Laporan Amali 3

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

LAPORAN AMALI 3 NILAI BAHAN API BAGI KEROSIN, LPG DAN LILIN

Tujuan amali:
Untuk menentukan nilai bahan api bagi kerosin (minyak tanah), LPG (gas petroleum)
dan lilin.

Bahan:
a) Kerosin
b) LPG
c) Lilin

Radas:
a) Tin kuprum
b) Tungku kaki tiga
c) Termometer (0-100 C)
d) Silinder penyukat 100 cm
3

e) Lampu minyak
f) Neraca tiga palang
g) Tanah liat segi tiga
h) Penghadang angin
i) Bongkah kayu






Gambar rajah:






















Langkah berjaga-jaga:
1. Berhati-hati apabila mengambil suhu air apabila pemanasan sedang berlaku
dan elakkan tangan daripada menyentuh bikar yang sedang panas.

Prosedur:
1. 200 cm
3
air dituang ke dalam tin kuprum dengan menggunakan silinder
penyukat.
2. Tin kuprum diletakkan di atas tunku kaki tiga.
3. Suhu awal air disukat dan direkodkan.
4. Penghadang angin diletakkan seperti di dalam Rajah 1.
5. 50 cm
3
kerosin dituangkan ke dalam bekas lampu minyak dan berat lampu
serta kandungannya direkodkan.
6. Bekas lampu minyak diletakkan di bawah tin kuprum seperti dalam Rajah 1
dan lampu minyak dinyalakan dengan segera.
7. Air dikacau sepanjang eksperimen ini.
8. Apabila suhu air telah mencecah 30 C, api dipadamkan. Suhu tertinggi air
direkodkan.
9. Berat lampu minyak serta kandungannya ditimbang dan direkod.
10. Prosedur 1 hingga 9 diulang dengan menggunakan lilin.
11. Prosedur 1 hingga 9 diulang dengan menggunakan LPG.








Keputusan:
Kerosin LPG Lilin
Suhu awal air (
0
C) 29 29 29
Suhu akhir air (
o
C) 59 60 59
Peningkatan suhu (
0
C) 30 31 30
Berat awal lampu minyak (g) 232.53 547.3 9.1
Berat akhir lampu minyak (g) 231.40 546.9 7.1
Berat bahan api yang terbakar
(g)
1.13 0.4 2.0














Pengiraan:
1. Kerosin



Andaian
a) Ketumpatan air ialah 1.0gcm
-3
.
b) Kehilangan haba ke persekitaran adalah diabaikan.
c) Muatan haba tentu air ialah 4.18 Jg
-1 o
C
-1
.






Haba yang dibebaskan dalam tindak balas:


Apabila 1.13 g kerosin dibakar dalam oksigen berlebihan, 25.08 kJ haba
dibebaskan.
Apabila 1.0 g kerosin dibakar dalam oksigen berlebihan, 22.20 kJ haba dibebaskan.
H
pembakaran kerosin
=




2. LPG



Andaian
a) Ketumpatan air ialah 1.0gcm
-3
.
b) Kehilangan haba ke persekitaran adalah diabaikan.
c) Muatan haba tentu air ialah 4.18 Jg
-1 o
C
-1
.






Haba yang dibebaskan dalam tindak balas:


Apabila 0.4 g LPG dibakar dalam oksigen berlebihan, 25.08 kJ haba dibebaskan.
Apabila 1.0 g LPG dibakar dalam oksigen berlebihan, 62.70 kJ haba dibebaskan.
H
pembakaran LPG
=



3. Lilin



Andaian
a) Ketumpatan air ialah 1.0gcm
-3
.
b) Kehilangan haba ke persekitaran adalah diabaikan.
c) Muatan haba tentu air ialah 4.18 Jg
-1 o
C
-1
.







Haba yang dibebaskan dalam tindak balas:


Apabila 2.0 g lilin dibakar dalam oksigen berlebihan, 25.08 kJ haba dibebaskan.
Apabila 1.0 g lilin dibakar dalam oksigen berlebihan, 12.54 kJ haba dibebaskan.





H
pembakaran lilin
=








Perbincangan:
Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, nilai bahan api bagi kerosin adalah 22.20
kJ g
-1
. Manakala, LPG ialah 62.70 kJ g
-1
dan lilin ialah 12.54 kJ g
-1
. Daripada
keputusan yang diperoleh, LPG menunjukkan nilai bahan api yang tertinggi diikuti
dengan kerosin dan lilin.

