Apam Balik
Apam Balik
Apam Balik
na kuning 1 biji telur 1 cawan air Cara: Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan. Apam Kukus Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 cawan gula 2 cawan tepung gandum Cara: Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam. cawan air suam 1 camca besar baking powder camca kecil baking powder 1 cawan kacang tanah (dimesin)bahan tabur 1 tin jagung - bahan tabur 1 cawan gula - bahan tabur Sedikit mentega
Apam Seri Ayu Bahan-Bahan: 3 biji telur cawan santan atau susu camca kecil soda bikarbonat 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula camca kecil ovallete (jika ada)
Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit. Buah Melaka Special Bahan-Bahan: tepung pulut air pandan sedikit garam sedikit air kapur Cara: 1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam. 2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung. 3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab. 4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda. 5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat. 6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut. Tambahan: 1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa. 2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya Masalodeh Rangup Bahan-Bahan: 1 kg kacang dal Bahan A :Kacang dal direndam 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil gula kabung/melaka dipotong kecil kelapa parut (putih)
15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 2 ulas bawang puteh 1 cm halia sedikit jintan puteh sedikit belacan Sedikit air sedikit garam sedikit serbuk perasa ajinomoto Daun Kari Minyak untuk menggoreng Cara:
semalaman. Toskan kan . Kisarkan hingga hancur. Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia,jintan puteh dan belacan dikisar dengan sidikit air.masukan garam dan serbuk perasa. Bahan C: daun kari dicincang halus, mayang bawang merah
Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis-nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati. kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba..... Cadangan Hidangan: Hidangan untuk 4-5 orang Tambahan: Sesuai dimakan masa minum petang bersama dengan minuman panas & sejuk Muffin Pisang Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gula castor 1 cawan butter (yg sudah dicairkan) 4 biji pisang (yg sudah masak) 1 biji telur besar Cara: ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon. Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil bicarbonat soda sude kecil garam sudu kecil serbuk cinnamon
dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit. Cadangan Hidangan: Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o panas. Hmm..yummy.. Apam Gula Hangus Bahan-Bahan: 3 gelas gula pasir 3 biji telur 4 gelas tepung gandum Cara: Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit. Apam Pisang Bahan-Bahan: 4 1 6 2 biji telur cawan gula biji pisang cawan tepung gandum 1 camca kecil soda bikarbonat 1 camca kecil baking powder Secubit garam 3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas) 3 camca kecil soda bikarbonat
Cara: Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit. Apam Tepung Beras
Bahan-Bahan: 600 gm tepung beras yis secukupnya air sejuk 2 cawan gula pasir Cara: Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Donat (I) Bahan-Bahan: 1000 g tepung gandum 11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan 340 g (1 cawan) air 60 g (2/3 cawan) teung susu penuh krim 100 g (2 biji) telur Cara: Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan. Karipap Ayam Bahan-Bahan: kg tepung gandum 2 ketul isi ayam (dada)- ptg dadu 180 g (1 cawan) marjerin 60 g (6 camca besar) gula pasir halus 10 g (1 camca besar) garam 14 g (1 camca besar) serbuk penaik pewarna merah 1 biji kelapa acuan apam
1 5 1 5 2 1
sudu besar lemak sayuran biji ubi kentang peket rempah kari daging ulas bawang merah ulas bawang putih tangkai daun kari
Cara: Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai. Untuk membuat intinya: Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering. Sedia utk membuat karipap. Tambahan: Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap. Mentega juga poleh digunakan. Lapis Batik Bahan-Bahan: 500 gm tepung ubi 150 gm tepung gandum 400 gm gula pasir 8 cawan santan Cara: Campurkan hingga rata semua bahan di atas kecuali pewarna. Kemudian adunan tersebut ditapis. Sementara itu panaskan kukusan. Kemudian tuangkan 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil Coconut Pandan Pewarna hijau, kuning dan lain-lain
pewarna-pewarna pilihan mengikut kesukaan. Ulangi sehingga 3 lapis. Bila selesai kukus hingga masak. *terlebih dulu loyang hendaklah disapukan minyak agar tidak melekat Roti Jala Bahan-Bahan: 1 kilo tepung gandum 2 biji telor ayam 1 tin susu cair Carnation Cara: Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga. Tepung Pelita Bahan-Bahan: 1 1 2 5 bungkus tepung beras cawan gula halus cawan santan pekat cawan air panas cawan jus pandan Garam secukup rasa Daun pisang (potong empat segi) 1 sudu marjerin Sedikit garam Setitik pewarna kuning
Cara: Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.
