Jerome Bruner

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

http://syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-pembelajaran-kognitif-bruner.

html
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF BRUNER
Seymour Jerome Bruner
Beliau dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915.Beliau lebih dikenali sebagai J.Bruner.
Beliau ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang yang
istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu
beliau masih bayi.
PENDIDIKAN
Pada mulanya, Bruner bersekolah di sekolah umum. Pada tahun 1933 beliau lulus dari
sekolah tinggi. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Duke University. Disana beliau
mengambil jurusan psikologi. Pada tahun 1937 beliau mendapat gelaran AB. Bruner kemudian
mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada
tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di
Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau
memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum
matematik moden di Amerika Syarikat.
PENCAPAIAN
Sebagai seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah menerima banyak pencapaian.
Antaranya adalah, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor
psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas,
1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk
memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.
MAKLUMAT TEORI
Beliau banyak menghasilkan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan,teori-teori
pembelajaran, dan proses pengajaran. salah satu hasil penulisannya yang terkenal adalah The
Process of Education. Buku ini telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal
kurikulum matematik moden di kebanyakkan negara.

BELAJAR
Belajar merupakan kategori yang terjadi untuk memudahkan interaksi dengan realiti. selain
itu, belajar turut memudahkan tindakan. Hal ini berkait rapat dengan proses seperti pemilihan
maklumat, generasi proposal, fasilitasi, proses membuat keputusan dan pembinaan dan ujian
hipotesis. Murid yang belajar berinteraksi dengan realiti akan dapat menetapkan kemasukkan
yang sesuai dengan kategori mereka sendiri.Hal ini kerana mereka akan menentukan kategori
konsep yang berbeza.
Belajar adalah sebuah proses aktif dari persatuan dan pembinaan. Selain daripada itu,
pengetahuab sedia ada murid juga merupakan faktor penting dalam belajar. Ini memberi makna
kepada organisma untuk menimba pengalaman dan membolehkannya untuk membentuk suatu
media seperti peraturan ini:
1) menentukan sifat-sifat penting dari para ahlinya, termasuk komponen esensialnya.
2) menggambarkan bagaimana mereka harus diintegrasikan komponen penting.
3) menentukan batas-batas toleransi atribut yang lain untuk ahli termasuk ke kategori.
Bruner membezakan dua proses yang berkaitan dengan kategori:
a)Pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza)
b)Konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori).
Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi lebih
semua daripada konsep pada orang 0-14 tahun, sementara konsep konsep Tingkat
pembentukan berlaku bukan dari usia 15 tahun.
Konsep boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:
Konsep konjuntif

Kosep ini merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa bahagian yang tergabung
dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila salah satu bahagian ini diketepikan,
maka, konsep tersebut menjadi kurang lengkap.
Konsep disjuntif
Konsep ini pula merujuk kepada bahagian-bahagian yang tergabung di dalam konsep ini
boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain.
Konsep hubungan
Konsep ini merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud
diantara bahagian-bahagian tersebut. Kebanyakkan hubungan ini biasanaya terdiri daripada
bahagian-bahagian yang mengandungi masa dan ruang.

Selain itu Bruner berpendapat, fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat kepada
sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan bertujuan memudahkan
pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Menurut beliau
lagi, bahasa merupakan medium yang penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau
mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar,
dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar kepada penggunaan gamabar atau
perwakilan simbol di mana bahasa memainkan peranan.
ASPEK TEORI PEMBELAJARAN
Bruner berpendapat bahawa empat aspek berikut merupakan aspek yang penting dalam
teori Arahan:
1) kecenderungan terhadap pembelajaran
2)bagaimana pengetahuan boleh ditetapkan sehingga yang terbaik untuk diinternalisasi oleh
pelajar

3) urutan paling efektif dalam menyajikan bahan bantu mengajar


4) Sifat dari hadiah dan ganjaran.
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan:
1) Teorem pembelajaran Matematik
Bruner dan Kenny (pembantunya) telah membuat pemerhatian di dalam kelas Matematik
bagi mengkaji faktor-faktor yang terlibat dalam teori ini. Hasilnya mereka telah Berjaya membina
empat teorem pembelajaran seperti berikut:
Teorem Pembinaan
Merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip
atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk konsep, prinsip
mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti
konkrit agar mereka lebih memahami.
Teorem Tatatanda
Tatatanda Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu sendiri.
Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap pemikiran pelajar pada waktu itu.
Teorem Kontras dan Variasi
Operasi ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada
perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak memberikan makna kepada
pelajar jika mereka tidak dapat membezakan konsep yang lain. Konsep nombor ganjil dan
nombor genap perlu dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam keduadua jenis nombor tersebut.

Teorem Perhubungan
Konsep, prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan kemahiran yang
lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak mengaitkan konsep-konsep, prinsip-prinsip
atau kemahiran yang baru kepada pelajar.
2) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik
Seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari.
Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan
mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu,
pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan sedia ada
mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah
dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak.

3) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran
Melalui buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of Instruction, beliau
menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori yang dikemukakan
oleh beliau sendiri.
Prinsip motivasi
Bruner mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua jenis
motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik ingin tahu
adalah satu motivasi yang mendorong minat kanak-kanak terhadap benda di sekeliling mereka.
Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti yang menggerakkan mereka
untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri disamping saling bersaing
sesame mereka.
Prinsip struktur
Prinsip struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan bentuk
pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid itu sendiri.
Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak.

Prinsip sekuen

Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang
pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi
untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan
menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua.
Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan
teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu.
Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak.
Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta
keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.
Prinsip peneguhan
Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi pengajaranpembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak membuat kajian sendiri, agar
mereka akan memperolehi kepuasan daripada dapatan kajiannya, demi menghasilkan
peneguhan positif yang diharapkan.
4) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)
Kaedah ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.
Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi pembelajaran untuk pelajar mereka
dalam mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan menganalisisnya serta
berusaha mencari alternatif jawapan sendiri.

5) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif


Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian
membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan guru memberikan
beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Melalui contohcontoh inilah, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang
terkandung di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu, mereka mampu membuat kesimpulan
sendiri mengenai topik tersebut.

You might also like