Kaunseling
Kaunseling
Kaunseling
1 Teori Kaunseling Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan daripada tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sesuatu kejadian atau sesuatu fenomena. Kepada seseorang kaunselor, kepentingan teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi memudahkan proses menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain teori dapat memberi maksud, keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang kaunselor. 2.1.1 Teori Behavioris Terdapat dua komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori kaunseling Behavioris. Komponen yang pertama ialah Pelaziman Klasik yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov (1849-1936). Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Pavlov mengasaskan kajiannya pada 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau. Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisma boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.
Komponen yang kedua pula dikenali sebagai Pelaziman Operan yang telah diasaskan oleh B.F.Skinner (1953). Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama: a) PENEGUHAN (reinforcement) yang terbahagi kepada i. Peneguhan Positif (Positive Reinforcement) Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif.
Contoh: Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan. Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu. Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan?
Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian).
ii.
Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement). Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh
menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.
Contoh: Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan elektrik. Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-pekik.
DENDA (Punishment). Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan.
2.1.2 Teori Kaunseling Pemusatan Perorangan Rogers menegaskan bahawa manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari alternatif, boleh memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan dan menghasilkan sesuatu, (Corey, 2000). Apabila kunselor dapat benar-benar menghubungi dan menyelami secara mendalam kehidupan klien yang sebenar, mengambil berat, memberi perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara. Rogers melahirkan rasa simpati terhadap pendekatan yang berasaskan andaian bahawa manusia adalah individu yang tidak boleh dipercayai dan sebaliknya perlu dipaksa, digalakkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal dan diurus oleh orang lain yang lebih berkuasa, lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang tertentu. Dia menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana menggalakkan pembinaan diri seseorang yang membolehkan mereka bergerak maju dan menjadi apa yang sebenarnya mereka mampu atau boleh lakukan. Tiga sifat itu ialah:
1. Kongruen (keikhlasan dan ketulinan) 2. Penerimaan tanpa syarat 3. Kefahaman yang mendalam dan empati yang jitu (kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain)
Mengikut pandangan Rogers jika semua sifat ini dapat digunakan oleh pembantu (ahli terapi) pihak yang dibantu akan menjadi lebih berdikari dan akan lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupannya dan mereka boleh bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina. Perkara asas ini membawa ke arah pencapaian dan kejayaan serta membayangkan bahawa manusia akan sentiasa bertindak ke arah yang lebih sihat. Jika manusia dapat melihat jalan
atau cara yang terbuka untuk menuju ke arah yang positif, mereka akan berpeluang untuk melakukannya.
Terapi Rasional Emotif yang dipelopori oleh Albert Ellis (Rational Emotive Behavior Therapy-REBT). Terapi Rasional Emotif ialah satu terapi yg berbentuk didaktik, kognitif dan berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah peribadi. Manusia cenderung untuk dipengaruhi oleh pemikiran yg salah (faulty). Hal ini menyebabkan gangguan emosi dan tingkah laku. Pemikiran sangat menentukan perasaan dan tindakan kita. Terapi
berorientasikan pemikiran dan tingkah laku menekankan peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan kembali membuat keputusan.
Terapi Rasional Emotif ialah satu model psiko-pendidikan yang menekankan terapi sebagai satu proses pembelajaran, mendapatkan dan berlatih menggunakan kemahiran-kemahiran baru, mempelajari cara-cara baru untuk berfikir dan
mendapatkan cara-cara yg lebih efektif untuk mengatasi masalah.Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca daripada zaman kanak-kanak lagi. Akan tetapi, masalah-masalah ini berulang kerana pengaruh-pengaruh semasa. Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan. Dialog dalaman mempengaruhi tingkah laku seseorang. Klien menerokai tanggapan-tanggapan dan konsep-konsep salah dan mengubahnya dengan pemikiran yang efektif. Matlamat terapi untuk mencabar klien supaya melihat pemikiran salah dengan bukti- bukti yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri. Selain itu, matlamat terapi juga untuk membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yang rigid serta untuk menyedarkan tentang pemikiran automatik dan mengubahnya. Hubungan teraputik dalam REBT, ahli terapi berfungsi sebagai guru dan klien sebagai pelajar. Ahli terapi sangat direktif dan mengajar klien model A-B-C untuk mengubah pemikiran. Menggunakan dialog Socratic, ahli terapi membantu klien mengenalpasti pemikiran tidak berfungsi (dysfunctional) dan mencari panduan alternatif dalam hidup. Ahli terapi menggalakkan pengalaman-pengalaman corrective yg membawa kepada kemahiran-kemahiran baru. Klien mendapat insight
tentang masalahnya dan perlu aktif dalam mengubah pemikiran dan tingkah laku yang menjatuhkan diri sendiri (selfdefeating).
