Teknik 5M - Pembahagian Sel

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

Meningkatkan Kemahiran dan Penguasaan bagi Topik Cell Divison

dengan Menggunakan Teknik 5M

Mohd Taufik bin A. Malek


Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar
42700 Banting Selangor Darul Ehsan

L 20122009433 (No. Matrik)


03-31202932 (Pejabat/ Faks)
014-8804360 (Bimbit)
[email protected]

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan


penguasaan bagi topik Cell Division dengan menggunakan teknik 5M,
seterusnya mampu meninggikan kebolehupayaan pelajar dalam menjawab
soalan yang kebiasaannya berbentuk analisis bagi topik tersebut. Teknik 5M
ialah (i) meninjau, (ii) membuat kad-kad kecil, (iii) melukis dan melabel, (iv)
menganalisis, dan (v) mengingat & mengulang. Seramai 10 orang pelajar
dari kelas Tingkatan 5 Al-Farabi yang mempamerkan pencapaian sederhana
telah dipilih dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui kaedah
pemerhatian dan soal selidik terhadap pelajar. Hasil tinjauan menunjukkan
hampir semua pelajar tidak dapat menguasai isi kandungan pelajaran topik
Cell Division dengan baik. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk
membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden
sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Dapatan menunjukkan
peningkatan markah sebanyak 50.0% dari 50.0% dalam ujian pra ke 100%
pelajar yang lulus dalam ujian pasca. Konklusi daripada data yang diperoleh,
kajian telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan teknik 5M amat
berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Biologi.

1
1. Latar Belakang/ Refleksi P & P Lepas

Di dalam Sukatan Pelajaran Biologi, topik Cell Division merupakan salah satu tajuk yang
penting kerana terdapat banyak fakta dan gambarajah serta memerlukan kefahaman yang
kukuh dari pelajar. Berdasarkan objektif di dalam Huraian Sukatan Pelajaran pula, pelajar
diminta agar dapat mencurahkan isi kandungan pelajaran ini semula dalam bentuk
penerangan dan berupaya melukis semula gambarajah keadaan kromosom mengikut
peringkat-peringkat pembahagian sel (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005). Tambahan
pula, topik Cell Division di dalam Tingkatan 4 ini seringkali disoal di dalam Kertas 2 Biologi
bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merupakan soalan wajib sekiranya
keluar di dalam Bahagian A (struktur). Namun begitu, kebanyakan pelajar menghadapai
masalah menjawab soalan topik ini.

Walaupun kebiasaannya pelajar tiada kesukaran untuk memahami konten di dalam mata
pelajaran Biologi, tetapi bermasalah dalam menjawab soalan peperiksaan bagi topik Cell
Division. Ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru Tingkatan 4 dan 5
sejak tahun 2011. Daripada analisis data pemarkahan pada Peperiksaan Pertengahan Tahun
2013 baru-baru ini, hampir semua pelajar masih lagi tidak berupaya menjawab semua
soalan dalam tajuk Cell Division dengan betul.

Lazimnya, di dalam peperiksaan, teknik menjawab adalah penting mencapai skor yang
tinggi. Akan tetapi bagi topik Cell Division, pelajar juga perlu tahu lukisan gambarajah
keadaan kromosom peringkat tertentu. Oleh yang demikian, penting supaya pelajar
memahami isi kandungan pelajaran dan berupaya untuk menganalisis, mengingat dan
menghafal gambarajah.

Oleh kerana pelajar saya adalah pelajar tahfiz, maka tiada masalah bagi mereka untuk
menghafal konten, akan tetapi mereka tidak memberi fokus kepada soalan analisis.
Akibatnya jawapan yang dihasilkan tidak mengikut kehendak soalan.

2
2. Penyataan Masalah/ Isu Kajian

Walaupun pelajar di kelas 5 Al-Farabi ini merupakan pelajar yang terpilih, mereka
dikenalpasti agak lemah dari segi penguasaan dalam topik Cell Division. Akibatnya,
mereka selalu gagal dalam mempamerkan bentuk jawapan yang melibatkan gambarajah di
dalam Kertas 2.

