Eksperimen 2

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

EKSPERIMEN 2

TAJUK:
Haba Tindak Balas
PENGENALAN:
Perubahan kimia dan fizikal bahan dalam sesuatu tindak balas adalah
melibatkan perubahan tenaga. Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan dalam
semua bahan kimia. Semasa tindak balas kimia berlaku, tenaga kimia di dalam bahan
tindak balas akan merubah kepada bentuk tenaga yang lain, terutamanya tenaga haba.
Termokimia ialah satu bidang kimia yang berkaitan dengan perubahan tenaga haba
dalam sesuatu tindak balas. (Tan Yin Toon, 2005).
Perubahan tenaga boleh dilihat dengan mengesan pengaliran haba di antara
sistem dan persekitarannya. Tindak balas kimia boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik berdasarkan perubahan
tenaga yang berlaku.
Eksperimen ini dijalankan adalah untuk mengetahui haba tindak balas di antara
pepejal natrium karbonat kontang dengan asid hidroklorik dan pepejal natrium hidrogen
karbonat dengan asid hidroklorik. Justeru, sebuah kalorimeter mudah telah di bina
dengan menggunakan cawan plastik dan larutan asid hidroklorik sebagai air
kalorimeter. Perubahan tenaga bagi setiap larutan akan direkodkan untuk mengetahui
pengaliran haba tindak balas. Berdasarkan kepada Hukum termodinamik I, tenaga tidak
boleh dicipta atau dimusnahkan. Tenaga boleh bertukar dari satu bentuk kepada bentuk
yang lain. Tenaga haba akan dibebaskan kepada persekitaran. Istilah persekitaran
bererti air iaitu medium bahan dilarutkan, bekas iaitu tempat bahan kimia bertindak
balas, udara dan juga termometer.
Tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran adalah tindak balas
eksotermik manakala tindak balas yang menyerap haba dari persekitaran adalah tindak
balas endotermik. Perubahan tenaga haba juga dikenali sebagai perubahan entalpi.
Perubahan entalpi merujuk kepada perubahan dalam tenaga haba dalam keadaan
piawai. Simbol yang digunakan untuk perubahan entalpi adalah H.

TUJUAN:
Untuk menentukan haba tindak balas bagi:
I. Na
2
Co
3
+ 2HCl
(ak)
2NaCl
(ak)


+ H
2
O
(ce)
+ CO
2 (g)

1
:
II. NaHCO
3 (p)
+ HCl
(ak)
NaCl
(ak)
+ H
2
O
(ce)
+ CO
2 (g)

2
:
dan secara tak langsung, menerusi Hukum Perjumlahan Haba Tetap Hess (Hess
Law of constant heat summation), haba tindak balas bagi
III. 2 NaHCO
3 (p)
Na
2
CO
3 (ak)
+ CO
2 (g)
+ H
2
O
(ce)

3
:

BAHAN:
EC1 ialah 2.0 moldm
-3
asid hidroklorik
EC2 ialah pepejal natrium karbonat kontang
EC3 ialah pepejal natrium hidrogen karbonat

ALAT RADAS:
50 cm
3
buret, kaki retot, dan pemegang (clamp), cawan plastic, termometer 0C - 110C
( 0.2 C), botol pembasuh (air suling), penimbang elektrik (0.01g).








PROSEDUR:
1. Satu buret digunakan. 30 cm
3
EC1 dimasukkan ke dalam cawan plastik. Cawan
dan kandungannya dibiarkan untuk beberapa minit, kemudian suhu larutan
direkodkan dalam jadual berikut.
2. Satu tabung uji yang mengandungi 2.00 hingga 2.40g EC2 ditimbang dengan
tepat dan direkodkan jisimnya.
3. Seterusnya, semua EC2 dipindahkan ke dalam cawan plastic EC1. Semua
pepejal dari tabung uji dimasukkan ke dalam cawan plastik dan dipastikan tiada
cecair yang terpercik keluar.
4. Larutan dikacau dengan berhati-hati dengan menggunakan termometer dan
suhu tertinggi yang dicapai direkodkan.
5. Prosedur di atas diulang dengan menggunakan EC3 menggantikan EC2 dan
EC3 ditimbang secara tepat dari 2.75g ke 3.15g.


















