Terapi Realiti

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

TERAPI REALITI

TERAPI REALITI

4.1 PENGENALAN

Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling. Terapi ini
diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965.
realiti adalah selari. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan
menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindakbalas
dengan dunia persekitaran mereka melalui kaawalan penilaian dalaman internal
locus of evaluation. Glasser (1985) telah menekankan bahawa manusia melihat
dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang
sebenar.

Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan bahawa
manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab
terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini
jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. Oleh itu dengan
meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah banyak
masalah yang menjurus kepada terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku
secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan
physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja
apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai, dan
mengalaminya secara fizikal. Dalam ertikata yang lain terapi ini menekankan kepada
tingkah laku dan pemikiran.

Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan kognitif.
Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk
mengubah tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor
berperanan sebagai guru, dan juga sebagai teladan. Walau bagaimanpun, adalah
menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti
semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada peristiwa-
peristiwa masa lampau. Ia juga menolak konsep sakit jiwa yang dipolopori oleh teori
psikoanalisis.

Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana
yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength)
untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam
terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, ,
kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan
serta kemajuan masyarakat.
4.2 Latar Belakang Tokoh

William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di


Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Beliau merupakan anak yang ketiga
dan yang bongsu dalam keluarganya. Bagi Glasser , zaman kanak-kanaknya
merupakan zaman yang mengembirakan dan semasa di sekolah beliau sangat
berminat bermain muzik dan dalam bidang sukan. Pada tahun 1944, ketika berumur
19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan
kimia dari Case Institute of Technology. Empat tahun kemudian beliau mendapat
ijazah Master dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve University.
Namun tesis untuk mendapatkan PhDnya telah ditolak.

Semasa berumur 28 tahun(1953), Glasser mendapat ijazah perubatan dari universiti


yang sama. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura
School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California
untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-
undang.Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu
Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi
realiti. Selama tempoh dua belas tahun di Ventura School, Glasser telah memajukan
lagi terapi realitinya dengan mengendalikan program-program yang berjaya di
sekolah berkenaan. Istilah realiti terapi digunakan untuk pertama kalinya oleh
Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk “Reality Therapy” : A Realistic Approach
To The Young Offender” dalam tahun 1964. Pada tahun 1965, bukunya yang
terkenal bertajuk Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry telah diterbitkan.
Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea realiti terapinya dalam
sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya telah dimuatkan ke dalam
bukunya yang ketiga iaitu “Schools Without Failure”(1969). Pada tahun 1968,
Glasser telah mengasaskan penubuhan Institute For Reality Therapy do Los
Angeles. Institut ini menawarkan kursus-kursus dan latihan untuk para doktor, ahli-
ahli fiziks, pegawai perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam, hakim, guru
dan kaunselor. Dua tahun kemudian iaitu tahun 1970, William Glasser La Verne
College Center ditubuhkan di University of La Verne di California Selatan untuk
menyediakan pengajian luar kampus kepada guru-guru untuk mendapatkan ijazah.
Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan teori kawalan
(Control Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku dijana dari dalam individu.
Apa yang diperoleh dari luar hanyalah maklumat (information). Bukunya yang
bertajuk Stations of the mind(1981) dan Control Theory : A New Explanation of We
Control Our Lives(1984) telah menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan
bagaimana otak manusia mempengaruhi persepsi dalaman.

Buku-buku lain yang dihasilkan oleh Glasser ialah The Identity Society(1972),
Positive Addiction(1976), Control Theory In The Claaroom(1986), The Quality School
:Managing Students Without Coercion(1990) dan The Quality School Teacher(1993).
Glasser juga sering memberikan kuliah atau ceramah dan bengkel di peringkat
antara bangsa mengenai aplikasi teori kawalan dan realiti terapi.
4.3 Latar Belakang Terapi

Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia
kaunseling. Ianya telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang psikologis dari
California pada tahun 1965 ekoran daripada ketidaksetujuan Glasser terhadap teori
psikoanalitik.

Kottler dan Brown( )menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan
mengajar yang menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi
dan keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan ‘realiti’ seseorang
individu. Menurutnya lagi terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau
andaian bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau
gagal. John J. Pietrofesa(1984), berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan
kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau
menghalang untuk memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan tersebut
merupakan keperluan untuk disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan
merasa dihargai dan menghargai orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi
dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang
tidak bertanggungjawab akan membina identiti gagal dan seterusnya akan
menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah membina identiti individu itu ke arah
kejayaan.

Glading (1993), berpendapat terapi realiti menegaskan baahawa perubahan individu


dilakukan melalui tindakan dan pemikiran. Beliau mencadangkan bahawa dunia
dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam menentukan tingkah laku
yang telah dipilihya. Terapi ini juga berorientasikan tindakan (action oriented) yang
bersifat konkrit, mengajar, mengarah dan kognitif.

