Sastera Melayu
Sastera Melayu
Sastera Melayu
1.0.
Pengenalan
Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Maksud kesusasteraan
telah dikaji berdasarkan etimologi, iaitu kajian asal usul bahasa. Perkataan kesusasteraan
berasal daripada cantuman kata su dan sastra dalam bahasa Sanskrit. Perkataan tersebut
telah diberi apitan ke...an untuk membentuk kata nama. Kesusasteraan merupakan kesemua
hasil seni yang disampaikan melalui bahasa yang ditujukan kepada khalayak yang terdiri
daripada pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama.
Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya sastera yang
ditulis dalam bahasa Melayu. Pengarang berkarya untuk mendapatkan keseronokan,
menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat, dan menyara kehidupannya.
2.0.
Perkembangan Sastera
Melayu telah berkembang dari hari ke hari sehingga kini. Kesusasteraan Melayu Tradisional
telah mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan bahawa
Kesusasteraan Melayu Moden bermula dengan munculnya karya-karya Abdullah Munsyi.
Kesusasteraan Melayu Moden ditandai juga oleh karya yang dicetak dengan mesin.
Kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi dua, iaitu prosa dan puisi. Prosa Melayu
Tradisional pula terdiri daripada yang naratif (cerita) dan bukan naratif (bukan cerita). Begitu
juga dengan puisi. Puisi Melayu tradisional turut terbahagi dua, iaitu puisi naratif dan puisi
bukan naratif. Puisi yang terdiri daripada pantun, gurindam, seloka, talibun, teromba dan
peribahasa berangkap ialah puisi tradisional warisan Melayu. Manakala, syair, nazam, rubai,
masnawi, qitah, ghazal dan barzanji ialah puisi tradisional warisan Islam. Selain itu, dalam
puisi juga terdapat Puisi Tumpangan Warisan Melayu iaitu teka-teki, rejang dan endoi. Puisi
Tumpangan Warisan Islam pula terdiri daripada zikir, selawat, hadrah dan dabus. Sebaliknya
dalam Kesusasteraan Melayu Moden, prosa terdiri daripada novel, cerpen, drama, biografi,
autobiografi, esei dan kritikan manakala genre puisi di dalam Kesusasteraan Melayu Moden
ialah sajak.
Agama Islam yang dikatakan sampai ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah telah
memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan bahasa, kesusasteraan, dan
kebudayaan Melayu sehingga tulisan jawi digunakan untuk menulis karya sastera. Abdullah
Munsyi ialah pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran itu diberikan kerana beliau
telah memulakan penulisan corak baru yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya iaitu:
a. Tidak lagi berkisar di istana;
b. Tidak mengandungi mitos dan legenda;
c. Tidak terbina atas khayalan melulu; dan
d. Telah berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.
Beliau telah meninggalkan ungkapan-ungkapan tradisional seperti talibun yang sering
diulang-ulang untuk melukiskan sesuatu. Beliau juga menggunakan ganti nama diri aku atau
ku yang menjelaskan sifat keakuan dan sifat bertanggungjawab terhadap karya yang
dihasilkan. Genre-genre baru yang diterokai beliau ialah autobiografi dan memoir. Walau
bagaimanapun, masih terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional dalam karya seperti
Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan. Di samping itu, lengganglenggok bahasa yang digunakan oleh beliau masih terikut-ikut dengan bahasa yang terdapat
dalam Sejarah Melayu. Asas Kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang oleh Abdullah
Munsyi menjadi pegangan para pengarang selepas beliau pada tahun-tahun 1860-an dan
seterusnya. Pengaruh luar dan teknologi moden telah menyebabkan terhasil dan tersebar
karya sastera dalam bahasa Melayu.
3.0.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam bukunya yang membahaskan tentang konsep
moden itu mengatakan bahawa Islam yang membawa kemodenan ke Alam Melayu.
Sehubungan itu, beliau berpegang teguh kepada kecemerlangan Islam mengubah setiap
aspek kehidupan umat Melayu. Satu daripada perubahan itu berlaku di dalam bidang
persuratan. Agama Islam telah memberi sumbangan terpenting ke arah tamadun bangsa
Melayu melalui penyebaran ilmu.
