Latihan Bahasa Melayu Moden
Latihan Bahasa Melayu Moden
Latihan Bahasa Melayu Moden
ii. Peristilahan
Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan pemodenan bahasa dan kemajuan
masyarakat. Ini disebabkan istilah perlu dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan.
Dalam konteks pembentukan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu juga
menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam bahasa Melayu (Awang Sariyan,
1996: 12). Dalam konteks Malaysia, pembakuan istilah telah bermula pada tahun 1957 oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembakuan kosa kata mempunyai hubungan dengan pembakuan
peristilahan, kerana istilah sendiri sebenarnya adalah sebahagian daripada kosa kata.
iii. Perkamusan
Menurut Harimurti Kridalaksana (1982: 73), kamus dimaksudkan sebagai buku rujukan yang
memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan
penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad. Abdullah Hassan (1992: 114) pula
mendefinisikan kamus sebagai satu dokumen penting berkenaan sesuatu bahasa. Istilah
kamus dipinjam daripada bahasa Arab. Pada mulanya, kamus membawa makna senarai kata
yang disusun mengikut abjad dan bagi setiap kata diberikan maknanya. Terdapat tiga konsep
penting dalam penciptaan kamus iaitu tipologi, leksikologi dan leksikografi. Tipologi dari sudut
bahasa bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal
untuk menentukan jenisnya yang lepas daripada perkembangan bahasa (Hartmann, 1972:
243). Leksikologi ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui
perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata)
manakala leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakup teknik
dan metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar
dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data dan
pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna. Abdullah Hassan turut
menyatakan bahawa dari segi sejarah perkamusan, terdapat tiga jenis kamus, iaitu kamus
yang dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu, kamus yang disusun bersama
deskripsi bahasa, dan kamus kini yang tidak disertakan dengan deskripsi tatabahasa
v. Tatabahasa
Pembakuan tatabahasa bahasa Melayu berlaku serentak dengan berkembangnya tradisi
bahasa persuratan. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam bahasa tulisan dengan
sendirinya memantapkan tatabahasa. Abdullah Hassan (1993: 1) mendefinisikan tatabahasa
sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Arbak
Othman (1981: 1) pula menyatakan ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil
oleh ahli-ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Oleh itu tatabahasa merupakan satu
aspek penting yang perlu dikuasai dan dipelajari kerana ia adalah peraturan dan cara
penggunaan sesuatu bahasa berdasarkan prinsip atau rumus tertentu. Dalam kajian
tatabahasa, aspek yang perlu diberi penekanan ialah fonologi, morfologi dan sintaksis
manakala untuk menganalisis tatabahasa pula, terdapat empat unit yang perlu diberikan
tumpuan iaitu perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Oleh yang demikian, tatabahasa bahasa
Melayu yang diterima sebagai tatabahasa pegangan kini adalah berdasarkan buku tatabahasa
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).
Tatabahasa Dewan ini telah menggabungkan Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat [1986, 1987],
dan Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan [1989, 1992]. Aspek-aspek tatabahasa yang lain
yang dijelaskan dan diterbitkan oleh pihak DBP dari semasa ke semasa adalah dianggap
pedoman rasmi yang memperlengkap buku tatabahasa tersebut.
Perkembangan bahasa Melayu
pramerdeka telah dipelopori oleh
beberapa orang tokoh melalui
beberapa institusi. Senaraikan setiap
tokoh dan institusi yang mereka
terlibat.
Antara tokoh – tokoh pramerdeka ialah:
Dato’ seri Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad
Ibrahim Munshi yang merupakan pengasas kepada “Pakatan Belajar
Pengajar Pengetahuan Bahasa Melayu” ditubuhkan pada 7 April
1934 di Johor Bahru.
Zainal Abidin Ahmad (za’ba) yang merupakan pengasas
kepada Penjabat Karang Mengarang yang mula beroperasi pada
1925 sehingga 1957 yang kemudian peranannya diambil oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia yang ditubuhkan
oleh Mohd Al – khatib dan Arifin Ishak yang bertujuan untuk
mengeratkan hubungan persaudaraan sesama ahli dan
menggalakkan penulisan dan pembacaan dalam bahasa Melayu.
Selepas merdeka, bahasa Melayu
telah dibahagikan kepada tiga
peringkat sesuai dengan peranannya
sebagai bahasa Kebangsaan.
Terangkan setiap peringkat tersebut.
Antara ciri utama bahasa Melayu moden ialah bahasa itu memiliki pelbagai laras, jauh lebih
banyak daripada laras yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik. Wujudnya banyak laras itu,
selain disebabkan perkembangan bahasa, turut ada kaitan dengan perancangan yang
dijalankan. Perancangan bahasa merupakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk
bahasa ke arah taraf yang lebih maju yang dijalankan secara sistematik. Perancangan
dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Secara kasar, perancangan bahasa dijalankan
dalam tiga peringkat utama, iaitu penentuan bahasa, pelaksanaan rancangan, dan penilaian.
Peringkat penentuan dan penilaian merupakan perancangan status (taraf), manakala peringkat
pelaksanaan ialah perancangan korpus (bahan).
Pringkat penentuan adalah peringkat pemilihan kod atau bahasa. Peringkat ini merupakan
peringkat pertama perancangan bahasa. Bahasa Melayu dipilih sebagai kodnya kerana Perkara
152 Perlembagaan Tanah Melayu (1957) telah menetapkan bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan. Penyata Rahman Talib (1960) turut memperakukan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah-sekolah menengah Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
pula menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Seterusnya peringkat kedua iaitu peringkat pelaksanaan perancangan yang dikenali sebagai
perancangan korpus. Dalam peringkat ini, terdapat dua aspek yang ditekankan seperti aspek
pengekodan dan aspek pemupukan. Aspek pengekodan merupkan aspek penyeragaman, iaitu
proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam, atau usaha-
usaha atau prosedur-prosedur pembakuan bahasa. Dalam bahasa Melayu Moden, pengekodan
perlu dibuat kerana kewujudan pelbagai dialek daerah yang membezakan sebutan, perkataan,
serta susunan frasa dan ayat. Dengan wujudnya satu variasi bahasa, akan wujud keupayaan
memperkatakan semua gejala dalam masyarakat, dan setanding tarafnya dengan bahasa-
bahasa moden lain. Pengekodan melibatkan korpus-korpus seperti ejaan, tatabahasa,
perkamusan, sebutan dan istilah. Aspek pemupukan pula merupakan aspek usaha-usaha
mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa
moden lain. Aspek ini sangat penting kerana aspek ini merupakan usaha untuk menerapkan
bahasa Melayu Moden dalam setiap lapisan masyarakat di Malaysia.
Akhir sekali, peringkat ketiga iaitu peringkat penilaian yang lebih dikenali sebagai
perancangan taraf. Peringkat ini merupakan peringkat peninjauan kembali berkenaan hasil dan
kesan aktiviti perancangan. Peringkat ini melibatkan pengguna bahasa. Penilaian boleh dibuat
secara formal oleh ahli akademik, juga kritikan melalui akhbar atau rungutan penutur atau
individu biasa. Langkah ini bertujuan untuk membantu perancangan selanjutnya, di samping
membaiki kelemahan yang ada. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) umpamanya,
mengalami proses ini apabila dibuat pindaan dan tokok tambah terhadap edisi-edisi
sebelumnya.
Sekian Terima Kasih