengaitkannya dengan pemahaman mereka. Seterusnya, guru perlu mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor). Hal ini kerana dengan mengajarkan sesuatu kemahiran mengikut urutan bagi memudahkan murid untuk menguasai kemahiran tersebut. Contohnya, dalam kemahiran bahasa, guru akan mengajarkan kemahiran lisan terlebih kerana kemahiran ini merupakan kemahiran yang lebih rendah berbanding kemahiran membaca dan seterusnya kemahiran menulis yang lebih tinggi. Selain itu, guru perlu membimbing murid membezakan ciri-ciri penting. Bimbingan guru ini penting bagi mengelakkan murid membuat kesilapan ketika membezakan sesuatu ciri penting. Apabila guru membimbing murid, guru perlulah membuat penerangan terlebih dahulu bagi memastikan murid faham apa ciri penting tersebut. Implikasi lain, melalui model ini guru dapat membimbing murid mengenal pasti ciriciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Hal ini kerana apabila murid telah dibimbing oleh guru mengenal pasti ciri khusus maka murid akan dapat membina konsep atau rumus. Contohnya, guru memberikan beberapa ciri khusus seperti bersisik, berekor, bersirip dan berenang kepada murid kemudian murid akan dapat membina konsep bahawa ciri tersebut merupakan ciri seekor ikan. Terakhir, guru dapat membimbing murid menggunakan prinsip, hukum dan teorem untuk menyelesaikan masalah. Ini dapat dilihat ketika guru mengajarkan operasi +,-,x dan kepada murid. Kemudian dengan bimbingan guru, murid akan cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh guru.
13
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] 4.0 Penilaian Model Pemprosesan Maklumat dalam Konteks Bilik Darjah S (Strenght) Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria, selepas itu, maklumat akan di tafsir dalam satu ingatan, kemudia ia di hantar ke stor jangka panjang dan akhirnya kepada pengerak tindak balas melalui sistem saraf. Berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang bersistematik dan berurutan. Melalui model projek, murid boleh belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian luar dan lawatan. Berdasarkan model inkuiri, murid dapat melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasahkan kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan serta membina dan seterusnya menguji konsep dan hipotesis. Mendapat ganjaran daripada guru dan melakukan tingkah laku melalui peneguhan yang diberikan. Guru lebih bersedia sebelum membuat pengajaran di dalam bilik darjah. Guru mengetahui teknik dan kaedah yang dapat membantu murid mengingati isi pelajaran. Model ini mempunyai maklumat yang holistik mengenai bagaimana minda memproses maklumat, menerima maklumat, menyimpan maklumat, mengeluarkan maklumat untuk menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai maklumat. Model pemprosesan maklumat telah menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data, menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya. Tokoh Gagne telah menerangkan beberapa fasa yang penting dalam ingatan jangka panjang. Pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu
pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Tokoh Gagne juga telah menerangkan mengenai lapan teori pembelajaran. Teori ini boleh dijadikan panduan kepada guru-guru dalam mengaplikasikannya semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Teori-teori ini telah menerangkan beberapa langkah iaitu daripada peringkat yang mudah ke peringkat yang
14
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] lebih kompleks. Di dalam model pemprosesan maklumat ini, ia mempunyai beberapa model lain yang manjadi sub-sub di bawahnya. Antaranya adalah, model ekspositori, model inkuiri, dan model projek. Model-model ini sesuai untuk dijadikan rujukan oleh guru-guru sebagai panduan dalam memastikan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
W (Weakness) Memerlukan motivasi untuk melaksanakan proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku melalui proses pelaziman tingkah laku yang sudah biasa di lakukan. Murid akan mengulang tingkah laku yang baik jika di beri pujian atau ganjaran daripada guru. Guru perlu menarik perhatian murid ketika ingin memulakan proses pembelajaran. Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu. Sebahagian murid akan menghadapi masalah dalam memahami isi pelajaran Tahap kemampuan intelektual setiap murid berbeza antara satu sama lain.