Perkara lain yang dijadikan asas kepada kemodenan itu ialah perubahan yang berlaku
dalam isi kandungan karya yang dihasilkan. Buat pertama kali karya-karya mengemukakan
hal-hal yang berpijak di bumi nyata, meninggalkan kebiasaan-kebiasaan dalam
Kesusasteraan Melayu Tradisional (walaupun tidak semuanya), dan karya sastera boleh
dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian.
Kegiatan serupa itu berlangsung hingga sebelum Perang Dunia Kedua. Pada masa itu,
muncul pengarang-pengarang yang terus menghasilkan karya yang berjejak kepada
kenyataan dan menyentuh kehidupan masyarakat Melayu secara langsung. Semua hasil
sastera
telah
diterbitkan
dengan
menggunakan
teknologi
percetakan.
Sejarah pertumbuhan dan perkembangan sesuatu genre, faktor-faktor yang galakan, tokoh
penting, dan institusi sastera turut menyumbang ke arah memartabatkan sastera tanah air.
4.0.
Bidang Kesusasteraan Melayu terkenal dengan beberapa tokoh kerana jasa mereka
menyumbangkan hasil-hasil karya. Antaranya ialah Sasterawan negara:
1. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
2. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
3. 1983 : Datuk (Dr) Usman Awang
4. 1985 : Datuk (Dr) A. Samad Said
5. 1987 : (Dr) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
7. 1993 : Datuk Noordin Hassan
8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
9. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
10. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
Jasa Tokoh
bertanggungjawab menulis Sejarah Melayu.
Hamzah Fansuri
Munsyi Abdullah
Melayu dan bukan Melayu, serta persoalan yang dihadapi oleh orang
Melayu.
ialah wartawan yang turut menghasilkan cerpen dan novel.
Muhammad
Maamur
9
Ishak
Muhammad
ialah Sasterawan Negara yang pertama. Beliau menghasilkan banyak
10
Keris Mas
11
Shahnon Ahmad
12
Usman Awang
13
A. Samad Said
sajak.
ialah Sasterawan Negara Ke-5 yang menulis novel dan cerpen.
14
Arena Wati
15
Muhammad
Salleh
ialah Sasterawan Negara Ke-7 yang banyak menulis drama.
16
Noordin Hassan
ialah Sasterawan Negara Ke-8 yang menulis novel, cerpen, drama, dan
17
Abdullah Hussein
18
S. Othman Kelantan
biografi.
ialah Sasterawan Negara Ke-9 yang menulis novel dan cerpen.
5.0.
Tokoh Pilihan
Daripada tokoh-tokoh tersebut, Dato Haji Shahnon Ahmad telah dipilih sebagai tokoh yang
akan diperdalami dalam penulisan ini. Beliau ialah pengarang serba boleh kerana
berkeupayaan menghasilkan karya-karya bermutu dalam bidang cerpen, novel, drama, esei
dan kritikan. Beliau juga mahir dengan permasalahan masyarakat desa (membicarakan
penderitaan dan kemiskinan petani-petani Melayu).
6.0.
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada tahun 1993 di Sik, Kedah. Beliau
dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara ke-2 pada tahun 1982. Dato Haji Shahnon ialah
bekas Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Sik juga merupakan seorang Profesor Emeritus di
universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau merupakan pengarang yang mahir dengan
permasalahan masyarakat desa (membicarakan penderitaan dan kemiskinan petani-petani
Melayu). Oleh sebab itu, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi gelaran Victor
Hugo Melayu kepadanya.
6.1.
Shanon bin Ahmad (nama penanya Juwahir/Tutang) dilahirkan pada 13 Januari 1933
di Kampung Banggul Derdap, iaitu sebuah kampung pedalaman di daerah Sik, Kedah.
Beliau merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Bapa Shahnon, Haji
Ahmad bin Haji Abu Bakar berasal dari Medan, Sumatera meninggal dunia pada
tahun 1981. Haji Ahmad yang mengembara dari tempat asalnya telah berkahwin
dengan ibu Shahnon, Hajjah Kelsum binti Haji Mohd. Saman, berasal dari Kampung
Poseng, Pattani, Thailand dan menetap di Sik.
Haji Ahmad atau dikenali sebagai Pak Mat pernah berkhidmat di Jabatan Ukur
serta menjadi perisik pihak British ketika penjajahan Jepun di samping tugasnya
sebagai posmen.
