Pengenalan Semantik
Pengenalan Semantik
Pengenalan Semantik
PENGENALAN SEMANTIK
2. Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana
bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bidang yang mengkaji makna dalam
sesuatu bahasa. Bahagian yang menyelidiki panduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang
menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya. DEFINISI SEMANTIK
3. R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang
penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam
kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti.
4. Hashim Musa, Ong Chin Guan (1998). Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa
Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu penting atau bererti; sema juga
beerti tanda atau lambang Nik Safiah Karim (2001) Semantik ialah bidang yang mengkaji
makna atau erti dalam bahasa. J.W.M Verhaar (1996:13) ~ semantik adalah cabang linguistik
yang akan membahas erti atau makna
5. HAKIKAT BERMAKNA Abu Bakar Hamid (1967:160-165) dlm. Abdullah Yusof (2009:14)
makna memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu
tutur itu tidak akan dapat difahami dan tidak berguna. Awang Had Salleh (1959:633-640) dlm.
Abdullah Yusof (2009: 15) ~ makna ialah suatu hal yang luas. Makna mempunyai hubungan
langsung dengan otak si penutur.
6. Bidang kajian makna dalam linguistik mengikut Schaff (1962:8) dlm. Hashim Bin Musa (1998:3)
tertumpu kepada dua perkara utama. kaitan antara pernyataan bahasa dengan maknanya.
perubahan makna, sebab-sebab perubahan makna, dan sejarah makna itu sendiri. De
Saussure pula mengatakan bahawa konsep makna dalam bahasa tidak dapat dipisahkan
daripada konsep lambang dan bahasa itu sendiri.
7. Makna & Simbol Eugene A. Nida (1996:8) dlm. Abdullah Yusof (2009:15) ~ makna simbol-
simbol lisan dianggap sebagai suatu atribut atau ciri hakiki yang dimiliki oleh kata. Hashim Bin
Musa ~ lambang bahasa adalah satu keseluruhan ciri akliah atau psikik yang mempunyai dua
aspek, iaitu lambang bunyi dan makna.
8. Ainon Ahmad (1994:48) dlm. Abdullah Yusof (2009:16), perkataan-perkataan yang terdapat
dalam sesuatu bahasa itu dinamakan sebagai lambang. lambang ~ satu jenis kod pada
kumpulan objek yang dinamakan pula sebagai isyarat tiga jenis lambang ~iaitu indeks, ikon,
dan konvensi.
9. ABSTRAK & KONKRIT Perkataan yang jelas maknanya itu disebut sebagai makna denotatif
ataupun konkrit. Perkataan yang memerlukan yang mendalam pula disebut sebagai membawa
makna kabur (taksa) ataupun abstrak. Empat jenis makna abstrak ~ kekaburan rujukan,
ketidakpastian makna, kurang ketentuan makna, dan pertentangan makna.
10. KETAKSAAN MAKNA Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009),
ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Darwis Harahap (1994)
pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Burung hinggap di ranting pokok. Burung itu
hinggap di atas pokok. Burung itu terbang di atas pokok.
11. kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam
ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar. ketidakpastian makna - makna item jelas kabur
dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris. kurang ketentuan makna -
pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman. Pertentangan
makna - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang
berlainan.
12. faktor berlakunya ketaksaan makna berlaku akibat hubungan makna dengan alam.
ketaksaan leksikel (homonim, polisemi) contoh : di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-
jambangan bunga yang sedang mekar. kekaburan mengenai bunga (sama ada bunga betul
atau anak gadis) cara mengatasi ketaksaan makna konteks - penggunaan ayat dan konteks
penggunaannya.
13. JENIS-JENIS MAKNA Makna Denotatif makna sebenar, makna asal, makna mutlak, makna
dasar Makna Konotatif makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama ada positif atau
negatif. contoh perkataan: wanita dan perempuan. babi dan khinzir Makna Konseptual konsep
makna - menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran
14. Makna Leksikal melibatkan leksikal, leksikofrafi, leksikologi dan leksikon leksikal - bukan
perkataan sesuatu bahasa. makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya
dalam ayat leksikograf - penyusun kamus leksikologi - kajian tentang makna dan penggunaan
perkataan leksikon - kamus semantik leksikal - dilihat sebagai sifat kata fonologi leksikal -
corak nada atau intonasi sesuatu kata itu dilafazkan kata kerja leksikal - perbuatan atau bukan
perbuatan
15. Makna Etimologis bidang yang mencari maklumat mengenai bahasa- bahasa yang sudah
lama bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bahasa tersebut seperti tulisan
untuk diketahui. prinsip etimologis - masalah bentuk dan makna menjelaskan perkembangan
kata merangkumi asal usul semua kata dalam sesuatu bahasa pasangan kata dalam satu
bahasa yang berasal dari sumber yang sama memberi pengertian baru pada sesuatu kata
dengan merujuk kepada kata
16. Makna afektif berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir muncul
sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa Makna
Gramatikal struktur melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan untuk
melahirkan makna gramatis jenis imbuhan awalan akhiran apitan sisipan - seperti
gentar - gementar
17. Makna Tematik apa yang dikomunikasikan / apa yang dicakap dan isi yang hendak
disampaikan dalam mesej. makna tematik tidak akan terhasil melalui penulisan kerana
penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas seperti yang dicakap Makna Gaya gaya
penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya seperti novel, sajak, cerpen.
gaya bahasa figuratif peluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan
kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. dialek variasi daripada satu bahasa tertentu
yang dituturkan oleh kumpulan penutus dalam sesebuah masyarakat gaya bahasa berirama
gaya bahasa puisi ekspresi pengarang - gaya yang tersendiri
18. Makna Asosiatif makna yang dimiliki sebuah leksem / kata berkenaan dengan adanya
hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Makna Stilistik perbezaan
kata sehubungan dengan perbezaan sosial atau bidang tertentu. Makna Kolokatif ciri makna
tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim, sebilangan kata tersebut
hanya sesuai digunakan untuk berpadanan dengan kata tertentu. kata-kata tertentu dan hanya
merangkumi kata yang bersesuaian dengannya
19. Makna Idiom satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) maknanya tidak dapat diramalkan dari
makna leksikal unsurnya mahupun makna gramatikal Makna Peribahasa pelbagai takrifan
bentuk bahasa yang menggunakan kalimat atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang
digunakan secara turun-temurun dalam bentuk baku. Makna Kontekstual menurut konteks
melihat konteks penggunaanya Makna Referensial perkataan yang mempunyai referensi
20. Peribahasa dan Simpulan Bahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai
susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. mempunyai kata-kata yang
bertujuan menyampaikan sesuatu perkara secara halus untuk pedoman hidup sebagai kiasan,
teladan dan pengajaran cabang peribahasa : simpulan bahasa kiasan ibarat pepatah
perbilangan bidalan tamsil perumpamaan lidah pendeta / kata hikmatat
21. PERUMPAMAAN perumpamaan - susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna
khas berlainan dari apa yang diucapkan atau ditulis / membandingkan sesuatu dengan benda
lain laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku bak, bagai, umpama, laksana,
seperti, ibarat dll ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata petunjuk bersaksi ke
lutut potong hidung rosak muka
22. PEPATAH pepatah - ringkas, berkerat-kerat / berpatah-patah, mementingkan ketepatan
perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. ada sampan, hendak berenang ada air
adalah ikan
23. BIDALAN bidalan - mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan dll jika pandai
mengunting, hendaklah pandai menjahit alah bisa tegal biasa
24. SIMPULAN BAHASA simpulan bahasa - dua / tiga perkataan, mempunyai makna yang
berlainan sama sekali dari makna asal perkataan tersebut. anak buah lipas kudung ada
angin
25. KAEDAH MEMBERI MAKNA (TRADISIONAL) SINONIM~ seerti / hampir sama maksud ayat
sama / tidak berubah sama sekali ANTONIM ~ maksud berlawan antonim berpasangan -
tanya lwn jawab, lelaki lwn perempuan antonim berperingkat - putih lwn hitam, muda lwn tua,
kecil lwn besar antonim berhubungan - jatuh lwn bangun, pensyarah lwn pelajar, beli lwn jual
26. HIPONIM mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat / hierarki
HIPERNIM - makna yang am. contoh : ikan HIPONIM - makna yang khas contoh : ikan
tenggiri hiponim tulen - contoh : padi - beras - nasi hiponim umum - nama umum. contoh :