Ahli terapi menggunakan pelbagai teknik kognitif, emotif dan tingkah laku. Pelbagai kaedah diubah-suai supaya sesuai dengan keperluan khusus individu. Terapi ini bersifat aktif, direktif, menggunakan tempoh masa tertentu, menekankan masa kini, dan berstruktur. Antara teknik-tekniknya termasuk dialog Socratic, mendebat pemikiran-pemikiran tak rasional, membuat kerja rumah, mengumpul data tentang tanggapan-tanggapan yang telah dibuat, merekod aktiviti-aktiviti, membuat
interpretasi alternatif, mempelajari kemahiran daya tindak baru, mengubah corak bahasa dan pemikiran, role playing, membayang (imagery), dan mencabar pemikiran salah.
Aplikasi rawatan bagi terapi ini adalah untuk klien yang mengalami kemurungan, kegelisahan, masalah rumahtangga, pengurusan tekanan, latihan kemahiran, penyalahgunaan dadah, latihan assertion, kecelaruan pemakanan, serangan panik, performance anxiety dan fobia sosial. Pendekatan ini sangat berguna dalam mengubah pemikiran individu. Banyak kumpulan self-help menggunakan prinsipprinsip model ini. Di antara kekurangan terapi ini ialah tidak menitik-beratkan emosi, tidak memfokus pada penerokaan the unconscious atau konflik-konflik dalaman (underlying), dan tidak cukup memberi perhatian pada sejarah silam klien. REBT adalah merupakan satu terapi yang berbentuk konfrontasional, mungkin
2.2.1 Masalah 1
Masalah pertama dalam pembelajaran yang dapat kami kesan semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal yang pertamanya adalah masalah fobia ke sekolah. Ianya berlaku kepada seorang murid tahun 1 Ibnu Umar di sekolah ini. Setiap kali dihantar oleh ibunya ke sekolah, dia akan menangis dan meraung apabila tiba di sekolah di dalam kelasnya. Boleh dikatakan hampir setiap hari perkara ini berlaku dan mengganggu proses tasmi Al-Quran pada waktu pertama persekolahan di sekolah tersebut bagi kelasnya.
Beberapa andaian telah kami buat kenapa perkara seperti ini berlaku kepada murid tersebut. Antara andaian atau ramalan kami ialah berkemungkinan murid berkenaan tidak berasa selamat oleh kerana ditinggalkan oleh keluarga terutamanya ibu kerana murid berkenaan adalah murid yang baru melangkah ke alam persekolahan dan sebelum ini tidak pernah berenggang dengan keluarga atau ibu secara khusunya walaupun dalam masa yang singkat. Berkemungkinan juga murid tersebut takutkan kepada seseorang individu di sekolah tersebut sebagai contoh takut kepada guru yang mengajarnya yang bersifat agak tegas dan pemarah semasa mengajar kelas berkenaan. Andaian kami yang terakhir bagi masalah murid ini adalah mungkin juga murid ini merasakan bahawa alam persekolahan merupakan alam yang
membosankan serta tidak menyeronokkan kerana terpaksa melakukan kerja-kerja rumah yang diberikan dan lain-lain setelah melihat abang-abang atau kakakkakaknya terpaksa melakukan kerja-kerja sekolah tersebut di rumah.
