Refleksi

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1998. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia seperti : Penentu hala tuju dan panduan kepada pendidik dalam menentukan generasi yang bakal dihasilkan. Dasar dalam menentukan matlamat dan membuat keputusan dalam sistem pendidikan. Dasar dan bahan asas pertimbangan dalam menentukan kurikulum, bahanbahan pengajaran pembelajaran dan strategi yang digunakan.

Alat kawalan daripada berlakunya penyelewengan kesan daripada salah faham, keraguan dan pertelingkahan. Asas pertimbangan ketika merancang perubahan dalam pendidikan.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah dinyatakan di atas, maka matlamat pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Matlamat Pendidikan Negara adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut: Percaya kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya iaitu: Melahirkan rakyat rakyat yang yang bertanggungjawab progresif, mahir dan boleh memenuhi supaya dan

kewajibannya sebagai seorang warganegara. Menghasilkan sempurna, serta cekap membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan pembangunan. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada negara Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun Negara, dan bersikap toleransi demi mewujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Berpandukan kepada penyataan FPK, adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi Negara merupakan faktor yang penting untuk menentukan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih jelas, lebih mantap, lebih bermakna dan sempurna apabila unsur-unsur pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi Negara dijelmakan sebagai penyataan FPK. Segala usaha pendidikan, termasuk sistem pendidikan yang sedia ada akan dapat dirancang, direformasi dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara mengikut haluan dan pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Faktor-faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dihasilkan bagi mencapai Matlamat Pendidikan Negara yang dapat dilihat dalam pelbagai sudut iaitu : Faktor individu Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan penyataan utama dalam kandungan FPK.

Faktor ekonomi Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu Negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran Negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan Negara yang dinyatakan dalam FPK.

Faktor sosial Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara

Faktor politik Sebagaimana yang diketahui umum, FPK diubah berlandaskan kepada ideologi Negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi Negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan Negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan FPK. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.

Faktor agama Agama Islam ialah agama rasmi bagi Negara Malaysiadan rakyat bebas untuk menganuti agama Kristia, Budha, Hindu dan sebagainya mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dihayati daripada penyataannya, iaitu..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPK)

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu : Usaha yang berterusan Manusia perlu menyesuaikan diri pelbagai diri dengan pelbagai perubahan seperti perkembangan K-ekonomi dalam ICT. Perubahan membawa kepada pengurusan pengetahuan dengan penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan yang terkini. Dikaitkan dengan pendidikan seumur hidup.

Mengembangkan potensi individu Setiap individu mempunyai kebolehan dan potensi semula jadi; anugerah daripada Tuhan yang mungkin tidak diketahui secara sedar.

Potensi berkualiti.

dan

kebolehan

ini

perlu

sentiasa

diperkembangkan

dan

dipertingkatkan melalui interaksi denganpersekitaran dan pendidikan yang

Menyeluruh dan bersepadu Potensi dan kebolehan domain-domain berikut perlu di pupuk secara bersepadu dan menyeluruh :

Intelektual o Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan kreatif o Menggunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain, sebarkan pengetahuan.

Rohani o Percaya kepada Tuhan, memeluk agama, nilai moral dan norma masyarakat, tingkahlaku baik, setia, rela berkorban untuk pembangunan Negara.

Emosi o Berdikari, tenang, tingkahlaku baik, penyayang, semangat setiakawan. o Menghargai kecantikan dan seni

Fizikal

o Tangkas dan sihat o Memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal serta manipulatif.

Seimbang dan harmoni Menghargai pengetahuan, perwatakan yang baik, ketahanan menghadapi cabaran Rasional, sihat, bekerjasama, sentiasa cuba menyelesaikan masalah.

Kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan Saling berhubung dengan diri sendiri, persekitaran dan Tuhan Mengakui Tuhan sebagai pencipta

Warganegara Malaysia berpengatahuan dan berketrampilan Budaya Ilmu cintakan ilmu, membaca untuk diri dan orang lain Menyebarkan maklumat Cekap mempunyi pengetahuan kemahiran dan faham prosedur kerja.

Mempunyai tahap moral yang tinggi Sopan dan berdisplin Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek kerohanian. Boleh membezakan antara buruk dan baik, mempunyai niali mulia.