bunga (umum) - mawar
27. TEORI SEMANTIK Segitiga Makna Odgen dan Richard 3 bahagian - lambang, fikiran, benda.
Saling berhubung secara langsung atau tidak langsung lambang / simbol - benda, manusia,
peristiwa yang melalui fikiran. Yang melibatkan perasaan, sikap, harapan, impian tidak termasuk
simbol. reference - referent - memenuhi satu keperluan
28. Segitiga Semiotik Ullman 3 cabang - pragmatik, semantik, sintak 6 sebab berlakunya
perubahan makna - linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar, keperluan kata
baharu. Pemeringkatan Makna Osgood ada 7 skala - mengukur makna kata dari segi ruang
semantik dan ruang yang ditakrif melalui soalan kuiz
29. Analisis Komponen Katz dan Fodor dikenali sebagai teori analisis komponen mengkaji kata-
kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan lain - struktur leksikal
menganalisis makna sesuatu perkataan secara terperinci Imej bunyi / signifier~ de saussure
melalui ikatan assiotif psikologis - bunyi yang dihasilkan oleh seseorang dan benda-benda yang
diperkatakan sebenarnya digambarkan sebagai satu entiti konsepsual melalui beberapa cara
30. ANALISIS KOMPONEN MAKNA Setiap kata mempunyai satu set komponen makna. - tepat
dan jelas. terdiri dari leksem sendiri contoh : perkaitan hospital boleh dihuraikan sebgai
mempunyai komponen berikut hospital - doktor, pesakit, jururawat, bangunan, ubat- ubatan
31. LEKSIKOGRAFI DLM PENGAJARAN Leksikografi ialah buku yang mengandungi kata-kata dan
lain-lain yang disusun menurut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-
lain maklumat dalam kamus - entri, bentuk kata, ejaan dan ucapan, pembentukan kata
32. PRAGMATIK pragmatik - menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian
makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci mesti ada
gabungan semantik dan pragmatik - menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang
mendalam. dalam teori relevan - ada andaian asas
33. PRINSIP RETORIK TEKSTUAL retorik - keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan.
ada kekemasan dan susunan wacana menggunapakai 4 corak wacana - pemerian,
pendedahan, penghujahan, penceritaan lakuan lisan - laras bahasa yang mengkaji bentuk
bahasa yang diwujudkan dalam pelbagai lakuan
34. LAKUAN BAHASA ungkapan linguistik wujud dalam perbualan atau wacana tindakan yang
wujud secara langsung ketika seseorang berkomunikasi LOKUSI - lakuan pengucapan. bentuk
nyata yang dituturkan ILOKUSI - lakuan niat pengucapan. apa yang dilakukan oleh penutur
dengan melafazkannya PERLOKUSI - lakuan tindakbalas pengucapan. reaksi pendengar
apabila telah mendengar sesuatu ujaran. jenis lakuan bahasa tidak langsung - mempunyai
kesantunan. menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur. implikatur -
makna tersembunyi dalam ujaran implikatur konvensional implikatur konversasional
bahasa sindiran - perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada
seseorang tetapi tidak disebutkan secara tepat. Menyindir bahasa tersirat - bahasa yang
digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud tetapi tidak disampaikan secara terus.
1. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 1 SEMANTIK DALAM
BAHASA MELAYU SINOPSIS Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan
dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan
hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk
memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya.
Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna.
Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang
diujarkan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna
leksikal, dan makna ayat. 2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik.
KERANGKA TAJUK-TAJUK 1.1 Semantik dan Makna Bidang semantik merupakan bidang
yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita
perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna. Apakah
yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk
kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang
linguistik. 1
2. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Istilah ini sebenarnya berasal
daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah
semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah
semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik
juga diertikan sebagainilmu tentang makna atau erti. Kini makna menjadi sebahagian daripada
ilmu linguistik.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti maksud atau erti. Walau
bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus
Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu: (i) Erti yang didukung oleh kata
atau kumpulan kata, atau (ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman
kata atau frasa bertulis oleh pembaca. Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak
kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of
Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti suatu sifat intrinsic,
konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh
sesuatu. Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna
cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna. 1.2 Semantik dan
Linguistik Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini
semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic
seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada
sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau
nahu terletak di tengah- tengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa
tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam
tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang
tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh
menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat
yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan
predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat
semantik amat penting dalam linguistik. 2
3. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 1.3 Semantik dan Sejarah
Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada
perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik
telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas
tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan
struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah
semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning
and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah
membawa trend baharu dalam bidang semantik. Menurut Ullmann (1996), kajian semantik
selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-
sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata
dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu. Aktiviti Kendiri 1.3.1 (a)
Apakah maksud istilah semantik? (b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik Aktiviti
Kendiri 1.3.2 Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti semantik
linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan tiga lagi subbidang semantik
serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang tersebut? 3
4. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 2 MAKNA LEKSIKAL
DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam
sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan
mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam
sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah
secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara
satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini
bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan
sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan
kebudayaan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Membezakan antara sinonim dan antonim. 2.Men
jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu. TAJUK-TAJUK 2.1
Sinonim dan Antonim 2.1.1 Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata
yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut
sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka
dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti
bahasa Melayu. Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim
di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis
Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan
pula, terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual.
Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun
tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama
secara tepat. 4
5. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Dalam semantik, ada beberapa
jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. 2.1.1.1 Sinonim
Pinjaman Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau
bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas
ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan
petak-petak sawah. 2.1.1.2 Sinonim Konteks Perkataan jemput dan udang banyak digunakan
dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala
undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama
makna. 2.1.1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan
berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan
bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. 2.1.1.4 Sinonim Kolokasi Sinonim
jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan
ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja
mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam
peperiksaan tersebut. Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan
tanpa kata sifat. Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh
pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah.
Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam
ayat tersebut. 5
6. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2.1.2 Antonim Antonim ialah
pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara
umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik
lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan
sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu
lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi
menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena
ataupun mati bermaksud tidak hidup. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim
pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 2.1.2.1
Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan
berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga,
hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira- sedih dan
sebagainya. Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup,
tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.
2.1.2.2 Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan
hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek,
kurus- gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini
mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang
kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding
dengan kayu yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah
secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan
darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju
bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta
biasa. 6
7. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2.1.2.3 Antonim hubungan
bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan.
Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang
setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya
jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu. 2.2 Hiponim, Homonim dan
Polisem 2.2.1 Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang
lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai
lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. 2.2.2 Homonim Homonim
merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama
ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan
yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan
homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama
maknanya dengan kepada kereta api. kepada manusia dan kepala surat. Penggunaan
homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar
belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan
yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. 2.2.3 Polisem Polisem ialah perkataan yang
mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah.
Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih
dan mempunyai etimologi yang sama. 7
8. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Sebagai contoh, kata bantu
tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh
membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah
perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia,
secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-
contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau
dengan berasaskan konteks penggunaan. Aktiviti Kendiri 2.2.3.1 (a) Huraikan jenis-jenis sinonim
beserta dengan contohnya (b) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim
dan polisem. 8
9. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 3 MAKNA AYAT
DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam
bahasa Melayu. Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil
bahasa yang mempunyai makna. Kita telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan
unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. Walau bagaimanapun dalam banyak
perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung
pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan
digabungkan. Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu
mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan
pengembangan makna. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan definisi makna ayat. 2.
Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian. 3.1 Makna Ayat Makna merupakan
satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja
yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang
yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa
bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat
lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat
rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan
untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat
tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga
makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa
makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami
makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau
menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna
konotatif dan makna denotatif. 9
10. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 3.2 Kerangka Generatif
Chomsky Bagi Chomsky language is not a habit Structure. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat
dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah
mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan
berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa
ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar.
Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam
bentuk rumus-rumus. Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu
mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain.
Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa
serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur
luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang
diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah
pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-
bunyi dan ejaan. Aktiviti kendiri 3.2.1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat? (b)
Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky. 10
11. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 4 PERUBAHAN
SEMANTIK SINOPSIS Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi
pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus
kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan
makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan
makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau
keadaan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menghuraikan proses pengembangan makna. 2.
Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna. KERANGKA TAJUK-
TAJUK 4.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu
pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan
pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan
Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut
apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama.
Contohnya berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar,
tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut
berlayar . Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang
yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang
dianggap sama darjatnya disebut saudara. 4.2 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995),
Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya
mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada
makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna
sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna
yang lebih khusus atau spesifik. 11
12. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Sebagai contoh kata ahli
membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang
memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada
makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu
bidang. 12
13. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 5 PERISTILAHAN
BAHASA MELAYU SINOPSIS Kursus ini mengandungi pengenalan, definisi, konsep
peristilahan, sejarah penggubalan peristilahan, prinsip pembentukan istilah, peranan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Peranan MABBIM, kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu, dan
cabarannya pada masa hadapan. Di samping itu, kursus ini juga mengandungi sumber istilah
Bahasa Melayu, istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan
Bahasa Melayu HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti kursus ini, anda dapat : 1.
Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu; 2. Prinsip prinsip pembentukan istilah; 3.
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM; 4. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa
Melayu; 5. Cabaran dan masa depan peristilahan. 5.1 Pengenalan Walaupun serumpun dan
mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia
dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya.
Ketiga tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa
Melayu. Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis
Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam
Indonesia Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk
ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk
pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai
ilmu pengetahuan. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau
gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan
konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh 13
14. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU sekumpulan pakar melalui
jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan
sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur
penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat
diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi
dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat
teknikal. Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan
bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan
bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan
tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna.
Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga
teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh
Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu
lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek. Sebagai badan tunggal yang
bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih
daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk
buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan
bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak
masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan
bersama sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia
umumnya. Latihan 5.1 1. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan 2. Untuk menguji
pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat
Malaysia. Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang
berdekatan. 14
15. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 5.2 Definisi Istilah Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa
yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau
profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut
Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan
peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata
istilah atau terminology pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang
dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang
telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk
menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).
Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata
biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata
yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren,
nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang
masing-masing. 5.2.1 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu.
Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah.
Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan
penggabungan. 5.2.1.1 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya. 5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan
ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber-
(berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an (pemprosesan). 5.2.1.3 Penggandaan Penggandaan
ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang =
kacang-kacang) untuk membentuk istilah. 5.2.1.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata
atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang
mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka
(2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh 15
16. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU masyarakat pengguna bahasa,
dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah
dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini
istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam
penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas
tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. Pada peringkat awalnya
tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan.
Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai
pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal
ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku
A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa
kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam
perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau. Latihan 5.2 1. Pada pendapat
anda, mengapa pengistilahan amat penting di negara kita? 2. Secara ringkas, nyatakan usaha-
usaha yang telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan
kemajuan peristilahan di Malaysia. 5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Perbincangan
tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan
oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan
Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan badan
lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya. Dewan Bahasa dan Pustaka
memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam
bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah,
tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa
bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan
menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal
penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam
dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Untuk memperkukuhkan lagi
peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti
mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio,
menyebarkan panduan 16
17. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU bahasa, khidmat nasihat,
mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu
di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan
oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan
sistematik. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan
kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa
Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara
Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di
ketiga tiga buah negara yang terlibat. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi
memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya
ialah; Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Membentuk istilah
bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam
pelbagai bidang ilmu. Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran
dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu
dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan
negara-negara lain. Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan
diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen
Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan.
Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang
seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an. Segala
istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa
itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di
dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia,
kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia.
Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu.
Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang
tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila
membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah
baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang
dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya: a) Acid - asid (bukan acid)
b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi) c) Acidic - berasid (bukan asidik) 17
18. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Selain itu, adalah dilarang
mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-
bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Pada penghujung tahun
1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah
baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian
yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah
baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa
Melayu moden, ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau
masyarakat pemakai bahasa, iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau
yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia, iv. Istilah
baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang
mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan v. Istilah ilmu
hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah
antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-
penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah
peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat
dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam
bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata
dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti
yang berikut: a) Biology - kajihayat b) Anthropology - kajimanusia c) Sociology - kajimasyarakat
d) Archeology - kajipurba e) Phonology - kajibunyi f) Geology - kajibumi g) Psychology - kajijiwa
h) Climatology - kajiiklim 18
19. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Berdasarkan conoth contoh di
atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan
untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain
mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan,
kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas
menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula
membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu. Penggubalan kata istilah di atas ini
berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk
istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan organ diciplak daripada bahasa
Inggeris, bahasa asing juga? Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di
atas, maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis,
dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang- bidang
ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis,
neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting,
kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa
Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh
persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda,
di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi
membaca buku- buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di
Malaysia. Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang
lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat
memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan
kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang
kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu
dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah
mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa
induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju
seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar dasar
berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu: Bagi istilah pinjam-
terjemah. a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.
Misalnya: i. Fixed price - harga tetap ii. Market price - harga pasaran iii. Price list - senarai harga
iv. Cost price - harga kos 19
20. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU v. Cost section - bahagian kos
Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka
(mengikut keutamaan): i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu
bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; ii. Sesuatu
istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun,
hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan iii. Sesuatu istilah asing,
hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan
jumlah perkataan atau suku kata yang minimum. Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi
pedoman seperti yang berikut: i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah
Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan): a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang
ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi,
kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya. b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri,
orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James
Watt dan lain-lain. c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan
Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya
seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian
ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. d) Istilah umum yang
didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya
seperti radio, televisyen dan sebagainya. Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan
oleh DBP ialah: 20
21. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kata istilah pinjaman yang
diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah
terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan
struktur dan kudrat bahasa Melayu. Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak
boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear
(daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai
pengertian yang khas. Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP
adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan
bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: a) mengambil bentuk istilah Romawi-
Yunani. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. b)
mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa
Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu: i. menyesuaikan ejaan
konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya
bagi istilah ilmiah, atau ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi
menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah. Dalam buku Pedoman
Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-
tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak
mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah: i.
Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah
umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata
gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata; ii. Sumber istilah, seperti
kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh
langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: 21
22. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU a) Kata dalam bahasa Melayu
yang lazim dipakai, b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai, c) Kata dalam
bahasa serumpun yang lazim dipakai, d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,
e) Kata dalam bahasa Inggeris, f) Kata dalam bahasa asing lain, h) Pilih yang terbaik antara
istilah baharu. 5.4 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang
dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya
badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29
Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun
Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan
dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM
apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala,
Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM
ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah
negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar
dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja
di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha usaha peristilahan
berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi,
komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.
Latihan 5.4.1 1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah dasar-dasar
pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa? 2. Nyatakan dasar dasar pembentukan istilah
bahasa Melayu di Malaysia. Latihan 5.4.2 1. Dengan sokongan pengurusan grafik banding
bezakan peranan DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu. 22
23. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Layari Internet 1. Layari laman
web untuk mendapatkan maklumat tambahan. 5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan
Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu,
pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan
teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat
maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil
sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk
bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Manakala pada
penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman
pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada
beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i.
Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan
fleksibel bagi bahasa Melayu moden; ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam
bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua
bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di
Indonesia; iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa
Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan 23
24. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU v. Istilah ilmu hendaklah
seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.
Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal- penggubal
istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat
antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat
ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa
Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata
dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. 5.6 Prinsip Pembentukan
Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan
kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum
Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara
Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan
istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian
dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah,
jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun.
Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah
berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i.
Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. ii. Kata terbitan. iii. Kata ganda. iv. Kata gabungan.
5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara
golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: buruj
constellation rawan gristle cahaya light 24
25. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kata kerja: pecut accelerate
Imbas scan reka invent Kata adjektif: kenyal elastic Rawak random Cemas anxious Dewan
Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk
daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh
diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : Cerpen cereka tabika kugiran pawagam RISDA
MARA ADUN BERNAMA PLUS KOBENA BERNAS 5.6.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang
berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau
apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa
Sanskrit, Arab dan Jawa. a. Paradigma kata dengan imbuhan ber- Contoh: belajar pelajar
pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani petani pertanian b. Paradigma dengan Penambah
me(N)- Contoh: Menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran
mengamal pengamal pengamalan amalan membesar pembesar pembesaran - mengubah
pengubah pengubahan - mengairi - pengairan - c. Paradigma dengan me(N)-, ber- 25
26. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Contoh: memberhentikan -
pemberhentian perhentian - perkecualian - - pembelajar pelajaran d. Paradigma kata dengan
me(N)-, per- Contoh: Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan Memperoleh
pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar - pelajaran e. Paradigma kata dengan ke
- an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk
Kependudukan sesuai kesesuaian f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-
Contoh: Gigi gerigi susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung 5.6.3.
Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar
sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. a. Ganda
Penuh Contoh: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku guru-guru b. Ganda Suku
Kata Awal Contoh: 26
27. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Tetikus rerongga Cecair
Rerambut gegua jejari c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan
pepohonan jejarian d. Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Batu-batan Serta-merta
Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak dalih Mudar mandir Pupu poyang rempah
ratus 5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata
atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah
mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. i. Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang atas aras laut
daftar masuk mesin atur huruf mesin kira tangan segi empat tepat ganda tiga kamera laut dalam
ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti : saksi pendakwa
pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai 27
28. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU penerima janji gelombang
melintang iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan
perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi Latihan 5.4 1.
Berdasarkan contoh contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh contoh lain yang berkaitan
dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan. Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga
berjaya. Buku rujukan Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164) Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994).
Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 28
29. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Amat Juhari Moain
(2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Binaan Makna.
http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007. TAJUK 6
SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang sumber
istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu,
perbendaharaan kata serumpun, perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing,
bentuk bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang.
6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada
perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama.
Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; 29
30. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU kata berkenaan tepat
memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. kata yang dipilih
adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah
sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi kata berkenaan tidak
mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa
Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh
contoh seperti: gambut (daripada bahasa Banjar) peat nyeri (daripada bahasa Sunda)
pain engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik)
wharf dening (daripada dialek Kelantan) yoke 6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun
dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa
asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber
(perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.
Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan
sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa
Inggeris. Contoh contoh seperti: 30
31. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Istilah Bahasa Asal Istilah
Bahasa Melayu Atom Electron Professional Psychology Structure Radio
Television Radiography Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio
Televisyen Radiografi 6.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
Sesuai maknanya; Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; Istilah asing yang
diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai
banyak sinonim. 6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri
daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada: Konteks situasi dan
pemakaiannya di dalam ayat; Kemudahan belajar bahasa; dan Kepraktisan. Pada
prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk
jamaknya yang lebih biasa dipakai. 31
32. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 6.4.2 Istilah Asing yang sudah
lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah
berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan
kekeliruan. Contoh contoh seperti : Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu Campaign Custom
Dengue Grant Pension Kempen Kastam Denggi Geran Pencen 6.4.3 Ejaan
Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan
ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat
diberi garis bawah atau dicetak miring. Contoh: a. bona fide b. esprit de corps c. fait accompli c.
weltanschauung d. cal de sac Latihan 6.1 1. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu
diperoleh? 2. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam
perkembangan peristilahan di Malaysia? 32
33. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Rujukan Abdullah Hassan &
Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat
Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. 6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan
dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan
diberikan di bawah: a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Bahasa
Melayu Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data
scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature Sidang audio
Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau
data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital b) Istilah Undang Undang
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy
Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review
Legitimacy Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan
diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan 33
34. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Mala fide Mandatory procedure
Native Natural justice Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi c) Istilah
Komputer Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Access Bench mark Cursor Data base Download
End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Capaian Tanda aras Kursor
Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian
kawasan setempat d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow
Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term
debt Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba
modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan
amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek 34
35. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Short-term financing Sole agent
Steering committee Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu e) Istilah
Perhotelan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business
centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon
Twin bed Waiter (L); waitress (P) Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet
Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin
Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji f) Fotografi Bahasa Inggeris Bahasa
Melayu Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective
aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main
lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera Fotografi abstrak Pengatup
antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan
sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar
fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex 35
36. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU g) Istilah Matematik dan
Statistik Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Aerial cable Affine Affine geometry Affine variety
Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model Kabel aerial Afin
Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat; pengagregatan Indeks
pengagregatan Model berdaya agregat 6.6 Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan
tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka
datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang
pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi
orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat;
mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang
yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di
dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang
dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka
lakukan berpandu kepada dua kriteria umum: Kepesatan ilmu : i. Perkembangan ilmu dalam
bidang-bidang tertentu. ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.
Kepakaran : i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. ii. Penentuan sumber istilah (bahasa
asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman) Latihan 6.2 1. Suatu masa dahulu, banyak isu yang
berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia. Beri pendapat anda tentang
kualiti peristilahan yang di gunakan. Adakah anda setuju bahasa 36
37. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU yang digunakan itu tepat
dengan apa yang hendak dinyatakan? Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan
dengan anda. Buku rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan
Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts.
New York: Seminar Press. Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-
26). Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur
(Terjemahan oleh Abdullah Hassan) Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata
Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision Wesley Longman.
37
38. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 7 ISTILAH SINGKATAN
DAN LAMBANG BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan
tentang singkatan dan lambang bahasa. Selain itu, cuba menerangkan perbezaan antara
singkatan dengan lambang. HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan tentang konsep singkatan,
akronim dan lambang dalam bahasa Melayu. 7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang
7.1.1 Definisi Singkatan Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah
kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. 38
39. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Manakala Nik Safiah Karim dan
rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai
kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara
pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang
dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap
Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan : a)
Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya : lab (
laboratory) b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:
sin - sinus cm - sentimeter cos - konsinus hab - habitat c) Menggabungkan suku kata atau
bahagian kata. Misalnya: Mara - Majlis Amanah Rakyat Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Tadika - taman didikan kanak kanak Cerpen -
cerita pendek Kugiran - kumpulan gita rancah Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri Pawagam -
Panggung wayang gambar Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial d) Menggabungkan
huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya: JKR - Jabatan Kerja Raya
TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia 39
40. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU ADUN - Ahli Dewan Undangan
Negeri IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia 7.1.2 Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan
Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi,
fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.
Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf
atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :
meter - meter - m kilogram - kilogram - kg second - saat - s ampere - ampere - A degree - darjah
- K candela - kandela - cd radian - radian - rad steradian - steradian - st mole - mol - mol hecto -
hekto - h centi - senti - c mega - mega - M giga - giga - G Latihan 7.1 1. Penggunaan lambang
lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia.
Beri pendapat anda? Layari internet Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
40
41. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Tamat. Semoga anda berjaya.
TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU SINOPSIS HASIL
PEMBELAJARAN Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. Berdasarkan
transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu
tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut. Dalam bahasa
Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa sumber yang lain. Bahasa
bahasa bereknaan seperti bahasa Arab, bahasa Yunani, bahasa Sankrit dan bahasa bahasa
lain. 8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu 41
42. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kamus Dewan (2007:1712)
menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan
(misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain
(spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab
(Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh
: Bismillahirrahmanirrahim muslimin mslimat untaz ustazah haji hajah fikir hadith gaib zakat akad
lafaz solat iman imam talak lian sujud kiam 8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu
Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang
bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan,
pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya: bureau - biro police - polis ambulance -
ambulans Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah.
Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa
Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: 42
43. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Baekelund Cannizzaro
Aquadag Dacron Keops Dmitri Ivanovic Mendeleev Anton Chekhov Mao Tze Tung Latihan 8.1 1.
Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi dalam Bahasa Melayu. 2. Dengan
merujuk buku dan internet, senaraikan contoh contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan. 3.
Merujuk buku atau bahan internet , senaraikan cotoh contoh ejaan transkripsi yang banyak
digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia. Tamat. Semoga anda terus
berjaya. Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik.1985. Mengajar
Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html
accessed on 5 July 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan
Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. 43
44. BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Puteri Roslina Abdul Wahid
(2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 44
SEMANTIK - FAKTOR PERUBAHAN MAKNA
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa
merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi.
Kajian makna dikenali sebagai bidang semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama
diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah
jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.
Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada
konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat.
Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-
makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan
menggunakan rujukan.
Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan
hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks
yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.
1.2 Objektif kajian
Tugasan ini disediakan dengan tujuan untuk menerangkan beberapa faktor yang
menyebabkan perubahan makna dalam perkataan.
1.3 Kaedah Kajian
Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan.
Sumber rujukan utama adalah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja.
Di samping itu penulis juga merujuk seperti majalah, jurnal dan bahan dari internet
sebagai bahan rujukan tambahan dalam menyiapkan tugasan ini.
1.4 Batasan Kajian
Untuk mengelakkan kertas kerja ini lari daripada tajuk penulis telah membataskan
kajian dengan mengutarakan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan sesuatu
makna dalam bahasa Melayu sahaja.
1.5 Definisi Konsep
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku
dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan
akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-
bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan
perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa
menampilkan perubahan makna.
Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya
termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh
luar, dan keperluan untuk kata baharu.
Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan
yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa
berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora,
metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.
Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah apabila sesuatu
kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan
lagi
2.0 Faktor-faktor Perubahan Makna.
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi
sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang
membaca sesuatu yang ditulis.
Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa
yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis
dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan
disebabkan oleh;
2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri
2.2 Faktor tanggapan penutur
2.3 Faktor peluasan maksud
2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud
2.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik
2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.
Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-
perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna
asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu
digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna
kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.
Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota
badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna menguruskan,
mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes
ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan
penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran
Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu.
Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif,
tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa
kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.
Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan
hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh
ujaran berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini
perkataan menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi
mengikuti dengan sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu
menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi
membawa makna mengganggu.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah
mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada
asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya
telah berubah menjadi kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan
kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan
perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa
kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-
orang tertentu kerana jasa mereka.
Perkataan sahaya berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud abdi dan
sahaya itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada hamba
dengan cara yang halus. Tetapi kini, saya ( daripada sahaya) digunakan sebagai
kata ganti diri pertama.
Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri
dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa
dan keadaan semasa.
2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur
Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri
tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan
maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah
panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga
untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak.
Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai
panggilan untuk suaminya.
Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung
tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang
mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Disamping itu ada juga pengguna
atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan
tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame Islam. Disini nyata, bahawa
hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga
pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap
sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu
sendiri.
2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna
memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya
bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan
meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi
sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya
kepada orang laki-laki.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah
mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada
asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya
sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan
perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan alam semula jadi seperti
Taman Hidupan Liar.
Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengelami
perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat
ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya
menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat petriotisme
dan juga kepada kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh
berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup.
2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud
Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu.
Sebagai contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk
merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini,
perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada
orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana
Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana
Ekonomi.
Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti
Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul
Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian.
Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah disempitkan makna untuk
merujukkan kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut
daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna perkataan itu
dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang ( Kamus
Dewan, 1994).
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada
umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk
bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud
tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi dijukan
khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan
dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.
2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang
dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti
kumbang = lelaki dan bunga = perampuan, bukan lagi ditujukan kepada nama
sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga
dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, merah
dimaksudkan dengan keberanian , hitam dipadankan dengan kesedihan dan
putih adalah kesucian.
Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna
yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak
membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana
perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada
langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada daun yang
bergerak akibat tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit apabila
dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa
dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan
indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).
3.0 Kesimpulan
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku
dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan
akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-
bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan
perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa
menampilkan perubahan makna.
Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat
perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja
bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh
contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa beberapa perkataan mengalami
perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh faktor -faktor yang
telah dibincangkan diatas.
Bibliografi
Ahmad Mahmood Musanif (Ph. D) (2005). Modul Pembelajaran :
BBM3206 Semantik, Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.
Alias bin Mohamad Yatim (Ph.D) (1992). Mengenali Bahasa Melayu,
Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai.
Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:
Percetakan Ti, Kuala Lumpur
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000).
Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.
S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu
Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna.
Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada
struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan
antropologi.
Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16
pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan
suatu peristiwa yang diharapkan.
Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila
penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada
pendengar.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik
merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang
membawa maksud "erti yang penting".
Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik - adalah cabang
linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata - bagaimana asal
mulanya - bagaimanaperkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan
makna dalam sejarah bahasa.
Rumusan : Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda
linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam bahasa.
************
Makna memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa.
a) makna dan simbol
b) pemberian makna kepada setiap simbol
c) abstrak dan konkrit
Ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ayat yang
mempunyai lebih daripada satu makna.
Dalam situasi ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman
mereka . Namun, ayat itu memberi makna lain jika konteks ayat ditambah.
Ayat taksa yang tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun
pembaca. Ayat taksa yang tidak menepati nahu yang tepat membuat pembaca keliru.
Ayat taksa tidak jelas dan kabur iaitu dari segi logik ayat.
Ayat yang betul dan tepat nahunya tetapi jika tidak dibaca dengan intonasi yang betul akan
menimbulkan ketaksaan makna.
Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami
ketaksaan.
Percanggahan makna dalam ayat ekoran penggunaan dua kata yang tidak sama erti dan
berlawanan maksud menyebabkan ketaksaan. Contoh jemput hadir.
kedatangan diwajibkan.
Kesimpulan : Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada
perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan atau ujaran bolehlah
didefinisikan sebagai ketaksaan makna.
Jenis ketaksaan makna :
a) Kekaburan rujukan : contoh belukar - hutan
b)ketidakpastian makna : makna yang tidak jelas, contoh; buku adik
c) kurang ketentuan pada makna item : contoh ; jiran
d) pertentangan pada penentuan makna item : arahan kurang jelas, pertentangan tafsiran
Faktor ketaksaan makna :
hubungan makna dengan alam
ketaksaan leksikel iaitu homomim dan akibat polesemi.
Sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan
pentafsiran yang berlainan dalam ayat. Contoh; bunga (di taman, anak gadis)
***********
Jenis-jenis makna
1)Makna Denotatif : makna deskriptik dan makna leksikal. Makna yang bersifat objektif,
makna sebenar, makna asal, makna mutlak dan makna dasar.
2)Makna Konotatif : makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif.
Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.
3)Makna Konseptual : makna konsep dapat menentukan makna, memahami ujaran atau
membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep,
kita tidak dapat mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Bergantung pada
konteks ayat atau situasi penggunaannya maka makna konseptual atau makna situasional
sering juga disebut makna gramatikal. Contoh : konotasi antara perempuan dan wanita
adalah berbeza tetapi mempunyai makna yang sama.
