Ketaksaan

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 16

BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BM

TAKSA DAN KETAKSAAN MAKNA DALAM TATABAHASA


Oleh:

KANDUNGAN
Permasalahan dalam pengajaran makna Kepersisan makna, ketaksaan leksikal struktur Kekaburan makna

PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN


MAKNA
Iaitu setiap kata atau perkataan tidak mempunyai makna yang tunggal. Kata dan makna merupakan dua hal yang

sangat berbeza. Kata sebagai penghasil makna dan tidak


mempunyai pengaruh terhadap makna yang dihasilkan. Makna mampu menentukan jalannya sendiri dan mampu melepaskan diri dari kongkongan kata. Sebagai contohnya perkataan you apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pasti sesiapa sahaja boleh memberikan

maksudnya.

Namun bagi seorang penterjemah profesional tugas menterjemahkan perkataan you bukan perkara yang mudah. Ini kerana mereka perlu mencari dan memilih makna yang tepat untuk perkataan you dalam bahasa Melayu. Perkataan you dapat membawa maksud seperti berikut:

Saudara Saudari Anda Awak Engkau

SAMBUNGAN.....
Antara banyak makna tersebut yang mana paling sesuai dan betul
merupakan permasalahan dalam pengajaran makna.

KETAKSAAN

Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur makna berdasarkan teori semantik. Contohnya : Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya.

Ketaksaan menunjukkan kepada anda tentang struktur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.

Perkataan teliti mungkin membawa erti kemas, terancang dan sebagainya. Dalam contoh di atas, anda seharusnya dapat membayangkan makna teliti meliputi perkataan kemas, terancang dan perkataan-perkataan lain yang relevan.

JENIS- JENIS KETAKSAAN


a)

Ketaksaan Struktural
melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, dua orang pelajar

menerima anugerah inovasi Sains yang mengharumkan nama


Universiti.
b)

Ketaksaan Leksikal
melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, pelajar kamarnya. tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam

c)

Ketaksaan Metafora
melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-unsur kiasan
yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, perbuatan rakan anda itu biadab.

KETAKSAAN MAKNA DALAM AYAT


Dalam hal membina ayat, makna merupakan aspek yang amat penting. Tanpa menghitung aspek makna dalam binaan ayat, maka ayat yang dibina, meskipun tepat dari segi nahu, namun boleh menimbulkan keraguan maksud. Contohnya :
1.

2.

Rosli masih menduda walaupun sudah berkahwin. Saya membenci semua perkara yang saya suka.

Seperti yang terpapar dalam ayat-ayat ini, kelihatan ayat-ayat ini, walaupun dibina secara gramatis, namun tidak boleh dianggap ayat yang betul kerana ketaksaan makna yang wujud di dalam beberapa perkataan dalam ayat-ayat itu.

Misalnya, dalam ayat (1) terdapat dua ayat penyata,iaitu Rosli masih bujangdan Rosli sudah berkahwin. Lazimnya, orang bujang ialah orang yang belum berkahwin dan dengan demikian tidaklah lojik kalau orang itu masih boleh mengekalkan taraf bujangnya, walaupun sudah berkahwin. Apabila seseorang itu sudah berkahwin, tentunya dia akan hilang status bujangnya. Dengan demikian tidak dapat diterima ayat ini sebagai ayat gramatis kerana ketaksaan makna dalam ayat ini. Seperti juga hal dalam ayat-ayat lain kerana wujud ketaksaan makna.

KEKABURAN MAKNA

Terdapat empat jenis kekaburan makna : i. Kekaburan referensi ii. Kekaburan makna iii. Kekaburan spesifikasi iv. Kekaburan disjungsi

KEKABURAN REFERENSIAL
Kekaburan referensial muncul kerana makna leksikel sebuah perkataan sukar diterapkan pada objek tertentu. Misalnya perkataan city dan town dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kota dalam bahasa Indonesia. Apabila seorang penterjemah hendak menggunakan perkata town atau city untuk menterjemah Pare dan Kediri, menimbulkan masalah kerana baik Pare atau Kediri dalam kebiasaan orang Indonesia sama-sama disebut istilah kota. Sementara dalam bahasa Inggeris ada perbezaan yang signifikan antara town dan city.

KEKABURAN MAKNA
Kekaburan makna muncul kerana adanya penafsiran yang berbeza atau tidak pasti terhadap makna kata atau frasa tertentu. Contohnya : lukisan Anita. Pernyataan ini dapat dimaknakan sebagai: i. Lukisan yang dilukis oleh Anita ii. Lukisan yang dilukis oleh orang lain tetapi telah dimiliki oleh Anita. iii. Lukisan yang menggambarkan wajah Anita iv. Lukisan yang akan diberikan pada orang yang bernama Anita dan lukisan itu tidak dlukis oleh Anita, tidak dibeli oleh Anita, belum dimiliki oleh Anita dan tidak juga menggambarkan wajah Anita.

KEKABURAN SPESIFIKASI
Kekaburan ini muncul kerana sifat makna sesuatu perkataan yang terlalu umum. Contoh yang diberikan oleh Kempson ialah kata go yang maksudnya pergi. Ayat dia pergi ke kota pada dasarnya dapat membawa makna berbagai gerak seperti jalan kaki, naik kereta, naik motorsikal, naik kenderaan umum dan sebagainya. Kata pergi dianggap tidak cukup memiliki spesifikasi gerak dan hanya memiliki makna tentang arah gerakan sahaja dan kerana itu menimbulkan kekaburan.

KEKABURAN DISJUNGSI
Kekaburan ini muncul kerana terdapat pilihan yang menimbulkan penafsiran yang berbeza, sementara pilihannya terdapat juga di luar pilihan yang disediakan. Contohnya ayat encik mahu minum kopi atau teh? pada dasarnya mempunyai tiga pilihan jawapan atau bahkan lebih meskipun pilihan yang diberikan hanya dua.

Selain itu, kekaburan makna juga muncul disebabkan struktur fonetik, faktor gramatikal dan faktor leksikel.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like