Oleh yang demikian, isu keprihatinan kajian ini berkisar kepada masalah utama kajian bagi
topik Cell Division di dalam Kertas 2 dan dapat dibahagikan kepada beberapa aspek fokus
kajian antaranya ialah:

i- pelajar tidak berupaya membina lukisan rajah melibatkan perlakuan


kromosom pada setiap peringkat Cell Division dengan jelas dan tepat;
ii- pelajar keliru dan kurang arif mentafsir maklumat tentang perlakuan
kromosom yang terdapat pada setiap peringkat Cell Division;
iii- pelajar kurang arif dalam jumlah kromosom pada peringkat-peringkat tertentu
Cell Division;
iv- subtopik Cell Division ini kebiasaannya keluar di dalam soalan SPM Kertas
2 Biologi; dan
v- calon Biologi SPM mudah hilang markah di dalam Kertas 2 kerana terdapat
Bahagian B yang sukar untuk diskor iaitu Esei.

Selain itu, tajuk Cell Division yang mempunyai fakta yang padat telah menyebabkan subjek
Biologi lazimnya dianggap sebagai satu subjek yang susah kerana mengandungi banyak
fakta yang perlu diingat dan beserta fakta yang berbentuk gambarajah. Ini mendorang
pengkaji untuk mengkaji permasalahan yang dihadapi pelajar dan seterusnya mencari jalan
untuk menyelesaikannya, selain dapat mengembangkan lagi profesion keguruan pengkaji
dalam mempelbagaikan lagi teknik mengajar yang berkesan.

Akhir sekali, daripada isu kajian ini, pengkaji berharap dapat membantu pelajar agar lulus
dengan cemerlang di dalam SPM.

3
3. Objektif Kajian

3.1 Objektif umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam mengenalpasti dan
menganalisis peringkat-peringkat kromosom di dalam Cell Division melalui teknik
5M dan seterusnya meningkatkan gred purata sekolah di dalam peperiksaan SPM.

3.2 Objektif khusus

3.2.1 Untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenalpasti isi penting


konten dan membuat nota sendiri dalam bentuk kad kecil melibatkan fakta
dan gambarajah.
3.2.2 Untuk menambahbaik kaedah pengajaran guru ke arah yang lebih
terancang dan berkesan.
3.2.3 Untuk meningkatkan keyakinan pelajar bahawa subjek Biologi adalah
mudah dan dapat menyumbang A di dalam SPM.

4. Soalan Kajian

i- Adakah teknik 5M mampu meningkatkan kemahiran pelajar menguasai isi


kandungan bagi topik Cell Division?
ii- Bagaimanakah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai dan
seterusnya memperbanyakkan kaedah pengajaran yang lebih terancang
dan berkesan bagi guru?
iii- Bagaimanakah untuk meyakinkan pelajar bahawa subjek Biologi adalah
mudah dan dapat menyumbang A di dalam SPM?

5. Kumpulan Sasaran

Melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 5 Al-Farabi 2013 yang secara umumnya


mempamerkan pencapaian yang sederhana. Mereka ini terdiri daripada 5 orang pelajar
lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Semua mereka merupakan pelajar tahfiz
berbangsa Melayu-Islam yang belajar di Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi
Istana Bandar, Jugra.

4
6. Kepentingan Kajian

6.1 Pelajar
Pelajar dapat menguasai cara untuk memahami konten dan mengenalpasti kata
kunci, menghafal fakta dalam bentuk ayat dan gambarajah seterusnya dapat
menjawab soalan Kertas 2 Biologi SPM dengan mudah.

6.2 Guru
Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan mengenalpasti kaedah
yang sesuai bagi topik Cell Division dan seterusnya bab yang lain di dalam
Biologi. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti pelajar yang lemah dalam topik
tertentu dan mencari kaedah yang sesuai untuk membolehkan pelajar
memahami konten, menghafal dan seterusnya menjawab soalan bagi topik ini
dalam Kertas 2 Biologi.