4)Makna Leksikal : berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa;
makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam
ayat. Leksikograf ialah penyusun kamus.Leksikologi ialah kajian tentang makna dan
penggunaan perkataan. Leksikon ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau
sesuatu bidang.
a) Semantik Leksikal: makna dan referensi, denotasi dan konotasi, analisis ekstensional dan
analisis intensional ; analisis komponensial; dan Kesinoniman, keantoniman, kehomomiman
dan kehiponiman
b)Fonologi leksikal : kata, nada dan maksud
c) Kata kerja leksikal : kata kerja perbuatan dan bukan perbuatan
5)Makna Etimologis : kajian tentang asal usul dan perkembangan perkataan. Istilah
etimologi daripada Yunani iaitu eumos bermaksud betul atau benar dan logos yang
bermaksud ilmu. Bahasa yang diambil daripada bahasa lain atau
diubah disebut etimon. Menurut Ullman, terdapat enam sebab perubahan makna
iaitu linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan perkataan baru.
a) Prinsip Etimologis sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Sejarah
formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang zaman sehingga mencapai tahap nahu
bahasa yang lebih tua dan seandainya kata yang ditelaah itu adalah kata pinjaman sehingga
mencapai nahu bahasa sumber pinjaman. Contoh, etimologi merupakan usaha sejarah; kopi
dari Arab iaitu qahwah yang dipinjam daripada bahasa Turki iaitu kaveh kemudian kosa
kata Eropah iaitu caffe dan akhirnya bahasa Melayu menjadi kopi.
6)Faktor Perubahan Makna : Makna bahasa diperoleh daripada ujaran dan tulisan.
Perubahan makna berlaku disebabkan oleh :
a) Faktor perkembangan bahasa itu sendiri; contoh tangan & menangani
b) Faktor tanggapan penutur; contoh : abang
c) Faktor peluasan maksud; semangat (roh, jiwa - perasaan )
d) Faktor pembatasan atau penyempitan maksud; contoh: daging, sarjana, pendeta
e)Faktor tujuan simbolik atau stilistik; contoh : bunga dan kumbang (gadis dan teruna),
maksud personifikasi dalam puisi.
7)Makna Afektif : berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya
fikir. Istilah sering digunakan secara eksplisit (lontaran suara/intonasi) sama ada afektif yang
positif atau negatif. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi
pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa akibat reaksi pendengar yang
dipengaruhi unsur perasaan atau emosional. Contoh ayat, "bangun, nak" (kasar atau halus).
8)Makna Gramatikal : makna baru yang wujud akibat daripada proses pengimbuhan,
pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas, perbatasan, terbatas
dan lain-lain lagi. Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau pinjaman (awalan, akhiran,
apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar boleh mengubah golongan kata dan
makna.
9)Makna Tematik : disampaikan melalui susunan bunyi , susunan kata, fokus dan juga
tekanan. Ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat pasif dan ayat aktif. Adik menendang bola.
Bola ditendang oleh adik yang mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Contoh; Ali anak
doktor Kasim kemalangan semalam. Makna tematik akan difahami setelah dikomunikasikan
oleh pembaca atau penulis baik melalui urutan kata-kata, fokus pembicaraan mahupun
tekanan suara. Contoh ; Saya sayang awak. @ Saya sayaaaaaang awak!. Makna tidak akan
terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas
sepertimana ayat yang diujarkan.
10)Makna Gaya : Gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya
mereka seperti novel, sajak, cerpen dan sebagainya. Gaya bahasa apabila bercakap, menulis
dapat dinilai dari sudut perkataan, ikatan ayatnya, jalan bahasanya atau bentuk
peribahasanya. Hal ini berkaitan kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini, sifat
ketamadunan dan adat resam. Gaya bahasa ini mengenai :
a) Bahasa figuratif : perluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan
kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. Penulis karya yang kreatif akan membawa
pembaca ke dunia baru dengan bahasa figuratif. Contoh metafora ( perbandingan antara
dua benda untuk memberi persamaan sifat objek, contoh Aliah jinak-jinak
merpati), alusi (rujukan ringkas kepada orang, tempat atau peristiwa yang terkenal dengan
grafik, contoh: syurga di telapak kaki ibu), Simile ( perbandingan bersifat eksplisit iaitu
perbandingan secara langsung yang sama dengan benda lain, contoh : seperti, sama,
bagaikan, sebagai, laksana dan sama ), Personifikasi ( menggambarkan benda-benda bukan
hidup dengan sifat-sifat kemanusiaan seolah-olah hidup seperti manusia, contoh : daun
melambai, bukit mengamuk), Ironi ( menyatakan sesuatu dengan maksud yang berlawanan,
bukan maksud sebenar tetapi lebih pada sindiran atau penipuan, contoh : Awaklah paling
cantik .Hakikatnya tidak cantik. ),Hiperbola (gaya bahasa melebihi maksud perkataan.
Perkara yang kecil diperbesarkan., contoh : Matanya merah menyala, menyinga dan
sebagainya)
b)Bahasa Dialek : variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan
penutur dalam sesebuah masyarakat. Ragam bahasa dialek berbeza dengan suatu ragam
bahasa lain berdasarkan ciri-ciri penyebutannya, kosa kata, tatabahasa dan suasana sosial
tertentu. Dialek yang popular ialah dari Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah,
Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
c)Gaya bahasa berirama : Gaya bahasa puisi yang bertujuan untuk memperindah bahasa
dan menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain. Antara bahasa berirama yang boleh
diaplikasikan pengarang ialah pantun, syair, sajak, pepatah atau bidalan serta bait-bait
lagu. Karya klasik menggunakan bahasa berirama seperti prosa-prosa berbentuk hikayat,
cerita-cerita panji.
d)Ekspresi pengarang : Gaya penulisan seseorang membuktikan karyanya asli,
memperlihatkan identiti diri dan tidak dan diketahui penulisannya dipengaruhi oleh
pengarang lain atau tidak. Gaya penulisan sama ada lebih baik, menarik atau sebaliknya
membosankan. Pengaruh gaya penulis lain dapat membuka minda dan ruang lingkup
pemikiran seseorang penulis. Peniruan juga merupakan proses pembelajaran untuk menulis
bagi mencari identiti sendiri.
11)Makna Asosiatif : makna yang sama dengan lambang atau perlambangan digunakan
untuk menyatakan konsep lain yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri
yang ada konsep asal kata tersebut. (Contoh: putih berasosiasi dengan sesuatu yang suci dan
kesucian. )
12)Makna Stilistik : makna dalam sebuah kata yang menunjukkan lingkungan sosial
penggunaannya. ( Contoh : naik : bergerak ke atas, mendaki, menumpang, bertambah,
kembang )Makna stilistik lebih banyak ditampilkan dalam gaya bahasa iaitu penilaian
bahawa penuturnya berbudi bahasa atau tidak.
13)Makna kolokatif : Makna yang berhubungan dengan kata-kata tertentu dan hanya
merangkumi kata-kata yang bersesuaian dengannya. (Contoh : cantik dan tampan
bermaksud indah. Walau bagaimanapun tampan tidak dapat berkolokasi dengan kata
gadis.)
14) Makna kata : Makna kata adalah makna dasar sesebuah kata berhubung dengan makna
sesuatu perkataan apabila berada dalam sesuatu konteks ayat. ( Contoh : makan;
memasukkan sesuatu ke dalam mulut, makan hati : tersinggung atau tersentuh )
15) Makna istilah : mempunyai makna yang pasti , jelas dan tidak meragukan meskipun
tidak berada dalam konteks ayat. Istilah hanya digunakan pada bidang ilmu atau kegiatan
tertentu. (Contoh : lengan dan tangan ; dalam bidang kedoktoran mempunyai makna yang
berbeza.)
16)Makna Idiom : satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) yang maknanya tidak dapat
diramalkan dari makna leksikal dan makna gramatikal dalam pembentukannya. Terdiri
daripada dua bentuk iaitu idiom penuh( idiom yang secara keseluruhannya merupakan satu
kesatuan dengan makna) dan idiom sebahagian (masih ada unsur yang memiliki makna
leksikalnya sendiri tetapi terdapat kekeliruan terhadap penggunaan idiom, ungkapan dan
metafora).