O (Oppurtunity) Murid dapat memahami konteks konsep dan prinsip melalui model ekspositori. Murid dapat menetapkan matlamat untuk diri sendiri. Dapat memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif Masyarakat dapat mencapai matlamat pendidikan peribadi, sosial dan kendiri. Melalui pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menyalurkan nilai kebudayaan dan kebangsaan. Model ini dapat menunjukkan kesedaran dan penghargaan mengenai potensi diri muridmurid. Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran bagi menarik minat murid. Menerusi model pemprosesan maklumat ini, pelbagai peluang yang boleh diambil oleh
15
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] guru-guru mahupun pelajar dalam mengaplikasikan model ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan. Kupasan mengenai model ini oleh Robert Mills Gagne telah memperkenalkan pelbagai fasa dan teori-teori mengenai proses pengajaran dan cara menyimpan maklumat dalam ingatan jangka masa panjang.
Kajian yang lengkap mengenai model pemprosesan maklumat ini memberi banyak faedah kepada individu dalam cara memproses maklumat.
T (Treat ) Murid hanya ingin mempelajari sesuatu sekiranya mendapat ganjaran daripada guru sahaja. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajarn untuk mengelakkan murid merasa bosan. Peneguhan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan tahap dan potensi murid. Murid akan keliru dengan isi pelajaran apabila mereka tidak memahami apa yang guru sampaikan.
Secara analisis, Teori Gagne terhadap pengajaran dan pembelajaran sesuai dijalankan di kelas. Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks. Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori. Implikasi teori kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan 16
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] kepada mrid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenalpasti murid-murid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Sekian.
Bahagian 2: Grafik REFLEKSI - Terhadap Satu Pengalaman Pengajaran S a ya S it i N ur ul H a id ar bt A bd u l la h S api a n d ar i k um p u la n Pe n d id ik a n I s l am D P LI - j Q A F Jan u ar i 20 1 3 t e l ah m en ye d iak a n R an cang an Pe l aj ar an
H ar i a n P en d id ik a n I s l am t ah un t ig a. P e ng aj ar a n yang sa ya p i l ih ad a la h b i d ang A l - Q u r a n, d i m a na m ur i d sa ya p er l u m eng u as a i b ac a an S ur ah A l A d i ya at ber m u la da r i a yat 1 h i ng g a 5. Mu r i d s a ya ad a la h t a hu n 3 Dam a i d ar i Sek o l ah K eb nag s aa n S et ia A l am , S h ah A l am S e la ng or . Jum l ah m ur id a d a la h s er am a i 33 or ang . Ke l as i n i d i k et og er ik an k e l as se de r h an a.
T ek n ik pe ng aj a r a n ya ng t e l ah s a ya p i li h i a la h ap l ik a s i dar i m u da h k e pa da s uk ar i a it u s a ya m em i li h k a l im ah p en d ek yang t er d ap at d a lam s ur ah yang i ng in d i b ac ak an. Set e la h m ur i d m eng ua sa in ya , k em ah ir an d ik em b ang k an m enj a d i a yat - a yat m eng ik ut nom bor ya ng t a r d ap at da l am s ur ah . P en dek at a n ya ng sa ya p i l ih be r d a sar k a n t e or i Ta kso n omi Dom ai n K o g ni t i f Bl o om ( Bo om et al . 1 98 9 ) . Me l a l u i t i ng k ah lak u m ur i d se p er t i b er f ik ir , m er as a da n ber t i nd ak m aka p en yu su na n o bj ek t if m e ng ik ut
k e up a yaa n m u r i d da r i m u da h k e pa da s us a h. Ak t i vit i i n i m em b o le hk an p e ng aj ar a n d ap at d ij a l a nk an de ng a n le b ih s ist em at ik da n b er k es a n. Set Induksi Saya mulakan set induksi dengan menayangkan orang membaca surah Al- Adiyaat, dan gambar surah Al-Adiyaat kemudian bersoal jawab bersama murid, murid dapat
17
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] menjawab soalan yang diberi berkaitan dengan surah yang hendak dibacakan. Soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan nama surah, jumlah ayat yang terkandung dalam surah dan dimanakah surah ini diturunkan. Soalan diajukan secara keseluruhan kelas, murid yang sukarela menjawab soalan dipilih terlebih dahulu.