6.3 Sekolah
Pihak sekolah dapat menaikkan GPS dalam SPM.

7. Tinjauan Literatur

Dalam kajian Razunari (n.d), yang bertajuk Mengaplikasikan teknik 5M untuk


meningkatkan penguasaan topik Cell Division dalam Biologi, beliau telah
membuktikan bahawa teknik 5M mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam topik
tersebut. Maka dengan itu, dalam kajian ini, teknik tersebut telah digunapakai dengan
mengubah beberapa langkah dalam teknik tersebut. Teknik 5M dalam kajian beliau
ialah (i) membuat tinjauan, (ii) melukis dan melabel, (iii) membina hubungkait, (iv)
membuat kad-kad kecil, dan (v) mengingat. Manakala teknik 5M dalam kajian ini, pula
ialah (i) meninjau, (ii) membuat kad-kad kecil, (iii) melukis dan melabel, (iv)
menganalisis, dan (v) mengingat dan mengulang. Ini adalah kerana kajian telah
disesuaikan dengan keadaan responden dan tempat kajian dilaksanakan.

Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik
seperti model Kemmis & McTaggart (1998), Ebbut, McNiff, Somekh, Cochran-Smith &
Lyte, dan Kember & Glow. Othman Lebar (2011), menyimpulkan bahawa walaupun
terdapat pelbagai bentuk kajian yang berbeza, setiap bentuk kajian mempunyai ciri am
yang sama yang dilakukan dalam bentuk gelung yang merangkumi aktiviti (i) mengenal

5
pasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii) melaksanakan tindakan, (iv) melakukan
refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula kajian berkenaan
akan berulang sehingga mantap dan dapat mencari jalan menyelesaikannya.

Oleh yang demikian, Model Kemmis dan McTaggart (1998) dipilih dalam kajian ini.
Rasional model ini dipilih kerana kekuatannya yang tersendiri iaitu paling ringkas dan
mudah difahami sebagaimana yang dipersetujui oleh Zahratul Laili Abdul Rahim dan
Ramlee Mustafa (2011) di dalam kajian ke atas pelajar Sekolah Teknik dengan
menggunakan model yang sama. Selain itu, model ini juga merupakan satu bentuk
inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif bagi meningkatkan kerasionalan di
samping meningkatkan amalan-amalan dalam pendidikan (Zailah Zainuddin, 2005).

Refleksi adalah sangat penting. Refleksi adalah dilakukan bertujuan seperti (i)
memahami kewujudan sesuatu masalah atau kesukaran, (ii) memahami mengapa
masalah tersebut wujud, (iii) memahami bentuk masalah yang timbul, (iv) memahami
tahap keseriusan masalah yang membelengu P&P tersebut, dan (v) memahami
pelaku yang terlibat secara lagsung atau tidak langsung dalam permasalahan itu
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2008).

Di dalam topik Cell Division ini, terdapat banyak fakta dalam bentuk perkataan dan
juga gambarajah. Fakta gambarajah yang banyak dapat diingat dengan cara melukis
sendiri dan melakukan proses pengulangan. Hal ini bertepatan dengan konsep Teori
Behaviorisme yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan seterusnya dikembangkan
oleh Thorndike dan Skinner, yang berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan
dengan tingkah laku.

Perbuatan melukis perlakuan kromosom di dalam peringkat-peringkat Cell Division


secara sendiri tanpa bantuan orang lain akan membolehkan pelajar tersebut
mengingati fakta gambarajah dalam topik yang dikaji. Seterusnya, kaedah mengulang
lukisan perlakuan kromosom di kad-kad kecil secara berterusan boleh meneguhkan
lagi ingatan pelajar selaras dengan konsep Teori Peneguhan Skinner. Proses
mengulang tidak menjadi sesuatu yang berat bagi kumpulan pelajar yang hendak
dikaji. Hal ini kerana di dalam sistem Sukatan Matapelajaran Tahfiz itu sendiri terdapat
sistem mengulang dalam melancarkan bacaan ayat hafazan pelajar tahfiz. Tambahan,
kaedah mengulang adalah praktikal dalam proses mengingat sesuatu fakta.