17)Makna Peribahasa : suatu kiasan/bahasa/bunga bahasa dalam kata-kata yang
menggunakan kalimat/kelompok kata untuk menggambarkan sesuatu maksud yang
tertentu. Maksudnya berlainan daripada makna asalnya. Tujuannya adalah sebagai kiasan,
teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan.
18)Makna kontekstual : berkaitan dengan atau menurut konteks. Menurut Abdullah Yusof,
Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari,(2009), makna kontekstual sebagai makna sebuah
leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Makna konteks boleh berkenaan
dengan situasi iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. (Contoh
: Kepala : rambut di kepala, sebagai kepala sekolah, kepala surat)
19)Makna Referensial : perkataan yang mempunyai referen atau acuannya. Perkataan yang
termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna
referensial. (Contoh : makan, cerdik, kasut dan lain-lain).
************************
Peribahasa ialah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa yang memperkaya khazanah
bangsa. Selain itu, peribahasa memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan
kepekaan akal budi yang tinggi bagi masyarakat pengguna bahasa itu.
Peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang
membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam
sekeliling sebagai pedoman kepada masyarakat.
Peribahasa sebagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai tatatertib pergaulan, tatasusila
dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia sebelum kewujudan undang-undang.
Peribahasa digunakan sebagai komunikasi yang mengajar kita untuk berkomunikasi secara
lembut dan berbudi bahasa.
Peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu untuk
menyampaikan sesuatu maksud tersirat secara halus sebagai kiasan, sindiran dan
teguran bagi menyembunyikan kata-kata kesat atau kasar. Susunan pada peribahasa adalah
tetap dan tidak boleh ditukar (ayat pasif menjadi ayat aktif)
Cabang peribahasa ada banyak pendapat.
a) Rubiah Aksah (2005) menyatakan ada lima cabang iaitu simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, bidalan, serta kata-kata hikmah.
b) Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1993) ada empat cabang iaitu simpulan bahasa,
pepatah, perumpamaan dan bidalan.
c) Za'ba :terbahagi kepada dua iaitu 1. peribahasa; pepatah, perbilangan, bidalan,
perumpamaan, lidah pendeta. 2. kiasan ; kiasan, ibarat dan tamsil (persamaan sebagai
umpama (misal), misalan, contoh.
Perumpamaan : susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan
daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang membandingakn sesuatu
dengan benda lain. Setiap kata dalam perumpamaan adalah diumpamakan dengan sikap dan
perangai manusia atau corak hidup masyarakat.
Perumpamaan menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana dan
seperti, bagai, ibarat.
Kata bandingan dalam perumpamaan di hadapan ayat. Contoh ; Laksana golok kayu, ditetak
tak makan dijual tak laku, Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung,
Umpama membungkus api.
Kata bandingan dalam perumpamaan di tengah-tengah ayat. Contoh ; Pantas seperti lipas
kudung, Pekak macam badak.
Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan dengan
pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya.
Contohnya; bersaksi ke lutut, potong hidung rosak muka, getah meleleh ke pangkal, daun
melayang jauh,
Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan masyarakat.
Bersifat sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan ketepatan
perkataan yang mengandungi unsur pengajaran.
Nilai-nilai murni dalam pepatah untuk menyatukan anggota sesebuah masyarakat,
membentuk tamadun, gambaran tentang sikap dan nilai anggota masyarakat, pendidikan,
membentuk keperibadian agar lebih bijaksana dan penyayang.
Bidalan adalah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi nasihat,
peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Hampir menyerupai pepatah tetapi
terdapat perbezaan di mana bidalan lebih kerap digunakan dalam kehidupan seharian
kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang boleh dijadikan sebagai
pedoman hidup.
Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik, biar,
harus, usah dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. (contoh; jangan pijak
terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit, baik
bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.
Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan
mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal.
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah yang membawa maksud
yang tepat dan padat.
Menurut Za'ba, simpulan bahasa terhasil daripada:
a) perbandingan atau kiasan cerita masyhur. (Contoh; Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang)
b) benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling (Contoh ; mandi kerbau, kutu embun)
c) kepercayaan orang ramai. (Contoh; harimau berantai, buruk siku)
d) kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh; ada hati, gila bahasa, beri muka)
Ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada;
a) penggunaan kata nama ( anak buah, buah tangan, lipas kudung)
b) penggunaan kata kerja ( ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga.
c) kata adjektif ( besar kepala, bodoh sepat, kecil hati)
d) kata nama khas ( Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk)
e) nilai kepercayaan (air pinang, batu buyung dan makan bulan)
f) berkaitan dengan tubuh badan; (gigi air, mata keranjang, telinga kuali, lidah bercabang)
g) berkaitan dengan haiwan (saudara anjing, akal kancil, biawak hidup)
h) berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ( durian runtuh, diam ubi, tangkai jering)
i) lain-lain kategori ; ( cincin tanda, jadi abu, serkap jarang, kurang ajar)
*****************
Semantik : kajian makna
Pragmatik : menghuraikan makna berdasarkan konteks.
Sintaksis : pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan) tentang susunan kata dalam
ayat.
Sinonim :sama erti/makna
Antonim : berlawanan
Hiponim : kata yang terangkum dalam makna kata yang lain [ Binatang
(Hiponim/Superordinat) : Lembu, kambing, ayam, itik (Hipernem/subordinet) ]. Terdiri
daripada 2 jenis iaitu hiponim tulen dan hiponim umum.
Polisem : mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain.
[hulu sungai : hulu parang , pangkal lidah : pangkal pokok]
Homomim : mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna. [kata banyak
makna seperti gugur, bunga, dingin]
Homograf : mempunyai kesamaan ejaan dengan perkataan lain tetapi berbeza makna [
semak, rendang, perang ]
Homofon : perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya
Leksikografi : kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Kamus ekabahasa,
dwibahasa dan aneka bahasa.
morfem : satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu; Contoh
'Perumahan ' ;'rumah' : morfem bebas manakala 'per-' dan '-an' morfem terikat.
fonem : unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata.
fonetik : ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya.
wacana : kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan, pertukaran idea dalam
bentuk tulisan atau lisan.
Lakuan bahasa : ketika berkomunikasi, setiap pertuturan mempunyai makna yang tersirat [
pernyataan, amaran, perintah, menanya soalan, membuat janji, ugutan ]
Dalam pembicaraan terdahulu sudah disebutkan bahwa makna sebuah kata secara
sinkronis tidak akan berubah. Pernyataan ini menyiratkan juga bahwa kalau secara sinkronis
makna sebuah kata tidak akan berubah, maka sekacara diakronis ada kemungkunan bisa
berubah. Pernyataan bahwa makna sebuah kata secara sinkronis dapat berubah menyiratkan
pula pengertian bahwa tidak setiap kata maknanya harus berubah secara diakronis. Banyak
kata yang maknanya sejak dulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Persoalanya sekarang
adalah mengapa makna kata itu dapat berubah dan apa yang menyebabkan terjadinya
perubahan itu.
A. Sebab-sebab Perubahan
Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya perubahan makna sebuah kata.
1. Perkembangan Dalam Ilmu dan Teknologi
Pekembngan dalam ilmu dan kemajuan dalam bidang ilmu teknologi dapat menyebabkan
terjadinya perubahan makna sebuah kata. Sebuah kata yang tadinya mengandung konsep
makna mengenai suatu yang sederhana, tetap digunakan walaupun konsep maknayang
dikandung telah berubah sebagai akibat dari pandangan baru atau teori baru dalam satu
bidang ilmu atau sebagai akibat dalam perkembangan teknologi. Perubahan makna kata
tulisan sampai pada maknakarya imaginative adalah contoh perkembangan bidang
keilmuan. Contoh lain pada kereta api, walaupun kini sebagai akibat perkembangan
teknologi, sudah tidak digunakan lagi lokomotif bertenaga uap, tetapi perusahaan kereta api
itu masih menggunakan nama Perusahaan Jawatan Kereta Api(PJKA).
