Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar semester lima bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diadakan pada 16 Mac 2013 di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Sebanyak empat acara telah dipertandingkan iaitu Lompat Getah, Tuju Selipar, Golek Kelapa dan Galah Panjang. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh Kelas PISMP 5E. Ahli jawatankuasa pertandingan bertanggungjawab memastikan segala pertandingan disusun dan diatur dengan baik dan bertanggungjawab memastikan kelancaran sewaktu pertandingan tersebut berlangsung.
Setelah ahli jawatankuasa pertandingan dilantik, kami telah berbincang dan merancang susun atur pertandingan yang bakal berlangsung. Jawatankuasa pertandingan juga perlu merangka pembahagian kumpulan secara sistematik agar karnival permainan tradisional tersebut dapat berjalan dengan lancar.
Peserta yang bakal mengikuti karnival permainan tradisional tersebut terdiri daripada 22 orang pelajar dari dua kelas yang berbeza. Terdapat empat pertandingan yang dipertandingkan. 22 orang peserta tersebut telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi nama kampung iaitu Kampung Zombi Kampung Pisang, Kampung Pandan Sari, Kampung Ulu Tawar dan Kampung Sedim.
Ahli jawatankuasa pertandingan juga turut bekerjasama dengan ahli jawatankuasa teknikal dan peralatan bagi memastikan jumlah peralatan mencukupi dan kawasan permainan yang dipilih iaitu padang IPG Kampus Bahasa Melayu selamat bagi memastikan kelancaran pertandingan yang bakal berlangsung.
Pada 14 Mac 2013, satu taklimat bersama peserta pertandingan diadakan. Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan ringkas berkaitan dengan acara permainan yang bakal berlangsung. Demonstrasi ringkas cara bermain dan peraturan bagi setiap permainan juga turut disampaikan pada taklimat tersebut. Ahli jawatankuasa lain juga turut terlibat membantu sewaktu taklimat tersebut dijalankan.
Berikut merupakan atur cara bagi carnival permainan tradisional:
ATUR CARA PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISMP 5E 2013
MASA PERKARA 7.30 PAGI Ketibaan peserta - Pendaftaran peserta 8.00 PAGI -Bacaan doa - Sesi memanaskan badan/ Tarian Tradisional 8.30 PAGI LOMPAT GETAH ( Durasi permainan 45 minit 2 pusingan ) 9.15 PAGI TUJU SELIPAR ( Durasi permainan 45 minit 2 perlawanan ) 10.00 PAGI REHAT 10.15 PAGI GOLEK KELAPA ( Durasi permainan 45 minit 2 pusingan ) 11.00 PAGI GALAH PANJANG ( Durasi permainan 45 minit - 3 pusingan perlawanan ) 12.30 TGH Ketibaan tetamu - Ucapan Majlis Penutupan oleh En. Shamsul Bahri B. IsmaiL - Penyampaian hadiah kepada peserta - Penyampaian cenderamata - Jamuan - Bersurai
Semasa pertandingan berlangsung, ahli jawatankuasa bertanggungjawab membuat catatan markah bagi setiap kumpulan bagi memastikan pemarkahan setiap permainan berjalan dengan lancar dan adil. Papan markah juga sentiasa dikemaskini bagi memaparkan pemarkahan bagi setiap kumpulan Jadi, sebagai ahli jawatankuasa pertandingan, kami juga telah berkolaborasi dengan pengacara majlis bagi memastikan permainan yang dijalankan selari dengan atur cara yang telah ditetapkan agar proses permainan tradisional tersebut tidak berlaku sebarang masalah dari segi masa dan giliran permainan.
Papan Statistik Pemarkahan bagi Setiap Kumpulan.
Jawatankuasa Pertandingan berkolaborasi dengan kawatankuasa lain bagi memastikan kelancaran pertandingan. Setelah permainan tamat, jawatankuasa pertandingan bertanggungjawab membuat pengiraan markah bagi setiap kumpulan untuk menentukan pemenang tempat pertama sehingga keempat. Berikut merupakan keputusan akhir bagi Karnival Permainan Tradisional: Tempat Pertama: Kampung Ulu Tawar Tempat Kedua: Kampung Pandan Sari Tempat Ketiga: Kampung Sedim Tempat Keempat: Kampung Zombi Kampung Pisang
Kumpulan Kreatif: Kampung Pandan Sari
Jaguh Kampung (Lelaki): Esmat Jaguh Kampung( Perempuan): Jessica