Perkahwinan Antara Etnik

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

AKADEMIKA NO.

19, JULAI1981
PERKAHWINAN ANTARA ETNIK:

SATU KAJIAN DI BANDAR MELAKA

oleh
Sanusi Osman

Sinopsis
Kertas ini cuba memahami perkahwinan antara etnik di kalangan penduduk
Bandar Melaka. Penulis cuba membandingkan polaperkahwinan antara etnik
yang terdapat di Bandar Melaka dengan Singapura. Perbincangan didasarkan
kepada hasilpenyelidikanyang telah dilakukan pada 1974. Daripada datayang
telah dapat dikumpulkan penulis mendapati bahawa peratus perkahwinan an

tara etnik itu adalah tinggi di kalangan mereka yang menganggotai kelompok
minoriti seperti India dan Portugis. Didapati juga bahawa perkahwinan an
tara etnik yang paling kerap berlaku di Bandar Melaka ialah India-Melayu
dan Melayii-China.
Synopsis
Thispaper attempts to examine interethnic marriages in Malacca Town. It
compares the pattern of interethnic marriages in this town with that of Singapore.
Discusions are based mainly on a fieldwork which was carried out in 1974.
The collected data show that there is a high percentage of interethnic marriage
among minority groups such as Indians and Portuguese. They also show that
the mostfrequent intermarriages in this town are between Indians - Malays and
Malays - Chinese.
I

Perkahwinan dalam kebanyakan masyarakat adalah bercorak 'endogamous' iaitu perkahwinan itu berlaku di antara anggota-anggota
dalam kumpulan etnik yang sama. Sebaliknya, perkahwinan di an

tara anggota-anggota kumpulan etnik yang berlainanjarang berlaku.


Oleh kerana itu perkahwinan demikian sekiranya berlaku, dilihat
sebagai satu perlencongan dari norma perkahwinan sejagat. Setengah
ahli-ahli sosiologi menganggap bahawa perkahwinan antara etnik
(perkahwinan campuran) demikian adalah 'the best index ofassimila
tion' atau satu petunjuk asimilasi yang terbaik (Lind, 1938). Ada pula
ahli sosiologi yang mengatakan bahawa perkahwinan campuran ini

30

Perkahwinan Antara Etnik

dapat dianggap sebagai ujian yang amat penting kepada perpaduan


kumpulan (Druchsler, 1920).
Dalam masyarakat berbilang etnik seperti di Malaysia, satu ka
jian menyeluruh mengenai perkahwinan campuran ini sungguh penting. Apakah lagi bila disedari bahawa bidang irii belum ramai ahliahli sains sosial yang menerokanya. Edmond (1968) yang telah membuat kajian mengenai perkahwinan campuran di kalangan orang Cina

berpendapat bahawa "as far as is known from the evidence available,


intermarriage between Chinese and Malays in Malaya has not been
frequent, and that to-day they (intermarriages) are relatively few".
Pendapat ini hampir sama dengan pendapat yang pernah
dikemukakan oleh Djamour (1965) dan Freedman (1965) dalam ka
jian mereka mengenai perkahwinan campuran di Singapura.
Kekurangan perkahwinan campuran di antara orang Melayu
dengan orang bukan Melayu menurut beberapa pengkaji, disebabkan
oleh faktor ugama. Silcock (1963) mengatakan bahawa, "intermar
riage is limited by the strong barrier of the Muslim religion".
Manakala Freedman pula mengatakan bahawa agama Kristian lebih
'tolereni' kepada perkahwinan campuran. Oleh kerana itu terdapat
lebih banyak perkahwinan antara etnik di kalangan penganutpenganutnya (Freedman, 1965:124).
Dalam kajian permulaan ini penulis akan melihat sejauh mana
perkahwinan campuran berlaku di kalangan masyarakat berbagai
etnik di Bandar Melaka dan apakah pula jenis atau bentuk
perkahwinan itu. Perbincangan dalam kertas ini akan didasarkan
kepada data yang diperolehi melalui temuramah dan yang dikumpulkan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Pejabat Ugama Islam
dan beberapa buah gereja di kawasan Bandar Melaka.
II