KEPUTUSAN:
Semua bacaan dan timbangan direkodkan ke dalam jadual yang berikut:

EC2

EC3
Jisim tabung uji + pepejal/g

24.1 22.8
Jisim tabung uji kosong/g

22.1 19.8
Jisim pepejal/g

2.0 3.0
Suhu awal asid/C

28.0 28.5
Suhu akhir campuran/C

32.0 22.5
Perubahan suhu/C

4 - 6

Jadual 1.0












PENGIRAAN:

Na
2
Co
3 (p)
+ 2HCl
(ak)
2NaCl
(ak)
+ H
2
O
(ce)


+ CO
2 (g)

1
: - 26.52 kJ/mol
Langkah 1: Haba tindak balas, = mc

m = 30.00cm
3
C = 4.2 J g
-1
K
-1
= 4C

= (30.00) (4.2 J g
-1
K
-1
) (4C)
= 504 J

= 0.504 kJ

Langkah 2: Menghitung bilangan mol Na
2
Co
3
n= jisim / jisim molar
= 2.0 / 23(2) + 12 + 16(3)
= 2.0 / 106
= 0.01886
= 0.019 mol

Langkah 3: Menghitung bilangan mol HCl
n = MV/1000
= (2.0) (30.00) / 1000
= 0.06 mol

Langkah 4: Menghitung haba perubahan tindak balas,
= 0.504/0.019
= 26.52 kJ/mol
Tindak balas ini merupakan tindak balas eksotermik, justeru nilai

ialah -26.52
kJ/mol

NaHCO
3 (p)
+ HCl
(ak)
NaCl
(ak)
+ H
2
O
(ce)
+ CO
2 (g)

2
: 18.9 kJ/mol

Langkah 1: Haba tindak balas, = mC

m = 30.00cm
3
C = 4.2 J g
-1
K
-1
= - 6C

= (30.00) (4.2 J g
-1
K
-1
) (6C)
= 756 J

= 0.756 kJ

Langkah 2: Menghitung bilangan mol NaHCO
3
n= jisim / jisim molar
= 3.0/ 23 + 1+12 + 16(3)
= 3.0 / 84
= 0.0357
= 0.04

Langkah 3: Menghitung bilangan mol HCl
n = MV/1000
= (2.0) (30.00) / 1000
= 0.06 mol

Langkah 4: Menghitung haba perubahan tindak balas,
= 0.756 / 0.04
= 18.9 kJ/mol




Haba tindak balas,
3
:

Na
2
Co
3 (p)
+ 2HCl
(ak)
2NaCl
(ak)


+ H
2
O
(ce)


+ CO
2 (g)

1
: 26.52 kJ/mol
NaHCO
3 (p)
+ HCl
(ak
) NaCl
(ak)


+ H
2
O
(ce)


+ CO
2 (g)

2
: 18.9 kJ/mol

2NaHCO
3 (p)
Na
2
CO
3
+ CO
2
+ H
2
O
3
:
Langkah 1:
2NaCl

+ H
2
O

+ CO
2
Na
2
Co
3
+ 2HCl
1
: - 26.52 kJ/mol
2(NaHCO
3
+ HCl NaCl + H
2
O + CO
2
)

2
: 18.9 kJ/mol

Langkah 2:

2NaCl + H
2
O + CO
2
Na
2
Co
3
+ 2HCl
1
: - 26.52 kJ/mol
2 NaHCO
3
+ 2HCl 2 NaCl + 2H
2
O + 2CO
2

2
: 37.8 kJ/mol

Langkah 3:

2 NaHCO
3 (p)
Na
2
CO
3 (p)
+ CO
2 (g)
+ H
2
O
(ce)

3
: 11.28 kJ/mol

3
= (-26.52 kJ/mol + 37.8 kJ/mol)
= 11.28 kJ/mol








PERBINCANGAN:

Tenaga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan untuk membuat kerja. Semua
bahan kimia mengandungi tenaga. Bahan kimia yang berlainan mempunyai kandungan
tenaga yang berlainan. Kandungan tenaga mutlak bagi sesuatu bahan dikenali sebagai
entalpi dan diberikan symbol H. Kandungan tenaga mutlak untuk sesuatu bahan tidak
dapat ditentukan tetapi perubahan kandungan tenaga boleh diukur dan diberikan simbol
.
Hukum Hess menyatakan bahawa haba yang dibebaskan atau yang diserap
semasa perubahan kimia tidak bergantung kepada laluan perubahan itu
disempurnakan.Eksperimen ini dijalankan adalah untuk mengkaji tindak balas
eksotermik dan endotermik. Justeru, asid hidroklorik, natrium karbonat kontang dan
natrium hidrogen karbonat telah digunakan sebagai bahan tindak balas dalam
eksperimen ini. Apabila bahan kimia bertindak balas untuk menghasilkan bahan baru,
terdapat perubahan kandungan tenaga berlaku yang menentukan sama ada haba
dibebaskan atau diserap. Contoh bagi tindak balas am adalah seperti berikut:

A + B C +D

Haba tindak balas () = Jumlah kandungan hasil tindak balas (H
1
) Jumlah
kandungan tenaga bahan tindak balas (H
2
)
= (H
c
+ H
D
) (H
A
+H
B
)
Iaitu,
= H
hasil tindak balas
H
bahan tindak balas
Unit ialah kJ mol
-1


Berdasarkan pengiraan yang telah dijalankan bagi tindak balas antara natrium
karbonat kontang dengan asid hidroklorik haba tindak balas
1,
adalah 0.504 kJ
manakala perubahan haba bagi tindak balas atau haba entalpi ini adalah - 26.52
kJ/mol. Bagi tindak balas eksotermik, nilai adalah negatif. Misalnya,


Na
2
Co
3 (p)
+ 2HCl
(ak)
2NaCl
(ak)


+ H
2
O
(ce)
+ CO
2(g)

1
: - 26.52 kJ/mol
Persamaan ini menunjukkan bahawa apabila 2 mol natrium klorida dihasilkan daripada
natrium karbonat kontang dan asid hidroklorik , 26.52 kJ tenaga dibebaskan. Apabila
larutan natrium karbonat kontang ditambahkan kepada asid hidroklorik, suhu larutan
meningkat. Hal ini bererti tenaga haba dibebaskan ke larutan. Justeru, tindak balas ini
adalah tindak balas eksotermik.
Tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang membebaskan tenaga haba ke
persekitaraan. Istilah persekitaran bermaksud air iaitu medium bahan kimia dilarutkan,
bekas iaitu tempat bahan kimia bertindak balas, udara da termometer. Semasa tindak
balas eksotermik berlaku, haba akan dibebaskan dan dipindahkan dari bahan tindak
balas ke persekitaran. Selain itu, campuran bahan tindak balas dan bekas tindak balas
akan menjadi panas. Di samping itu, suhu campuran dan bekas meningkat dan tenaga
kimia ditukarkan kepada tenaga haba. Berikut merupakan gambar rajah aras tenaga
untuk tindak balas eksotermik








Rajah 1.0
Rajah 1.0 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik.
Perbezaan antara aras tenaga bahan tindak balas (H
1
) dengan aras tenaga bahan
tindak balas (H
2
) memberikan tenaga haba yang dibebaskan ( semasa tindak balas
berlaku iaitu = H
2
- H
1.
Dalam tindak balas eksotermik, aras tenaga hasil tindak balas
lebih rendah daripada aras tenaga bahan tindak balas. Justeru, nilai bagi tindak
balas eksotermik adalah negatif.
Na
2
Co
3 (p)
+ 2HCl
(ak)

2NaCl
(ak)


+ H
2
O
(ce)


+ CO
2 (g)

1=
- 26.52 kJ/mol

Tenaga
Seterusnya, tindak balas yang kedua adalah apabila pepejal natrium hidrogen
karbonat ditambahkan kepada asid hidroklorik, suhu larutan menurun. Hal ini bererti
tenaga haba diserap daripada larutan. Oleh itu, tindak balas ini merupakan tindak balas
endotermik iaitu apabila tindak balas endotermik berlaku suhu sekeliling akan menurun.
Tindak balas endotermik merupakan tindak balas yang menyerap tenaga haba
dari persekitaran. Semasa tindak balas endotermik berlaku, haba diserap dan dipindah
ke bahan tindak balas. Selain itu, campuran bahan tindak balas dan bekas tindak balas
menjadi sejuk. Manakala, suhu campuran dan bekas menurun. Tenaga haba juga turut
ditukarkan kepada tenaga kimia. Tenaga haba diserap dari persekitaran dan ditukarkan
kepada tenaga kimia. Kehilangan tenaga haba ke sekeliling menyebabkan suhu larutan
menurun.
Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, berikut merupakan haba tindak
balas bagi natrium hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik.

