HBML 4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
HBML 4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
HBML 4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
NO. MATRIKULASI
NO. TELEFON
E-MEL
PUSAT PEMBELAJARAN
HBML4103
ARAHAN
Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK
termasuk rujukan.
Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.
Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
HBML4103
Isi Kandungan
Muka Surat
1. Pengenalan
3- 4
5-8
9 - 12
4. Kesimpulan
12 -13
5. Rujukan
14
HBML4103
Pengenalan
Selepas 31 Ogos 1957, bermulalah era selepas merdeka. Bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undangundang yang terkandung dalam Perkara 152 Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu
dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dalam
undang-undang Tiada sesiapa pun boleh dilarang (bagi apa-apa maksud, selain daripada
maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain dan lagi tiada
apa-apa dalam fasal ini yang menyentuh hak kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana
Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
mana-mana kaum lain dalam persekutuan. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat
Juhari Moain (2006:8), perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 mengariskan Melayu sebagai seseorang yang
berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam.
Menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2009:2), pembinaan istilah
Bahasa Melayu bermaksud perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang
ilmu pengetahuan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat
khusus bagi sesuatu ilmu Pendapat Awang Sariyan (2002) pula, pembinaan istilah Bahasa
Melayu merupakan suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini yang telah bermula
sejak 1957. Ianya melibatkan dua bidang paling awal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah
Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah yang mencecah hampir 1
juta istilah terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang telah dibukukan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul yang melibatkan semua peringkat.
Abdullah Hassan(1987:85) bersetuju dengan penyataan ini di mana perancangan korpus
bahasa dalam istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatan kuasa Istilah
yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 iaitu Penerbitan Pedoman
3
HBML4103
Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan selepasa 1975
di mana kerjasama dengan Majlis bahasa Indonesia-Malysia (MBIM) yang mengeluarkan
Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) yang telah diisytiharkan penggunaannya
oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik
Indinesia pada 30 Ogos 1975.
Objektif Penulisan sejarah perkembangan Bahasa Melayu sukar untuk
diperjelaskan secara terperinci disebabkan kekangan sumber dan data yang tepat dalam
kuantiti yang banyak. Walaupun begitu perancangan yang digariskan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka amnya bertujuan untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu dalam aspek
pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan membicarakan pembinaan atau
perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan
tatabahasa tanpa menafikan akan wujudnya pinjaman bahasa asing mengikut keperluan
dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan dalam semua bidang. Aspek
perkembangan menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk membincangkan
kronologi perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun bermula dari sebelum merdeka
sehingga selepas merdeka.
Adalah menjadi keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaian dengan
perkembangan Bahasa Melayu bagi menilai sejauh mana usaha yang dilakukan oleh
kerajaan Malaysia dalam menjadikan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa
lain di dunia yang mampu menjadi penggerak kepada pembangunan negara dalam semua
bidang. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu mula disuarakan dalam laporan
Razak 1956 dan kemudian diperkukuhkan lagi dalam laporan Abdul Rahman Talib 1960.
Bagi memantapkan dan martabatkan lagi penggunaan bahasa Melayu kerajaan Malaysia
telah menggalakkan pengguna menggunakan bahasa Melayu dalam sebutan bahasa baku
di sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi dan juga media massa. Penggunaan Bahasa
Melayu pesat berkembang. Ianya dapat dilihat melalui pemodenan kosa kata bahasa
Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah. Bahasa Melayu tinggi telah
HBML4103
digunakan dalam wacana ilmiah di mana ianya mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan
kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.
a). Perkembangan bahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan untuk
memastikan kepentingan bahasa Melayu terjaga dan selaras dengan keperluan
matlamat pendidikan di Malaysia.
Sebaik sahaja merdeka pada 1957, banyak usaha dan pelaksanaan yang dilakukan
oleh tokoh-tokoh terkenal. Mereka bangkit untuk meningkatkan lagi kualiti bahasa
Melayu agar terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat pendidikan di Malaysia.
Pelbagai perancangan dibuat supaya bahasa Melayu lebih berkembang dan maju serta
dapat memainkan peranan utama sebagai asas kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu
telah dijadikan bahasa rasmi dan digunakan dalam sistem pelajaran negara. Kerajaan
telah melakukan pelbagai usaha dan cara bagi meningkatkan penggunaan dan penguasaan
bahasa Melayu di kalangan masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu.
Laporan Razak telah memberi penegasan agar mengutamakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar ilmu pengetahuan.