Daripada jawapan-jawapan yang diberi oleh bapa, emak dan isteri


keluarga yang ditemuramah dapat difahamkan bahawa perkahwinan
antara etnik berlaku bukan saja di kalangan responden tetapi juga

di kalangan ibu bapa mereka. Daripada 428 orang responden yang


telah dipilih didapati 400 orang telah berkahwin. Mereka ini terdiri
dari 129 orang Melayu, 181 orang Cina, 54 orang India dan 36 orang
Portugis. Jumlah perkahwinan campur di kalangan mereka ialah
41 atau 10.2%. Daripada 129 orang responden Melayu, terdapat 10

^eramai 428 ketua keluarga telah dipilih secara rambang. Mereka ini terdiri dari
131 orang Melayu, 201 Cina, 40 India dan 36 orang Portugis. Penyelidikan inidibuat
dalam tahun 1974.

Akademika No. 19

31

(7.7%) perkahwinan antara etnik iaitu seramai 8 orang telah beristeri


dengan wanita Cina, seorang mempunyai isteri dari wanita keturunan

India dan seorang lagi mempunyai isteri wanita Arab.2 Di kalangan


responden Cina pula terdapat 12 (6.6%) kes perkahwinan campur
iaitu 8 orang telah berkahwin dengan wanita Melayu, 2 orang
berkahwin dengan wanita India, 2 orang berkahwin dengan wanita

Ceylon dan seorang berkahwin dengan wanita Inggeris. Perkahwinan


antara etnik di kalangan responden India didapati jauh lebih tinggi
daripada responden Melayu dan Cina. Daripada 54 orang yang
berkahwin terdapat 11 (20.3%) orang-orang India mempunyai isteri
dari keturunan lain etnik, iaitu 3 wanita Melayu, 5 wanita Cina dan
3 wanita Ceylon. Sungguhpun demikian peratus perkahwinan cam
pur ini adalah palingtinggi di kalangan responden Portugis. Daripada
36 orang yang berkahwin didapati 8 orang (22.2%) memiliki isteri
dari kumpulan etnik yang berlainan, iaitu 6 wanita Cina, seorang
wanita India dan seorang wanita Inggeris.
Data yang dikumpulkan juga menunjukkan bahawa peratus

perkahwinan campur amat rendah di kalangan ibu bapa mereka.


Perkahwinan campur di kalangan ibu mereka didapati cuma 14
(3.2 %)perkahwinan di kalangan iburesponden Melayu, 3dikalangan
ibu responden Portugis, 7 (11.6%) perkahwinan di kalangan ibu
responden India dan cuma satu atau 0.4% perkahwinan di kalangan
ibu responden Cina. Daripada 3 perkahwinan campur di kalangan
ibu respondent Melayu itu, seorang berkahwin dengan lelaki Cina
dan dua orang lagi berkahwin dengari lelaki Arab. Perkahwinan cam

pur di kalanganibu responden Portugis pula berlakudengan seorang


lelaki Cina, seorang lelaki India dan seorang lelaki Ceylon. Manakala

di kalangan ibu responden India, seorang berkahwin dengan lelaki


Melayu dan 6 orang berkahwin dengan lelaki Ceylon. Di kalangan
ibu responden Cina, hanya seorang yang berkahwin campur iaitu
berkahwin dengan lelaki Melayu. Bagaimanapun perkahwinan cam

pur di kalangan bapa responden padakeseluruhannya didapati lebih


tinggi sedikit peratusnya jika dibandingkan dengan peratus kahwin
campur di kalangan ibu-ibu mereka. Daripada 428 orang itu didapati
18 (4.2%) perkahwinan antara etnik. Jumlahiniterdiri dari9 (6.8%)
perkahwinan campur di kalangan baparesponden Melayu, 7(11.6%)

perkahwinan di kalangan bapa responden India dan 2 (5.5%)


perkahwinan di kalangan bapa responden Portugis. Tidak terdapat
kahwin campur di kalangan bapa responden Cina.
_,

Wanita ini adalah keturunan Arab dari Singapura.