Oleh itu secara keseluruhannya kita dapati, teori realiti lebih menekankan kepada
keperluan untuk memenuhi kehendak psikologi (a fulfilments of psychology needs).
Secara amya didapati terapi realiti adalah untuk menyediakan individu dalam
susasana yang boleh membantu mereka membina kekuatan psikologi untuk menilai
atau menghargai tingkah laku semasa. Terapi ini juga boleh digunakan dalam
kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, kaunseling kelamin,
pendidikan, kerja-kerja sosial, terapi kelompok, crisis intervention, pengurusan
institusi dan perkembangan kemajuan masyarakat.

4.4 Pandangan terapi Tentang Kejadian Manusia


Menurut William Glasser (1965), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia
berdasarkan terapi realiti. Diantaranya ialah :

4.4.1 Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi
oleh kuasa tidak sedar.

4.4.2 Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini
mengandungi dua tahap iaitu dalam bantuk fizikal dan psikologikal.
Dalam bentuk fizikal, merupakan suatu keperluan asas kepada manusia seperti
makan minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk
kelangsungan hidup (survival). Manakala dalam bentuk psikologikal pula, terbahagi
kepada empat bahagian iaitu :

a. Rasa kepunyaan (belonging). Rasa kepunyaan ini misalnya seperti keperluan


kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.

b. Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri , dihargai dan bersaing.

c. Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pilihan dan keputusan.

d. Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa,


gembira dan lain-lain .

Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang


individu. Ianya akan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau
masyarakat. Yang paling penting dalam keperluan psikologikal ialah apaabila
seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
Menurut Glasser, seseorang individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami
kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus
asa. Dalam suasana mencapai identiti diri ini terdapat dua waktu yang kritikal dalam
kehidupan di zaman kanak-kanak di antara umur 2 hingga 5 tahun dan 5 hingga 10
tahun.

Dalam peringkat umur antara 2 hingga 5 tahun , proses sosialisasi awal berlaku
seperti berhubung dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Pada peringkat
ini kanak-kanak sudah mula mengalami perasaan kecewa dan kerisauan. Pada
peringkat ini, kanak-kanak memerlukan kasih sayang, bimbingan, dan penerimaan
dari ibu bapa. Jika ini berlaku maka kanak-kanak itu tadi akan mula membentuk
identiti yang kekal.

Pada peringkat umur 5 hingga 10 tahun pula, kanak-kanak akan terlibat dengan
alam persekolahan dan mula memperolehi pengetahuan dan membentuk konsep
diri. Di peringkat ini, kanak-kanak akan menghadapi masalah sosialisasi dan
masalah pembelajaran . Dalam kontek pembelajaran , sekiranya individu tidak
belajar sesuatu pada masa atau peringkat muda maka individu itu boleh belajar di
waktu selepas itu.

4.4.3 Individu mampu menentukan dan mengawal diri


Mengikut Gladding (1993), dalam pertumbuhan individu masalah timbul apabila
manusia itu tidak bertanggungjawab tentang sikap mereka. Manusia perlu disayangi
dan menyayangi, berasa dihargai, gembira dan mampu mengawal keadaan
sekeliling di atas sebab tertentu. Ee Ah Meng(1989), telah mengatakan bahawa
‘untuk menghuraikan tingkah laku dan pandangan mengenai ketenteraman jiwa
seseorang Glasser menggunakan istilah seperti ‘memuaskan’ , ‘telah maju’ ,’baik’
dan ‘moral’. Menurutnya lagi, bagi memperoleh harga diri kita perlu mempelajari cara
memperbaiki diri kita sekiranya kita telah melakukan kesilapan sebaliknya kita
hendaklah memuji diri kalau melakukan sesuatu yang betul.
Mengikut Muhd Mansur Abdullah (1993), setiap manusia di antara kita membentuk
keperibadian di dalam penglibatan kita dengan orang lain dan dengan imej diri
sendiri. ‘ Kuasa pertumbuhan akan membantu kita mencapai identiti yang berjaya.
Natijahnya, penderitaan peribadi hanya boleh diubah jika berubahnya keperibadian
itu sendiri kerana individu itu mampu mengubah nasib, cara hidup, perasaan dan
tingkah laku mereka. Manusia itu menolak dunia sekelilingnya apabila menghadapi
kekecewaan kehendak diri. Mereka mungkin kehilangan tujuan sebenar, hilang
kebolehan bagi melihat keadaan nyata yang sebenar.