Pada permulaannya bahasa Melayu gagal dilaksanakan dalam pengajaran bahasa
Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan bahasa seperti sebutan,
ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa (Abdullah Hassan, 1996). Kesan
kegagalan itu, pelbagai usaha giat telah dijalankan untuk mengembangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa Melayu Moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan telah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sementara sekolah dalam aliran
jenis kebangsaan pula diwajibkan mengguna bahasa Melayu dalam pengajaran.
Penggunaan tulisan Rumi telah dicadangkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan
syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi di kalangan murid-murid sekolah
pada masa itu. Mengikut Laporan Razak, untuk menjadikan bahasa Melayu lebih
berfungsi, bahasa Melayu harus diajar di semua sekolah dan menjadi syarat utama kepada
sesebuah sekolah mendapatkan bantuan kerajaan.
5
HBML4103
HBML4103
langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
HBML4103
Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak bermula pada
tahun 1990.
Dalam satu kertas kerja yang pernah dibentangkan dalam seminar bahasa
di Universiti Sains Malaysia, Abdullah Hassan (1983) menjelaskan mengenai kedudukan
bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar di intitusi pengajian tinggi.
Menurut laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia 1981 di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada peringkat awal bahasa Melayu tidak diajar
secara khusus. Namun begitu, kursus bimbingan jangka pendek ada ditawarkan dari
semasa ke semasa untuk pelajar dan pensyarah yang memerlukannya. Melayu dianggap
mampu sebagai bahasa pengantar di Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dalam
bidang pengajian sastera dan perubatan boleh dianggap sebagai sudah mantap.
Tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa
Melayu telah menyebabkan bahasa Melayu dapat berkembang pesat. Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) memainkan peranan yang cukup besar dalam pembinaan bahasa Melayu
terutamanya dalam perkembangan kata-kata baru, istilah, ejaan, kamus dan pedoman
tatabahasa. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, autonomi telah diberi
untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai salah
satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020. Dewan Bahasa dan Pustaka telah
membantu kerajaan dalam usaha menerangkan maksud bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Tahap penggunaan Bahasa Melayu menjadi semakin baik khususnya di
kalangan generasi muda pelbagai kaum. Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan telah
mewajibkan penyampaian diadakan dalam bahasa kebangsaan biarpun di sekolah jenis
kebangsaan. Usaha demi usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mendaulatkan
Bahasa Melayu. Kerajaan telah menggalakkan orang ramai memilih bahasa Melayu
sebagai bahasa utama mereka dan pembatalan PPSMI adalah satu contoh betapa
pentingnya bahasa Melayu yang sentiasa terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat
pendidikan di Malaysia.
8
HBML4103
b)
laporan seperti laporan Razak, Laporan Abdul Rahman Talib dan Laporan Kabinet,
perkembangan bahasa Melayu begitu pesat membangun selepas merdeka. Orang ramai
telah mula sedar kepentingan bahasa Melayu kepada mereka. Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi harian mereka.
Pengetahuan mereka tentang bahasa Melayu amat tinggi dan cukup membanggakan
kerana hubungan sosial atau hubungan dagang mengutamakan bahasa Melayu khususnya
dalam kalangan masyarakat umum di luar bandar. Melalui perkembangan ini, maka
bermulalah era pemodenan bahasa Melayu di Malaysia.
Bahasa Melayu moden mula berkembang pada abad ke 19 dimulai oleh hasil
karangan Abdullah Munsyi. Pendapat sesetengah pengkaji menyatakan bahawa zaman
Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan di mana bahasa Melayu moden
berkembang pesat setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Terdapat beberapa tokoh
penting dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu ini seperti Mohd Said bin Haji
Sulaiman, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji dan Zainal Abidin Ahmad
(1895-1973). Abdul Kadir Munsyi telah melahirkan pembaharuan dari segi pemikiran
dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu moden. Beliau menghasilkan karya
berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang dilaluinya seperti karya Syair Singapura
Terbakar. Raja Ali juga dianggap tokoh bahasa yang penting kerana karya beliau
menghasilkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu. Sumbangan beliau lebih
tertumpu kepada puisi dan syair. Beberapa pertubuhan telah diwujudkan seperti Pakatan
9
HBML4103
Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPR) yang berfungsi sebagai majlis ceramah
dan perbincangan tentang aspek ilmu bahasa Melayu seperti ejaan dan perkataan.
Kegiatan utamanya menerbitkan buku, membentuk istilah dan memberi ceramah dan
sebagainya.