Abok-abok Sagu Bahan-Bahan: 1 kg kelapa parut (sudah dikupas kulitnya) 500g sagu biji 2 tsp rata garam halus Cara: 1 Basuh sagu biji.Tapis dab biarkan 30 minit. 2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi. 3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus. 4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut. 5 Semat daun pisang dengan lidi. 6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu. Tambahan: Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua kalinya. Abuk-Abuk Pisang Bahan-Bahan: 10 biji pisang masam 1 cawan sagu biji mata ikan 1 biji kelapa parut (ukuran kecil)Secubit garam Cara: Perah kelapa dan ambil santan pekat secukupnya. Buang kulit pisang dan belah dua. Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan. Bancuh santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api. Masukkan sedikit pewarna merah. Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku. Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat. Kemudian angkat. Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang. Curahkan sedikit sagu kacau tadi dan bungkus kemas-kemas. Buat begini hingga selesai. Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak. Sedikit pewarna merah atau jus pandan Daun pisang secukupnya (yang telah dilayur) Gula melaka secukupnya daun pisang(dilayur) Lidi secukupnya
Akak Berlauk Bahan-Bahan: 10 biji telur ayam 10 sudu gula 300 gm tepung gandum Bahan untuk inti: 500 gm daging lembu 500 gm bawang besar Cara: Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata. Cara membuat inti: Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan. Akok Bahan-Bahan: 8 2 1 2 biji telur itik biji telur ayam kg gula melaka cawan tepung gandum 6 kuntum bunga cengkih 2 helai daun pandan 1 biji kelapa 2 sudu besar rempah kermuk 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia Garam dan gula secukup rasa
Cara: Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah. Anika Muffin
Bahan-Bahan: 400 gm tepung gandum 350 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh) 200 ml air suam 250 gm gula pasir 30 gm serbuk penaik 20 gm tepung jagung 20 gm susu tepung 3 biji telur Bahan perisa: Coffee Emulco Keladi Pisang Blackcurrent
Cara: Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan. Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel. Masukkan tepung high protin yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolihlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang. Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan. Cadangan Hidangan: Muffin ini bolih ditambah dengan perbagai perisa dan hiaslah atasnya mengikut kretiviti masing-masing. Tambahan: Juadah ini sangat mudah di sediakan dan sedap rasanya tak perlu menggunakan mesin pemutar kek. Apam Gula Hangus Bahan-Bahan: 5 biji telor ayam 1 cawan gula pasir cawan susu pekat manis 2 cawan tepung gandum (diayak) cawan gula pasir (dibuat gula hangus) cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)
Cara: Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan
pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit. Cadangan Hidangan: Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil. Tambahan: Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula. Apam Gula Merah Bahan-Bahan: 500 gm tepung gandum Sebesar ibu jari yis basah cawan gula merah, dimasak dan tapis Cara: Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Apam Halus Gebu Bahan-Bahan: 3 1 1 3 cawan tepung gandum cawan gula kastor cawan aiskrim soda biji telur gred B 1 sudu besar Quick 75 1 sudu teh esen ros Sedikit pewarna merah Mangkuk kertas secukupnya cawan gula pasir 4 cawan air
Cara: Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai. Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.
Apam Jagung Kukus Bahan-Bahan: Bahan A tin jagung manis dalam tin 1 cawan gula 6 biji telur 1 cawan majerin 1 sudu teh bikarbonat sedikit air Cara: 1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar. 2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati. 3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit. Cadangan Hidangan: jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai. Apam Madu Bahan-Bahan: 1 cawan gula 2 cawan tepung 4 biji telur cawan minyak mazola Cara: 1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan. 2. gaul sampai halus 3. kukus sehingga masak Cadangan Hidangan: jika hendak bahagian atas apaam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat 1 sudu kecil bikarbonat soda 1 sudu kecil baking powder 1 cawan air sudu kecil esen vanila cawan koko Bahan B 3 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder.