6
8. Model

Model yang dipilih ialah mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1998). Menurut
model ini, kajian tindakan bergerak satu kitaran atau gelung yang melibatkan empat
peringkat iaitu:
peringkat I : mereflek
peringkat II : merancang
peringkat III : bertindak
peringkat IV : memerhati

Langkah-langkah tersebut adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1998)

7
Kementerian Pendidikan Malaysia (2008) merumuskan model kajian tindakan seperti
dalam Rajah 1 dapat diringkaskan dan dijalankan berpandukan proses (i) guru
menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak
ditangani, (ii) guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi
masalah yang dihadapinya, (iii) guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan
dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

9. Metodologi Kajian dan Analisis

Teknik, dapatan, dan analisis kajian yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah 2.

Soal Tindakan Ujian


Pemerhatian Ujian Pra Refleksi
Selidik (Teknik 5M) Pasca

Rajah 2: Aliran prosedur kajian

9.1 Pemerhatian
Guru menyoal pelajar dengan meminta pelajar melukiskan gambarajah
kromosom di dalam peringkat-peringkat Cell Division tanpa merujuk buku.
Analisisnya di sini ialah dapat diperhatikan bahawa terdapat ramai pelajar yang
tidak berkebolehan untuk melukis perlakuan kromosom dengan tepat apabila
disuruh melakukannya di hadapan kelas. Kajian diteruskan dengan membuat
soal selidik terhadap pelajar.

9.2 Soal selidik


Guru seterusnya mengedarkan soalan soal selidik berkenaan kefahaman,
kemahiran dan penguasaan pelajar. Responden dikehendaki menjawab 10
soalan selama 10 minit untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan. Skala
Likert 4 mata digunakan seperti di dalam Jadual 1 di bawah. Analisis item soal
selidik yang dijawab oleh pelajar adalah seperti di dalam Jadual 2 di bawah.

8
Jadual 1: Aspek dan skor skala Likert 4 mata
Aspek Skor
Amat Tidak Setuju (ATS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Setuju (S) 3
Amat setuju (AS) 4

Jadual 2: Item soal selidik

Nama penuh: Kelas:


Skala
No Soalan
1 2 3 4
1 Saya dapat melukis struktur kromosom III III IIII
dengan tepat 30% 30% 40%
2 Pembelajaran topik Cell Division sukar II IIII III
difahami 20% 80%
3 Saya tidak menghadapi masalah untuk I IIII III I
menjawab dalam topik Cell Division 10% 80% 10%
4 Saya dapat melukis rajah perlakuan IIII I IIII
kromosom dengan lengkap dan jelas 60% 40%
5 Saya sukar membuat tafsiran berkenaan I III IIII I
rajah dalam peringkat mitosis dan 10% 30% 60%
meiosis
6 Saya dapat menyusun rajah mitosis dan II IIII III
meiosis dengan tepat 20% 80%
7 Saya berasa yakin setiap kali menjawab IIII III II
soalan Cell Division 80% 20%
8 Saya seringkali terkeliru anatara rajah IIII IIII I
pembahagian sel 90% 10%
9 Saya rasa soalan Cell Division sangat II IIII III
susah bagi saya 20% 50% 30%
10 Tajuk Cell Division ini memberi tekanan IIII IIII I
kepada saya sehingga saya menganggap 40% 50% 10%
Biologi adalah susah

9
Dapatan menunjukkan bahawa terdapat 80% pelajar menyatakan bahawa
mereka menghadapi masalah dalam menjawab soalan dalam topik Cell Division
dan topik ini sukar untuk difahami, walaupun hampir kesemua mereka mampu
untuk melukis perlakuan kromosom dengan tepat. Selain itu, dapatan juga
menunjukkan bahawa dapat 80% daripada mereka tidak mampu menyusun rajah
mitosis dan meiosis dengan tepat. Apa yang lagi membimbangkan ialah 90%
daripada mereka seringkali terkeliru anatara rajah pembahagian sel.