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

PENGURUSAN SEKOLAH Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah elemen-elemen yang penting bagi melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis. Bagi mereliasasikan hasrat ini, semua pihak perlu memainkan peranan khususnya pihak pengurusan sekolah yang perlu menjadi nadi penggerak memperkembangkan potensi pelajar. Sebagaimana yang kita tahu, sekolah adalah institusi pendidikan yang terawal bagi pelajar sebelum mencapai kejayaan. Justeru itu, pihak sekolah yang diketuai oleh Guru Besar perlu bertanggungjawab bagi menjayakan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru besar adalah tunjang utama dalam usaha ke arah merealisasikan matlamat FPK tersebut. Kemudian, dibantu oleh barisan pentadbiran dan tenaga pengajar yang berdedikasi dan sabar dalam menghadapi sebarang masalah yang akan dihadapi. Setiap urusan yang melibatkan sekolah adalah dibawah tanggungjawab dan kelolaan guru besar. Sebarang program atau kegiatan yang akan dilakukan di sekolah hanya dapat dijalankan jika mendapat kebenaran dari guru besar selepas perbentangnnya di mesyuarat. Bagi memastikan matlamat FPK dapat direalisasikan dengan jayanya, maka telah dilantik Guru Penolong Kanan 1 (PK 1), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan Guru Penolong Kokurikulum (PK KO) di sekolah. Hal ini bagi memastikan murid-murid sentiasa dipantau sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani dan lebih-lebih lagi intelektual. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, guru besar Sekolah Kebangsaan Padang Pak Amat telah melakukan pelbagai usaha dan bagi

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara peranan yang dimainkan oleh guru besar sekolah itu, ialah merancang takwin sekolah yang memuatkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun untuk murid-murid bagi membantu dan meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Setiap sekolah mempunyai misi dan visi mereka tersendiri, begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Padang Pak Amat. Pihak pengurus sekolah menjadikan FPK itu sebagai garis panduan utama dalam merencanakan misi dan visi sesebuah sekolah. Perancangan terbaru KPM, yang telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, menggariskan 6 teras strategik utama iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Jadi, pihak sekolah perlu berganding bahu bagi mencapai hasrat tersebut, Selain itu juga, dalam memastikan perkembangan pelajarpelajar dalam aspek-aspek tersebut berjalan seiring dengan perkembangan negara, maka sewajarnya pihak pengurus sekolah perlu bekerjasama dan berbincang dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memantapkan lagi perancangan ke arah mengimplementasikan hasrat FPK. Guru-Guru Penolong Kanan di sekolah terdiri daripada Guru Penolong Kanan 1 (PK 1), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) DAN Guru Penolong Kanan Kokurikulum (PK KO). Ketiga-tiga jawatan ini mempunyai bidang tugas dan peranannya tersendiri. Tugas-tugas ketiga-tiga Guru Penolong Kanan ini lebih berfokus kepada kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Selain itu, ia juga berperanan dalam membantu Guru Besar dalam melicinkan dan memastikan setiap program dan aktiviti sekolah berjalan lancar. Sepertimana yang dikupas tadi, peranan Guru Penolong Kanan 1 adalah sebagai pembantu kepada guru besar dan bidang tugasnya lebih kepada bahagian kurikulum dan memastikan murid-murid berilmu pengetahuan. Pelantikan guru panitia bagi setiap mata pelajaran adalah bagi melancarkan proses penyampaian ilmu di sekolah. Setiap perancangan aktiviti yang melibatkan kurikulum adalah di bawah