Penyelesaian
Penyelesaian bagi mengatasi masalah ini adalah kami menggunakan dan mengaplikasikan Teori Behavioris. Dengan mengambil contoh Teori Pelaziman Operan oleh Skinner, masalah ini dapat diatasi dengan semua guru tahun 1 memainkan peranan masing-masing dengan memberikan peneguhan positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid yang mengalami masalah seperti ini merasakan dirinya selamat dan proses pembelajaran merupakan sesuatu
yang menyeronokkan dan bukan membosankan. Oleh kerana masalah ini kerap berlaku dan sering berlaku kepada murid-murid tahun 1 yang baru melangkah ke alam persekolahan, jadi, amat wajarlah guru-guru tahun 1 menggunakan peneguhan positif ini kepada murid-murid tahun 1. Walaupun banyak kelemahan dan kekurangan jika guru selalu menggunakan peneguhan positif ini, tetapi bagi muridmurid tahun 1 wajar digunakan supaya masalah fobia untuk datang ke sekolah tidak berlaku dan memberikan persepsi yang baik dan positif kepada murid-murid tentang alam persekolahan dan pembelajaran.
2.2.2 Masalah 2
Masalah kedua yang dapat dikenal pasti yang berlaku kepada seorang murid di sekolah tersebut adalah masalah kegelisahan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris. Perkara ini berlaku kepada seorang murid tahun 4 Ibnu Zubair di sekolah berkenaan. Murid ini merupakan seorang murid lelaki. Kami tidak dapat melihat statistik ataupun rekod markah bagi subjek Bahasa Inggeris murid tersebut oleh kerana peperiksaan bagi tahun ini belum dijalankan lagi dan faktor pencapaian murid berkenaan tidak boleh menjadi satu faktor yang kukuh kerana umumnya hampir keseluruhan murid di dalam kelas berkenaan mendapat markah yang sederhana pencapaiannya mengikut guru Bahasa Inggeris kelas berkenaan.
Masalah kegelisahan tersebut secara terperincinya adalah murid berkenaan kelihatan tidak selesa dan ekspresi wajah murid berkenaan seolah-olah takut atau gelisah melihat sesuatu. Murid berkenaan juga tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajaran dan pengajaran bagi matapelajaran Bahasa Inggeris berlangsung dan banyak pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh murid yang jelas menunjukkan murid berkenaan berada dalam kegelisahan dan tidak selesa.
Secara jelasnya, kami melihat faktor yang paling utama menyebabkan murid berkenaan berasa gelisah setiap kali proses pengajaran dan pembelajaranbagi
matapelajaran Bahasa Inggeris berlaku adalah disebabkan murid berkenaan takut kepada perwatakan yang dibawa oleh guru Bahasa Inggeris tersebut. Perwatakan yang agak garang dan tegas yang dibawa oleh guru berkenaan sedikit sebanyak mengganggu emosi murid berkenaan. Faktor yang menyokong murid berkenaan berasa gelisah pula adalah kemungkinan murid tersebut tidak menyukai atau tidak seronok mempelajari matapelajaran Bahasa Inggeris ini disebabkan persepsi yang telah disetkan oleh murid berkenaan bahawa matapelajaran Bahasa Inggeris ini membosankan serta susah untuk difahami.