Tambahan: serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit Apam Siam Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda) 3 cawan tepung gandum 1 cawan gula Pewarna (ikut suka) Cara: Cara membuatnya:1) Pukul telur dengan gula sehingga kembang. 2) Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata. 3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 4) Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit. Cadangan Hidangan: Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi. Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil. Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi. Apam Susu Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum 1 cawan air 4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki) 1 biji telur
garam secukup rasa mentega untuk menggoreng Cara: Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati. Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan senduk seperti ala-ala tosei jugak. Cadangan Hidangan: Sedap di makan semasa masih panas atau sejuk. Apam Tepung Beras Bahan-Bahan: 1 cawan tapai nasi 1 cawan gula pasir 4 cawan air 500 gram tepung beras Cara: Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda. Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja. Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi. Asam Gumpal Bahan-Bahan: satu sudu teh mauripan satu sudu teh serbuk Eno secubit garam Kelapa parut
Kuah: 1 liter santan 60 gm gula merah 15 gm biji halba 20 gm bawang merah (dihiris) 15 gm halia (dihiris)
Cara: Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak. Tapis dan sejukkan. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya. Masukkan santan, gula merah dan biji halba. Didihkan sehingga menjadi pekat. Cadangan Hidangan: Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan buah-buahan campuran Badak Berendam Bahan-Bahan: 1 bungkus tepung pulut 15 helai daun pandan, diambil airnya 2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat Cara: Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak. Bahulu Tradisi Melayu Bahan-Bahan: semangkuk telur ayam (sederhana besar) Goreng tepung sampai masak.Tanda masak tepung tidak melekat pada 2 cawan gula merah Secukup air Sedikit garam
semangkuk gula pasir setengah kilo tepung gandum sedikit minyak masak acuan kuih bahulu atau kuih cara. Cara:
Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Bakar sehingga masak. Cadangan Hidangan: Sesuai dimakan atau dijamu pada minum petang atau dihari-hari perayaan. Tambahan: Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuih tradisi melayu ini kekal sepanjang zaman. Resepi ini adalah resepi asal turun temurun datuk nenek yang diperturunkan ibu kepada cucu tersayang. Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia. Bauhulu Bahan-Bahan: 10 biji telur 600 gm tepung gandum ]dijemur hingga 600 gm gula halus ]kering 1 sudu teh esen vanila Cara: 2 batang serai 1 cawan minyak kacang 1 sudu teh serbuk bicarbonate of soda
Telur dipukul dengan gula sehingga kembang dan gulanya hancur. Kemudian masukkan bikarbonate of soda dan esen vanila serta teruskan memukul adunan ini sehingga campuran ini kembang dan naik. Tepung digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga kering dan warnanya kekuningan, setelah itu campurkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Sapukan minyak kacang ke dalam acuan bauhulu dengan menggunakan serai dan panaskan di dalam ketuhar. Kemudian tuangkan adunan ke dalamnya dan bakarlah sehingga masak. Belebab Bahan-Bahan: 2 biji kelapa, ambil 2 cawan pati santan 2 cawan keledek, dipotong kecil dan rebus Cara: Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan. Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak. Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak. Bengkang Ani Terengganu Bahan-Bahan: UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG 1kg tepung beras air 1 liter 4 biji telur ayam UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN. 1kg ikan kembung@selayang 1 biji kelapa parut 300g bawang merah 2 inci halia UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG. 1 biji kelapa (santan) 1 cawan tepung beras 10 ulas bawang merah (dimayang) 1 sudu halba inci halia (dihiris halus) garam secukup rasa UNTUK KUAH MANIS. 1 cawan tepung beras 4 keping gula melaka(kecil) 2 cawan air 4 cawan tepung beras cawan gula
Cara: cara - cara membuat kuih bekang. tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu. cara memasak sambal ikan. ikan direbus dan ambil isi sahaja. kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding. cara membuat kuahlemak. bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat. masukkan garam secukup rasa. cara - cara membuat kuah manis. tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat. Cadangan Hidangan: SESUAI DIMAKAN PADA WAKTU SARAPAN DAN MINUM PETANG.HIDANGAN INI SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA. Tambahan: RESIPI INI ADALAH MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU ZAMAN BERZAMAN.SEKARANG SUKAR UNTUK KITA DAPATI DIMANA-MANA GERAI MAKAN Bengkang Kelapa Muda Bahan-Bahan: 4 biji kelapa muda 1 cawan tepong beras 2 biji telor Cara: Tepong dicamporkan dengan air kelapa muda, kacau dan tapis. Pukul telor sehingga kembang, masukkan gula, garam dan isi kelapa muda ke dalam adunan tepong. Lenserkan acuan dan bakar di atas api yang perlahan sehingga bengkang menjadi warna kuning keemasan. Cadangan Hidangan: 2 cawan air secubit garam 1 cawan gula