pemerhatian PK 1. Jadi, sepanjang sesi persekolahan, guru-guru telah merancang pelbagai aktiviti yang memerlukan penglibatan murid yang sepenuhnya bagi memantap dan memperkembangkan potensi murid-murid. Secara tidak langsung aspek intelek dan rohami telah terisi. Antara aktiviti yang pihak sekolah jalankan ialah bengkel matapelajaran, baucer tuisyen, kem motivasi, kuiz, celik IT dan lain-lain lagi. Keberkesanan program ini dapat dilihat melaui peningkatan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi setiap tahun. Selain itu juga, PK 1 berperanan merancang dan menyediakan jadual waktu dan jadual guru ganti bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan murid mendapat faedah melalui pembelajaran mereka itu. Sahsiah dan kebajikan murid pula dipantau sepenuhnya oleh guru-guru di bawah pimpinan Guru Penolong Kanan HEM (PK HEM). Setiap masalah murid sentiasa di dalam perhatiannya dan langkah mengatasi yang efektif akan diambil. Hal ini demikian adalah bagi merealisasikan matlamat FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang dan berakhlak mulia. Dalam memastikan perkembangan sahsiah, emosi, rohani dan sosial pelajar, PK HEM dengan bantuan guru disiplin dan guru-guru yang lain berusaha merancangkan sesuatu bagi melahirkan pelajar yang benar-benar seimbang dari semua aspek. Maka, nilai-nilai murni telah diterapkan dalam budaya sekolah agar menjadi amalan murid-murid. Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari semua aspek, setiap tahun program bulan displin diadakan dan sepanjang bulan itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah, kuiz, pemilihan tokoh pelajar berdisplin dan program kepimpinan pelajar. Selain itu, Badan Pengawas Sekolah telah ditubuhkan di bawah pengawasan PK HEM yang terdiri dari kalangan murid sendiri bagi mengawasi disiplin dan tatatertib murid. Murid yang melakukan kesalahan akan diberi nasihat dan hukuman yang sewajarnya dan kesalahan itu akan dimasukkan ke dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) yang seterusnya akan dihantar ke KPM 3 tahun sekali. Kebajikan murid juga terjamin melalui peranan yang dimainkan oleh PK HEM ini. Tindakan-tindakan yang dilakukan ini adalah untuk membentuk dan mendisiplinkan murid-murid. Murid yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi buruk dari segi tingkahlaku masih tidak menepati hasrat FPK dan seterusnya boleh mendatangkan keburukan kepada pihak sekolah. Jadi semua pihak khususnya badan displin sekolah

sewajarnya peka dengan displin murid-murid sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Guru yang terlibat akan memastikan semua murid yang kurang berkemampuan mendapat bantuan yang sepatutnya seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Program Susu Sekolah (PSS). Di samping itu, bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani selaras dengan matlamat FPK pula telah dipikul oleh Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (PK KO) di sekolah. Peranannya ialah memastikan setiap murid terlibat secara aktif dalam bidang ko-kurikulum dan sekaligus dapat mencungkil bakat dan menggilap potensi murid. PK KO juga berperanan dalam menyelaras takwim sekolah dan menguruskan hal-hal yang berkaitan kegiatan kokurikulum sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Sukan tahunan dijalankan setiap tahun bagi melahirkan atlet di kalangan murid sekolah. Permainan dan unit beruniform yang wajib disertai di sekolah juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri iaitu melahiran murid yang sihat fizikalnya dan memupuk sifat kepimpinan di kalangan murid. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak, matlamat FPK telah tercapai melalui peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Setiap guru memainkan peranannya masing-masing. Hal yang sama juga berlaku terhadap ketua guru panitia bagi setiap mata pelajaran. Ketua-ketua panitia ini perlu peka terhadap perubahan pada zaman sekarang bagi melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani. Barisan ketua-ketua guru panitia sewajarnya bersama-sama memastikan agar kaedah pengajaran yang betul diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta perlu mengikut sukatan matapelajaran yang betul seiring dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengorak langkah untuk memastikan murid mendapat input yang cukup sewaktu di dalam kelas dan mampu mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Justeru, pelbagai aktiviti yang dijalankan di bawah kelolaan guru panatia. Contohnya, mengadakan kuiz bagi setiap mata pelajaran secara bergilir-gilir mengikut minggu. Kemudian, diadakan juga lawatan bagi memberi murid-murid pengalaman ilmu yang baru dan dapat meluaskan pengetahuan am mereka. Maka, murid yang tinggi keintelektualannya dapat dilahirkan di sekolah. Selain itu, pendedahan awal tentang

teknologi maklumat perlu didedahkan kepada pelajar supaya pada masa yang akan datang mereka dapat mengaplikasikannya dalam mencari maklumat, seterusnya dapat membendung masalah buta IT dikalangan pelajar.

Disamping itu, guru bilik darjah ialah insan yang paling rapat dengan murid selepas ibu bapa mereka di rumah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila diperhatikan peranan yang dimainkan oleh guru bilik darjah di sekolah. Guru yang terlibat merupakan pendidik yang mendidik anak murid mereka dari semua aspek secara totalnya. Guru tersebut juga menjadi medium penghubung antara murid-murid dan ibu bapa. Murid lebih dipantau oleh guru bilik darjah secara menyeluruh sama ada dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani mahupun kebajikan mereka. Keprihatinan guru bilik darjah lebih-lebih lagi dalam menangani masalah tekanan emosi yang dihadapi murid dan menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif pasti mampu melahirkan insan yang berketrampilan dan berdaya saing dalam semua bidang yang diceburinya. Jadi, jelaslah bahawa pihak pengurusan sekolah memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Guru besar adalah tunjang utama dalam sesebuah sekolah dan dibantu oleh sub-sub sokongan iaitu guru-guru penolong kanan dan semua guru bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berjaya sehingga dapat melahirkan insan yang mempunyai sahsiah seimbang dan harmonis.

