Peranan Sekolah Dan Guru Dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Peranan sekolah dan guru dalam

pembangunan nilai pelajar


menerusi penerapan nilai murni
Mohamad Khairi Othman Asmawati Suhid
Pengenalan
• Sistem negara memberi penumpuan terhadap melahirkan insan yang
baik dan bersepadu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek
berdasarkan apa yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
• Pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai
murni (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa,
Rahil Hj. Mahyuddin, 1996; Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin, 1994).
• Penekanan mula diberi perhatian serius bermula dengan pelaksanaan
kurikulum baru sekolah rendah(KBSR)
1.Penerapan nilai murni dalam pengajaran
dan pembelajaran
• Merupakan salah satu cabaran untuk menjadikan Malaysia negara
maju menjelang tahun 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang
beretika
• Nilai murni boleh dipupuk secara formal dan tidak formal
• Masyarakat dan anggota keluarga memainkan peranan penting iaitu
pemupukan nilai murni dan sahsiah individu yang positif secara tidak
formal
• Objektif dan matlamat utama akan tercapai jika nilai murni dalam
dilaksanakan sepenuhnya melalui pendidikan
2.Penerapan sekolah dan guru dalam
pembangunan nilai pelajar
• Faktor keibubapaan yang lemah, dan tradisi keluarga sebagai “guru” moral
yang pertama merupakan salah satu faktornya
• Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai murni tidak boleh
diambil ringan.
• Sekolah memainkan peranan penting dalam menonjolkan suasana yang
memberangsangkan dan budaya sekolah yang positif
• Guru juga perlu terlebih dahulu mengamalkan dan menghayati nilai murni
yang hendak diajar
• Ini merumuskan bahawa pentingnya tanggungjawab sekolah dan guru
untuk menerapkan nilai moral bukan sahaja bagi meningkatkan tahap
pencapaian akademik malahan dalam membangun potensi diri terutama
sahsiah,nilai dan akhlak pelajar.
3.Jenis dan budaya sekolah
• Jenis sekolah menentukan bagaimana pendidikan yang akan
diketengahkan
• Dapatan menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara
pelajar-pelajar dari sekolah agama dengan pelajar-pelajar dari sekolah
menengah kebangsaan dan sekolah menengah teknik.
• Aspek persekitaran dan budaya sekolah juga merangkumi seluruh
persekitaran diri pelajar di sekolah
• Persekitaran yang bercorak fizikal dan bukan fizikal menggalakkan dan
menyokong dapat melahirkan kesan yang positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni
4. Personaliti pengalaman mengajar dan mata
pelajaran yang hendak diajar oleh guru
• Guru berperanan bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang
malahan membimbing generasi bersahsiah mulia
• Tingkah laku guru juga banyak mempengaruhi tingkah laku pelajar
kerana mereka menginterpretasi sesuatu yang dilakukan oleh guru
sama ada cara guru bertutur atau bertingkah laku
• Guru yang prihatin terhadap keperluan pelajar, sabar bertolak ansur
dan suka mendengar pandangan pelajar menjadikan guru disukai oleh
pelajar dan ini akan memberi peluang kepada guru mempengaruhi
mereka terutama dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan
nilai pelajar
Kesimpulan
• Kepelbagaian jenis sekolah yang wujud haruslah menekankan ke arah
pembentukan nilai murni pelajar
• Keprihatinan terhadap penanaman nilai dan moral juga akan
memberi kesan yang positif di dalam pembangunan nilai pelajar
• Guru perlu memberi kesedaran tentang nilai moral kepada pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka

You might also like