Iddin at Biografi Tunku Abdul Rahman
Iddin at Biografi Tunku Abdul Rahman
Iddin at Biografi Tunku Abdul Rahman
0 PENGENALAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
(1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970. Beliau juga turut
dikenali dengan panggilan “Tunku” serta digelar dengan gelaran sebagai ”Bapa Kemerdekaan”
dan ”Bapa Malaysia”.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya. Tunku
dilahirkan pada 08 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor setar , Kedah .
Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja. Beliau
merupakan seorang yang peramah , baik hati , arif dalam membuat pertimbangan , berjiwa
rakyat , setia kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri , murah hati , sentiasa bersimpati ,
bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang
ramai.
Beliau merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi
ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid , menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat
pada tahun 1943. Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan Burma dan menukar
namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.
Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed
Alwi Barakbah. Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan
Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu.
Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian
berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul
Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quranpada waktu
petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk
menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di
Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan
pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal
Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Selepas itu , ke St. Catherine College , Universiti Cambridge England untuk belajar
undang-undang dan kemudiaannya balik ke Tanah Melayu pada taun 1925 setelah menamatkan
pelajarannya. Tunku mendapat Ijazah B.A dalam sastera.
2.2 KEPERIBADIAN
Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi
namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah.Bapa Perpaduan Malaysia ini telah
membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku merupakan
seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian yang tersendiri serta istimewa
yang sukar ditandingi.
Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai
Daerah. Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain seperti memperbaiki mutu kesihatan
penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib peandu-
pemandu teksi di Sungai Petani. Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan
ke Congo , Afrika yang dilanda perang saudara 1961. Beliau berusaha menyatu padu rakyat
berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara. Beliau turut dikenali
sebagai “ Bapa Keamanan dan Perpaduan “
Beliau juga merupakan seorang yang akif dalam sukan. Mempunyai banyak hobi
termasuk menunggang kuda , memancing ikan , dan memasak. Meminati bidang sukan sejak
kecil terutamanya menunggang kuda dan bermain golf. Bola sepak merupakan bidang yang
paling diminati. Pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu , Bola Sepak
Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Februari 1954.
2.4 KERJAYA
Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada
tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana
Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya bermula pada 10
Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda , Padang Terap ,
Kuala Nerang , Sungai Petani , dan Kulim , Kedah. Pada tahun 1940 Tunku menjadi Timbalan
Pengarah Keselamatan Awam Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di
Perkhidmatan dan Kehakiman Kuala Lumpur.
Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Penglibatan beliau dala bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Pedana
Menteri Malaysia pada 22 September 1970.
1955 - Ketua Menteri Tanah Melayu dan memegang portfolio Menteri Dalam
Negeri
1964 - Selain dari tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku juga
merupakan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan .
3.0 SUMBANGAN
3.1 KEMERDEKAAN
Tunku Abdul Rahman Putra telah mengetuai misi ke London untuk berbincang dengan
pihak kerajaan British berkenaan kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan merdeka tersebut
telah sampai ke London pada 14 Januari 1956. Tunku telah bekerja keras dengan mendapatkan
sokongan dari semua kaum bagi memberi keyakinan kepada pihak British. Usaha beliau tersebut
telah menampakkan hasil apabila beliau telah menandatangani perjanjian kemerdekaan di
Lancaster House, London pada 8 Februari 1956. Rentetan dari peristiwa itu, Tanah Melayu telah
berjaya mendapatkan kemerdekaan dari pihak British. Pengisytiharan kemerdekaan telah
dilaungkan di hadapan dua puluh ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-raja serta
perwakilan dari tiga puluh negara Komanwel dan negara-negara asing yang lain pada tarikh
keramat 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
3.2 PERPADUAN
Di bawah kepimpinan Tunku, beliau telah menjelajah seluruh pelusuk Negara untuk
bertemu dengan rakyat bagi membangkitkan kesedaran dan semangat perpaduan. Melalui
usaha tersebut, beliau telah mendapat sokongan dan kerjasama dari semua kaum. Ianya dapat
dilihat dengan wujudnya sebuah Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO dan MCA pada
1952. Perikatan telah memenangi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik
perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara , ketika berumur 85 tahun , beliau
masih bergiat cergas malah masih aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back
dan As I See It dalam akhbar The Star. Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975,
Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969,
Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13, “Before and After”. Selepas
itu, beliau meneruskan penulisannya dalam khbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It.
Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkaitan masyarakat dan insiden-
insiden politik yang berlaku pada zaman beliau. Beliau turut menghasikan Viewpoints (1970),
Looking Back (1977), As Matter of Interest (1981), Something to Remember (1983), Less We
Forget and Contemporary Issues in Malaysian Politics (1984), Challenging Times (1986), dan
Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut adalah berkaitan isu-isu semasa.
Tungku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum menjadi
Perdana Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan. Pada
27 Ogos hingga 30 Ogos 1969, beliau telah mengadakan Persidangan Antarabangsa Drama dan
Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.
Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu “Mahsuri”,
“Raja Bersiung” dan “Sumphan Mahsuri”. Filem “Raja Bersiung” merupakan antara filem Melayu
pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tuju
Peringatan Rosli Dhobie.
Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian
States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thailand.
Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan Malaysia
dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan
Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisyhtiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan
masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada
Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui
perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina 3 Jun 1966. Beliau juga pernah dilantik
menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari
Jeddah.
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita
malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam
penganjuran pertandingan membaca al-Quran. Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas kebolehn dan daya usaha gigihnya, beliau berjaya
meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua
umat Islam.
Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau telah
membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina
rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul
Rahman Putra. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian
Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Bangsa-
Bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan
Chepa dan Cheranting.
4.0 KEJAYAAN
Rakyat menyanjung tinggi tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan menyumbang
kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat. Sebelum mencapai
kemerdekaan, Tunku sudah yakin bahawa beliau akan menghadapi banyak cabaran dan rintangan untuk
mencapai keamanan dan kemerdekaan dalam menyatupadukan rakyat. Ini menyebabkan rakyat merasa
terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah
menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini. Oleh itu, dia membentuk Parti
Perikatan dengan menggbungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan
memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51
daripada 52 kerusi.
Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan ini. Tahun
1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar Tunku Abdul Rahman. Parti Perikatan perlu
memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada British bahawa tanah air kita yang terdiri
daripada pelbagai kaum sudah brsedia untuk merdeka. Tunku telah bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan pilihan majoriti. Beliau membuat lawatan ke seluruh Tanah Melayu tanpa merasa penat
dan lelah. Akhirnya beliau berjaya mengatasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu. Beliau
eterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk mendapatkan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh
kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia,
terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan untuk
menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bagi membentuk sebuah negara
yang bernama Malaysia. Idea tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei.
Pada 6 Januari 1962 , kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya
Cobbold bagi meninjau reaksi rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Akhirnya
Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak.
5.0 ANUGERAH
Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti Universiti
Malaya, Universiti Sdyney, Universiti Araneta dan Universiti India. Beliau juga menerima Ijazah
Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford, England pada tahun 1970, Ijazah Kehormat Doktor
Undang-Undang dari Universiti Cambridge (1970), Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti
Prince of Songkhla , Thailand(1977). Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan
darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Ini termasuklah pangkat-
pangkat seperti Order of Istinqqlal, Maghribi pada tahun 1957, Darjah utama Negeri Kedah pada tahun
1958, Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of
The Order of The Same Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959), Darjah Kerabat Yang
Amat Dihormati (kelas pertama), Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960), Knignt Grang Cross of
the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962), Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor
(S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.
Pada 6 Disember 1990 , Tunku menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital
Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat Pengebumiaan Negara” kepada beliau.
Pada 7 Disember 1990, jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan
Bankuasi, Bangunan Parlimen Kuala Lumpur. Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar dari
Sungai Besi. Setibanya di sana, jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah
Kedah di Balai Besar, Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat
pengebumian. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang
oleh rakyat Malaysia.
Sumber: www.pmo.gov.my