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

PRASARANA Prasarana sekolah adalah aset sekolah yang amat penting dalam membina perkembangan fizikal murid. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan sepanjang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terdapat banyak kemudahan atau prasarana yang sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid di sekolah seperti ruang pembelajaran, dewan, kantin, padang, alatan sukan, makmal komputer, pusat sumber, makmal sains, surau, bilik muzik dan bengkel kemahiran hidup. Dengan adanya prasarana yang lengkap di sekolah, secara tidak langsung segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Prasarana atau kemudahan yang terdapat di sekolah merupakan wahana dalam memperkembang dan memperkasa fizikal murid. Keberkesanannya jelas dilihat selepas murid menggunakan kemudahan tersebut, murid-murid mampu bergerak setapak ke hadapan dalam bidang-bidang tertentu. Umpamanya,murid telah pandai bermain satusatu jenis permainan selepas menghadiri pembelajaran pendidikan jasmani yang menggunakan alatan sukan di padang. Murid-murid yang aktif dan sihat dari segi jasmani juga dapat dilahirkan oleh sekolah terbabit melalui peranan yang dimainkan oleh prasarana sekolah iaitu dengan kemudahan padang dan alatan sukan yang mencukupi. Selain itu juga, murid-murid dapat mempelajari tentang pertanian dan pertukangan melalui sesi pembelajaran kemahiran hidup kerana bengkel kemahiran

hidup dilengkapi dengan pelbagai alatan-alatan pertanian dan pertukangan. Jadi melalui pembelajaran ini secara tidak langsung murid-murid dapat membantu menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Kemudahan yang disediakan ini juga mampu memberikan suntikan dan ransangan kepada murid-murid untuk lebih gigih dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar. Manakala, persekitaran sekolah yang bersih dan ceria sudah tentu dapat menarik perhatian dan minat murid-murid untuk hadir ke sekolah dan menjadi ahli keluarganya kerana setiap manusia suka akan kecantikan dan keindahan. Maka, pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh guru agar murid lebih tertarik terhadap kebersihan dan seterusnya dapat mendidik murid nilai estetika, kebersihan dan kecintaan terhadap alam sekitar. Contohnya, mengadakan pertandingan keceriaan kelas, taman angkat dan projek kitar semula. Hadiah yang lumayan diberikan kepada setiap pemenang. Galakan seperti ini dapat menarik minat murid untuk turut serta dan sekaligus nilai-nilai estetika dapat dipupuk. Selain itu, mural yang terdapat di dinding sekolah juga dapat memupuk murid-murid agar mengingati dan mencontohi mesej yang terdapat pada mural tersebut. Persekitaran yang cantik juga membuatkan murid menghargai kecantikan tersebut dan mengurangkan kadar jenayah vandalisme. Maka, di sini jelaslah nilai estetika dapat dipupuk memalui peranan keceriaan sekolah. Lantaran itu, kesan daripada aktiviti keceriaan ini suasana yang kondusif di sekolah dapat diwujudkan seterusnya dapat mendidik dan membentuk keperibadian pelajar yang unggul iaitu suka akan kebersihan dan keceriaan.

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

PROGRAM DAN AKTIVITI Peranan pentadbiran dan prasarana tidak cukup bagi melahirkan murid yang bertepatan dengan hasrat FPK. Oleh sebab itu, program dan aktiviti yang relevan perlu diadakan di sekolah. Aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah adalah adalah platform bagi mencungkil dan mengembangkan bakat dan potensi pelajar. Program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kurikulum dan kokurikulum. Program kurikulum adalah program yang menjurus kepada akademik dan perkembangan intelek murid manakala kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan di luar kelas seperti permainan dan persatuan. Aktiviti dan program kurikulum yang dijalankan di sekolah merangkumi keseluruhan subjek yang diajar di sekolah seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Agama Islam dan Sains. Berdasarkan pemerhatian, sekolah menjalankan aktiviti seperti kuiz mata pelajaran, baucer tuisyen, motivasi dan celik IT dalam membina perkembangan intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid. Aktiviti seperti kuiz yang dijalankan memberi galakan yang positif bagi murid-murid agar tidak mudah putus asa dan menjana intelek mereka semasa menjawab kuiz. Perkembangan sosial mereka boleh dibentuk semasa mereka menyertai motivasi. Maka, aktiviti yang dijalankan di sekolah mampu merealisasikan matlamat FPK.