NaHCO
3 (p)
+ HC l
(ak)
NaCl
(ak)
+ H
2
O
(ce)


+ CO
2 (g)

2
: 18.9 kJ/mol

Mengikut pengiraan yang telah dijalankan, haba tindak balas,
2
ialah 0.756 kJ.
Manakala, nilai bagi haba entalpi adalah 18.9 kJ/mol. Berikut merupakan gambar rajah
aras tenaga bagi tindak balas ini

Tenaga

NaCl
(ak)
+ H
2
O
(ce)
+ CO
2 (g)





2
= 18.9kJ/mol
NaHCO
3 (p)
+ HCl
(ak)



Rajah 2.0

Menerusi Hukum Perjumlahan Haba Tetap Hess (Hess Law of constant heat
summation), haba tindak balas bagi larutan ini dapat dikenal pasti.

2NaHCO
3 (p)
Na
2
CO
3 (ak)
+ CO
2 (g)
+ H
2
O
(ce)


Berdasarkan pengiraan yang telah dijalankan, haba tindak balas bagi larutan ini dapat
diselesaikan setelah haba tindak balas bagi larutan 1 dan larutan 2 dikenalpasti.
Menerusi hukum Hess, perubahan entalpi bagi larutan ini dapat ditentukan secara
langsung. Bagi sebatian yang boleh disintesiskan melalui tindak balas antara unsure-
unsurnya, entalpi pebentukan sebatian dapat ditentukan dengan menyukat tenaga haba
dibebaskan atau diserap apabila unsur-unsur ini berpadu. Berikut merupakan gambar
rajah aras tenaga bagi larutan ini,










Rajah 3.0


Dalam suatu tindak balas kimia perubahan tenaga adalah disebabkan oleh
pemecahan ikatan dan pembentukan ikatan. Tenaga diserap untuk memutuskan ikatan
yang wujud antara atom dalam bahan tindak balas. Kemudian tenaga dibebaskan
apabila ikatan baru terbentuk untuk membentuk hasil tindak balas. Hal ini bermaksud
pemecahan ikatan merupakan proses endotermik manakala pembentukan ikatan
merupakan proses eksotermik.
Dalam menjalankan pengiraan bagi menentukan nilai haba tindak balas dan
perubahan haba tindak balas terdapat beberapa andaian penting yang perlu
dikenalpasti. Antaranya ialah hanya air kalorimeter iaitu penyelesaian HCl menyerap
atau membebaskan tenaga. Keduanya adalah ketumpatan penyelesaian yang terlibat
adalah sama dengan ketumpatan air (iaitu, 1 g / mL). Seterusnya, jisim air kalorimeter
adalah sama dengan jisim larutan dicampurkan dengan jisim bahan tindak balas
pepejal. Jisim CO
2
gas yang terlepas boleh diabaikan sewaktu pengiraan dijalankan
dan akhir sekali adalah keupayaan haba tentu penyelesaian yang sama seperti muatan
haba tentu air. Semasa menjalankan pengiraan mengandaikan bahawa tiada
kehilangan haba yang berlaku ketika tindak balas. Selain itu, tidak terdapat cecair yang
hilang melalui percikan dan asid hidroklorik yang digunakan dalam tindak balas
sepenuhnya. Seterusnya adalah jisim pepejal natrium karbonat kontang dan natrium
hidrogen karbonat pepejal diabaikan dalam pengiraan haba pembentukan dan tindak
balas berlaku dalam keadaan standard.