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kesemua respondan


bersetuju bahawa topik Cell Division adalah topik yang sukar difahami dan
pelajar tidak dapat menguasainya. Tindakan segera perlu dilakukan sebelum
peperiksaan SPM tiba tidak lama lagi.

9.3 Ujian pra


Ujian pra dilakukan sebelum pelajar-pelajar menghasilkan kad-kad kecil. Ini
adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan langkah-langkah dalam teknik
5M. Analisis keputusan ujian pra ditunjukkan seperti Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Analisis keputusan ujian pra


Bil Nama pelajar Markah (%)
1 Alif 56
2 Amirah 50
3 Ellisa 44
4 Fatin 44
5 Hajar 56
6 Megat 44
7 Nurnaim 44
8 Saiful 44
9 Syaza 56
10 Zharif 61

10
Jadual analisis di atas menunjukkan bahawa 5 orang pelajar mendapat markah
44%, seorang sahaja mendapat markah 50%, 2 orang mendapat markah 56%,
dan seorang sahaja memperoleh markah yang paling tinggi iaitu 61%. Secara
keseluruhan, jumlah lulus pelajar 5 orang sahaja iaitu 50%. Ini menunjukkan
bahawa pelajar masih belum menguasai sepenuhnya topik Cell Division. Rajah
3 menunjukkan graf prestasi keputusan pelajar selepas ujian pra dijalankan.

Graf markah keputusan ujian pra melawan senarai pelajar


65
60
55
50
Markah
45
lulus
40 minimum

35 Ujian pra

30
25
20

Rajah 3: Graf analisis keputusan ujian pra

9.4 Tindakan (Teknik 5M)


Tindakan seterusnya selepas ujian pra ialah pelaksanaan teknik 5M. Di bawah
adalah langkah-langkah dalam teknik 5M.

Mengingat
Membuat Melukis dan
Meninjau Menganalisis dan
Kad-kad Kecil Melabel
Mengulang

Rajah 4: Teknik 5M mengikut urutan

11
9.4.1 Langkah 1: Meninjau
Pelajar ditunjukkan dengan video animasi peringkat-peringkat Cell
Division. Pelajar diminta membuat pemerhatian dengan dengan teliti
tentang struktur yang berlabel pada (i) warna kromosom, (ii) bilangan
kromosom, dan (iii) susunan kromosom yang terdapat pada video
tersebut. Guru juga meminta pelajar untuk membuat catatan peribadi di
sepanjang video ditayangkan.

9.4.2 Langkah 2: Membuat kad-kad kecil


Guru mengedarkan kad manila yang telah dipotong bersaiz A6 kepada
pelajar. Seterusnya, pelajar dikendaki untuk melengkapkan butiran diri di
hadapan kad kecil dan dinomborkan mengikut susuan. Kad dibahagikan
kepada dua bahagian dalam Cell Division iaitu mitosis dan meiosis.

9.4.3 Langkah 3: Melukis dan melabel


Guru kemudiannya menayangkan rajah-rajah pegun Cell Division seperti
di dalam video animasi yang ditayangkan sebentar tadi. Pelajar diminta
untuk melukis rajah yang ditunjukkan di hadapan. Akan tetapi, label-label
penting seperti (i) nama kromosom, (ii) peringkat pembahagian, dan (iii)
organel-organel penting telah dihilangkan. Melalui kaedah sumbangsaran,
pelajar diminta untuk mengisi ruang kosong label dan mengisi ruangan
kosong di bawah kad dengan penerangan perlakuan kromosom. Ketika
ini, catatan peribadi yang dilakukan oleh pelajar adalah penting.

