Memo
Memo
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Kepada : Pengarah Daripada : Setiausaha Bina Insan Guru Pismp 5C Tarikh : 12 Februari 2014 Perkara : Memohon Sijil dan Cenderamata IPG KBM Untuk Program Bina Insan Guru Salinan kepada : Ketua Unit Kokurikulum
Tuan, Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum akan mengadakan Program Bina Insan Guru fasa 5 yang melibatkan semua Pismp semester 5c seperti ketetapan berikut: Tarikh: 13 Februari 2014 Tempat: Sekolah Kebangsaan Tapak, Kuala Pilah, Negeri Sembilan 3. Sehubungan itu, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mendapatkan tiga cenderamata IPG Kampus Bahasa Melayu dan 21 sijil untuk disampaikan kepada wakil sekolah dan peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini.
4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BAHASA JIWA BANGSA Saya yang menurut perintah,
(SOFIANAH BINTI TJINKE) Setiausaha, Bina Insan Guru Pismp 5C, IPG Kampus Bahasa Melayu, 59990 Kuala Lumpur.