Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

PENGENALAN
Permainan tradisional ialah permainan yang ditubuhkan oleh Orang Melayu dari dulu
lagi. Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan
kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan
peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati
dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan.
Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung
terutamanya sejak dahulu hingga hari ini.

SEBELUM
Bagi memenuhi keperluan PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani bagi semester 6 tahun 2014, telah diadakan satu program permainan tradisional yang
melibatkan Kumpulan PPG Kohort 2 Ambilan Febuari 2012. Terdapat tiga kumpulan yang
terlibat iaitu kumpulan Prasekolah, kumpulan Sains 2 dan kumpulan BM 2. Turut bersama
dalam penyertaan pertandingan ini ialah kumpulan PISMP Ambilan Jun 2014 iaitu kumpulan
Bahasa Iban dan kumpulan Bahasa Cina. Pada awal permulaan, setiap kumpulan PPG diminta
untuk bersedia dan menubuhkan AJK bagi program Permainan Tradisional supaya dapat
dijalankan dengan lancar dan sempurna. Selepas perlantikan dilakukan, setiap AJK mula
menjalankan tanggungjawab masing- masing dan mula merangka untuk membuat kertas kerja
program Permainan Tradisional. Perjumpaan kali pertama mengenai program ini telah
dijalankan dan Pengerusi bagi program ini ialah Cikgu Jupong anak Ambak daripada Kumpulan
PPG Prasekolah Semester 6. Selama taklimat ringkas ini berlangsung, kami telah didedahkan
mengenai latar belakang program permainan tradisional ini dan antara acara yang dijalankan
dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan outdoor dan permainan indoor. Program yang
bakal berlangsung ini akan diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di pulako/padang
IPGK Rajang. Antara permainan tradisional outdoor ialah baling selipar, main cabut ekor,
sepak raga dan ketingting. Manakala untuk permainan tradisional indoor pula ialah batu
seremban, congkak, tampin gelang getah, dam aji dan menyumpit. Jumlah keseluruhan
permainan ialah 9 jenis permainan tradisional yang telah dijalankan. Setiap kumpulan juga
diminta untuk bersedia dengan permainan masing-masing dan perlu memnbuat kertas kerja
masing-masing mengikut acara yang dipertandingkan.

Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru


PPG merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik. Permainan
Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Permainan tradisional ini mencakupi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu daripada
segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
SEMASA
Semasa pertandingan permainan tradisional berlangsung, aktiviti dimulakan dengan
bacaan doa dan diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Majlis diteruskan dengan katakata aluan daripada Pensyarah pembimbing iaitu Encik Ismail Dikoh. Seterusnya ucapan
perasmian oleh Timbalan Pengarah IPGK Rajang iaitu Encik Wan Mohamad Madehi Bin Wan
Ali. Gimik perasmian disempurnakan dengan aturcara menyumpit. Setelah aturcara perasmian
selesai, VIP jemputan pun berangkat meningalkan acara pada pagi tersebut atas urusan rasmi
yang lain. Aktiviti diteruskan dengan pendaftaran para peserta iaitu kumpulan PISMP. Selesai
pendaftaran, pertandingan permainan tradisional dimulakan dengan pertandingan permainan
outdoor iaitu baling selipar, main cabut ekor, sepak raga dan ketingting. Tujuan permainan
outdoor dijalankan terlebih dahulu ialah untuk mengelakkan cuaca yang panas. Permainan
outdoor telah dijalankan secara serentak dan para peserta dibahagikan mengikut penyertaan
permainan.
Permainan tradisional yang dipilih oleh kumpulan kami ialah Baling selipar. Baling
selipar merupakan antara permainan tradisional tertua di kalangan orang Malaysia. Permainan
ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar dan boleh menggunakan sketel
sebagai penanda kawasan permainan. Bagi kumpulan kami iaitu untuk permainan baling
selipar, persediaan telah dibuat sejak awal lagi. Semua keperluan seperti banner kumpulan,
banner peraturan permainan, papan markah, brosur permainan dan sebagainya telah
dipamerkan. Objektif permainan baling selipar ialah merangsang murid atau kanak-kanak untuk
berfikir dan merancang strategi. Kedua, memastikan murid atau kanak-kanak sentiasa aktif dan
cergas. Ketiga, menerapkan semangat berkerjasama dan berpasukan. Dan keempat,
meningkatkan daya tumpuan dan fokus murid atau kanak-kanak. Sistem permainan yang
digunakan ialah satu mata diberikan jika kumpulan penyerang berjaya menyususn semula
selipar tersebut. Masa permainan ialah 10 minit untuk satu perlawanan. Kumpulan yang dapat
mengumpul markah paling banyak akan memenangi permainan. Terdapat tiga kumpulan telah
menyertai permainan baling selipar ini iaitu kumpulan satu, dua dan tiga. Kelihatan para peserta
sangat seronok dan gembira dalam permainan tersebut dan pertandingan permainan baling

selipar telah dimenangi oleh kumpulan tiga. Sepanjang pertandingan outdoor ini berlangsung,
penilai bersama pensyarah berjalan ke setiap stesen permainan untuk menilai permainan
tersebut. Selesai permainan outdoor aktiviti dihentikan seketika dan semua yang terlibat
disuruh berehat dan dijemput untuk bersarapan di cafeteria IPGK Rajang. Aktiviti permainan
diteruskan semula dengan permainan indoor iaitu batu seremban, congkak, tampin gelang
getah, dam aji dan menyumpit. Permainan indoor ini telah dibuat di pulako dan dijalankan
dengan serentak. Penilai dan pensyarah pembimbing akan menilai permainan indoor dari satu
permainan ke permainan lain sehingga selesai.
SELEPAS
Selepas pertandingan permainan tradisional selesai, semua kumpulan PPG bersama
peserta kumpulan PISMP dikehendaki berkumpulan untuk aktiviti penutupan. Dalam aktiviti
penutupan, ulasan penilaian telah disampaikan oleh Pensyarah Pembimbing iaitu Encik Ismail
Dikoh dan juga Penilai dari IPGK Batu Lintang Encik Mohd Mahadi Bin Abdullah. Turut
menyampaikan ucapan bagi wakil kumpulan PPG iaitu Cikgu Jupong anak Ambak. Setelah
habis ulasan pertandingan permainan tradisional diikuti pula dengan penyampaian hadiah
kepada kumpulan peserta dan juga penyampaian cenderamata kepada Pensyarah. Aktiviti ini di
akhiri oleh nyanyian Ibu Pertiwiku dan juga persembahan khas dari kumpulan PISMP Bahasa
Iban yang bertajuk Zumba. Beberapa orang guru PPG juga turut menyertai Zumba tersebut.
Setelah selesai, semua yang terlibat diminta untuk ke cafeteria IPGK Rajang untuk makan
tengahari. Sungguhpun berasa letih namun kami berasa lega dan gembira kerana telah
melaksanakan pertandingan permainan tradisional ini dengan berjaya. Sekian, terima kasih.

You might also like