Perjuangan Tunku Abdul Rahman

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Perjuangan Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman, sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah


Melayu, telah mengetuai Rombongan Merdeka ke London untuk menuntut
kemerdekaan daripada pihak British.
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman dan rombongannya
berlepas ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tiga minggu kemudian, iaitu
pada 8 Februari 1956, Perjanjian London telah ditandatangani. Menurut
perjanjian tersebut, Persekutuan Tanah Melayu akan diberikan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sekembalinya Tunku dari London pada 20 Februari 1956, beliau
mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Merdeka, Melaka. Pada
detik 12.00 malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di
Padang Kelab Selangor. Bendera Tanah Melayu pula dinaikkan dengan
penuh rasa syukur dan bangga.
Upacara pengisytiharan kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka
pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman kini digelar Bapa Kemerdekaan kerana usaha
yang dilakukan oleh beliau sehingga membawa kemerdekaan kepada
Tanah Melayu.

You might also like