Penyelesaian
Bagi mengatasi masalah kemurungan dalam pembelajaran seperti yang dialami oleh murid berkenaan, kami menggunakan dan mengaplikasikan Terapi Rasional Emotif iaitu dengan membantu murid dengan mengalirkan pemikiran atau tanggapan yang salah atau negatif kepada tanggapan yang positif. Aliran pemikiran ataupun tanggapan yang salah pada sesuatu perkara boleh menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk kerana emosi sudah terganggu. Dalam kes ini, guru pembimbing atau kaunselor perlu memberi penerangan kepada murid tentang kenapa guru
Bahasa Inggeris tersebut berpewatakan sebegitu ke arah yang positif dan bukan seperti anggapan murid tersebut yang mengatakan guru Bahasa Inggeris berpewatakan sebegitu kerana dia merupakan murid yang lemah dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris dan guru tersebut tidak suka mengajar kelas mereka. Guru pembimbing atau kaunselor boleh memberitahu kepada murid tersebut guru Bahasa Inggeris tersebut berpewatakan sebegitu mungkin kerana guru tersebut amat menitik beratkan subjek berkenaan dan subjek tersebut bukanlah main-main dan harus diberikan tumpuan sepenuhnya. Guru tersebut juga berpewatakan seperti itu kerana sayang akan murid-muridnya dan tidak mahu anak didiknya gagal dalam matapelajaran tersebut. Dengan memberikan tanggapan yang positif seperti ini, kemungkinan emosi murid berkenaan akan stabil dan semakin bersemangat untuk mempelajari Bahasa Inggeris di samping guru Bahasa Inggeris berkenaan perlu mengubah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
2.2.3 Masalah 3
Masalah pembelajaran ketiga yang dapat dikesan adalah masalah kemurungan dalam pembelajaran. Perkara ini berlaku kepada seorang murid tahun 6 Ibnu Amru sekolah ini. Murid berkenaan merupakan seorang murid perempuan. Hal ini amat jelas berlaku dengan melihat cara atau perwatakan murid berkenaan yang agak ketara perbezaannya semasa murid berkenaan berada pada tahun 5. Mengikut guru kelas berkenaan dan kaunselor sekolah tersebut, semasa murid ini berada pada tahun 5, murid berkenaan seorang yang aktif, mesra dengan kawan-kawan serta seorang yang banyak bercakap. Berbeza pada masa sekarang ini, murid berkenaan menjadi seorang yang agak pendiam, kadang-kadang agak sensitif dan tidak memberi penumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung seolah-olah memikirkan sesuatu dan selalu berkhayal.
Mengikut guru kelasnya, murid berkenaan menjadi murung disebabkan oleh masalah keluarga yang berlaku kepada keluarganya. Murid berkenaan menghadapi cabaran menjadi mangsa penceraian ibu bapa pada tahun lepas, dan ibu dan bapanya telah berkahwin lagi dan masing-masing mempunyai keluarga yang baru. Murid tersebut merasakan ibu bapanya kurang memberi tumpuan serta kasih sayang dan perhatian yang diperlukan terutama dalam mendorong kejayaan dalam pelajaran. Lebih-lebih lagi tahun 2013 adalah tahun ia menghadapi ketika usia sebeginilah dia memerlukan sepenuhnya kasih sayang dan tumpuan ibu bapanya kerana akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Penyelesaian
Penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh murid di atas amat sesuai sekali menggunakan dan mengaplikasikan Teori Kaunseling Pemusatan Perorangan. Manusia tidak dapat tidak akan meluahkan perasaannya kepada orang yang paling dipercayainya. Manusia tidak mampu untuk menanggung perasaan sedihnya jika tidak meluahkan perasaan tersebut melalui kata-kata sama ada dengan
meluahkannya kepada manusia yang dipercayai atau meluahkannnya kepada Maha Pencipta. Dalam masalah ini, guru pembimbing atau kaunselor perlu mempunyai sifat yang kongruen iaitu sifat ikhlas, menerima klien seperti ini tanpa bersyarat dan
perlu mempunyai kefahaman yang mendalam dan empati yang jitu iaitu kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain. Apabila guru pembimbing atau kaunselor dapat menyelami dan mendasari masalah yang dihadapi oleh murid sebegini, guru pembimbing akan dapat memberikan cadangan-cadangan atau mengarahkan pemikiran murid berkenaan kepada pemikiran yang positif yang membina diri murid tersebut supaya kuat menghadapi ujian yang diberikan serta memberikan tanggapan dan persepsi yang positif terhadap apa yang berlaku dan menimpa dirinya. Tanggapan dan persepsi murid tersebut perlu diberikan terutamanya dalam memahami masalah penceraian ibu bapanya kerana
berkemungkinan murid tersebut beranggapan dia sudah tidak mendapat kasih sayang dari ibubapanya dan mempunyai tanggapan yang salah terhadap keluarga tirinya. Guru pembimbing atau kaunselor juga dapat membantu membina sifat kendiri murid tersebut supaya murid tersebut menjadi lebih berdikari dan akan lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupannya dan boleh bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina.