Tokoh Seni 1

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

2.

0 Pandangan tokoh-tokoh seni Herbert Read (1968)

Herbert Read dilahirkan di Kirbymoorside, Yorkshire Utara, pada 4 December 1893.Setelah ayahnya meninggal, dia dihantar ke sekolah untuk anak anak yatim di Halifax.Pada usia enam belas tahun, beliau mula bekerja sebagai pegawai di Bank Tabungan Leeds. Meninggal dunia pada 12 June 1968 ( 74 tahun )Sebelum beliau meninggal dunia, beliau merupakan penggiat aktif dalam penglibatan kesenian. Namun kebanyakkannya beliau menghasilkan buku- buku bersudut ilmiah .Hal sedemikian menjadikan beliau sebagai tokoh kesenian. Dalam menghuraikan pengertian seni, Herbert Read ada menyentuh tentang unsur-unsur semula jadi dimana kedua-duanya keindahan dan manusia. Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokkan dan kedamaian estetik.Namun dalam menghuraikan yang dimaksudkan pengertian seni, beliau juga ada mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk menimbulkan keindahan bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi ia bertujuan supaya keindahan itu dapat melahirkan rasa dihargai, mengembirakan dan menyenangkan hati. Kita dapat lihat beliau banyak menghasilkan bahan-bahan rujukan yang dapat digunapakai sehingga hari ini. Antara buku-buku yang ditulis oleh Sir Herbert Read ialah Education Through Art (1943), Art and Society (1945) , Art Now (1933) ,Art and Industry (1934) dan yang terakhir ialah Art and Alienation (1967). http://www.scribd.com/doc/50492370/psv-1

EDMUND BURKE FELDMAN

Feldman ( 1996 ) Berbeza pula pada pandangan Feldmen(1960), dimana beliau ada menjelaskan dalam seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami sesuatu perkara iaitu samada seni tentang dunia dan diri kita melalui seni.Jika kita lihat pada pandangan sebelumnya iaitu Herbert Read(1968), terdapat sedikit persamaan dengan Feldman, dimana Feldman menyatakan dalam pembelajaran seni, keadaan sekeliling memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.Keadaan sekeliling dapat mengajar kita apakah yang dimaksudkan dengan keseniaan.Contoh yang dapat dilihat ialah mengenai alam semula jadi. Jika diteliti dengan lebihmendalam mengenai alam semula jadi, pastinya bermain difikiran kita kenapa alam semula jadi mempunyai kepelbagaian warna dan tidak hanya melibatkan sewarna.Pendekatan yang dapat dilihat ialah pada warna daun pokok, dimana warna daun kehijauan melambangkan daun itu dalam keadaan subur, manakala warna daun yang sudah keperangan adalah menandakan daun itu mengalami proses semakin tua. Dalam menghuraikan pandangan tentang keseniaan,terdapat percangahan pendapat mengenai kesenian,Hebert Read ada mengulas seni adalah sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu,sesuatu objek yang diciptakan untuk menimbulkan keindahan bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi ia bertujuan supaya keindahan itu dapat melahirkan

rasa dihargai, mengembirakan dan menyenangkan hati.Secara kesimpulan di atas, kedua-dua tokoh diatas tidak mempunyai persefahaman pandangan. Pada pandangan tokoh Feldman mengatakan seni adalah suatu pembelajaran dan pengajaran kepada seseorang. Namum pada Hebert Read pula, beliau mengulas seni dapat menimbulkan impressional yang tenang dan harmoni.Walaubagaimanapun, kedua-dua tokoh ini menggunakan sumber alam semula jadi sebagai alat penterjemah mengenai kesenian. Di sini secara tidak langsung pembelajaran mengenai seni adalah berkaitan alam sekeliling iaitu berkaitan dengan alam semula jadi dan warna dari persekitaran semula jadi dapat menimbulkan perasaan yang harmoni. Selain itu, Feldman mengertikan pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.Apabila wujudnya pendididkan seni pada suatu tempat, kesenian dapat mewarnai sesebuah ketamadunan itu, seterusnya peradaban dan kebudayaan manusia kerana dapat mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri.Edmund Burke Feldman, banyak menggagas pemikiran mengenai seni .Beberapa idea dan pemikiran seni Feldman , dituangkan dalam karya tulis , iaitu :Varieties of Visual Experience, Thinking about Art , The Artist , dan Compotition Art . V .Banyak diikuti oleh beberapa pemikir seni lainnya . Salah satu pemikiran dan karya tulis yang cukup fenomena dan banyak dirujuk oleh pelaku seni di Indonesia, tertuang dalam Art As Image and Media . Melalui buku ini Feldman mengklasifikasikan dalam tiga fungsi seni , iaitu : personal functions of art , the social function of art , dan the physical functions of art. http://www.scribd.com/doc/50492370/psv-1

JONH DEWEY (1852-1958) John Dewey (1859-1952) adalah ahli psikologi Amerika, ahli falsafah, pendidik, pengkritik sosial dan aktivis politik. Beliau dilahirkan di Burlington, Vermont, pada 20 Oktober tahun 1859. Dewey lulus dari Universiti Vermont pada tahun 1879, dan memperolehi PhD dari Johns Hopkins University pada tahun 1884. Pada tahun 1894, beliau menjadi pengerusi jabatan falsafah, psikologi dan pedagogi di Universiti Chicago. Dewey mengajar di Universiti Columbia dari tahun 1905 sehingga beliau bersara pada tahun 1929, dan sekali-sekala diajar sebagai Emeritus profesor sehingga tahun 1939. Semasa tahun-tahun di Columbia, beliau mengembara ke serata dunia sebagai ahli falsafah, ahli teori sosial dan politik . Dewey meninggal dunia di New York City pada 1 Jun 1952.

John Dewey membawa konsep bahasa bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. Dimana fungsi pendidikan seni adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu perfahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberikan kanak-kanak kebebasan untuk berkembangan fizikal, emosi, dan intelektual (kecerdasan fikiran) melalui seni. http://www.scribd.com/doc/50492370/psv-1

Plato (427/428 Sebelum masihi-347 Sebelum masihi) Pada pandangan beliau lukisan sebenarnya adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. Baginya , seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran,kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Dikatakan dengan perlakuan,akhlak, nilai dan moral dapat menghasilkan satu budaya yang sempurna. Seterusnya untuk membawa kesejahteraan.Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan. Bahasa persuasif menggunakan unsur persuasif seperti logik, perwatakan,dan nilai moral. Pembaca puisi memainkan perasaan dengan ilham yang diterimanya.Pada zaman dahulu, konsep seni telah dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, kebaikanatau nilai moral, kesejahteraan dan keindahan. Pada zaman Plato pula, estatik merupakan satu ilmu yang tersendiri. Terdapat seni visual, seni muzik, seni tari, senipuisi, seni silat, seni teater dan lain-lain lagi dalam bidang seni hari ini.Seni visual adalah bidang yang beri tumpuan kepada tampakan atau penglihatan. Manakala dibawah seni visual bidang seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya. Apa-apa pun bidang itu, soal asal pokoknya berasaskan seni. Antaranya ialah seni muzik, teater, tari , silat, visual (lukisan) catan ,arca, lain-lainPlato telah membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya dan puisi dengan konsep ilhamnya. Plato membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pada beliau, pelukis yang melukis gambar objek meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat. Tukang pembuat objek itu pula meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu.Idea atau konsep objek tukang pembuat itu pula meniru konsep sebenar objek itu yang diberi oleh Tuhan. Maka, lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran.Mengikut Plato, walaupun cerita dalam

puisi adalah tidak benar, penonton juga dapat mengikut sehingga menangis. Ini adalah sebab pembaca puisi mendapatkanilham dari dewa dan dengan itu dapat memainkan perasaan semasa membaca puisi.Maka puisi itu bukan lmu mengenai kebenaran. http://www.scribd.com/doc/50492370/psv-1

Aristotle (384 322SM)

Berbeza pada pandangan tokoh-tokoh sebelumnya,pada pandangan beliau, pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam.Beliau membuat persamaan dimana seandainya pembaca puisi ingin memperoleh suatu idea yang kreatif dan inovatif, Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Dengan ini Aristrotle memberi penekanan terhadap penilaian dan struktur hasil atau karya. Contoh perbandingan lain iaitu bagi beliau, pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberikan struktur bentuk yang universal kepada pokok. Maka seni itu adalah baik dari sudut pemandangan. Dengan struktur bentuk dalam puisi, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik. Aristotle juga melihat seni sebagai elemen yang mendekatkan manusia dengan alam dan menggunakan istilah mimesis yang merujuk kepada proses meniru atau penghasilan semula kata-kata dan gerak-geri orang lain.Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama. Dalam sudut perbincangan lukisan dibincang dengan konsep imitasi( meniru benda dihadapan) seterusnya membuat satu perbandingan dengan lukisan dengan kebenaran. Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.Dalam istilah mimesis yang digunakan oleh Aristotle, Aristotle menambahkan satu lagi syarat iaitu, satu potret yang dihasilkan itu haruslah lebih cantik atau kacak daripada model asal. Beliau bukan sahaja memberi penekanan terhadap ketepatan

peniruan seperti Plato tetapi menambahkan satu lagi aspek yang penting iaitu kreativiti pelukis untuk menghasikan hasil seni yang cantik dan unggul. Aristotle bersetuju dengan pandangan Plato yang mengatakan bahawa seni itu dihasilkan berdasarkan dengan emosi terhasil dengan meniru sesuatu objek dunia fizikal.Tetapi, beliau juga menegaskan bahawa di samping seni menimbulkan emosi, ia juga merupakan satu sumber pengetahuan. Aristotle menerangkan bahawa melalui seni manusia dapat mempelajari cara untuk mengawal dan menggunakan emosi mereka dan memberi pengetahuan kepada manusia untuk mengawal emosi .Sejarah perkembangan teori sastera dapat disusuli daripada tradisi. Greek. Plato boleh dianggap sebagai tokoh pemikir yang terawal yang membicarakan soal seni.Idea-idea Plato tentang seni terakam dalam beberapa karyanya seperti Ion, Crito, The Republic dan tulisan-tulisan lain.Perbincangan Plato dalam karya-karyanya itu banyak menyentuh hal yang berkait dengan kebenaran, keindahan, kebaikan, moral, etika, struktur masyarakat dan realiti.Bertolak daripada pemikiran Plato, muncul pula tanggapan lain terhadap seni oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Secara kontradik, Aristotle menolak beberapa pemikiran gurunya (Plato) tentang konsep seni dan penyair. Jawapan-jawapan kepada pandangan Plato ditulis oleh Aristotle dalam siri kuliahnya yang berjudul Poetics. http://www.scribd.com/doc/50492370/psv-1

You might also like