Mengikut Corey(1988), dalam pembentukan identiti masing-masing individu akan


mengembangkan keterlibatan dengan orang lain dan dengan bayangan diri yang
dengannya individu itu akan merasa relatif berhasil atau sebaliknya. Manusia
mencakupi pernyataan bahawa sesuatu kekuatan pertumbuhan itu mendorongnya
untuk berusaha mencapai sesuatu identiti keberhasilan. “Individu boleh mengubah
cara hidup, perasaan dan tingkah lakunya.Idividu juga mampu mengubah identitinya.
Justeru itu, perubahan identiti bergantung kepada perubahan tingkah laku”.
Mengikut Pietrofesa Hoffman dan Splete (1984), manusia mempunyai dua keperluan
asas. Jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujudlah kekecewaan. Dua
keperluan asas itu ialah keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga
keperluan keinginan untuk merasakan kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang
lain. Bagi Glasser, beliau percaya bahawa kematian merupakan keputusan yang
dibuat oleh seseorang yang kurang kasih sayang di awal kehidupannya. Seterusnya
kekurangan sepenuhnya kasih sayang yang mungkin menyebabkan kekecewaan
yang teruk sehingga seseorang itu membunuh diri dan sakit jiwa.

Menurut Wubbolding dlm John J. Pietrofesa et, al.(1984), kejayaan identiti


seseorang itu berkembang dalam beberapa peringkat:

a. Peringkat ‘lakukan atau buat’ iaitu orang akan mula untuk mengerjakan sesuatu.
Maknanya ia memulakan suatu harapan untuk mempertingkatkan diri tanpa mengira
sekecil manapun usaha permulaan tersebut.

b. Perkembangan identiti kejayaan, iaitu pemikiran yang positif. Pada peringkat ini,
pertama berkelakuan membina iaitu bersikap tegas dalam menunjukkan diri dan
meningkatkan penampilan diri serta mengambil kira kebajikan orang lain. Kedua,
berfikiran positif iaitu berkebolehan menggunakan situasi yang paling baik dan
mengembirakan, percaya dan penerimaan diri untuk mengawal pembangunan atau
perkembangan yang positif secara berterusan. Ketiga, berfikiran rasional dan tidak
rasional. Seseorang itu akan dapat mengenal pasti satu masalah dan isu dengan
beralasan secara keseluruhan dan matang. Keempat, kesihatan aktiviti fizikal diikuti
dengan diet yang berpatutan, seterusnya mendapat senaman yang bersesuaian
dengan keperluan fizikal.

c. Peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan merasakan
suatu yang seronok, merasakan kasih sayang serta disayangi oleh orang lain.
Seseorang itu juga harus merasakan kebolehan menjalankan kerja dan mempunyai
harga diri.

Menurut John J. Pietrofesa et,al (1984), bahawa manusia


akan menderita akibat kegelisahan, menyalahkan diri sendiri, kemuraman dan
kemarahan dan mungkin akan tersingkir dari masyarakat apabila gagal mendapat
kasih sayang.
Mengikut Corey(1982), walaupun faktor persekitaran mempunyai pengaruh manusia
dalam membuat keputusan tetapi perilaku itu bukan disebabkan olehnya.
Menurutnya lagi, semua sikap motivasi dalaman seseorang berpandu kepada
keinginannya untuk mencapai sesuatu.

Mohd Salleh Lebar (1993), mengandaikan bahawa manusia apabila menerima kasih
sayang dan memberikan kasih sayang adalah penting bagi dirinya dan juga orang
lain. Beliau juga berpendapat bagi memperolehi harga diri seseorang itu perlu
memperbaiki dirinya dahulu dari kesilapan. Kegagalan menjaga harga diri
menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah. Oleh itu manusia perlukan kasih
sayang dan memperolehi harga diri yang sewajarnya.

4.5 Konsep-konsep Utama Terapi Realiti

Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teori-teori kaunseling
dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep-konsep tertentu. Walau
bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri tertentu. Di antaranya ialah :

• Terapi realiti menekankan bahawa tingkah laku yang tidak siuman adalah
disebabkan pengabaian tanggungjawab. Menurutnya, apabila individu itu tidak
melaksanakan tanggungjawabnya maka akan menyebabkan timbulnya tingkah laku
yang bilazim.

• Terapi realiti juga memberi penumpuan kepada tingkah laku dan bukannya
perasaan dan sikap. Menurut terapi ini apabila tingkah laku itu berubah maka sikap
dan perasaan akan turut berubah.

• Tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas klien pada masa kini.
Peristiwa yang lampau dan pada masa depan tidak diberi perhatian kerana sejarah
yang lalu tidak boleh diubah. Begitu juga masa depan boleh menimbulkan
kebimbangan semata-mata.

• Terapi realiti juga menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu,


kejayaan, kelebihan dan kualiti positif yang ada pada individu tersebut. Melihat
individu sebagai positif dan beroperasi dan bukan sebaliknya.

• Menggalakkan individu atau klien menilai tingkah lakunya sama ada yang positif
atau negatif. Tingkah lakunya akan berubah setelah mengenal pasti tingkah laku itu
dan ini akan menyedarkan individu itu tentang punca kegagalan pada masa kini.

• Terapi realiti ini juga menitikberatkan tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab


perlu dipelajari secara terus menerus sepanjang masa kehidupan.