9.4.4 Langkah 4: Menganalisis


Langkah yang seterusnya ialah pelajar dikehendaki membuat hubungkait
dan menganalisis rajah-rajah yang mereka lukis di atas kad-kad kecil.
Pemerhatian yang teliti perlu diberikan terhadap rajah untuk mendapatkan
maklumat yang dapat membantu mereka menjawab soalan kelak. Untuk
mengenalpasti kehendak dan menjawab soalan, pelajar perlu mahir
dengan sesuatu rajah serta dapat menjana idea-idea yang berkaitan
dengan rajah tersebut.

12
9.4.5 Langkah 5: Mengingat dan mengulang
Proses mengingat melibatkan penyusunan konsep dan fakta ke dalam
satu sistem yang teratur dan mudah supaya pelajar dapat memanggil
semula maklumat dengan mudah, tepat dan cepat. Rajah yang dibina tadi
diteliti berulang kali dan disediakan dalam bentuk mudah bawa serta
mudah guna iaitu rajah yang dibina pada kad-kad kecil dengan
menggunakan warna yang pelbagai untuk merangsang minda dan minat.
Proses mengulang sebanyak 3 kali pula dilakukan bersama dengan
pelajar ketika kelas tambahan.

9.5 Ujian pasca


Ujian pasca pula dijalankan selepas teknik 5M dilakukan. Soalan-soalan di dalam
ujian pos hanya mengambil soalan topik Cell Division yang terdapat dalam
Peperiksaan Percubaan SPM. Pelajar yang mempraktikkan kaedah ini,
terutamanya dalam dua langkah terakhir iaitu langkah kelima menganalisis dan
keenam mengingat dan mengulang kebiasaannya mampu untuk menjawab
soalan di dalam ujian pasca dengan lebih baik. Jadual 4 di bawah mempamerkan
analisis perbezaan bagi ujian pra dan pasca yang dikira berdasarkan peratusan

Jadual 4: Analisis perbezaan keputusan ujian pra dan pasca


Markah (%)
Bil Nama pelajar Perbezaan (%)
Ujian pra Ujian pasca
1 Alif 56 67 +11
2 Amirah 50 58 +8
3 Ellisa 44 75 +31
4 Fatin 44 83 +39
5 Hajar 56 75 +19
6 Megat 44 83 +39
7 Nurnaim 44 67 +23
8 Saiful 44 75 +31
9 Syaza 56 67 +11
10 Zharif 61 92 +31

13
Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan di dalam ujian pasca selepas
penggunaan teknik 5M. Terdapat seorang pelajar sahaja yang mendapat markah
lulus paling rendah iaitu 58%, 3 orang pelajar yang masing-masing mendapat
markah 67% dan 75%, 2 orang pelajar mendapat markah 83%, dan seorang
sahaja mendapat markah paling tinggi iaitu 92%. Ini menunjukkan kesemua
pelajar iaitu 100% pelajar mendapat markah lulus dalam ujian pasca selepas
pelaksanaan teknik 5M. Perbezaan markah dalam ujian pra dan pasca dapat
dirumuskan seperti di dalam Rajah 5.

Graf markah ujian pra dan pos melawan senarai pelajar


100
90
80
PRA
70
Markah pelajar

60 PASCA

50
40
45

30
20
10
0

Senarai pelajar

Rajah 5: Graf analisis peningkatan dan perbezaan ujian pra dan pasca

9.6 Refleksi
Sebelum pengakhiran kaedah, ulangkaji dilakukan sebelum ujian pasca
dijalankan. Pemerhatian mendapati ramai pelajar berjaya memberi respond
dengan cepat apabila ditanya berkenaan dengan topik Cell Division. Setelah
dilakukan pengulangan sebanyak 3 kali, pencapaian pelajar di dalam ujian pasca
menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan. Ini menunjukkan petanda
positif dalam teknik 5M. Maka dengan itu, gelung pertama dalam model kajian
tindakan ini dapat ditamatkan dengan jayanya.