32

Perkahwinan Antara Etnik

Perkahwinan campur di kalangan bapa responden Melayu terdiri


dari dua perkahwinan dengan wanita Cina, 5 perkahwinan dengan
wanita India, dan masing-masing satu perkahwinan dengan wanita
Ceylon dan wanita Arab. Di kalangan bapa responden India pula
didapati seorang berkahwin dengan wanita Melayu, dan 6 orang lagi
berkahwin dengan wanita Ceylon. Manakala di kalangan bapa
responden Portugis seorang berkahwin dengan wanita India dan
seorang lagi berkahwin dengan wanita Ceylon.
Data dalam Jadual 1 menunjukkan beberapa perkara penting. Pertama, perkahwinan antara etnik memang berlaku. la berlaku bukan
saja di kalangan generasi muda tetapi juga di kalangan generasi yang
lebih tua. Sungguhpun begitu, peratus perkahwinan campur agak
lebih tinggi di kalangan generasi muda jika dibandingkan dengan
generasi ibu dan bapa mereka.
Kedua, setengah responden yang mempunyai ibu atau bapa yang
berkahwin campur nampaknya telah menghadapi masalah untuk
membuat penentuan identifikasi etniknya. Ada responden yang
memilih kumpulan etnik ibunya sebagai kumpulan etniknya. Ada
pula yang memilih kumpulan etnik bapa mereka menjadi kumpulan
etniknya. Besar kemungkinan setengah responden ini akan mengubah
pengenalan etniknya dari masa ke semasa mengikut situasi-situasi
tertentu. Dalam satu situasi, ia akan mengenalkan dirinya dengan
kumpulan etnik ibunya, manakala dalam situasi yang lain pula ia
mengenalkan dirinya dengan kumpulan etnik bapanya.
Masalah membuat penentuan 'identifikasi etnik ini dapat dilihat
dengan jelas dalam ruangan A dan B Jadual 1. Dalam ruangan A
kita dapati seramai 9 orang responden Melayu yang mempunyai bapa
yang terdiri dari orang bukan-Melayu. Bapa mereka itu terdiri dari
dua orang Cina, lima orang keturunan India, seorang keturunan
Ceylon dan seorang keturunan Arab. Sungguhpun begitu kesembilan
orang responden ini telah mengenai diri mereka sebagai Melayu oleh
kerana ibu mereka orang Melayu. Di kalangan responden India ter
dapat 7 orang yang mempunyai bapa yang bukan orang India.
Seorang daripadanya mempunyai bapa keturunan Melayu, manakala
ena'm orang lagi mempunyai bapa dari keturunan orang Ceylon.
Sungguhpun begitu semua mereka menganggap diri mereka sebagai
orang India oleh kerana ibu mereka adalah orang India. Begitu juga
di kalangan orang Portugis. Terdapat dua orang responden yang
mempunyai bapa yang bukan Portugis iaitu seorang mempunyai bapa
keturunan India dan seorang lagi keturunan Ceylon. Sungguhpun
begitu kedua-dua mereka menganggap diri mereka sebagai seorang
Portugis.

India

Portugis

Jumlah

201

122

Melayu

Cina

Responden

India

Ceylon

1
200

Cey

428

36

60

131 128

201

Melayu
Clyna

Ingjum M

134

Cey A

BAPA

(A)

Petunjuk:

53

Jadual 1

53

Ing

133

Cey A

IBU

(B)

Arab

Portugis
Inggeris

8
168

428

36

60

131 119
201

Ingjum M

Pola Perkahwinan Di Kalangan Responden, Ibu dan Bapa Mereka

43

Cey A

ISTERI

(C)

28

400

36

54

181

129

Ingjum

1/3

Perkahwinan Antara Etnik


34

Sebaliknya, ada pula responden yang memilih kumpulan etnik


bapanya sebagai identiti kumpulan etniknya. Dalam ruangan B
misalnya, 3orang responden yang mempunyai ibu dari keturunan
orang bukan Melayu tetapi menganggap diri mereka sebagai orang
Melayu. Tiga orang ibu mereka itu terdiri dari seorang wanita Gina
dan dua orang wanita Arab. Bagaimanapun seorang responden
menganggap dirinya Cina walaupun ibunya seorang -keturunan
Melayu. Di kalangan responden India pula terdapat seorang yang
mempunyai ibu keturunan Melayu dan enam orang lagi mempunyai
ibu dari keturunan orang Ceylon. Sungguhpun begitu ketujuh-tujuh

orang mereka ini menganggap diri mereka sebagai orang India. Di


kalangan orang Portugis pula didapati tiga orang yang mempunyai

ibu dari orang bukan Portugis. Mereka ini terdiri dari seorang Cina,
seorang India dan seorang Ceylon. Mereka juga, ketiga-tiganya,
menganggap diri mereka sebagai orang Portugis.
Ketiga, pola perkahwinan campur yang terdapat dalam Jadual 1

juga membuktikan bahawa perkahwinan di antara orang Melayu dan


orang Cina merupakan pola perkahwinan campur yang paling tinggi
bilangannya. Sebanyak 20 kes perkahwinan di antara Melayu dan