• Persetujuan di antara kaunselor dan klien perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat
dan memenuhi keperluan individu tersebut.

Muhd Mansur Abdullah(1993) telah mengemukakan beberapa konsep dalam terapi..


Diantaranya ialah meletakkan kepentingan utama pada perasaan klien dalam
menilai tingkah lakunya agar dapat menentukan siapakah yang menyebabkan
berlakunya kegagalan dalam kehidupannya. Perubahan tingkah laku juga adalah
sangat penting. Sekiranya klien menyedari bahawa mereka tidak mendapat
keperluan yang diinginkan maka tingkah laku yang ditonjolkan itu merupakan
pemusnah diri.

Mengikut Gibson dan Mitchell (dalam John J. Schmidt (1996) terapi realiti
menunjukkan bahawa kaunseling adalah kaedah pengajaran yang istimewa atau
latihan mengajar seseorang individu tentang apa yang sepatutnya dipelajari semasa
hidup yang normal pada masa yang singkat.

Secara menyeluruhnya, terapi ini dapat diaplikasikan di sekolah, dalam pentadbiran,


dan kelas bimbingan dalam kumpulan. Keberkesanannya telah didokumentasikan
dalam beberapa idea termasuk bekerja bersama pelajar istimewa, konsep kendiri
pelajar dan hala tuju diri pelajar.

4.6 Matlamat Terapi Realiti

Pietrofesa,J.J. (1984), telah menjelaskan bahawa terapi realiti adalah untuk


membantu mereka yang hanya mencari keseronokan sahaja dan mengabaikan
dunia realiti.

Kottler dan Brown (1996) pula menyatakan terapi ini menggalakkan klien
bermotivasi, bertanggungjawab terhadap rancangan tindakannya ke arah perubahan
tingkah laku membina dan identiti yang berjaya.

Samuel T.G.(1993), pula menjelaskan antara lain matlamat terapi realiti ialah:

• Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya.

• Membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang
ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud.

• Membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat
tindakan dan pemikiran.

Corey. G .(1982), menyatakan antara lain matlamat terapi realiti ialah :

• Secara holistiknya matlamat terapi ini adalah untuk membantu individu mencari
jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi rasa
kepunyaan, kebebasan, berkuasa dan berseronok.

• Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan
kesedaran itu.
Corsini R.J. (1983), menyatakan bahawa “tidak kira bagaimana kejam atau ganas
dan luar biasa sesuatu kejadian itu yang membawa kepada tingkah laku seseorang,
kita harus menjelaskan kepadanya bahawa kejadian yang lalu tidak boleh dijadikan
alasan untuk bertingkah laku yang tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi
kepadanya di masa lalu, dia harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap
apa dilaksanakannya sekarang”

Koeswara (1988), menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti ialah :

• Motif umum terapi adalah membantu seseorang bagi mencapai autonominya.

• Membantu orang-orang dalam menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan


mereka.

• Membantu klien dalam menjelaskan cara-cara mereka menghambat kemajuan ke


arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri.

• Membantu klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan


dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu.
Mohd Salleh Lebar(1993), menyatakan matlamat terapi ini adalah untuk membantu
klien menyedari bahawa kegagalan untuk menjaga diri menyebabkan seseorang itu
akan menghadapi masalah. Dalam erti kata lain, terapi ini membantu klien agar
berada dalam situasi yang rasional.

Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin(1993) menyatakan bahaw
matlamat terapi realiti ialah:

• Untuk mengurangkan tingkah laku ketewasan-kendiri yang tidak bertanggungjawab


dan memperkembangkan imej-kendiri yang lebih positif.

• Membuat dan melaksanakan suatu rancangan bagi membolehkan klien mengalami


kejayaan tingkah laku bertanggungjawab dan mula memperolehi sedikit deria
kesejahteraan kendiri.

• Klien diharapkan dapat membuat kemajuan apabila tanggungjawab terhadap


tingkah laku peribadinya dapat dilaksanakan dan apabila hajat itu dapat dipenuhi
dengan tidak menyakiti diri sendiri mahupun orang lain.

Amir Awang (1987) telah menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti. Antaranya
ialah :

• Klien sendiri menentukan matlamat hidupnya secara bebas tanpa bergantung


kepada orang lain. Iaitu klien harus berusaha untuk mencapai autonomi.

• Klien harus berupaya merancang strategi dan langkah-langkah tertentu bagi


mencapai matlamat hidupnya.

• Kaunselor boleh mengemukakan syor-syor dan saranan-saranan berhubung


dengan matlamat hidup yang bertanggungjawab dan realistik serta strategi-strategi
yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Dalam hal ini klien sendiri
mesti menentukan apa yang baik bagi dirinya.

