Teks Ucapan Pengacara Majlis Reunion

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Teks Ucapan Pengacara Majlis Reunion

Time Event/Activities

0600- Welcome Reception


0630PM
Emcee: Before starting the program, let us enjoy the welcome reception.
There are delicious refreshments and beverages waiting for you at the back
of the room. Please feel free to mingle and chat with your colleagues and
friends.

0630-0645  Opening Remarks


PM
Emcee: Thank you for joining us for this special occasion. It is a bittersweet
moment for all of us as we say goodbye to our dear friend and colleague
[Name]. But as we all know, this is not the end but a new beginning for
them. So let’s all raise our glasses to celebrate their accomplishments, wish
them good luck, and express our gratitude for all they’ve done here.

0730- Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, mempersilakan saudara Hanif
0740PM Bin Mohammad bagi memimpin kita dalam bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

0740- Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Hanif Bin Mohammad atas
0800PM bacaan doa yang telah disampaikan sebentar tadi.

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Illahi , kerana dengan limpah dan


kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis
Reunion Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Awal bismillah menepek inai,

Inai ditepek terasa nyaman,

Mari berdoa beramai-ramai,

Supaya majlis di dalam aman.

0800PM- Sebagai pembuka persada ucapan, pihak majlis dengan hormat dan
0815PM sukacitanya mempersilakan Encik Sulaiman Bin Johari selaku Penyelaras
Program Majlis Reunion Fakulti Bahasa dan Komunikasi ini untuk
memberikan ucapan alu-aluannya.

|
|
|

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Encik


Sulaiman Bin Johari sebentar tadi.
0815- Seterusnya majlis menjemput Puan Alianaura Binti Ahmad selaku penolong
0840PM penyelaras program ini

Majlis mempersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Alianaura Binti Ahmad yang
merupakan penolong penyelaras program Majlis Reunion Fakulti Bahasa
dan Komunikasi

Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa untuk Encik Sulaiman Bin
Johari naik ke atas pentas dan diiringi oleh Puan Alianaura Binti Ahmad dan
Cik Noor Atiqah Binti Kuzairi iaitu setiausaha majlis ini untuk melakukan
upacara perasamian Majlis Reunion Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Sulaiman Bin


Johari, Puan Alianaura Binti Ahmad dan Cik Noor Atiqah Binti Kuzairi bagi
menjayakan upacara perasamian. Oleh itu Bagi pihak majlis, di sini ada
sedikit cenderahati daripada wakil-wakil yang terlibat dalam menjayakan
majlis ini kepada Encik Sulaiman Bin Johari sebagai tanda ingatan daripada
kami.

0840- Hadirin dan hadirat sekalian,


0920PM
Sebelum kita menjamu selera, dijemput sekali lagi Encik Hanif Bin
Mohammad untuk memimpin bacaan doa makan. Dipersilakan.

Hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Selamat


Menjamu Selera.

0920- Sambil menikmati juadah, majlis kita akan diserikan dengan persembahan
0930PM oleh Cik Nur Asya binti Mader Bersama pasangan duetnya Cik Maline anak
Paul yang dijemput khas untuk menghiburkan kita semua dengan nyanyian
mereka yang berjudul “You Are The Reason”. Majlis mempersilakan.
0930- Seterusnya, majlis ada menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada tetamu
1000PM yang hadir pada hari ini. Hadiah telah ditaja oleh wakil-wakil majlis dan
sedikit sumbangan daripada Encik Sulaiman Bin Johari dan Puan Alianaura
Binti Ahmad

Bagi cabutan bertuah yang pertama, majlis menjemput

Encik Sulaiman Bin Johari

Terima kasih diucapkan kepada

 Encik Sulaiman Bin Johari bagi penyampaian cabutan bertuah itu tadi

Cabutan bertuah diteruskan dengan menjemput Puan Alianaura Binti Ahmad

Terima kasih diucapkan kepada Puan Alianaura Binti Ahmad bagi


penyampaian cabutan bertuah itu tadi.

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada band jemputan

1000- Majlis diteruskan semula dengan cabutan bertuah yang berikutnya. Dijemput
1010PM Cik Noor Atiqah Binti Kuzairi bagi menyampaikan hadiah kepada
pemenang yang bertuah..

Teriama kasih diucapkan kepada Cik Noor Atiqah Binti Kuzairi atas
penyampaian hadiah cabutan bertuah itu tadi..

1010- Sebagai tanda kenang-kenang pada malam Majlis Reunion Fakulti Bahasa
1040PM dan Komunikasi ini, diminta para hadirin dan hadirat sekalian naik ke pentas
bagi sesi fotografi.

Majlis mempersialakan.
1040- Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah Majlis Reunion
1100PM Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang julung kali ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih semua yang hadir atas kesudian
untuk bersama-sama menjayakan majlis pertemuan semula ini.

Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan,

Terima kasih daun keladi,

Diri kami ini dilupa jangan.

Hari ini bertanam jagung,

Hari esok bertanam serai,

Hari ini kita berkampong,

Hari esok kita bercerai.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam  


pengendalian majlis pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa dan
wakil, dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya
yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari
kami. Sekian, terima kasih.

Majlis Bersurai

You might also like