Dalam menjalankan eksperimen ini, terdapat beberapa langkah berjaga-jaga
yang perlu dikenalpasti, antaranya ialah asid hidroklorik merupakan bahan yang
menghakis. Justeru, proses pengendalian larutan ini perlulah dilaksanakan dengan
berhati-hati. Bahan ini boleh menyebabkan kelecuran dan kecederaan mata yang teruk.
Selain itu, asid hidroklorik juga boleh menghitamkkan dan merosakkan pakaian.
Justeru, pemakain kot makmal amatlah penting. Di samping itu, untuk memastikan
bacaan yang diambil adalah sempurna berikut merupakan beberapa langkah yang perlu
dititikberatkan semasa menjalankan eksperimen ini. Pertamanya, tinggalkan larutan
untuk beberapa ketika agar tindak balas berlaku dengan sepenuhnya sebelum Selain
itu, suhu campuran tindak balas yang diambil mestilah merupakan suhu maksimum
yang dicapai semasa tindak balas dijalankan. Hal ini dapat dilaksanakan dengan
meletakkan termometer di dalam cawan plastik selama beberapa saat. Justeru, suhu
maksimum dapat direkodkan dalam jangka masa itu. Percampuran di antara asid
hidroklorik dengan pepejal natrium karbonat kontang dan pepejal natrium hidrogen
karbonat perlulah dilakukan dengan secepat mungkin supaya tindak balas dapat
dilakukan dalam masa yang singkat. Di samping itu, campuran larutan dalam cawan
plastik harus dikacau dengan perlahan-lahan dan berterusan supaya suhu larutan
adalah sekata. Bacaan termometer juga harus diperhatikan sepanjang masa supaya
suhu tertinggi yang dicapai oleh campuran tindak balas dapat direkodkan.

KESIMPULAN:
Tindak balas eksotermik adalah pepejal natrium karbonat kontang dengan asid
hidroklorik manakala tindak balas endotermik adalah pepejal natrium hidrogen
karbonat dengan asid. Apabila tindak balas eksotermik berlaku suhu sekeliling akan
meningkat manakala apabila tindak balas endotermik berlaku suhu sekeliling akan
menurun



















SOALAN:

1. Lukis gambar rajah aras tenaga untuk tindak balas yang berkaitan. (6m)

Na
2
Co
3 (p)
+ 2HCl
(ak)
2NaCl
(ak)
+ H
2
O
(ce)


+ CO
2 (g)

1
: - 26.52 kJ/mol


Tenaga

Na
2
Co
3 (p)
+ 2HCl
(ak)









NaHCO
3 (p)
+ HC l
(ak)
NaCl
(ak)
+ H
2
O
(ce)


+ CO
2 (g)

2
: 18.9 kJ/mol

Tenaga

NaCl
(ak)
+ H
2
O
(ce)
+ CO
2 (g)





2
= 18.9kJ/mol
NaHCO
3 (p)
+ HCl
(ak)



2NaCl
(ak)


+ H
2
O
(ce)


+ CO
2 (g)

1=
- 26.52 kJ/mol


2NaHCO
3 (p)
Na
2
CO
3 (ak)
+ CO
2 (g)
+ H
2
O
(ce)

3
: 11.28 kJ/mol
Tenaga








Rajah 3.0



















2. Apakah empat andaian yang anda buat dalam pengiraan anda? (4m)

Antara empat andaian yang dibuat dalam pengiraan adalah tiada kehilangan haba yang
berlaku ketika tindak balas. Selain itu, tidak terdapat cecair yang hilang melalui percikan
dan asid hidroklorik yang digunakan dalam tindak balas sepenuhnya. Seterusnya
adalah jisim pepejal natrium karbonat kontang dan natrium hidrogen karbonat pepejal
diabaikan dalam pengiraan haba pembentukan dan tindak balas berlaku dalam
keadaan standard.



3. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki ketepatan nilai
1
,
2
dan

3
? (3m)
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki ketepatan nilai
1
,

2
dan
3
semasa menjalankan eksperimen ini. Pertamanya, tinggalkan larutan
untuk beberapa ketika agar tindak balas berlaku dengan sepenuhnya sebelum Selain
itu, suhu campuran tindak balas yang diambil mestilah merupakan suhu maksimum
yang dicapai semasa tindak balas dijalankan. Hal ini dapat dilaksanakan dengan
meletakkan termometer di dalam cawan plastik selama beberapa saat. Justeru, suhu
maksimum dapat direkodkan dalam jangka masa itu. Percampuran di antara asid
hidroklorik dengan pepejal natrium karbonat kontang dan pepejal natrium hidrogen
karbonat perlulah dilakukan dengan secepat mungkin supaya tindak balas dapat
dilakukan dalam masa yang singkat. Di samping itu, campuran larutan dalam cawan
plastik harus dikacau dengan perlahan-lahan dan berterusan supaya suhu larutan
adalah sekata. Bacaan termometer juga harus diperhatikan sepanjang masa supaya
suhu tertinggi yang dicapai oleh campuran tindak balas dapat direkodkan.