4.7 Proses Kaunseling Dalam Terapi Realiti

Pietrofesa, J.J (1984), telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan
beberapa kemahiran seperti konfrantasi, homor atau kecindan, perbincangan,
penetapan matlamat, menunjukkan (pointing out), nasihat dan debat. Proses ini
boleh dibahagikan kepada tiga prosedur:

i. Keterlibatan iaitu proses ini memerlukan kaunselor melibatkan diri dengan klien
secara intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami dan menerima klien
seadanya. Ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan memudahkan
proses kaunseling kemudiannya.

ii. Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tentang tingkah laku yang kaunselor
tidak suka atau tentang penerimaannya sebagai individu. Ini memberitahu klien
bahawa sikapnya yang tidak disukai dan bukannya sebagai orang atau individu.

iii. Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih
baik bagi memenuhi keperluannya. Ini dapat dilakukan apabila klien mengaku
bahawa sikap tidak bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya
dilakukan dengan syarat kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk
membantu klien.

Menurut Glasser(1992) dalam Pietrofesa, J.J (1984) menyatakan terdapat lapan


langkah dalam proses terapi realiti :

Langkah 1 : Keterlibatan

Kaunselor mesti menjalinkan hubungan baik dengan klien. Kaunselor hendaklah


mesra,empatidan dapat memberikan perhatian kepada klien.
Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan jangansampai terperangkap.

Langkah 2: Fokus kepada tingkah laku semasa.

Walaupuntingkah laku dan perasaan saling berkait rapat, namun tumpuan kaunselor
hendaklah kepada tingkah laku semasa klien.Tingkah laku diberi tumpuan kerana ia
merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh klien.

Langkah 3: Fokus terhadap masa sekarang.

Terapi ini tidak melihat pengalaman lampau tetapi masa lampau hanya dibincangkan
untuk membantu :

- Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai hubungannya dengan masa kini.


-Mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien buat pilihan.
- Menentukan kenapa klien memilih tingkah laku yang tidak membawa beliau kepada
lebih banyak masalah. Terapi ini percaya bahawa tingkah laku semasa dapat
diubah.

Langkah 4 : Menilai kendiri

Klien diberi tanggungjawab menilai tingkah laku sendiri.


Kaunselor hanya memberikan perangsang dan panduan.

Langkah 5 : Membuat Pelan

Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu
untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan ini dinilai dan disemak dari
semasa ke semasa.

Langkah 6 : Komitmen

Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila klien diminta
menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan tingkah lakunya maka dia sudah
bersedia.

Langkah 7 : Tidak menerima sebarang alas an

Kaunselor tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak dapat
melaksanakan pelannya tidak juga harus memarahi klien. Kaunselor harus meminta
klien membuat komitmen yang baru untuk memenuhi tanggungjawabnya.

Langkah 8 : Hapuskan dendaan


Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah elok sekiranya
klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal menyempurnakan
tanggungjawabnya terutama sekali dalam mengubah tingkah laku yang negatif.

Muhd Mansur Abdullah(1993), telah menjelaskan bahawa proses kaunseling terapi


realiti adalah seperti berikut :

• Kehangatan hubungan kaunselor , pemahaman dan prihatin kaunselor terhadap


klien.

• Pemusatan utama kepada tingkah laku.

• Penumpuan kepada masa kini. Masa lalu tidak boleh diubah lagi.

• Klien mesti membuat suatu penilaian dan mengenal pasti ketewasan kendiri,
tingkah laku tidak bertanggungjawab sebelum terdedah kepada pertolongan
kaunseling.

• Kaunselor membantu klien membina suatu perancangan mengubah tingkah laku .


Adalah penting perancangan itu dibuat dalam bentuk bertulis.

• Kaunselor menolong klien membuat suatu penglibatan menyiapkan rancangan.


• Kaunselor menjelaskan kepada klien bahawa alasan tidak menyiapkan rancangan
tidak boleh diterima.
• Kaunselor tidak menyalahkan klien sekiranya gagal.

4.8 Peranan Kaunselor

Corey , G. (1982), telah menjelaskan bahawa peranan kaunselor adalah seperti


berikut :

• kaunselor berperanan sebagai guru dan model. Ia menerima klien secara mesra,
empati dan penuh perhatian.

• Tugas utamanya ialah melibatkan diri dengan klien bagi membina hubungan yang
baik supaya dapat menyediakan landasan yang betul untuk proses kaunseling
seterusnya.

• Sebagai seorang pengajar , iaitu mengajar klien tentang teori kawalan ,


memberikan klien pilihan bertingkah laku dan sentiasa aktif semasa sesi kaunseling
berjalan.

• Kaunselor mencabar klien dengan bertanya adakah perkara yang anda lakukan
mendatangkan faedah atau manfaat kepadanya? Sekiranya klien merasakan atau
sebaliknya maka kaunselor akan mencadangkan alternatif kelakuan yang lain.
• Membina struktur dan had sesuatu sesi.

• Membina rapport berdasarkan perhatian dan penghormatan.