KEKUATAN Murid berminat untuk menjawab soalan yang diajukan kerana tidak semua murid tahu berkaitan surah yang hendak dibacakan dalam pengajaran hari itu. Sebahagian murid dapat menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan mereka sebelum ini. KELEMAHAN Murid yang lemah hanya mendiamkan diri dan tidak berusaha untuk menjawab soalan yang diajukan
2)
LANGKAH SATU Dalam langkah satu saya menggunakan kad kalimah pendek dengan meminta
seorang murid untuk membacakan kad kalimah di hadapan sementara murid yang lain mengikut bacaan murid tersebut secara kelas, berkumpulan dan individu. Permainan ini diulang melebihi tiga kali bagi menarik minat membaca tanpa memilih murid yang pandai dan murid yang tidak pandai di dalam kelas tersebut. KEKUATAN Murid kelihatan seronok membaca kalimah dan melihat kawan mereka sama-sama membacakan kalimah pendek yang dipegang di hadapan kelas. Mereka cuba juga menyebut kalimah pendek walaupun terdapat sedikit kesalahan dalam bacaan. KELEMAHAN Terdapat juga murid yang tidak membaca kalimah tetapi hanya menggerakkan bibir sahaja jika tidak diperhatikan dengan baik.
18
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] 3) LANGKAH DUA Saya meneruskan langkah dengan menggunakan kad kalimah ayat iaitu ayat satu hingga lima dalam surah Al-Adiyaat. Di sini mereka membacakan ayat dengan memerhatikan terdapatnya ulangan kalimah pendek yang telah dibacakan pada langkah satu. Penekanan yang diberikan adalah murid dapat membacakan ayat yang dipaparkan dengan sebutan yang betul. Mereka diminta untuk membunyikan ayat berulang kali. Kaedah latih tubi ini saya gunakan agar murid dapat membaca dan mengingat kalimah dengan lebih baik. KEKUATAN Murid dapat membaca dan berminat dengan kaedah ini, mereka kelihatan seronok membaca kalimah berulang kali. Penekanan diberikan kepada murid agar boleh membaca dengan betul Seorang guru itu perlu mempunyai suara yang kuat agar mudah didengari oleh pelajar. Suara yang kuat akan merupakan keperluan seorang guru bagi memudahkan murid mendengar seterusnya membantu murid memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Apabila guru mempunyai suara yang kuat maka murid akan memberi tumpuan kepada pengajaran guru dan tidak menghiraukan sebarang gangguan. KELEMAHAN Terdapat sesetengah murid yang bermain.Kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah guru tidak dapat mengikut masa seperti di dalam rancangan mengajar. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. LANGKAH TIGA Dalam langkah yang ketiga saya gunakan kaedah perrmainan, dimana semua murid membacakan kembali surah Al-Adiyaat sementara diedarkan bekas pensel kepada setiap murid mengikut giliran. Selesai sahaja bacaan surah itu, murid yang di atas mejanya ada bekas pensel tersebut dikehendaki membacakan satu ayat daripada surah, begitulah seterusnya. . Saya sentiasa bergerak bagi mempastikan P&P berjaya. KEKUATAN Murid memang paling seronok dengan kaedah ini, sambil memerhatikan bacaan rakan mereka juga dikehendaki membaca surah secara tidak langsung. Ini membolehkan murid membaca dan mendengar dengan betul.
19
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] KELEMAHAN Permasalahan timbul dari sudut kawalan kelas, murid agak teruja hingga kadang-kadang meninggikan suara kepada rakan agar membaca dengan baik untuk kumpulan mereka. 4) PENUTUP
Saya mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran dengan murid sama-sama membacakan kembali surah Al-Adiyaat secara kelas dan saya mengingatkan murid supaya terus membaca surah ini di dalam solat juga dalam kehidupan seharian agar tidak lupa. KEKUATAN Murid boleh membaca secara kelas dengan baik kerana mereka telahpun mengetahui cara sebutan yang betul untuk membaca surah Al-Adiyaat ayat satu hingga lima. KELEMAHAN Murid yang yang lemah dalam bacaan masih ada, namun mereka cuba juga untuk membaca.
20
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] Analisis terhadap Keberkesanan Pengajaran: Strategi yang digunapakai: Strategi yang saya gunakan adalah Pemusatan Murid dan Pemusatan Bahan Bantu Mengajar.
Pemusatan Murid
murid dapat menjawab soalan yang diajukan pada set induksi seorang murid mengetuai bacaan dan diikuti oleh pelajar yang lain.