4. Perubahan entalpi piawai pembakaran benzena, karbon dan hydrogen adalah -3271,
-394, -286 kJmol
-1
masing-masing. Kirakan perubahan entalpi piawai pembentukan
benzena. (7m)
Penentuan Haba Pembentukan Benzena.

Maklumat yang diberikan:

C6H6 + 15/2 O2 --> 12CO2 + 6H2O H Pembakaran benzena = -3271 kJ mol
-1


C + O2 --> CO2 H Pembakaran Karbon = -394 kJ mol
-1


2H2 + O2 --> 2H2O H Pembakaran hidrogen = -286 kJ mol
-1


6C+ 3H2 --> C6H6 H Pembentukan benzena = x kJ mol
-1


Ubahsuai persamaan untuk mendapatkan:

C6H6 + 15/2 O2 --> 6CO2 + 3H2O H pembakaran benzena = -3271 kJ mol
-1


6CO2 + 3H2O --> C6H6 + 15/2 O2 H1 = + 3271 kJ mol-1

C + O2 --> CO2 H pembakaran karbon = -394 kJ mol-1
6[C + O2 --> CO2] H2 = 6(-394 kJ mol-1)
6C + 6O2 --> 6CO2 H2 = - 2364 kJ mol-1

2H2 + O2 --> 2H2O H pembakaran hidrogen = - 286 kJ mol-1
3/2 (2H2 + O2 --> 2H2O) H3 = 3/2 (- 286 kJ mol-1)
3H2 + 3/2 O2 --> 3H2O H3 = - 429 kJ mol-1


6CO2 + 3H2O --> C6H6 + 15/2 O2 H1 = + 3271 kJ mol-1
6C + 6O2 --> 6CO2 H2 = - 2364 kJ mol-1
3H2 + 3/2 O2 --> 3H2O H3 = - 429 kJ mol-1
6C+ 3H2 --> C6H6 H Pembentukan benzena = x kJ mol-1


Menurut hukum Hess, H pembentukan benzene = H
hasil
H
tindak balas
, jadi:

H Pembentukan benzena = H
hasil
H
tindak balas

= H1 (H2 + H3)
= + 3271 kJ mol-1 [-2364 kJ mol-1+ (-429 kJ mol-1)]
= + 3271 kJ mol-1 + 2793 kJ mol-1
= + 6064 kJ mol-1












SENARAI RUJUKAN
Brubaker, J (2010).Titration of Sodium Carbonate with Hydrochloric Acid. Retrieved
February 5, 2012 from http://www.ehow.com/about_6511063_titration-sodium-
carbonate-hydrochloric-acid.html

Chang, R. (2005). Chemistry, Eighth Edition. New York: Mc Graw Hill

Tan Yin Toon. (2005). Sukses Kimia SPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Toh Kim Kau. (2004). SPM: Kimia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.Bhd.

Wise, Y. (2003). Reaction of Hydrochloric Acid. Retrieved February 5, 2012 from
http://www.coursework.info/GCSE/Chemistry/Patterns_of_Behaviour/Rates_of_r
eaction__Hydrochloric_acid_and_L47479.html











INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU
PINANG

SCE 3109: TENAGA DALAM KIMIA
PRAKTIKAL 2: HABA TINDAK BALAS

NAMA:
NURUL AIMAN BINTI JAAFAR
NO KAD PENGENALAN:
900327-02-5810
KUMPULAN/KELAS:
PISMP / T3SN1
NAMA PENSYARAH:
TUAN HAJI ANWAR BIN HAJI SULAIMAN
TARIKH SERAHAN:
10 FEBRUARI 2012

You might also like