• Memberikan tumpuan kepada kekuatan individu dan potensi yang dapat


mengarahkan kepada kejayaan.

• Berbincang secara aktif tentang tingkah laku semasa dan tidak menggalakkan klien
memberikan alasan tentang tingkah lakunya yang tidak bertanggungjawab.

• Memperkenalkan dan menggalakkan psoses menilai kehendak yang ingin dicapai


secara realistik.

• Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah


tingkah lakunya.

• Membantu klien mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka dan


menggalakkan mereka agar tidak cepat putus asa.

E. Koeswara (1988), menjelaskan bahawa kaunselor bertindak sebagai pembimbing


yang akan membantu klien agar dapat menilai tingkah lakunya sendiri secara realiti.
Terapi ini juga berasumsi bahawa klien mampu mewujudkan kebahagiaannya
sendiri dan mendapatkannya maka kuncinya adalah menerima tanggungjawab.
Kaunselor juga harus berfungsi sebagai guru dalam menjalinkan hubungannya
dengan klien dan mendedahkan kepada klien bahawa tujuan terapi ialah ke arah
kebahagiaan
Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa peranan kaunselor ialah :

• Melibatkan diri secara mendalam dengan klien.


• Kenalpasti jurang diantara tindakan klien dengan keperluan-keperluan dan nilai-
nilainya.
• Tumpukan kepada tindakan (apa yang dibuat oleh klien) lebih daripada fikiran dan
perasaan klien.
• Pastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan dan akibatnya.
• Wujudkan perhubungan yang terbuka, mesra, dan jujur dengan klien.
• Tumpukan pada tingkah laku sekarang.
• Berikan galakkan , pujian dan alternatif kepada klien.
• Lakukan konfrantasi sekiranya tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
Mohd Salleh Lebar (1993), telah menjelaskan tentang peranan kaunselor seperti
berikut :
• memberikan galakkan kepada klien.
• Menumpukan kepada tingkah laku.
• Lakukan konfrantasi jika tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
• Wujudkan hubungan yang terbuka.
• Pastikan klien bertanggungjawab dengan pilihan dan akibat pilihan itu.
• Menumpukan kepada sesuatu tindakan daripada perasaan.

4..9 Peranan Klien

4.9.1 Klien digalakkan menumpukan perhatian kepada tingkah laku dan tidak pada
perasaan dan sikapnya. Mereka diarahkan supaya meneliti dan menilai tingkah laku
sendiri bagi menentukan adakah tingkah laku itu membina atau menghalang untuk
mencapai matlamat hidup mereka.. Seandainya mereka mengalami sesuatu
perasaan tertentu, mereka akan disuruh mengkaji tingkah laku itu.

4.9.2 Klien digalakkan memikirkan dan merancang strategi-strategi yang khusus


untuk mengubah tingkah laku yang gagal dan menggantikannya dengan tingkah laku
yang baik.

4.9.3 Klien hendaklah melaksanakan strategi-strategi yang dirancangkan. Klien


mestilah komited pada rancangan tindakannya. Mereka tidak boleh menyalahkan
sesiapa atau cuba memberi alasan-alasan tertentu. Kontrak dan komitmen seperti ini
hendaklah dilaksanakan oleh klien.

4.9.4 Di dalam usaha klien menilai dan mengktirik tigkah lakunya, ia juga haruslah
bersikap realistik. Tidak keterlaluan sehingga kecaman-kecaman itu menjadi terlalu
hebat dan berat baginya. Sekiranya situasi ini wujud maka tentukan usaha-usaha
klien untuk megubah tingkah lakunya akan gagal. Lebih realistik dan munasabah
sekiranya kecaman dan kritik itu dilakukan secara sederhana supaya tingkah laku
yang tidak sesuai itu dapat diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang lebih
sesuai.

4.10 Teknik DanTatacara Terapi Realiti


Menurut Muhd. Mansur Abdullah (1993) , matlamat asas terapi realiti ialah menolong
individu mencapai kuasa autonomi agar sampai kepada peringkat kematangan yang
membolehkan seseorang itu melepaskan dirinya daripada sokongan persekitaran
dan menggantikannya dengan bantuan dalaman. Kematangan ini menunjukkan
bahawa manusia berkemampuan memikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri dan
untuk apa yang mereka mahukan serta untuk membina tanggungjawab dan
perancangan-perancangan yang realistik bagi mencapai dan memenuhi matlamat
mereka ” .

Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka dan
menerangkan cara-cara untuk mencapaikannya maka terapi realiti telah
menggunakan teknik-teknik tertentu yang berbentuk tingkah laku. Di antarannya
ialah
:
4.10.1 Menjadi model atau contoh: Dalam teknik ini kaunselor mestilah menjadi
contoh teladan atau model yang berperanan sebagai seorang pendidik. Sebagai
pendidik, kaunselor cuba menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa
meminggirkan klien tersebut. Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih
berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini
membolehkan klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya
yang tidak realistik.