Shahnon bersekolah di sebuah Sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V pada 1946
serta Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan.
Beliau bertugas sebagai guru di Grammer English School, Kuala Terengganu
(1954); Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan (1955-1956). Kecederaan
yang dialaminya menyebabkan beliau menjadi guru semula dan mengajar bahasa
Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959).
Shahnon yang menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid (19601963); pindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Abdul Halim(1967). Pada tahun 1968, beliau menjadi pegawai penyelidik di
Australian National University (ANU), Canberra, Australia. Di sana beliau
memperoleh ijazah Sarjana Muda (1971).
Shahnon telah menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim ; pensyarah Universiti Sains Malaysia (1974) dan memperolehi Sarjana Sastera
USM (1975). Kemudian, Shahnon dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan (1979) ; Profesor Sastera USM (Jun 1980) ; profesor penuh di USM
(1982) ; dan Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.
7.0.
Sumbangan Tokoh
7.1.
Penulisan
Shahnon banyak membaca karya novelis Indonesia Pramoedya Ananta Toer dan
Patrick White. Sejak 1956 beliau mula menulis dan sentuhannya tentang masyarakat
cukup dirasakan dan mulanya berbentuk sinis dan seks. Karya awalnya berupa
terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan menghasilkan cerpen, novel, esei serta
kritikan. Namun beliau canggung menghasilkan puisi dan drama. Beliau menyingkap
penderitaan manusia desa dan kehidupan di bandar-bandar.
Novel pertamanya Rentong (1965) menaikkan namanya. Novel keduanya
berjudul Terdedah. Novel ketiga pula Ranjau Sepanjang Jalan dijadikan teks
sastera tingkatan enam dan diangkat menjadi sebuah filem (1983) oleh penerbit /
pengarah filem, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Dua novel ini merupakan
kemuncak kerjaya novelis ini. Ranjau Sepanjang Jalan telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. Panel
The Sydney Morning Herald (1973), mengangkat novel ini satu daripada 10 novel
menarik tahun 1972. Ranjau Sepanjang Jalan (1966) yang telah diadaptasi semula ke
filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh,
Rentong (1965), Srengenge (1973) telah memenangi anugerah Novel Tahunan
Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).
Melalui novel Rentong , beliau cuba menganalisis masyarakat desa yang amat
memerlukan pembangunan. Kisah perjuangan petani miskin di kampungnya Banggul
Derdap melalui watak Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma. Orang kampung
dengan segala kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping
menyerahkan dirinya bulan-bulat kepada Allah.
Novel Protes berkisar tentang ketuhanan. Novel Menteri dan Perdana berkisar
tentang soal politik orang Melayu. Gaya bahasa dan teknik penulisan yang bersahaja.
Loghat Kedah , perulangan ayat dan teknik perbandingan dapat meninggalkan kesan.
Novel Serengenge (1973) diangkat sebagai novel terbaik oleh Panel Hadiah
Karya Sastera 1973. Novel ini memaparkan sintesis antara kepercayaan tradisi dengan
ilmu psikologi moden. Tahun 1985, beliau menghasilkan novel Al-Shiqaq I.
Cerpennya memenangi Hadiah Karya Sastera. Antaranya antologi cerpen
Anjing-anjing, Debu Mereh, dan Selesai Sudah. Beberapa cerpennya diterbitkan
bersama penulis lain. Cerpen beliau yang tersiar dalam Berita Harian dan Mastika
mendapat hadiah RM100.00 (1960-an). Tahun 1974, Shahnon memenangi Hadiah
Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula.
7.2.
Beliau mula ke arah Islam dan keislaman. Polemik Shahnon dengan penulis Kassim
Ahmad mengenai takrif Sastera Islam tersiar dalam majalah Dewan Sastera pada
tahun 1984 dan akhbar Mingguan Malaysia. Beliau juga pernah ikut jemaah Al
Arqam dan pengalamannya itu ditulis dalam novel Tok Guru.
7.3.
Hasil Karya
7.3.1. Novel
1. Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.
2. Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.
3. Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M)
Bhd., 1966, 188 hlm.
4. Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.
5. Protes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.
6. Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.
7. Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.
8. Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.
9. Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.,
1977, 156 hlm.
10. Seluang Menodak Baung, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books
(Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.
11. Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.
12. Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.
13. Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi
Sasterawan Negara, 1995), 227 hlm.
14. Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145
hlm.
15. TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.
16. Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., 1995, 252 hlm
17. Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115
hlm.
18. Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997
(cet. 2), 334 hlm.
19. Shit (199)
20. Revolusi Yang Ditangguhkan (2009)
10
7.3.2. Cerpen
1. Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara, 1963, 190 hlm.
2. Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.
3. Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas
Bandung, 1964, 132 hlm.
4. Debu Merah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.
5. Angin Retak (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung,
1966, 177 hlm.
6. Konflik (antologi bersama), Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967,
118 hlm.
7. Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.
8. Selesai Sudah, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.,
1977, 164 hlm.
9. Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.
10. Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn.
Bhd., 1985, 433 hlm.
11. Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.
12. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
13. Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 hlm.
14. Seketul Hati Seorang Pemimpin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1989, 346 hlm.
15. Takah Demi Tokoh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1993, 346 hlm.
11
7.3.3. Drama
1. Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha,
1968, 126 hlm.
7.3.4. Kajian
1. Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Antara, 1966, 26 hlm.
2. Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd., 1978, 194 hlm.
3. Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147
hlm.
4. Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., 1981, 113 hlm.
5. Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, 167 hlm.
6. Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 183 hlm.
7. Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1993, 566 hlm.
8. Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 161 hlm.
9. Literature As a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 445 hlm.
10. Pongang Sastera, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 209
hlm.
7.3.5. Esei / Kritikan
1. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 1972 (antologi
bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.
2. Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1980, 92 hlm.
12
Wawancara
Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1984, 367 hlm
2.
Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah (Peny.), Jambak
I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 181-206.
7.5.
1.
2.
Esli Mat' Podnimetsa Na Tret'yu Stupen'ku (Bila Ibu Sampai Takah Tiga).
Terjemahan B. Parnikel. // Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i
13
4.
Sovremennaya
7.6.
Politik
Dato Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya
Umum Malaysia 1999, beliau menang bertanding di kerusi parlimen P13 Sik dengan
majoriti 478 undi. Beliau mendapat 13504 undi sementara Tan Sri Abdul Hamid
Othman (BN - UMNO) mendapat 13026 undi sahaja. Isu utama ketika itu ialah
pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM pada 1998. Namun beliau tidak
bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 kerana uzur yang menyaksikan
PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN.
14
Dato Shahnon Ahmad ialah pengarang serba boleh kerana berkeupayaan menghasilkan
karya-karya bermutu dalam bidang cerpen, novel, drama, esei dan kritikan. Kita dapat
melihat perubahan-perubahan dalam masyarakat melalui kreativiti dan imaginasinya
mengolah karya-karyanya. Beliau banyak menimbulkan isu-isu kesedaran kebangsaan,
pembangunan negara, dan identiti bangsanya. Dengan mendedahkan masalah-masalah
masyarakat semasa, beliau ingin mengajak pembaca untuk menyelesaikan serta
bertanggungjawab terhadap moral dan sosial mereka. Karya-karya terbarunya banyak
memperlihatkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai Islam dalam kesusasteraan.
Berdasarkan pengalamannya yang luas, Dato Shahnon telah menghasilkan pelbagai jenis
karya. Namun pengelaman ini juga telah membentuk sikap dan peribadinya sebagai anak
kampung yang amat sayangkan ibu bapa, kaum keluarga dan orang-orang kampungnya. Sifatsifat tersebut jelas digambarkan melalui cerpen Bapa, Kalau Ibu Sampai Takah Tiga dan
tiga buah novelnya yang terkenal iaitu Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge, dan Seluang
Menodak Baung.
Oleh sebab itu, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi gelaran Victor Hugo
Melayu kepadanya. Beliau ialah penerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran
Sasterawan Negara ke-2 pada tahun 1982. Di samping itu, beliau dianugerahi gelaran Dato
oleh Sultan Kedah.
9.0.