Cina berlaku di kalangan keluarga responden iaitu 16 di kalangan

responden itu sendiri, dua di kalangan ibu mereka dan dua di kalangan
bapa mereka. Pendapat Edmond (1968) yang mengatakan

perkahwinan di. antaraorang Melayu dan orang Cina jarang-jarang


berlaku ternyata tidak benar di kalangan penduduk Bandar Melaka
ini. Selain daripada perkahwinan diantara orang Melayu dan orang

Cina, didapati juga 5kes perkahwinan di antara orang Melayu dan


orang India dan empat perkahwinan di antara orang Melayu dan
orang Arab.

Keempat, data yang dikumpulkan juga menunjukkan bahawa

peratus perkahwinan campur adalah lebih tinggi di kalangan kum


pulan minoriti seperti India dan Portugis jika dibandingkan dengan
peratus-perkahwinan di kalangan orang Melayu dan orang Cina. Ini
mungkin disebabkan oleh usaha dari kumpulan minoriti untuk

menyesuaikan kehidupan mereka dengan masyarakat tempatan


ataupun kerana didorong oleh tarikan dari kumpulan majoriti yang
ada dalam komunitinya itu.
Ill

Di Singapura, menurut Freedman (1965) dan Djamour (1965), jenis


perkahwinan campur yang biasa terdapat ialah perkahwinan dian-

tara wanita keturunan Cina dengan lelaki keturunan Eropah, di an


tarawanita Serani dengan lelaki keturunan India dandi antara wanita

Akademika No. 19

35

Serani dengan lelaki keturunan Cina. Menurut mereka lagi, bilangan


perkahwinan di antara Melayu-Cina, Melayu-India dan Melayu-Arab

paling sedikit (Djamour, 1965: 11-13; Freedman, 1965: 123-126).

Jenis perkahwinan antara etnik di kalangan penduduk Bandar

Melaka dapat dibahagikan kepada dua iaitu perkahwinan campur


antara orang yang berugama Islam dan antara orang-orang yang

bukan Islam. Perkahwinan campur di kalangan orang Islam


(khususnya orang Melayu) di Bandar Melaka pada tahun 1970

1973 adalah kecil bilangannya. Jadual 2menunjukkan bahawa peratus


perkahwinan campur di kalangan mereka adalah kira-kira 3.5% sa-

jasetiap tahun. Peratus perkahwinan campur di kalangan orang-orang


yang bukan Islam juga tidak jauh bedanya iaitu kira-kira 3% setiap
tahun (sila lihat Jadual 3). Oleh itu hitung panjang peratus

perkahwinan campur yang berlaku diBandar Melaka ini adalah 6.3 %


setiap tahun. Peratus ini boleh dikatakan masih terlalu rendah.

Jenis perkahwinan campur yang seringkali berlaku di kalangan

orang-orang Islam ialah perkahwinan di antara Melayu dengan Cina.

Dari tahun 1970 1973, didapati 47% daripada 99 perkahwinan


campur adalah terdiri dari perkahwinan jenis tersebut. Jenis yang

kedua ialah perkahwinan di antara orang India dengan orang Melayu.

Dalam masa yang sama, didapati 40%.daripada semua perkahwinan


campur adalah melibatkan perkongsian hddup di antara Melayu

dengan India. Jenis ketiga ialah perkahwinan di antara orang Melayu


Jadual 2

Perkahwinan Campur di Kalangan Orang Islam


di Bandar Melaka 1970 1973

Jenis Perkahwinan
Melayu Cina

India Melayu
Melayu Arab
Eropah Melayu
India Cina

1970

1971

1972

16

12

46

47

12

15

40

40

Portugis India

Jumlah Perkahwinan

%Perkahwinan Campur

Melayu Filipino
Jumlah

1973

31

27

23

18

771

764

804

600

4.2%

3.5%

2.8%

3%

Sumber: Pejabat Majlis Ugama Islam Melaka

Jumlah

99

100

36

Perkahwinan Antara Etnik

dengan orang Arab. Perkahwinan jenis ini sebenarnya kecil saja


bilangannya: cuma 6%.