4.10.2 Kelucuan : Kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius. Ini
bermakna kaunselor akan melihat sesuatu situasi dari sudut yang melucukan
dengan tujuan untuk meringankan tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.

4.10.3 Konfrantasi : Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa


membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu. Kaunselor juga boleh
menggunakan cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan klien di
dalam usaha untuk mencabar tingkah laku yang tidak realistik. Situasi ini dapat
memberikan respon kepada klien memikirkan tentang dirinya secara realistik.

4.10.4 Main Peranan(Role play) : Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam


main peranan bersama klien. Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba
memberikan penekanan pada ‘di sini’ dan pada ‘ketika ini’ dan elakkan daripada
memberi penumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-
perasaan yang tidak baik.

4.10.5 Tindak balas : Kaunselor akan meminta kepada klien melihat tingkah lakunya
sebagai satu cara untuk klien menerima sesuatu tanggungjawab. Kaunselor akan
bertanya kepada klien adakah tindakan itu sesuai dengan klien dan adakah cara itu
berfaedah kepadanya. Dalam hal ini klien hendaklah menentukan sama ada hendak
mengubah tingkah lakunya atau sebaliknya.

4.10.6 Penglibatan : Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung dengan


menggunakan kata-kata seperti ‘ saya mementingkan anda, saya bertanggungjawab
pada anda’. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor perlulah sejajar dengan
kata-kata yang telah dilafazkan itu. Kaunselor harus melibatkan diri dengan klien
dalam usaha mencari arah tuju kehidupan atau mencari jalan yang baru bagi
mencapai kehidupan klien yang lebih berjaya dan bermakna.

4.10.7 Kontrak(Perjanjian) : Kaunselor dan klien perlu membuat perjanjian.


Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan
ditandatangani oleh klien. Biasanya dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan
tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut klien libatkan diri dengan
kaunselor. Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian
mengikut situasi yang perlu.Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar
dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien kegagalan
rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.

4.10.8 Formulate ‘Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik’ : Dalam hal ini
kaunselor perlu membuat satu rancangan untuk mengubah tingkah laku klien. Klien
boleh ditanya adakah cara yang lebih baik baginya untuk membuat sesuatu untuk
ubah tingkah lakunya. Kaunselor boleh membantu klien membuat perancangan dan
dalam merancang , berikan kebebasan klien memilih alternatif yang disukainya.
Rancangan itu hendaklah berbentuk ‘bagaimana’ dan ‘bila’ klien akan melakukannya
dan dibuat secara positif.

4.11 Kekuatan Dan Kekurangan Terapi Realiti

4.11.1 Kekuatan Terapi Realiti

Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling,
misalnya kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, dalam perkahwinan,
keluarga, kaunseling individu dan kaunseling Muhd Mansur (1993). Kenyataan ini
disokong oleh James C. Hansen (1990) yang mengatakan ;

“…although now used with a variety of clients in a number of different settings.


Reality Therapy originally used in the treatment of office patients, mental hospital
patients, and adult and juvenile lawbreakers. Much of Glacier’s work with juvenile
offenders grew out of this years of work at the venture school for girls of the
Calofornia Youth Authority.”

Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit, jelas dan realistik
di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrak
dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan klien.

Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik
dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi
penyelesaian masalah.

Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional,
menilai , menentukan dan membuat keputusan sendiri.

Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang pendek untuk membantu klien
kalau dibandingkan dengan teori-teori yang lain seperti psikoanalisis dan pemusatan
insan.Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong
kelebihan-kelebihan terapi ini. Di antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakan
bahawa pendekatan terapi realiti sebagai “…stimulates active mental processes.”.
Kottler (1996) berpendapat bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan
sesuai dalam seting di sekolah dan selanjutnya “…reality therapy is a short-term
treatment that has been widely used in schools, institutions and correctional settings.
It is a fairly simple therapeutic approach and can be mastered withaut length training
and supervision.”

Menurut Samuel T. Gladding (1996:283-289) mengatakan bahawa terapi realiti “…


applicable to many different populations; effective with certain disorders; concertinas;
short-term; centralized training center; promotes responsibility and freedom without
blaming; stresses here and now; integrates control theory.”

4.11.2 Kekurangan atau Kelemahan Terapi Realiti


Terapi realiti juga mempunyai kelemahannya. Terapi ini cenderung hanya kepada
memfokus kepada tingkah laku semata-mata tetapi seseorang manusia itu adalah
unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif,
sensasi dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai
keupayaan yang terbatas.

Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini atau ‘here
and now’ dan dalam situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak
sedar serta sejarah hidup klien. Walhal, setiap manusia berkemungkinan
bersekongkong dengan masalah yang disebabkan oleh faktor biologi, fantasi, sistem
kepercayaan dan nilai dan lain-lain lagi.