Elok dihidangkan diwaktu petang atau lebih menarik sewaktu berbuka puasa. Bepang Coklat Milo Bahan-Bahan: kilo biskut marrie kilo kacang tanah 1 peket kecil serbuk milo 1 tin kecil susu pekat 1 tin kecil planta Cara: 1. Sapukan majerin pada loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. 2. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing, buangkan kulit dan tumbuk supaya pecah 3 atau 4. 3. Patah-patahkan biskut marrie kepada 2 atau 3 pecahan. 4. Panaskan kuali dan cairkan planta. Setelah planta cair, masukkan susu, kacau hingga sebati. 5. Masukkan serbuk milo, kacau rata. Perlahankan api. 6. Masukkan pecahan biskut marrie. 7. Taburkan kacang dan kacau hingga rata. 8. Masukkan adunan biskut dalam loyang yang telah disejukkan. 9. Padatkan biskut menjadi rata pada permukaan. 10. Ambil dulang rata, kemudian terbalikkan adunan tadi dalam dulang. 11. Tukar permukaan adunan yang dibawah ke atas dan padat juga ratakan semula. Cadangan Hidangan: Masukkan dalam peti sejuk. Apabila sejuk, potong nipis dan hidangkan dalam pinggan. Bingka Cempedak Bahan-Bahan: 2 cawan isi cempedak (dikisar halus) 3 biji kuning telur 500 gm tepung gandum 2 cawan gula pasir Cara: 2 cawan santan pekat 4 camca besar marjerin cair Sedikit garam
Pukul telur dengan gula sehingga hancur. Ayak tepung dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan telur sambil digaul sehingga sebati. Masukkan marjerin, santan, garam dan isi cempedak. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Sediakan sebuah acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak. Bingka Kelapa Muda Bahan-Bahan: cawan tepung beras 3 cawan air kelapa secubit garam 1 biji telor Cara: Di dalam mangkuk campurkan tepung,telor, garam dan air kelapa muda. Tapiskannya. Setelah itu campurkan isi kelapa muda dan bakar ke dalam oven sehingga masak kuning keemasan. Cadangan Hidangan: Hidangkan pada waktu pagi ataupun petang. Tambahan: Sebaiknya bakar diatas dapur kayu dan di atas tudungnya juga di tambahkan api. Cucur Badak Bahan-Bahan: 600 gm keledek 2 cawan tepung gandum minyak secukupnya Bahan inti: biji kelapa parut 3 sudu besar udang 8 ulas bawang merah 3 batang serai Cara: 10 biji cili kering sudu teh ketumbar sudu teh jintan manis sudu teh jintan putih sudu teh kunyit minyak masak garam 2 cawan air cawan tepung gandum 2 cawan isi kelapa muda cawan gula pasir
Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan. Karipap Bahan-Bahan: Bahan-bahan untuk doh: kg tepung gandum 1 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan) Air garam (suam) Bahan-bahan untuk inti: 4-5 biji ubi kentang (dipotong dadu) Ayam/Daging (dipotong dadu/dicincang halus) Bahan A: 5 tangkai cili kering (dikisar) 1-2 sudu besar jintan manis (dikisar) 1-2 sudu besar lada hitam (dikisar) 2 kuntum lawang (dikisar) 5 kuntun bunga cengkih (dikisar) 1-2 inci halia (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) Garam,gula dan MSG secukup rasa
Cara: Untuk membuat doh: Uli tepung dengan air garam (suam),tambahkan sesudu minyak masak yang telah dipanaskan.Setelah siap diuli,ketepikan. Untuk membuat inti: Kisar semua bahan-bahan A Panaskan minyak di dalam kuali,tumis bahan yang telah dikisar Masukkan kentang dan ayam/daging yang telah dipotong dadu Masukkan garam,gula dan MSG secukup rasa Setelah inti hampir kering,masukkan daun kari. Masak sehingga kering
Cadangan Hidangan: Resepi ini untuk lebih kurang 20 biji karipap (saiz sederhana) Tambahan: Sewaktu membuat doh,minyak masak yang ditambah mestilah dalam keadaan panas.Ini adalah untuk merangupkan karipap.Boleh juga diganti dengan marjerin. Daun kari juga boleh diganti dengan daun sup. Karipap Daging Bahan-Bahan: Bahan Inti : 1 kg kentang - dipotong dadu 600 gm bawang besar - dipotong dadu 800 gm daging lembu - dipotong dadu kecil Tumbuk Lumat : 1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1" halia 1 sd besar jintan manis 1 paket serbuk kari cawan minyak 1 batang besar kulit kayu manis 3 sd besar gula 1 sd besar garam sd teh msg 700 ml air Doh Karipap : 1 kg tepung gandum - diayak 1 sd besar garam buku (188gm) lepa susu `Farmcows' 2 biji telur 1 cawan ais 500 ml air Minyak untuk menggoreng Secukup tepung untuk mencanai
Cara: Inti : Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari
dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan. Doh : Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam. Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping karipap) dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2". Potong setebal 1/2" hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemaskemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
Cadangan Hidangan: Untuk minum petang dan berbuka puasa. Tambahan: Mneghasilkan lebih kurang 100 keping karipap saiz sederhana. Campuran lemak susu dan sayuran dalam Farmcows memberkan rasa yang enak dan rapuh pada doh karipap. Boleh juga digunakan marjerin, crisco, vanaspathi atau minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Penggunaan ais dan lemak yang dicairkan memberikan tekstur doh karipap yang rangup dan gebu bila dimakan. Doh karipap boleh dibekukan dan biarkan pada suhu bilik (thaw) sebelum digunakan semula. Gunakan plastik untuk membungkus setiap bahagian doh yang hendak disimpan.
