Resepi 2
Resepi 2
Resepi 2
PERKARA ISI KANDUNGAN KEK GULA HANGUS KEK COKLAT PUDING ROTI DONUT GEBU KEK BATIK ISTIMEWA KARIPAP DAGING TAT TELUR APAM POLKADOT KEK SPAN
MUKA SURAT
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
~1~
Bahan-bahan ( 6 orang ) 1 cawan gula 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 1 cawan susu pekat manis 2 sudu kecil soda bikarbonat 4 biji telur 2 sudu besar mentega
Cara-cara: 1) Masak gula dengan api sederhana hingga berwarna koko gelap. 2) Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. 3) Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. 4) Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat. 5) Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati. 6) Masukkan pula tepung + soda bikarbonat.Sebatikan. 7) Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk. 8) Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. 9) Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam.
~2~
KEK COKLAT
Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ** Topping ** 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak Cara-cara: 1) Pukul telur hingga kembang 2) Masukkan gula dan pukul lagi 3) Kemudian masukkan minyak masak 4) Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. 5) Bakar pada suhu 170 darjah selama 1 jam atau sehingga masak. 6) Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Kacau dengan api perlahan sehingga koko cair dan berkilat. 7) Tuangkan ke atas kek yang telah sejuk.
~3~
PUDING ROTI
Bahan-bahan : Bahan A 500ml susu segar 8-10 keping roti Bahan B 4 1/2 sudu besar gula kastor/halus 2 sudu besar butter/marjerin 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 2 1/2 sudu tepung jagung 1 sudu besar tepung kastard Bahan C Kismis / buah-buahan kering ***BAHAN-BAHAN UNTUK SOS KASTARD*** 1 tin susu cair 3 sudu besar tepung kastard Gula dan garam secukupnya 1/2 sudu kecil esen vanila
**CARA-CARA MEMBUAT PUDING ROTI** 1) 2) 3) 4) Hancurkan dan koyakkan roti. Kemudian rendam di dalam susu selama 1/2 jam. Kacau dan gaulkan rata bahan-bahan B. Masukkan kismis atau buah-buahan kering dan tuangkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30-35 minit.
~4~
DONUT GEBU
Bahan-bahan ( 25-30 biji ) 1 kilo tepung gandum 1 paket yis ( jenama Mauripan) 1 1/2 mug air suam 1 sudu kecil gula 5 sudu besar planta 1 sudu besar kentang lecek gula halus/gula aising Cara-cara: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Bancuh yis dengan air suam dan gula. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang. Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai. Masukkan bancuhan yis tadi. Gaul / uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan. Biarkan doh naik sebentar. Kemudian canai adunan untuk diterap mengggunakan acuan donut. 7) Biarkan donut yang diterap naik lagi, kemudian barulah digoreng. 8) Goreng sehingga donut berwana perang. Angkat dan toskan minyak. 9) Gaul dengan gula atau tuangkan coklat.
~5~
Bahan-bahan ( 2 orang ) 1 bungkus biskut marrie (jenama TIGER/64 keping) 1/2 ketul butter 1 tin susu cair 1/2 tin susu pekat 6 sudu besar serbuk milo 3 sudu besar serbuk koko Coklat urai (untuk hiasan)
Cara-cara: 1) Panaskan butter sehingga cair. 2) Masukkan susu pekat manis, susu cair, .serbuk milo & serbuk koko ke dalam buttercup yang telah cair. Masak sehingga pekat. 3) Masukkan biskut marie dan gaul sebati dengan api yang perlahan. (biskut marie dibelah dua terlebih dahulu). 4) Gaul sehingga biskut marie menjadi sedikit lembut. (bagi yang suka kek batik lembut) 5) Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang dan tekan senhingga padat. 6) Taburkan coklat urai ke atas bahan-bahan tadi dan biarkan sejuk. 7) Potong kek batik mengikut selera anda.
~6~
KARIPAP DAGING
Bahan-bahan ( 60 biji (ikut saiz acuan) ) BAHAN UNTUK DOH: 1 kilo tepung gandum 2 sudu besar butter 1 setengah cawan minyak dan air secukupnya BAHAN UNTUK INTI: 1 kilo kentang 2 sudu besar serbuk kari daging 1 cawan daging cincang 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 sudu besar cili kisar 3 helai daun limau purut Garam dan gula secukup rasa Minyak (untuk menumis dan menggoreng) dan air secukupnya .
CARA MEMBUAT DOH: 1) Panaskan minyak hingga betul-betul panas, masukkan butter. Biarkan butter cair dan kacau sebati. 2) Buat lubang di tengah tepung dan tuang campuran minyak dengan butter panas tadi. 3) Kacau dengan senduk kayu hingga jadi seperti serbuk roti dan masukkan air secukupnya hingga boleh diuli dan tidak melekat di tangan. CARA MEMBUAT INTI: 1) Kentang dibuang kulit, potong dadu dan cuci bersih. Tumbuk bahan yg bertanda hingga lumat. 2) Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. 3) Masukkan cili kisar dan serbuk kari, gaul rata. 4) Masukkan daging dan kentang, kacau lagi hingga rata. Kemudian masukkan air hingga paras kentang. 5) Masukkan garam dan gula secukupnya. 6) Apabila kuah menggelegak, masukkan daun limau purut dan masak hingga kering. 7) Bila inti sudah masak, sejukkan dahulu sebelum membuat karipapnya.
~7~
TAT TELUR
Bahan-bahan ( 30 keping )
PASTRY: 200g butter 80g gula aising 360g superfine flour 1 biji telur 1/2 sudu kecil esen vanila INTI : 1 cawan susu cair 4 biji telur 1 cawan gula 1 cawan air 1 sudu besar tepung kastard 1/2 sudu kecil esen vanila Pewarna kuning Cara-cara: 1) 2) 3) 4) 5) Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan tepung sehingga menjadi doh. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10 minit pada suhu 180 .
6) Keluarkan dan masukkan inti . Bakar lagi 10 minit. Untuk inti : Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
~8~
APAM POLKADOT
3 biji telur (gred A) 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar atau susu cair 3 sudu teh serbuk penaik 1 sudu kecil ovalette Filling : Blueberry , strawberry atau mengikut citarasa Pewarna
Cara-cara 1) Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang. 2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan. 3) Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag. 4) Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja. 5) Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 6) Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. 7) Akhir sekali dot-dotkan dengan warna pilihan anda,kemudian kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak.
~9~
KEK SPAN
Bahan-bahan ( saiz 18 cm )
3 biji telur 1 cawan tepung gandum (100g) 1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula 2 sudu kecil susu segar 15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya Esen vanila Cara-cara :
1) Panaskan oven ke suhu 180 darjah. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan satu per tiga gula sehingga telur menjadi keputihan. 2) Dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk. 3) Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata. 4) Masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. 5) Masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. Pukul hingga sebati. 6) Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.
~ 10 ~