14
10. Jadual Pelaksanaan
Jadual 3: Jadual pelaksanaan kajian
Perkara Tarikh
Merancang kertas kerja 08 Jun 2013
Analisis data tinjaun awal 17 Jun 2013
i- Menganalisis data soal selidik
ii- Membuat laporan dapatan
analisis soal selidik dalam
bentuk Jadual
Menghasilkan soalan ujian pra 24 Jun 2013
Menganalisis data ujian & menghasilkan 27 Jun 2013
data dalam bentuk Jadual
Menyusun aktiviti (tindakan) 29 Jun 2013
i- Memperkenalkan teknik 5M
ii- Mereka bentuk kad-kad kecil
bersama pelajar
Melakukan langkah kelima (mengingat 6 Julai 2013
dan mengulang) bersama pelajar
Menghasilkan soalan ujian pasca 25 Ogos 2013
Menganalisis data ujian & menghasilkan 27 September 2013
data dalam bentuk jadual
Refleksi 29 September 2013
Menghasilkan laporan 1 Oktober 2013

11. Kos Kajian


Kos perbelanjaan sepanjang kajian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.

Jadual 4: Kos perbelanjaan kajian


Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos
Kertas A4 1 X RM 11.00 RM 11.00
Kad Manila 10 X RM 2.00 RM 20.00
Printer catridge 1 X RM 30.00 RM 30.00
Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00
Buku catatan guru 1 X RM 5.00 RM 5.00
JUMLAH RM 96.00

15
12. Cadangan

Kaedah ini perlu diteruskan kerana ia dapat membantu pelajar dalam


membandingbeza antara mitosis dan meiosis dan seterusnya menjawab soalan
berbentuk analisis. Ianya dapat mengatasi kelemahan mereka, sedikit sebanyak dapat
menambahbaik lagi keputusan mereka. Diharapkan kajian ini dapat dimurnikan atau
ditambah baik oleh pengkaji yang lain dimasa akan datang, mungkin dengan cara
mengkaji bagaimanakah menarik minat pelajar dalam membuat kad-kad kecil atau
menjadikan proses mengingat dan mengulang menjadi lebih mudah. Adalah juga
dicadangkan teknik 5M dalam kajian akan datang boleh dilakukan bagi topik-topik yang
memerlukan penerangan proses seperti (i) ekosistem terancam (aras BOD), (ii) variasi,
dan (iii) perwarisan.

13. Kesimpulan

Secara total, kajian tindakan memang berkeupayaan menyelesaikan atau sedikit


sebanyak memperbaiki P&P. Hasil kajian ini mendapati bahawa teknik 5M ini mampu
memberikan kefahaman dan penguasaan kepada pelajar. Pelajar yang sebelum ini
memberikan tanggapan bahawa topik ini sukar, mereka telah berjaya menunjukkan
kesan positif dan memberikan respond yang memberangsangkan.

16
Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Huraian sukatan pelajaran Biologi Tingkatan 4.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan. (Edisi ke-3).
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1998). Action research planner, 3rd ed. Victoria: Deakin
Univeristy Press.

Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Razunari Rodzali. (n.d). Mengaplikasikan teknik 5M untuk meningkatkan penguasaan topik


`Cell Division` dalam Biologi. Dicapai pada Jun 6, 2013, daripada
http://norkhatimah.smkbt.com/pluginfile.php/170/mod_page/content/1/KT_BIOLOGI.p
df

Zahratul Laili Abdul Rahim & Ramlee Mustapha. (2011). Problem-based learning in
Malaysian Technical School. International Journal for Educational Studies, 4(1): 42-
54.

Zailah Zainuddin. (2005). Kemantapan interaksi verbal dalam pengajaran Fizik melalui
pengajaran reflektif: satu kajian tindakan kolaboratif. Tesis Ijazah Doktor Falsafah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

17
Lampiran 1

Borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar

18
Lampiran 2

Borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar

19
Lampiran 3

Soalan ujian pra

20
Lampiran 4

Soalan ujian pra

21
Lampiran 5

Kad-kad kecil

22
Lampiran 6

Kad-kad kecil

23
Lampiran 7
Ujian pasca

24
Lampiran 8
Ujian pasca

25

You might also like