ANALISIS SWOT Sayangi Sekolah
ANALISIS SWOT Sayangi Sekolah
ANALISIS SWOT Sayangi Sekolah
KEKUATAN (STRENGTH S)
S1 Mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar-pelajar.
S2 Dapat bertukar pendapat atau idea dan membuat pencarian sumber daripada internet.
S3 Berpeluang mengaplikasikan disiplin pelajar disekolah.
S4 Mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan rakan sejawat.
S5 Pihak pentadbir turun padang bersama pekerja sekolah dalam menjayakan program ini.
S6 Terdapat tenaga mahir daripada pihak luar yang menyumbang idea dalam perlaksanaan
program ini.
S7 - Terdapat sumbangan daripada pihak ibu bapa pelajar daripada segi idea dan bahan projek.
KELEMAHAN (WEAKNESS W)
W1 Kelengkapan yang tidak mencukupi.
W2 Terdapat alatan yang telah rosak.
W3 Kekangan masa yang melibatkan pertindihan program.
W4 Penglibatan pelajar yang tidak konsisten akibat aktiviti sekolah dengan aktiviti harian
mereka.
W5 Penglibatan rakan sejawat mahupun pekerja pembersihan yang tidak menyeluruh.
W6 Bantuan kewangan yang terlalu banyak prosuder membantutkan perlaksanaan program
dalam kadar segera.
W7 Ketiadaan kemahiran dalam melukis dan mewarna mural mengakibatkan pengambilan
masa yang lama untuk menyiapkannya.
PELUANG (OPPORTUNITIES O)
O1 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru, waris, pihak luar dan
murid-murid.
O2 Dapat berkongsi pandangan atau buah fikiran daripada guru-guru mahupun pihak luar
dalam perlaksanaan program ini.
O3 Mendapat bantuan kewangan daripada pihak PIBG sekolah dalam perlaksanaan program.
O4 Terdapat pihak luar yang menyediakan kursus penanaman dan penjagaan Bumi Hijau.
O5 Melatih pelajar menjadi seorang usahawan tani serta meneroka dan mengaplikasi bidang
tersebut.
O6 - Meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap usaha memelihara dan memulihara alam
sekitar.
ANCAMAN (THREATS T)
T1 Terdapat pelajar yang bermain semasa aktiviti yang dilakukan terutama semasa
menyediakan tapak kebun dan ini boleh mengundang kepada kecederaan.
T2 Faktor cuaca yang panas (kurang hujan) menyukarkan penjagaan pokok secara rapi.
T3 Terdapat ancaman daripada serangga perosak yang menjejaskan proses penanaman sayur-
sayuran mahupun pokok herba.
T4 Terdapat pelajar mahupun orang luar yang merosakkan tanaman semasa tiada pengawasan.
T5 Tiada penjagaan yang dilakukan semasa cuti sekolah mengakibatkan tanaman layu dan
mati.