Terapi realiti juga amat bergantung kepada bahasa. Jadi melalui sistem komunikasi
kadang-kadang klien bersifat pendiam dan lembam atau tidak expresive adalah tidak
sesuai dalam pemilihan tindakan terapi realiti.

Terapi realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana sifatnya yang agak
mendesak dan mengongkong. Oleh itu klien tidak kreatif dalam membuat keputusan
dan akhirnya bergantung kepada kaunselor.

Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan terbuka sehingga
kerap mendesak klien membuat sesuatu. Ini akan menimbulkan kesan negatif ke
atas klien. Berkemungkinan klien akan melakukan atau mengubah fikiran untuk
mengikut atau akur dengan nasihat serta petunjuk yang dikemukakan oleh
kaunselor.

Paul E. Panek (1993:461) menyatakan bahawa kelemahan terapi realiti telah wujud
diperingkat awal “…designed for used in early treament stages and for the
disoriented; efficacy limited..”.

John A.Axelson(1993 :368-369) menyatakan bahawa “…although the therapist might


be viewed as a tough and controlling person, he or she is also uninterested and
sensitive human being who understands and accepts behavior uncritically, but who
never agrees with the client’s irresponsibility. Being more concerned with behavior
than with attitudes, the therapy is not intended to make someone happy, but to make
someone responsible…”
4.12 Aplikasi Terapi Realiti Dalam Kaunseling
Terapi realiti ini adalah sangat mudah dan boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk
perkhidmatan kaunseling , misalnya kaunseling individu dan kelompok, kaunseling
kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, keluarga, perkahwinan, kaunseling krisis,
pemulihan, pencegahan, kerjaya dan sebagainya.

Menurut Glasser (dalam Muhd. Mansur Abdullah 1993:) terapi ini berjaya
diaplikasikan di sekolah-sekolah budak nakal dalam bentuk proses pemulihan. Oleh
itu ianya sesuai dipraktikkan ke dalam perkhidmatan kaunseling pemulihan.
Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar maka klien harus dipaksa atau
terpaksa menerima tanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Justeru itu,
klien perlu menilai tingkah laku , membuat pilihan dan keputusan sendiri sama ada
mencapai matlamat atau sebaliknya. Sekiranya belum mencapat matlamat maka
klien harus bertanggungjawab berusaha mencari jalan bagi mendapatkannya.
Dalam kaunseling kerjaya , terapi ini sangat sesuai diaplikasikan memandangkan
bahawa ianya berfokus kepada minat,bakat atau potensi dan kelayakan klien itu
sendiri. Tambahan pula ianya dilakukan dalam jangka masa yang pendek iaitu
memfokuskan kepada permasalahan kesedaran tingkah laku dan tidak memberi
peluang untuk klien menghuraikan peristiwa masa lalu.

Kesimpulan

Terapi realiti dianggap paling mudah dipraktikan kerana ianya bersifat realistik dan
praktikal untuk digunakan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling. Tujuan
dan matlamat terapi ini ialah untuk mengatasi pelbagai masalah tingkah laku dan
emosi yang negatif dikalangan remaja dan belia.

Di samping itu, kebolehkepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan individu


untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang bertanggungjawab telah memberikan
suatu penghormatan dan sokongan moral kepada individu itu. Perkara ini
merupakan suatu bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk
membantu individu itu berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk mencapai
matlamat masa depan dengan lebih berjaya.

Terapi realiti menitikberatkan tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat maka.
Sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh
klien itu sendiri. Keadaan ini mendorong klien untuk terus memperbaiki dan
berusaha ke arah yang lebih baik.

Walaupun begitu terapi ini juga masih lagi terlibat dengan limitasinya. Di antaranya
ialah konsep dan pendekatannya yang terlalu mudah, malah ‘oversimplistic’
sehingga boleh menimbulkan keraguan. klien kepadanya. Kaunselor pula
kadangkala akan mengambil kesempatan terhadap diri klien dengan memberikan
beberapa aktiviti untuk dilaksanakan oleh klien. Bagi pihak klien pula ianya akan
mejadi kebergantungan terhadap kaunselor. Oleh itu situasi ini akan menjadikan
klien tidak mempuyai otonomi dan tanggungjawabnya sendiri untuk menyelsaikan
masalahnya.
Terapi ini juga menolak tentang isu berkaitan dengan peristiwa yang lampau.
Keadaan ini akan menyebabkan kaunselor tidak memahami tentang diri klien
dengan sebenarnya. Oleh itu, implikasinya akan mempengaruhi pendekatan dan
pandangan kaunselor di dalam sesi atau bidang terapi.

Amir Awang (1987:123) telah menyatakan , sesungguhnya pengasas terapi William


Glasser begitu berkeyakinan serta optimistik dengan pendekatannya. Terdapat
banyak bukti meunjukkan kejayaan terapi ini dalam usaha untuk mengubah tingkah
laku belia yang mengalami penyelewengan tingkah laku .

You might also like