Bakat dan potensi individu boleh diperkembangkan melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan di luar waktu pembelajaran dan lebih menjurus kepada mencungkil bakat dan menggilap potensi individu, contohnya aktiviti sukan dan permainan, bakat dan potensi murid dapat diperkembangkan dengan melatih mereka bermain satu-satu jenis permainan. Selain itu, sifat kepimpinan dapat diperkembangkan melalui aktiviti berpersatuan yang wajib disertai oleh murid-murid di sekolah. Natijahnya, matlamat FPK untuk memperkembangkan potensi individu dapat dicapai

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

KBSR & KBSM merupakan hasil yang diinspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Begitu banyak perubahan yang timbul bagi menambahbaikkan sistem pendidikan negara dan seterusnya memastikan matlamat pendidikan negara tercapai dengan jayanya. Berdasarkan penyataan ini dapatlah kita lihat implikasi FPK terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Antara pihak yang terlibat ialah kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan.

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita tan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan sukatan bersepadu Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis pelajaran yang berorientasikan kepada program

Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi

IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar FPK. Ini meliputi: Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi: Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat

peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

RUMUSAN/CADANGAN
RUMUSAN Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan sepanjang Pengalaman Berasaskan Sekolah, pelbagai maklumat dan pengalaman baru diperolehi yang dimana dapat dikaitkan dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sekolah memainkan peranan yang amat penting bagi mengimplementasikan hasrat FPK ini khususnya ke arah pendidikan iaitu secara berterusan bagi memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu juga, FPK menekankan tentang perkembangan pelajar dalam semua aspek sehingga boleh menjurus ke arah kepentingan Negara. Bagi mengimplementasikan hasrat FPK ini, aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah bersesuaian di samping menyemaikan nilainilai moral yang tinggi bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. CADANGAN

Terhadap lima pihak yang bertanggungjawab bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu : Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan segala perancangan berjaya dilaksanakan contohnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Selain itu juga, pihak kementerian perlu mengkaji skop sukatan pendidikan agar bertepatan dengan tahap pencapaian pelajar. Peranan guru ialah dengan memastikan segala aktiviti kurikulum dan kokurikulum berjalan dengan lancar serta dapat member faedah kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran pula harus meliputi aspek intelektual, emosi, rohani dan jasmani supaya pembentukan dan perkembangan pelajar adalah seimbang. Peranan ibu bapa pula adalah tertumpu kepada pembentukan anak-anak sejajar dengan hasrat FPK serta sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi membentuk keperibadian pelajar. Peranan masyarakat adalah dengan menjadi mata-mata kepada semua pihak dalam mengawal tingkahlaku pelajar serta perlu memberikan nasihat yang bernas dan bersesuaian. Peranan individu lebih menjurus kepada pembentukan keperibadian mereka sendiri bagi mencorakkan diri mereka serta sentiasa berusaha tanpa putus asa dalam merealisasikan hasrat FPK ini.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH AMALAN REFLEKSI

1. ISU/ PERKARA YANG DIFOKUS : Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (Pembacaan KVKV)

2. ANALISIS ISU/PERKARA YANG DIFOKUS : 2.1. Kekuatan : Guru memulakan set induksi dengan menyanyi, jadi ini dapat menarik minat murid untuk menglibat diri mereka dalam pembelajaran. Pemerhatian guru terhadap murid menyeluruh mengenalpasti murid yang lemah pembacaan. Suara guru kuat dan jelas. Guru mengajar murid secara beramai-ramai, kemudian secara berkumpulan serta individu. Guru memberi latihan yang berkaitan dengan pengajaran yang diajar iaitu dengan

bagi aktiviti pengayaan.

2.2.

Kelemahan : Semasa aktiviti pembacaan diadakan, terdapat murid yang pasif dan tidak bersemangat. Kawalan kelas lemah semasa aktiviti pengayaan dilakukan kerana terdapat pelajar yang bising dan berjalan-jalan. Pengajaran hanya tertumpu kepada teknik talk and chalk.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Pada masa yang akan datang, guru seharusnya perlu lebih memberi perhatian kepada murid yang pasif. Mempelbagaikan alat bantuan mengajar seperti menggunakan LCD, kad suku kata dan kad gambar bagi mengelakkan murid merasa bosan.

You might also like