Definisi Obesiti
Definisi Obesiti
Definisi Obesiti
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat obisiti didefinisikan
sebagai pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang
Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2). berat (kg) BMI= _______________________ [tinggi (m)]2
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satupenyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti : 1. Diabetis, 2. Darah tinggi, 3. Penyakit jantung, 4. Kegagalan sistem pernafasan , 5. Kegagalan system perkumuhan 6. Kanser dan sebagainya. Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
Obesiti terjadi apabila terdapat kelebihan tenaga yang positif iaitu berlaku pengambilan makanan lebih dari apa yang diperlukan. Situasi begini wujud apabila kita makan dengan berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal.
Jisim lemak badan dinilai dari antropometri dengan ukuran ketebalan lipatan kulit (contohnya pada tricipital), ukuran lilitan (lengan atau perut) atau ukuran teknikal. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. Kebelakangan ini, 'body mass index' (BMI: berat (kg)/tinggi(m)2 ) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat badan dan obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran berat. Agihan BMI di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut umur dan jantina. BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum pada umur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)
Secara ringkasnya faktor- faktor yang menyebabkan obesiti ialah; 1. Keturunan dan faktor genetik 2. Tiada senaman yang mencukupi 3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak 4. Hormon 5. Pengambilan ubat/ Rawatan 6. Virus
PUNCA OBESITI
1. Pemakanan Yang Tidak Sihat Obesiti di Malaysia semestinya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak sihat sama sekali contohnya seperti roti canai,teh tarik dan nasi lemak. Yang lebih membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita. Memakan makanan seimbang tidak diambil berat. 2. Cara Hidup Yang Tidak Cergas Rata-rata rakyat malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak cergas kerana semua di negara ini terlalu mudah contohnya internet banking, walaupun ianya merupakan implikasi teknologi masa kini tetapi membawa kesan buruk terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat kerana masyarakat akan lebih cenderong duduk di rumah berbanding keluar. Oleh itu wujudlah masyarakat yang malas dan tadak cergas dalam
negara ini. Waktu petang kalau kita amati ialah waktu untuk beriadah tetapi anak muda masa kini lebih gemar menghabiskan waktu dengan bermain gajet, melayari internet. 3. Pemakanan Yang Tidak Mengikut Waktu Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan pada waktu yang tepat akan menyebabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih, dan lebih bertenaga. Namun terdapat segelintir masyarakat di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada waktu yang tidak betul seperti tengah malam. Ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.