Bagi memupuk bahasa Melayu ke arah yang lebih maju, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah diwujudkan. Dewan Bahasa dan Pustaka bermatlamat untuk memajukan
dan memperkaya bahasa kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan terutama
penggunaan bahasa kebangsaan, menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal
istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan sebuah
kamus bahasa kebangsaan. Perancangan bahasa Melayu merujuk kepada usaha
memupuk, membaiki dan mengembangkan sesuatu bahasa ke arah bahasa yang moden.
Usaha ini termasuklah dengan membuat keputusan tentang bahasa, menyeragamkan
variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa, meninjau semula hasil dan
kesan aktiviti perancangan bahasa, mengumpulkan data serta menyusun strategi dalam
memajukan bahasa. Dalam perkembangan bahasa Melayu, terdapat aktiviti yang
dijalankan iaitu perancangan taraf bahasa yang bertujuan untuk meluskan dan
meningkatkan taraf penggunaa bahasa dalam masyarakat. Ini melibatkan usaha pemilihan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kebangsaan dan pengantar dalam sistem pendidikan
negara.
Menurut Awang Sariyan(2002), pembinaan bahasa juga terdiri daripada aktiviti
perancangan bahasa Melayu yang melibatkan kerja-kerja pembinaan bahasa iaitu usaha
menetapkan kosa kata, ejaan, istilah, tatabahasa dan sebutan dan laras bahasa yang telah
berjaya. Perancangan bahasa Melayu juga dipecahkan kepada perancangan strategi.
Perancangan strategi ini terbahagi kepada tiga iaitu memberikan nilai kepada bahasa
Melayu iaitu sentimen, nilai pentadbiran dan nilai sosial. Perancangan strategi yang
kedua ialah menubuhkan jentera-jentera seperti penerbit akhbar dan majalah, MABIM
dan sebagainya dengan matlamat untuk melaksanakan dasar-dasar bahasa. Perancangan
strategi ketiga pula mendorong rakyat menggunakan bahasa Melayu melalui kempem
Cinta Bahasa Kita dan pembelajaran bahasa Melayu seperti Anugerah Sastera Negara.
10
HBML4103
Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan peranannya dengan menyusun dan
menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975 bagi pelajar sekolah
menengah dan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 bagi keperluan pelajar
sekolah rendah di samping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun 2002 iaitu Kamus
KBSR Dewan dan Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan pada tahun 2007. Bagi
memastikan pembinaan kosa kata bahasa Melayu lebih berkesan, DBP turut mengadakan
kerjasama dengan pihak swasta dengan menerbitkan kamus elektronik iaitu Kamus Telap
BESTA DBP-1(1998). Awang Sariyan (2002) berkata, usaha dalam pembinaan kosa kata
telah dilakukan oleh para sarjana asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar
kata dan kamus. Kemudian usaha ini diteruskan oleh DBP secara terancang bermula pada
tahun 1964 yang akhirnya berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada tahun 1970 dan
seterusnya sehinggalah sekarang.
Menurut Abdullah Hassan (1986:95), bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu
harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual dan eletis. Dari konteks untuk
melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wacana ilmu, Abdullah Hassan (1997:38)
menyarankan pemisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum
dilakukan. Bahasa Melayu di Malaysia sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa
kebangsaan berpunca daripada usaha memperkasakannya semenjak zaman kegemilangan
Kerajaan Melayu Melaka hingga Malaysia mencapai kemerdekaan bertujuan agar bahasa
Melayu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era moden.
Dalam untuk memartabatkan lagi bahasa Melayu telah diadakan program bacaan
seperti komponen sastera dalam bahasa Melayu, buku sastera sekolah rendah, bacaan
awal berstruktur dan Projek NILAM. Beberapa penambahbaikan dilakukan supaya
pembacaan bahan sastera dapat dipertingkatkan. Pihak kementerian juga memastikan
guru-guru bahasa Melayu adalah berkualiti. Guru-guru bahasa Melayu yang mengajar
bahasa Melayu mesti beropsyen Bahasa Melayu untuk memastikan kualiti dari segi ilmu
pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang
11
HBML4103
bahasa
Melayu
telah
dinobatkan
sebagai
bahasa
kebangsaan
dan
HBML4103
dan juga negara di mata dunia. Pelaksanaan Laporan Razak, Abdul Rahman Talib,
Laporan Kabinet telah membantu dalam menjaga bahasa Melayu agar sentiasa dipelihara
sehingga hari ini. Dengan wujudnya MBMMBI menandakan satu kemenangan kepada
pejuang-pejuang bahasa yang tidak putus asa cuba merealisasikan usaha untuk
mengekalkan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan negara.
13
HBML4103
RUJUKAN / REFERENSI
14
HBML4103
15