LPG adalah liquified petroleum gases. Ia merupakan campuran antara butana dan
propana. Nilai bahan api bagi LPG yang tinggi menunjukkan berat bahan api LPG
yang paling rendah digunakan untuk pembakaran berlaku. Ini bermakna, tenaga
yang dibebaskan dengan banyak pada penggunaan bahan api yang sedikit. Selain
itu, LPG membebaskan kurang gas karbon dioksida semasa pembakaran berlaku.
Oleh sebab itu, LPG digunakan untuk memasak, bahan api kenderaan kerana ia
merupakan bahan api petroleum yang efisien.

Kerosin pula adalah cecair hidrokarbon. Ia juga dipanggil parafin. Kerosin kurang
nilai bahan apinya berbanding LPG. Ini kerana kerosin mempunyai 6 hingga 16 atom
karbon di dalam rantai karbon. Oleh itu, rantai karbon yang panjang ini memerlukan
masa yang panjang untuk pemecahan rantai-rantai karbon bagi proses pembakaran
lengkap berlaku. Maka, berat bahan api bahan kerosin adalah tinggi diperlukan
untuk pembakaran lengkap.

Lilin mempunyai nilai bahan api yang paling rendah kerana banyak tenaga yang
diperlukan untuk memecahkan ikatan kimia semasa pembakaran lilin. Lilin
dioksidakan menggunakan oksigen di udara pada masa yang lama. Oleh itu, banyak
bahan api lilin yang diperlukan untuk pembakaran lengkap berlaku.

Nilai bahan api yang diperoleh di dalam eksperimen adalah lebih rendah berbanding
nilai teori besar kemungkinan disebabkan oleh faktor pembakaran yang tidak
lengkap. Data suhu akhir diambil apabila perubahan suhu mencecah 30C. Jika
ditambah perubahan suhu yang lebih tinggi, mungkin nilai bahan api yang diperoleh
akan rapat dengan nilai teori. Namun disebabkan kekangan masa, hal ini tidak dapat
dilakukan. Selain itu, pembakaran yang tidak lengkap disebabkan kurangnya
oksigen di persekitaran.
Kesimpulan:
Nilai bahan api bagi kerosin, LPG dan lilin ialah 22.19 kJ g
-1
, 62.70 kJ g
-1
dan 12.54
kJ g
-1
masing-masing.


Soalan:

1. Nyatakan 6 faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan api yang
digunakan dalam bidang perindustrian.
(6 markah)
i. Mudah didapati
ii. Tidak mencemarkan alam sekitar
iii. Murah
iv. Mempunyai nilai bahan api yang tinggi
v. Tahap kecekapan (keefisienan) yang tinggi.
vi. Tidak membahayakan kesihatan.

2. Dalam satu perkhemahan, anda diminta untuk menjalankan aktiviti
memasak. Anda dibekalkan dengan lilin, kerosin dan LPG. Bahan api
yang manakah akan anda pilih untuk menjalankan aktiviti tersebut?
Jelaskan.
(4 markah)
Saya akan memilih bahan api LPG kerana nilainya adalah yang paling tinggi
berbanding kerosin dan lilin. Ini bermakna hanya sedikit bahan api yang
terbakar. Selain itu, ia menjimatkan masa. Tambahan pula, api LPG adalah
warna biru, maka, ia kurang menghasilkan jelaga.



3. Sekiranya LPG hanya mengandungi butana dan propana, tuliskan
persamaan untuk pembakaran kedua-dua hidrokarbon tersebut.
(2 markah)
i. Pembakaran butana:
Butana + oksigen air + karbon dioksida + haba
C
4
H
10
+

O
2
5H
2
0 + 4CO
2
+ haba

ii. Pembakaran propana :
Propana + oksigen air + karbon dioksida + haba
C
3
H
8
+ 50
2
4H
2
O + 3CO
2
+ haba

4. Jelaskan mengapa nilai bahan api yang diperoleh daripada ujikaji adalah
lebih rendah daripada nilai teori?
(3 markah)
Kerana terdapat haba yang terbebas ke persekitaran. Selain itu, mungkin
pembakaran tidak lengkap yang berlaku dan juga ujikaji dilakukan bukan
dalam keadaan piawai.

You might also like