Perbezaan Penulisan
Beliau merupakan pengarang yang mahir dengan permasalahan masyarakat desa. Penghasilan
awal karyanya, beliau selalu membicarakan penderitaan dan kemiskinan petani-petani
Melayu. Cerpen-cerpennya termuat dalam antologi Anjing-anjing dan Debu Merah. Novelnovelnya yang berlatarbelakangkan Kampung Banggol Derdap ialah Rentong, dan Ranjau
Sepanjang Jalan. Manakala, novel-novelnya Srengenge, dan Seluang Menodak Baung,
berlatarkan desa yang hampir sama dengan Kampung Banggol Derdap. Malah ketika berada
di Alor Setar, beliau banyak menulis tentang jiran-jiran, kawan-kawan kerjanya, tokoh
15
10.0.
Sumbangan Terkini
Pada 1975, Shahnon diberi kepercayaan sebagai anggota Panel Hadiah Karya Sastera;
gelaran Pejuang Sastera oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn (1976); Anugerah Sastera
Negara daripada kerajaan (1982) ; Panel Hakim Hadiah Karya Sastera (1983). Beliau
menerima darjah Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran Dato daripada Sultan
Kedah (1980) ; Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11 September 1993.
Kesungguhan dan nilai sensitiviti yang tinggi terhadap kehidupan dan persekitarannya
menjadikan Shahnon Ahmad pemenang kategori cerpen dengan judul Kepikunan dan
menerima anugerah Mastera 2010. Shahnon Ahmad menyuntik semangat penulis muda untuk
16
kenal kewajipan yang dipikul sebagai penulis berhemah dan bertanggungjawab dengan
pendekatan sastera kerana Allah. Lantaran itu, Shahnon Ahmad ibarat permata di tengah
sahara dan hanya jauhari yang mengenal manikam.
11.0.
Kesimpulan
Sumbangan Dato Shahnon Ahmad dalam dunia sastera negara akan kekal menjadi
perbicaraan penting sepanjang zaman. Sebagai sasterawan yang serba boleh, beliau menjadi
teladan kepada pembaca terutamanya penulis muda untuk bangkit menjadi lebih kreatif,
yakin dengan apa-apa yang ditulis. Keyakinan dalam setiap karya beliau memberi kekuatan
kepada penulis-penulis yang baharu untuk menjadi pembela agama, bangsa dan negara
melalui wacana sastera perdana. Dalam kritikan Mohd. Yusof Hasan mengenai novel
Srengenge dengan esei Srengenge: Simbolisme Konflik Nilai menyebut bahawa novel
Srengenge tidak dapat dinikmati oleh individu yang tidak mempunyai nilai kekampungan.
Walau bagaimanapun, penulis sebagai individu dan pembaca muda yang tidak lahir dalam
suasana kedesaan tetap berasa gembira dan mampu menikmati karya besar itu secara
menyeluruh.
Maka, amatlah wajar sebagai insan yang dilahirkan dan membesar dalam kelompok
masyarakat yang sama dengan penulis ini, kita merasai dan sedar akan tanggungjawab
sebagai insan di bumi bertuah ini. Kesedaran akan timbul dengan penghayatan yang
mendalam terhadap setiap karya yang di terokai. Malah, ketekalan setiap penulis terhadap
setiap topik yang diketengahkan patut dijadikan contoh bahawa setiap karya bukan sekadar
imaginasi tetapi sesuatu yang patut diperjuangkan dengan penuh keyakinan dan keikhlasan.
12.0.
17
18
19
20
13.0.
Rujukan
21
Kesusasteraan Melayu: Dr. Harun Jaafar, Open University Malaysia (November 2011), Kuala
Lumpur.
Perjalanan Ku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi; Shahnon Ahmad, Pustaka Shahnon Ahmad,
2006.
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad: Mohd Yusuf Hassan(1990)Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Shahnon Ahmad.//Malayziya. Karmannaya Entsiklopedia (Malaysia. Ensiklopedia Saku).
Penyusun V. A. Pogadaev. Moscow: "Muravei-Guide", 2000, hlm. 332-333
"Shahnon Ahmad's satire outrages the Malaysian establishment", Asiaweek. Dicapai pada 26
Oktober 2007.
http://wardahmunirah.blogspot.com/2011/07/shahnon-ahmad-sasterawan-merentaszaman.html
http://www.dawama.com/Koleksi-Terpilih-Shahnon-Ahmad-Edisi-Khas-Sasterawan-NegaraKulit-Keras/q?pid=2278&doit=order
http://www.itnm.com.my/media/gallery/ziarah_sasterawan_negara_dato_shahnon_ahmad/
22