Sebaliknya perkahwinan antara etnik di kalangan bukan Islam ter


diri kebanyakannya dari dua jenis. Pertama, perkahwinan di antara
orang Cina dengan orang Portugis dan kedua, di antara orang Cina
dengan orang India. Perkahwinan jenis yang pertama didapati
sebanyak 36 (41.3%) daripada 87 perkahwinan campur dalam masa
1971 1974. Manakalaperkahwinan jenis yangkedua ialahsebanyak
33 (37.0%) dalam mask yang sama. Perkahwinan jenis ketiga ialah

perkahwinan di antara orang keturunan Cina dengan orang berasal


dari Eropah atau orang Eropah dengan keturunan Portugis. Perkah
winan jenis ini juga kecil bilangannya.
Jadual 3

Perkahwinan Campur di Kalangan Orang Bukan-Islam


di Bandar Melaka 1971 1974

Jenis Perkahwinan
Cina Portugis
Cina India

1972

1973

1974

Jumlah

12

13

36

41.3

13

33

37.9

6.8

5.7

4.5

2.2

1.1

87

99.5

1971

Eropah Cina

Eropah Portugis

Cina Iain-lain*

Portugis India
Eropah India
Jumlah

Jumlah Perkahwinan
% Perkahwinan Campur

* Lain-lain:

1
1

17

21

23

26

648

685

729

729

2.6%

3%

3.1%

3.5%

Kebanyakannya terdiri dari Jepun dan Siam

Sumber: Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Melaka, Gereja St. Peter's; St. Xavier's
dan St. Teresa's

Riaz Hassan (1974) yang telah menjalankan penyelidikan mengenai


perkahwinan antara kumpulan etnik diSingapura mendapati bahawa
ada tiga jenis perkahwinan campuran yang seringkali berlaku.
Perkahwinan campur yang paling kerap berlaku ialahdi antara orang

Melayu dengan orang India; keduanya ialah perkahwinan di antara

orang Melayu dengan orang Cina, manakala jenis yang ketiga ialah
perkahwinan di antara orang Cina dengan orang India. Ketiga-tiga
jenis perkahwinan campur ini juga merupakan jenis-jenis perkahwinan

Akademika No. 19

37

yang seringkali belaku di Bandar Melaka ini walaupun susunan


kedudukannya tidak serupa dengan keadaan di Singapura.
Jika ditinjau tentang jantina tiap-tiap kumpulan etnik yang terlibat
dalam perkahwinan campur di Bandar Melaka ini, kita dapati bahawa
jenis perkahwinan yang paling kerapberlaku ialahdiantara lelaki India
dengan perempuan Melayu. Daripada 186perkahwinan campur yang
dikaji, sebanyak 34 (18.2%) perkahwinan adalah terdiri dari
perkahwinan jenis ini. Jenis yang kedua ialah perkahwinan di an
tara .lelaki Melayu dengan perempuan Cina, iaitu 33 (17.7%)

perkahwinan. Jenis ketiga ialah perkahwinan di antara lelaki India


dengan perempuan Cina, sebanyak 29 (15.5%) perkahwinan. Keempat, perkahwinan di antara lelaki Portugis dengan perempuan Cina,
sebanyak 21 (11.2%) perkahwinan. Kelima, perkahwinan di antara
lelaki Cina dengan perempuan Portugis, sebanyak 13 (6.9%)
perkahwinan. Keenam, perkahwinan di antara lelaki Cina dengan
perempuan Melayu, sebanyak 7 (3.7%) perkahwinan. Ketujuh,
perkahwinan di antara lelaki Cina dengan perempuan India, sebanyak
6 (3.2%) perkahwinan.
Di Singapura, menurut Riaz Hassan (1974), perkahwinan yang
paling kerap berlaku adalah sama seperti di Bandar Melaka iaitu di
antara lelaki India dengan perempuan Melayu. Sungguhpun begitu
jenis perkahwinan yang kedua di Singapura ialah di antara lelaki
Eropah dengan perempuan Cina. Ketiga ialah perkahwinan di an
tara lelaki Melayu dengan perempuan India, manakala jenis keempat ialah di antara lelaki Melayu dengan perempuan Cina (Riaz
Hassan, 1974: 1819). Data yang diperolehi dalam kajian ini
menunjukkan bahawa perempuan Cina lebih banyak yang berkahwin
dengan anggota-anggota di luar kumpulan etniknya jika dibandingkan
dengan perempuan dari kumpulan-kumpulan etnik lain. Sungguhpun
begitu bilangan perempuan Melayu yang berkahwin campur lebih
tinggi daripada bilangan wanita keturunan Portugis dan India.
Sebaliknya pula, bilangan laki-laki yang paling tinggi berkahwin
campur ialah lelaki India. Ini diikuti oleh lelaki Melayu, Cina dan
Portugis.
IV

