Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Docxkk
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Docxkk
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Docxkk
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan
insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial
supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati ciri-ciri:
ilmu pengetahuan.
Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh
memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan
penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah
diperlukan bagi membina negara Malaysia. Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif,
mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara.
Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat
setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia
tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.
Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa
bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat
membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi
teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara,
kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan
kesusilaan.
Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di
antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu
duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini,
perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju
berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara
kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat
bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran
Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari
pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana
untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada
dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai
moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting
sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara
tercapai.
Terdapat 6 faktor dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya ialah :
4.1 Faktor Agama
Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha,
Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya
agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan
Falsafah Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu
:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...
4.2 Faktor Politik
Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara
yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan
Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting
dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi
pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada
pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial
tersebut di atas.
...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...
4.3 Faktor Ekonomi
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan
ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi
sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah
satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara
...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...
4.4 Faktor Sosial
Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung
kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang
positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling
penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah
satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:
...melahirkan rakyat Malaysia...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara...
4.5 Faktor Individu
Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan
menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap
bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang.
Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan
Falsafah Pendidikan Negara.
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
4.6 Faktor Sejagat
Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem
pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan
antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program
pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh
UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu
pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep
pendidikan seumur hidup.
..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh...
Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi
pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia
perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf
dengan negara maju yang lain.
Implikasi FPK terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya terhadap sistem pendidkan
negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting
untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian-
bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara:
Implikasi Tehadap Kurikulum
Implikasi Terhadap Pendidik
Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan
7.1 Implikasi Terhadap Kurikulum.
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari
berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini
adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang
seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan
untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi
pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya
golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi
pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.
7.2 Implikasi Terhadap Pendidik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada
membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila
diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang
bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi
2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan
teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba
berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada
masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan
memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan
lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.
7.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan
ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi
intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya
di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling
bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara.
Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya
membaca di kalangan mereka.
Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan
dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.