2. Perkembangan Sosial dan Budaya
Perkembangan dalam bidang sosial kemasyarakatan dapat menyebabkan terjadinya
perubahan makna. Contoh kata yang maknanya telah berubah sebagai akibat perubahan sosial
kemasnyarakatan adalah kata sarjana.
3. Pebedaan Bidang Pemakaian
Bagian yang lalu sudah dibicarakan bahwa setiap bidang kehidupan atau kegiatan
memilikikosakata tersendiri yang hanya dikenal dan digunakan dengan makna tertentu dalam
bidang tersebut. Umpamanya dalam bidang pertanian ada kata-kata benih, menuai, panen,
menggarap, membajak, menabur, menanam, pupuk dan hama.
4. Adanya Asosiasi
Agak berbeda dengan perubahan makna yang terjadi sebagai akibat penggunaan dalam
bidang yang lain, di sini makna baru yang muncul adalahberkaitan dengan hal atau peristiwa
lain yang berkenaan dengan kata tersebut, umpamanya kata amplop.
5. Pertukaran Tanggapan Indra.
Di dalam penggunaan bahasa banyak terjadi kasus pertukaran tanggapan antara indra yang
satu dengan yang lain.rasa pedas misalnya yang seharusnya ditangkap oleh indra perasapada
lidah, tertukar menjadi ditangkap oleh alat indera pendengaran seperti tampak pada
ujarankata-katanya cukup pedas.
6. Adanya Penyingkatan
Dalam bahasa Indonesia ada sejumlah kata atau ungkapanyang karena sering digunakan,
maka kemudian tanpa diucapkan ataudituliskan secara keseluruhan orang sudah mengerti
maksutnya.misalnya, kalau dikatakana Ayahnya meninggal tentu maksutnya adalahmeninggal
dunia.
7. Perbedaan Tanggapan
Setiap unsure leksikal atau kata sebenarnya secara sinkronis telah mempunyai makna leksikal
yang tetap. Namun karena pandangan hidup dan ukuran dalam norma kehidupan di dalam
masyarakat, maka banyak kata yang menjadi memiliki nilai rasa yang rendah, kurang
menyenangkan.kata-kata yang nilainya merosot menjadi rendah ini lazim disebut peyoratif
sedangkan nilainya naik mnjadi tinggi disebut amelioratif. Contoh : kata bini ini
Dianggap peyoratif, sedangkan kata istri dianggap amelioratif.
8. Proses Gramatikal
Proses gramatikal seperti afiksasi, reduplikasi, dan komposisi(penggabungan kata) akan
menyebabkan pula terjadinya perubahanmakna.
9. Pengembangan Istilah
Salah satu upaya dalam mengembangkan atau pembentukan istilah baru adalah dengan
memanfaatkan kosakata bahasa Indonesia yang ada dengan member makna baru. Misalnya
kata papan yang semulanya bermakna lempengan kayu, kini diangkat menjadi istilah untuk
maknaperumahan.
B. Jenis Perubahan
ada perubahan yang sifatnya meluas, ada perubahan yang sifatnya menyempit ataupun
mengkhusus,ada perubahan yang sifatnya halus,ada perubahan yang sifatnya mengasar, dan
ada pula yang sifatnya total.
1. Meluas
Yang dimaksud dengan perubahan makna meluas adalah gejala yang terjadi pada sebuah
kata atau leksem yang pada mulanya hanya memiliki sebuah makna, tetapi kemudian karena
berbagai faktor menjadi memiliki makna-makna lain. Umpamanya kata saudara pada
mulanya hanya bermakna seperut atau sekandung. Kemudian maknanya berkembang
mnjadisiapa saja yang sepertalian darah.
2. Menyempit
Yang dimaksud dengan perubahan menyempit adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata
yang pada mulanya mempunyai makna yang cukup luas, kemudian berubah menjadi terbatas
hanya pada sebuah makna saja. Misalnya kata sarjana yang pada mulanya berarti orang
pandai atau cendikiawan, kemudian hanya berarti orang yang lulus dari
Konsep Transformasi-Generatif
Setiap penutur asli sesuatu bahasa seharusnya dapat mengenali atau membezakan satu jenis
binaan ayat daripada satu binaan yang lain. Ia dapat juga secara intuisi mengenali sama ada
pembentukan suatu ayat itu gramatis atau tidak. Kemampuan atau kecekapan mengenali
jenis-jenis ayat ini ada kaitannya dengan kemampuan membentuk serta memahami bilangan
ayat dalam bahasanya yang tidak terkira jumlahnya. Walaupun sesuatu ayat itu baru
didengarnya, atau tidak menyerupai bentuk ayat yang pernah didengarnya, seseorang penutur
asli boleh menentukan sama ada ayat itu gramatis, iaitu boleh diterima, atau tidak. Penentuan
sama ada sesuatu ayat itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi
seseorang penutur terhadap sesuatu dengan persepsi dalaman, iaitu struktur yang sifatnya
amat dasar dan menjadi asas kepada pembentukan atau penerbitan ayat-ayat lain yang lebih
kompleks. Persepsi yang dimaksudkan ini memungkinkan seseorang penutur mengenali
sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan suatu ayat yang lain, atau dengan
kata lain, ia dapat mengenal pasti ayat-ayat yang berparafrasa. Oleh hal yang demikian, dua
ayat atau lebih yang dianggap berparafrasa bererti ayat-ayat tersebut mengandungi pengertian
atau memberikan penerangan yang sama walaupun mungkin ayat-ayat berkenaan mempunyai
struktur atau aturan yang berbeza. Contohnya, bagi penutur bahasa Melayu, kedua-dua ayat
yang berikut dianggap sebagai parafrasa kerana salah satu terdiri daripada ayat aktif dan yang
satu lagi ayat pasif.
a. Ali memandu kereta itu.
b. Kereta itu dipandu oleh Ali.
Jika dilihat dari segi strukturnya, kedua-dua ayat ini mungkin membawa penegasan yang
berlainan. Ayat yang pertama memberi penegasan kepada Ali, manakala ayat yang kedua
memberi penegasannya kepada kereta. Walaupun mempunyai struktur ayat yang berlainan,
oleh sebab kedua-duanya memberikan penerangan atau makna yang sama, maka dikatakan
ayat-ayat ini berparafrasa.
Satu lagi faktor yang boleh dikaitkan dengan kecekapan berbahasa ialah kemampuan
seseorang penutur itu mengenali unsur-unsur ketaksaan, seperti yang berlaku pada ayat
berikut:
a. Ibu bapa Ali telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada
bapa Ali yang telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia.
Untuk mengenali perbezaan erti ini, kita perlu secara intuisi menyedari kewujudan dua jenis
binaan yang berbeza.
a. Ali teringat akan kekasihnya.
b. Ali teringat oleh kekasihnya.
Kedua-dua ayat ini kelihatan mempunyai pola atau struktur yang sama, tetapi tidak
semestinya mempunyai makna yang sama. Ali teringat akan kekasihnya menyaksikan
bahawa Ali adalah subjek atau unsur yang diterangkan pada kata aktif teringat, manakala
Ali teringat oleh kekasihnya menunjukkan Ali merupakan subjek kata kerja pasif
teringat yang mungkin berasal daripada ayat aktif Kekasihnya mengingati Ali. Jelaslah di
sini bahawa walaupun kedua-dua ayat tersebut kelihatan sama strukturnya pada peringkat
permukaan, namun pada peringkat yang lebih dasar dan bentuk ayat dalaman, keduadua ayat
tersebut memperlihatkan hubungan gramatis yang berlainan antara bentuk kata sehingga
menghasilkan makna atau erti yang berbeza.
Oleh hal yang demikian, kita perlu melihat setiap ayat sebagai mengandungi dua
peringkat. Pertama, peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi
bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau
dengan kata lain, membentuk semantik ayat. Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu
struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, dan
merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang
diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dikenali sebagai komponen
fonologi. Parafrasa berlaku apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang mempunyai
hanya satu struktur dalaman yang sama. Manakala Ketaksaan ayat berlaku apabila terdapat
suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau
lebih.