21
Guru dapat membetulkan kesalahan ayat yang dibaca murid yang terpilih
Kaedah Bermain
Guru tidak dapat mengenalpasti kesalahan sebutan murid secara kelas dan kumpulan
Tidak Semua murid dapat menyebut kalimah dan ayat kerana menunggu giliran pensel box di meja masing-masing
22
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada keberkesanan P&P:
penggunaan surau
Faktor Lain
penggunaan teknologi maklumat
23
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] Analisis yang dapat saya berikan adalah seperti berikut: S Strategi yang W
diguna pakai -Pemusatan murid - Dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar kerana semua murid terlibat dalam p&p. -Menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid dapat menyampaikan idea secara bebas. -Dapat memahami minat murid dengan lebih mendalam dan memudahkan saya dalam proses pengajaran. -Banyak masa diperuntukkan untuk aktiviti murid sahaja. -Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka. -saya dapat mengetahui tahap kemampuan murid. -Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan saya sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid. -Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. -Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai. -Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus. -Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan saya semasa dalam proses pembelajaran. -Pemusatan bahan - Menarik minat murid untuk memberi lebih fokos terhadap pembelajaran dalam kelas dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya. -Membuatkan murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap saya. -Interaksi berlaku antara saya dengan bahan pengajaran atau murid dengan bahan pengajaran.
-saya perlu memperbesarkan kad kalimah kerana saya menggunakan surau sebagai medium atau tempat berlakunya pembelajaran.
24
diguna pakai - Bermain - Pembelajaran dalam kelas lebih aktif. -Sifat kepimpinan murid dapat dibentuk. -Memupuk nilai murni dalam murid dengan sifat tanggungjawab,hormatmenghormati, sopan santun, kerjasama antara kumpulan dan sebagainya. - Aspek keselamatan. -Kawalan murid tidak dapat diberi perhatian sepenuhnya. -Masa yang terhad diperuntukkan untuk menjalankan projek kadang kala tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya semasa dalam pembelajaran dan pengajaran.
- Latih tubi
-agak membosankan kerana ulang perkara yang sama. - tidak semua murid membuka mulut menyebut kalimah yang diberi
Faktor Lain -Surau - Ruang yang besar untuk kaedah bermain - sukar untuk mangawal keadaan murid yang terlalu teruja.
-saya menyampaikan dengan suara yang jelas -nada suara saya yang sentiasa berubah-ubah
-disebabkan saya seorang guru perempuan, keadaan terkawal selepas ditegur, kemudian masih sukar untuk mengawal kelas.
-tiada kelemahan-
1.
25
diguna pakai -Pemusatan murid - Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi -Membuat kad kalimah dengan menarik. yang -
diguna pakai - Bermain - saya dapat melihat murid yang -masa yang singkat bagi selama ini diam, terlibat secara menyempurnakan aktiviti. aktif dalam aktiviti permainan. - Latih tubi Faktor Lain -Surau -Saya mencuba medium selain -Terlalu kelas. -Komunikasi yang baik luas menyebabkan murid
- Kesihatan suara
-Penggunaan teknologi maklumat -menarik minat murid kerana di -Laptop tidak detected LCD sreen kelas tiada ssitem LCD. -Pemasangan mengambil masa yang lama
26
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] KESIMPULAN Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pembelajaran murid pada hari itu. Setiap guru hendaklah kreatif menggunakan sumber yang ada di dalam kelas. Selain itu, guru juga haruslah mengambil kira sosio budaya dan ekonomi setempat agar pengajaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Saya perlu mengadakan penambahbaikan dengan merancang masa dengan betul supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar Hal ini juga akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
27
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN] RUJUKAN: 1. Bruce ,R.Joyce (2009), Model Of Teaching. University of California
2. Azizi Yahaya, Asmah Suboh (2005), Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur, PTS
3. Mohd Sharani Ahmad (2003), Tip Pandai Belajar. Kuala Lumpur, PTS Millennia
4. Mohd. Sharani Ahmad (2004), Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar. Kuala Lumpur,PTS Professional
5. Wolfgang Klimesch (1994), The Structure of Long- Term Memory: A Connectivity Model of Semantic Processing. Hillsdale, New Jersey.Lawrence Erlbaum Associates,Inc.
6. Shahabuddin
Hashim,
Dr.
Rohizani
Yaakub,
Mohd.
Zohir
28