Kajian ini telah menunjukkan beberapa perkara penting dan


menarik. Pertama, perkahwinan antara etnik telah berlaku dalam
semua kumpulan etnik walaupun terdapat perbedaan mengenai
bilangan yang terlibat dalam perkahwinan itu. Dalam hal ini, nam
paknya, lebih banyak perkahwinan campur berlaku di kalangan
generasi sekarang daripada generasi dulu. Kedua,' peratus

J"

Perkahwinan Antara Etnik

perkahwinan campur didapati lebih tinggi di kalangan golongan


minoriti seperti India dan Portugis. Keadaan ini terjadi mungkin
kerana usaha dari kumpulan-kumpulan etnik ini untuk menyesuaikan
hidup mereka dengan kumpulan majoriti yang lain ataupun
disebabkan olehpengaruh dan tarikan yang terdapat dalam kumpulan
majoriti itu. Ketiga, jenis perkahwinan yang paling kerap berlaku
ialah perkahwinan di antara orang India dengan orang Melayu dan
di antara orang Melayu dengan orang Cina. Dengan demikian, pen
dapat Edmond (1968) yang mengatakan bahawa perkahwinan di
antara Melayu-Cina itu sangat jarang berlaku tidak dapat diterima
bagi kes penduduk Bandar Melaka ini. Keempat, timbul masalah
membuat penentuan tentang identifikasi etnik di kalangan generasi
muda yang ibubapa mereka telah berkahwin campur. Jika keadaan
ini semakin banyak dan terus menerus berlaku besar kemungkinan
ia akan dapat melemahkan prasangka etnik dan juga keperibadian
etnik dalam masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, keadaan
ini dapat memberi sumbangan kepada usaha untuk mewujudkan
keperibadian nasional. Kelima, kajian ini tidak menunjukkan adanya
perbedaan yang besar tentang peratus perkahwinan campur di
kalangan orang Islam dengan orang bukan Islam. Data ini juga membuktikan bahawa agama bukanlah satu faktor penentu yang penting
kepada perkahwinan campur. Banyak lagi faktor-faktor lain yang pen
ting dan perlu diambil kira seperti latarbelakang pendidikan, tempat tinggal, jenis pekerjaan, tempat pekerjaan, bahasa pertuturan,
taraf hidup dan sebagainya. Satu pengkajian mendalam patut
dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang memainkan peranan pen
ting dalam mempengaruhi perkahwinan antara etnik di negara ini.
Rujukan

Djamour, Judith, 1965 Malay Kinship and Marriage in Singapore London School of
Economic Monographs On Social Anthropology.
Drachsler, Julius, 1920 Democracy and Assimilation. New York: The Mac Millian.

Edmond, J., 10July 1968"Religion, Intermarriage and Assimilation: The Chinese


in Malaya," RACE.

Freedman; Maurice, 1965 Chinese Family and Marriage in Singapore, London: The
Anthlone Press.

Lind, Andrew W, 1938 An Island Community: Ecological Succession in Hawaii, Chicago:


University of Chicago Press.

Riaz Hassan, 1974 Interethnic Marriage in Singapore: A Study in Interethnic Relations,


Occasional Paper No. 21, Singapore: Institute of Southeast Asia Studies.

Silcock, T.H., 1963 "Communal and Party Structure," in T.H. Silcock and R.
Fisk(Eds); The Political Economy ofIndependent Malaya, Canberra: Australian
National University Press.

You might also like