Inti juga boleh dibekukan, untuk rasa yang lebih enak selepas dibekukan (pembekuan mungkin memyebabkan rasa inti menjadi hambar kerana bercampur cairan seperti ais), cairkan 1 sd besar mentega dan tumis 1 sd teh serbuk kari masukkan inti dan kacau, masukkan 1 biji bawang dadu dan kacau hingga sebati. Rasalah masin dan manisnya. Gunakan kembali. Karipap Kesuma Hati Bahan-Bahan: Untuk inti: 1 cawan ikan tuna/udang 1 batang carrot 3 kuntum daun kesum 2 biji bawang kecil 1 biji cili hijau Cara: 1. Bahan untuk inti tuna/udang, carrot, bawang, cili hijau dan daun kesum dikisar kering.Tambahkan secubit garam untuk rasa. 2. Bahan untuk kulit: Gaulkan tepung dan crisco. 3. Masukkan garam. 4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul adunan sehingga menjadi doh. 5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat. 6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah bi potong bulat. Kelipkan keliling seperti bentuk karipap. 7. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan. Cadangan Hidangan: 2-3 orang. Sesuai untuk sarapan, atau minum petang. Tambahan: Masa digunakan: 30 minit Bahan untuk kulit: 1 cawan tepung 2 sudu crisco(atau mana mana vegetable shortening) Secubit garam Setengah cawan air Minyak untuk menggoreng
Kastad Jagung Bahan-Bahan: 1 cawan tepung kastad 3 cawan gula pasir 1 tin jagung manis Cara: Bancuh tepung kastad dengan santan serta gula, jerangkan ke atas api dan kacau hingga kental. Tuangkan jagung ke dalamnya kacau lagi supaya rata. Bila telah sebati angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan. Kek Kukus Simple Bahan-Bahan: 5-6 sudu besar tepung serba guna 1 biji telur 2-3 sudu kecil gula sudu besar susu pekat Cara: Pukul gula dengan telur hingga kembang. Masukkan susu dan pukul lagi. Masukkan tepung serba guna sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan gula hangus. Masukkan adunan dalam acuan atau loyang dan kukuskan selama 45 minit. Cadangan Hidangan: Sesuai untuk hidangan 2 orang. Tambahan: Sangat ringkas dan mudah. Selamat mencuba! Ketupat Sotong Bahan-Bahan: 1 kg Sotong (sederhana besar) 250 gm pulut 250 gm santan pekat 250 gm gula merah 2 helai Daun pandan cawan air 3-4 sudu gula hangus (boleh juga digantikan dengan buahbuahan kering atau chocolate chips/rice mengikut citarasa) 1 biji kelapa parut Sedikit garam Bahan pewarna kuning
garam secukup rasa Cara: 1. Sotong yg telah dibersihkan diisikan dengan pulut dan kepala disatukan dgn badan dan dicucuk dengan lidi 2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan. 3. Masukkan gula merah yg telah ditapis ke dalam santan pekat. 4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. 5. Masukkan sotong yang telah siap diisi dgn pulut kedalam bhn2 td. masak sehingga kuah kering dan sotong nampak kembong. Cadangan Hidangan: hidangan untuk 3-5 orang Tambahan: Kurangkan gula sekiranya tidak suka manis. Ketupat Sotong Terengganu Bahan-Bahan: 1kg Sotong sederhana besar 250gram beras pulut santan seinci halia dipotong halus 5 ulas bawang merah dipotong halus sesudu kecil halba garam lidi dipotong kecil Cara: 1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk. 2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong. 3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala. 4. angkat apabila sotong telah masak. Cadangan Hidangan: di makan begitu sahaja @ bersama nai putih
Tambahan: 1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir. 2. resepi dari trg ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan