1.2 Maksud Semantik
1.2 Maksud Semantik
1.2 Maksud Semantik
1
1.0. MAKNA SEMANTIK.
Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna dan ayat. Kajian ini
menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan makna
kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan
hubungannya dengan dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna
bahasa.
Semantik menghubungkan makna kalimat dengan wacana atau teks. Semantik
bersifat gramatis yang mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat. Analisis semantik
memberikan penjelasan dari segi linguistik yang bersifat formal dan tetap. Semantik
berbeza dengan sintaksis kerana sinstaksis ialah kajian tentang struktur bahasa dan
bukan makna. Bidang yang yang berhubungan dengan semantik ialah ilmu pragmatik.
Pragmatik ialah kajian penggunaan dan penginterpretasian ujaran berdasarkan
konteks.
Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam
sesuatu bahasa. Daripada segi etimologi, kata Yunani sema yang beerti tanda atau
lambang. Oleh hal yang demikian semantic juga dapat diertikan sebagai ilmu yang
menyelidiki paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu
bahasa serta ertinya.
Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat, manakala ayat terbina daripada
rentetan kata. Oleh yang demikian, untuk meniliti makna dalam dalam sesuatu bahasa,
peringkat bahasa yang diteliti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata dan ayat,
iaitu morfem, kata, frasa, dan ayat. Dengan ini, semantik dapat ditakrifkan sebagai
kajian tentang makna morfem, kata, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
2
1.1. HUBUNGAN MAKNA DENGAN PERKATAAN.
Perkataan yang terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja, kata
adjektif kesemuanya mengandungi makna. Sebaliknya, kata hubung seperti lalu dan
jika sambil, tetapi, kata sendi nama seperti di, ke, daripada, punyai makna,
tetapi dari segi tatabahasa ia berfungsi untuk membezakan makna. Sebagai contoh,
minggu bermaksud jangka waktu yang lamanya tujuh hari, sebaliknya mingguan
bermaksud sesuatu yang berlaku tiap-tiap minggu atau sekali dalam seminggu. Hal
ini menunjukkan terdapat hubungan antara makna dengan kata tersebut dan dengan
itu tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya.
Kata-kata adalah berhubungan antara satu dengan yang lain melalui
pelbagai cara. Terdapat istilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan tersebut
yang diakhiri oleh morfem nimi seperti sinonimi, antonimi, homonimi, dan hiponimi.
Denotasi ialah makna tersurat. Denotasi juga dikenali sebagaimakna kamus,
makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual dan makna ideasional.
Contohnya, Ayam tambatan ialah Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau
lain-lain alat pengikat.Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.
Ayam tambatan ialah Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.
Istilah lain untuk konotasi ialah emotif atau makna evaluatif. Terdapat kata-
kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna
konotasi yang berbeza. Contohnya, kata wafat, mati, meninggal dunia,
mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah. Tetapi
dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani,meninggal
dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk
sebutan yang lebih kasar.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
3
Daripada segi konteks penggunaan kata, makna, sesuatu kata atau
ungkapan dapat dibezakan kepada makna denotatif dan makna konotatif. Sebagai
contohnya, kata lelaki dalam ayat Dia seorang lelaki dalam konteks yang berbeza
akan membawa makna yang berlainan. Dalam konteks biasa, kata lelaki bermakna
manusia bukan perempuantetapi dalam konteks yang lain, kata lelaki dapat
membawa maksud berani apabila lelaki tersebut tampil ke hadapan untuk
menyelamatkan wanita yang diragut.
Dalam konteks sedemikian, kata lelaki yang membawa maksud berani itu
dikatakan mempunyai makna konotatif manakala kata lelaki yang bermakna
manusia bukan wanita mempunyai makna denotatif..
Perbezaan makna denotatif dengan makna konotatif dapat ditentukan
berdasarkan ada atau tidaknya nilai rasa pada sesuatu kata, baik nilai rasa posit
mahupun negatif. Sebagai contohnya, walaupun kata perempuan dan wanita
mempunyai makna denotative yang sama, iaitu manusia yang bukan lelaki namun
kedua-dua kata ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Kata perempuan mempunyai
nilai rasa yang rendah sedangkan kata wanita mempunyai nilai rasa yang lebih
tinggi.
Contoh lain untuk membezakan makna denotatif daripada makna konotatif
terdapat dalam ungkapan kaki ayam. Makna denotatif bagi ungkapan ini ialah kaki
yang dimiliki oleh ayam, tetapi makna konotatifnya merujuk kepada orang tidak
memakai kasut. Begituyang terdapat pada tangkai jering. Makna denotatifnya ialah
tangkai yang terdapat pada buah jering manakala makna konotatifnya ialah orang
yang kedekut.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
4
2.0. ASPEK SINONIMI.
Sinonimi merujuk kepada aspek hubungan antara sinonim. Sinonim ialah kesamaan
makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir
sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti misalnya
perkataan pendek dan rendah, sejuk dan dingin, tidur dan lena, sedap dan
lazat dan sebagainya. Dalam kamus bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang
mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.
Kata-kata sinonim boleh wujud mengikut gaya yang berlainan berdasarkan
keperluan pengungkapan yang ditentukan mengikut konteks dan situasi. Contohnya,
kata-kata wafat, mangkat, meninggal dunia, mati, kojol, kejang, dan mampus. Kata-
kata tersebut mendukung makna mati. Namun, wafat digunakan untuk nabi atau
rasul, mangkat untuk raja, meninggal dunia untukorang biasa dan mati untuk haiwan,
tumbuhan dan benda-benda lain, mampus untuk haiwan, manakala kojol dan kejang
untuk menyatakan erti yang sama secara kurang sopan. Semua perbezaan itu bukan
disebabkan oleh perbezaan dialek tetapi gaya dan kesan berlainan yang hendak
ditimbulkan.
Kata-kata yang bersinonim itu tidak mempunyai kesamaan makna seratus-
peratus . perbezaan makna dapat dilihat pelbagai konteks.
a. Konteks yang tidak boleh ditukar ganti sebagai contoh kata perempuan dan
wanita walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan wanita tidak akan
dapat ditukar menjadi persatuan perempuan.
b. Konteks yang formal dan tidak formal misalnya, kata ganti nama diri orang
pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kata aku
digunakan dalam situasi yang tidak formal.
c. Konteks susun lapis masyarakat sebagai contohnya, kata ganti nama diri
orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diri baginda tetapi
rakyat biasa, kata ganti nama diri untuk menyebut diri apabila berhubungan
dengan golongan diraja ialah patik.
d. Konteks perbezaan penggunaan contohnya, kata mati digunakan dalam
konteks biasa sedangkan ungkapan meninggal dunia digunakan dalam
konteks yang lebih sopan.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
5
Selain itu, terdapat beberapa aspek yang diteliti berkaitan dengan hubungan
sinonim.
a. Tidak semua kata dalam bahasa Melayu mempunyai sinonim. Misalnya,
kata hujan, padi, dan batu tidak mempunyai sinonim.
b. Ada kata yang bersinonim pada bentuk kata dasar tetapi tidak bersinonim
pada bentuk kata terbitan. Sebagai contohnya,kata benar bersinonim
dengan sungguh tetapi kebenaran tidak bersinonimdengan kata
kesungguhan.
c. Terdapat kata yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar tetapi
memiliki sinonim pada bentuk terbitan. Misalnya kata tinggi tidak bersinonim
dengan kata tingkat tetapi kata meninggikan bersinonim dengan kata
meningkatkan seperti dalam ungkapan meninggikan taraf hidup dan
meningkatkan taraf hidup.
d. Ada kata yang menurut makna asalnya tidak bersinonim apabila digunakan
sebagai kiasan. Misalnya, kata hitam tidak bersinonim dengan kata jahat
dalam pengertian sebenarnya tetapi bersinonim apabila kata hitam digunaka
sebagai kiasan seperti dalam ungkapan watak hitam sama ertinya dengan
watak jahat.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
6
3.0. ASPEK ANTONIMI.
Antonimi mempunyai maksud yang berlawanan daripada sininimi, iaitu ia
merujuk kepada hubungan antara antonim. Antonim bermaksud kata yang bermakna
dianggap berlawanan dengan kata lain. Sebagai contohnya, kata tua berlawanan
dengan kata muda, kata tidur berlawanan maknanya dengan kata jaga manakala
kata berani berlawanan maknnya dengan kata takut.
Seperti kata-kata yang bersinonim, hubungan antara dua kata yang
berantonim juga bersifat dua hala. Dalam hal ini, dapat dikatakan bahawa kata-kata
tua, tidur, dan berani masing-masingberantonim dengan kata muda, jaga dan takut
dan begitulah sebaliknya, kata-kata muda, jagadan takut masing-masing berantonim
dengan kata tua, tidur, dan berani.
Antonim dapat diklasifikasikan kepada beberapa ragam antonim. Ragam yang
dimaksudkannya ialah:
Rajah 1: Ragam Antonim.
ragam antonim
ragam antonim
komplementer
ragam antonim
resiprokal
ragam antonim
relasional
ragam antonim
perbandingan
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
7
a. Antonim komplementer Iaitu pasangan kata berlawanan yang saling
melengkapi misalnya, hidup dan mati, miskin dan kaya, bumi dan langit,
kembang dan kuncup, tajam dan tumpul, sihat dan sakit, gembira dan sedih
b. Antonim perbandingan iaitu pasangan kata yang menunjukkan ada
kelebihan atau hubungan darjah pada satu kata dan satu kata yang lain ada
kekurangannya contohnya, besar dan kecil, lapang dan sempit, tinggi dan
rendah. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang
dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu
lain yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah
menggambarkan secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada
kerbau kecil sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama
pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk
kepada kereta lumba tentu tidak sama darjahnya jika merujuk kepada ereta
biasa.
c. Antonim relasional iaitu menunjukkan hubungan erat antara pasangan kata
yang berkaitan. Contohnya, guru dan murid, pemimpin dan rakyat, majikan
dan pekerja, dan sebagainya.
d. Antonim resiprokal iaitu pasangan kata yang bertentangan daripada makna
tetapi berkait rapat daripada segi fungsinya. Contohnya, membeli dan
menjual, memberi dan menerima. Dalam bahada inggeris terdapat
beberapa pasangan perkataan yang menunjukkan pertentangan seperti ini,
misalnya, trainer-trainee, mentor-mentee, employer-employee, interview-
interviewee dan sebagainya.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
8
4.0. ASPEK HOMONIMI.
Dalam kajian semantik, makna lebih dipentingkan. Sebutan dan ejaan juga
diambil kira bagi melihat perbezaan makna sesuatu kata. Homonim ialah dua kata
atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada daripada segi sebutan, ejaan,
atau kedua-duanya, tetapi mempunyai makna berbeza. Sebagai contoh, perkataan
kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepala kereta
api, kepala manusia dan kepala surat. Kepala kereta api merujuk kepada sesuatu
yang letaknya di bahagian hadapan, manakala kepala manusia dan kepala surat
merujuk kepada sesuatu yang letaknya dibahagian atas.
Antara kata Melayu yang tergolong sebagai hominim termasuklah kata
ketam. Bahasa ini popular dalam bahasa melayu sehingga dijadikan teka-teki oleh
orang Melayu. Dalam kamus, kata ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza
(kamus membezakan ketiga-tiganya dengan meletakkan angka Roman selepas
setiap kata masukan.) Contoh lain homonim termasuklah lompang, pasang, rawan,
sari, ulas, buku, natu, dan sebagainya.
Contoh 1: Ketam I pisau tidak berhulu untuk menuai padi, tuai.
Ketam II alat untuk melicinkan kayu.
Ketam III binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh.
Contoh 2: pasang I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)
Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan
kekeliruan jika tidak berlatarbelakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim
mempunyai sebutan dan ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. Jika
sesuatu ayat atau perkataan itu mempunyai lebih lebih daripada satu interpretasi ia
boleh menimbulkan kekaburan kepada pendengar atau pembaca.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
9
Perhatikan ayat-ayat yang berikut:
1. Syafiq masuk ke tandas lalu menutup pintu.
2. Setiap petang Zahid lalu di hadapan rumah Siti.
3. Azwad tidak lalu makan kerana sakit perut.
4. Fareez mendapat keputusan yang cemerlang tahun lalu.
5. Setelah berehat seketika mereka lalu meneruskan perjalanan ke bandar.
Penggunaan ayat lalu dalam ayat-ayat di atas kesemuanya membawa
maksud yang berbeza.dalam ayat (1), lalu merupakan kata hubung yang
menyambungkan dua klausa yang setara menjadi satu. Dalam ayat (2), lalu
membawa maksud melintas atau menempuhi. Dalam ayat (3), lalu membawa
maksud berdaya atau sanggup. Dalam ayat (), lalu membawa maksud lepas atau
lampau. Dalam ayat (5), lalu membawa maksud sesudah itu atau kemudian
daripada itu. Demikian juga perkataan kuda yang mempunyai pelbagai makna,
iaitu sejenis binatang yang berkaki empat, ukuran kekuatan enjin atau motor dan
nama buah catur.
Jika terdapat perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan
sama ada secara konseptual atau sejarah, ia disebut sebagai polisemi. Polisemi
diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau satu
set makna. Hal ini memperlihatkan seolah-olah konsep polosemi sama dengan
hominim, iaitu satu patah perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Y
Rajah 2: t diperturunkan makna kata jatuh dan contoh penggunaannya.
Makna Ayat contoh
Gugur Buah durian itu jatuh tadi pagi.
Merosot,turun Harga getah jatuh pagi tadi.
Terbenam Rumahnya terletak sebelah matahari jatuh.
Bersamaan dengan Hari lahirnya jatuh pada hari jumaat.
Tumbang Kerajaan itu jatuh kerana mengamakan rasuah
Muflis, bankrap Perniagaan jatuh kerana banyak saingan.
Tidak dapat dipertahankan Akhirnya, melati jatuh ke tangan Borhan daripada tangan Ali
Menjadi Apabila mendengar abang masuk penjara, emak jatuh sakit.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
10
Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan
makna. Yang berikut antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homofon.
perkataan Maksud Dengan perkataan Maksud
Baka Asal keturunan baqa Kekal
Bang Seruan azan bank Institut kewangan
Masa Waktu massa Jumlah yang banyak.
Jin Makhluk halus jean Sejenis seluar tebal
Rajah 3: Contoh Homofon.
Homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Ejaan Sebutan/bunyi Maksud
Bela Bela Pelihara
Bla Mempertahankan
Perang Perang Pergaduhan
Prang Warna kuning kemerahan
Rendang Rndang Sejenis masakan
Rendang Rimbun
Semak Smak Belukar
Semak meniliti
Rajah 5: contoh homograf.
Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh:daki I kotoran, daki II - panjat
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
11
5.0 ASPEK HIPONIMI
Hiponimi merujuk kepada hubungan antara hiponim. Hiponim ialah kata yang
mempunyai lingkungan dalam struktur makna, iaitu makna sesuatu ungkapan itu
merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain.
Secara umumnya, hiponim merupakan hubungan kekeluargaan dengan kata-
kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain kata umum yang mempunyai
lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Sebagai contoh kita
tahu bahawa hijau, kuning, merah, biru dan kelabu ialah perkataan yang merujuk
kepada warna.
Sebagai contoh lain, kerusi ialah pemadam ialah hiponim terhadap alat tulis
kerana pemadam tergolong dalam makna alat tulis. Dalam hal ini, pemadam
memang alat tulis, tetapi alat tulis bukan pemadam semata-mata sebaliknya
merangkumi perabot lain.
Hal ini difahami daripada rajah berikut.
(Mempunyai makna umum)
(Mempunyai makna khusus)
Rajah 6: Pembentukkan Hiponim
Berbeza daripada sininom dan antonim, hubungan antara dua kata yang
berhiponim adalah satu arah. Contohnya, kata pemadam berhiponim dengan kata
alat tulis tetapi alat tulis tidak berhiponim dengan kata pemadam. Hal ini demikian
kerana kata alat tulis meliputi pelbagai jenis alat tulis yang lain seperti yang terdapat
dalam Rajah .
Pensil Pen dakwat Pen khat
ALAT TULIS
Pembaris Pemadam
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
12
Refleksi
Alhamdulillah dengan limpah kurnia dari-Nya dapatlah kami dengan jayanya
menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ucapan terima
kasih atas bantuan penyarah kami iaitu En. Fihat bin Salleh yang telah memberikan
tunjuk ajar dan keterangan yang jelas dalam menyiapkan tugasan ini.
Hasil daripada tugasan ini, saya juga telah memperoleh faedah daripada
perbincangan dan dapat menyelesaikan masalah secara rasional. Saya kini sedar
akan pentingnya mempunyai sikap tolong-menolong semasa menjalankan kerja
kursus ini. Tambahan lagi, saya telah dapat banyak manfaat daripada kerja kursus.
Hal ini kerana, kerja kursus memang memberi cabaran kepada saya terutamanya
kerana keadaan cuaca yang tidak menentu begini.
sepanjang proses menjalankan tugas ini, saya menjadi lebih mahir mencari
bahan menggunakan buku dan internet. Menunjukkan betapa pentingnya pemilihan
bahan ilmiah yang terbaik semasa pencarian maklumat.
Daripada kerja kursus ini, saya telah lebih mengetahui sesi pembelajaran
dengan lebih fleksibel. Tugasan satu, saya telah mendapat banyak faedah daripada
bahagian ini saya telah mempelajari ilmu yang sangat berguna. Antaranya ialah
mempelajari maksud semantik dan hubungan antara perkataan. Saya menyedari
kata-kata adalah berhubungan antara satu dengan yang lain melalui pelbagai cara.
Terdapat istilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan tersebut yang diakhiri
oleh morfem nimi seperti sinonimi, antonimi, homonimi, dan hiponimi dan topik-topik
di dalam buku bahasa melayu II.
Tugasan 2 pula, saya dapat mengkaji aspek-aspek sinonimi, antonimi,
homonimi, dan hiponimi berserta contoh yang seduai. Saya mendapati banyak
perkara yang boleh saya pelajari dalam satu aspek. Makna-makna yang berlainan
mengikut cara sebutan membuatkan saya mengetahui cara menyebut amat penting
untuk menyampaikan makna.
Tuntasnya, hasil tugasan ini, banyak bermanfaat kepada saya, dan turut dapat
memberikan saya ilham untuk mencipta aktiviti semasa sesi pembelajaran apabila
mula mengajar nanti.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
13
RUJUKAN
Abdullah Hassan (1998), Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Selangor: Fajar
Bakti Sdn. Bhd
Ab. Rahman & Yap Kim Fatt (1997), Bahasa Melayu Komunikasi 1. Selangor :
Longman Sdn. Bhd
Ab. Rahman, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim selamat (1997). Pengajian Melayu 1.
Selangor : Longman Sdn. Bhd
Goay Teck Chong, Choo Say Tee,& Zainuddin Ahmad. (2009). Longman Teks Pra-U
STPM Bahasa Malaysia Kertas 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford
Fajar Sdn Bhd.
Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan. (2007). Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
[BAHASA MELAYU AKADEMIK II] PM 3312
14
LAMPIRAN